Asal Usul Kaum Iban

September 3, 2017 | Author: Jamilah Edward | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Asal Usul Kaum Iban...

Description

 ASAL USUL KAUM IBAN secara umumnya, masyarakat Iban dikatakan berasal dari satu daerah kecil di Kalimantan, Indonesia. namun, ada juga ura-ura mengatakan bahawa Iban sebenarnya berasal daripada Myanmar yang membawa diri ke Indonesia seterusnya ke Sarawak. pada zaman dahulu, masyarakat Iban cukup dikenali kerana kepahlawanannya, keberanian dan kekejaman terhadap musuh dan dikenali sebagai "Headhunter". ini adalah kerana sebagai tanda kemenangan terhadap pihak musuh, ketua pahlawanan tersebut hendaklah membawa pulang kepala musuh tersebut dan kepala tersebut akan digantung di rumah panjang. cerita kepahlawanan ini boleh kita dengar melalui ceritacerita orang- orang tua, dan pada zaman sekarang "Sarawak Culture Village" pernah melakonkan semula cerita sebegini kepada orang awam yang datang berkunjung ke situ. Masyarakat Iban lagi didedahkan lagi dengan sejarah-sejarah pahlawan-pahlawan dan tokoh-tokoh terkenal seperti Keling, Rentap dan Tun Jugah. Masyarakat Iban mengamalkan pelbagai perayaan dan tradisi. antaranya adalah perayaan Hari Gawai yang diraikan pada 1 Jun setiap tahun oleh golongan masyarakat Dayak sebagai tanda keberkatan dan kesyukuran terhadap penanaman padi. selain itu di antara perayaan lain adalah Gawai Antu, Gawai Burung, dan Gawai Lelabi. oleh kerana kebanyakan masyarakat Iban menganuti agama Kristian, mereka juga menyambut perayaan Hari Krimas. Tradisi masyarakat Iban selalunya terletak pada tarian, pakaian, makanan dan minuman. masyarakat Iban dikenali dengan tarian "Ngajat" iaitu tarian kepahlawanan. pakaian yang di pakai oleh kaum wanita adalah "Ngepan" manakala untuk kaum lelaki adalah "Sirat" dan tak ketinggalan dengan pua kumbu. minuman yang paling dikenali sekali adalah Tuak. sudah pasti ramai yang tahu...kalau di semenanjung malaysia ia dikenali dengan nama air Tapai. Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit,Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-

ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. [Sarawak mempunyai 112 jenis suku Dayak  PENEMPATAN

Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, danSungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak.

-

Rumah Panjang

Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri maupun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar. Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo. Bumbunngnya dari daun rumbia seperti Biru, Pantu, Mulong dan jenis daun tebal. Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti Terentang atau buluh yang dikelar dan dibelah. Lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik. Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik. Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas.

 TRADISI Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.  ADAT RESAM KAUM IBAN Secara tradisi kehidupan masyarakat Iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait dengan sostem pertanian berhuma (bumai) padi. Di atas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai perayaan (gawai) dilakukan pada masa tertentu disepanjang tahun. Gawai diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung kepada jenis dan tujuannya. Permulaan upacara pertanian padi dilakukan oleh “Tuai Burung” yang melihat gerakgeri dan bunyi burung untuk memulakan acara. Kegiatan pertanian itu sendiri akan diketuai oleh“Tuai Rumah” sebagai ketua dalam rumah panjang. Apakala sampai kepada membaca sampi (jampi), doa dan tusut (salasilah) maka “Lemambang” akan melakukannya dengan melagukan “pengap”. Jika berlaku kesakitan atau sebagainya maka “Manang” akan melakukannya untuk pengubatan. Dalam konsep masyarakat Iban, “Raja Entala” merupakan kuasa ketuhanan. Dialah yang melahirkan manusia yang menurunkan orang Iban yang memberi segala macam

upacara, gawai dan pantang larang dan peraturan hidup bernama “adat”. Segala amcam peraturan, adat-istiadat dan upacara adalah adat. Untuk memulakan kehidupan bertani maka “Tuai Burung” akan melakukan beburung iaitu melihat dan mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan petanda terhadap bertuah atau buruknya suatu kegiatan dan masa melakukannya. Bunyi burung tidak boleh diketepikan kerana akan mendatangkan bala serta kematian. Namun untuk menilik akan punca penyakit, “Manang” (pawang) akan menggunakan hati babi hutan. Penyakit dikatakan berpunca dari pelanggaran terhadap “adat” terutama pantang (mali) dan larangan dalam berbagai upacara kepercayaan, kehidupan sosial dan juga kegiatan berhuma. Pelanggaran terhadap pantang berkaitan semangat padi adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan dan hasil tuaian. Disepanjang tahun masyarakat Iban merayakan suatu jenis Gawai tertentu bergantung kepada tahap bertani dan juga kehidupan seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat setelah berjaya mendapat sesuatu atau pun terelak dari bahaya. Gawai utama ialah yang berkaitan dengan pertanian padi seperti Gawai Batu dan Gawai Benih. Jika berlaku ancaman nyawa masyarakat maka diadakan Gawai Kenyalang atau Gawai Burung, suatu perayaan amat besar yang melibatkan seluruh Rumah Panjang dan jarang dilakukan. Satu lagi Gawai terbesar ialah Gawai Antu yang memperingatkan arwah-arwah moyang-moyang mereka. Dalam Gawai Utama inilah semua ketua adat akan memainkan peranan termasuk “Tuai Burung”, “Tuai Rumah”. “Lemambang” dan mungkin “Manang”. semua anggota rumah panjang dan jiran-jiran dari rumah panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan seruan terhadap “antu” atau roh orang yang berkuasa terutama antu arwaharwah ketua yang telah meninggal dunia. Sepanjang malam Lemambang akan melagukan “pengap” atau jampi menjemput antu dan roh dari seluruh alam untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan minuman tuak diedarkan oleh semua bilik dalam rumah panjang dan semua bergembira. Kehidupan masyarakat Iban berlaku dalam rumah panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu dalam rumah panjang itu. Di situlah mereka melahirkan anak, berkahwin dan kemudian meninggal dunia dan dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi kehidupan termasuk nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang melanggar pantang serta taboo yang berat.

 PERAYAAN

GAWAI

DAYAK

Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah sepertiGawai Dayak,Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Panggul,Gawai Kelingkang,Gawai Tuah,Gawai Lelabi dan Gawai Antu. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.

 SISTEM

TULISAN

/

BAHASA

IBAN

Kaum Iban dikenali dengan " Master of Language " oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah seorang dikalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language. Prof Derek Freeman turut menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat sereta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam poems dan prose dalam Bahasa Inggeris. Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa Iban berbeza di setiap tempat bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah dan Semenanjung. Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'. Ia mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' di mana mereka mematahkan kemaraan penjajah dengan serangan [Ngayau]dan membawa pulang kepala musuh yang dipenggal.

 KEGIATAN

EKONOMI

Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah panjang dimana pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak dilembah sungai di seluruh Negeri Sarawak, segolongan besar orang Iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Orang Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba)atau(berumpang kampong)bagi tujuan penanaman padi bukit. Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Bagi masyarakat Iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi ,pintar dan rajin. Justeru itu masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit(Sultive,1978:3). Selain itu orang Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumbersumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Pada hari ini sebahagian orang iban mula menetap di bandar- bandar besar di Sarawak, kebanyakan generasi baru Iban mempunyai pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan sektor swasta.  1. 2. 3.

KEBUDAYAAN KAUM IBAN NGAJAT NGAYAU NGAYAP

-TARIAN IBAN – NGAJAT Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian semasa menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu ianya ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai dan engkurungmong. Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.

Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:1. 2. 3. 4. 5. 6.

Ngajat Induk Ngajat Bebunoh Ngajat Lesong Ngajat Semain Ngajat Berayah Ngajat ““Ngemai antu pala”

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orangorang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh. Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar. Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Manakala bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula, mereka memakai pakaian tradisi seperti

-

NGAYAU

Ngayau, merupakan tradisi kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Kini tradisi memburu kepala atau "ngayau" tidak lagi diamalkan dan telah diharamkan oleh terutamanya pada zaman penjajahan lagi. Ramai pihak berpendapat atau berfahaman bahawa, "lelaki iban yang berjaya memperolehi kepala dalam ekspedisi ngayau akan menjadi rebutan atau kegilaan ramai wanita" ini kerana ia melambangkan keberanian dan satu jaminan dan kepercayaan bahawa lelaki tersebut mampu menjaga keselamatan wanita yang dikahwininya. Sebenarnya kenyataan itu tidak 100% tepat, malah masih boleh dipersoalkan. Ia dikatakan sedemikian kerana menurut cerita lisan masyarakat Iban di Rumah-Rumah panjang, selain orang Bujang ada juga individu yang telah berkeluarga menyertai ekspedisi memburu kepala. Oleh itu, paling tepat kalau kita katakan bahawa, aktiviti "Ngayau" dijalankan adalah untuk mendapat penghormatan pada mata masyarakat. Dalam erti kata lain, "ngayau" juga berperanan untuk menaikan taraf sosial seseorang. Orang yang pernah memperolehi kepala dalam aktiviti "ngayau" yang disertainya akan digelar sebagai "Bujang Berani", serta dikaitkan dengan hal-hal sakti. Ternyata bahawa masyarakat Iban Tradisional tidak memandang "Ngayau" sebagai perkara yang memudaratkan. Malah berdasarkan cerita lisan masyarakat Iban juga, "ngayau" sentiasa dikaitkan dengan bebagai-bagai unsur positif. Misalnya, "Ngayau sebagai lambang keberanian, Simbol Kelelakian, serta martabat Sosial.

-

NGAYAP

Bagi masyarakat Iban dahulu, usaha bagi si teruna untuk memikat si dara akan dilakukan pada malam hari melalui amalan yang dipanggil Ngayap (Sandin,1980:69).amalan ngayap ini dilaksanakan bagi membolehkan si teruna dan si dara untuk berkenalan dan meluahkan isi hati kepada pasangan masingmasing,walaupun amalan ngayap dibenarkan ,namun ngayap seharusnya dilakukan dengan adap sopan santun yang berlandaskan adat dan pegangan hidup bermasyarakat kaum iban itu sendiri bagi mengelakan salah sangka dan fitnah yang boleh mencemarkan nilai budaya masyarakat iban. Mengikut Adat, seseorang teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi tiga malam berturut,jika kunjungan berterusan ,ibu- bapa si gadis mempunyai hak untuk menentukan dan bertanya kepada si teruna samada si teruna serius di dalam usahanya

untuk memikat atau tidak, jika didapati si teruna tidak jujur dan hanya ingin berfoya-foya maka kunjunganya haruslah dihentikan dengan segera . Dan jika si teruna serius dan bercadang untuk mengawini si Gadis, maka si teruna dinasihatkan supaya memberitahu ibubapanya tentang hasratnya untuk datang meminang si gadis.sekiranya si teruna masih berkunjung tanpa membuat keputusan maka ibubapa si gadis berhak menangkap si teruna dan menguruskan perkahwinan pasangan yang berkernaan dan kemudian merujuk perkara tersebut kepada Tuai Rumah(Ketua Kaum) dan penduduk rumah panjang yang berkenaan. Pada masa kini tradisi dan amalan ngayap tidak lagi diamalkan di dalam arus pembangunan dan cara hidup yang lebih bersifat kemodenan,justeru itu perjumpaan si teruna dan dara dijalankan semasa maljlis keramaian,seperti gawai,pergaulan di sekolah, di institusi pengajian tinggi,atau di tempat kerja pasangan masingmasing.namun demikian ngayap adalah sebahagian kecil daripada budaya warisan iban, untuk mengelakan budaya ini dari disalahgunakan oleh generasi baru, maka amalan ini harus dihadkan untuk orang iban sahaja,sekiranya terdapat pelanggaran adap atau campurtangan kaum lain di dalam amalan ini, maka undang-undang boleh diambil seperti yang termaktup dalam Seksyen 132 Adat Iban,1993.

Bahasa iban  

Aram Meh Kitai Belajar Jako Iban (Marilah Kita Belajar Cakap Iban)

                                  

B. Melayu - B. Iban (Sarawak) Makan - makai tidur - tinduk sampai - sangkai lari - berlanda nasi - asi sayang - sayau kekasih - sulu ayah - apai ibu - indai sembunyi - belalai (bkn belalai gajah) T_T lapar - lapar nama awak siapa - sapa nama nuan dah makan ke belum? - dah makai ke bedau? belum - bedau sekolah - sekula bas - bus kapalterbang - bilun air - ai perempuan - indu lelaki - lelaki jalan - jalai berjalan - berjalai mati - parai (mikel jickson udah parai) cuba - uji bagitau - madah sembahyang - sembiang naik - niki balik - pulai komputer - kempita cincin - tincin pingan - pingai cium - sium cinta - pengerindu / bersulu



so sekarang nak ajar ayat dalam bahasa iban : Saya nak pergi ke pasar ikut boyfriend i. Aku deka ngagai pasar enggau sulu aku. Saya cintakan awak. Aku sayau ke nuan. Jom kita kawin sekarang. Aram tua kawin diatu. Dah mandi ke belum. Udah mandi ke bedau. Aduh.. saya sakit perut. Akai... aku pedis perut. Mak, saya nak makan. Indai, aku deka/kak makai. Ayah, minta duit sikit. Apai,minta duit mimit. Angkat jemuran, hujan sudah turun .. hihihii Angkat kain jembi , ujan udah laboh.. hihihihi Anak kucing kawan saya dah mati. Anak mayau kaban aku udah parai. Hensemnyer dier.... Sigatmai ia... Cantiknyerr dierr.. Bajikmai ia.. Sakit gigi. Pedis ngeli.



B.M : Jom, minum petang! Iban : Aram, ngirup lemai! B.M : bangun pagi Iban : Dani pagi BM : Balik dulu Iban : Mupuk dulu BM = B.I bersembang = berandau cari = ngigak manah = bagus pengajar = cikgu bub = buku mending = dengar medak = tengok ngabang - berkunjung ngirup - minum makai - makan gerai - sihat nyamai - sedap nama pemanjai pembaris tok? = berapa panjang pembaris ni? cantik (prety) = bajik. suka(cinta) = ka (contoh : Aku ka ke nuan (Aku cintakan awak) wanita(pompuan) = indu punya pacar = bisi pengerindu hati/bisi pangan. sakit hati = tusah hati(susah hati)=pedih ati. patah hati= putus ati.

umur berapa= songsangkan saje =berapa umur. kapan menikah= kemaya melah pinang sudah mandi= udah mandi kenapa masih bau= nama kebuah agi berbau/ lapa agi bisi bau. senang jumpa dengan kau-rinduk betemu enggau nuan.



1. saya tidak puas hati dengan kamu? = Aku enda puas ati enggau nuan/palak nuan. 2. tolong jangan buat lagi = Minta anang bekenyak agi. 3. terima kasih kerana tolong saya = terima kasih laban nulong aku. Makan - makai * tidur - tinduk * sampai - sangkai * lari - berlanda * nasi - asi * sayang - sayau * kekasih - sulu * ayah - apai * ibu - indai * sembunyi - belalai (bkn belalai gajah) * lapar - lapar * nama awak siapa - sapa nama nuan * dah makan ke belum? - dah makai ke bedau? * belum - bedau * sekolah - sekula * bas - bus * kapalterbang - bilun * air - ai * perempuan - indu * lelaki - lelaki * jalan - jalai * berjalan - berjalai * mati - parai (mikel jickson udah parai) * cuba - uji * bagitau - madah * sembahyang - sembiang * naik - niki * balik - pulai * komputer - kempita * cincin - tincin * pingan - pingai * cium - sium * cinta - pengerindu / bersulu

  

sakit - pedis nombor - numbur saudara – bala



Makan – makai



tidur – tinduk



sampai – sangkai



lari – berlanda



nasi – asi



sayang – sayau



kekasih – sulu



ayah – apai



ibu – indai



sembunyi – belalai (bkn belalai gajah)



lapar – lapar



nama awak siapa – sapa nama nuan



dah makan ke belum? – dah makai ke bedau?



belum – bedau



sekolah – sekula



bas – bus



kapalterbang – bilun



air – ai



perempuan – indu



lelaki – lelaki



jalan – jalai



berjalan – berjalai



mati – parai (mikel jickson udah parai)



cuba – uji



bagitau – madah



sembahyang – sembiang



naik – niki



balik – pulai



komputer – kempita



cincin – tincin



pingan – pingai



cium – sium



cinta – pengerindu / bersulu



sakit – pedis



nombor – numbur



saudara – bala

Makan - Makai Berjalan - Bejalai Jalan - Jalai Pulang - Pulai Panjang - Panjai Mandi - Mandi (Bukan Mandai) Hehehehe.. Antara perkataan2 yang yang biasa digunakan dalam bahasa Iban adalah:Aku/Saya - Aku Kamu/Awak - Nuan, Dik, Kuak (Perkataan Kuak hanya biasa digunakan pada sesetengah tempat ja) Dimana - Dini Kemana - Kini Kesana - Kin Kesini - Kitu Nadai - Tiada Ada - Bisi Tiada - Nadai Bagaimana - Baka ni Berapa - Berapa Sudah - Udah Belum - Bedau

Bahasa Iban pun sepertimana Bahasa Melayu, Bahasa Inglish ataupun mana2 bahasa yang wujud di dunia ini ataupn apa2 bahasa yang seangkatan dengannya yang pasti ada mempunyai kata penghubung.. Di antara kata2 penghubungnya adalah seperti:dan - enggau atau - tauka serta - sereta tetapi - tang malahan - taja pen sambil -sambil kerana -laban agar - ngarap ka meskipun, walaupun - taja pen sekiranya - enti sema jika - enti semasa - benong setelah - pengudah.

Perkataan Mudah yang biasa digunakan:Apa khabar? - Nama berita? Siapakah nama anda? - Sapa nama nuan? Siapa datang dengan anda? - Sapa enggau nuan? Berapakah harga barang ni? - Berapa rega utai tu? Dimana ___ ? - Dini alai ____ ? Anda dari mana? - Ari ni penatai nuan? Sekarang pukul berapa? - Pukul berapa diatu? Sekarang pukul 5 - Diatu pukul 5 Saya mahu pulang - Ka pulai dulu Selamat lemai - Selamat petang Selamat pagi - Selamat pagi Selamat tengah hari - Selamat tengah hari Selamat malam - Selamat malam Selamat datang - Selamat datai / Selamat nemuai Selamat berkenalan - Selamat bekelala Bagus - Manah Jahat - Jai

Cinta - Pengerindu Kekasih - Sulu Rindu - Lelengau Sayang - Sayau

                                   

aksi - aksi almari - jemari anggur - anggur bahasa - jako bandar - bandar/pasar bangku - bangku bendera - bendera bihun - bihun biola - biola biskut - kuie bomba - bomba boneka - patung buat - gaga buku - bup bumi - bumi cakera padat - cd cawan - jak/cangkir dewan - diwan duka - merampau/seilu-ilu/mawa dunia - dunya falsafah - perinsip gandum - gandum garfu - serempang/gerepu gereja - gerija guru - pengajar had - limit huruf - urup ini - tu jawab - jawab jendela - penyenguk Khamis - Ari Empat kamus - kamus kapal - kapal katil - katil kaunter - kaunter kelmarin - kemarik

                                           

kemeja - baju kepala - palak kereta - krita/moto komputer - komputer kongsi - kunsi kuda - kuda kuil - kuil kurma - kurma lif - lip limau - limau lori - lori maaf - sori/ampun mahal - mar makmal - makmal mangga - mangga/empelam manusia - mensia mentega - mentiga mee/mi - mi meja - mija misai - sumit miskin - mensekin/merinsa muflis - bengkerap nujum - manang paderi - paderi pau - pau pesta - pati pita - tip pintu - pintu raja - raja roda - roda roti - kuie/roti sabun - sabun sains - sain sekolah - sekula sama - sama sengsara - merinsa sepatu - kasut soldadu - sedadu Syurga - Serega syukur - sukur singgah - berenti/belelak suka - keran tangki - tangki tauhu - tahu

            

tarikh - ari bulan teh - tih teko - cangku televisyen - tibi tin - tin tuala - kain mandik tukar - tukar untuk - ungkup utara - penyambang warna - warna waktu - masa wira - staring zaman – jeman

Sapa nama nuan? - "What is your name?" Brapa rega utai tu? - "How much is this?" Dini alai ___? - "Where is ___?" Ari ni penatai nuan? - "Where are you from?" Aku datai ari ___. - "I come from ___." Pukul brapa diatu? - "What is the time now?" Selamat lemai! - "Good evening!" Selamat datai! - "Welcome!" Anang manchal! - "Don't be naughty!" enda ulih datai - "cannot come" Anang guai - "hold on" "Don't spoil it" Nadai ngawa nya - "nevermind that" Nyamai wai - "nice taste" Pulai dulu-"I'm going back"

Aram bekelala-"Let's introduce ourselves" Pengerindu-"Love, Passion" Aku rinduka nuan-"I love / like you" Manah-"Good, Great" Jai-"Bad, damaged" Sapa enggau nuan?-"Who came with you?" Aku enggau ___-"I came / went with ___" Ninga meh-"Please listen" Anang inggar / ragak-"Silent, please" Kini nuan?-"Where are you going?" Mar amat! - "too expensive!" Kapanya! - "Whatever!" Selamat pagi pengajar. - "Good morning teacher." Aku enda nemu - "I don't know" Aram meh kitai ngirup - "Let drink together" Aku lelenggau ka nuan - "I miss you"

AKU=NUAN MAKAN=MAKAI MAHU=DEKA SAYANG=SAYAU RINDU=LELENGAU JALAN=JALAI KAWAN=BAKIH/KABAN BOYFRIEND/GF=SULU ATAU AMBAI GILER BAYANG = MERAMPAU ANJING=UKOI/UDUK CIUM=SIUM SUDAH=UDAH

PANAS=ANGAT BESAR=BESAI KECIL=MIT KUCING=MAYAU SEKOLAH=SEKULA BERBORAK=BERANDAU

Nama=apa Gaga=buat Nama gaga dek?=ko buat apa Dek udah bisi pangan?=ko sdh ada bf/gf? Anang main=jngn main Anang ragak=jgan bsing Empai aku makai=sa blum mkn Nama gak=kenapa Nama gak dek empai makai=knapa blum mkn Ngirup=mnum

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF