Assignment Hantu 3
August 9, 2017 | Author: Kenneth Su | Category: N/A
Short Description
huhuhu...
Description
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI Kepentingan Komunikasi Kepada Sesebuah Perniagaan 1.0
Pendahuluan Dalam apa jua bentuk perniagaan atau pekerjaan, komunikasi amat diperlukan. Komunikasi di antara Pengusaha dan Pelanggan, sesama rakan tetamu atau sesiap sahaja tidak dapat dielakkan. Komunikasi yang baik dan lancar amat diperlukan apatah lagi di dalam bidang perniagaan. Komunikasi ialah satu proses memberi dan menerima pendapat dan serta informasi. Ia memerlukan kita berfikir dan juga kesungguhan kita berfikir dan juga kesungguhan kita untuk berinteraksi secara berkesan. Menurut Narimah dan Saodah (2002), “Komunikasi adalah merupakan perkara biasa dan asas yang dilakukan oleh setiap manusia, tanpa mengira usia, bangsa, latar belakang, bahasa, budaya dan juga tempat. Setiap hari kita berkomunikasi secara dalaman atau perseorangan, berinteraksi dengan individu lain atau secara berkelompok”.
2.0
Kepentingan komunikasi dalam perniagaan. Kepentingan komunikasi dalam perniagaan adalah ianya bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dalam sesuatu organisasi tidak kiralah organisasi itu besar mahupun kecil. Menurut Timm dan De Tienne (1995), “kejayaan sesebuah organisasi amat bergantung kepada komunikasi yang digunakan”. Setiap organisasi perlu mempunyai strategi komunikasinya yang tersendiri bagi mewujudkan organisasi atau syarikat yang berdaya saing dan berstatus korporat. Untuk lebih mengupas dangan lebih lanjut lagi mengenai kepentingan komunikasi ini ianya dapat dinilai dari 4 segi iaitu ianya melibatkan empat elemen di mana elemen ini dapat memperlihatkan kepentingan komunikasi itu sendiri dalam perniagaan. 2.1
Memberi kefahaman kepada penerima.
Dalam kemunikasi yang baik dan berkesan, seseorang individu itu perlu memainkan peranan sebagai penghantar dan penerima mesej. Menurut Hunt (1989), “kemahiran individu adalah perlu kepada operasi organisasi ataupun syarikat. Keperluan komunikasi dalam organisasi melibatkan pemindahan maklumat daripada satu individu kepada individu yang lain”. Contohnya komunikasi di antara pengusaha (A) dan pelanggan (B). Bila A bercakap dengan B , disini A akan berperanan untuk menghantar maklumat dan sebagai penerima B SCCA1013-l1-193115
Page 1
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI akan menerima maklumat tersebut. Ia akan bertukar sebaliknya apabila B bercakap dengan A. Kedua individu yang terlibat iaitu A dan B perlu memahami maklumat yang diberi dan diterima dan menjadikan komunikasi itu berjalan dengan lancar di dalam perniagaan. 2.2
Memastikan penerima memberi tindak balas positif.
Proses komunikasi yang berlaku di antara pihak syarikat dengan pihak lain (luaran) yang mempunyai kaitan dengan urusan perniagaan syarikat.. Menurut Samsuddin A.R (2003) “sesebuah organisasi yang bergantung kepada persekitaran untuk menghidupkan organisasinya, harus mencapai persefahaman antara dua hala yang baik harus dicapai. Sokongan daripada masyarakat akan menentukan tahap sokongan mereka terhadap sesebuah organisasi”. Komunikasi ini melibatkan interaksi dengan pihak luar dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin keranan ianya melambangkan imej sesebuah organisasi atau syarikat. Kebiasannya mereka ini adalah kumpulan yang terdiri daripada pelanggan, pembekal, pemegang saham, masyarakat, media, bank, badan-badan berkanun dan juga kerajaan. Hubungan komunikasi dengan pihak luar adalah amat penting dan perlu dijaga dengan sebaik yang mungkin di mana syarikat harus mengenalpasti cara atau strategi yang sesuai untuk berkomunikasi dengan pihak luaran syarikat atau organisasi agar operasi syarikat atau organisasi tidak terganggu dan terjejas . 2.3
Membentuk perhubungan positif antara penyampai dan penerima
Setiap idea yang dilontarkan sebenarnya susah untuk diterangkan kepada orang lain. Malahan ada idea idea tersebut tidak dapat diterangkan dengan baik. Tapi idea itu akan menjadi lebih baik jika diterangkan dengan alasan atau contoh yang ringkas. Sebagai contoh, persoalanpersoalan akan timbul di antara penyampai dan penerima di dalam perniagaan seperti “bagaimana ia boleh dijalankan”?, “apa yang sepatutnya kita buat”?, “mengapa begitu dan begini”?, “apa akibatnya (baik dan buruk)”? dan “apa keputusannya”?. Hubungan positif yang terjalin di antara penyampai dan penerima dalam perniagaan ini akan menyebabkan sesebuah perniagaan atau organisasi tersebut akan berjaya melalui komunikasi yang dijalinkan.
SCCA1013-l1-193115
Page 2
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI 2.4
Membina perasaan muhibah antara penerima dengan organisasi.
Dalam membina hubungan muhibah di dalam perniagaan, komunikasi memainkan peranan yang sangat penting di antara penerima dengan organisasi. Ini kerana jika tiadanya perasaan muhibbah di antara penerima dan organisasi ia akan mencetuskan gangguan emosi di dalam perniagaan. Gangguan emosi juga akan memberi kesan pada cara kita berkomunikasi terutamanya bila berhadapan dengan konflik, masalah atau isu yang sensitif, rasa tidak puas hati dan tertekan. Jika ini timbul, ia akan mengganggu apa yang ingin kita sampaikan.
3.0
Kesimpulan Komunikasi adalah perkara asas yang dilakukan oleh manusia tanpa mengira usaha, bangsa, latarbelakang, bahasa, budaya dan tempat. Kita berkomunikasi secara dalaman atau perseorangan, berinteraksi dengan individu lain atau secara berkumpulan.
Komunikasi adalah proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada seseorang kepada seseorang yang lain dan mereka mempunyai pemahaman yang sama., dikongsi bersama mengenai mesej yang dihantar dan diterima.
Dalam mencari kaedah terbaik dalam memastikan komunikasi menjadi aspek utama hubungan dua hala dalam perniagaan kaedah terbaik adalah jangan mencari kesalahan orang lain, jangan menyalahkan pihak lain untuk menyelesaikan masalah, ketengahkan idea atau pendapat dengan berhemah, elakkan menyinggung perasaan orang lain dan jadilah penghantar dan pendengar mesej yang baik. Jika ini semua dapat diterapkan dan diamalkan, kepentingan komunikasi di antara pengusaha dan pelanggan merupakan faktor penentu naik dan turunnya sesebuah perniagaan
SCCA1013-l1-193115
Page 3
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI BIBLIOGRAFI Argenti, Paul A. (2003), Corporate Communication, 3rd ed., New York, McGraw-Hill Companies Inc.
Booth, Anthony (1998), The Communication Audit: A Guide for Managers, Hants, England, Gower Publishing Comapany Ltd.
Narimah Ismail dan Saodah Wok, (2002), Kursus Komunikasi Organisasi, PTS Publications and Distributor Sdn. Bhd
Yap Khiam Hong, Massila Hamzah, (2004), Business Communication, Selangor : Open University (OUM)
James A.F. Stoner, Charles Wankel. management Published by Prentice-Hall(1986-02)
Paul R. Timm, Kristen Bell De Tienne. Managerial Communication: A Finger on the Pulse (3rd Edition) Published by Prentice Hall, 1995.
SCCA1013-l1-193115
Page 4
View more...
Comments