asas binaan bata

August 16, 2017 | Author: Aziela Iela | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

peralatan yang digunakan...

Description

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALYSIA KERTAS PENERANGAN

NAMA DAN KOD PROGRAM / PROGRAM TITLE AND CODE

JURUBINA BANGUNAN (B-010-1)

TAHAP / LEVEL

SATU (1)

NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE NO DAN TAJUK TUGAS / TASK (S) NO AND TASK STATEMENT OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

NO KOD / CODE NO TAJUK:

02

IDENTIFY AND USE HAND TOOLS AND MACHINE TOOLS

02.01

IDENTIFY AND USE HAND TOOLS AND MACHINE TOOLS

IDENTIFY AND USE HAND TOOLS AND MACHINE TOOLS BY DETERMINE THE APPROPRIATE SELECTION USING SPECIFICATION AND LIST OF VARIOUS TYPES OF HAND TOOLS AND MACHINE TOOLS SO THAT THE JOB CAN BE CARRIED OUT AS SCHEDULED B-010-1/LP-04/02.01

MUKA: 1 DRP 8

PERALATAN DAN KELENGKAPAN

TUJUAN: Sungguhpun tukang bata hanya mempunyai sedikit alat-alat dan perkakas berbanding dengan lain-lain tukang dalam ketukangan binaan, tetapi seseorang pekerja itu haruslah tahu untuk memilih alat-alat yang baik dan menggunakannya dengan cara yang betul. 1. Sudip Bata Sudip bata ialah perkakas yang paling mustahak dalam ketukangan binaan bangunan khasnya dalam kerja-kerja menerap bata.

Selalunya dalam pasaran amat mudah

diperolehi dan sesuai bagi pekerja, samada dengan menggunakan tangan kiri atau kanan. Terdapat dalam beberapa saiz dari 229mm hingga 354mm tetapi sudip yang berukuran 254mm adalah sesuai bagi seorang pelatih yang sedang menjalani kursus. Sudip bata yang baik dinilai pada keselesaan memegangnya seperti berat dan sudut kepada pemegangnya. ( Lift ) Kegunaan utama sudip bata ialah untuk mengangkat motar dari papan motar, melepa dan meratakan motar diatas dinding, membuat

1

sambungan tegak ( buttering ) membuang motar yang terhimpit keluar di bawah batubata sewaktu mengaturnya, melakukan kerja-kerja pada sambungan di bahagian muka dinding dan lain-lain kerja dimana motar ada digunakan. Selain itu sudip bata juga digunakan untuk membuat potongan bata secara kasar dan menarah bata lembut.

Pemegang

Panjang mata

Mata

2. Bantalan ( Boaster / Bolster ) Digunakan potongan

untuk batu-bata

mendapatkan yang

tepat.

Mempunyai lebar mata yang berbeza iaitu dari 51.8 mm hingga 115 mm. Digunakan bersama club hammer. Mata yang berukuran 115 mm paling sesuai untuk penerap bata. Hendaklah sentiasa tajam dan kepalanya tidak kembang (mushroom )

3. Tukul ( Club Hammer ) Digunakan bersama alat-alat pemotong seperti bolster, chisel dan lain-lain. Beratnya antara 1.13 kg hingga 1.36 kg, yang lebih berat tidak sesuai kerana memenatkan. perlu

Bucu dipermukaannya

ditumpulkan

bagi

menjaga

keselamatan

2

4. Tukul Bata ( Brick Hammer ) Digunakan untuk memotong bata atau untuk menarah bata yang keras secara kasar dalam kerja-kerja pembinaan dinding bata biasa yang perlu dilepa (plaster)

5. Tukul Sikat ( Comb Hammer ) Mempunyai mata yang berlainan bentuk dan boleh ditanggalkan di kedua-dua hujungnya. Sesuai digunakan untuk menarah bentuk yang lebih halus.

6. Scutch Bata Mempunyai 3 bahagian iaitu pemegang, mata dan baji. Digunakan untuk memotong dan menarah bata kepada bentuk permukaan yang lebih halus. Didapati dalam 2 bentuk pemegang iaitu dari kayu dan besi matanya boleh di cabut untuk ditukar atau diasah

7. Hawk Merupakan papan motar kecil, mempunyai pemegang di sebelah bawah. Digunakan untuk meletakkan motar semasa membuat kerja-kerja plaster dan pointing. Ia diperbuat sama ada dari kayu atau aluminium, ukuran biasa ialah 229 mm x 229 mm dan 305 mm x 305 mm.

3

8. Pin dan Benang Digunakan untuk mendapatkan kelurusan semasa membina dinding yang melebihi 5 bata panjan. Benang dari nylon 1 mm tebal adalah sesuai kerana ketahanannya dan kurang menyerap air. Untuk mengelakkan benang terbenam kedalam dinding “lath” hendaklah digunakan

9. Pahat Besi / Sejuk ( Cold Chisel ) Mempunyai

berbagai

saiz

Kepala

yang

sesuai digunakan untuk sesuatu tugas contohnya 6.3 mm x 102 mm hingga 25 mm x 610 mm digunakan untuk

kerja-kerja

kecil

Badan

seperti

memotong ubin dan sebagainya manakala 19 mm x 305 mm, 19 mm x 381 mm dan 12.7 mm x 229 mm untuk

kerja-kerja

biasa.

Pemegangnya berbentuk lapan segi

Mata

atau bulat. Kepala cold chisel tidak boleh

dibiarkan

mushroom

)

kembang

kerana

(

mungkin

mencederakan tangan anda. 10. Tingle Tingle digunakan bersama line dan pin bagi mengelakkan benang dari melengkung, melayang atau terbuai-buai ditiup angin semasa membina dinding lurus yang panjang.

Benang atau kertas

juga boleh digunakan sekiranya tidak ada tingle.

4

Kepala pahat sejuk berbemtuk cendawan

11. Cangkul Berlubang ( Larry ) Digunakan untuk menggaul motar dan juga untuk menyebarkan dan meratakan sambungan motar pada dinding yang tebal

12. Papan Motar (Motar Board) Diperbuat daripada papan / papan lapis berukuran 1 meter persegi. Digunakan untuk meletakkan motar semasa bekerja

13. Pointing Trowel

Pemegang

Sudip batu bata yang kecil digunakan untuk memenuhkan

dan

Ternin

mengemaskan

sambungan. Terdiri dari dua jenis :-

Mata

a. Dotter:- Berukuran 102mm digunakan untuk sambungan menegak b. Bedder:-

Berukuran

digunakan

untuk

152

mm

sambungan

melintang. Finger jointer

14. Brick Jointer Terdapat dua jenis jointer yang biasa digunakan :a. Finger Jointer - Berukuran 60 mm hingga 125 mm panjang dan 10 mm lebar

digunakan

untuk

membuat

sambungan recessed. b. Round Jointer - Berukuran 228 mm panjang

dan

digunakan

10

mm

untuk

garispusat membuat

sambungan concave

5

Round jointer

15. Timba ( Bucket ) Diperbuat daripada logam dan digunakan untuk menyukat bancuhan konkrit, motar dan sebagainya dan untuk membekal motar dalam proses membina tembok bata.

16. Skop ( Showel ) Diperbuat

daripada

logam

pemegang

kayu.

mencedok

bahan-bahan

dengan

Digunakan

untuk

seperti

pasir,

simen, tanah dan lain-lain

17. Kereta Sorong Digunakan untuk mengangkat motar atau bahan-bahan ke kawasan kerja.

18. Cangkul ( Hoe ) Digunakan untuk mengais bahan-bahan motar, menggali dan mengaut tanah, pasir, batu dan sebagainya

19. Pembaris Kemasan ( Pointing Rule ) Diperbuat daripada kayu, biasanya 75 mm lebar dan diserongkan

pada

satu

muka

tepi.

Di

sebelah

belakangnya dilekatkan dua keping penyengkang supaya motar dapat jatuh melalui ruang diantara dinding bata dengan pembaris ini

6

20. Penyepit Bata ( Brick Tongs ) Diperbuat

daripada

logam

dan

digunakan

untuk

membawa dan meletakkan bata berhampiran dengan pekerja

21. Boat level Penggunaanya sama dengan spirit level tetapi bentuknya yang pendek dan kecil sesuai untuk tempat-tempat yang sempit 22. Pengukur Tegak ( Plumb Rule ) Diperbuat daripada sekeping papan dan di dalamnya dipasangkan dengan pelambab.

Digunakan untuk

melaras tegak dan menetukan tegak dinding 23. Pelambab / Unting-unting ( Plumb Bob) Satu alat untuk menguji ketegakan satu permukaan , mendapat garisan tegak atau titik diperbuat daripada logam dan digantungkan kepada seutas benang

24. Pita Pengukur Diperbuat

daripada

talian

pita keluli atau reben dan digunakan untuk mengukur jarak yang tidak dapat diukur oleh pembaris berlipat

7

25. Bat and Closer Gauge Digunakan untuk menanda bata potongan yang hendak dibuat seperti half bat, three quarter bat dan queen closer. Diperbuat daripada papan yang mempunyai sekatan ukuran panjang half bat three quarter bat dan queen closer. Gauge ini digunakan untuk menandakan ukuran bat yang dikehendaki dengan cepat 26. Sesiku Pemidang / Sesiku Keluli ( Framing or Steel Square - Digunakan untuk mendapatkan sudut tepat 90. Diperbuat dari besi nipis berbentuk “L”. Satu bahagian labih panjang iaitu 600 mm, satu bahagian 300 mm, lebarnya 35 mm dan tebalnya 3 mm . Mempunyai skil. 27. Sesiku Bangunan ( Building Square ) - Diperbuat daripada kayu berbentuk segitiga tepat. Gunanya

untuk

ketetapan

garisan

semasa

proses

mencari binaan

merancang

tanda bangunan 28. Gauge Rod Diperbuat dari kayu 25 x 75 x 900 mm. Ditanda atau dibahagikan kepada garisan potongan gergaji bertingkattingkat mengikut ketebalan batu-bata.

Gauge rod

digunakan untuk tiap-tiap lapisan batu-bata termasuk tebal sambungan. SOALAN Namakan peralatan yang dibawah ini.

8

1.

2.

4.

5.

7.

3.

6.

8.

9.

9

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF