Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan

July 22, 2017 | Author: yusnia92 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan...

Description

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia telah mula diperkenalkan sejak tahun 1950an. Namun pada ketika itu pendidikan awal kanak-kanak hanya mampu diikuti oleh golongan atasan dan berada sahaja. Bermula pada tahun 1960-an, barulah pendidikan awal kanak-kanak berkembang secara menyeluruh termasuk kepada golongan yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana timbulnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam golongan mereka. Pendidikan awal kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun. Pandangan ini sesuai dengan pendapat Piaget bahawa perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor, iaitu semenjak kanak-kanak lahir hingga berumur dua tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak mengembangkan pengetahuan asasnya tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang dan masa. Pengetahuan ini menjadi asas untuk perkembangan selanjutnya yang lebih sofistikated.

2

Biasanya kanak-kanak yang mengikuti program pendidikan awal kanak-kanak akan lebih komited dalam pembelajaran mereka. Hal ini kerana kanak-kanak mudah untuk menerima ilmu pengetahuan secara efektif ketika awal usia. Selain itu kanakkanak yang mengikuti pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan

formal di sekolah rendah dan menunjukkan pencapaian

akademik yang lebih baik semasa di tahun pertama persekolahan (Halim, 1989). Penyataan ini bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF (1980-1989) yang mendapati bahawa kanak-kank yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah. Pendidikan prasekolah di Malaysia berlandaskan kepada satu kurikulum iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2010). Kurikulum ini merupakan satu dokumen rujukan yang penting kepada pengusaha dan pendidikan di peringkat awal kanak-kanak supaya pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berkesan dan mengikut saranan yang ditetapkan. KSPK digubal berkisarkan enam tunjang yang akan diteruskan pada sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanakkanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran. Salah satu Tunjang Pembelajaran yang terlibat adalah Tunjang Fizikal dan Estetika. Di bawah Tunjang Fizikal dan Estetika terdapat dua perkara yang ditekankan iaitu bidang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta bidang kreativiti. Fokus utama yang melibatkan bidang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan adalah perkembangan motor halus, perkembangan motor kasar, kesihatan fizikal, kesihatan persekitaran dan juga keselamatan. Perkembangan kanak-kanak adalah satu pengajian yang merangkumi segala aspek pertumbuhan dan perubahan manusia dari detik persenyawaan hingga remaja (Rohani Abdullah, 2001). Kemahiran motor halus merupakan sebuah elemen penting dalam perkembangan

fizikal kanak-kanak sejak mereka dilahirkan. Matlamat

3

prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak telah mengarispandukan kepentingan motor halus dalam kandungan objektif prasekolah iaitu kanak-kanak boleh menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar. Hal ini jelas menunjukkan signifikan pendedahan kepada kemahiran motor halus kanak-kanak supaya mereka mahir dan boleh bertindak lebih jauh ke hadapan. Kemahiran-kemahiran inilah yang menjadi batu asas bagi kanak-kanak untuk memasuki pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Kemahiran dalam motor halus merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai dari peringkat tadika atau taska lagi. Kanak-kanak yang boleh menguasai kemahiran dalam motor halus dengan baik berada dalam keadaan yang selesa berbanding kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran tersebut. Tidak dinafikan kanak-kanak boleh meningkatkan kemahiran motor halus ketika di peringkat sekolah, namun dengan pelbagai kekangan serta saiz kelas yang besar menjadikan ianya sesuatu yang agak mustahil. Ini adalah kerana kebarangkalian untuk bimbingan diberikan adalah dilakukan dengan tidak sempurna. Ini akan menyebabkan kanakkanak yang lemah dalam kemahiran motor halus kemungkinan akan berhadapan dengan kesusahan untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di peringkat tadika atau prasekolah ini kerana kemahiran motor halus adalah asas yang perlu dikuasai dalam mempelajari pelbagai bidang pelajaran di peringkat tadika atau prasekolah.

1.2

Latar Belakang Kajian

Kajian ini dijalankan kerana masih terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menggunakan kemahiran motor halus mereka dengan baik. Kemahiran motor halus melibatkan otot-otot kecil serta koordinasi mata. Kemahiran boleh ditingkatkan melalui pendedahan aktiviti yang boleh merangsang kemahiran kanak-kanak. Namun kemahiran menggunting masih di tahap kurang memuaskan. Kemahiran menggunting adalah kemahiran yang memerlukan penumpuan kanak-kanak terhadap objek yang digunakan serta objek yang digunting. Berpandukan kepada tahap perkembangan fizikal yang digariskan dalam buku Kurikulum PERMATA Negara, kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun sudah mampu menggunting bentuk-bentuk yang mudah,

4

namun kanak-kanak masih dilihat sukar untuk mengaplikasikan kemahiran ini yang sepatutnya telah mampu mereka lakukan di peringkat lebih awal ini walaupun telah berumur 5 tahun. Sebelum melangkah ke alam pendidikan yang tinggi kemahiran atau penguasaan kemahiran motor halus merupakan antara salah satu kemahiran penting yang wajib dikuasai oleh kanak-kanak. Penguasaan yang baik dalam menggunakan kemahiran motor halus adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju ke arah sesebuah negara maju, ini kerana kanak-kanak yang sebegini lebih cepat dalam semua bidang pelajaran di peringkat tadika atau prasekolah yang membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan cepat dan cemerlang.

1.3

Penyataan Kajian

Matlamat utama pendidikan prasekolah adalah memastikan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Keempatempat kemahiran ini perlu mereka kuasai sebelum mereka memasuki sekolah rendah iaitu semasa mereka berumur empat hingga enam tahun. Menulis melibatkan kemahiran motor halus yang baik dari peringkat awal lagi. Sesungguhnya, untuk merealisasikan matlamat ini bukan mudah kerana proses pengajaran itu sendiri yang amat kompleks. Menurut Arasoo (1989), terdapat dua faktor yang mengawal kemahiran motor iaitu sikap atau persekitaran dan faktor genetik, termasuk perkembangan sistem saraf pusat dan fungsi neurologikal. Kemahiran motor yang rendah pada sesetengah kanakkanak adalah disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor yang disebutkan. Namun yang demikian, kemahiran motor kanak-kanak ini boleh ditingkatkan melalui latihan yang bersesuaian. Penyelidik ingin melihat sejauh manakah tahap kemahiran motor halus kanak-kanak

dan

apakah

sebab

yang

menjadi

batu

penghalang

terhadap

perkembangan kemahiran menggunting ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana tahap penguasaan kemahiran motor halus kanak-kanak 5 dan 6 tahun dalam menggunting.

5

Kajian ini dilakukan terhadap kanak-kanak di Tadika Al-Hannah di Bandar Mahkota Cheras bagi melihat tahap kemahiran kanak-kanak tersebut sama ada telah menguasai atau belum menguasai kemahiran menggunting. Penyelidik berharap melalui kajian ini dapat memberi gambaran lebih jelas mengenai tahap kemahiran motor halus kanak-kanak 5 dan 6 tahun dalam menggunting. Seterusnya dapat membantu dalam membantu dalam merangka rancangan intevensi atau pemulihan yang bersesuaian dengan tahap penguasaan kanak-kanak supaya sebarang kekurangan kanak-kanak dapat diperbaiki.

1.4

Tujuan Kajian

Kajian ini secara amnya bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kanakkanak 5 dan 6 tahun dalam kemahiran motor halus ketika menggunting. Secara khususnya objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut: i.

Mengenal pasti tahap perkembangan kemahiran motor halus kanakkanak lima dan enam tahun iaitu kemahiran menggunting.

ii.

Mengetahui faktor yang mempengaruhi masalah menggunting dalam kalangan kanak-kanak.

iii.

Memastikan adakah aktiviti yang dijalankan dapat membantu meningkatkan kemahiran menggunting.

1.5

Persoalan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Di antara persoalan kajian yang terjawab melalui kajian ini adalah seperti berikut:

6

i.

Adakah kanak lima dan enam tahun memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul?

ii.

Apakah faktor yang mempengaruhi kemahiran menggunting dalam kalangan kanak-kanak terbatas?

iii.

Bagaimanakah cara untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menggunting kanak-kanakdaripada lurus kepada bentuk-bentuk kompleks?

1.6

Kepentingan Kajian

Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan berguna kepada penyelidik serta kepada semua pihak dan institusi yang terlibat dalam merangka langkah susulan meningkatkan tahap kemahiran motor halus kanak-kanak agar lebih baik dengan menyesuaikan teknik pengajaran dan pembelajaran serta modul yang digunakan apabila mengajar kanak-kanak tersebut. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk melaksanakan penyelidikan seterusnya. Kajian seperti ini akan memberikan gambar yang lebih jelas mengenai tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor kasar dalam kalangan kanak-kanak. Selaras dengan matlamat dan objektif dalam pendidikan prasekolah untuk membolehkan murid memperkembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang betul (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).

7

1.7

Batasan Kajian

Batasan kajian adalah batasan-batasan yang digariskan oleh pengkaji dalam kajian ini. Kajian ini tertumpu kepada pengaruh di tadika sahaja dan tidak mengambil kira pengaruh atau latarbelakang ibu bapa serta persekitaran di rumah kanak-kanak. Tidak dinafikan bahawa latar belakang keluarga serta persekitaran di rumah turut mempengaruhi tahap penguasaan kanak-kanak. Namun kajian ini lebih memfokuskan kepada bagaimana guru serta pihak pengurusan tadika untuk menyediakan persekitaran dan pembelajaran yang positif dan kondusif agar tahap penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran menggunting atau motor halus dapat ditingkatkan. Ini kerana hampir keseluruhan masa kanak-kanak adalah dihabiskan di tadika berbanding di rumah. Kajian ini melibatkan kanak-kanak yang terdiri 2 orang kanak-kanak daripada lingkungan umur 5 tahun dan 2 orang kanak-kanak daripada lingkungan unur 6 tahun. Oleh itu, keputusan kajian yang diperolehi adalah terhad kepada kanak-kanak yang dipilih sahaja dan tidak dapat mewakili populasi yang lain. Lokasi kajian ini hanyalah terhad kepada beberapa buah negeri sahaja iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa kawasan di Terangganu. Ini bermakna penyelidik perlu memilih satu negeri dan daerah yang mempunyai sekurang-kurangnya empat pengkaji lain. Maka, kos sara hidup adalah terhad kepada hal-hal tertentu dan keutamaan sahaja. Kajian yang dijalankan ini agak terhad dari segi masa kerana masa yang diperuntukkan untuk kajian ini adalah selama 16 minggu sahaja. Begitu juga kesesuaian waktu yang diberikan kepada penyelidik kerana proses penyelidikan ini adalah pada akhir tahun dan awal tahun. Penyelidik perlu memilih umur sampel kajian yang bersesuaian dengan tempoh waktu yang diberikan kerana pastinya akan menghadapi kesukaran dalam mengumpul maklumat yang lebih terperinci dan mendalam mengenai tahap penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran menggunting. Oleh yang demikian skop kajian ini hanya melibatkan faktor-faktor di tadika sahaja seperti yang telah dinyatakan sebelumnya dan mengambil kira pandangan yang dinyatakan oleh kanak-kanak mengenai pengalaman mereka dalam menggunting.

8

1.8

Definisi Operasional

Dalam proses menjalankan kajian ini, terdapat beberapa istilah yang perlu difahami secara menyeluruh dan jelas untuk menjayakan kajian ini. Pengertian istilah-istilah tersebut ialah :

Perkembangan Fizikal Berdasarkan kamus dewan, fizikal didefinasikan sebagai bukan dengan badan, jasmani atau bukan dengan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Menurut Rohani Abdullah (2001), perkembangan fizikal menurut beliau merangkumi pertumbuhan fizikal iaitu perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang, kemahiran pergerakan motor kasar dan motor halus serta pengawalan dominan tangan kanan atau kiri.

Kemahiran Motor Kasar Pergerakan yang dihasilkan oleh otot-otot besar bahagian badan yang terbahagi kepada dua iaitu lokomot dan bukan lokomotor.

Kemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus didefinasikan sebagai koordinasi pergerakan otot-otot kecil pada sebahagian anggota badan iaitu keselarasan di antara jari-jari tangan dengan mata seperti perlakuan menjentik, memegang, mengentel dan sebagainya.

Menggunting Memotong dengan menggunakan gunting (Dewan Bahasa dan Pustaka)

9

Kanak-kanak Kanak-kanak ditakrifkan sebgai semua individu yang berumur dari lingkungan 0 hingga 18 tahun.

1.9

Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan secara terperinci mengenai latar belakang penyelidikan yang berfokuskan kepada penyataan masalah yang menjadi pendorong kepada penyelidik membuat kajian. Dalam bab ini juga telah dibincangkan oleh penyelidik penyataan objektif, persoalan kajian, batasan kajian dan seterusnya definisi dan istilah yang berkaitan.

10

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Tinjauan literatur ialah mengkaji hasil karya yang pernah dijalankan oleh orang lain. Ianya adalah berpandukan bahan-bahan bercetak antaranya seperti buku, jurnal, tesis dan surat khabar. Kebanyakan buku yang digunakan serta jurnal yang dijadikan sumber rujukan kajian adalah hampir kesemuanya boleh didapati di perpustakaan. Selain daripada bahan-bahan bercetak, tinjauan literatur turut berpandukan bahanbahan yang diperolehi menerusi media elektronik iaitu menerusi laman-laman web di internet. Sesebuah tinjauan literatur amat penting bagi seseorang pengkaji. Ia memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan.

11

2.2. Definisi Perkembangan

Setiap yang hidup mengalami perubahan sama ada dari segi pertumbuhan mahupun perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifa kualitatif (Atan Long, 1980). Perubahan ini tidak dapat diukur secara kuantiti seperti pertumbuhan yang boleh diukur dengan kilogram bagi berat misalnya. Namun begitu perubahan dalam perkembangan seseorang itu dapat dilihat jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat awal atau yang sebelumnya. Menurut Crow & Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku mahupun keseluruhan sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan sifatsifat yang sejagat. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat iaitu baka dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang saling berkaitan serta berhubung dengan pertambahan umur. Secara ringkas perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkaitan antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.

2.3. Perkembangan Fizikal

Kanak-kanak berkembang menerusi beberapa aspek yang saling berhubung kait antara satu samalain iaitu perkembangan fizikal, kognitif, emosi, rohani dan sosial. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, perkembangan fizikal didefinasikan sebagai suatu proses yang dialami dalam setiap individu yang melibatkan perubahan daripada segi

12

perkembangan

kemahiran

psikomotor

dan

kemahiran

tersebut

memerlukan

penglibatan penggunaan anggota badan individu terbabit. Menurut Hurlock (1978) pula, perkembangan fizikal adalah perubahanperubahan yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan secara tidak langsung. Tingkah laku secara langsung ini bermaksud melalui perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak untuk melakukan sesuatu, contohnya dalam permainan dan aktiviti luar. Secara umumnya, perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz, fizikal atau bentuk tubuh badan, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perwatakan manusia. Semasa melalui proses pertumbuhan kanakkanak akan mengalami perubahan yang dapat dilihat dengan mata kasar dan dapat diukur, pertumbuhan ini dapat membantu dalam meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak. Dalam proses perkembangan fizikal ianya agak berbeza dengan aspek perkembangan yang lain yang tidak akan terhenti, perkembangan fizikal ianya akan berhenti apabila telah mencapai tahap kematangan. Perkembangan fizikal menurut Rohani Abdullah (2001) merangkumi pertumbuhan fizikal yang dapat diukur, kemahiran motor kasar dan motor halus serta mengawalan dominan tangan kanan atau kiri. Ini di sokong oleh kenyataan Woolfolk & Margetts (2007) yang menyatakan bahawa perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusia. Perkembangan fizikal menekan asas pertumbuhan dan pembesaran kanakkanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Berpandukan Kurikulum Standart Prasekolah Kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2009), tunjang perkembangan fizikal dan estetika merangkumi perkembangan fizikal dan pengajaraan kesihatan serta perkembangan kreativiti. Kanak-kanak

pada

peringkat

prasekolah

memerlukan

aktiviti

yang

mengguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah seperti memegang pensel, penglibatan dalam aktiviti sukan, serta pengendalian peralatan. Schmidt dan Weisberg (200) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanakkanak boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu secara tertutup atau terbuka.

13

Kemahiran fizikal tertutup adalah di mana kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran terkawal dan tidak berubah. Kemahiran fizikal terbuka pula adalah sebaliknya. Kedua-dua kategori kemahiran fizikal ini penting dalam perkembangan kemahiran kanak-kanak. Perkembangan adalah suatu proses yang rencam atau kompleks. Menurut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk berinteraksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak adalah keseimbangan, pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut, manakala manipulasi pula melibatkan kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya.

2.3.1. Kemahiran Motor

Kemahiran ialah suatu tindakan, tugas atau corak tindak balas yang tertentu. Menurut Singer (1980), kemahiran motor ialah pergerakan otot-otot atau pergerakan badan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang diingini. Manakala Maier (1989) berpendapat bahawa kemahiran ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu. Menurut Maier (1980) dalam Arasoo (1989), kemahiran motor ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu. Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Selain itu, motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Menurut Huttenlocher, (1994) mengatakan kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus ini secara normal melalui aktiviti harian mereka sendiri sejak umur 3 tahun.

14

Menurut Hopkins & Butterworth (1997), perkembangan motor bayi dan kanak-kanak merangkumi kawalan pergerakan yang membantu bayi dan kanakkanak dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan koordinasi sistem pergerakan yang kompleks dengan keupayaan berbeza disatukan, setiap kemahiran bekerjasama antara satu sama lain untuk mengawal persekitarannya secara berkesan. Misalnya: 

Kawalan kepala dan bahagian di atas dada digabungkan menjadi kawalan duduk dengan sokongan;



Kemahiran

menendang,

menghayun

dan

mencapai

dicantumkan menjadi kemahiran merangkak; 

Kemahiran merangkak atau menggerakkan kaki kanan dan kaki kiri, berdiri dan melangkah diperlukan dalam kemahiran berjalan.

Kemahiran

pengawalan

pergerakan

kanak-kanak

merangkumi

kemahiran motor kasar dan juga kemahiran motor halus.

a)

Kemahiran Motor Kasar

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Kemahiran motor kasar adalah satu kemahiran yang membantu seseorang individu untuk bergerak di sekelilingnya. Contohnya merangkak, berdiri dan berjalan. Badan kanak-kanak semasa membesar akan menjadi semakin kurang berat atas kerana bahagian kepalanya semakin seimbang berbanding bahagian seluruh badan. Dengan perubahan ini, pusat graviti mereka akan beralih dari bahagian kepala ke bawah, menuju ke tubuh badan. Perubahan tersebut membuatkan mereka semakin seimbang. Menurut Gretchell & Robertson (1989), pada usia satu hingga dua tahun, pergerakan badan kanak-kanak menjadi semakin terkawal, seterusnya membolehkan mereka melakukan aktiviti seperti berlari. Kematangan ini menyediakan mereka untuk

15

mengembangkan kemahiran motor baru yang melibatkan otot besar badan seperti memanjat dan melompat. Jadual 2.1 menunjukkan perkembangan kemahiran motor kasar pada peringkat kanak-kanak. Antara umur 3 hingga 6 tahun, mereka boleh meloncat pada sebelah kaki, melompat dengan menggunakan kaki secara selang seli dan membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badan (Robertson, 1989).

Perkara Kawalan Kepala

Kawalan Badan

Duduk

Berdiri

Umur

Perkembangan Motor Kasar

1 Bulan

Mengangkat dagu apabila meniarap

4 Bulan

Koordinasi mata-tangan semasa mencapai

2 Bulan

Mengangkat dada apabila meniarap

10 Bulan

Merangkak

4 Bulan

Duduk dengan bantuan

5 Bulan

Duduk di riba sambil memegang objek

6 Bulan

Duduk di atas kerusi bayi sambil bermain dengan objek

7 Bulan

Duduk bersendirian (tanpa bantuan)

8 Bulan

Berdiri dengan bimbingan

9 Bulan

Berdiri dengan bantuan perabot

10 Bulan

Berdiri dengan sedikit bantuan

12 Bulan

Berdiri dan berjalan apabila dipapah

14 Bulan

Berdiri bersendirian tanpa bantuan

11 Bulan

Berjalan dengan bimbingan

15 Bulan

Berjalan sendirian

1–2 Tahun

Berjalan dengan mahir; mula berlari  Berlari dengan laju tanpa jatuh  Berjalan di atas ‘Beam Balance’

Berjalan

 Menendang bola 3–5 Tahun

 Membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badan  Berjalan dengan garisan lurusberlari dengan lancar  Lompat dan meloncat dengan sebelah kaki

16

5–6 Tahun

Menaiki Kenderaan

 Berlari sambil menendang bola  Menyesuaikan badan semasa menyambut bola

1–2 Tahun

Menaiki kereta atau basikal tolak

3–5 Tahun

Menunggang basikal tiga roda

5–6 Tahun

Menunggang basikal tiga roda dengan mahir dan laju Menunggang basikal dua roda

1 Tahun

Memanjat tangga

2–3 Tahun

Naik turun tangga  Menaiki alat memanjat  Meloncat di atas dua belah kaki  Bergayut dan bergerak di atas ‘monkey bar’

Memanjat dan Melompat

3–4 Tahun

 Meloncat pada sebelah kaki 7 – 9 kali dengan laju dan terkawal  Melompat dengan menggunakan kaki selang seli  Lompat atas dan ke depan dengan lebih terkawal dan lebih jauh

Jadual 2.1: Perkembangan Motor Kasar Kanak-kanak

b)

Kemahiran Motor Halus

Kemahiran motor halus merujuk kepada kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari-jari kaki, bibir dan lidah. Ianya juga melibatkan gabungan koordinasi pergerakan otot-otot kecil dengan organ-organ deria. Contohnya pergerakan otot di jari-jari tangan dengan mata. Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini kanakkanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri contohnya seperti dalam aktiviti membutang baju, mengikat tali kasut dan juga menggunting. Kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan pergerakan tangan dan jari dalam melakukan sesuatu aktiviti dinamakan sebagai ‘dexterity’. Kemahiran ini juga melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil

17

tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Perkembangan

ini

memainkan

peranan

penting

untuk

membuka jalan baru dalam penerokaan persekitaran (Piaget, 1936). Jadual 2.2 memberi rumusan perkembangan motor halus kanakkanak pada peringkat awal.

Memakai baju 2 – 3 tahun

3 – 4 tahun

Makan

Lain-lain

Dapat mengezip

Menggunakan sudu

Membuka pintu dengan

zip yang besar

dengan berkesan

memusing knob/pintu

Mengancing dan

Makan sendiri tanpa

Menggunting kertas dengan

menanggalkan

bantuan

gunting

butang yang besar

Melukis garisan lurus dan bentuk bulat

4 – 5 tahun

Menukar baju

Menggunakan garfu

Menggunting mengikut garis

tanpa bantuan

dengan berkesan

Menyalin bentuk segi tiga, pangkah dan sedikit huruf

5 – 6 tahun

Mahir memakai

Menggunakan pisau

Melukis orang dengan 6

baju sendiri

untuk memotong

bahagian

makanan yang

Menulis perkataan ringkas

lembut Jadual 2.2 : Perkembangan Motor Halus Kanak-kanak pada Peringkat Awal

Perkembangan

kemahiran

motor

halus

merangkumi

prapencapaian iaitu pantulan genggaman dan pergerakan tangan tetapi tidak berjaya menyentuh objek, koordinasi pergerakan mencapaian dimana kawalan jari dan menggunakan mata untuk panduan,

kemahiran

motor

bermula

secara

keseluruhan,

membahagikan aktiviti dan menggerakkan ke arah menguasai pergerakan motor halus. Perkembangan motor halus turut membabitkan kordinasi antara kawalan tangan dengan penglihatan kanak-kanak. Dengan

18

kemajuan

penglihatan

pada

peringkat

prasekolah,

kawalan

penglihatan kanak menjadi semakin tepat. Jadual 2.3 merumuskan perkembangan koordinasi mata-tangan kanak-kanak.

Umur

Perkembangan motor halus

1 Bulan



Menghisap jari

3 Bulan



Mencapai objek di depan mata



Genggaman ‘ulnar-palmar’



Memegang objek besar dengan menggunakan ibu jari

1 Tahun

dan jari telunjuk (genggaman ‘pincer’ / cubitan) 

Memegang krayon besar dan menconteng ke kanakkiri.

2 – 3 Tahun

3 – 4 Tahun



Menangkap bola besar



Melukis dengan krayon bentuk lurus



Melukis orang yang tidak lengkap



Membaling bola sambil bergerak



Menyambut bola dengan tangan



Menyesuaikan

gerak

badan

semasa

membaling,

melambung, menyambut dan menangkap bola besar dan kecil. 

Memegang krayon kecil



Melukis gambar manusia lengkap dengan mata, mulut dan sebagainya

5 – 6 Tahun



Kanak-kanak dapat memegang pensel namun caranya berubah-ubah.



Meniru lukisan segi empat.



Melukis gambar manusia yang dua dimensi tetapi bentuknya kurang realistic



Dapat menulis huruf-huruf seperti o



Dapat mewarna dalam garisan



Melukis objek atau orang dengan nisbah yang munasabah

19



Melukis segi tiga, segi empat dan bulat dengan tepat

Jadual 2.3: Perkembangan Koordinasi Mata-Tangan Kanak-kanak

Ciri motor halus ini penting terutama dalam memahami perkembangan motor halus kanak-kanak yang dapat membantu dalam membuat perancangan pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh pembelajran kemahiran menggunting, adalah amat penting untuk

guru

memahami

perkembangan

motor

halus

dalam

megawalan gunting untuk kanak-kanak ini menggunting. Guru harus tahu cara pengawalan genggaman jari tangan kanak-kanak pada gunting. Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak masih di peringkat

memperkembangkan

kemahiran,

guru

akan

mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi membantu kanak-kanak ini menggunting dengan baik. Contohnya guru perlu mempertimbangkan saiz, bentuk dan ciri-ciri gunting yang sesuai untuk kanak-kanak mula menggunting. Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betul juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukan tangan, kaki dan badan ini sangat penting dalam melaksanakan tugas yang memerlukan kemahiran motor halus. Craig & Digdon (2001), menyatakan kanak-kanak seharusnya dididik cara duduk yang betul dengan punggung, lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90° dengan kedudukan badan mereka agak kedepan sedikit. Apabila kanak-kanak berada dalam keadaan yang selepas mereka dapat menggerakkan tangan, lengan dan jari dengan stabil. Menurutnya Bayley (1969;1993) biasanya, kanak-kanak akan mengikuti turutan perkembangan yang tertentu dalam perkembangan motor mereka. Dalam perkembangan motor, tren sefalokaudal dan proksimodistal memainkan peranan penting. Tren sefalokaidal bermaksud perkembangan berlaku pada bahagian kepala (sefalis) dan berakhir pada bahagian badan bawah seperti kaki (kaudal). Tern proksimodistal pula bermaksud kawalan motor bermula pada bahagian tengah badan dan berakhir pada hujung

20

badan. Setiap kemahiran berlaku secara peningkatan daripada kemahiran yang sedia ada (pantulan) kepada kemahiran yang lebih rumit.

2.4. Bantu Tanda (Milestone) Perkembangan Kemahiran Motor Halus

Setiap kemahiran pergerakan yang baru membolehkan kanak-kanak mengawal badan dan menambah kebolehan mereka berhubung dengan persekitaran mereka. Apabila kanak-kanak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, peluang untuk meneroka persekitaran berganda. Pencapaian motor kanak-kanak membawa kesan yang besar kepada perhubungan sosialnya. Kemahiran motor baru seperti menunjuk ke arah permainan membolehkan kanak-kanak berkomunikasi secara berkesan. Perubahan dari segi kemahiran motor, kebolehan berinteraksi sosial, berfikir dan menggunakan bahasa saling menyokong perkembangan satu dengan lain. Selain kemahiran motor kasar, kanak-kanak juga berupaya memiliki kemahiran motor halus seperti memakai baju, menyikat rambut, menggunakan sudu ketika makan, menggunakan gunting untuk memotong kertas dan menulis. Batu tanda kemahiran motor halus kanak-kanak boleh di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat bayi dan petatih, peringkat awal kanak-kanak dan peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak.

2.4.1. Kemahiran Motor Halus Bayi dan Petatih (0 – 2 tahun) Ketika dilahirkan bayi mempunyai daya kawalan motor yang lemah dan terhad. Walaupun begitu, mereka sudah menguasai banyak bahagian kawalan otot yang kemudiannya menjadi selaras dan sempurna dalam pergerakan tangan, lenggan dan jari-jari tangan. Kemahiran mencapai dan menggenggam bertambah baik dalam masa dua tahun pertama kehidupannya. Biasanya bayi hanya memperlihatkan pergerakan bahu, lengan dan siku secara kasar. Kemahiran

21

menggerak pergelangan tangan, memusing tangan, dan menyelaras ibu jari serta jari yang lainnya berlaku kemudian. Menurut Gesell (1928) dan Shirley (1933), pada usia dua tahun pertama ini kawalan tangan bermula sebagai pergerakan yang berbentuk pantulan kemudian berkembang menjadi kemahiran motor halus yang lebih terkawal.

2.4.2. Kemahiran Motor Halus Awal Kanak-kanak (2 – 6 tahun) Menurut kajian-kajian Furuno et al. (1987), kecekapan motor halus kanak-kanak pada usia 2 hingga 6 tahun akan berkembang dengan cepat. Sejak lahir hingga umur 3 tahun, kanak-kanak banyak dilatih kebolehan menyimpan dan mengendalikan sesuatu. Apabila mencapai usia prasekolah, kebolehan menyimpan dan mengendalikan sesuatu ini akan menjadi semakin mahir, misalnya dalam permainanmemasukkan blok ke dalam bentuk lubang yang sesuai. Mereka juga sudah mempunyai kebolehan untuk mengambil objek-objek kecil seperti manik menggunakan ibu jari dan telunjuk (kawalan pincer), namun mereka masih belum cermat dalam kawalan tersebut. Semasa umur 4 tahun, pengendalian motor halus kanak-kanak sudah meningkat dan menjadi lebih cekap dan tepat. Walaupun begitu, kanak-kanak pada usia ini tetap menghadapi masalah untuk membina menara tinggi dengan blok-blok kerana kurang sempurna dalam meletakkan blok tersebut. Pada umur 5 tahun, motor halus kanak-kanak akan semakin terurus dan meningkat lebih maju. Seiring dengan penyelarasan antara mata dan jari kanakkanak pada usia ini mampu untuk mengimbangi kawalan tangan, lengan dan badan dengan pergerakan mata. Oleh itu mereka dapat membina sesuatu binaan yang lebih kompleks dengan mahir dan mudah sahaja. Pada umur 5 hingga 6 tahun, penguasaan kawalan jari serta penyelarasan tangan dan mata menyebabkan kanak-kanak dapat mencapai kebolehan yang berikut dalam kemahiran motor halus: 

Mencantum puzzle atau menyesuaikan gambar.

22



Membina bentuk-bentuk blok yang bersaiz kecil.



Mengginting mengikut garisan tepi gambar dan menampal gambar.



Melukis bentuk segi tiga, segi empat, bulatan



Melukis orang dang mbar yang lebih rumit.



Menggunakan sudu semasa makan.



Mengenakan butang dan zip.



Menyikat rambut dan menggunakan tandas tanpa bantuan.

2.4.3. Kemahiran Motor halus Pertengahan dan Akhir Kanak-kanak (7 – 11 tahun)

Semasa kanak-kanak mulai memasuki alam persekolahan, otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang memuaskan dan bersedia untuk belajar menulis, membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah. Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah di bahagian tangan dan kaki terutamanya. Dengan ini, segala aktiviti dan pergerakan seperti menulis dan menjahit dapat dikawal dengan sempurna

2.5. Kemahiran Menggunting

Menggunting dengan tepat menggunakan gunting ialah salah satu kemahiran motor halus yang sering dipandang remeh. Apabila kita melihat kanak-kanak menghadapi kesukaran menggunakan gunting, kita selalunya akan memarahi mereka atau

23

menggunting untuk mereka. Menggunting memerlukan koordinasi pelbagai kemahiran termasuk koordinasi motor halus, koordinasi biteral serta koordinasi mata dan tangan. Seperti kemahiran-kemahiran yang lain, kemahiran menggunting berkembang secara berurutan dan memerlukan arahan yang sesuai serta latihan berterusan untuk perkembangan sempurna. Murid yang menghadapi masalah menggunting akan ketinggalan di dalam pelajaran dan yang lebih serius lagi akan menyebabkan objektif pembelajaran dan pengajaran yang ditetapkan tidak dapat dicapai. Kajian ini juga dapat membantu pengkaji bagi meningkatkan minat belajar yang positif dalam diri responden yang mana responden menunjukkan rasa seronok dan berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran selain dapat melakukan aktiviti kemahiran motor halus yang menggalakkan mereka berdikari dan lebih yakin dalam menghasilkan sesuatu kerja yang diberikan. Aktiviti menggunting merupakan salah satu aktiviti yang mampu untuk meningkatkan kawalan koordinasi tangan kanak-kanak yang seterusnya dapat mempertingkatkan kemahiran kanak-kanak dalam menulis dan banyak lagi aktiviti harian yang melibatkan kemahiran motor halus. Selain itu, selain daripada aktiviti menggunting pelbagai teknik lain juga boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid. Contohnya, guru boleh menggunakan doh iaitu meliputi kemahiran meramas, membentuk, mencubit, memicit doh dan sebagainya. Doh tersebut boleh dibuat sendiri oleh guru dengan menggunakan pelbagai warna sebagai ganti kepada plastisin. Kemahiran menggunting adalah salah satu kemahiran yang dipandang remeh oleh guru atau orang dewasa berikutan persepsi yang beranggapan bahawa aktiviti menggunting adalah bahaya untuk kanak-kanak. Namun hakikatnya sekiranya kanak-kanak dibimbing dan dikawal semasa menggunting tidak mustahil kemahiran motor halus kanak-kanak dapat ditingkatkan disamping koordinasi mereka. Memotong menggunakan gunting adalah penting dan digunakan dalam kebanyakan aktiviti seni di tadika. Namun begitu tidak ramai pihak yang beranggapan begitu termasuklah guru-guru tadika itu sendiri dan juga ibu bapa. Mereka tidak menyedari bahawa meotong menggunakan gunting boleh dianggap sebagai kemahiran pra-tulis. Ini adalah kerana, jika dilakukan dengan betul ia akan memberikan banyak latihan kepada kanak-kanak menggunakan jari tripod bersama-sama iaitu jari ibu, jari

24

telunjuk dan juga jari tengah. Dalam cengkaman pensil yang matang boleh dilihat bagaimana jari tripod berfungsi dengan baik bersama-sama untuk mengawal pensil. Menggunting menggunakan gunting dengan cara pegangan gunting ynag betul mampu untuk memberikan latihan kepada jari jemari kanak-kanak dan mampu menguatkan otot tangan kanak-kanak. Menggunting melibatkan dua kemahiran yang berbeza iaitu kemahiran dalam menggunakan gunting dan juga kemahiran bagaimana untuk menggunting pada garisan. Oleh itu perlu dipastikan bahawa gunting dipegang dengan betul. Cara memegang gunting yang betul adalah dengan ibu jari melalui satu lubang dan jari tengah melalui lubang yang lain dan jari telunjuk berada di luar gunting. Namun sekiranya jari kanak-kanak tersebut sangat kecil, jari telunjuk tersebut dibolehkan untuk melaui lubang yang sama dengan jari tengah. Guru-guru juga seharusnya lebih prihatin terhadap masalah murid dan mengambil inisiatif dengan melaksanakan intervensi yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid. Latihan motor halus yang berterusan mampu mengubah tahap keupayaan murid ke arah yang lebih baik. Pihak pengurusan juga perlu memantau proses P&P yang berlaku agar murid-murid didedahkan dengan pendidikan yang berkualiti.

2.6. Kajian-Kajian Dalam Negara

Suhainita Md. Zain (2008) yang telah menjalankan kajian yang melibatkan enam orang pelajar dengan mengkaji tahap kemahiran motor halus pelajar tersebut dalam aktiviti menggunting. Hasil dapatan kajian tersebut agak mengecewakan di mana

25

tahap kemahiran motor halus kanak-kanka masih di tahap yang rendah. Namun, beliau telah menggunakan dan mempraktikkan bebarapa kaedah intervensi untuk membantu perkembangan kemahiran motor halus menggunting dalam kalangan kanak-kanak iaitu melalui teknik menggunting garisan lurus, garisan zig-zag, garisan bengkang bengkok dan penghasilan bentuk. Intervensi yang dijalankan telah menunjukkan hasil yang positif dalam meningkatkan tahap kemahiran motor halus kanak-kanak dalam kemahiran menggunting. Menurut kanjian yang dilakukan oleh Noor Hidayah Sabaruddin dan Halijah Ibrahim pada 2008, masalah gangguan kepada proses perkembangan kemahiran motor pada peringkat kanak-kanak 5 tahun boleh membawa kepada risiko untuk interaksi antara kanak-kanak ini menjadi tidak stabil akibat keadaan sosial yang tidak seimbang. Kajian yang dilakukan oleh Noor HIdayah Sabaruddin dan Halijah Ibrahim ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap keupayaan kemahiran motor dalam kalangan kanak-kanak, menganalisis kemahiran motor halus mengikut jantina dan membuat perbandingan keupayaan kanak-kanak. Hasil dapatan kajian menunjukkan majority kanak-kanak berusia 5 tahun berada pada tahap kemahiran motor yang memberangsangkan.

2.7. Kajian-kajian Luar Negara

Di dalam kajian ‘Poor Role Models: Children Say Two Third of Parents Do Almost No Physical Activity’ yang dijalankan oleh Dr. Gavin Sandercork mendapati salah satu penyebab kanak-kanak mengalami kurang bergerak dalam aktiviti fizikal adalah disebabkan faktor pengaruh ibu bapa mereka sendiri yang tidak menggalakkan aktiviti fizikal dilakukan. Ibu bapa sepetutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anakkanak dengan memberikan dorongan kepada kanak-kanak terhadap aktiviti fizikal dan aktif. Menurut Cooper (2010) dalam ‘Knowledge and Understanding of the World’, kemahiran motor halus diperlukan oleh kanak-kanak dalam mengendalikan peralatan teknikal, membuat dan mengukur. Kajian Comptom (2010) turut mengatakan kanak-

26

kanak memerlukan kemahiran motor halus dan motor kasar juga untuk melakukan aktiviti kreatif seperti menari, drama dan seni.

2.8. Kesimpulan

Keseluruhan dalam bab ini telah menjelaskan secara terperinci mengenai konsep, pengertian, teori-teori berkaitan dan kajian-kajian lepas mengenai tajuk kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara. Hasil dapatan kajian literature menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran motor halus di peringkat awal sangat penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak.

BAB 3

27

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Dalam bahagian ini, penyelidik akan menjelaskan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan metodologi kajian yang aan dijalankan iaitu mengumpul dan menganalisa data yang diperolehi. Metodologi penyelidikan memberikan panduan dalam pelaksanaan penyelidikan. Ianya merangkumi rekabentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, lokasi kajian, alat yang digunakan, proses pengumpulan data, prosedur kajian dan prosedur analisis data yang dikutip.

3.2

Rekabentuk Kajian

Penyelidik akan menggunakan pendekatan kualitatif secara menyeluruh dalam kajian ini. Penyelidikan kualitatif menurut Creswell (1994) adalah sebagai satu proses inkuiri untuk memahami masalah social atau masalah manuasia, berdasarkan gambaran menyeluruh dan kompleks melalui pandangan informan yang mendalam serta dijalankan dalam keadaan sebenar dan semulajadi. Menurut Punch (2003), pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif boleh berbentuk struktur dan separa

28

struktur (fleksibel). Pendekatan analisis kualitatif adalah sangat kaya dengan huraian dan tafsiran keadaan, serta konteks masalah (Schostak, 2006). Instrument kajian yang digunakan adalah menerusi pemerhatian, temubual atau soal selidik serta ujian. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih kaedah pemerhatian dan temubual separa berstruktur sebgai kaedah pengumpulan maklumat yang bertujuaan mengenalpasti faktor masalah tidak boleh mengunting dalam kalangan kanak-kanak yang dikaji. Melalui kaedah ini setiap sesi temubual dirakam dan kemudiannya ditranskripsikan ke dalam bentuk teks. Program pendidikan awal kanak-kanak sangat berkait rapat dengan dunia realiti, sehubungan dengan itu penyelidik membahaskan konteks tersebut dalam bentuk persoalan. Kajian kes boleh digunakan untuk membekalkan deskripsi tentang apa yang dilakukan oleh kanak-kanak ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik membuat pemerhatian ke atas aktiviti yang dilakukan terutama aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus. Bukti pemerhatian yang dilakukan adalah sangat penting dan sah merupakan sebahagian daripada kes, bukti pemerhatian ini adalah lebih terperinci dan menjadi asa yang kukuh dalam eleman penyelidikan.

3.3

Lokasi Kajian

Lokasi kajian ini dipilih adalah berdasarkan terdapatnya populasi yang bertepatan dengan tujuan kajian, yang dijangka dapat menjawab persoalan kajian. Lokasi kajian merupakan sebuah Tadika Al-Hannah yang merupakan salah satu cawangan tadika milik Al-Hannah EduKids yang terletak di Seksyen 7, Bandar Mahkota Cheras, Cheras, Selangor. Institusi merupakan salah satu tadika yang dimiliki oleh Puan

29

Fadzilatularmy binti Jamaluddin. Lokasi ini bertepatan dengan batasan kajian dan kehendak kajian.

Rajah 3.1: Peta Lokasi

3.4

Sampel Kajian

Menurut Mohd. Majid Konting (2004), persampelan merupakan strategi penyelidikan di mana penyelidik boleh mendapat maklumat mengenai sesuatu populasi tersebut. Sebahagian individu diambil melalui persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji. Menurut John W. Crewell (2005), dalam sesetengah kajian, penyelidik kualitatif boleh mengkaji seseorang individu atau dua atau 30 atau 40 orang sampel.

Umur

Jantina Lelaki

Perempuan

4 tahun

1

3

5 tahun

14

10

6 tahun

15

17

Jadual 3.1: Bilangan kanak-kanak di Tadika Al-Hannah

30

Oleh itu, kajian ini hanya melibatkan empat orang murid Tadika Al-Hannah di Bandar Mahkota Cheras. Jumlah sampel ini dipilih berdasarkan masa, kemudahan dan keupayaan yang terhad. Menurut Sidek (2002), sampel yang kecil adalah bersesuaian dengan kajian yang melibatkan teknik yang kompleks. Syed Arabi (1992) pula mengatakan bahawa pada dasarnya persampelan merupakan satu usaha bagi seseorang penyelidik untuk memperolehi maklumat daripada sampel yang dapat mewakili kumpulan kajian.

Responden A

Jantina Lelaki √ √

B C

Perempuan

√ √

D Jadual 3.2: Responden yang terlibat

3.5

Instrumen Kajian

a) Borang soal selidik atau temu bual dengan guru dan kanak-kanak tadika. Borang ini digunakan semasa pengkaji menjalankan temubual dengan guru dan kanak-kanak tadika. Sebahagian temubual ini adalah berkisar tentang kemahiran menggunting dalam kalangan kanak-kanak tadika. (LAMPIRAN A dan LAMPIRAN B)

b) Senarai semak. Senarai semak merupakan pemerhatian berstruktur yang mengandungi spesifikasi item yang berkaitan dengan kemahiarn motor halus seseorang. Ia boleh dilakukan secara semulajadi tanpa meletakkan kanak-kanak menggunting. Penyelidik dapat mengenalpasti keperluan individu melalui senarai semak.

31

Penyelidik boleh membuat sendiri item senarai semak mengikut tujuan kajian. (LAMPIRAN C)

c)

Borang Ujian Kemahiran Menggunting

Borang ini digunakan semasa pengkaji menjalankan ujian ke atas kanak-kanak bagi menguji tahap kemahiran kanak-kanak tersebuta dalam menggunting. Ujian dilakukan dengan menggunakan 5 bentuk ujian iaitu menggunting garisan lurus (LAMPIRAN D), garisan zig-zag (LAMPIRAN E), garisan bengkang-bengkok (LAMPIRAN F), bentuk-bentuk geometri mudah (LAMPIRAN G) dan juga bentuk-bentuk kreatif (LAMPIRAN H)yang lebih rumit dan kompleks. Semasa ujian dijalankan pengkaji bukan sahaja menilai dan memerhati hasil guntingan kanak-kanak bahkan memerhati cara kanak-kanak memegang gunting, postur tubuh badan semasa menggunting dan sebagainya.

3.6

Prosedur Kajian

Penyelidik telah menjalankan beberapa langkah untuk melancarkan proses penyelidikan ini iaitu dengan: a) Mendapatkan borang pengesahan sebagai pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Fakulti Pendididikan dan Pembangunan Manusia b) Menyediakan kertas cadangan, instrument kajian dan perbincangan bersama penasihat kursus serta penyelia yang dilantik. c) Mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan dan pentadbiran tadika yang terlibat. Carta aliran prosedur kajian

32

Fasa 1:

Pemerhatian sebelum kajian dijalankan. Pemerhatian dalam kelas. Mengenal pasti sampel kajian.

Fasa 2:

Menjalankan aktiviti. Mengumpulkan data.

Fasa 3:

3.7

Menganalis Data.

Kesimpulan

Dalam bab ini secara keseluruhannya adalah berkisarkan tentang jenis metodologi yang digunakan untuk mendapatkan data yang diperlukan untuk menjawab beberapa persoalan kajian yang telah diutarakan dalam kajian ini. Metodologi yang digunakan telah digusun bagi mengikut prosedur dan keutamaan dalam kajian. Aspek-aspek yang dibincangkan dalam bab metodologi ini adalah terdiri daripada reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi kajian, sampel kajian, pengumpulan data, dan analisis data. Penyelidik juga telah membuat penjelasan secara terperinci dalam aspek tersebut untuk memberi kefahaman tentang langkah-langkah pengutipan data daripada peringkat akhir hingga akhir. Pemilihan kaedah pengutipan data ini adalah berdasarkan persoalan kajian dan pertisipan yang terlibat dalam kajian. Secara amnya, kajian ini berfokuskan kepada kanak-kanak taska. Bagi mengukuhkan dapatan yang digunakan penyelidik juga telah mengulas dan memberi maksud bagi setiap kaedah yang digunakan tersebut.

33

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada analisa ujian kemahiran menggunting dengan melihat sejauh mana kemampuan kanak-kanak dalam menjalankan aktiviti menggunting melibatkan 7 jenis bentuk serta garisan yang perlu digunting. Pengkaji juga akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada soal selidik kepada guru dan juga kanak-kanak atau responden yang terlibat. Selain itu pengkaji turut membuat pemerhatian ke atas responden dalam menyelesaikan ujian-ujian yang diberikan, pemerhatian yang dijalankan adalah untuk melihat sejauhmana kemampuan kanak-kanak untuk memegang gunting dengan betul, posisi badan mereka semasa menggunting dan juga faktor-faktor lain yang memunkinkan kemahiran menggunting kanak-kanak terbatas. Kajian yang dijalankan ini melibatkan 4 orang kanak-kanak, iaitu Responden A dan Responden B, 5 tahun manakala Responden C dan Responden D, 6 tahun. Carta palang berganda akan digunakan untuk menjelaskan dapatan daripada ujian-ujian menggunting yang

34

dijalankan disamping untuk menunjukkan perbandingan keputusan ujian untuk setiap responden yang berbeza-beza.

4.2

Konsep dan Asas Memegang Gunting yang Betul dalam Kalangan Kanak-

Tahap Kemahiran Menggunting

kanak

3 2.5 2

Responden A

1.5

Responden B

1

Responden C

0.5

Responden D

0 Pertama

Kedua

Ketiga

Pemerhatian

Rajah 4.1: Carta pemerhatian kanak-kanak memegang gunting Menerusi carta bar yang dilakarkan, dapat dilihat bahawa Responden A masih berada di tahap lemah dalam aspek memegang gunting berbanding dengan responden yang lain termasuk responden yang seusia dengannya. Manakala responden yang berumur 6 tahun menunjukkan bahawa mereka berada ditahap yang amat baik dalam memegang gunting.

Rajah 4.2: Cara Responden berumur 6 tahun memegang gunting dengan betul

35

Pada pemerhatian kedua, setelah dibimbing responden yang pada awalnya berada di tahap yang lemah mampu untuk mencapai tahap yang lebih baik melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik. Ini menjelaskan bahawa di dalam tempoh sebulan yang dilalui penyellidik bersama responden ini iaitu Responden B, berlaku

peningkatan

pada

tahap

penguasaan

responden

dalam

kemahiran

menggunting.

Rajah 4.3: Cara Responden B (5 tahun) memegang gunting dalam pemerhatian pertama

Rajah 4.4: Cara Responden B (5 tahun) memegang gunting setelah dibimbing

Namun begitu terdapat juga responden yang masing tidak dapat memegang gunting dengan betul, walaupun sudah sebulan bersama pengkaji dalam usaha memperbaiki kemahiran mereka mengendalikan gunting.

36

Rajah 4.5: Cara Responden A (5 tahun) memegang gunting

4.3

Kemahiran Kanak-Kanak dalam Menggunting

Ujian dijalankan sebanyak 3 kali dan ianya dijalankan semasa atau sebagai sebhagian daripada proses pengajran dan pembelajran dalam kelas. Ujian ini telah dijalankan setiap hari jumaat dengan mengambil waktu pelajaran seni dan kraf dan ianya melibatkan hanya 4 orang kanak-kanak iaitu 2 orang 5 tahun dan 2 orang lagi 6 tahun. Bagi ujian yang pertama, pengkaji mengulang ujian ini sebanyak tiga kali bagi mendapatkan data yang lebih tepat dalam mementukan tahap atau keupayaan kanakkanak dalam kemahiran menggunting. Semsa ujian menggunting garisan ini dijalankan pengkaji mengambil peluang untuk merekod cara kanak-kanak memegang gunting,sama ada betul atau tidak, serta merekod cara kanak-kanak dalam mengawal pergerakan tangan serta tubuh badan mereka semasa menggunting. Semasa inilah dapat

diketahui

faktor-faktor

yang

menggunting kanak-kanak tersebut.

membataskan

perkembangan

kemahiran

37

Tahap Kemahiran Menggunting

3 2.5 2

Responden A

1.5

Responden B

1

Responden D Responden C

0.5 0 Lurus

Zig-zag

Bengkang Bengkok

Ujian Menggunting Garisan

Rajah 4.6: Perbezaan skor responden dalam ujian menggunting garisan

Dalam ujian yang dijalankan, data atau hasil pemerhatian dan ujian dapat dirumuskan seperti dalam rajah 4.6. Berdasarkan rajah tersebut, responden A merupakan sample kajian yang paling tidak mempunyai kemahiran menggunting yang memberangsangkan. Responden A mampu untuk menggunting garisan lurus namun dalam tahap yang tidak begitu memuaskan dan bagi garisan zig-zag dan bengkangbengkok, responden tersebut tidak mampu langsung untuk menggunting mengikut garisan yang diberikan. Bagi responden B pula, ia berada di tahap sederhana dimana sekiranya diberikan latihan yang kerap responden tersebut mampu untuk menguasai kemahiran mengunting agar lebih baik. Ini kerana hasil guntingan yang digunting oleh responden B dari satu ujian ke satu ujian semakin memuaskan dan meningkat kebolehannya untuk memegang dan mengawal gunting bagi menggunting garisan yang diberi. Manakala bagi responden C dan D yang sememangnya dilihat tidak mengalami masalah dalam memegang gunting, mereka tidak mengalami sebarang masalah untuk menggunting mengikut garisan yang ditetapkan namun, hasilnya masih boleh diperbaiki agar lebih baik dan hasil guntingan tidak senget dan bergerigi.

38

Bagi ujian kedua dan ketiga dijalankan pada hari dan masa permerhatian yang berbeza di dalam suasana pembelajran dan pengajaran seni dan kraf. Ujian kedua adalah di mana pengkaji menguji kemampuan responden untuk mengunting bentukbentuk mudah, iaitu bentuk-bentuk geometri seperti bulat, segi tiga, dan segi empat. Manakala ujian yang terakhir pula lebih berbentuk bagi mengguji kemampuan responden dalam menggunting bentuk bebas dan yang lebih kompleks iaitu lukisan

Tahap Kemahiran Menggunting

tapak tangan masing-masing.

3 2.5 2 Responden A

1.5

Responden B

1

Responden C

0.5

Responden D

0 Bulat

Segi Tiga

Segi Empat

Bentuk Lebih Kompleks

Ujian Menggunting Bentuk

Rajah 4.7: Perbezaan skor responden dalam ujian menggunting bentuk

Dalam ujian yang dijalankan, data atau hasil pemerhatian dan ujian dapat dirumuskan seperti dalam rajah 4.7. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, kemahiran menggunting responden A adalah yang baling lemah kerana dia tidak dapat menggunting untuk membentuk sebarang bentuk geometri mahupun bentuk tangan. Responden B pula, dia tidak mengalami sebarang masalah kecuali ketika memotong bentuk bulatan dan juga bentuk tangan. Ini bermakna responden ini mampu untuk menggunting garisan yang lurus dengan kemas namun untuk garisan yang bengkok seperti bentuk bulatan responden ini tidak dapat mengawal pergerakan tangan dan tubuh badanya semasa menggunting dengan baik untuk mendapatkan hasil guntingan yang baik dan kemas.

39

Namun bagi responden C dan D, mereka sekali lagi tidak mengalami sebarang masalah untuk menggunting mengikut garisan yang ditetapkan bagi membentuk bentuk yang diminta oleh guru.

4.4 Faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Menggunting dalam Kalangan Kanak-Kanak

Selepas menjalankan pemerhatian semasa ujian dijalankan dan mengadakan sesi soal selidik ke atas responden, pengkaji dapat menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan kemahiran menggunting kanak-kanak terbatas iaitu cara murid memegang gunting, postur tubuh badan semasa menggunting, kordinasi mata dan tangan serta kesesuaian saiz gunting yang digunakan, pendedahan guru dan ibu bapa dengan aktiviti menggunting serta persepsi guru terhadap aktiviti menggunting. Pengkaji mendapati faktor utama kepada keterbatasan kemahiran menggunting murid adalah cara mereka untuk mengawal pergerakan tangan mereka semasa menggunting.

Pengkaji

memerhatikan

bahawa

kebanyakan

kanak-kanak

menggunakan cara yang salah dalam menegndalikan gunting sehingga menyebabkan kesakitan pada sendi mereka. Disebabkan kesakitan yang mereka rasakan mereka merasa cepat putus asa dan mengalah dalam melakukan aktiviti menggunting.

Rajah 4.8: Kesukaran responden dalam mengawal pergerakan tangan semasa menggunting

40

Perkara ini bukanlah andaian pengkaji semata-mata, bahkan bagi menguatkan dan memdapakan kepastian, penyelidik turut menggunakan data daripada soal selidik yang dijalankan kepada kanak-kanak semasa aktiviti menggunting dijalankan. Kesemua responden yang mengalami kesukaran dalam memegang dan mengawal pergerakan tangan mereka dalam aktiviti menggunting menyatakan mereka berasakan kesakitan pada tanagn mereka semasa melakukan aktiviti menggunting.

Rajah 4.9: Responden tidak dapat mengggunting dengan baik akibat postur tubuh badan yang salah.

Selain itu berdasarkan pemerhatian guru, postur tubuh badan murid juga menjadi salah satu punca mengapa kanak-kanak mengalami kesukaran dalam berada di tahap yang baik ketika menggunting. Cara menggunting yang betul adalah untuk kanak-kanak untuk tidak bermula pada garisan yang paling dekat dengan tangan yang memegang kertas. Ini kerana ini akan memudahkan kanak-kanak untuk mengawal pergerakan gunting mereka. Berdasarkan pemerhatian responden tidak dapat untuk menggunting dengan baik mengikut garisan atau membentuk bentuk-bentuk yang telah ditetapkan akibat masalah ini.

41

Rajah 4.10: Tangan dominan dan tangan bukan dominan digunakan dengan betul.

Sambil memotong, kanak-kanak akan turut belajar bagaimana untuk menggunakan tangan bukan dominan untuk memegang kertas. Pada mulanya tangan bukan dominan hanya akan perlu untuk memegang kertas sementara tangan dominan menggerakkan gunting ke hadapan dalam garis lurus. Namun lama kelamaan, tangan bukan dominan akan perlu untuk bergerak dan mengerakkan kertas sementara tangan dominan membuka dan menutup bilah menggunting. Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang dianggap tidak penting turut dapat dijadikan sebagai salah satu faktor keterbatasan kemampuan kanak-kanak untuk menggunting dengan baik iaitu kesesuaian saiz gunting dan juga koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Ini kerana semasa mengunting, disebabkan kesakitan yang mereka rasakan semasa menggunting responden meminta untuk menggunakan gunting yang lain, sama ada lebih besar atau pun lebih besar. Bagi responden A dan responden B mereka lebih suka untuk menggunakan gunting yang kecil memandangkan saiz tangan mereka yang kecil. Terdapat juga responden yang langsung tidak dapat mengunting dan menyelesaikan semua ujian yang berikan. Ini adalah berikutan kelemahan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak untuk menggunting pada garisan yang telah diberikan. Responden tersebut hanya menggunting bahagian tepi-tepi kertas dan bukannya pada garisan yang ada pada kertas. Hal ini berulang dalam setiap ujian yang diberi walupun telah dibimbing oleh pengkaji.

42

Bil

Faktor-Faktor

RESPONDEN A

B

C

D

1

Kesesuaian saiz gunting





X

X

2

Cara murid memegang gunting





X

X

3

Postur tubuh badan semasa menggunting





X

X

4

Koordinasi mata dan tangan



X

X

X

Jadual 4.1: Faktor-faktor yang membataskan kemahiran menggunting murid

Bagi mencari faktor yang lebih memberikan kesan, penyelidik turut mengumpulkan dan menggunakan data yang dikumpul daripada soal selidik yang dijalankan kepada guru tadika serta murid tadika yang terlibat dalam kajian ini sendiri. Bagi menyelidik pengaruh pendedahan penggunaan gunting di tadika, pengkaji telah menjalankan soal selidik terhadap kanak-kanak. Jadual 4.2 menunjukkan kekerapan pendedahan yang diperolehi responden di tadika dalam kemahiran menggunting yang betul. Kekerapan

Adakah guru pernah mengajar anda cara memegang gunting di tadika? Adakah guru membenarkan anda untuk menjalankan aktivti menggunting sendiri tanpa bantuan di tadika? Jumlah Peratus (%)

Ya

Tidak

1

3

0

4

1

7

12.5

87.5

Jadual 4.2: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Kanak-kanak Bahagian A

Data menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak yang diajukan persolan sama ada mereka pernah diajar menggunakan gunting dengan betul atau tidak di tadika, menjawab tidak. Hanya seorang daripada empat kanak-kanak yang menjawab pernah. Apabila diselidik kanak-kanak tersebut merupakan murid baru dan menurut kanak-kanak tersebut di tadika nya yang sebelumnya, guru-guru di sana mengajarnya untuk menggunakan gunting serta membenarkan kanak-kanak untuk menjalankan

43

aktiviti menggunting sendiri tanpa bantuan guru yang minima di tadika. Ini bermakna hanya 12.5 % kekerapan pendedahan penggunaan gunting dengan betul yang kanakkanak perolehi di tadika. Selain mengambil faktor rangsangan dan galakan di sekolah, pengkaji turut mengajukan soalan berkaitan galakan ibu bapa atau keluarga di rumah tentang aktiviti menggunakan gunting. Bagi responden yang mempunyai kemahiran menggunting yang baik dapat dilihat bahawa di rumah mereka turut dijalankkan untuk menggunakan gunting namun dengan pantauan dan juga bantuan yang minimum daripada orang yang lebih dewasa. Manakala bagi responden yang lemah kemahiran menggunting, hasil daripada dapatan soal selidik, ibu bapa atau keluarga mereka tidak membenarkan mereka sama sekali untuk menggunakan gunting dengan sendiri. Ini berlaku kerana bimbang akan berlaku kecederaan terhadap kanak-kanak tersebut. Kekerapan Ya

Tidak

2

2

2

2

Jumlah

4

4

Peratus (%)

50

50

Adakah ibu bapa anda pernah mengajar anda cara memegang gunting di rumah? Adakah ibu bapa anda membenarkan anda untuk menjalankan aktivti menggunting sendiri tanpa bantuan di rumah?

Jadual 4.3: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Kanak-kanak Bahagian B

50-50 itulah hasil dapatan daripasa soalan soal selidik mengenai pendedahan yang responden terima di rumah dalam kemahiran menggunakan gunting dengan betul. 50% responden yang menjawab ya adalah responden yang berumur 6 tahun manakala yang menjawab tidak adalah responden berumur 5 tahun. Soal selidik yang dijalankan bukan sahaja melibatkan responden sahaja, ianya juga turut melibatkan sesi soal selidik dengan guru dengan menanyakan soalan yang sama seperti yang ditanya kepada responden. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya percanggahan data.

44

Kekerapan Ya

Tidak

0

3

3

0

3

0

Jumlah

6

3

Peratus (%)

67

34

Adakah anda pernah mengajar murid-murid cara memegang gunting di tadika? Adakah anda membenarkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti menggunting sendiri tanpa bantuan di tadika? Adakah anda bersetuju bahawa dengan menggunakan gunting kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka?

Jadual 4.4: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Guru

Data menunjukkan bahawa kebanyakan guru-guru yang diajukan persoalan sama ada mereka pernah mengajar murid-murid mereka menggunakan gunting dengan betul atau tidak, menjawab tidak. Namun para guru membenarkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti menggunting sendiri dengan bantuan yang minima di tadika. Peratusan soal selidik yang dilakukan lebih ke arah jawapan yang negative iaitu 34% menjawab tidak. Namun apabila diajukan soalan berkenaan persepsi guru terhadap kemahiran menggunting yang mampu meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak, kesemua guru bersetuju seratus peratus. Apabiila dipertikaikan jawapan yang diberikan kesemua guru memberi alasan bimbang akan keselamatan kanak-kanak dan juga bilangan gunting atau kemudahan untuk menggunting yang terhad dan tidak mencukupi untuk digunakan untuk semua kanak-kanak dalam satu-satu masa.

45

4.5

Kesimpulan

Dalam bab ini secara keseluruhannya adalah berkisarkan tentang dapatan atau hasil hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji dengan menggunakan instrument kajian yang dijalankan iaitu menerusi pemerhatian, soal selidik terhadap responden dan guru serta ujian bagi menguji tahap kebolehan mengunting kanak-kanak. Selain itu aspek factor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menggunting kanak-kanak juga turut disentuh dalam bahagian ini, faktor-faktor yang diutarakan adalah seratus peratus berdasarkan pemerhatian pengkaji dan juga jawapan-jawapan yang diperolehi daripada sesi soal selidik bersama responden serta guru. Hasil yang diperolehi daripada analisa ujian kemahiran menggunting dan factor yang mempengaruhinya ini akan digunakan oleh pengakaji dalam merumuskan dan seterusnya mencadangkan beberapa aktiviti yang setrusnya dapat memperbaiki tahap kemahiran menggunting kanak-kanak di peringkat tadika.

46

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dapatan daripada analisi kajian. Pengkaji membuat rumusan dengan member ulasan tentang keputusan analisa bagi setiap instrument kajian yang digunakan. Segala hasil dapatan kajian juga dihubungkaitkan dengan kajian lepas yang letah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Selain itu pengkaji sendiri akan menyarankan beberapa cadangan yang dikemukakan kepada guru di bilik darjah, pihak ibu bapa di rumah dan beberapa cadangan laian bagi meningkatkan lagi kemahiran menggunting kanak-kanak. Di samping itu cadangan-cadangan penambah baikan untuk kajian masa hadapan dan kesimpulan bagi kajian yang dijalankan juga dikemukan oleh pengkaji dengan jelas.

47

5.2

Perbincangan Hasil Dapatan Kajian

Berdasarkan hasil analisa data yang diperolehi, pengkaji mendapati bahawa kajian tentang adakah kanak-kanak memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul telah pun terjawab. Tiga dari daripada 4 orang responden memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul. Namun untuk persoalan kedua pula, adakah kanakkanak mampu mengawal pergerakan tangan mereka ketika menggunting dengan baik, ini dapat dilihat menerusi ujian menggunting garisan luris di mana kanak-kanak yang lebih kecil iaitu 5 tahun mempunyai kawalan pergerakan tangan yang lemah ketika mengunting. Ini dapat dilihat dari carta palang yang ditunjukkan di bab 4 dalam dapatan kajian dalam skor perbezaan skor responden dalam ujian menggunting garisan dan juga bentuk. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hubungan antara kemahiran motor halus dan umur atau lebih tepat lagi kemtangan tubuh badan kanak-kanak saling mempengaruhi antara satu sama lain. Merujuk kepada data responden C dan D, umur mereka yang lebih tua setahun dan juga kematangan tubuh badan mereka menyebabkan wujudnya berubahan peningktan penguasaan kemahiran menggunting sama ada dalam memegang gunting dengan betul atau pun kawalan pergerakan tangan serta tubuh badan mereka ketika menggunting. Namun data bagi responden A langsung tidak menunjukkan kebolehannya dalam melakukan aktiviti menggunting. Bukan sahaja responden memiliki kawalan tangan ketika menggunting yang lemah bahkan responden turut tidak dapat untuk memegang gunting dengan cara yang betul. Ianya berbeza dengan responden B yang melakukan kurang kesalahan berbanding responden A, dan kemahirannya mengawal dan memegang gunting adalah lebih baik berbanding responden B. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakukanya masalah kemahiran motor halus seperti menggunting ini sama ada faktor dalaman atau luaran. Kaedah pengajaran dan bahan yang digunakan dalam kemahiran menulis dikategorikan sebagai faktor luaran (Carlson & Cunningham, 1990) dan faktor dalaman menurut Berninger & Rutberg, 1992 ianya lahir darioada dalam diri kanak-kanak itu sendiri seperti keupayaan dalam kemahiran motor halus dan pergerakan motor halusnya. ini kerana, kemahiran motor halus seperti menggunting merupakan kemahiran penting

48

dalam kehidupan fizikal dan ianya berkembang selaras dengan usia. Namun latihan yang berterusan dan konsisten juga mampu untuk meningkatkan kemahiran menggunting dengan lebih cepat. Kajian Stout 1998 pula mengutarakan bahawa kanak-kanak lelaki mengalami perkembangan motor halus yang lebih perlahan berbanding kanak-kanak perempuan. Responden A merupakan kanak-kanak lelaki. Inilah yang terjadi kepada responden A yang tidak dapat menguasai kemahiran mengguting dengan baik sesuai pada usia umurnya seperti responden B. Berdasarkan pemerhatian dan ujian yang dijalankan, Responden A sama sekali tidak mampu untuk menyelesaikan ujian yang diberikan dan mengikut arahan untuk menggunting mengikut garsan yang dicetak pada kertas. Responden A hanya menggunting bahagian tepi kertas sahaja. Situasi ini mengukuhkan lagi pendapat Woodward dan Swinth, 2002 yang menyatakan sesetengah kanak-kanak tidak mampu melakukan sesuatu aktiviti disebabkan faktor-faktor tertentu. Menurut Khatijah (1982), tingkat pencapaian kanakkanak adalah berbeza-beza kerana mereka berbeza daripada segi kemampuan mental, minat dan juga bakat. Berdasarkan pemerhatian, Responden A mengalami kesukaran dalam mengawal pergerakan tangannya semasa menggunting sehingga menyebabkan dia tidak dapat menjalankan aktiviti menggunting secara tetap. Jika dibiarkan berterusan masalah ini ia akan mempengaruhi aspek kemahiran lain seperti kemahiran menulis pula. Ini kerana kemahiran menulis dan kemahiran menggunting adalah saling berkaitan. Namun selain daripada faktor usia, terdapat juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi penguasaan kemahiran menggunting ini seperti persekitaran minat dan keadaan fizikal kanak-kanak itu sendiri sewaktu proses pengumpulan data dijalankan. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas guru dan juga kanak-kanak, menunjukkan kurangnya pendedahan terhadap penggunaan gunting sama ada di rumah dan tadika merupakan salah satu faktor penyumbang utama kepada ketidakbolehan kanak-kank untuk menguasai kemahiran menggunting dengan baik.

49

5.3 Cadangan dan Saranan Kepada Guru, Ibu Bapa dan Penyelidik

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, kemahiran kanak-kanak sama ada dalam memegang gunting atau pun dalam mengendalikan gunting masih berada dalam tahap yang kurang memuaskan terutama bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Disebabkan kerumitan cengkaman gunting betul, ia adalah perkara biasa untuk anakanak muda untuk memegang dan cuba untuk menggunakan gunting dengan tidak betul. Cadangan

yang

disenaraikan

adalah

untuk

penambahbaikan

bagi

memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus dan kemahiran menulis mengikut tahap perkembangan mereka. Cadangan ini lebih menfokuskan kepada tanggungjawab guru sebagai medium pengajaran kepada kanak-kanak. Cadangancadangannya adalah seperti berikut : a)

Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti bagi menarik minat kanak-kanak untuk melakukan aktiviti. Guru perlu berfikir secara kreatif dan kritis bagi meningkatkan penguasaan kedua-dua kemahiran ini. Aktiviti yang menarik akan mencuri perhatian, tumpuan, kesediaan melakukan aktiviti dan boleh juga mempengaruhi kemahiran motor halus seperti menggunting (Moore & Law, 1990).

b)

Guru perlu memperbanyakkan latihan dan memberi pengulangan dan pengukuhan bermula dari peringkat mudah kepada yang lebih kompleks. Latihan secara pengulangan akan meningkatkan lagi tahap penguasaan kemahiran motor halus kanak –kanak. Aktiviti pengulangan akan meransang daya ingatan dan kemahiran kanak-kanak. Kanak- kanak belajar melalui pengalaman yang diulangi (Kohn, 1998). Latihan bermula daripada aktiviti mudah kepada sukar membolehkan kanak-kanak menadaptasikan kemahiran tersebut dalam dirinya secara berperingkat.

c)

Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk cara yang betul bagi mengurangkan kesalahan

kanak-kanak sewaktu aktiviti.

Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak bagi mengurangkan kesalahan dalam melakukan aktiviti. Guru yang

50

kurang

prihatin menyebabkan berlakunya kesilapan-kesilapan yang

berterusan dan menjadi satu kemahiran yang tidak baik kepada kanakkanak. Kanak-kanak akan selesa dengan keadaan tersebut dan enggan melakukan perubahan. Bimbingan dari segi menggunting dan membuat aktiviti dengan cara yang betul akan menghasilkan satu tindak balas positif dari kanak-kanak kerana kanak-kanak belajar melalui peniruan dan mengadaptasikannya dalam kehidupan mereka.

d)

Guru perlu peka kepada masalah pembelajaran kanak –kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran perlu dikenalpasti dan tindakan selanjutnya perlu dijalankan segera. Guru boleh bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan kanak –kanak mendapat intervensi awal di sekolah dan di rumah. Ibu bapa dapat mengetahui masalah yang dialami oleh si anak dan mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti ransangan yang disarankan oleh guru, hasil daripada perbincangan dan maklum balas yang positif dari kedua-dua pihak ( Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon & Mohd Sharani bin Ahmad : 2003 ).

Kebanyakan kanak-kanak menjadi berminat dalam menggunting sekitar usia dua dan setengah atau tiga tahun. Apabila anak anda mula-mula menunjukkan minat dalam menggunakan gunting, pengkaji mempunyai beberapa tips yang pengkaji cadangkan untuk membantu dia cepat menguasai kemahiran menggunting yang betul. Antaranya adalah: a)

Biarkan anak anda hanya berlatih memegang gunting tanpa tekanan yang dijangka untuk memotong apa-apa. Ini ada lah untuk kanaka-kanak untuk memegang gunting cara yang betul setiap kali dia memilih untuk menggunakan gunting, dan dengan sendirinya menggalakkan kanakkanak-kanak kemudian membuka dan menutup gunting seberapa banyak mana yang dia mahu.

b)

Tunjukkan kepada anak anda bagaimana dia perlu untuk membuka jari telunjuk dan ibu jari seluas mungkin untuk membuka bilah gunting dan

51

kemudian bagaimana dia perlu menutup jari untuk menutup bilah gunting. Jelaskan bahawa yang lebih luas dia membuka jarinya, lagi luka beliau akan. c)

Jangan pergi terlalu jauh. Pengkaji sedar bahawa kebanyakan ibu bapa mungkin tidak akan meninggalkan anak-anak mereka tanpa pengawasan dengan gunting kerana akan mendatangkan risiko kepada kanak-kanak itu sendiri atau mereka disekitarnya. Tetapi anda juga perlu duduk terlampau dekat supaya anda boleh terus memberi kanak-kanak petunjuk lisan seperti "Sekarang membuka jari anda benar-benar luas" atau "pusing kertas dengan tangan kiri anda supaya anda boleh memotong keluar bulatan itu." Tanpa komen-komen ini yang menyokongkanak-kanak hingga mereka selesa dengan cengkaman gunting betul, kanak-kanak mungkin boleh kembali untuk menggunakan cara cengkaman yang salah (atau untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membuka dan menutup bilah gunting dengan meletakkan satu tangan pada setiap tangkai). Ini pendekatan yang tidak betul walaupun akan menghasilkan karya guntingan, tetapi mereka tidak cekap dan tidak tepat.

Jika anak anda masih belum lagi mempunyai cengkaman gunting betul, mempunyai dia meletakkan gunting dan berjabat tangan anda. Apabila anak anda mencapai untuk berjabat tangan anda, dia secara semulajadi akan memutarkan tangannya supaya ibu jarinya di atas dan jari jari kelingking beliau menunjuk ke arah lantai. Selepas anda berjabat tangan dengan anak anda sekali atau dua kali, minta dia untuk menggoncang masa ketiga. Masa ini, kerana beliau meluas tangannya kepada anda untuk berjabat, gunakan tangan anda untuk memilih sepasang gunting oleh bilah logam tertutup dan letakkan hujung gunting dengan lubang jari ke tapak dihulurkan beliau. Kemudian secara lisan mengarahkan beliau untuk meletakkan ibu jarinya di dalam gelung di atas gunting dan meletakkan jari telunjuknya (atau telunjuk jari dan jari tengah bersama-sama) dalam gelung di bahagian bawah. Apabila anak anda memegang gunting dengan betul, ambil sehelai kertas dan biarkan anak anda menguntingnya beberapa kali tanpa perlu bimbang tentang menggunakan tangan bukan dominan untuk menstabilkan kertas.

52

Oleh itu, pengkaji mencadangkan guru-guru untuk menjalankan aktiviti menggunting dengan lebih kerap dan dengan cara yang kreatif. Dalam mengajar kanak-kanak untuk menggunakan gunting atau memegang gunting sebagai contoh sekiranya kanak-kanak mempunyai kebencian dalam menggunakan gunting akibat daripada pengalaman sebelumnya seperti kesakitan yang dialami semasa memegang gunting dengan cara yang salah, guru-guru boleh menguli playdough berbentuk sosej atau cacing dan kemudian meminta kanak-kanak menggunting untuk membuat kacang, gula-gula dan sebagainya. Selain itu, guru juga boleh mengajar kanak-kanak menggunakan gunting dengan meminta mereka menggunting potongan jalur (1.5 cm) kertas berwarna warni untuk kanak-kanak gunting merentasi lebar kertas tersebut. Aktiviti ini agak mudah dilakukan ini adalah kerana gunting hanya perlu dibuka dan ditutup sekali sahaja untuk berjaya memotong jalur kertas warna tersebut. Hasil guntingan jalur kertas tadi boleh

digunakan

dalam

membuat

kolaj.

Setelah

kanak-kanak

mampu

mengenggunakan gunting dalam aktiviti ini barulah kanak-kanak ini diberikan kertas yang lebih lebar sedikit yang mana gunting perlu dibuka dan ditutup sebanyak dua kali untuk memotong jalur kertas kersebut. Dalam mengajar kanak-kanak menggunting atau mengendalikan gunting dalam menggunting bentuk-bentuk pula guru boleh memuakan dengan memotong pada garisan tebal yang lurus. Kertas yang digunakan itu boleh diwarnakan sebelum dipotong dan digunakan secara kreatif untuk membuta bunga, rantaian kertas dan sebagainya. Guru harus memastikan kanak-kanak untuk tidak bermula pada garisan yang paling dekat dengan tangan yang memegang kertas. Ini kerana ini akan memudahkan kanak-kanak untuk mengawal pergerakan gunting mereka. Setelah itu barulah beralih kepada menggunting bentuk bulatan. Dalam mengajar kanak-kanak menggunting bulatan guru mungkin perlu duduk di belakang kanak-kanak untuk membimbing tangan yang memegang kertas dalam menggerakkan kertas semasa menggunting. Selepas beberapa kali melakukannya bersama, kanakkanak akan dapat memahaminya dengan baik. Namun guru harus memastikan bahawa kanak-kanak tidak menggunting dalam arah yang salah di sekeliling bulatan. Seterusnya bolehlah beralih kepada bentuk-bentuk mudah seperti segi tiga dan segi empat.

53

Apabila kanak-kanak telah menguasai kemahiran menggunting dan mampu untuk menggunting pada sekitar sudut-sudut pada bentuk-betuk mudah, mereka akan mampu untuk beralih kepada bentuk-bentuk yang lebih kompleks. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dicadangkan beberapa cadangan bagi kajian-kajian akan datang dalam skop kajian yang sama. Memandangkan kajian yang dijalankan ini hanya terhad kepada 1 tadika sahaja dan melibatkan 4 orang kanak-kanak, pengkaji mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang untuk meningkatkan tahap kemahiran menggunting kanak-kanak. Di mana kajian dilakukan menggunakan sampel yang lebih besar supaya generalisasi dapat dibuat dengan lebih tepat. Selain itu satu kajian yang sama boleh dijalankan yang meliputi lebih banyak tadika ataupun membuat perbandingan antara tadika di Bandar dan luar Bandar. Kajian yang dilakukan ini merupakan sebuah kajian tinjauan yang hanya memfokuskan kepada sejauh mana tahap pengguasaan kemahiran menggunting kanak-kanak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, sekiranya kajian juga boleh dipanjangkan tempoh pemerhatiannya pada masa akan datang ia akan membolehkan penyelidik bagi mendapatkan data yang lebih terperinci berkenaan topik kajian. Ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menggunting dan perkaitannya dengan kemahiran-kemahiran kanak-kanak yang lain seperti kemahiran pra-tulis.

5.4

KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjuukan bahawa masalah kurang penguasaan kemahiran menggunting bukan sahaja berpunca daripada factor kamatangan kanak-kanak iaitu usia mereka, tetapi wujud juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran menggunting ini. Oleh itu, kajian ini diharapkan memberikan pendedahan dan pencerahan kepada guru, penyelidik mahupun ibu bapa untuk mengetahui secara mendalam kepentingan kedua-dua kemahiran ini dan implikasinya serta langkah-langkah yang

54

boleh diambil bagi mengatasi masalah dan meningkatkan penguasaan kemahiran kanak-kanak. Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti sama ada kanak-kank memiliki konsep atau asas memegang gunting dengan

betul,

mengenalpasti

faktor-faktor

yang

menyebabkan

kemahiran

menggunting terbatas dalam kalangan kanak-kanak dan seterusnya mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran menggunting kanak-kanak.

55

RUJUKAN

Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali. Kuala Lumpur: University of Malaya Publication. Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006-2010). Dokumen Standard Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bayrei Asrin,Rohaya Kamis,Roseidayu Elias & Jered Yutui. (2008). Menilai Perkembangan

Psikomotor

Halus

Kanak-kanak

Prasekolah.Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Bosma, Anne; Domka, Amy; Peterson, Jill.(2000). Improving Motor Skills in Kindergartners.Saint Xavier University and Skylight Professional Development. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan Kaedah Penyelidikan Buku 1. Petaling Jaya: Prentice-Hall (M). Ernie Sulianan Md. Shariff (2008). Prestasi Kemahiran Motor Halus Dan Kasar Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran Menggunakan Instrument Movement Assesement Battery For Children (MABC). Universiti Teknologi Malaysia. Gallahue, David L. (2002). Understanding Motor Development Infants, Children, Adolescents, Adult. Boston : Mcgraw-Hill. Mas Atiqah Mashod & Anisah Harun, (2010). Keberkesanan Kaedah Tiru Dan Buat (TDB) Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menggunting Bagi Murid Di Sekolah Kebangsaan Teluk Menara Untuk Subjek Seni Visual. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2010.

56

Mohd Amin H. A. Shariff (1998). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Renee. (2011) Teaching Children the Proper Scissors Grip. Diperoleh Januari 3, 2013 daripada http://www.schoolsparks.com/blog/teaching-children-the-properscissors-grip Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio. Serdang : Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Scissor Cutting...How To Help Your Child! Diperoleh November 2,2012 daripada http://www.ot-mom-learning-activities.com/scissor-cutting.html Shafiyah Othman.(2009). Mempertingkat kemahiran motor halus bagi seorang murid bermasalah Sindrom Down.Sekolah Kebangsaan Rengit.

57

LAMPIRAN

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF