Assignment ELM
July 24, 2017 | Author: Nizam Zam | Category: N/A
Short Description
assingment moral...
Description
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
PENGENALAN
Dewasa ini, pelbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khususnya dalam kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995, 1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.
Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan, kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa, gagal dalam peperiksaan, bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.
Sosialisasi merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh keluarga ataupun masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi dapat membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna.
Sosialisasi dapat membantu mengekalkan idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli masyarakatnya silih berganti. Melalui sosialisasi kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi,bekerja dalam satu kumpulan atau melakukan kawalan diri.
1
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
Proses ini berlaku secara sedar dan tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar cara bertingkah laku mengikut budayanya namun nilai-nilai yang baik dan buruk di rumah, sekolah atau masyarakat turut mempengaruhi mereka. Untuk pengetahuan, proses sosialisasi berlaku dalam tiga jenis iaitu sosialisasi primer (permulaan) yang mana proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarganya. Kedua, sosialisasi sekunder (penyertaan) iaitu berlaku pada peringkat kanak-kanak,remaja dan dewasa. Pada peringkat ini akan berlaku proses pengembangan konsep diri, menerima konsep baru, berlaku perubahan dan penyesuaiaan akibat daripada interaksi dengan rakan sebaya sekolah, media massa dan masyarakat. Akhir sekali iaitu sosialisasi semula (resosialisasi). Proses ini mungkin berlaku atau tidak berlaku pada seseorang. Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan secara drastik, mendadak, radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang. Misalnya berlaku akibat kemalangan, revolusi, peperangan, perubahan kepercayaan, bencana, ketagihan dadah dan perubahan politik. Konsep kendiri sikap dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan cepat akibat daripada situasi di atas. Antara agen yang membentuk dan mempengaruhi sosialisasi ialah guru, keluarga, sekolah, rakan sebaya, media massa, dan komuniti atau masyarakat.
2
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
Peranan dan tanggungjawab agen sosialisasi dalam Pendidikan Moral :
1. KELUARGA Keluarga merupakan agen sosial yang banyak mempengaruhi perkembangan kanakkanak. Ibu bapa akan mengajar anak-anak berhubung dengan apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Daripada ibu bapa jugalah anak-anak akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai. Keperibadian anak-anak banyak bergantung kepada didikan ibu bapa. Ibu bapa yang tegas melahirkan anak-anak yang kuat disiplin. Didikan ibu bapa yang yang longgar banyak menghadapi masalah. Keluarga yang porak peranda latar belakangnya tidak akan berjaya melahirkan anak-anak yang optimis sudut pandangannya dalam kehidupan. Terdapat dua jenis keluarga dalam sesebuah masyarakat iaitu keluarga asas dan keluarga kembangan.
(a) Keluarga Asas Terdiri daripada bapa, ibu yang ada ikatan perkahwinan yang sah dan mempunyai anakanak sendiri atau anak angkat dan tinggal bersama. Tanggungjawab membentuk tingkah laku anak-anak dijalankan sepenuhnya oleh ibu dan bapa. Anak-anak waktu lahirnya adalah ibarat kain putih, tidak ada noda dan dosa. Terpulang kepada ibu bapa mencorakkannya. Ibu bapa senang membentuk perwatakan anak-anak mereka semenjak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kebanyakan proses interaksi anakanak berlaku di rumah. Ibu bapa menjadi model utama yang boleh dicontohi anak-anak. (b) Keluarga kembangan Keluarga kembangan ialah keluarga yang terdiri daripada sebuah atau beberapa keluarga asas dan ahli-ahli keluarganya dan tinggal bersama. Tanggungjawab mendidik anak-anak dan menjaga ahli keluarga yang sakit dijalankan bersama di samping membantu ekonomi keluarga. Oleh itu, pemupukan nilai dilakukan bukan sahaja oleh ibu bapa tetapi juga oleh anggota keluarga yang lain seperti datuk, nenek, bapa dan ibu saudara serta sepupu. Kesimpulannya,
ibu
bapa
adalah
orang yang
paling
peka
terhadap
perkembangan moral seseorang kanak-kanak pada peringkat awal. Kanak-kanak akan diasuh menerusi proses praktis pemeliharaan dan menerusi tingkah laku yang
3
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
akan
diteladani.
Asuhan
memainkan
peranan
yang
penting
dalam
ELM 3104
proses
s o s i a l i s a s i i n d i v i d u . I b u b a p a ya n g bersikap penguasaan serta autokratik akan mendapati anak-anaknya begitu taat pada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkah laku mereka. Sebaliknya, ibu bapa yang mengamalkan sikap bebas akan mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan-santun, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari. Ibu bapa yang mengamalkan cara demokrasi dan membincangkan masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat anak-anak, apabila membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak-anak mereka menpunyai keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak ini juga akan menjadi lebih aktif, cerdas dan lebih bersopan santun. Selain itu, saiz keluarga juga akan mempengaruhi proses sosialisasi individu, iaitu dengan interaksi secara lisan dan fizikal antara individu, contohnya di antara adik beradik. 2. RAKAN SEBAYA Rakan sebaya seseorang kanak-kanak terdiri daripada mereka yang sebaya dengannya serta berkongsi minat dan aktiviti yang sama. Kumpulan rakan sebaya kebanyakannya dari status sosial yang sama. Apabila mencapai peringkat remaja pengaruh rakan sebaya bertambah penting kerana mereka menghabiskan masa bersama lebih banyak daripada bersama ibu bapa. Individu ini cenderung untuk mengikuti pandangan,nilai dan sikap rakan-rakan sebaya mereka. Rakan sebaya yang tinggi sahsiahnya akan dapat membentuk kumpulannya ke arah peribadi yang mulia dan begitulah sebaliknya jika tersalah memilih kawan. (a) Rakan sekolah Rakan sekolah boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Rakan sekolah ialah kumpulan individu yang mempunyai umur dan taraf sosial yang hampir sama. Mereka mempunyai minat dan matlamat yang sama dalam alam persekolahan. Contohnya bermain, belajar, hobi dan lain-lain aktiviti secara bersama selaras dengan kehendak budaya dan iklim sekolah. (b) Rakan luar sekolah Adalah kumpulan rakan sebaya dalam kumpulan bermain, satu geng atau satu „clique‟. Aktiviti-aktiviti kumpulan lebih berbentuk acara sukarela. Mereka belajar berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma-norma kumpulan tersendiri. Ahli kumpulan remaja biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, cara bercakap, jenis-jenis pakaian,
4
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
muzik, nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya. Mereka cuba menghayati subbudaya ini supaya mereka diterima dan disanjung oleh kumpulannya. Kadang-kadang nilai dan norma ini bertentangan dengan nilai dan norma keluarga atau tradisi. Hal ini akan menimbulkan bibit-bibit konflik antara golongan tua dan golongan muda. 3.
GURU
Seseorang guru mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri kerana ada guru yang bersifat autokratik, demokratik dan „laissez-faire‟. Guru yang autokratik tidak bersedia mendengar pandangan dan pendapat murid. Murid akan menjadi pasif serta tidak terdorong untuk memberi pendapat. Suasaan sosio-emosinya yang dipenuhi ketegangan tidak menggalakkan interaksi guru dan murid. Guru yang demokratik memberi kesan yang positif kerana pelajar-pelajar diberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara terbuka. Suasana sosio emosi yang demokratik akan menggalakkan perkembangan yang positif dan meningkatkan kemahiran sosial. Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan. Beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru pendidikan moral bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah „Role Model‟ yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral.
Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik. Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya berakhlak mulia. Guru berperanan dalam mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
5
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
Guru juga perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalaman-pengalaman tertentu. Antaranya pengalaman mengembara, ikhtiar hidup di hutan, dan menyertai pertandingan. Hal ini adalah berkaitan dengan kegiatan kokurikulum di sekolah. Seterusnya, guru juga berperanan dalam mendidik murid-muridnya berakhlak mulia supaya mereka menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, pendidikan moral dan agama adalah penting. Guru hendaklah mendidik pelajarnya cara berhubung, berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian, adab bergaul dan sebagainya supaya mereka menjadi insan yang berilmu dan bersahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, guru juga berperanan sebagai penasihat kepada ibu bapa. Guru haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya perkembangan murid di sekolah dan di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu, guru haruslah mengetahui latar belakang keluarga muridnya. Guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka dan tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang paling dipercayai oleh ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak mereka di rumah dengan cara yang terbaik dan berkesan. Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah berkaitan dengan anak mereka, guru merupakan insan yang terbaik untuk mereka meluahkan perasan dan masalah serta meminta nasihat dan dorongan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, peranan guru ketika ini amatlah penting dalam memberi nasihat, dorongan dan bimbingan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan anak mereka dan membantu anak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial anak mereka. Kesimpulannya, guru merupakan insan terpenting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana guru berperanan sebagai seorang pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan „role model‟ kepada muridmurid dan masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai kemahiran profesional seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, menyediakan bahan pengajaran pembelajaran, mengajar, mengurus, menilai, berkomunikasi, menangani masalah dan berusaha ke arah perkembangan kendiri. Hal ini supaya mereka dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa yang berkualiti, berpengetahuan, bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
6
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
4. SEKOLAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN Sekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya. Institusi pendidikan merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk mencapai objektif pendidikan secara
berterusan. Faktor-faktor
persekitaran
akan
mempengaruhi
input
organisasi
pendidikan dan output organisasi pendidikan tersebut akan digunakan oleh alam sekitarnya. Semua ini dipengaruhi oleh perubahan dalam bidang ekonomi, politik, sosiologi masyarakat dan perubahan dasar kerajaan. Sesuatu perubahan tidak sahaja berasaskan suatu himpunan keadaan iaitu perubahan di dalam dan di luar sistem sekolah atau sebuah sekolah juga perlu difikirkan. Citarasa dan kehendak manusia berbeza-beza. Manusia memberikan nilai-nilai tertentu kepada sesuatu perkara. Kegiatan ko-kurikulum pula berubah daripada permainan bola sepak dan sepak takraw kepada permainan skuasy, golf, bowling dan renang. Semua ini menjadi agenda utama dalam perubahan pendidikan kerana mutu sukan negara dalam sukan-sukan ini semakin meningkat.
Kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari di sekolah. Hal ini bermakna individu-individu, kemudahan-kemudahan dan budaya sekolah akan mempengaruhi sosialisasi seseorang kanak-kanak. Guru juga sangat berpengaruh di sekolah. Gaya penampilan, sikap kepimpinannya memainkan peranan dalam proses sosialisasi individu. Cara pentadbiran sekolah, persekitaran serta budaya sekolah juga berperanan mempengaruhi sosialisasi kanakkanak atau pelajar. (a) Pentadbir Pentadbir yang efektif adalah penting untuk mewujudkan suasana mendorong pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Pentadbir hendaklah berupaya membentuk satu struktur dan amalan yang mengintegrasikan maklum balas, membuat refleksi dan amalan-amalan dan tindak balas yang diterima berlandaskan aspek-aspek berikut:
7
mengesan kecekapan pentadbiran sekolah.
menilai budaya moral sekolah.
menilai secara moral guru-guru dibawah pentadbirannya.
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
(b) Budaya, Iklim dan Fizikal Budaya sekolah merangkumi aspek-aspek seperti ilmu, insan, moral budaya kerja, budaya komunikasi, budaya bilik darjah dan budaya kepimpinan. Dua faktor utama membentuk budaya sekolah ialah input sekolah yang berunsurkan sumber iaitu saiz bilik darjah, nisbah guru-pelajar, pembelajaran setiap pelajar, keadaan bangunan sekolah, bentuk kurikulum, bahan kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan fizikal yang lain. Faktor kedua ialah faktor-faktor proses pengurusan sekolah iaitu kepimpinan pentadbiran, kepimpinan guru, tahap penyeliaan, misi dan visi sekolah, perasaan kekitaan dan iklim pengajaran dan pembelajaran. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat membantu keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahap maksimum. Iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang terdapat dalam sesebuah sekolah. Iklim sekolah sangat penting untuk melahirkan insan yang baik dan dapat membantu perkembangan pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek (JERI). Aspek yang mempengaruhi iklim sekolah ialah aspek fizikal sekolah, aspek sosial sekolah dan aspek budaya sekolah. Aspek fizikal sekolah meliputi semua insfrastruktur yang terdapat di kawasan sekolah seperti bangunan, padang, tandas, bengkel, makmal, pusat sumber, kantin dan lain-lain. Ada beberapa ciri keberkesanan pengurusan aspek fizikal sekolah iaitu kebersihan, keselamatan, keselesaan dan keindahan persekitaran. Pengurusan fizikal yang berkesan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru dalam suasana yang tenteram, selesa, harmoni dan menyeronokkan. Keadaan fizikal sesebuah sekolah memainkan peranan penting dalam mencorakkan tingkah laku pelajar-pelajarnya. 5.
MASYARAKAT
Masyarakat ditakrifkan sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bersosial bersama di sesuatu tempat dengan adanya peraturan, aturan serta menjalankan amalan hidup untuk kepentingan bersama. Kelompok ini mempunyai pemimpin, peraturan dan norma-norma tertentu untuk mewujudkan satu keadaan yang harmonis. Jika pemimpin menekankan nilai kerajinan dan peningkatan produktiviti akan menghasilkan ahli-ahli yang bersikap tekun, rajin membuat sesuatu dengan bersungguh tanpa cepat putus asa. Slogan seperti “1 Malaysia :
8
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, “Malaysia Boleh” dan “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” sering dilaungkan oleh pemimpin kita bertujuan untuk membentuk masyarakat yang dinamik dan progresif serta mengamalkan nilai-nilai murni, cekap bersih dan amanah. Masyarakat di mana seseorang itu dibesarkan mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membentuk personaliti anggotanya. Ahli psikologi Margaret Mead telah menjalankan kajian ke atas beberapa masyarakat primitif. Mead mendapati dalam masyarakat Samoa terdapat zaman perantaraan yang harmoni antara zaman kanak-kanak dan dewasa. Mereka dibimbing oleh masyarakat sekeliling dan hidup ditentukan dengan jelas melalui p e m u a f a k a t a n d a n t i d a k t e r d a p a t p u n c a - p u n c a
ya n g
n ya t a
bagi
menimbulkan sebarang kerunsingan.
J a r a n g t e r d a p a t p e r b u a t a n kurang bermoral dalam masyarakat tersebut kerana setiap anggotanya dianggap sebagai ahli keluarga terdekat yang perlu dijaga dengan sempurna. Kajian beliau di Amerika Syarikat adalah sebaliknya. Masyarakatnya
tidak
mempedulikan
hal
orang lain menyebabkan
pelbagai
perbuatan kurang bermoral dari peringkat kanak-kanak lagi. Menurut Kohlberg (1981) pula kanak-kanak perlu berinteraksi dngan masyarakat tidak kira tahap umur kerana ini membolehkan m e r e k a
bertingkahlaku sesuai dengan norma-norma masyarakat
seperti orang dewasa. Masyarakat yang sensitif melahirkan kanak-kanak yang peka t e r h a d a p k e a d a a n sekeliling.
6. MEDIA MASSA Adibah Amin (1990) menghujahkan bahawa keruntuhan dan pembinaan mora boleh berlaku melalui pengaruh media massa. Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berfoya-foya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan
9
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran dan kejujuran. Melalui buku, majalah, akhbar, radio, dan televisyen, harus kita popularkan tokoh-tokoh benar atau rekaan yang boleh memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengikut jejak langkahnya. Cerita-cerita di radio dan televisyen harus dipertingkatkan lagi hingga tercipta deretan “hero” dan “heroin” yang wajar dijadikan teladan dan dapat mengilhamkan kanak-kanak serta remaja untuk membina sifat-sifat yang terpuji. Sebelum ini kita telah pun berbicara mengenai keruntuhan akhlak anggota masyarakat, khususnya generasi muda hari ini yang wajar dicari jalan solusinya. Faktor-faktor yang mendorong kepada kemelut ini juga telah kita kongsi bersama. Selain faktor dalaman manusia itu sendiri, faktor-faktor luaran juga dikenal pasti menjadi barah penyakit sosial yang harus dihapuskan segera. Antara faktor luaran tersebut ialah peranan media massa yang menjadi topik utama dalam artikel kali ini. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sejak beberapa abad lampau hinggalah pada zaman milenium ini, teknologi media telah diterima dan diperkasa oleh manusia sebagai suatu "kuasa baru" dalam kehidupan seharian mereka. Bermula dengan perkembangan mendadak media cetak pada sekitar abad ke-16, dituruti media elektronik pada abad ke-19 dan kini ledakan media internet, media massa terus mengukuhkan posisinya sebagai sarana penting manusia untuk pelbagai perkara, seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan peradaban dunia. Kehadiran pelbagai media jaringan sosial pada alaf ini seperti “Facebook”, “Twitter”, “MySpace”, “Friendster” dan “Blog” pula sememangnya telah memeriahkan lagi kehidupan manusia untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain, hinggakan kebanyakan daripada kita kini sudah tidak dapat lari daripada memanfaatkannya untuk pelbagai aktiviti yang dilakukan. Kajian terkini juga telah menunjukkan aktiviti melalui media-media jaringan sosial tersebut telah menjadikan generasi muda sebagai para pengguna dan pengunjung utamanya.
Bukan itu sahaja, malah para pengkaji peranan media dalam dan luar negara juga telah bersetuju bahawa media sosial telah menjadi salah satu faktor utama kemenangan Barrack Obama dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008, selain turut menyumbang dalam tsunami politik yang melanda Malaysia berikutan kejayaan parti-parti
10
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
komponen Pakatan Rakyat menawan beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen dalam pilihan raya umum pada tahun yang sama. Kepentingan media massa, sama ada dalam bentuk bercetak, elektronik mahupun berinternet pada zaman pascamoden ini diakui bukan sahaja mampu bertindak sebagai penyebar maklumat, berita dan sebagainya, malah turut berupaya mencetus minda rakyat, hatta menjadi penentu agenda sesuatu negara dan masyarakat. Hal ini terzahir melalui kenyataan Cohen, seorang tokoh komunikasi terkemuka yang pernah menyatakan, "Dalam banyak keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan". Malah, media massa yang pelbagai bentuk ini sebenarnya boleh dimanfaatkan dalam usaha dakwah. Bagi para pendakwah, media massa telah menyediakan ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk mereka menyebarkan Islam, menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Melalui teknologi media baru yang serba canggih, usaha dakwah kini dapat diperkayakan dengan pendekatan yang lebih kreatif menerusi gabungan multimedia, bunyi, video, foto, grafik dan capaian internet, yang mana sudah tentulah kerahmatan Islam dan syariah dapat diserlahkan dengan lebih menarik kepada pelbagai bangsa dan kelompok manusia di atas muka bumi ini. Namun, pada setiap manfaat ada saja mudarat yang menjadi temannya. Dalam hal ini, melalui beberapa kajian yang dijalankan, media massa turut telah dibuktikan menjadi penyumbang utama kepada keruntuhan moral dalam kalangan generasi muda. Program-program televisyen contohnya, lebih mengutamakan unsur hiburan daripada ilmu dan maklumat. Filem-filem Barat dan Hindustan yang dihidangkan kepada masyarakat khalayak bukan saja telah menghakis nilai ketimuran, malah terselit secara nyata atau tersirat adegan-adegan lucah, yang mana sudah tentu akhirnya menjadi ikutan mereka yang menontonnya. Kebanjiran video lucah yang mudah didapati di pasaran gelap, kandungan majalah hiburan yang memaparkan foto-foto figura yang mendedahkan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata serta penganjuran konsert-konsert penyanyi dari negara Barat pula menambah lagi krisis nilai yang telah sedia ada. Natijahnya bukanlah sukar untuk kita jangkakan. Gejala zina dan budaya hedonisme adalah antara hasilnya.
11
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
Justeru, selain kekuatan dalaman individu itu sendiri dalam mendepani cabaran media massa, ibu bapa juga perlu proaktif mengawal dan memberikan perhatian yang serius kepada jenis rancangan yang ditonton di televisyen atau laman-laman yang dilayari di internet oleh anak-anak mereka di rumah supaya mereka tidak terdedah dengan anasir-anasir yang boleh meruntuhkan pertahanan rohani mereka. Sedarlah kita, anak-anak ini lazimnya bersifat kurang matang apabila berhadapan dengan sesuatu cabaran. Mereka amat mudah terpedaya dengan apa juga cabaran yang ada di sekeliling mereka. Oleh hal yang demikian, kita selaku ibu bapalah yang bertanggungjawab memastikan anak-anak kita sentiasa dibimbing agar berjaya mengelak daripada terpedaya dengan sebarang bentuk anasir buruk yang datang dari persekitaran yang akan merosakkan masa depan mereka.
12
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
Kesimpulan
Intihanya, pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Baik dan buruknya bergantung kepada seseorang itu di mana seseorang perlu tekiti sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia melibatkan sahsiah diri masing-masing. Secara keseluruhannya, secara sedar atau tidak, kebanyakan masalah yang melanda pelajar pada masa kini adalah disebabkan konflik atau tekanan yang wujud di dalam alam persekitaran. Proses modenisasi atau pembangunan yang pesat telah mengubah cara hidup masyarakat kita khususnya golongan remaja. Begitu juga dengan institusi kekeluargaan yang sudah tidak dianggap penting lagi justeru meningkatnya kadar penceraian. Sebagai contoh, Berita Harian bertarikh 20 Oktober 1998 melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu mendapati keruntuhan institusi keluarga adalah punca utama kepada peningkatan masalah moral dalam kalangan remaja bawah umur di negeri tersebut. Rata-rata masyarakat kita mula bersikap individualistik dan materialistik. Penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalammasyarakat hari ini. Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakanentiti terbesar dalam negara kita iaitu Melayu, Cina dan India menyeru serta mengajak penganutnya agar berakhlak mulia. Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan pe ri l a k u m e r ek a m e nj u ru s k e a r ah negatif. Kerajaan telah berusaha dalam menangani permasalahan tersebut dan sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan percambahan minda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh sebab itu, setiap warganegara Malaysia perlu menghayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran agama masing-masing. Pada pandangan saya, nilai boleh mempengaruhi sikap seseorang terhadap sesuatu ada kalanya mencerminkan sikap seseorang. Nilai moral sesuatu masyarakat boleh disorotkan daripada sumber agama, tradisi atau kebudayaan, kelompok pendatang, dan sistem perundangan. Kemerosotan nilai dan kehancuran sistem nilai masyarakat berpunca daripada fahaman baharu, masyarakat majoriti tidak mempertahankan nilai-nilai murni yang penting, dan perubahan nilai dalam masyarakat yang meruntuhkan nilai-nilai hidup yang baik.
13
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan subjek Pendidikan Moral ELM 3104 ini dengan jayanya. Berkat bimbingan dari pensyarah pembimbing iaitu Tn Hj Ismail Mat Ludin, saya adapat mengenalpasti bahan-bahan yang perlu diperolehi bagi memenuhi rubric tugaasn ini. Terima kasih tidah terhingga kepada belliau kerana dengan curahan idea dan panduan yang jelas dari beliau banyak emmbantu saya menyiapkan tugasan ini. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak input yang berguna dala m pencarian maklumat bagi tugasan ini. Dalam proses menyiapkan tugasan ini saya dapati terdapat banyak isu-isu moral yang berkaitan dengan remaja masa ini. Adakah kurangnya bimbingan agama atau pengaruh rakan sebaya atau pengaruh luar seperti media dan hiburan. Di sini saya dapati isu-isu semasa masa kini yang sedangan berlaku disekeliling kita bayank membeeri impak terhadap keselamatan kita khususnya dan negara amnya. Kita perlu bertindak sekarang agar masalah jenayah ini dapat dibanteras dengan segera kerana ianya penting bagi menjamin kehidupan kita pada masa hadapan. Berdasarkan fakta-fakta dari pihak polis menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun masalah jenayah ini. Dengan pelbagai cabaran masa kini kita sebagai ibubapa perlu menitik beratkan kekuatan agama dalam diri anak-anak kita. Ini kerana agama adalah tunjang bagi menghindari anasir-anasir luar yang penuh dengan pancaroba. Oleh yang demikian kita semua bermula dari rumah, masyarakat, dan pihak kerajaan haruslah mengembeling tenaga dan tangungjawab masing-masing bagi memastikan jenayah in tidak menular lagi.
14
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
RUJUKAN Buku 1.
Abd.Rahim Abd. Rashid. (1993). Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum KBSM . Selangor. Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka
2.
Abdul Rahman MD. Aroff, Lee Hoon,Chong. (1994). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur.Longman Malaysia Sdn. Bhd
Laman Sesawang/ Internet
1. Anonymous. Pendidikan Moral : Fungsi dan Kepentingannya. Diperoleh dari http://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/pendidikan-moral-fungsi-dan.html
pada
13 Mac 2014 2.
Asnah Hamid. Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini. Diperoleh dari http://asnahhamid.blogspot.com pada 13 Mac 2014
3.
Siti Nazirah Jaafar. Gejala Sosial dan Peranan Profesionalisme Guru. Diperoleh dari http://ilham-murabbi.blogspot.com/2012/09/gejala-sosial-dan-peranan.html
pada
13
Mac 2014
Jurnal 1.
Azizi Yahya. “Keluarga dalam Pembentukan Moral.” Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdf
2.
Azizi Yahya. “Permasalah Sosial di Kalangan Remaja : Satu Cabaran.” Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/10444/1/Permasalah_Sosial_di_kalangan_Remaja.pdf
3.
IPG KPM (2010). “Modul Pendidikan Moral.” Diperoleh daripada http://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulkpli/penmoralkplisr.pdf
4.
Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail, Noranizah Yusuf (2012). “ Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri.” Diperoleh daripada http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%20155-172.pdf
15
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI
ELM 3104
Majalah 1.
Asmidar Alias. (2013). Dewan Siswa : Duhai Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 4-7
2.
Lokman Ismail. (2014). Dewan Siswa : Pentingnya Pendidikan Tidak Formal. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 60-62
3.
Nora Amin. (2014). Dewan Siswa : Lupusnya Sensitiviti Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 5-7
4.
Zulaikha Ahmad. (2014). Dewan Siswa : Faktor Menularnya Gengterisme. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 34
16
KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)
View more...
Comments