Assignment Komunikasi Budaya 04

November 16, 2017 | Author: naga | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

komunikasi budaya...

Description

Malaysia terletak di bahagian Asia Tenggara yang terkenal di mata dunia dengan kepelbagaian suku kaum, agama, kepercayaan, kesenian, adat resam dan budayanya yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Walaupun Malaysia mempunyai kira-kira 80 kaum etnik yang kebanyakkannya berada di Malaysia Timur, penduduknya masih mampu hidup dengan harmoni tanpa persengketaan. Tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Malaysia mempunyai tiga belas negeri dan tiga wilayah perseketuan yang berkeluasan anggaran 330,000 kilometer persegi (AsianInfo.org, 2010). Dengan wujudnya kepelbagaian budaya, maka adanya perbezaan berkomunikasi antara satu sama lain. Sebagai contoh, kaum Melayu menggunakan Bahasa Melayu, kaum Cina menggunakan Bahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew manakala kaum India menggunakan Bahasa Tamil, Telugu, Hindi, Malayam sebagai bahasa perantaraan dalam kehidupan seharian. Ini tidak termasuk kaum-kaum lain di Malaysia di mana dialek berbeza digunakan dalam kehidupan seharian mengikut negeri dan daerah didiami. Malaysia juga kaya dengan budayanya. Budaya bererti cara hidup yang dimiliki oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi dengan proses penyesuaian. Dengan erti kata lain, tiada masyarakat maka tiadalah budaya (Khalid, 2010). Dalam negara yang majmuk seperti Malaysia, setiap kaum sudah pasti akan berkomunikasi antara satu sama lain. Komunikasi secara umumnya adalah proses pertukaran pengiriman dan penerimaan maklumat antara dua atau lebih individu melalui bentuk lisan, bertulis, dan bahasa isyarat. Komunikasi di Malaysia boleh dikatakan sebagai komunikasi antara budaya. Komunikasi antara budaya membawa maksud interaksi yang berlaku antara dua individu yang mempunyai budaya yang berbeza. Ianya tidak mengira bangsa, etnik, sosio ekonomi atau campuran antara perbezaan tersebut. Secara umumnya komunikasi antara budaya merujuk kepada interaksi secara bersemuka ataupun face to face di kalangan rakyat pelbagai budaya. Menurut Gamble & Gamble (2002) komunikasi antara budaya adalah proses pentafsiran dan perkongsian makna dengan individu dari latar belakang budaya yang berbeza. Budaya yang dimaksudkan oleh Gamble ada beberapa corak iaitu komunikasi antara ras ataupun kaum, komunikasi antara etnik, komunikasi antara bangsa, dan komunikasi antara budaya. Dalam komunikasi antara budaya terdapat beberapa halangan yang dihadapi pada masa kini. Jika halangan ini tidak dapat diatasi atau diperbaiki, ia boleh membawa kepada perpecahan atau bermusuhan antara kaum. 1

Terdapat beberapa cabaran yang wujud dalam berkomunikasi antara budaya. Antaranya ialah perbezaan penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian. Walaupun pada pandangan mata kasar sebutan dan ejaan perkataan adalah sama, tetapi ianya mungkin membawa maksud yang berlainan. Sebagai contoh penggunaan perkataan ‘bah’. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, (2016), bah membawa maksud keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yang luas. Akan tetapi bagi penduduk yang menetap di Sabah, bah membawa maksud ‘ya’ ataupun kata penyudah untuk menguatkan ekspiresi kata. Oleh sebab itu, penting bagi masyarakat untuk mentafsir dengan teliti budaya sesuatu tempat ataupun latar belakang seseorang individu ketika berkomunikasi untuk mengelakkan salah tafsir atau salah faham antara satu sama lain. Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dalam masyarakat. Maka tidak hairanlah untuk masyarakat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai kepelbagaian bahasa diguna dalam kehidupan seharian. Kekangan bahasa dan kesukaran memahami bahasa lain akan membataskan interaksi bangsa yang berlainan budaya. Oleh itu, penting bagi setiap kaum di Malaysia berusaha untuk memahami bahasa kaum lain bagi mengelakkan salah faham. Antara cabaran lain yang mampu mempengaruhi cara berkomunikasi antara budaya adalah perbezaan cara kehidupan dan adat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, adat secara umumnya didefinasikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya bersifat maya dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Setiap kaum membesar dengan adab bercakap yang dipraktikkan dari turun temurun. Amalan sopan santun, hormat menghormati antara satu sama lain serta adab semasa bercakap sesama sendiri dititikberatkan dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak apabila berkomunikasi. Akan tetapi dengan adanya perbezaan budaya, risiko salah faham boleh wujud dan seterusnya akan menyukarkan proses komunikasi (Animah, 2015). Sebahagian budaya lebih suka mengamalkan sikap terus terang dan bebas apabila menyuarakan pandangan mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar yang berasal dari Korea, Lee tengah mengulangkaji pelajaran untuk persediaan peperiksaan keesokkan harinya. Pada masa yang sama, rakannya, Ahmad yang merupakan Melayu yang berasal dari Malaysia mengajak untuk makan di luar bersama-sama. Akan tetapi, Lee menolak ajakan Ahmad lalu menutup pintu biliknya. Jika dilihat dari budaya di Malaysia, walaupun sesibuk mana, tetamu yang datang hendaklah disambut dan diberi layanan dengan baik. Dalam budaya Korea pula, komunikasi yang diamalkan lebih berterus terang berbanding Malaysia. Gaya komunikasi sebegini akan 2

mewujudkan salah faham orang Melayu Malaysia terhadap orang Korea dan menganggap Lee seorang yang tidak peramah. Oleh itu, untuk mewujudkan keserasian antara budaya, amatlah penting untuk setiap budaya memahami adab-adab berkomunikasi antara satu sama lain (Mokhtar, 2011). Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dimana membawa maksud berhati-hati apabila berkata-kata ataupun menyatakan sesuatu kerana kata-kata yang sudah terkeluar sukar ditarik balik dan memberi kesan yang mendalam serta mampu melukakan hati orang lain. Cabaran lain yang timbul dalam komunikasi antara budaya adalah wujudnya sikap perkauman dalam masyarakat. Ini merupakan halangan yang terbesar untuk komunikasi yang berkesan antara kaum (Sheysan, 2010). Perkauman ataupun racism membawa maksud tidak suka atau sikap tidak bertoleransi daripada satu bangsa atau kumpulan orang sehingga boleh menghalang perpaduan rakyat. Sentimen perkauman di Malaysia masih wujud walaupun hampir 59

tahun

mengecapi

kemerdekaan.

Sifat

perkauman

ini

wujud

apabila

wujudnya

ketidakseimbangan pembangunan ekonomi dan pengagihan kuasa. Jika dilihat pada keadaan semasa, ekonomi di Malaysia kebanyakkannya dipegang oleh golongan Cina, manakala politik didominasi oleh golongan Melayu. Hal ini telah dipraktikkan dari zaman penjajahan British di Tanah Melayu dimana masyarakat dipisahkan mengikut sosio-ekonomi dan budaya masingmasing. Sehingga sekarang kaum India ataupun Cina masih sukar memahami budaya Melayu yang sebenar, dan begitu juga dengan kaum Melayu yang masih ragu-ragu dengan kejujuran kaum lain walaupun mereka telah lama hidup bersama. Dengan itu wujudnya jurang komunikasi antara budaya. Jurang ini boleh juga dilihat di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dimana akan wujudnya kumpulan pelajar mengikut kaum di dalam mahupun di luar kelas. Ini menyebabkan kurangnya komunikasi antara kaum dan boleh menimbulkan sikap prejuids antara kaum. Sikap perkauman ini harus di bendung untuk mengelakan perpecahan diantara kaum yang terdapat di sebuah negara. Kumpulan ini mengamalkan kepercayaan prejudis iaitu setiap bangsa mempunyai darjat masing-masing. Kumpulan ini membuat diskriminasi terhadap suatu bangsa dan agama. Hal ini menyebabkan komunikasi antara budaya terhalang diantara budaya kerana terdapat diskriminasi terhadap bangsa, agama, atau kaum. Terdapat banyak contoh sikap perkauman di negara lain seperti Thailand dan India. Contoh daripada pengalaman yang di peroleh, terdapat segelintir bangsa menghina dan menjatuhkan martabat bangsa lain dan 3

golongan ini hanya bergaul dengan bangsa yang sama dengan mereka sahaja. Daripada contoh ini komunikasi antara kaum yang berlainan budaya tidak mungkin akan berlaku. Sikap ini bukan sahaja boleh menghalang komunikasi antara budaya tetapi ia boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara. Jika isu perkauman ini tidak diselesaikan bukan sahaja komunikasi antara budaya tidak berlaku malah isu perkauman ini boleh menghancurkan kestabilan dan keamanan sesebuah negara. Selain daripada itu, halangan lain dalam komunikasi antara budaya adalah ketidakpastian atau ketidakjelasan ketika berkomunikasi (Air Muka dalam Komunikasi Silang Budaya, 2013). Hal ini terjadi kerana timbulnya rasa ragu-ragu untuk berkomunikasi dengan individu yang berbeza budaya mungkin disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza, pendapat yang berbeza, mahupun cara kehidupan yang berbeza. Pada kebiasaannya, kita menganggap budaya kita sama dengan budaya yang lain dan ianya diguna sebagai kayu pengukur budaya orang lain. Apabila wujudnya ketidakserasian dalam proses komunikasi, wujudnya cabaran pertembungan kepada sikap dan gaya komunikasi. Sebagai contoh individu yang berasal dari Sabah tidak pernah langsung bertemu dengan individu berasal dari Sarawak. Individu dari Sabah tersebut akan merasa ragu-ragu untuk berkomunikasi dengan individu daripada Sarawak tersebut mungkin dengan cara pertuturan dan adat budaya yang berbeza dengan budaya orang Sabah. Ketidakpastian inilah yang menjadi halangan kepada dua individu yang berbeza budaya untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Halangan lain untuk komunikasi berkesan antara budaya adalah sikap individu yang cepat menilai budaya orang lain. Sikap menilai budaya orang lain ini hampir sama dengan sikap perkauman. Menilai budaya orang lain bererti menilai daripada kesan negatif dan positif yang telah di lakukan oleh suatu kaum atau budaya (Yong, 2013). Sebagai contoh orang asing atau pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada di negeri Sabah telah banyak membuat kekacauan sehingga ada segelintir orang menilai mereka sebagai orang yang tidak berkelakuan baik dan berbahaya. Walaupun ada segelintir daripada mereka yang mempunyai hati budi yang baik tetapi dengan sikap menilai daripada budaya, individu yang baik tersebut tetap juga di pandang tidak baik dan berbahaya. Sikap menilai budaya boleh berkembang apabila mereka yang menilai itu berkongsi pengalaman mereka kepada individu yang sama kenalan yang sama budaya dan kenalan yang berbeza budaya. Disebabkan kongsi pengalaman terpulang pada yang menerima 4

maklumat tersebut sama ada untuk mempercayai atau tidak. Jika mereka mempercayai pengalaman tersebut mereka akan menjadi berwaspada dan set minda mereka yang setiap pendatang itu adalah berbahaya. Sikap ini akan menghalang komunikasi antara budaya yang berniat baik untuk menjalinkan persahabatan. Antara strategi yang boleh diaplikasikan untuk memperbaiki komunikasi antara budaya. adalah dengan mendalami dan mempelajari budaya lain. Dengan cara ini, individu yang mempunyai rasa ketidakpastian boleh di kurangkan. Individu dapat mempersiapkan diri mereka untuk berhadapan dengan ketidakpastian yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan. Dengan mempelajari budaya lain individu tersebut akan berasa lebih selesa untuk berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza. Oleh itu, amatlah digalakkan untuk belajar cara hidup dan pertuturan bahasa daripada budaya lain untuk berhadapan dengan individu yang berbeza budaya. Sebagai contoh, proses memahami budaya masyarakat lain boleh dipelajari ketika seseorang individu ingin melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) ataupun Institut Pendidikan Tinggi Swata (IPTS) dimana pelbagai budaya akan berkumpul dibawah satu bumbung yang sama. Dengan mendalami budaya lain individu tersebut telah dapat mempelajari bahasa, dan gaya hidup sesebuah masyarakat. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh boleh dikongsi dengan kawan lain yang menghadapi masalah apabila mendekati dan berkomunikasi dengan individu yang berbeza budaya. Strategi lain untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi adalah dengan mengenal pasti halangan untuk berkomunikasi antara budaya lain. Dengan mengenal pasti halangan ini individu tersebut dapat memperbaiki dan meningkatkan kemahiran mereka bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan antara individu yang sama budaya mahupun individu yang berbeza budaya. Dengan melayari laman sesawang berkenaan dengan pengalaman individu lain bagaimana mereka mengenalpasti dan mengatasi halangan semasa berkomunikasi dengan budaya lain boleh membantu meningkatkan kefahaman berkomunikasi dalam sesebuah budaya. Sebagai contoh apabila individu tersebut telah gagal dalam percubaan pertama untuk berkomunikasi dengan orang yang berbeza budaya mereka perlu meneliti mengapa individu itu gagal untuk menjalinkan komunikasi tersebut. Terdapat banyak aspek untuk diteliti, sama ada cara penyampaian individu tersebut tidak jelas, kawasan persekitaran atau medium terlalu bising ataupun maklumat yang di sampaikan disalah tafsir oleh penerima. Dengan membuat penelitian 5

terhadap halangan ini mereka boleh memperbaiki diri mereka untuk memantapkan lagi cara berkomunikasi dengan orang lain pada masa hadapan. Strategi ini boleh meningkatkan semangat dan keyakinan diri seseorang untuk berkomunikasi dengan kaum dan budaya lain. Selain itu strategi lain untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi antara budaya adalah dengan mengamalkan sikap fleksible dengan keadaan yang sentiasa berubah. Ini boleh dilihat apa bila seseorang individu melanjutkan pelajaran ke tempat lain atau bekerja di tempat lain. Pada ketika itu mereka akan berjumpa dan terdedah dengan masyarakat yang berlainan latar belakang dan budaya dengan mereka. Mereka hendaklah mengikut keadaan sekeliling mereka dan menerima budaya yang sedia ada. Sebagai contoh mereka meyambut hari kamaatan yang ada di Sabah. Individu tersebut boleh meraikan perayaan tersebut dan menerima budaya itu tetapi bagi yang beragama Islam mereka tidak boleh meminum minuman keras kerana ianya haram di sisi agama islam. Contoh lain ialah perayaan rumah terbuka. Pada masa itu pelbagai kaum akan menjemput jiran tetangga yang mempunyai bangsa, agama dan budaya untuk makan bersamasama di rumah terbuka. Dengan adanya sikap fleksible ini mereka dapat berkumpul pada masa perayaan untuk berkomunikasi antara satu sama dari latar belakang agama dan budaya yang berbeza. Strategi lain adalah dengan mengajar sikap hormat dan toleransi antara satu sama lain tidak kira latar belakang yang berbeza dan budaya yang berbeza. Dengan sikap hormat dan toleransi antara kaum dan budaya mereka akan berasa senang untuk melakukan komunikasi walaupun daripada latarbelakang yang berbeza. Strategi ini harusnya di pupuk daripada kecil lagi supaya tidak berlakunya isu perkauman yang boleh membawa kepada penindasan dan diskriminasi kepada kaum dan budaya lain. Hal ini bagi menjamin keberkesanan komunikasi agar tidak terjejas akibat belakunya salah faham antara amalan yang diamalkan oleh bangsa lain (Faizal, 2015). Jika dilihat dari sudut yang positif, komunikasi yang berkesan antara budaya membawa banyak kelebihan kepada warga Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang menetap bersama di Malaysia. Ilmu pengetahuan dari budaya lain dapat ditimba selain dapat menambah baik keparakan yang sedia ada antaranya kepakaran untuk membaiki mesin, kepakaran seni bina dan kepakaran lain yang belum lagi membangun di Malaysia. Seperti yang kita sedia tahu, teknologi semakin berkembang saban hari. Oleh itu, dengan adanya hubungan yang baik terjalin 6

dengan budaya lain mampu membawa Malaysia mengikut arus kemodenan pada masa kini dan tidak ketinggalan di belakang. Selain daripada itu, dengan adanya komunikasi antara budaya, masyarakat boleh duduk semeja, berbincang sama untuk mendapat pendapat ataupun cadangan dari sudut pandangan yang berbeza. Melalui perbincangan akan lahir pelbagai idea yang kadangkalanya tidak terfikir oleh akal fikiran kita sendiri. Sebagai contoh, ketika belajar di institusi pengajian tinggi sudah pasti pelajar akan berjumpa dengan ramai rakan yang berasal dari latar belakang budaya yang berbeza. Dengan wujudnya komunikasi yang berkesan antara budaya, tugasan dan perbincangan dapat di hasilkan dengan mutu yang tinggi kerana adanya gabungan pendapat yang berbeza. Ini seterusnya dapat membuka mata dan sudah pasti mampu melahirkan pelajar yang boleh bersifat keterbukaan, menerima pendapat dan pandangan daripada budaya lain. Pada abad yang serba moden ini, amatlah dituntut agar setiap masyarakat mampu berfikir seiring dengan peredaran zaman (Malaymail online, 2014). Selain itu, situasi ini juga akan ditempuhi semasa alam pekerjaan. Sikap bersatu padu untuk menyelesaikan suatu tugas dan sikap kebergantungan antara satu sama lain amat penting untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pihak atasan. Tanpa komunikasi yang berkesan antara pekerja yang berbeza latar belakang dan budaya sudah pasti kerja yang dihasilkan tidak memuaskan. Ini seterusnya dapat membentuk semangat perpaduan yang tinggi antara budaya dalam organisasi. Jika diamalkan, komunikasi antara budaya yang baik mampu mengelakkan masyarakat di sekeliling berpecah belah. Ianya mampu menjalinkan perpaduan antara kaum masyarakat kita yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya akan saling betoleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain. Dipetik dari Bernama (2015), Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap sempena Deepavali 2015 mengatakan Malaysia merupakan model perpaduan jaga hak majmuk secara seimbang. Ianya lahir apabila adanya kebebasan hak kaum lain untuk mengamal agama dan budaya masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apabila warga luar negara melihat kita saling hormat-mennghormati dan bertoleransi antara kaum mereka mempunyai keinginan untuk mempelajari daripada kita bagaimana kita boleh menjadi negara yang aman dan bersatu padu dan seterusnya boleh menghindari masyarat daripada mempunyai sikap perkauman yang boleh memecah belahkan perpaduan di antara kaum. 7

Kesimpulannya, komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian dan dijadikan perantaraan untuk berhubung dengan masyarakat lain. Perbezaan budaya bukanlah satu alasan yang dijadikan sebagai halangan tidak bergaul dengan budaya lain. Apa yang penting, dengan berkomunikasi masyarakat sudah pasti boleh disatukan. Seperti yang kita sedia maklum, bukan semua budaya boleh diterima pakai oleh budaya lain. Bak kata pepatah, lain padang lain belalangnya, lain lubuk lainlah ikannya. Oleh sebab itu, hubungan antara budaya yang berbeza perlu dieratkan dengan cara berkomunikasi kerana ianya mampu mengeratkan lagi hubungan antara kaum amnya. Sebagai masyarakat Malaysia, komunikasi antara budaya ini perlu ditingkatkan dan perlu diambil kesedaran dikalangan masyarakat supaya masyarakat kita bersatu padu dalam menjaga keamaanan yang kita perolehi sekarang. Walaupun banyak halangan tetapi kita perlu berusaha untuk mengurangkan jurang di antara kaum dan budaya supaya kita dikenali di mata dunia. (2565 patah perkataan)

RUJUKAN Air Muka dalam Komunikasi Silang Budaya. (2013, March 15). Retrieved July 1, 2016, from http://puterijawaher.blogspot.my/2013/03/air-muka-dalam-komunikasi-silangbudaya.html Animah. (2015, July 16). Budaya dan Komunikasi. Retrieved July 3, 2016, from http://dokumen.tips/documents/tajuk-6-budaya-dan-komunikasi-2.html 8

AsianInfo.org. (2010). Asian Info. Retrieved June 20, 2016, from Malaysia's Geography: http://www.asianinfo.org/asianinfo/malaysia/pro-geography.htm Bernama. (2015, November 9). Malaysia model perpaduan jaga hak masyarakat majmuk secara seimbang.

Retrieved

July

13,

2016,

from

http://www.astroawani.com/berita-

malaysia/malaysia-model-perpaduan-jaga-hak-masyarakat-majmuk-secara-seimbangzahid-80163 Dewan Bahasa dan Pustaka. (2016, June 22). Kamus Bahasa Melayu. Retrieved from http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bah Faizal. (2015, July 16). Hubungan Komunikasi Dengan BUdaya. Retrieved July 3, 2016, from http://documents.tips/documents/hubungan-komunikasi-dengan-budaya.html Khalid, M. (2010, August 22). Hubungan Etnik-Konsep Asas. Retrieved June 20, 2016, from http://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-konsep-asas Malaymail online. (2014, July 2). Ketepikan ego, sedia terima kritikan untuk kebaikan bersama. Retrieved

July

15,

2016,

from

http://www.themalaymailonline.com/opinion/bartholomew-chan/article/ketepikan-egosedia-terima-kritikan-untuk-kebaikan-bersama Mokhtar, F. (2011, December 23). Halangan Budaya bagi Komunikasi Silang Budaya. Retrieved June 30, 2016, from https://transformasi-ummah.blogspot.my/2011/12/komunikasisilang-budaya.html Sheysan. (2010, December 1). Komunikasi antara Budaya. Retrieved June 30, 2016, from https://sheysan.wordpress.com/2010/12/01/komunikasi-antara-budaya/ Yong, N. L. (2013, August 5). Utusan Online. Retrieved July 10, 2016, from Hubungan Kaum di Malaysia: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130805/re_06/Hubungan-kaumdi-Malaysia

9

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF