B1 Inti Sari Sejarah 4 Full Version Copy
August 28, 2017 | Author: ckg rmy | Category: N/A
Short Description
ULANG KAJI CARA MUDAH...
Description
Jahiliah 33 Ciri-ciri masyarakat jahiliah 34 Ciri-ciri sistem kabilah… 35 Biodata Nabi Muhammad SAW 36
Berlawanan dengan ajaran Islam 37 Masyarakat jahiliah 38 Kemunculan tamadun Islam 39
Perjanjian Aqabah dan Hudaibiyah 40 Hijrah 41-42 Piagam Madinah 43 Prinsip-prinsip peperangan Islam 44 Tamadun awal 01-02
Kota Makkah… 45
Tamadun awal dunia 03-04 Zigurat 05 Sumbangan tamadun 06 Tamadun Hwang Ho 07 Kepentingan/kegunaan/fungsi 08 Bandar terancang 09-10
Khalifah 46 Sumbangan khalifah 47-48 Kerajaan Bani Umaiyah… 49 Kerajaan Turki Uthmaniyah… 50
Perkembangan dan pembentukan… 51-52 Pertembungan tamadun Islam… 53 Tamadun Yunani 11
Ciri-ciri demokrasi 15 Sumbangan ekonomi 16 Sumbangan pendidikan 17-18 Sumbangan seni bina 19-20 Ciri-ciri sistem sosial 21 Agama utama dunia 22
Faktor/sebab Renaissance 63 Kesan Renaissance 64 Reformation 65-66
Demokrasi dan Republik 12 Sumbangan pemerintahan 13-14
Ciri-ciri peralihan zaman… 60 Sistem Feudal dan Revolusi Pertanian … 61-62
Penjelajahan 67-68 Teori kedatangan Islam… 54
Peranan pedagang sebarkan Islam 55
Revolusi Pertanian 69 Revolusi Perindustrian 70
Peranan ulama sebarkan Islam 56
Revolusi Perindustrian 71
Ciri-ciri pendidikan formal 57
Penindasan majikan 72
Ciri-ciri pendidikan tidak formal 58 Kesan pengaruh Islam… 59 Dwiekonomi 73 Getah dan bijih timah 74
Agraria dan maritim 23-24 Agama Hindu & Buddha di Asia Tenggara 25 Islam di Tanah Melayu & Asia Tenggara 26 Candi Angkor Wat 27 Candi Borobudur 28 Fungsi candi 29 Agama Hindu/Buddha dan Islam 30
Aspek kesenian dan kesusasteraan 31 Tulisan dan bahasa 32
Kemasukkan imigran ke Tanah Melayu 75 Imigran di Tanah Melayu 76 Kejayaan syarikat Eropah 77 Dasar British 78 Undang-undang tanah British 79 Pertanian tradisional 80 Perbandaran 81 Konsep masyarakat majmuk 82 Institusi kewangan 83 Perkembanga institusi bank 84
Info Sejarah
Jelaskan unsur yang dipentingkan oleh Islam dalam pembinaan tamadun ?
Maksud tamadun telah diberi pelbagai tafsiran oleh dunia Barat dan Islam. Tiada kata sepakat di kalangan sejarahwan untuk merumuskan maksud tamadun.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Nyatakan pandangan Ibn Khaldun tentang kehidupan bertamadun.
Ibn Khaldun nama sebenarnya ialah Abd. al-Rahman Ibn Muhammad. Beliau lahir di Tunisia dan merupakan pemikir yang unggul, ahli sejarawan dan sosiologi Islam. Karya terkenal beliau ialah ‘Muqaddimah’ yang telah menjadi rujukan sarjana Barat dalam bidang sosiologi, antropologi dan sejarah.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah maksud tamadun mengikut pandangan Profesor Syed Naquib al-Attas ?
Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bagor, Indonesia. Pendidikan awal pada usia 5 tahun di Johor dan semasa pendudukan Jepun beliau belajar bahasa Arab di Madrasah al-UrwatulWuthqa. Pendidikan tertinggi beliau bermula di Universiti Malaya diikuti Mc Gill Universiti Montreal, Kanada dan Universiti of London. Beliau turut menubuhkan International Institute of Islamic Thought and Cevilization (ISTAC) di Kuala Lumpur pada 1987.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Nyatakan dua kerajaan awal yang terbentuk dalam tamadun Mesopotamia.
Setiap Negara Kota kebiasaannya mempunyai keluasan seribu hingga dua ribu batu persegi dengan jumlah penduduk seramai 30 hingga 35 ribu orang. Negara kota merupakan kerajaan yang berdaulat yang mempunyai unit politiknya yang tersendiri dan rakyatnya akan bersatu tenaga untuk berperang menentang musuh.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Namakan dua buah sungai yang telah menyumbang kepada pembentukan tamadun Mesopotamia
Pembentukan tamadun Mesopotamia terbahagi kepada bahagian utara dan selatan bandar Bagdad, Iraq. Namun pertumbuhan tamadun ini bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer. Kehadiran orang Sumeria yang membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai. Aktiviti ini membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah maksud sistem pemerintahan berbentuk teokrasi dalam tamadun Mesopotamia ?
Terdapat banyak kerajaan yang muncul dalam tamadun Mesopotamia iaitu kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassites, Assyria dan Chaldea. Namun kerajaan Mesopotamia ini akhirnya jatuh setelah dikuasai oleh kerajaan Parsi.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Mengapakah Raja Naramsin di Akkad memaksa rakyat menyembahnya sebagai tuhan ?
Raja Mesopotamia bertindak sebagai ketua agama dan berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di Zigurat dan berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Nyatakan golongan masyarakat yang dikelaskan sebagai golongan pemerintah dalam tamadun Mesopotamia.
Info Sejarah Perkataan ‘ Sumeria’ berasal daripada nama kuno yang merujuk kepada wilayah di selatan Iraq, iaitu Sumer. Pada peringkat awal kawasan ini mempunyai tiga kumpulan etnik iaitu orang Sumeria, orang Semitik dan orang yang tidak diketahui asal usul keturunannya (bilangan yang kecil).
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Namakan tiga buah bandar yang pernah menjadi pusat pentadbiran tamadun Mesir Purba.
Info Sejarah Tamadun Mesir Purba dianggap anugerah daripada Sungai Nil. Limpahan air Sungai Nil ke daratan menyebabkan bumi Mesir menjadi subur dan seterusnya membentuk tamadun yang hebat. Gabungan kampung-kampung yang terbentuk di sepanjang Sungai Nil mewujudkan beberapa buah bandar yang kemudiannya bergabung membentuk nome (daerah). Akhirnya nome/daerah disatukan menjadi sebuah bandar pusat pentadbiran utama.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Apakah sebab kehidupan di bandar menjadi ciri penting dalam tamadun Mesir Purba ?
Info Sejarah Terdapat beberapa bandar penting dalam tamadun Mesir Purba iaitu Thinis, Memphis, Thebes, Heliopolis, Fayoum dan Abydos. Bandar-bandar ini ditadbir oleh firaun iaitu ketua kerajaan Mesir Purba. Antara firaun yang terkenal Firaun Menes, Tutankhamun II, Hatshepsut dan Senuusret III.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah peranan firaun dalam sistem pemerintahan Mesir Purba ?
Firaun berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘Pharaoh’ yang bererti rumah yang agung. Istilah rumah yang agung merujuk kepada istana dan raja.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Senaraikan golongan atasan dan bawahan masyarakat dalam tamadun Indus.
Masyarakat di Lembah Indus mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas seperti pedagangan, petanian, pertukangan dan pembuatan logam dan tembikar. Golongan buruh pula melaksanakan kerja-kerja seperti kebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan. Walau bagaimanapun tamadun Indus akhirnya runtuh disebabkan oleh serangan orang Aryan dan bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Namakan golongan bawahan yang terdapat dalam organisasi tamadun Indus.
Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sungai Indus bukan sahaja menyediakan sumber air tetapi telah dapat menyuburkan tanah. Kepandaian penduduk di kawasan ini menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan hasil pertanian yang membawa kepada pertambahan jumlah penduduk dan akhirnya menyumbang kepada perkembangan bandar seperti Monhenjo-Daro, Harappa, Lothal dan Sutkagen Dor.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah tiga kepercayaan utama masyarakat Shang ?
Tulang Oracle (tulang binatang) digunakan untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan serta disabitkan dengan sesuatu kejadian. Amalan ini telah membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China berdasarkan rekahan-rekahan yang terdapat pada tulang tersebut.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah Dalam tamadun awal terdapat empat jenis sistem tulisan iaitu Ceuniform (Mesopotamia), Hieroglif (Mesir Purba), Piktograf (Indus) dan Ideogram (Hwang Ho).
Nyatakan peranan Sistem Tulisan Pada Zaman Tamadun Awal.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Apakah sumbangan utama perkembangan ilmu matematik dan astronomi dalam kehidupan masyarakat Mesir Purba ?
Info Sejarah Imhotep merupakan jurutera, ahli fizik dan saintis yang bertanggungjawab membina piramid Sakkara semasa zaman pemerintahan Firaun Djoser. Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Dianggarkan dua juta blok batu dan seratus ribu orang hamba digunakan untuk membina piramid.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia dalam bidang astronomi ?
Tamadun Mesopotamia telah memberi sumbangan dalam pelbagai bidang kepada kehidupan manusia antaranya dari aspek seni bina, tulisan, matematik, kalendar, geometri, perubatan, undangundang , kesusasteraan, penciptaan roda, kapal layar dan astronomi.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah kesan kemajuan ilmu perubatan dalam tamadun Mesir Purba ?
Dokumen perubatan Mesir Purba telah ditemui di dalam makam Firaun Khufu. Dokumen ini merupakan catatan perubatan tertua di dunia berusia 1600 S.M. dan telah disalin beberapa kali oleh para jurutulis diraja. Sememangnya tidak dinafikan jurutulis merupakan golongan yang sangat dihormati dalam pentadbiran firaun apabila golongan ini berada setara dengan taraf golongan bangsawan, pembesar, rahib dan tuan tanah.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah fungsi roda dalam tamadun Mesopotamia ?
Tamadun Mesopotamia telah menyumbang ciptaan alat pengangkutan terawal kepada dunia. Contohnya orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M.. Oleh itu mereka mampu menguasai jalan darat dan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah kesan penggunaan kapal layar dalam tamadun Mesopotamia ?
Epik Gilgamesh mengisahkan kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh yang memiliki sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia, wajah yang tampan dan susuk badan yang sasa serta memiliki kekuatan dan keberanian dalam memberi perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk. Di samping itu epik ini turut menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Mengapakah pendidikan diberi penekanan dalam tamadun Mesir Purba ?
Kerajaan Mesir Purba mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberi pendidikan sejak dari kecil. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah sumbangan Firaun Hatshepsut dalam tamadun Mesir Purba.
Firaun Hatshepsut (wanita bangsawan terulung), adalah firaun ke 5 dari dinasti ke 18 Mesir Purba. Firaun Hatshepsut dianggap sebagai permaisuri yang memerintah paling awal dalam sejarah dan perempuan kedua menaiki takhta sebagai ‘Raja Mesir Hulu dan Hilir’ selepas Permaisuri Sobekneferm dari dinasti ke 12.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Jelaskan beberapa pembaharuan yang diperkenalkan oleh tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian.
Masyarakat Hwang Ho percaya kuasa raja merupakan mandat dari tuhan iaitu jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran (pertanian) dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan itu direstui tuhan. Contohnya pada zaman pemerintahan Dinasti Shang rajanya sangat perihatin terhadap pembangunan pertanian sehingga hasil pertanian berlipat kali ganda yang membawa kepada pertambahan penduduk.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Nyatakan beberapa perubahan yang berlaku dalam soal pemujaan roh nenek-moyang yang diamalkan oleh masyarakat Cina pada masa kini ?
Shang Ti merupakan dewa tertinggi di syurga dan merujuk kepada nenek moyang pemerintahan Shang. Orang China kuno mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tien. Konsep Tien sukar dijelaskan, tetapi Tien boleh dimaksudkan sebagai satu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta. Tien kadang-kadang dirujuk sebagai syurga. Pemikiran ini seterusnya mempengaruhi konsep Yin & Yang.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah kepercayaan yang terkandung dalam konsep Ying dan Yang ?
Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan kepercayaan animisme (mempercayai bahawa setiap benda hidup mempunyai semangat yang harus disembah dan dipuja seperti sungai, bukit, gunung dan pokok), politiesme (kepercayaan banyak tuhan seperti tuhan syurga dan tuhan bumi), penyembahan roh nenek moyang dan kepercayaan terhadap penilikan nasib menggunakan tulang Oracle serta kepercayaan Yin & Yang.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah dua unsur utama yang terdapat dalam falsafah perang Sun Tzu ?
Buku yang ditulis sekitar tahun 400 - 320 S.M. Ini pertama kali diperkenalkan di Jepun pada tahun 716 -735 M. Sementara itu, di Eropah, buku ini diperkenalkan oleh Jean Joseph Marie Amiot, yang menerjemahkannya ke dalam bahasa Perancis. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Kapten E. F. Calthrop, seorang kapten berbangsa Inggeris. Pada masa kini falsafah perang Sun Tzu diaplikasikan sebagai tektik dalam urusan perniagaan.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Apakah konsep yang digunakan oleh pemerintah China untuk mendapatkan sokongan rakyat ?
Info Sejarah Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia (2205 – 1766 S.M.). Kemudian diikuti oleh Dinasti Shang (1766-1050 S.M.). Walau bagaimanapun kezaliman pemerintahan Raja Shang menyebabkan kebangkitan golongan hamba menentangnya. Keadaan ini akhirnya membolehkan kemunculan Dinasti Chou mengambil alih tampuk pemerintahan Dinasti Shang. Selepas Dinasti Chou lahirlah Dinasti Chin dan diikuti Dinasti Han dalam pemerintahan kerajaan China.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Apakah yang menyebabkan manusia memilih kawasan lembah sungai sebagai lokasi petempatan kekal ?
Info Sejarah Proses pembentukan tamadun manusia berlaku apabila manusia dapat menyesuaikan diri dengan alam sekitar, iaitu dengan memilih petempatan yang memudahkan mereka menjalankan kehidupan harian.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Jelaskan kesan daripada pengamalan Kod Undangundang Hammurabi dalam tamadun Mesopotamia.
Info Sejarah Kod Undang-undang Hammurabi diambil sempena nama Raja Hammurabi yang memerintah Babylon. Beliau menjadi raja di seluruh Mesopotamia setelah berjaya menakluki Akkad. Pada ukiran batu ini terdapat inskripsi 282 kod undang-undang dan antaranya ada menyatakan bahawa sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan yang lain, tulangnya akan dipatahkan dan sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangnya maka bangsawan ini didenda dengan satu wang perak.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Nyatakan beberapa kepentingan penciptaan kertas dalam tamadun Mesir Purba.
Penciptaan kertas dalam tamadun Mesir Purba dibuat daripada pokok Papyrus yang hidup subur di lembah Sungai Nil. Mereka telah meleperkan batang-batang pokok ini menjadi kepingan untuk dijadikan kertas. Sementara itu dalam tamadun China penciptaan kertas dilakukan oleh Chai Lun. Beliau telah berjaya mencipta kertas dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa. Pulpa ini kemudiannya diratakan pada skrin poros, dituskan dan dikeringkan dalam kepingan yang nipis.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah yang menyebabkan pembentukan tamadun Indus ?
Sungai Indus menjadi penyumbang utama kepada pembinaan tamadun awal India. Petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus menyebabkan berlakunya pertumbuhan ekonomi yang pesat dan seterusnya membentuk bandar terancang.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah faktor yang membolehkan pembentukan tamadun Indus ?
Dalam tamadun Indus, kedudukan pedagang berada di kelas tasan selepas pendeta. Ini berbeza dengan tamadun-tamadun awal yang lain. Kedudukan ini memperlihatkan pengiktirafan kumpulan pedagang memainkan peranan penting dalam penyebaran agama. Penyebaran agama Hindu-Buddha dan Agama Islam tidak menafikan peranan yang dimainkan oleh para pedagang.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Namakan beberapa bahagian utama dalam bandar terancang tamadun Indus.
Perumahan di bandar Indus mempunyai bilik mandi dan tandas. Air dan kumbahan dari rumah disalir keluar melalui paip ke longkang-longkang yang mengalir di bawah tanah. Longkang ini tidak ditutup terus untuk membolehkan kerja pembersihan dilakukan jika tersumbat. Hasil kumbahan ini akan di hantar ke pusat pembuangan di luar bandar.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Apakah hasil perdagangan yang utama dalam tamadun Indus ?
Masyarakat Indus dipercayai menjalin hubungan perdagangan luar dengan masyarakat Mesopotamia. Hubungan perdagangan antara kedua-dua tamadun dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Indus di Mesopotamia. Cap mohor berbentuk empat segi ini dibuat daripada batu lembut yang diukir dan dipanaskan. Tujuan cap mohor ini sebagai lambang pengenalan diri para pedagang Indus. Sumber Mesopotamia ada menyatakan nama bandar Makan dan Melluha berkemungkinan merujuk kepada Mohenjo-Daro.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
Info Sejarah
Nyatakan dua faktor masyarakat Indus berupaya membina bandar terancang.
Tamadun Indus terkenal dengan perancangan bandarnya seperti bahagian utamanya terdapat pusat pentadbiran, keagamaan, tempat mandi awam untuk upacara ritual dan pembersihan, tempat penyimpanan hasil pertanian dan pelabuhan. Bahagian keduanya pula terdapat kawasan perumahan yang disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan dengan rangkaian jalan raya yang lurus serta mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
Kembali
Inti Sari Sejarah Tingkatan 4
View more...
Comments