ASAS CETEK

August 21, 2017 | Author: Eyra Moon | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download ASAS CETEK...

Description

ASAS CETEK Pengenalan Asas sesebuah struktur bolehlah ditakrifkan sebagai bahagian struktur yang bersentuhan terus dengan tanah. Sudah tentulah tanah akan mengalami enapan dan kadangkalanya gagal apabila dibebankan kerana biasanya tanah adalah jauh lebih lemah daripada konkrit, keluli ataupun kayu. Dengan itu, asas merupakan `alat' yang bertujuan untuk memindahkan beban struktur kepada bumi dengan selamat. Selamat di sini bermaksud selamat dari segi keupayaan tanah dan juga enapan yang tidak melebihi had-had tertentu. Jenis dan saiz sesuatu asas yang digunakan berkait rapat dengan berapa besarnya saiz beban yang hendak dipindahkan dan juga kekuatan ricih tanah. Oleh yang demikian, reka bentuk asas adalah usaha ataupun proses menentukan jenis serta saiz asas dan beban maksimum yang dapat disokongnya untuk sesuatu tanah yang ada di lapangan.

Oleh sebab asas menopang sesuatu struktur sepanjang hayatnya, maka amat penting untuk jurutera mengambil kira semua beban yang akan dialaminya kerana adalah amat sukar untuk mengubah atau membaiki sesuatu asas setelah dibina.

Jenis-Jenis Asas Pada amnya, asas sesebuah struktur bolehlah dibahagikan kepada dua kategori, iaitu (a) asas cetek dan (b) asas dalam. Dalam bab ini, kita hanya akan membincangkan asas cetek sahaja. Asas dalam terdiri daripada cerucuk dan kaison. Cerucuk diperlukan untuk keadaan tanah pada aras pengasasan tidak berkeupayaan untuk menopang asas-asas pad, jalur atau rakit,

atau untuk struktur-struktur yang dibina di atas air, seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.1. Perbincangan yang lebih lanjut tentang asas cerucuk ini akan dimuatkan dalam Bab 6.

Rajah 4.1: Asas cerucuk

Asas-Asas Cetek Asas-asas cetek (atau rebak) terdiri daripada (a) asas pad, (b) asas tergabung, (c) asas jalur dan (d) asas rakit. a. Asas Pad - Asas-asas ini (lihat Rajah 4.2) selalunya dibina untuk menyokong tiang struktur. Asas jenis ini menopang keseluruhan beban untuk sesuatu tiang secara tersendiri (terasing). Asas terebut terdapat dalam berbagai-bagai bentuk seperti bulat, segi empat dan segi empat sama. Reka bentuk asas pad ini melibatkan pengiraan mencari saiz pad yang diperlukan untuk menopang beban yang dikenakan oleh tiang.

b.

Asas Tergabung - Asas tergabung merupakan penyatuan asas pad disebabkan beberapa keadaan istimewa tertentu. Terdapat empat jenis asas tergabung seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.3, iaitu:

Rajah 4.2: Asas pad (i) Konkrit jisim untuk tiang keluli (ii) Konkrit bertetulang dengan permukaan atas sendeng (iii) Konkrit bertetulang biasa (iv) Konkrit bertetulang bertangga

Asas Tergabung Segi empat Asas jenis ini dibina sekiranya dua atau lebih tiang dapat disokong di atas sebuah asas segi empat. Sekiranya tekanan bersih tanah yang boleh dibenarkan diketahui, keluasan A asas tersebut dapat ditentukan seperti yang berikut.

(4.1)

Rajah 4.3: Asas Tergabung iaitu Q 1, Q, ialah beban tiang qa11 (bersih) ialah keupayaan galas tanah bersih yang dibenarkan Dengan merujuk kepada Rajah 4.4, kedudukan paduan beban tiang dapat dikira melalui persamaan:

(4.2) Untuk beban seragam di bawah asas, paduan daya tiang mestilah melalui sentroid asas. Dengan demikian;

Rajah 4.4: Keratan dan pelan asas tergabung segiempat

L = 2 (L2 + X)

(4.3)

Iaitu L ialah panjang asas

L1 = L – L2 – L3

(4.4)

Dengan itu, lebar asas B = A/L

(4.5)

Asas Tergabung Trapezoid

Asas jenis ini (Rajah 4.5) kadangkala digunakan untuk keadaan terdapatnya ruang yang tidak mencukupi untuk asas rebak yang membawa tiang dengan beban yang sangat besar.

Sekiranya tekanan tanah bersih yang dibenarkan diketahui, keluasan A asas ini dapat ditentukan daripada persamaan (4.1) seperti yang di atas.

Merujuk kepada Rajah 4.5:

(4.6)

Paduan daya untuk beban tiang diberi:

(4.7)

(4.8)

Rajah 4.5: Keratan dan pelan asas tergabung trapezoid

Sekiranya nilai-nilai A, L, X dan L2 diketahui, persamaan (4.6), (4.7) dan (4.8) dapat diselesaikan untuk mendapatkan B, dan B2. Perhatikan bahawa untuk trapezoid,

L/3
View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF