Assignment Model Kurikulum Tyler
August 19, 2017 | Author: Narendran Subramaniam | Category: N/A
Short Description
model kurikulum...
Description
Model Kurikulum Tyler Ralph Tyler telah memperkenalkan Model Kurikulum Tyler pada tahun 1949 dan dianggap sebagai model klasik. Model Kurikulum Tyler merupakan model kurikulum terawal dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum di Malaysia.
Model ini memberikan penekanan kepada suatu
pembelajaran yang terarah, dirancang dan dikelola oleh pihak sekolah. Tyler menegaskan bahawa untuk mencapai sesuatu tujuan, penggunaan objektif dalam perkembangan kurikulum sangat mustahak. Menurut beliau, penekanan yang perlu dititikberat dalam proses pendidikan ialah pembentukan tingkah laku. Berdasarkan model ini, terdapat perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku pelajar di mana perubahan yang beralaku ialah apabila setiap kali perubahan pernyataan objektif sekolah. Persoalan-persoalan yang tedapat dalam Model Tyler dapat diperhatikan melalui rajah di bawah:
Rajah 1 : Empat Dasar Utama Model Tyler Untuk Tujuan menilai kurikulum, persoalan-persoalan utama yang disarankan oleh Model Kurikulum Tyler, akan dijadikan dasar utama perbincangan penilaian. Sudah semestinya, kefahaman berkaitan keempat-empat persoalan Model Tyler perlu mantap agar sesuatu bahan pengajaran yang direka oleh seseorang pendidik mencapai objektif yang ditetapkan. Untuk memenuhi pencapaian matlamat kurikulum, Model Kurikulum Tyler menetapkan empat persoalan utama yang harus diikuti:
1.OBJEKTIF Objektif yang dinyatakan oleh Tyler dalam modelnya bermaksud matlamat yang hendak dicapai oleh guru terhadap pelajarnya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru akan menetapkan matlamat dan objektif yang diperoleh di akhir sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan. Tyler menyatakan bahawa dalam usaha mencapai objektif, seseorang pendidik harus memastikan bahawa objektif pelajaran yang dipilih mestilah selaras dengan keperluan pelajar di samping isi kandungan yang sesuai dengan keperluan masyarakat. Satu ciri objektif yang jelas baik pula haruslah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat pelajar. Untuk merangka suatu pengajaran yang bersistematik, Dokumen Standard Prestasi dan dokumen Standard Kurikulum haruslah menjadi rujukan. Dalam menentukan objektif, pertimbangan yang harus diambilkira ialah penglibatan pelajar ( audience ) , peringkat boleh diukur (behavior) , keadaan (condition) dan tingkat prestasi pelajar (degree). 2. KANDUNGAN Kandungan kursus merupakan aras kedua dalam pembentukan kurikulum Model Tyler. Kandungan kursus yang mantap mestilah berdasarkan pemilihan dan perancangan pembelajaran oleh pendidik. Dalam memilih kandungan, menuntut kreativiti yang mendalam seseorang pendidik. Perancang kurikulum harus mengambilkira aspek pengalaman sedia ada pelajar. Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, penyusunan bahan kurikulum harus disusun mengikut unit-unit pembelajaran dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks. Ini bagi menghasilkan penerimaan pengajaran yang seoptimanya daripada seseorang pendidik. Dalam penyusunan kandungan, Tyler menyarankan tiga prinsip utama yang perlu dijadikan dasar iaitu prinsip kesinambungan, prinsip ketertiban dan prinsip kesepaduan. i.Prinsip Kesinambungan
Prinsip kesinambungan berdasarkan Model Tyler bermaksud peningkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan mentgal pelajar seiring dengan peningkatan umur pelajar. Menurut Tyler, kesinambungan perlu ada dari peringkat asas sehinggalah pelajar menguasai dan menggunakan ilmu dan kemahiran tersebut ke peringkat yang lebih tinggi. ii. Prinsip Ketertiban (principe of sequence) Prinsip ketertiban pula membawa pebgertian bahawa pelajran yang diterima haruslah berterusan dan berturutan. Ini bermakna, pengalaman pelajaran diterima melalui kemahiran dan nilai yang diterapkan merentasi waktu. Prinsip ini memberikan peluang kepada seseorang pelajar mendalamai dan meluaskan ilmu yang telah dipelajari ke suatu peringkat yang lebih tinggi. iii. Prinsip Kesepaduan Prinsip kesepaduan pula bermakna pengalaman yang diperoleh oleh seseorang pelajar dapat dihubungkaitkan antara satu ilmu atau kemahiran yang lain.
Dalam hal ini, model ini akan
menampakkan keberkesanan dan bersifat holistik. 3.KAEDAH (Select Method). Kaedah dalam model Tyler berfokus kepada pemilihan set-set dan kaedah pengajaran yang dipilih oleh seseorang guru. Pemilihan kaedah pengajaran merupakan suatu yang sangat penting kerana pemilihan kaedah yang bersesuaian dengan isi kandungan yang disampaikan akan membawa kesan terbaik kepada pembelajaran pelajar. Pemilihan buku-buku rujukan yang sesuai di samping pemilihan alat bantu mengajar yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberikan impak yang terbaik. 4.PENILAIAN Aras keempat dalam Model Tyler ialah penilaian. Untuk melihat kesan ketercapaian objektif dan matlamat kurikulum sama ada berjaya atau sebaliknya, maka penilaian akan dilakukan. Penilaian ini pula boleh dilaksanakan dengan berbagai-bagai kaedah dan pada pelbagai peringkat bagi mendapatkan
pembuktian keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah ditetapkan. Penilaian yang biasanya dilakukan ialah penilaian secara formatif atau sumatif. Penilaian formatif merupakan penilaian secara berterusan yang dilakukan selepas selesai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran manakala penilaian sumatif ialah penilaian penilaian akhir tahun seperti peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan umum seperti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penambahbikan kurikulum pula akan dilakukan secara berterusan melalui kaedah penilain sumatif. Kekuatan Model Tyler 1.Sistematik dalam mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran Penentapan objektif dan matlamat yang jelas di awal perancangan pengajaran memberikan seseorang guru membolehkan idea dan gambaran yang jelas berkaitan hasil yang diharapkan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan dan kaedah yang dipilih dapat disepadukan serta membolehkan sesuatu hasilan tersebut dinilai. 2. Logik, mudah dan praktik Penyusunan aras kurikulum yang dimulakan dengan penetapan matlamat dan objektif pengajaran menjadikan model ini mudah diterima dan praktik. Dengan ini dapat menghasilkan maklumat yang relevan secara langsung. 3. Pelajar Dapat Berinteraksi Dengan Persekitaran Luaran Model ini sangat mementingkan pengalaman pembelajaran aktif oleh pelajar sebagai asas kejayaan model ini. Justeru itu, para pelajar berpeluan untuk berinteraksi dengan persekitaran luaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan ini, para pelajar akan dapat membina kemahiran berfikir secara kritis, membantu mencari maklumat dan menanam minat dan sikap positif dalam diri pelajar . 4. Berorientasikan Penilaian Untuk Keberkesanan Pengajaran
Model Tyler sangat mementingkan penilaian dalam usaha menambahbaik sesuatu kurikulum. Justeru itu, penilaian dilakukan bagi melihat keberkesanan sesuatu kandungan dan kaedah berdasarkan matlamat dan objektif yang telah ditentukan. Hasil penilaian yang dilakukan tentu sekali akan menambahbaik prestasi yang kurang baik sebelum ini. Maka dengan itu, model ini masih digunapakai secara meluas dalam perkembangan kurikulum di negara kita dalam usaha menyusun suatu kurikulum yang mantap dan berkualiti. 5. Menentukan Hala Tuju Organisasi Model Tyler juga dapat menentukan arah atau hala tuju sesebuah organisasi kerana sifat model ini sendiri yang dapat membuat pengesahan tentang keberkesanan organisasi.
Selain itu, mampu
menyusun objektif dan matlamat organisasi mengikut keutamaan dan objektif terhadap objektif penilaian. KELEMAHAN MODEL TYLER Model Tyler telah menjadi model terawal yang digunakan secara meluas dalam pembangunan kurikulum di negara ini. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang telak dikesan oleh para pengkritik terhadap model ini: 1.Terlalu Tertakluk Kepada Objektif Model Tyler yang membuat penetapan objektif pengajaran pada peringkat awal ternyata mengehadkan objektif kurikulum. Kesannya ialah menghalang para pendidik untuk menyerlahkan kreativiti. 2.Terlalu Linear Model Tyler juga dikatakan terlalu linear kerana mana-mana kurikulum yang mengimplementasikan model ini terlalu terikat dengan langkah-langkah yang telah ditetapkan. Para pendidik harus mengikut langkah-langkah yang ditetapkan seperti menentukan objektif terlebih dahulu kemudian memilih isi kandungan, menetapkan kaedah kurikulum dan akhir sekali membuat penilaian.Jelasnya, model ini tidak memberikan kebebasan kepada pendidik untuk menyusun dan mengolah bahan pengajaran.
3. Terdedah Dengan Unsur-Unsur Politik Model ini juga dikatakan terlalu terbuka dan terdedah dengan unsur-unsur luaran seperti pengaruh politik yang mudah memanipulasikan pendidikan.
Impaknya ialah, individu dan pihak yang
bertanggungjawab dalam pendidikan kehilangan kuasa untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju pembangunan pendidikan negara. 4. Terlalu Terikat Dengan Mata Pelajaran dan Peperiksaan Memandangkan Model Tyler terlalu memberi tumpuan kepada kurikulum sesuatu mata pelajaran dan peperiksaan untuk tujuan penilaian maka, kesukaran timbul untuk menulis objektif tingkah laku Yang....pada peringkat yang lebih tinggi.
Penilaian Model Tyler Dalam Keberkesanan Sesuatu Subjek
View more...
Comments