ASMAUL HUSNA DAN ARTINYA.docx

March 6, 2018 | Author: Mas Darto | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download ASMAUL HUSNA DAN ARTINYA.docx...

Description

Hari ini ingin berkongsi dengan kawan semua maksud dan kelebihan Asma ul-Husna iaitu 99 Nama Allah. Kakmiz percaya kawan semua tentu hafal 99 Nama Allah tetapi tidak tahu maksud dan fadhilat (kelebihan) 99 Nama Allah ini. Mari kita sama-sama baca maksud dan kelebihan 99 Nama Allah ini. Semoga selepas ini kita akan berzikir 99 Nama Allah ini dengan bersungguhsungguh dan rasa rendah diri kepada Allah. Sebelum itu kita mesti tahu dulu apa maksud Asma ul-Husna. Asma ul-Husna ialah nama-nama yang Maha Indah dari Allah S.W.T sendiri. Nama-nama itu ada 99 buah, yang sekaligus menunjukkan sifat-sifat Allah S.W.T yang Maha Sempurna. Sekarang kita tengok pula maksud dan fadhilat 99 Nama Allah. Teruskan membaca... ALLAH Bermaksud dialah pemilik Al Asma'ul Husna. Zat pemilik segala keagungan yang terungkap dalam nama-namanya, yang tidak bercerai dari nama-namanya. Yaa-Allaah Zikir ini disebut zikir Ismudz Zat, yang terkumpul seluruh fadhilat zikir ini. Mereka yang amalkan zikir ini dengan hati yang khusyuk semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, insyallah mereka akan mendapat manfaat yang tidak terhingga nilainya. Berzikirlah sebanyak 5000 kali setiap hari dengan mengikut kaedahnya yang benar akan memberikan fadhilah kebersihan rohani. AR-RAHMAAN Bermaksud Yang Maha Pemurah. Allah itu Maha Pemurah kepada semua makhluknya dan kemakmurannya itu tidak terhitung. Ya-Rahman Sesiapa yang berzikir dengan menyebut "Ya Rahmaan" sebanyak 500 kali selepas solat lima waktu, serta memahami dan menghayati makna Asmanya itu insyallah dengan izin Allah, hati akan menjadi terang dan tidak pelupa. AR-RAHIIM Bermaksud Yang Maha Pengasih. Allah itu Maha Pengasih kepada setiap manusia yang beriman baik di dunia mahupun di akhirat. Ya-Rahiim Ar Rahiim mengandungi isyarat halus bagi manusia agar bersifat kasih sayang. Dengan menyebut "Ya Rahiim" 100 kali setiap hari, maka kita akan disayangi oleh orang lain dan diberi kemudahan dengan izin Allah.

AL-MALIK Raja Yang Maha Kuasa. Allah adalah Zat Yang Maha Berkuasa, Maha Pencipta dan Menjaga Hukum-hukumnya atas alam semesta. Ya-Malik Dengan berzikir "Ya Malik" sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincir matahari, maka dengan izin Allah kita akan sentiasa dihargai orang sekeliling dan hidup dengan bercukupan. AL-QUDDUS Bermaksud Yang Maha Suci. Allah Adalah Zat Yang Maha Suci dari segala noda, sifat rendah, sifat baru dari makhluk-makhluknya, dan Maha Suci pula dari segala perkiraan orang-orang yang sesat, kafir, musyrik dam munafik. Ya-Quddus Sekiranya kita membaca lafaz "Ya-Quddus" sebanyak 100 kali setiap hari setelah tergelincir matahari, insyallah hati kita akan bersih dan suci dari rasa sombong, serakah, iri hati, dengki dan sebagainya. AS-SALAAM Bermaksud Yang Maha Sejahtera. Allah S.W.T. adalah segala sumber kesejahteraan dan dia Maha Pembuat kesejahteraan bagi makhlutnya. Zatnya adalah Yang Maha Sejahtera dari segala marabahaya yang biasa menimpa makhluknya. Ya-Salaam Bila kita "Ya-Salaam" sebanyak 136 kali, maka insyallah penyakit-penyakit yang kita derita akan sembuh. Demikian pula bila kita mengunjungi orang sakit dan membaca "Ya-Salaam" sebanyak 136 kali, insyallah akan membantu kesembuhannya. AL-MUKMIN Yang Mengurniakan Keamanan. Allah S.W.T. memberikan kurnia keamanan kepada makhluknya, kerana dia adalah zat yang menjadi sumber keamanan dan ketenteraman itu. Demikian juga Dia Zat yang membenarkan Rasul-rasulnya dengan memberi mukjizat yang merupakan bukti kebenaran mereka.

Ya-Mukmin

Jika kita mengharapkan agar diri kita, keluarga dan harta benda kita aman dari segala gangguan, maka bacalah lafaz "Ya Mukmin" setiap hari sebanyak 136 kali. Dengan memahami dan menghayati Asma ini, kita diharapkan mendidik diri sendiri serta berusaha menyelamatkan diri dan lingkungan dari perbuatan-perbuatan jahat. AL-MUHAYMIN Yang Maha Memelihara- Allah S.W.T. adalah yang mengatur dan memelihara serta menentukan rezeki kehidupan dan umur makhluknya. Dia juga mengawasi dan melindunginya. Ya-Muhaymin Segala gerak-geri kita sentiasa mendapat pengawasan Allah S.W.T. Dengan banyaknya menyebut "Ya Muhaymin" kita sentiasa ada dalam pemeliharaannya, hati menjadi bersih dan terang. AL-AZIZ Yng Maha Perkasa. Allah S.W.T mempunyai kedudukan Maha Tinggi, Maha Mulia dan Maha Perkasa. Dia adalah Zat yang memberi kekuatan dan ketangguhan dengan kekuatan dan ketangguhannya itu mampu menguasai dan mengungguli seluruh alam. Ya-Aziz Sesiapa yang membawa "Ya Aziz" 40 kali setiap selesai solat subuh selama 40 hari, insyallah akan mendapat pertolongan Allah dan kehidupannya. AL-JABBAAR Yang Kehendaknya tidak dapat diingkari. Asma' ini menunjukkan sifat Allah S.W.T. yang kehendaknya tidak dapat diingkari oleh makhluknya. Ya-Jabbaar Bila kita membaca "Ya Jabbaar" sebanyak 226 kali setiap pagi dan petang, maka insyallah orang-orang yang memusuhi kita tidak berdaya terhadap kita serta mereka akan tunduk kepada kita dengan pertolongan Allah S.W.T. AL-MUTAKABBIR Yang Maha kebesaran. Allah S.W.T. adalah pemilik segala Kebesaran Yang Maha Tinggi dan segala makhluknya menjadi tidak bererti di hadapannya.

Ya-Mutakabbir

Barang siapa membaca "Ya Mutakabbir" akan digeruni dari musuh-musuh mereka. Juga bila dibaca sewaktu melakukan hubungan kelamin antara suami isteri, dengan izin Allah isterinya mengandung, insyallah ia akan dikurniakan anak yang soleh ataupun solehah. AL-KHALIQ Yang Maha Pencipta. Asma Allah S.W.T. ini menunjukkan Zat Yang Maha Pencipta seluruh alam ini atas kuasa dan kehendaknya. Ya-Khaliq Jika kita kehilangan barang atau ada anggota keluarga yang pergi tanpa izin, kemudian kita membaca Asma ini sebanyak 5000 kali, maka dengan pertolongan Allah S.W.T masalah itu dapat diatasi. AL-BAARI' Yang Melepaskan. Al-Baari' adalah nama Allah S.W.T yang menunjukkan bahawa Zat Allah dapat menghasilkan suatu jenis benda dari benda yang jenisnya lain. Dia juga menjaga keseimbangan dari segala sesuatu. Ya-Baari' Bila kita dalam keadaan sulit atau sedang dalam sakit cubalah baca "Ya Baari'" sebanyak 100 kali, insyaallah kita akan terlepas dari kesulitan itu. AL-MUSAWWIR Yang Menciptakan Rupa Makhluk. Allah S.W.T. menentukan bentuk dan rupa makhlukmakhluknya yang beraneka rupa. Ya-Musawwir Fadhilat membaca "Ya Musawwir" bagi pasangan suami isteri yang belum dikurniakan anak, akan mendapat anugerah anak yang diinginkannya. Bacalah "Ya Musawwir" ini sebaiknya mengikut petunjuk pengalamannya berupa puasa selama 7 hari bagi isteri dan 3 hari bagi suaminya serta membaca Asma ini sebanyak 21 kali setiap waktu berbuka. AL-GHAFFAR Yang Maha Pengampun. Asma ini menunjukkan sifat Maha Pengampun Allah S.W.T. bagi makhluknya (jin dan manusia) yang bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukannya kecuali membuat syirik terhadap Allah S.W.T. Ya-Ghaffar

Mereka yang membaca "Ya Ghaffar" sebanyak 100 kali sambil menunggu datangnya solat jumaat di dalam masjid, insyaallah segala dosanya yang terdahulu akan mendapat pengampunan Allah S.W.T. AL-QAHHAR Yang Maha Perkasa. Allah S.W.T. mampu melakukan apa jua ke atas makhluk-makhluknya untuk menjalankan kehendaknya. Ya-Qahhar Mereka yang menyebut Asma ini sebanyak-banyaknya setiap malam terus-menerus, akan mendapat ketanangan batin terlepas dari kesukaran hidup serta terhindar dari perbuatan maksiat, insyaallah. AL-WAHHAB Yang Maha Pemberi. Allah S.W.T. sentiasa menganugerahkan kurnianya. Ya-Wahhab Kurnia Allah akan sampai kepada mereka yang mewiridkan "Ya Wahhab" sebanyak 300 kali setelah solat lima waktu setiap hari, serta akan mengabulkan permohonan mereka yang menyebut Asma ini dengan penuh kerendahan hati 100 kali setelah solat sunat Tahajjud selama tiga atau tujuh malam berturut-turut, insyaallah. AR-RAZZAQ Yang Maha Pemberi Rezeki. Allah S.W.T. tidak putus memberi rezeki kepada seluruh makhluknya. Ya- Razzaq Mereka yang menyebut Asma ini sebanyak-banyaknya, insyaallah akan sentiasa dikurnia rezeki yang berkecukupan. AL-FATTAH Yang Maha Membuka (Rahmat). Allah S.W.T. sentiasa memberi petunjuk kepada makhluknya serta sentiasa membuka pintu Rahmatnya.

Ya-Fattah

Allah S.W.T. akan membuka hati dan fikiran kita serta memberi kemudahan dalam menghadapi berbagai masalah kehidupan, jika kita menyebut Asma ini sebanyak-banyaknya setiap hari selesai solat subuh, insyaallah. AL-ALIM Yang Maha Mengetahui. Dia Yang Maha Mengetahui segala makhluknya. Ya-Alim Mereka yang berzikir "Ya Alim" atau "Ya Alimal Ghaibi Wasy-syahaadah" sebanyak 100 kali setiap selasai solat lima waktu, akan dikurniakan ilmu makrifat yang sempurna. AL-QAABID Yang Maha Menyempitkan. Hanya Allah yang mampu menyempitkan rezeki atau mencabut kenikmatan makhluknya. Ya-Qaabid Mereka yang berzikir "Ya Qaabid" sebanyak-banyaknya dengan terus-menerus, dengan izin Allah, ia akan terhindar dari ancaman orang zalim dan terlepas dari kekurangan makanan. AL-BAASIT Yang Maha Melapangkan. Dia (iaitu Allah) yang melapangkan rezeki serta memberi kemudahan hidup. Ya-Baasit Mereka yang berzikir "Ya Baasit" sebanyak 10 kali setiap selesai solat sunat Dhuha, insyaallah akan dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus serta sentiasa ditambahi Allah ilmunya. AL-KHAAFID Yang Perendah Diri. Allah S.W.T. mampu merendahkan atau menurunkan darjat makhluknya sesuai yang dikehendakinya. Ya-Khaafid Mereka yang menyebut-nyebut Asma inni sebanyak 500 kali dengan hati yang khusyuk dan tawadhuk, insyaallah akan terlindung dari perbuatan jahat yang ditujukan pada dirinya. AR-RAAFI'

Yang Meninggikan. Allah S.W.T meninggikan martabat makhluknya sesuai dengan kehendaknya. Ya-Raafi' Allah S.W.T. akan meninggikan martabat, menjadikan kehidupan yang berhasil jika kita sentiasa berzikir "Ya Raafi'" sebanyak 100 kali setiap hari, insyaallah. AL-MU'IZZ Yang Maha Memuliakan. allah S.W.T. yang berkuasa memuliakan makhluknya. Ya-Muizz Dengan izin Allah mereka yang membaca "Ya Mu'izz" sebanyak 140 kali setiap selesai solat isyak pada malam selasa dan malam jumaat dengan terus menerus akan dihormati orang lain serta tidak merasa takut kepada sesiapa pun selain Allah. AL-MUZIL Yang Maha Pemberi Kehinaan. Allah S.W.T. mampu merendahkan atau menghinakan makhluknya. Ya-Muzil Dengan izin Allah mereka yang berzikir "Ya Muzil" sebanyak 75 kali terus menerus akan terhindar dari kejahatan dan penghinaan manusia serta akan mendapat perlindungan Allah S.W.T. AS-SAMI' Yang Maha Mendengar. Allah S.W.T. Maha Mendengar akan segala sesuatu, baik suara hati mahupun yang lebih halus dari itu. Ya-Sami' Mereka yang membaca "Ya Sami'" sebanyak 100 kali setiap hari khamis setelah solat zuhur yang dilakukan secara diam-diam tanpa memberitahukan orang lain, insyaallah akan dikabulkan Allah permohonannya.

AL-BASIR

Yang Maha Melihat. Allah S.W.T. Maha Melihat segala sesuatu dan tiada yang dapat tersembunyi dari penglihatannya. Ya-Basir Allah S.W.T. akan membuka fikiran dan hati serta meninggikan kedudukan serta kehormatan mereka yang membaca "Ya Basir" sebanyak 100 kali sebelum solat jumaat, insyaallah. AL-HAKAM Yang Maha Menetapkan Hukum. Allah S.W.T memberi keputusan yang tepat atas segala perkara. Ya-Hakam Mereka yang berzikir "Ya Hakam" sebanyak-banyaknya pada tengah malam, insyallah akan dikurniakan pengetahuan mengenai hikmat iilmu agama. AL-'ADLU Yang Maha Adil. Allah S.W.T. mengatur setiap perkara dengan Maha Adilnya. Ya-'Adlu Mereka yang membaca "Ya 'Adlu" sebanyak 104 kali setiap selesai solat lima waktu, insyaallah akan dikurniakan sifat adil serta akan memperlakukan terhadap yang lain. AL-LATHIF Yang Maha Lemah Lembut. Allah yang Maha Halus dan Penyantun mengurus makhlukmakhluknya dengan cara halus sehingga tidak terasa, mengetahui barang-barang yang sehalushalusnya. Zatnya Maha Halus sehingga tidak dapat dikirakan dan dibayangkan. Ya-Lathif Allah S.W.T. akan mengabulkan permohonan hamba-hambanya yang berzikir "Ya Lathif" sebanyak 100 kali setelah selesai solat sunat, insyaallah. AL-KHABIR Yang Maha Waspada. Allah S.W.T. Yang Maha Waspada atas setiap rahsia serta memahami sesuatu perkara. Ya-Khabir

Dengan izin Allah S.W.T. mereka yang berzikir "Ya Khabir" sebanyak mungkin akan terhindar dari perbuatan zalim, serta akan diperbaiki sifat dan kebiasaan mereka yang buruk. AL-HALIM Yang Maha Panyantun. Allah S.W.T. Maha Penyantun. Tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman kepada mereka yang berbuat dosa. Ya-Halim Mereka yang berzikir "Ya Halim" sebanyak mungkin setiap hari setelah solat lima waktu, dengan izin Allah akan terhindar dari bencana alam serta dikukuhkan kedudukannya dalam masyarakat.

AL-'AZIM Yang Maha Agung. Allah S.W.T. Yang Maha Besar Kemuliaannya. Segala urusan berada dalam kekuasaannya.

Ya-'Azim Mereka yang membiasakan berzikir "Ya 'Azim" sebanyak-banyaknya setiap hari, insyaallah akan sentiasa dihormati dan dimuliakan serta akan dilimpahkan kurnia yang berpanjangan.

AL-GHAFUR Yang Maha Pengampun. Dia (Allah S.W.T) yang Maha Pengampun kepada makhlukmakhluknya.

Ya-Ghafur Allah S.W.T. akan melenyapkan kesukaran-kesukaran dan akan mengampuni dosa mereka yang bertaubat bila mereka berzikir "Ya Ghafur" sebanyak-banyaknya setiap malam, insyaallah.

ASY-SYAKUR Yang Maha Menghargai. Allah S.W.T. Maha Pembalas jasa perbuatan hamba-hambanya.

Ya-Syakur Dengan izin Allah mereka yang berzikir Asma ini akan dijernihkan hati serta disembuhkan dari penyakit yang sedang dideritai.

AL-'ALIYU Yang Maha Tinggi. Allah S.W.T. Yang Maha Tinggi tidak ada yang dapat mengatasinya. Ya-'Aliyu Mereka yang menyebut Asma ini berulang-ulang kali dengan kerendahan hati, akan ditingkatkan kecerdasan serta akan ditambah keyakinan diri mereka, insyaallah. AL-KABIR Yang Maha Besar. Allah S.W.T. Yang Maha Besar, tidak ada yang melebihinya. Ya-Kabir Atas izin Allah S.W.T. mereka yang berzikir "Ya Kabir" sebanyak 100 kali setiap hari akan mendapat penghormatan orang lain. AL-HAFIZ Yang Maha Memelihara. Allah S.W.T. Maha Penjaga, tidak sukar dan tidak berat baginya untuk menjaga dan memelihara langit dan bumi berserta isinya. Ya-Hafiz Mereka yang berzikir "Ya Hafiz" sebanyak 16 kali setiap hari atas izin allah akan terlindung dari bahaya. AL-MUQIT Yang Maha Pemberi Kecukupan. Allah S.W.T. Yang Maha Memberi Kecukupan kepada makhluknya.

Ya-Muqit Asma ini mempunyai fadhilat memperbaiki sifat-sifat buruk dari anggota keluarga kita, serta dapat memperkuat peribadi kita sendiri, insyallah.

AL-HASIB Yang Maha Menghitung atau Penjamin. Allah yang menghitung amalan dosa dan pahala manusia dan jin pada hari hisab. Ya-Hasib Mereka yang berzikir "Ya Hasib" setiap hari, insyallah akan terhindar dari bahaya serta dibebaskan dari rasa takut.

AL-JALIL Yang Maha Luhur. Allah S.W.T. Pemilik segala keagungan, kekayaan dan kesucian serta kemuliaan yang tiada bandingannya.

Ya-Jalil Mereka yang berzikir "Ya Jalil" sebanyak 73 kali setiap hari, baik pagi dan petang, mahupun tengah malam, insyallah akan mengalami perubahan yang baik dalam kehidupan keperibadiannya.

AL-KARIM Yang Maha Mulia. Allah S.W.T. adalah Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia Ya-Karim Mereka yang menyebut-nyebut zikir "Ya Karim" sebanyak 280 kali setiap menjelang tidur, insyallah akan mendapat kemuliaan dan kehormatan dalam hidup.

AR-RAQIB Yang Maha Mengawasi. Allah S.W.T. Maha Mengawasi yang sentiasa waspada terhadap semua makhluknya sehingga tidak mungkin ada yang terlepas dari pengawasannya.

Ya-Raqib Mereka yang membiasakan membaca Asma ini dengan segala keikhlasan hati, insyallah akan sentiasa dijaga Allah S.W.T. dari bahaya yang akan menimpa harta, anggota keluarga dan dirinya sendiri. AL-MUJIB Yang Maha Mengabulkan. Allah S.W.T. mengabulkan semua permohonan makhluknya dan hanya Dialah tempat hamba-hambanya memohon pertolongan.

Ya-Mujib Atas izin Allah S.W.T. mereka yang membiasakan berzikir "Ya Mujib" sebanyak 55 kali setiap solat subuh akan dikabulkan Allah permohonannya.

AL-WAASI' Yang Maha Luas. Kekuasaan dan Rahmat Allah S.W.T. merangkumi segala makhluknya.

Ya-Waasi' Atas izin Allah S.W.T. mereka yang berzikir "Ya Waasi'" sebanyak 127 kali setiap hari, maka Allah akan menganugerahkannya kehidupan yang serba cukup serta ditunjukkan jalan keluar dari kesempitan hidup.

AL-HAKIM Yang Maha Bijaksana dalam mengatur segala urusan dan menjalankan hukum-hukumnya serta sentiasa berjaya.

Ya-Hakim Mereka yang selalu berzikir menyebut Asma ini, insyallah akan mendapat kurnia kejayaan hidup serta mudah mendapatkan jalan keluar dari kesukaran.

AL-WUDUD Yang Maha Pencinta. Allah S.W.T. Maha Pencinta terhadap makhluk-makhluknya dan dicintai oleh makhluk-makhluknya pula.

Ya-Wadud Mereka yang berzikir "Ya Wadud" sebanyak 1000 kali setiap hari terus-menerus, akan berkembang dalam dirinya rasa kasih kepada sesama manusia dan sentiasa akan dikasihi pula oleh yang lain, insyallah.

AL-MAJID Yang Maha Mulia. Allah S.W.T. dengan Kemuliaannya memberikan segala nikmat yang tiada terhenti-henti kepada makhluknya. Ya-Majid Kehormatan, kemuliaan, kesejahteraan dan kesihatan akan dikurniakan Allah kepada yang membiasakan diri berzikir "Ya Majid" setiap hari sebanyak-banyaknya.

AL-BAA'ITS

Yang Membangkitkan. Dia (Allah S.W.T.) yang membangkitkan kembali makhluk-makhluknya pada Hari Kiamat.

Ya-Baa'its Ketika hendak tidur lalu berzikir "Ya Baa'its" sebanyak 100 kali sambil meletakkan tangan di dada, disertai kekhusyukkan dan kerendahan hati, insyallah Allah Yang Maha Kuasa berkenan memberikan keterangan hati serta ilmu dan hikmah.

ASY-SYAHID Yang Maha Menyaksikan. Dia (Allah S.W.T.) yang hadir di mana-mana dan tidak ada sesuatu pun yang lepas dari tilikkannya.

Ya-Syahid Fadhilah zikir "Ya-Syahid" adalah melembutkan hati anggota-anggota keluarga yang membangkang.

AL-HAQQU Yang Maha Benar. Allah Yang Maha Benar dan tetap ada dalam kebenarannya.

Ya-Haqq Bila amalan "Ya Haqq" dibaca sebanyak-banyaknya setiap malam, insyallah kita akan sentiasa tetap taat kepada Allah.

AL-WAKIL Yang Maha Pemelihara. Allah S.W.T. kemampuan untuk mengatasi segala masalah kita dengan cara yang sebaik-baiknya.

Ya-Wakil Zikir "Ya Wakil" mempunyai fadhilat meredakan hujan lebat yang disertai badai taufan. Selain itu wirid ini insyaallah akan membukakan pintu rezeki dan kebaikan kepada kita jika dibaca 1000 kali.

AL-QAWIYU

Yang Maha Kuat. Allah S.W.T. Maha Kuat dan tidak pernah lemah dan lelah.

Ya-Qawiyu Dalam keadaan lemah jasmani dan rohani, bila kita membaca "Ya Qawiyu" dan "Ya Matinu" sebanyak 100 kali setiap malam, insyaallah, daya kekuatan kita akan kembali. Selain itu bila kita diperlakukan secara zalim yang sama akan memusnahkan perbuatan zalim itu.

AL-MATIN Yang Maha Kukuh atau Perkasa. Allah S.W.T. Maha Hebat Kemampuannya serta Maha Teguh keputusannya.

Ya-Matin Bila kita sedang ada dalam kesulitan, dengan melakukan zikir "Ya Matin" sebanyak-banyaknya disertai dengan ikhlas hati, insyaallah kesulitan itu akan lenyap.

AL-WALIYU Yang Maha Melindungi. Allah S.W.T. yang sentiasa melindungi hamba-hambanya.

Ya-Waliyu Barangsiapa yang rajin berzikir "Ya Waliyu" akan sentiasa berada dalam perlindungan Allah, insyaallah.

AL-HAMID Yang Maha

Terpuji.

Allah

adalah

tumpuan

puja

dan

puji

makhluknya.

Ya-Hamid Zikir "Ya Hamid" merupakan zikir utama untuk mempersembahkan puja dan puji ke hadirat Allah S.W.T. atas segala keagungannya. Mereka yang membiasakan zikir ini setiap hari akan dihargai dan dikasihi.

AL-MUHSI Yang Maha Menghitung. Allah S.W.T. yang mengetahui jumlah dan ukuran segala benda serta

mengenalinya.

Ya-Muhsi Mereka yang mengulang-ulang menyebut Asma ini, insyaallah akan memperolehi kemudahan pada Hari Perhitungan.

AL-MUBDI'U Yang Maha Memulai. Dia (Allah S.W.T.) yang menciptakan makhluk-makhluknya sehingga ada tanpa mencontohi.

Ya-Mubdi'u Zikir "Ya Mubdi'u" yang dilakukan sebanyak 470 kali setiap hari dengan khusyuk, insyaallah atas kurnianya akan membuat hati dan fikiran menjadi jernih, cerdas dan kreatif.

AL-MU'IDU Yang Maha Mengulangi. Allah S.W.T. mengatur kehidupan makhluk-makhluknya dan berkuasa mengadakan kembali yang telah lenyap.

Ya-Mu'idu Bila Asma ini "Ya Mu'idu" diucapkan 124 kali setiap selesai solat lima waktu atau sekaligus 1240 kali di waktu-waktu sepi malam, insyaallah anggota keluarga yang keluar akan kembali dengan selamatnya.

99 nama ALLAH SWT ( asmaul husna) Di dalam kitab suci Al-Qur'an Allah SWT disebut juga dengan nama-nama sebutan yang berjumlah 99 nama yang masing-masing memiliki arti definisi / pengertian yang bersifat baik, agung dan bagus. Secara ringkas dan sederhana Asmaul Husna adalah sembilanpuluhsembilan nama baik Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surat Al-Araf ayat 180 : "Allah mempunyai asmaul husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan". Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT beserta artinya :

1. Ar-Rahman (Ar Rahman) Artinya Yang Maha Pemurah 2. Ar-Rahim (Ar Rahim) Artinya Yang Maha Mengasihi 3. Al-Malik (Al Malik) Artinya Yang Maha Menguasai / Maharaja Teragung 4. Al-Quddus (Al Quddus) Artinya Yang Maha Suci 5. Al-Salam (Al Salam) Artinya Yang Maha Selamat Sejahtera 6. Al-Mu'min (Al Mukmin) Artinya Yang Maha Melimpahkan Keamanan 7. Al-Muhaimin (Al Muhaimin) Artinya Yang Maha Pengawal serta Pengawas 8. Al-Aziz (Al Aziz) Artinya Yang Maha Berkuasa 9. Al-Jabbar (Al Jabbar) Artinya Yang Maha Kuat Yang Menundukkan Segalanya 10. Al-Mutakabbir (Al Mutakabbir) Artinya Yang Melengkapi Segala kebesaranNya 11. Al-Khaliq (Al Khaliq) Artinya Yang Maha Pencipta 12. Al-Bari (Al Bari) Artinya Yang Maha Menjadikan 13. Al-Musawwir (Al Musawwir) Artinya Yang Maha Pembentuk 14. Al-Ghaffar (Al Ghaffar) Artinya Yang Maha Pengampun 15. Al-Qahhar (Al Qahhar) Artinya Yang Maha Perkasa 16. Al-Wahhab (Al Wahhab) Artinya Yang Maha Penganugerah 17. Al-Razzaq (Al Razzaq) Artinya Yang Maha Pemberi Rezeki 18. Al-Fattah (Al Fattah) Artinya Yang Maha Pembuka 19. Al-'Alim (Al Alim) Artinya Yang Maha Mengetahui 20. Al-Qabidh (Al Qabidh) Artinya Yang Maha Pengekang 21. Al-Basit (Al Basit) Artinya Yang Maha Melimpah Nikmat 22. Al-Khafidh (Al Khafidh) Artinya Yang Maha Perendah / Pengurang 23. Ar-Rafi' (Ar Rafik) Artinya Yang Maha Peninggi

24. Al-Mu'izz (Al Mu'izz) Artinya Yang Maha Menghormati / Memuliakan 25. Al-Muzill (Al Muzill) Artinya Yang Maha Menghina 26. As-Sami' (As Sami) Artinya Yang Maha Mendengar 27. Al-Basir (Al Basir) Artinya Yang Maha Melihat 28. Al-Hakam (Al Hakam) Artinya Yang Maha Mengadili 29. Al-'Adl (Al Adil) Artinya Yang Maha Adil 30. Al-Latif (Al Latif) Artinya Yang Maha Lembut serta Halus 31. Al-Khabir (Al Khabir) Artinya Yang Maha Mengetahui 32. Al-Halim (Al Halim) Artinya Yang Maha Penyabar 33. Al-'Azim (Al Azim) Artinya Yang Maha Agung 34. Al-Ghafur (Al Ghafur) Artinya Yang Maha Pengampun 35. Asy-Syakur (Asy Syakur) Artinya Yang Maha Bersyukur 36. Al-'Aliy (Al Ali) Artinya Yang Maha Tinggi serta Mulia 37. Al-Kabir (Al Kabir) Artinya Yang Maha Besar 38. Al-Hafiz (Al Hafiz) Artinya Yang Maha Memelihara 39. Al-Muqit (Al Muqit) Artinya Yang Maha Menjaga 40. Al-Hasib (Al Hasib) Artinya Yang Maha Penghitung 41. Al-Jalil (Al Jalil) Artinya Yang Maha Besar serta Mulia 42. Al-Karim (Al Karim) Artinya Yang Maha Pemurah 43. Ar-Raqib (Ar Raqib) Artinya Yang Maha Waspada 44. Al-Mujib (Al Mujib) Artinya Yang Maha Pengkabul 45. Al-Wasi' (Al Wasik) Artinya Yang Maha Luas 46. Al-Hakim (Al Hakim) Artinya Yang Maha Bijaksana 47. Al-Wadud (Al Wadud) Artinya Yang Maha Penyayang 48. Al-Majid (Al Majid) Artinya Yang Maha Mulia 49. Al-Ba'ith (Al Baith) Artinya Yang Maha Membangkitkan Semula 50. Asy-Syahid (Asy Syahid) Artinya Yang Maha Menyaksikan 51. Al-Haqq (Al Haqq) Artinya Yang Maha Benar 52. Al-Wakil (Al Wakil) Artinya Yang Maha Pentadbir 53. Al-Qawiy (Al Qawiy) Artinya Yang Maha Kuat 54. Al-Matin (Al Matin) Artinya Yang Maha Teguh

55. Al-Waliy (Al Waliy) Artinya Yang Maha Melindungi 56. Al-Hamid (Al Hamid) Artinya Yang Maha Terpuji 57. Al-Muhsi (Al Muhsi) Artinya Yang Maha Penghitung 58. Al-Mubdi (Al Mubdi) Artinya Yang Maha Pencipta dari Asal 59. Al-Mu'id (Al Muid) Artinya Yang Maha Mengembali dan Memulihkan 60. Al-Muhyi (Al Muhyi) Artinya Yang Maha Menghidupkan 61. Al-Mumit (Al Mumit) Artinya Yang Mematikan 62. Al-Hayy (Al Hayy) Artinya Yang Senantiasa Hidup 63. Al-Qayyum (Al Qayyum) Artinya Yang Hidup serta Berdiri Sendiri 64. Al-Wajid (Al Wajid) Artinya Yang Maha Penemu 65. Al-Majid (Al Majid) Artinya Yang Maha Mulia 66. Al-Wahid (Al Wahid) Artinya Yang Maha Esa 67. Al-Ahad (Al Ahad) Artinya Yang Tunggal 68. As-Samad (As Samad) Artinya Yang Menjadi Tumpuan 69. Al-Qadir (Al Qadir) Artinya Yang Maha Berupaya 70. Al-Muqtadir (Al Muqtadir) Artinya Yang Maha Berkuasa 71. Al-Muqaddim (Al Muqaddim) Artinya Yang Maha Menyegera 72. Al-Mu'akhkhir (Al Muakhir) Artinya Yang Maha Penangguh 73. Al-Awwal (Al Awwal) Artinya Yang Pertama 74. Al-Akhir (Al Akhir) Artinya Yang Akhir 75. Az-Zahir (Az Zahir) Artinya Yang Zahir 76. Al-Batin (Al Batin) Artinya Yang Batin 77. Al-Wali (Al Wali) Artinya Yang Wali / Yang Memerintah 78. Al-Muta'ali (Al Muta Ali) Artinya Yang Maha Tinggi serta Mulia 79. Al-Barr (Al Barr) Artinya Yang banyak membuat kebajikan 80. At-Tawwab (At Tawwab) Artinya Yang Menerima Taubat 81. Al-Muntaqim (Al Muntaqim) Artinya Yang Menghukum Yang Bersalah 82. Al-'Afuw (Al Afuw) Artinya Yang Maha Pengampun 83. Ar-Ra'uf (Ar Rauf) Artinya Yang Maha Pengasih serta Penyayang 84. Malik-ul-Mulk (Malikul Mulk) Artinya Pemilik Kedaulatan Yang Kekal 85. Dzul-Jalal-Wal-Ikram (Dzul Jalal Wal Ikram) Artinya Yang Mempunyai Kebesaran dan

Kemuliaan 86. Al-Muqsit (Al Muqsit) Artinya Yang Maha Saksama 87. Al-Jami' (Al Jami) Artinya Yang Maha Pengumpul 88. Al-Ghaniy (Al Ghaniy) Artinya Yang Maha Kaya Dan Lengkap 89. Al-Mughni (Al Mughni) Artinya Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan 90. Al-Mani' (Al Mani) Artinya Yang Maha Pencegah 91. Al-Darr (Al Darr) Artinya Yang Mendatangkan Mudharat 92. Al-Nafi' (Al Nafi) Artinya Yang Memberi Manfaat 93. Al-Nur (Al Nur) Artinya Cahaya 94. Al-Hadi (Al Hadi) Artinya Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk 95. Al-Badi' (Al Badi) Artinya Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya 96. Al-Baqi (Al Baqi) Artinya Yang Maha Kekal 97. Al-Warith (Al Warith) Artinya Yang Maha Mewarisi 98. Ar-Rasyid (Ar Rasyid) Artinya Yang Memimpin Kepada Kebenaran 99. As-Sabur (As Sabur) Artinya Yang Maha Penyabar / Sabar

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF