Assignment Mach

February 24, 2018 | Author: nurafikah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

rubella...

Description

MACH1213 RUBELLA

PENGENALAN

German Measles atau nama perubatannya Rubella merupakan jangkitan virus yang sederhana merebak melalui titisan, bercirikan ruam-ruam macular dan pembengkakan pada nods limfa servikel. Jangkitan berpunca melalui saluran pernafasan dan merebak melalui titisan secara langsung. Penyakit ini juga merupakan penyakit berjangkit dan boleh dijangkiti semua peringkat umur terutama kanak-kanak dan orang muda. Pesakit yang pernah dijangkiti akan memperoleh imunisasi sepanjang hayat. Tempoh inkubasi atau pengeraman adalah 14 hingga 21 hari dan kebiasaannya selama 18 hari. Tempoh berjangkit dari 7 hari sebelum kemunculan ruam hingga 4 hari selepas kemunculan ruam. Selain itu, penyakit ini juga boleh menjangkiti ibu yang mengandung serta boleh membahayakan bayi kerana boleh menyebabkan Congenital Rubella Syndrome (CRS). Agen penyebab bagi penyakit Rubella ini adalah virus Rubella itu sendiri. Virus Rubella ini termasuk dalam kategori Togavirus. Togavirus adalah dalam golongan virus RNA yang mana jangkitannya berpunca daripada sekresi salur pernafasan dan merebak melalui titisan secara langsung seperti inhalasi droplet dan titisan. Bagi seseorang yang telah dijangkiti penyakit Rubella ini, seseorang pesakit itu akan menunjukkan tanda-tanda atau gejala-gejala seperti pada peringkat prodromal sekitar 1-2 hari akan terjadinya demam sederhana, sakit kepala, malaise, sakit tekak, inflamasi konjuktiva dan simptom-simptom katar seterusnya bengkak pada nodus limfa sub oksipital dan sakit servikal.

Manakala bagi peringkat erupsi akan 1

MACH1213 RUBELLA

berlakunya ruam mokul merah jambu mula muncul di belakang telinga kemudian merebak ke bahagian muka, badan, kaki dan tangan. Ruam akan hilang pada hari ketiga dan empat tanpa meninggalkan bekas.

2

MACH1213 RUBELLA

OBJEKTIF

1. Memahami konsep pencegahan, kawalan, dan rehabilitasi penyakit-penyakit berjangkit 2. Mendedahkan kepada konsep promosi kesihatan 3. Mendedahkan mengenai pencarian maklumat kesihatan (literature search)

3

MACH1213 RUBELLA

Konsep pencegahan

Terdapat beberapa langkah pencegahan yang dapat diambil bagi memastikan penyakit Rubella ini dapat diatasi. Antaranya ialah dengan pemberian imunisasi aktif dengan menggunakan vaksin rubella secara suntikan subkutaneus 0.5ml. Pemberian vaksin MMR yang diberikan kepada bayi yang berumur 12 bulan dan dos tambahan pula pada umur 7 tahun, dapat melindungi wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom kongenital rubella. Immunisasi aktif menggunakan vaksin Rubela ini juga diberi suntikan subkutaneus 0.5ml. Program imunisasi bagi perempuan berumur 14 hingga 40 tahun atau tempoh produktif. Suntikan vaksin ini merangsang sistem pertahanan tubuh dengan menghasilkan antibodi. Wanita yang mendapatkan vaksinasi tersebut perlu menunggu sehingga tiga bulan selepas vaksinasi diambil sebelum merancang untuk hamil bagi mengelakkan berlakunya kecacatan kongenital k atas bayi. Seterusnya penjagaan kebersihan diri amatlah penting terutama bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti. Elakkan dari jangkitan yang berpunca daripada sekresi salur pernafasan contoh seperti batuk, bersin, dan bercakap.Sebagai anggota kesihatan terutamanya PPP perlu merawat pesakit yang dijangkiti penyakit rubella ini dengan melakukan rawatan simptomatik. Bukan itu sahaja kaedah penyakit penyakit Rubella ini turut boleh dengan mengadakan langkah pencegahan primer, sekunder, dan rehabilitasi di peringkat komuniti.

4

MACH1213 RUBELLA

Konsep Kawalan penyakit

Bagi memastikan penyakit Rubella ini tidak merebak atau menjangkiti individu lain, beberapa langkah kawalan boleh dilaksanakan seperti jauhi diri daripada wanita hamil dalam tempoh masa 1-2 minggu selepas bintik kemerahan hilang. Ini kerana penyakit Rubella boleh menjangkiti kontak semasa tempoh inkubasi penyakit. Sebanyak 90% ibu hamil yang mendapat jangkitan Rubella dalam tempoh 11 minggu yang akan menyebabkan bayi yang dilahirkan akan mendapat Congenital Rubella Syndrome yang boleh terkena katarak mata, pekak, dan masalah tumbesaran. Selain itu, dalam konsep kawalan bagi penyakit Rubella ini, pemberian rawatan simptomatik kepada pesakit yang menghidap penyakit Rubella tersebut. Rehatkan pesakit di rumah jika tiada berlaku sebarang komplikasi, dan pengasingan kepada ibu mengandung jika disyaki menghidapi penyakit Rubella ini di hospital selama 5 hingga 6 hari. Selain itu, pemberian ubatan seperti pemberian tablet PCM (Paracetamol) 2501000mg jika perlu untuk melegakan kesakitan dan demam serta melakukan tepid sponging untuk kanak-kanak. Ubat Antibiotik titisan mata Gutt Chlorampenicol 0.3% tds selama 5 hari seminggu untuk merawat konjunctivitis. Selain itu, ubat Antihistamin seperti Tablet Chlorpheniramine maleate (piriton) 2-4mg bd diberikan untuk merawat atau melegakan simptom-simptom katar. Bukan itu sahaja, pemberian diet seimbang yang lembut dapat memelihara ketahanan imuniti badan, mempercepatkan penyembuhan dan galakkan minum banyak untuk memelihara keseimbangan air dan elektrolit. Malah, jaga kebersihan diri terutama keatas bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti melalui penjagaan 5

MACH1213 RUBELLA

kebersihan diri, kediaman makanan, air dan sanitasi serta mengelakkan diri dari transmisi penyakit ini khususnya wanita elak dari titisan secara langsung dan sekresi pernafasan. Bukan itu sahaja, langkah kawalan seterusnya adalah dengan melaporkan kes Rubella ke Pihak Berkuasa Kesihatan seperti Pejabat Kesihatan Daerah dan seterusnya ke Kementerian Kesihatan Malaysia. Hal ini kerana, dengan melaporkan kes Rubella secara tidak langsung dapat mengawal penyakit ini daripada terus menular

dalam kalangan masyarakat. Selidik semua kes “contact” dengan teliti

supaya dapat mengetahui kawasan yang terkena penyakit Rubella. Dengan cara ini, langkah berjaga-jaga dapat diambil dari mengelakkan penularan penyakit ini terutamanya dalam kalangan wanita mngandung dan kanak-kanak. Akhir sekali, pengguguran terapeutik mungkin perlu dilakukan. Kes-kes ini perlu dirujuk kepada pegawai perubatan. Biasanya dijalankan jika kandungan masih 4 minggu pertama dan diagnosis telah disahkan melalui pemeriksaan makmal. Mendapakan nasihat daripada pasukan kesihatan juga merupakan kaedah kawalan penyakit Rubella dalam mengawal transmisi penyakit.

6

MACH1213 RUBELLA

Kawalan Rehabilitasi Bagi kawalan Rehabilitasi pula,pelbagai kaedah boleh dilaksanakan, antara strateginya adalah dengan melakukan pemberian ubat-ubatan simptomatik kepada pesakit Rubella. Rawatan simptomatik juga boleh dilakukan seperti memberikan ubat Anti pyrexia iaitu syup Paracetamol ataupun ubat Cough Suppresant/ Antitussive iiatu Syrup Diphenhidramine. Pesakit juga boleh berehat dirumah jika tidak mengalami sebarang komplikasi atau penjagaan pengasingan 5-6 hari di hospital terutama daripada ibu yang mengandung. Berikan tablet Paracetamol 250-1000mg prone untuk melegakan kesakitan dan demam. Lakukan “tepid sponging” terutama kepada kanak-kanak. Ubat Antibiotik titisan mata Gutt chloramphenicol 0.3% tds selama 5 hari untuk merawat konjunctivitis. Selain itu, ubat Antihistamin seperti Tablet chlorpheneramine maleate (piriton) 2-4 mg bd diberikn untuk melegakan simptom-simptom katar. Selain itu, strategi Rehabilitasi penyakit Rubella ialah dengan meneruskan aktiviti harian dengan menghadkan pergerakan dengan masyarakat buat sementara waktu supaya transmisi dapat dikurangkan atau dielakkan. Pesakit juga turut perlu mendapatkan rawatan susulan dengan datang pada waktu yang tepat dan pengambilan ubat-ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor. Pemantauan kawasan kes edemik juga merupakan kaedah rehabilitasi yang boleh dilaksanakan supaya kadar insiden kes dapat dikenalpasti. Secara tidak langsung, perawat dapat mengetahui mengenai kadar insiden kes dan seterusnya dapat merancang strategi untuk mengawal kes tersebut. Oleh itu, penyakit Rubella ini dapat dielakkan daripada menjangkiti golongan yang berisiko seperti kanak-kanak dan ibu mengandung. 7

MACH1213 RUBELLA

Tambahan pula, berikan pesakit diet yang seimbang yang lembut merupakan strategi rehabilitasi kepada pesakit. Pemberian diet yang seimbang kepada pesakit adalah untuk memelihara ketahanan imuniti badan, mempercepatkan penyembuhan dan galakkan minum air dengan jumlah yang banyak untuk memelihara keseimbangan air dan elektrolit dalam badan. Jagaan kebersihan diri terutama ke atas bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti perlu dilakuan supaya penyakit ini tidak akan merebak atau berjangkit kepada orang lain. Oleh itu, meningkatkan imuniti diri supaya badan dapat menentang infeksi lain. Seterusnya, peningkatan liputan imunisasi perlu dilaksanakan supaya semua lapisan masyarakat tidak terlepas daripada menerima imunisasi tersebut. Hal ini kerana masih terdapat kanak-kanak dan perempuan yang terlepas daripada mendapatkan imunisasi tersebut. Jika tidak mengambil pengambilan imunisasi berkenaan risiko untuk mendapat penyakit Rubella adalah sangat tinggi. Oleh demikian, penduduk di kawasan pendalaman yang sukar untuk mendapatkan rawatan serta golongan yang kurang berkemampuan perlu diberi keutamaan bagi memastikan kes penyakit Rubella ini dapat dikurangkan. Akhir sekali semua kes yang positif perlu dibuat penyiasatan epidemiologi yang rapi untuk menentukan punca kejadian. Dengan mengetahui punca kejadian, pelbagai langkah boleh diambil untuk mengurangkan penyebaran penyakit tersebut, serta pelbagai strategi boleh diambil bagi memastikan punca tersebut tidak akan berulang pada masa akan datang.

8

MACH1213 RUBELLA

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN Sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan, kita memainkan peranan yang penting dalam memastikan penyakit Rubella ini dapat dikurangkan ataupun dihentikan jangkitannya. Terdapat beberapa peranan yang boleh kita lakukan bagi mengatasi masalah ini iaitu dengan membuat diagnosa awal untuk menentukan strain penyakit ini supaya rawatan susulan yang sesuai dapat diberikan. Melalui pengesanan awal, pesakit yang menghidapi penyakit ini tidak terlalu berisiko untuk terkena komplikasi penyakit lain seperti Congenital Rubela Syndrome yang boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dan juga penyakit Poliartisis. Kita juga berperanan dalam

melaporkan kes Rubella ke Pihak

Berkuasa Kesihatan seperti Pejabat Kesihatan Daerah dan seterusnya ke Kementerian Kesihatan Malaysia. Melalui cara ini, pihak yang berwajib dapat merangka strategi dan

kawalan

ke

atas

penyakit

ini.

Penolong

Pegawai

Perubatan

juga

bertanggungjawab dalam mengemas kini segala data berkaitan penyakit Rubella di samping membuat laporan dan pemantauan mengenai penyakit Rubella ini. Dengan adanya laporan am pemantauan, semua pihak boleh berjaga-jaga dalam merawat penyakit ini. Selain itu, merawat pesakit yang menghidapi penyakit ini dengan ubatubatan. Pemberian ubat-ubatan haruslah diberikn kepada pesakit bagi mengelakkan sebarang komplikasi penyakit lain daripada berlaku. Penerangan mengenai pemberian serta cara pengambilan dan nasihat pemberian kepada pesakit perlulah dijalankan secara betul supaya tidak berlaku sebarang permasalahan yang timbul. Bukan itu sahaja, dengan memberikan pendidikan kesihatan mengenai penyakit Rubella dan menerangkan mengenai bahaya penyakit tersebut. Kita juga 9

MACH1213 RUBELLA

boleh melakukan kempen kesedaran untuk masyarakat disamping memberi ceramah mengenai penyakit tersebut. Dengan mengedarkan risalah, mengadakan pameran, dan sesi kaunseling yang disediakan juga merupakan satu langkah yang baik dalam mengawal penyakit ini. Kita juga boleh memberi nasihat yang sesuai kepada pesakit yang mengalami penyakit ini serta keluarga yang terdekat. Dengan cara tersebut, sedikit sebanyak masyarakat dapat memahami dan akan sentiasa peka mengenai penyakit Rubella berkenaan. Akhir sekali, peranan Penolong Pegawai Perubatan dalam penyakit Rubella ini adalah dengan Akhir sekali, peranan Penolong Pegawai Perubatan adalah dengan melakukan isolasi kepada pesakit yang telah dijangkiti Rubella ini iaitu dengan memberitahu pesakit perlu berada dalam bilik sehingga 1 minggu hilang tanda dan gejala penyakit. Kita juga memberitahu mereka supaya tidak berada di tempat yang sesak kerana penyakit ini boleh merebak melalui titisan seperti batuk dan bersin. Hal ini kerana boleh meningkatkan kembali kadar kes ini untuk berlaku dan berulang.

10

MACH1213 RUBELLA

RUMUSAN Kesimpulannya, penyakit Rubella ini merupakan penyakit yang berbahaya jika lagkah pencegahan, kawalan rehabilitasi tidak dilakukan dengan segera kerana sudah sedia maklum penyakit Rubella ini akan menyebabkan komplikasi seperti Congenital Rubella Syndrome (CRS) yang boleh menyebabkan kecacatan pada bayi seperti katarak mata, pekak, dan masalah tumbesaran. Komplikasi lain yang boleh didapati daripada penyakit Rubella ini adalah Poliartitis iaitu sakit pada sendi, Ensefalomielitis iaitu sakit pada bahagian otot, serta kecacatan kongenital seperti septal defect, telinga akan menjadi pekak, mata akan katarak, dan otak akan berlaku kecacatan otak. Risiko kecacatan kongenital adalah 80% dalam 4 minggu pertama kehamilan dan 5% dalam 16 minggu kehamilan, boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan atau keguguran. Selain itu, sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan juga, kita mmainkan peranan yang penting dalam memastikan penyakit tersebut tidak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat diluar sana. Oleh itu, pendiagnosaan awal, melakukan saringan, pemeriksaan dan rawatan awal perlu dilaksanakan dengan sebaiknya agar penyakit Rubella tersebut dapat dikenalpasti dan dicegah dengan lebih awal lagi. Pemberian imunisasi pada umur 12 bulan, 7 tahun, dan dalam tempoh reproduktif bagi perempuan adalah penting kerana dengan cara tersebut dapat penyakit Rubella ini dapat dikurangkan. Akhir sekali, semua pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah terbabit bermulanya dari masyarakat itu sendiri. Setakat ini prognosis bagi penyakit Rubella adalah tiada berlaku kematian tetapi risiko kecacatan kongenital pada bayi dan keguguran boleh berlaku. 11

MACH1213 RUBELLA

RUJUKAN 1. Rubella-BabyCenter http://www.babycenter.com.my>rubella 2. Penyakit Rubella https://ms.m.wikipedia.org>wiki>penyakit_rubella 3. Kamus Jururawat, Baillerie’s Nurses Dictionary, 25th edition by Weller (2012) 4. Rubella-Scribd http://www.scribd.com>mobile>doc

12

MACH1213 RUBELLA

LAMPIRAN Ruam Rubella

13

MACH1213 RUBELLA

Bayi baru lahir menghidap CRS

Infeksi daripada Rubella

MMR Vaccine

14

MACH1213 RUBELLA

15

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF