Assignment WAJ 3106 - Hubungan Etnik
August 17, 2017 | Author: Keisuke Eymran | Category: N/A
Short Description
Download Assignment WAJ 3106 - Hubungan Etnik...
Description
Tajuk Kerja Kursus
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan detik hitam sejarah Negara yang merungkai persoalan perhubungan antara kaum di Malaysia. Natijah daripada peristiwa tersebut pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian antara kaum dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ini dapat dilihat melalui pelaksanaan dasar-dasar sosial, ekonomi dan politik yang menjurus kea rah perpaduan dan pembinaan negara bangsa. Berdasarkan pernyataan di atas, pelajar dikehendaki menghasilkan satu tugasan penulisan ilmiah berkenaan dengan cabaran pembinaan Negara bangsa pada masa hadapan di Malaysia. Sub tugasan : 1. Pelajar dikehendaki mencari maklumat daripada pelbagai bahan yang sesuai
untuk penulisan tersebut. 2. Pemaparan isi seharusnya diolah secara kritis, analisis dan bukan dalam bentuk pengolahan naratif. 3. Panjang tugasan anda dalam lingkungan 15 muka surat tidak termasuk senarai lampiran dan bibliografi.
1|Page
PENGENALAN KEPADA PERISTIWA 13 MEI 1969 Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 di mana di dalam pilihanraya itu banyak isu sensitif telah dibangkitkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan melayu. Dalam pilihanraya itu, parti perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam dewan rakyat manakala parti gerakan dan DAP yang berjaya mendapat 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Keadaan ini memberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan itu. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 mei 1969 itu. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi, peristiwa 13 Mei banyak meninggalkan kesan yang negetif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan
2|Page
satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERISTIWA 13 MEI 1969 Hasil dari kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan faktor-faktor berikut: i)
Pemisahan tempat tinggal dan tumpuan ekonomi Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
ii)
Sistem pendidikan yang berasingan. Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud 4 aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenakan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.
3|Page
iii)
Perbezaan agama dan kebudayaan. Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
iv)
Masalah ekonomi. Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak
sihat.
Ketidakseimbangan
ini
menyebabkan
setiap
kaum
saling
mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran. v)
Persatuan-persatuan Etnik. Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masingmasing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti politik berbentuk perkauman seringkali mengekspoitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga mewujudkan rasa tidak puas hati yang ketara antara kaum.
vi)
Pendudukan Jepun Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jepun telah memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang melayu berbanding orang cina kerana Jepun masih dipengaruhi sentimen peperangan dengan cina pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Orang melayu dilantik menjadi askar dan polis tetapi orang cina 4|Page
diketepikan. Ketika itu ramai orang cina menyertai MPAJA (Malaysian people anti jappanese army) atau bintang tiga. Keadaan bertambah buruk kerana ramai tentera jepun yang menyerang MPAJ terdiri dari akar melayu dan ini mewujudkan persengketaan antara orang melayu dan cina. Walaupun MPAJ telah ditewaskan setelah British kembali, namun sentimen perkauman ini masih kuat. vii)
Membangkitkan soal sensitif pada Pilihanraya umum 1969. Parti politik telah memainkan isu-isu sensitif seperti kedudukan istimewa orang melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi di dalam kempem pilihanraya. Setelah parti gerakan dan DAP berjaya menafikan majoriti 2/3 parti perikatan, parti tersebut telah berarak sambil membangkitkan soal-soal sensitif seperti ketuanan melayu. Keadaan bertambah buruk apabila orang melayu di bawah anjuran UMNO bertindakbalas menangkis penghinaan itu dan keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan episod berdarah 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan nyawa dan harta benda yang banyak.
TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN SELEPAS PERISTIWA 13 MEI 1969 Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek banyak memberi kesan negatif terhadap negara tetapi jika dilihat dari sudut yang lain pula ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Peristiwa tersebut telah memberi satu kesedaran yang mendalam tentang kepentingan perpaduan antara kaum di Malaysia dan kesan yang akan dihadapi jika mengabaikan kepentingannya di samping pencetus idea supaya kerajaan mengambil langkah membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera untuk memastikan kemakmuran negara terus terpelihara dan terjamin. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut: i) Mengisytiharkan darurat berkuatkuasa serta merta. 5|Page
Selepas keadaan menjadi tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku, kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara untuk menenangkan keadaan, memberi masa kepada pihak yang terlibat berfikir secara rasional tindakan mereka dan untuk menghentikan kekacauan dalam masa singkat. ii) Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 17.5.1969 bagi mengambilalih tugas parlimen untuk sementara. MAGERAN yang diketuai perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak bersama pemimpin-pemimpin politik, pegawai kanan kerajaan dan pegawai tinggi polis dan tentera berfungsi untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana harmoni dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
MAGERAN
berjaya
mencapai
matlamatnya
dan
kerajaan
berparlimen dikembalikan pada 23.2.1971. iii) Menubuhkan Jabatan perpaduan negara (JPN) dan Majlis Muhibbah
Negara (MMN) pada 1970. Jabatan Perpaduan Negara berfungsi untuk: a) Membantu meningkatkan kesedaran komuniti mengenai perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti penggalakan dan pengukuhan b) Mewujud dan menyelaraskan aktiviti perpaduan melalui rukun tetangga berasaskan konsep kejiranan c) Membimbing kanak-kanak berbilang kaum untuk membentuk peribadi dan perwatakan yang sempurna bagi kepentingan perpaduan dan intgrasi melalui tabika perpaduan d) Membantu dan mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui penyelidikan etnososial e) Menyediakan khidmat sokongan yang berkualiti dalam aspek pengurusan kewangan dan sumber manusia serta pentadbiran am supaya matlamat jabatan dapat dicapai dengan jayanya. 6|Page
iv) Menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) pada 29.1.1970. Ditubuhkan pada Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Angota MPN terdiri dari wakil MAGERAN, kerajaan negeri, wakil parti politik, wakil dari sabah dan sarawak, kumpulan agama dan sebagainya. Majlis Perundingan ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia. MAPEN juga bertanggungjawab terhadap beberapa ideologi negara berkaitan perpaduan seperti rukun negara dan pindaan perlembagaan tertentu. Penggubalan Rukun Negara merupakan satu idelogi yang digubal di bawah pimpinan MAGERAN dan digubal oleh MPN pada 27.1.1970. Prinsip-prinsip rukun negara: a)
Kepercayaan kepada tuhan-perlembagaan persekutuan malaysia
telah menetapkan agama islam sebagai agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian. b)
Kesetiaan kepada raja dan negara-menekankan kesetiaan rakyat
kepada ketua negara dan negeri masing-masing c)
Keluhuran
perlembagaan-supaya
rakyat
dapat
menerima,
mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan persekutuan malaysia. d)
Kedaulatan
undang-undang-undang-undang
tersebut
perlu
dipatuhi untuk memastikan kedaulatannya sentiasa terpelihara e)
Kesopanan dan kesusilaan-pembentukan masyarakat berbilang
kaum yang harmoni dapat dilahirkan sekiranya setiap individu dalam masyarakat boleh berpegang teguh kepada prinsip ini.
v) Penyusunan semula politik
7|Page
Selepas 13 Mei 1069, parti-parti politik mula menyedari kepentingan bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Penyatuan fahaman politik melalui sistem kerajaan campuran dicadangkan bagi bagi mengurangkan perpecahan politik & sesuai dengan pindaan perlembagaan 1971.
Barisan
Nasional
ditubuhkan
dengan
dianggotai
pertubuhan
kebangsaan melayu bersatu (UMNO), Parti Islam se-malaysia(PAS), Kongres india Malaysia (MIC) dan persatuan cina Malaysia (MCA) serta 6 lagi parti politik. Rombakan politik ini berjaya kerana semua pihak mula memahami kepentingan perpaduan kaum. Sehingga ke hari ini, Barisan Nasional masih kekal walaupun terdapat perpecahan pada struktur asal penubuhannya. vi) Pindaan Akta Hasutan
Dikeluarkan daripada perbincangan umum tentang kedudukan istimewa orang melayu dan kedudukan raja-raja melayu. vii) Media massa digunakan untuk mendedahkan pelbagai berita, laporan
dan dasar kerajaan akan merapatkan jurang maklumat yang wujud kerana media massa akan membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai dan simbol negara. Ini mengurangkan prasangka akibat kedapatan maklumat yang tidak tepat.
CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA PADA MASA HADAPAN DI MALAYSIA
8|Page
Dengan terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 tersebut, maka wujudnya cabaran pembinaan Negara bangsa pada masa hadapan di Malaysia. Ke arah membentuk satu negara bangsa Malaysia, terdapat tiga faktor yang menjadi cabaran pembinaan negara bangsa iaitu faktor politik, ekonomi, dan sosial. Mengikut Ranjit (1996), faktor politik dilihat dari sudut penggabungan parti-parti politik pelbagai kaum melalui Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Kerjasama dan pakatan politik pelbagai kaum dalam Barisan Nasional telah menghasilkan kestabilan politik dan keamanan di dalam negeri. Faktor politik juga merupakan ciri asas ke arah mempercepatkan agenda pembinaan
Negara
bangsa
ini. Kestabilan
politik
menjadi
prasyarat
kepada
pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah negara. Secara umumnya terdapat perbezaan persepsi antara individu di dalam melihat kepada faktor ini. Perbezaan persepsi ini berlaku kerana di dalam masyarakat majmuk yang dicirikan oleh kewujudan berbagai-bagai unsur perbezaan menghasilkan kehendak yang berbeza didalam melihat sesuatu isu. Seterusnya ianya menghasilkan perbezaan falsafah dalam rupa pembinaan negara bangsa dan cara-cara mencapainya. Melalui kajian dan penulisan, didapati perbezaan persepsi tentang negara bangsa melalui faktor politik wujud berdasarkan kaum dan wilayah. Keadaan ini menjuruskan kepada lahirnya persepsipersepsi tersendiri daripada mahasiswa mengenai perspektif politik ini. Jika terdapat perbezaan persepsi yang tidak ketara dikalangan mahasiswa pada masa kini, ianya mampu mempercepatkan terbentuknya negara-bangsa Malaysia. Dari segi faktor ekonomi, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan perkara yang sering dikaitkan dengan pembinaan negara-bangsa Malaysia. Selepas merdeka, keadaan ekonomi rakyat Malaysia pada masa itu adalah diidentifikasikan dengan sesautu kumpulan etnik. Secara umumnya, jika terdapat kumpulan etnik yang diindentitikan sebagai menguasai sesautu bidang, ianya pasti menimbulkan perasaan cemburu dan syak wasangka dan ini pastinya mencacatkan proses pembinaan negarabangsa. Pudarnya pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan antara kaum di Malaysia. Faktor sosial yang mempengaruhi pembinaan negara-bangsa Malaysia pula merangkumi peranan-peranan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar 9|Page
Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan. Melalui perkara-perkara ini banyak perbincangan yang dapat dibuat bagi menghasilkan satu identiti nasional negara bangsa Malaysia yang dibentuk. Pembinaan negara bangsa merupakan suatu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan. Melalui takrifan ini faktor sosial merupakan faktor penting untuk mewujudkannya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia menyukarkan pembentukan satu identiti nasional namun titik pertemuan antara kepelbagaian kaum ini masih tidak mustahil dapat dilaksanakan. Oleh itu persepsi-persepsi yang lahir dari mahasiswa sebagai sebahagian dari masyarakat mampu membantu mencari titik persamaan dan pertemuan didalam melahirkan negara-bangsa yang stabil. Agenda pembinaan negara-bangsa menjadi lebih penting kepada negara ini kerana mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Di Malaysia, setiap kaum mempunyai persepsi atau tanggapan tersendiri terhadap kaum lain dan ianya masih lagi dipisahkan dengan panggilan bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India dan bangsa-bangsa lain. Walaupun perhubungan di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia bertambah baik namun pemisahan sosial masih wujud. Ini pastinya akan memperkukuhkan sentimen perkauman. Pendekatan yang dapat merapatkan jurang akan meningkatkan sikap penerimaan yang lebih terbuka dan saling mempercayai antara kaum. Sekiranya mahasiswa atau golongan cerdik pandai ini bersefahaman dan dapat melepaskan diri daripada kongkongan prasangka dan perasaan perkauman barulah mereka dapat dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan mengalakkan orang lain berbuat demikian. Ini sekaligus dapat memberi kesan kepada pembinaan bangsa Malaysia. Antara isu dan cabaran yang paling sukar ditangani dalam proses pembinaan satu negara bangsa Malaysia ialah bagaimana menyatukan masyarakat dari segi wilayah-wilayah yang terpisah oleh faktor-faktor geografi. Proses mengintegrasi Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia dengan mewujudkan kerjasama dan keharmonian hidup akan mempercepatkan pembentukan negara bangsa. Secara umumnya, wilayah-wilayah ini mempunyai persepsi dan cadangan masing-masing terhadap identiti negara bangsa Malaysia yang akan dibentuk. Persefahaman, 10 | P a g e
kerjasama dan toleransi antara wilayah adalah penting bagi mewujudkan identiti negara bangsa Malaysia ini. Di universiti-universiti terdapat mahasiswa yang datang dari pelbagai tempat di seluruh Malaysia. Mereka ini berbeza dari segi tempat asalnya, namun untuk mewujudkan satu negara bangsa Malaysia, perbezaaan yang ketara antara mahasiswa-mahasiswa pastinya mencacatkan agenda besar ini. Penyeragaman sistem pendidikan di Malaysia merupakan salah satu cabaran untuk pembinaan Negara bangsa pada masa hadapan di Malaysia. Pihak kerajaan perlu mengadakan satu jenis sistem persekolahan sahaja. Hapuskan sekolah-sekolah vernakular supaya anak-anak Malaysia belajar dan bergaul di sekolah kebangsaan sahaja. Semestinya bahasa pengantar di sekolah mestilah bahasa melayu. Bagi kaum Cina dan India, mereka masih diwajibkan untuk mengambil subjek bahasa ibunda mereka di mana subjek itu menjadi subjek pilihan untuk diambil oleh kaum yang lain. Di samping itu, guru-guru, kerani-kerani, pembantu makmal dan tukang kebun juga perlu terdiri daripada semua bangsa. Perpaduan hanya boleh wujud apabila tiadanya rasa prejudis antara satu sama lain. Prejudis pula hanya dapat dihapuskan dengan saling mengenali. Dan di sekolahlah proses mengenali ini sangat penting. Anak-anak kecil yang masih putih pemikirannya perlu diberi pendidikan di suasana sekolah yang berbilang bangsa. Sekolah merupakan tempat terbaik untuk memupuk perpaduan berbanding di tempat lain. Mungkin di sinilah relevannya perlaksanaan Sekolah Wawasan Dan Sekolah Satu Aliran yang pernah dicadangkan sebelum ini. Cadangan ini mungkin akan ditentang hebat oleh pelbagai pihak terutama kaum lain. Untuk mendapatkan sesuatu, kita perlulah memberikan sesuatu. Dalam hal menghapuskan sekolah vernakular ini, kita boleh menghapuskan sistem kuota dalam kemasukan pelajar ke Matrikulasi. Kita semua mengetahui kaum bukan bumiputra hanya diperuntukkan sebanyak 10% tempat. Jika kita jujur mahukan perpaduan, mengapa tidak kita mansuhkan kuota ini? Biarlah pelajar-pelajar melayu, cina dan India bersaing dalam merebut tempat. Siapa yang layak, dia yang dapat. Pasti inilah yang kaum bukan bumiputra mahukan. Jadi di sini nilai “give and take” dapat dilakukan. Mereka hapuskan sistem sekolah vernakular, kita beri mereka “Sistem Matrikulasi yang berasaskan meritkorasi”. 11 | P a g e
Penggunaan semula Bahasa Melayu secara meluas dalam segala urusan juga merupakan langkah yang penting dalam pembinaan Negara bangsa. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir
mengharamkan
terus
penggunaan
bahasa
Breton,
kerajaan
British
mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Selain itu, kerajaan boleh mengIsyhtiharkan 13 Mei sebagai Hari Perpaduan Tarikh ini harus dijadikan cuti umum bagi diadakan pelbagai program perpaduan. Biarlah tarikh ini merupakan hari di mana semua orang saling beramah mesra dan rakyat Malaysia bergembira dengan perpaduan, bukan ketakutan mengenang pergaduhan. Biarlah tarikh 13 Mei dikenang sebagai sesuatu yang putih bercahaya bukan diratap sebagai sesuatu yang bernoda hitam. Disamping itu, peranan masyarakat adalah untuk membentuk perpaduan yang berkekalan. Kerjasama yang boleh diwujudkan untuk menjayakan perpaduan adalah seperti memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat. Kita mestilah berasa bangga menjadi rakyat malaysia. Usaha-usaha pihak yang ingin memajukan negara perlu sentiasa disokong. Jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman
yang
memainkan
peranan
penting
dalam
perjuangan
mendapatkan
kemerdekaan haruslah diambil tahu dan dihargai. Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan (Negaraku) dan jati negara harus dikenali dan dihormati oleh setiap warganegara. Setiap rakyat juga perlu bersifat setia dan sayang pada negara ini. Kita harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Kita harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Kita juga 12 | P a g e
perlu mengamalkan semangat kekitaan. Semangat ini dapat dipupuk dengan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam masyarakat. Sifat bersatu padu antara masyarakat pelbagai kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa dan kaum sendiri. Tiada siapa yang berhak mengkritik atau merendahkan adat resam dan kepercayaan kaum lain. Kita perlu menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum Di samping itu juga, menanam sifat berdisiplin juga sangat penting untuk pembinaan Negara bangsa dikalangan masyarakat Malaysia. Peraturan dan undangundang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi oleh setiap rakyat. Rakyat perlu berpekerti mulia, bersikap peramah dan berkelakuan sopan supaya dapat meningkatkan reputasi negara. Setiap rakyat harus mempertahankan serta menjunjung perlembagaan negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Sikap amanah dan jujur dalam diri akan mengelakkan nprasangka antara kaum dan akan membawa perpaduan. Rakyat juga seharusnya berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Setiap warganegara harus bekerjasama untuk menghadapi apa jua cabaran dalam negara. Contohnya, di dalam situasi gawat seperti sekarang, rakyat seharusnya mengambil iktibar dari peristiwa gawat pada 1998 di mana setiap rakyat bergabung tenaga untuk memulihkan semula ekonomi negara.
KESIMPULAN Perpaduan amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Perpaduan dan integrisi nasional adalah cabaran yang besar yang akan menentukan keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi. Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu melalui Intergrasi dan asimilasi. Integrasi ialah satu proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulankumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi di dalam satu unit politik. Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan 13 | P a g e
minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep asimilasi dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses asimilasi itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun jika diteliti aspek-aspek di atas, kerajaan lebih banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Kaedah asimilasi tidak akan berjaya kerana setiap kelompok tidak mehu kehilangan ciri-ciri dan budaya mereka. Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Kaedah-kaedah lain mungkin boleh berjaya kerana Malaysia sudah berjaya mengawal perbezaan etnik. Setiap masalah yang wujud seharusnya ditangani secara bersama oleh semua rakyat. Oleh itu, Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha sehingga ke hari ini untuk membentuk perpaduan kaum di malaysia meliputi segala aspek; ekonomi, politik dan sosial bagi memastikan Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia. RUJUKAN
Artikel (2012, Mei 13). Iktibar 13 Mei. Berita Harian Online. Retrieved August 2012 from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Iktibar13Mei/Article/index
Izrael Bin Abdullah (2012). Elak Tragedi 13 Mei. Retrieved August 2012 from http://detikperubahan.com/2012/07/23/elak-tragedi-13-mei-1969/ 14 | P a g e
Manaf, A. A. (2005). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Nazmil Nasiruddin. (2012). Elak Tragedi 13 Mei 1969. Utusan online. Retrieved August from http://utusan.com.my/utusan/Politik/20120723/po_02/Elak-tragedi-13-Mei1969
Shamsul Amri Baharuddin. (2011). Modul Hubungan ETNIK. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Zaid Ahmad [et.al]. (2010). Buku Teks Hubungan Etnik di Malaysia: Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zurinah Hassan. (1994). Wawasan 2020: Huraian 9 Cabaran. Penerbitan Perwarna: Shah Alam.
15 | P a g e
View more...
Comments