Article Review Laporan Razak

May 17, 2018 | Author: Myzan Nasir | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Article Review Laporan Razak...

Description

PENGENALAN

Proses Proses pembent pembentukan ukan falsafa falsafah h pendidi pendidikan kan di Malaysi Malaysiaa telah telah bermul bermulaa sejak sejak Tanah Tanah Melayu Melayu ini menuntut kemerdekaan daripada belenggu penjajah. Umumnya, dapat dikatakan bahawa semasa  penjajahan  penjajahan Inggeris Inggeris di Tanah Melayu, Melayu, dasar pecah dan perintah perintah adalah menjadi asas kepada  bentuk sistem sistem pendidikan pendidikan yang ada pada masa itu. Tiada usaha penyatuan penyatuan antara penduduk penduduk bandar  dan luar bandar lebih-lebih lagi antara suatu suku kaum dengan suku kaum yang lain. Selain daripada tiada usaha ke arah perpaduan, hala tuju pendidikan rakyat juga sangat kabur.(Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2008 ). Sebagai persediaan ke arah kemerdekaan, satu jawatankuasa

dinamakan sebagai Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah ditubuhkan bagi mengkaji keperluan sistem  pendidikan  pendidikan yang akan dilaksana selepas Tanah Melayu mendapat mendapat kemerdekaan. kemerdekaan. Jawatankuasa Jawatankuasa ini diketuai diketuai oleh Tun Abdul Razak dan telah mengeluarkan mengeluarkan laporannya yang dikenal sebagai Penyata Razak 1956. Penyata ini telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Ada dua persoalan dibincangkan dalam artikel ini.Pertama, apakah pengaruh Laporan Razak terhadap perkembangan  pendidikan  pendidikan di Malaysia? Malaysia? Kedua, apakah kesan Laporan Laporan Razak terhadap perkembangan perkembangan pendidikan pendidikan di Malaysia? Artikel ini memfokuskan mengenai dua orang pendapat yang menyokong Penyata Razak Razak 1956.Dal 1956.Dalam am artikel artikel ini, kami kami mengka mengkaji ji artikel artikel yang dipero diperoleh leh daripa daripada da akhbar akhbar Utusan Utusan Malaysia bertajuk “Penyata Razak dan Era Baru Bahasa Melayu” yang bertarikh 16 Mei 2010. Artikel ini ditulis oleh Allahyarham Tan Sri Mazlan Nordin yang merupakan wartawan veteran yang terkenal semasa penglibatan aktif beliau dalam bidang kewartawanan.

RINGKASAN

Laporan Razak 1956 yang dikenali Penyata Razak 1956 diwujudkan dengan tujuan utamanya adalah adalah mengkaj mengkajii Dasar Dasar Pendidi Pendidikan kan Tanah Tanah Melayu Melayu yang sedia ada, ada, mengkaj mengkajii bahasa bahasa Melayu Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan akhirnya mengkaji sistem pendidikan Persekutuan Tanah Melayu termasuk termasuk Ordinan 1952. Sebelum terbentuknya Laporan Razak 1956, terdapat beberapa cadangan  pembaharuan  pembaharuan dalam pendidikan pendidikan di Tanah Melayu. Melayu. Antaranya Antaranya adalah Rancangan Rancangan Cheeseman, Cheeseman, Lapora Laporan n Barnes, Barnes, laporan laporan Fenn-Wu Fenn-Wu dan Ordina Ordinan n Pelajar Pelajaran an 1952. 1952. Bermul Bermulaa dengan dengan Rancanga Rancangan n Cheeseman di mana objektifnya membina semula sistem pendidikan demi menjamin setiap jenis sistem sistem persek persekola olahan han dapat dapat dikemb dikembangk angkan an dengan dengan sepenuh sepenuhnya nya tetapi tetapi Rancanga Rancangan n Cheese Cheeseman man menjadi menjadikan kan bahasa bahasa Ingger Inggeris is sebagai sebagai bahasa bahasa pengan pengantar tar di semua semua sekola sekolah h di Tanah Tanah Melayu. Melayu. Rancangan ini ditolak kerana hanya menumpukan perhatian kepada peringkat sekolah rendah

sahaja manakala sekolah menengah masih dibentuk mengikut aliran bahasa ibunda masing-masing. Setelah Rancangan Cheeseman ditolak, wujudnya pula Laporan Barnes iaitu pemindahan bahasa  pengantar kepada bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bagi semua jenis sekolah di Tanah Melayu dengan pemansuhan semua sekolah vernakular . Rasionalnya ialah untuk mencapai objektif  integrasi sosial dan perpaduan di kalangan kanak-kanak berbilang kaum. Cadangan Laporan Barnes ini ditolak kerana menerima tentangan daripada semua kaum. Kaum Melayu membantah kerana tidak puas hati pendidikan Melayu yang tidak diberi kedudukan yang wajar dan orang Melayu juga beranggapan pendidikan Melayu seolah-olah menumpang di sekolah Inggeris. Manakala kaum Cina pula beranggapan kewujudan sekolah kebangsaan akan mengancam kebudayaan dan bahasa Cina yang mereka banggakan. Kaum India menentang kerana permintaan mereka supaya kedudukan sekolah Tamil dikaji telah ditolak oleh kerajaan. Kontradiksinya Laporan Fenn-Wu pun wujud dengan mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu dan mencadangkan supaya tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina dan Inggeris digunakan di sekolahsekolah. Ekoran daripada itu, Laporan Fern-Wu tidak dapat diterima oleh pemimpin-pemimpin Melayu terutama daripada kalangan pemimin UMNO kerana cadangan itu tidak menguntungkan orang Melayu dan negara ini. Kaum India pula meminta diadakan sebuah jawatankuasa untuk  mengkaji pendidikan Tamil seperti yang dibuat kepada pendidikan Cina. Tetapi cadangan itu ditolak. Oleh kerana kedua-dua laporan iaitu Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu ditolak, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji semula laporan-laporan tersebut. Memandangkan pandangan-pandangan yang berlainan yang dikemukakan dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu, kerajaan British kemudian menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk  mengkaji kedua-dua laporan tersebut dan hasilnya tertubuhlah Ordinan Pelajaran 1952. Walaupun  perancangan yang dibuat boleh dikatakan baik, namun pihak Jawantankuasa terpaksa menghadapi  pelbagai masalah dan juga halangan-halangan besar yang boleh menggagalkan ordinan tersebut. Dr. Saedah Hj. Siraj (1993), kerajaan British telah menyatukan kedua-dua penyata Barnes dan Fenn-Wu ke dalam satu bentuk yang dipanggil “Reports of Barnes on Malay Education and FennWu on Chinese Education.” Laporan ini telah menjadi Ordinan Pelajaran 1952(4) dan menetapkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan di Persekutuan Tanah Melayu dan juga menetapkan garis panduan terhadap pendaftaran sekolah, pengurus sekolah serta guru-guru. Pada tahun 1955, Parti Perikatan menang dalam pilihan raya dan menunaikan janji mereka dengan mengadakan satu sistem pelajaran yang sama bagi semua penduduk. Maka, wujudlah satu

Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang telah mengemukakan Laporan Razak. Menurut petikan yang  bertarikh 16 Mei 2010, Tun Hamdan telaha menyatakan Laporan Razak sejumlah 20 cadangan  penting di mana laporan tersebut mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan erti kata lain bahasa kebangsaan kita dapat mewujudkan sistem pendidikan yang bersifat rasional dengan pengekalan budaya kaum masing-masing dan pengekalan pelbagai bahasa.Perkara ini jelas menyatakan bahawa pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem  pendidikan adalah sebagai menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan semua ini  boleh dimulakan dengan menyatupadukan kanak-kanak di sekolah. Namun perkara ini dilakukan secara beransur-ansur demi mengekalkan kestabilan politik pada awal peringkat pembinaan negara. Daripada petikan ini, penulis telah menyatakan penegasan daripada Profesor Asmah bt Hj Omar  tentang implikasi Laporan Razak ini memberi nilai ekonomi kepada bahasa Melayu. Dalam konteks ini, kita dapat nyatakan pelbagai lapisan masyarakat perlu menguasai bahasa Melayu sama ada murid perlu lulus untuk naik ke sekolah menengah, memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam, memohon bantuan kewangan dan paling penting bahasa Melayu menjadi mata pelajaran wajib dalam latihan guru.

KRITIKAN

Penulis artikel ini banyak memerihalkan kesan positif terhadap dasar pendidikan di negara kita. Melalui Penyata Razak, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Ini bermakna setiap sekolah wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dalam petikan artikel yang kami pilih, penulis menyatakan bahawa melalui pandangan Tun Hamdan Tahir, penggunaan bahasa yang seragam dapat mewujudkan perpaduan antara kaum. Semua kaum utama di negara ini perlu belajar bahasa yang sama bagi mewujudkan interaksi secara tidak langsung. Di samping itu, pada masa yang sama Penyata Razak masih mengekalkan identiti  bahasa dan budaya kaum lain.Berdasarkan pandangan Dr Asmah Hj Omar, Penyata Razak dilihat memberi nilai ekonomi kepada Bahasa Melayu. Kontradiksinya, penulis tidak menyatakan pendapatnya sendiri mengenai implikasi Penyata Razak. Beliau hanya mengambil pendapat daripada tokoh cendekiawan iaitu Tun Hamdan Sheikh Tahir  dan Prof Asmah Hj Omar. Selain itu, beliau hanya merujuk satu sumber sahaja berkenaan cadangan yang terdapat dalam Laporan Razak di mana Tun Hamdan menyatakan bahawa terdapat 20 cadangan penting yang

terdapat di dalam Laporan Razak sedangkan merujuk kepada rujukan daripada buku lain iaitu buku tulisan Mok Soon Sang di dalam bukunya Pendidikan di Malaysia, menyatakan hanya terdapat 17 cadangan

sahaja.

Dan

daripada

sumber

yang

ke

dua

yang

kami

rujuk*,

 juga menyatakan hal yang sama.

CADANGAN

Setelah melakukan kajian pada artikel tersebut, kami mencadangkan supaya penulis dapat melakukan kajian yang lebih mendalam tentang implikasi terhadap Laporan Razak. Ini kerana di dalam artikel tersebut tidak dinyatakan dengan jelas 17 cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Razak 1956.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, artikel ini menegaskan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dapat menyatupadukan semua kaum. Laporan Razak 1956 telah menjadi titik tolak yang membawa kepada permulaan era baru bagi perkembangan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Tanah Melayu pada ketika itu hingga ke hari ini. Penggunaan  bahasa yang seragam melambangkan keperibadian sesebuah negara. Selain itu, penggunan bahasa yang sama oleh semua kaum dapat dijadikan satu medium atau perantara dalam usaha menyatupadukan semua kaum. Walaupun kita datang dari pelbagai keturunan, bangsa, warna kulit dan budaya yang berbeza dengan penggunaan bahasa yang sama, semangat perpaduan itu menjadi lebih mudah untuk diterapkan. Secara tidak langsung juga kita boleh mewujudkan komunikasi yang berkesan antara satu sama lain. Natijahnya, akan lahirlah generasi yang bersatu-padu pada masa akan datang.

RUJUKAN

1. Mok Soon Sang, (2000) Pendidikan di Malaysia Edisi ke-7,Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman 2. Mardiana Nordin, Hasnah Hussin (2011), Pengajian Malaysia, Edisi ke-4,Oxford Fajar  Sdn.Bhd 3.

Utusan Malaysia Online, Arkib (16.5.201http://www.utusan.com.my/utusan/index.asp

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF