Assignment Elias

May 2, 2019 | Author: Adada Eric | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

d...

Description

Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi •

Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi adalah aktiviti fizikal, keadaan sosial, variasi kaum k aum dan etnik, pemakanan dan penyakit kanak -kanak dan cuaca

Aktiviti fizikal •

Dari segi aktiviti fizikal, aktiviti fizikal merupakan faktor terpenting dalam mengawal berat badan dan mengekalkan keseimbangan yang sihat di antara komponen tisu kanak-kanak yang berkembang.



Melakukan aktiviti fizikal secara konsisten akan meningkatkan prestasi dalam sukan, stamina (daya tahan jantung, paru-paru dan peredaran darah) dan proses tumbesaran tulang dalam kalangan kanak-kanak dan remaja



Individu yang melakukan jenis latihan f izikal yang berlainan akan mengembangkan bentuk badan yang berbeza.



Begitu juga, penyelidikan telah menunjukkan kesan positif daripada program senaman lasak pada kekuatan otot, ketahanan otot, dan keupayaan fizikal kerja kanak-kanak.



Latihan rintangan untuk membentuk kekuatan tidak digalakkan untuk kanak-kanak prabaligh kerana kuantiti hormon a ndrogen dalam peredaran tidak mencukupi untuk memberi kesan positif dan faktor keselamatan



Sebelum, semasa dan selepas pertumbuhan pesat remaja, lelaki yang aktif mempunyai kuasa aerobik yang lebih berbanding yang lain

Keadaan sosial •

Dari segi keadaan sosial, keadaan di mana seseorang kanak-kanak dilahirkan dan dipelihara akan membawa kesan terhadap pertumbuhan dan kematangan.



Status sosioekonomi keluarga seseorang kanak-kana adalah faktor yang signifikan dalam pertumbuhan dan kematangannya.



Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang kerap merokok sewaktu hamil lazimnya mempunyai berat badan dan ketinggian yang rendah.



Pengaruh psikologi dan emosi juga memberi kesan terhadap pertumbuhan dan kematangan kanak-kanak.

Variasi kaum dan etnik •

Dari segi variasi kaum dan etnik, maksud kaum ialah sekumpulan manusia yang berkaiat secara biologikal- satu kumpulan dengan peratusan baka yang sama dan tinggi. Maksud etnik ialah sekumpulan manusia yang berkait dengan budaya.



Faktor etnik mempunyai pengaruh yang besar pada ketinggian, berat badan, warna, ciri-ciri dan keanggotaan badan.



Kanak-kanak berbangsa putih akan menjadi putih dan tinggi malah rambut dan warna mata, struktur muka ditadbir oleh etnik yang sama itu.

Pemakanan dan penyakit kanak-kanak •

Dari segi pemakanan dan penyakit kanak-kanak, malnutrisi tenaga protein yang kronik semasa hamil lazimnya mengakibatkan kelahiran anak yang kurang berat. Bayi kelihatan kecil berbanding tempoh masa kelahirannya, dan sering kalinya terencat.



Keadaan ini melambangkan status pemakanan yang rendah.



Kebanyakan kerencatan pertumbuhan berlaku semasa awal kanak-kanak dan remaja.



Akibat daripada keadaan ini, penyakit yang bahaya dan berjangkit dalam kanakkanak menjadi faktor kepada kerencatan pertumbuhan.



Antaranya adalah demam campak, masalah pernafasan seperti pneumonia dan sakit kerongkong dan parasit usus seperti protozoa, cacing dan sebagainya.

Faktor cuaca •

Dari segi faktor cuaca, kepanasan, kesejukan dan altitud tinggi boleh mempengaruhi pertumbuhan dan kematangan.



Masalah fisiologi utama bagi penduduk y ang bercuaca panas adalah pembebasan haba yang berlebihan manakala bagi penduduk yang bercuaca sejuk adalah penyimpanan haba.



Penduduk yang tinggal di altitud tinggi menghadapi masalah mengekalkan oksigen dalam darah.



Dewasa di kawasan cuaca panas lazimnya mempunyai bentuk badan yang lurus dan kurang berat berbanding mereka yang tinggal di kawasan sejuk.



Bagi penduduk di altitud tinggi, mereka mungkin menghadapi hipoksia. Kebanyakan mereka mempunyai bentuk badan yang kecil, rendah dan kematangan lewat berbanding mereka di paras laut. Walau bagaimanapun keadaan ini bergantung pada paras ketinggian yang didiami oleh penduduk.

Pengaruh cuaca terhadap prestasi •

Kesannya pengaruh cuaca terhadap prestasi adalah apabila seorang atlet bersukan dalam cuaca panas, suhu badan dan kadar denyutan nadi bukan sahaja akan meningkat, malah pengambilan oksigen akan turut meningkat. Kesannya, otot yang terlibat akan menggunakan lebih banyak glikogen dan menghasilkan penghasilan laktat dalam otot. Justeru, seornag atlet akan cepat menjadi penat dan lesu.



Tekanan separa oksigen yang berkurangan mengikut peningkatan ketinggian menyebabkan penurunan tahap prestasi atlet di tempat tinggi. Pengurangan cerun tekanan menyebabkan gangguan bekalan oksigen ke otot-otot yang berfungsi semasa aktiviti cergas dijalankan.

Kanak-kanak di dalam aktiviti fizikal dan sukan •

Kanak-kanak di dalam aktiviti fizikal dan sukan boleh dibahagikan kepada atlet kanak-kanak dan arah aliran pertumbuhan, kematangan dan prestasi kanak-kanak

Atlet kanak-kanak •

Atlet kanak-kanak boleh didefinisikan berdasarkan kejayaan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, dan peringkat kelab atau kumpulan umur.



Atlet kanak-kanak lazimnya terdiri daripada mereka yang telah melalui proses pemilihan berasaskan keperluan kemahiran sukan yang diceburi.



Saiz dan ketinggian menjadi faktor pemilihan tambahan bagi sesetengah sukan.



Kajian ke atas atlet kanak-kanak yang cemerlang menunjukkan mereka mula bertanding secara kerap sejak 5 atau 6 tahun, dan kebanyakan berasal dari keluarga yang aktif sukan.



Kanak-kanak lazimnya memilih sukan yang mereka ingin ceburi dan satu faktor yang kritikal. Kanak-kanak perlu bermotivasi untuk berlatih dan bertanding.



Peranan jurulatih penting dalam pemilihan sukan kanak-kanak di peringkat kemahiran dan pertandingan yang lebih tinggi.



Faktor-faktor lain penting dalam pemilihan sukan. Antaranya peluang ekonomi dan  jurulatih.



Bentuk sebaran atlet kanak-kanak adalah bersifat piramid, di mana terdapatnya ramai atlet di peringkat novis (permulaan). Apabila tahap kemahiran dan pertandingan meningkat, bilangan atlet yang berjaya menjadi kecil. Mereka yang berada di peringkat paling tinggi lazimnya dikenali sebagai atlet elit.



Sukan kanak-kanak adalah popular dari 9-16 tahun dan tempoh ini memberi variasi signifikan terhadap saiz, bentuk, komposisi badan, kekuatan dan prestasi motor yang berkait dengan status kematangan biologi.

Arah aliran pertumbuhan,kematangan dan prestasi kanak-kanak •

Dalam arah aliran pertumbuhan, kematangan dan prestasi kanak-kanak, Secara puratanya, status kematangan awal berkait dengan saiz badan yang besar (L&P),  jisim otot dan bebas lemak yang besar (L) dan lebih lemak dalam perempuan.



Lelaki awal matang adalah lebih kuat berbanding lelaki normal atau lewat matang, dan lebih baik dari aspek prestasi motor.



Apabila remaja mula berkembang, saiz dan status kematangan kurang penting di dalam kebanyakan sukan.



Penurunan pertumbuhan dan kematangan pada lelaki awal matang di peringkat pertengahan remaja dan peningkatan oleh lelaki lewat matang mengurangkan  jurang saiz yang kelihatan ketara semasa awal remaja, walaupun bentuk dan komposisi badan masih menampakkan perbezaan.



Perkaitan antara status kematangan biologikal, kekuatan dan prestasi motor di dalam perempuan adalah perempuan lewat matang menunjukkan prestasi motor yang lebih baik.



Perempuan awal matang lebih berat dan gemuk di peringkat lewat remaja manakala perempuan lewat matang lebih kurus dan k urang lemak.



Oleh yang demikian, ciri pertumbuhan dan kematang dan atlet kanak-kanak perlu dilihat dari dua perspektif iaitu semasa awal dan pertengahan remaja (9-14/15 tahun) apabila variasi berkait kematangan dalam saiz jelas serta semasa lewat remaja (15-17 tahun) apabila kumpulan lewat matang mengurangkan jurang variasi berkait kematangan.



Kemahiran dan lazimnya ciri-ciri fizikal akan memberi kanak-kanak kelebihan awalan dalam penglibatan sesuatu sukan dan pertandingan.



Status kematangan biologikal awal, disertai dengan kelebihan saiz dan kekuatan, merupakan aset kepada kejayaan dalam sukan di peringkat awal remaja.



Atlet kanak-kanak lelaki dalam sukan besbol, ragbi, renang dan larian seringkali menunjukkan kemajuan di dalam kematangan rangka dan seksual.



Prestasi dalam sukan ini banyak bergantung pada kekuatan dan kuasa; saiz badan dan jisim otot yang besar yang berkait dengan status kematangan awal adalah satu aset.



Atlet kanak-kanak perempuan di dalam sukan gimnastik, larian, figure skating dan ballet sering kali lewat dalam kematangan biologikal berbanding populasi umum dan status kematangan perenang kanak-kanak sering kali lebih awal atau normal.



Atlet gimnastik, figure skating dan ballet mempunyai umur haid yang lewat berbanding perenang dan bukan atlet.



Kajian dalam liga sofbol antarabangsa untuk kanak-kanak perempuan 9-12 tahun mendapati mereka yang mempunyai saiz badan dan kematangan awal adalah lebih berjaya dalam permainan ini. Ini dapat dilihat dari aspek kemahiran memukul dan membaling bola.



Bentuk dan komposisi badan perempuan lewat matang adalah lebih sesuai untuk sukan yang mencabar.



Atlet perempuan mempunyai kurang lemak berbanding bukan atlet khususnya semasa remaja, dan ini adalah lebih ketara dalam perempuan berbanding lelaki.



Kuasa aerobik maksimum mutlak dan relatif adalah lebih di dalam atlet kanak-kanak yang berlatih kerap dalam sukan daya tahan seperti berenang, berlari dan berbasikal.



Kanak-kanak yang berlatih untuk sukan daya tahan mempunyai isipadu jantung yang lebih besar, kadar denyatan nadi yang rendah, isipadu darah yang tinggi, haemoglobin darah yang tinggi dan isipadu paru-paru yang besar.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF