Asuhan Tilawah Al-Quran
July 14, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Asuhan Tilawah Al-Quran...
Description
ISI KANDUNGAN
MUKA
SURAT
PENGENALAN
3
TIGA KAEDAH PENGAJARAN DAN KELEBIHAN
4-6
CARA UNTUK MENGAPLIKASIKAN KAEDAH
7
DALAM BENTUK (PdPR)
BAHAN BANTU MENGAJAR
8-9 1
BAGI KETIGA-TIGA KAEDAH
CONTOH APLIKASI PEMBELAJARAN
9-10
TILAWAH AL-QURAN DAN KELEBIHANNYA
KESIMPULAN
11
RUJUKAN
12
PENGENALAN Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran Al-Quran merupakan salah satu pengajian yang memberikan pendedahan berkaitan sukatan atau huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Di antara salah satu topik dalam pengajian Asuhan Tilawah AlQuran ialah mengenai huruf hijaiyyah. Mengadakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran mengenai huruf hijaiyyah dengan pelbagai cara menyampaian yang dapat menarik minat dan berpusatkan pelajar. Saya ditugaskan untuk mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam bacaan dan hafazan surah al-Takathur Selain itu dalam pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran juga terdapat 3 kemahiran iaitu kemahiran membaca. Kemahiran membaca menfokuskan kepada kebolehan pelajar membaca ayat-ayat Al-Quran dengan menyebut perkataan dengan betul dan bertajwid. Kemahiran membaca sangat penting dalam setiap pempelajaran terutamanya pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran supaya murid memperoleh kemahiran yang selaras dengan sukatan pelajaran. Seterusnya, Kemahiran hafazan. Kemahiran hafazan pula memberi penekanan kepada kebolehan pelajar menghafal surah-surah yang telah dipelajari atau yang terpilih dengan fasih dan lancar setelah menguasai bacaan atau sebutan dengan Jelas. Ketiga ialah kemahiran kefahaman. Kemahiran kefahaman pula memberi tumpuan kepada kebolehan pelajar memahami beberapa 2
surah yang telah di belajar atau surah yang tertentu dalam sukatan. Kemahiran kefahaman sangat penting dalam setiap pengajian. Kemahiran kefahaman juga memudahkan proses hafalan ia kerana apabila pelajar menghafal sesuatu ayat yang mana pelajar mengetahui maksud ayat tersebut sekali gus pelajar akan mudah mengingat dan akan mengingat dengan jangka masa yang panjang. Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran ini amat penting dalam setiap individu umat islam. Oleh hal demikian kerana ilmu Asuhan Tilawah Al-Quran menjadi asas penting dalam membaca AlQuran di setiap hari.Guru pendidikan islam harus memastikan pengajian Asuhan Tilawah AlQuran yang di jalankan dalam bilik darjah benar-benar memberi kesan kepada murid dan pelajar dapat menerima sepenuhnya apa yang hendak disampaikan oleh guru dengan jayanya. Pelbagai usaha yang perlu di lakukan oleh guru pendidikan islam agar murid tidak berterusan lemah dalam penguasaan Tilawah Al-Quran. i) Untuk mencapai matlamat dan hasil yang dinginkan dalam pembelajaran.Guru haruslah menggunakan pelbagai kaedah dalam menyapaikan ilmu. Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafal dan memahami ayat-ayat al-Quran dengan betul. Antara beberapa kaedah yang dapat di laksanakan dalam pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran ialah kaedah mendengar serta menyebut,kaedah talaqqi dan musyafahah dan juga kaedah latih tubi. KAEDAH MENDENGAR SERTA MENYEBUT Kaedah mendengar serta menyebut ini merupakan salah satu satu kaedah yang asas yang mana kaedah ini penting di melaksanakan dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Terdapat banyak kelebihan atau faedah kepada pelajar-pelajar atau guru itu sendiri dalam usaha memastikan pelajar-pelajar mendapat tercapai apa yang ingin disampai oleh guru dengan sepenuhnya. Pelajar dapat mengusai bacaan atau hafazan surah-surah daripada Al-Quran atau surah-surah sukatan.Guru bertindak sebagai sumber dan pelajar-pelajar pula akan menggunakan sumber dari guru untuk tujuan pembelajaran. Guru hendaklah menyebut atau melafazkan sesuatu lafaz bacaan dari surah-surah tertentu dengan sebutan yang betul dan jelas dan pelajar pelajar pula mendengar dan mengulangi lafaz bacaan guru tersebut. Sebagai contoh surah Altakakhur,surah Al-Takakhur mengandung ke semuanya 8 ayat. Guru boleh membaca dengan 3
menggunakan dua peringkat. Pada peringkat pertama guru baca surah Al-takakhur ayat 1 hingga 4 dan pelajar mendengar dan mengulangsemula bacaan ayat tersebut kemudian pada peringkat ke2 pula guru baca surah Al-takakhur ayat 5 hingga ayat ke8 dan pelajar boleh mengulang bacaan ayat yang telah guru baca itu. Guru hendaklah membaca surah Al-Takathur ayat 1 hingga ayat ke lapan dan juga memberi penerangan tentang surah Al-Takakhur Al-Takakhur itu serta memperbetulkan tajwid dalam surah Al-Takakhur dengan betul. Dalam melaksanakan kaedah mendengar dan menyebut ini guru haruslah menyebut dengan sebutan yang jelas dan kuat supaya pelajar dapat mendengar dengan jelas. Pelajar-pelajar juga harus memberi sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar supaya pelajar-pelajar dapat menangkap sepenuhnya apa yang ingin disampaikan oleh guru dengan betul. Selain itu guru juga boleh menggunakan radio atau bahan teknologi yang lain dalam usaha menarik minat pelajar-pelajar. Dengan melalui kaedah menyebut dan mendengar ini akan memudahkan guru untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang mana kurang mahir atau lemah dalam menyebut semula lafaz-lafaz bacaan surah-surah yang telah disebut oleh guru tersebut. Ini juga sekaligus memberi membuka peluang kepada guru untuk memberi perhatian yang lebih atau proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera. Deangan usaha menggunakan kaedah ini akan dapat menghasilkan pembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan. KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH Seperti mana yang kita tahu tahu mempelajari pengajian Asuhan Ti Tilawah lawah Al-Quran ini bukan sesuatu yang mudah. Guru perlulah mengambil berat serta memainkan peranan yang lebih dalam memastikan pelajar-pelajar benar-benar dapat membaca atau menghafaz bacaan surau-surah dengan betul dan fasih. Kaedah talaqqi dan musyafahah ini ialah kaedah mempelajari Al-Quran yang tertua iaitu berdepan secara langsung di antara guru dengan pelajar seperti mana yang dipraktikan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini jelas melalui peristiwa di Gua Hira’ ketika al-Quran mula-mula diturunkan kepada Rasullullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dalam peristiwa itu, Jibril membaca terlebih dahulu bacaan ayat suci al-Quran dan didengari oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah s.a.w terus menghafal ayat berkenan dan seterusnya membacakan kepada para sahabat. Para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah s.a.w. Bacaan tersebut juga dituliskan dan seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. Penggunaan 4
kaedah talaqqi dan musyafahah ini dilihat sebagai pemankin utama dalam usaha ini. Guru secara langsung dapat menangkap sejauh mana pelajar-pelajar dapat mencapai pengguasaan bacaan atau hafazan surah-surah yang telah dipelajari itu. Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk memperbaiki atau memperbetulkan bacaan atau hafazan mereka secara terus ketika pembelarang dilangsungkan dan juga berhadapan dengan guru. Kaedah ini amatlah sesuai diguna pakai oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas tilawah kerana sesuatu bacaan atau hafazan itu seharusnya tepat dan bertepatan dengan syariat islam. Ia juga dianggap sesuatu kaedah yang cukup berkesan dalam pemastikan guru-guru dan juga pelajar-pelajar dapat meneruskan bacaan atau hafazan untuk surah-surah yang eterusnya.
KAEDAH LATIH TUBI membaca atau menghafaz Al-Quran akan lebih mudah dikuasai oleh pelajar-pelajar pelajar-pelajar seharusnya diulang-ulang serta di amalkan selalu. Untuk memastikan pelajar-pelajar mudah menguasai menguasai bacaan atau hafazan sesuatu surah itu,kaedah latih tubi ini sangat memainkan peranan utama dalam memantapkan lagi hasil bacaan dan hafazan surah-surah terhadap diri pelajar-pelajar tersebut.Dengan pelajar sentiasa megulangi secara berterusan dengan bimbingan guru sudah pasti dapat diguasai dengan mudah dan pantas oleh pelajar-pelajar. Contohnya setiap kali guru ingin memulakan pembelajaran pelajar dikehendaki mengulang terlebih dahulu bacaan atau hafazan surah Al-Takakhur dengan bacaan yang betul yang telah dipelajari itu. Keadah ini amatlah mudah dilaksanakan dan hasilnya cukuplah berkesan kerana pelajar-pelajar akan lebih mudah mengingat,menerima sesuatu ilmu kemahiran apabila ianya selalu diulangulang. Disamping itu, bukan sekadar pelajar-pelajar memperolehi ilmu pengetahuan yang baru tetapi ianya lebih mudah diamalkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh,bacaan al-fatihah yang selalu dibaca atau diulang-ulang setiap kali untuk menunaikan solat secara tidak langsung pelajar-pelajar akan menjadi cepat fasih.
5
Dengan kaedah latih ubi ini pelajar-pelajar pelajar-pelajar lebih mudah menerima sesuatu il ilmu mu atau kemahiran. Bukan sekadar pelajar-pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baru tetapi ianya mudah diamalkan dalam kehidupan seharian.Amalan seharian.Amalan seharian yang sselalu elalu diamalkan atau dilaksanakan oleh pelajar-pelajar ini merupakan satu kekuatan mengaplikasikan kaedah latih tubi ini.
ii) Melaksanakan kaedah mendengar serta menyebut dalam PdPR sangat mudah dilaksanakan kerana guru dan juga pelajar-pelajar boleh mengadakan kelas secara siaran langsung melalui gadget atau kemudahan masing-masing di rumah masing-masing.Sebagai contoh,dalam melaksanakan kaedah mendengar serta menyebut dalam PdPR ini guru boleh menyebut atau membaca ayat-ayat Al-Takakhur dengan jelas kemudian pelajar boleh mengulangi bacaan yang telah disebut oleh cikgu itu dengan betul dan fasih.Dengan cara mendengar dan menyebut cikgu dapat memerhati sama ada pelajar itu dapat menerima ilmu yang telah disampai dengan sepenuh atau tidak dan jika tidak cikgu boleh mengulangi lagi bacaan itu. Seterusnya kaedah talaqqi dan musyafahah. Pembelajaran kaedah talaqqi dan musyafahah dalam Asuhan Tilawah Al-Quran adalah satu kaedah yang amat sesuai di guna pakai dan kaedah ini juga telah di guna pakai dari zaman tertahulu lagi kerana sesuatu bacaan atau hafazan itu seharusnya tepat dan bertepatan dengan syariat islam. Ia juga dianggap sesuatu kaedah yang cukup berkesan dalam pemastikan guru-guru dan juga pelajar-pelajar dapat meneruskan bacaan atau hafazan untuk surah-surah yang seterusnya. Disebabkan seluruh dunia telah melanda dengan penyakit pendemik covid-19 kerajaan telah berusaha pelbagai cara dalam memastikan pelajar dapat mempelari ilmu dengan sepenuhnya. Pelbagai aplikasi yang tersedia yang boleh digunakan 6
ketika sesi PdPR berlangsung. Antara aplikasi yang biasa dipakai oleh Open Universiti Malaysia sendiri ialah Google Meet dan Zoom Dan juga Whatsapps.Dengan adanya kemudahan aplikasi ini ia memudahkan para-para guru untuk menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah ini dalam pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran. Pembelajaran tetap berlaku secara biasa cuma bezanya adalah belajar secara talian. Selain itu,pembelajaran kaedah latih tubi juga sangat mudah diguna pakai dalam PdPR. Sebagai contoh cara mengaplikasikan dalam PdPR ini para guru boleh membuat sesi soal jawap terlebih dahulu apa yang telah dipelajar oleh pelajar sebelum ini. Supaya pelajar-pelajar boleh mengulang atau mengingat semula apa yang telah mereka pelajari sekaligus dengan cara mengulang-ulangi pelajar mudah untuk mengingati. Dan setiap kali tamat sesi pembelajaran guru-guru juga boleh menyoal pelajar-pelajar apa yang telah dipelajari itu. Guru juga boleh meminta kepada pelajar supaya membuat satu rakaman suara hafazan masing-masing dan hantar kepada guru. iii) Terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai bagi ketiga-tiga kaedah yang ttelah elah saya sebutkan diatas tadi iaitu dengan penggunakan kaedah mendengar dan menyebut,kaedah lataqqi dan syafahah dan juga kaedah latih tubi. Penggunaan bahan bantu mengajar amatlah penting sekaligus ia dapat menarik minat pelajar-pelajar dan supaya pelajar-pelajar lagi rasa terhibur untuk mempelajari sama ada dalam kelas mahupun dalam talian online. Bahan bantu mengajar yang sesuai dalam ketiga-tiga kaedah ini ialah pembesar suara. Guru boleh menggunakan pembesar suara sebagai alat dalam menyampaikan bacaan ayat Al-Takakhur tersebut semasa sesi pembelajaran kerana dengan menggunakan pembesar suara akan lebih jelas didengari apa yang dibaca oleh guru. Pelajar sekaligus dapat menerima dengan jelas dan sahih bacaan guru itu. Dalam sesi soal jawab pelajar juga boleh menyoal soalan atau menjawab soalan yang ditanya boleh guru dengan menggunakan pembesar suara ia secara langsung pelajar-pelajar yang lain dapat sama-sama mendengar soalan atau pun jawapan itu.Dengan menggunakan pembesar suara dalam sesi pembelajaran dapat menambah lagi keyakinan pelajar dan menghilang rasa maluatau takut terhadap rakan-karan yang lain termasuk guru itu sendiri. Selain itu, bahan bantu mengajar dalam bentuk bahan yang didengar sebagai contoh adalah amat mustahak dalam proses menghafaz al-Quran. Teknik mendengar bacaan guru dan mengikut 7
bacaan tersebut sehingga menghafaz ayat tersebut atau merakam ayat-ayat al-Quran yang akan dihafaz kemudian mendengarnya melalui audio boleh membantu proses menghafaz al-Quran. Contohnya pelajar -pelajar boleh diperdengarkan atau memerhati dan mengikut bacaan terbaik oleh Syeikhul Maqari’ Mahmud Khalil al-Khusori dari Mesir (Darul Quran, 2007). Kaedah ini telah juga telah disarankan oleh Abu alFida’ (2006) dengan menyatakan bahawa penggunaan teknologi moden sebagai bahan bantu berbentuk audio di dalam proses menghafaz adalah sangat perlu. Pelajar boleh mendengar bacaan surah Al-Takakhur melalui audio dan menghafaz serta merakamkan bacaan melalui alat bantuan audio seperti rekorder,mp3 dan sebagainya. Bahan berbentuk audio kini lebih mudah diakses melaui telefon pintar yang dimiliki oleh kebanyakan individu.Alat bantu hafazan yang boleh dilihat pula ialah paparan video bacaan qari tau huffaz murattal atau bertarannum dari laman sesawang atau internet. Selain itu paparan mushaf yang boleh dilihat di dalam skrin seperti flashQuran dan Al-Quran Android dapat membantu para hafiz menekuni ayatayat al-Quran dalam imej yang lebih jelas, mudah dan menarik. Bahan bantu mengajar dari jenis boleh dilihat dilihat seperti dalam bentu kaedah talaqqi talaqqi dan musyafahah juga boleh diakses para huffaz melalui komputer atau telefon pintar p intar secara percuma dan mudah.
Menurut Al-Rabie (2008) pengajaran adalah satu perancangan menjayakan proses
pembelajaran bagi satu tempoh yang ditetapkan. Oleh yang demikian guru harus merancang penggunaan alat atau bahan yang sesuai dan efektif dalam pengajarannya. Al-Quran amat menitikberatkan perancangan sehingga umat Islam diseru untuk membuat persiapan fizikal dan mental untuk mencapai sesuatu matlamat sebagaimana firman Allah
Bermaksud: Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka
menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkannya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".
(Surah al-Taubah: 46) .
Oleh itu untuk mencapai matlamat pendidikan Asuhan Tilawah Al-Quran, persiapan seorang guru dalam menyedia dan mengembeling PdPR yang sesuai dengan kaedah pengajaran adalah selari dengan seruan Allah SWT supaya kita membuat perancangan yang rapi dan teliti. Isu PdPR dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tahfiz Pengajaran di dalam kelas bersaiz kecil dipercayai akan lebih terfok.
8
iv)
Untuk memudahkan pembelajaran Tilawah Al-Quran di telifon pinta di mana-masa sahaja pelajar berada, saya mencadangkan agar pelajar downlond satu aplikasi Al-Quran.Terdapat pelbagai aplikasi Al-Quran dalam internet seperti Muslim Pro,Smart Quran,Tilawah Malaysia,Al-Quran Melayu dan lain-lain lagi.Dalanm setiap aplikasi ini pastinya ada kelebihan dan kekurang masing-masing pelajar seharusnya bertanya guru atau mendapat bimbingan dari orang yang lebih tahu terlebih dahulu. Dengan pelajar mendownlod aplikasi ini ianya memaparkan seperti seakan-akan Al-Quran sebenar yang pelajar baca. Jadi ianya seolah-olah pelajar membaca kitab Al-Quran itu sendiri.Selain itu,dengan adanya aplikasi ini pelajar juga boleh dengar bacaan daripada qari terkenal, ada mod malam, anda tag pada setiap ayat, pelajar p elajar boleh bookmark untuk setiap muka surat dan terjemahan bahasa melayu juga disediakan. Aplikasi ini juga mempunyai tajwid berwarna bagi memudahkan bacaan. Setiap hukum tajwid juga mewarnakan dengan warna yang berbeza bagi memudahkan pelajar mengenal hokumhukum tajwid yang ada dalam Al-Quran.Terdapat juga aplikasi yang dibangunkan untuk orang melayu di bangunkan dalam bahasa melayu sepenuhnya.Maka sangatl sangatlah ah sesuai untuk orang Malaysia. Zaman sekarang terdapat banyak juga golongan ustazah yang membuat kelas dalam talian online seperti dalam facebook,instagram atau pun telegram yang kita selalu jumpa secara percuma.Sesiapa saahaja boleh mengikuti kelas tersebut tanda ada bayaran. Cara ustazah mengajar adalah membaca Al-Quran serta menerang hukum tajwid tajwid dan serta memperbetulkan cara bacaan Al-quran yang betul. Dengan adanya aplikasi ini pelajar boleh membaca walaupun tiada naskah Al-Quran Al-Quran itu sendiri. Pelajar boleh baca di dalam LRT menggunakan aplikasi. Pelajar boleh baca sambil menunggu bas, di dalam kereta dan dimana-mana tempat yang sesuai.Pelajar juga boleh memasang ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh syiekh-syiekh ternal yang terdapat dalam aplikasi itu sendiri. Walau bagaimana pun membaca Al-Quran terus dari kitab Al-Quran itu sendiri. Ingatlah membaca sahaja itu ibadah dan besar pahalanya walaupun satu huruf.
9
KESIMPULAN
Asuhan Tilawah Al-Quran amatlah amatlah penting untuk setiap umat islam pelajari kerana ia berkaitan tentang bacaan ayat-ayat Al-Quran dan juga tafsirnya. Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam, kemukjizatan Al-Quran tidak dapat disangkal lagi Kelebihan Al-Quran yang paling besar untuk sekalian makhluk ia tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman. Tidak seperti kitab-kitab lain yang telah diubah oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil yang diturunkan untuk Nabi-nabi terdahulu. Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah Al-Hijr, ayat 9). Oleh itu,Guru haruslah memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar untuk belajar Al-Quran dengan berusaha menggunakan kaedah-kaedah yang boleh menarik minat pelajar. 10
Guru juga henlaklah mempunyai kemahiran pedagogi Tilawah Al-Quran yang tinggi untuk memjamin keberkesanan pengajaran Tilawah Al-Quran. Guru juga haruslah menanam sikap dan ciri-ciri guru Al-Quran dalam diri jika ingin memaju pelajar dalam Tilawah Al-Quran walaupun bidang ilmu ini tidak termasuk dalam subjek peperiksaan sekali pun.
RUJUKAN / REFERENSI 1) Ummahmud. (2010). APA style: Kaedah pengajaran dan pembelajaran
Retrieved Sept 28, 2010, from
http://ummahmud.blogspot.com/2010/09/kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran.html 2) Slideshare. (2011). APA style: kaedah dan teknik pengajaran tilawah al-Quran
Retrieved Okt 13, 2011, from
https://www.slideshare.net/nikazehar/kaedah-dan-teknik-pengajaran-tilawah-al-quran 3) anakayamtercekikdedak.blogspot. (2015). APA style: kelemahan dan kekuatan kaedah ketika
Retrieved Wed, Feb 25, 2015, from
http://anakayamtercekikdedak959493.blogspot.com/2015/02/kelemahan-dan-kekuatan-kaedahketika.html 4) AzizahBukhari.blogspot. (2015). 11
APA style: kaedah tasmik pengenalan bacaan
Retrieved Mon, Nov 16, 2015, from
http://azizahbukhari.blogspot.com/2015/11/kaedah-tasmik-pengenalan-bacaan-adalah.html 5) CikguComel16.blogspot. (2016). APA style: jenis-jenis bahan bantu mengajar
Retrieved May, 2016, from
http://cikgucomel16.blogspot.com/p/jenis-jenis-bahan-bantu-mengajar_23.html
12
View more...
Comments