Amali Awan dan Cuaca.docx
March 17, 2018 | Author: Norezayati Mohd Lazim | Category: N/A
Short Description
Download Amali Awan dan Cuaca.docx...
Description
SCE 3110 PRAKTIKAL 1
AWAN DAN CUACA
Pengenalan :
Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini meluap menjadi titisan air maka awan akan terbentuk. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang mempunyai suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut di atas seperti berikut :
Awan peringkat rendah ( 0 hingga 2 kilometer ) 1. Stratokumulus 2. Stratus 3. Kumulus 4. Kumulonimbus
Awan peringkat pertengahan ( 2 hingga 7 kilometer ) 1. Altokumulus 2. Altrostratus
Awan peringkat tinggi ( 5 hingga 13 kilometer ) 1. Sirus 2. Sirokumulus
3. Sirostratus
Tujuan :
Mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan mengetahui tentang cuaca pada hari tersebut.
Peralatan :
a) Kamera
Prosedur :
1. Maklumat berkaitan awan telah didapatkan melalui rujukan buku-buku teks, internet serta bahan rujukan yang lain.
2. Lokasi yang sesuai telah dipilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap jenisjenis awan yang terbentuk dalam tempoh beberapa hari. 3. Segala pemerhatian telah direkodkan termasuklah perubahan iklim yang berlaku sama ada hujan, tidak hujan mahupun mendung.
4. Hasil pemerhatian dianalisis dan ditafsir berdasarkan gambar-gambar, jadual dan carta berdasarkan rujukan sebagai sokongan. 5. Hasil kajian dibentangkan di dalam kelas.
Pemerhatian :
Lokasi
:
Sekitar Kawasan Perumahan Taman Mutiara, Pontian, Johor.
Tarikh
:
17 Julai hingga 30 Julai 2013
Tempoh
:
14 hari
Masa
:
3 petang
Hari / Tarikh 17 Julai 2013
Gambar
Pemerhatian Nama awan : Stratocumulus Ciri-ciri : -
Awan rendah. Awan cumulus yang berpecah dan tidak tersusun.
18 Julai 2013
Nama awan : Cirrocumulus Ciri-ciri : -
Awan tinggi. Bentuknya menyerupai
-
awan
jenis stratocumulus. Jika dilihat dari permukaan, kelihatan
ia seperti
bulatan-bulatan yang lebih
jika
dibandingkan dengan stratocumulus.
awan
-
Cuaca
pada
tersebut 19 Julai 2013
hari
adalah
cerah. Nama awan : Cumulus Ciri-ciri : -
Awan rendah. Bahagian-bahagian awan
yang
pada
kena sinaran
matahari
akan
tampak lebih putih 20 Julai 2013
kemilau. Cuaca pada
hari
tersebut cerah. Nama awan : Cumulus Ciri-ciri : -
Awan rendah. Bahagian-bahagian awan
yang
pada
kena sinaran
matahari
akan
tampak lebih putih -
kemilau. Cuaca pada tersebut cerah.
hari
21 Julai 2013
Nama awan : Altostratus Ciri-ciri : -
Awan sederhana. Ketinggian : 2-5 km. Ia menyerupai lembaran/lapisan atau berwarna
jalur-jalur keabu-
abuan
dan
berserabut mampu 22 Julai 2013
serta menutup
seluruh langit. Cuaca pada
hari
tersebut mendung. Nama awan : Altostratus Ciri-ciri : -
Awan sederhana. Ketinggian : 2-5 km. Ia menyerupai lembaran/lapisan atau berwarna
jalur-jalur keabu-
abuan
dan
berserabut mampu -
serta menutup
seluruh langit. Cuaca pada
hari
tersebut mendung.
23 Julai 2013
Nama awan : Cumulus Ciri-ciri : -
Awan rendah. Bahagian-bahagian awan
yang
pada
kena sinaran
matahari
akan
tampak lebih putih 24 Julai 2013
kemilau. Cuaca pada
hari
tersebut cerah. Nama awan : Altostratus Ciri-ciri : -
Awan sederhana. Ketinggian : 2-5 km. Ia menyerupai lembaran/lapisan atau
jalur-jalur
berwarna
keabu-
abuan
dan
berserabut mampu
serta menutup
seluruh langit. Cuaca pada hari tersebut mendung.
25 Julai 2013
Nama awan : Cumulus Ciri-ciri : -
Awan rendah. Bahagian-bahagian awan
yang
pada
kena sinaran
matahari
akan
tampak lebih putih 26 Julai 2013
kemilau. Cuaca pada
hari
tersebut cerah. Nama awan : Cumulus Ciri-ciri : -
Awan rendah. Bahagian-bahagian awan
yang
pada
kena sinaran
matahari
akan
tampak lebih putih -
kemilau. Cuaca pada tersebut cerah.
hari
27 Julai 2013
Nama awan : Stratocumulus Ciri-ciri : -
Awan rendah. Awan cumulus yang berpecah dan tidak tersusun.
28 Julai 2013
Nama awan : Stratocumulus Ciri-ciri : -
Awan rendah. Awan cumulus yang berpecah dan tidak tersusun.
29 Julai 2013
Nama awan : Cumulus Ciri-ciri : -
Awan rendah. Bahagian-bahagian awan
yang
pada
kena sinaran
matahari
akan
tampak lebih putih -
kemilau. Cuaca pada
hari
30 Julai 2013
tersebut cerah. Nama awan : Altostratus Ciri-ciri : -
Awan sederhana. Ketinggian : 2-5 km. Ia menyerupai lembaran/lapisan atau berwarna
jalur-jalur keabu-
abuan
dan
berserabut mampu -
serta menutup
seluruh langit. Cuaca pada
hari
tersebut mendung.
Perbincangan :
1. Awan sangat penting untuk system atmosfera bumi. Awan berperanan untuk : Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Mengatur
keseimbangan
bumi
dengan
memantulkan
dan
menyerap sinar infra-merah bumi. Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari khatulistiwa ke kutub. Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran hidrologi.
2. Berdasarkan penemuan ini, terdapat beberapa implikasi penemuan ini dalam kehidupan seharian iaitu : Ia dapat membantu dalam merancang sebuah aktiviti yang dijalankan di luar. Contohnya carnival olahraga tahunan. Guru yang mempunyai ilmu tentang awan ini boleh membuat ramalan tentang cuaca pada hari tersebut dengan melihat jenis awan yang terbentuk. Ia juga dapat membantu dalam membuat ramalan kejadian hujan. Contohnya pembentukan awan kumulonimbus dan nimbostratus.
Kesimpulan :
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa jenis awan yang dapat diperhatikan selama 14 hari iaitu awan jenis cirrus, cirrocumulus, altostratus, cumulonimbus, cumulus dan stratocumulus. Awan-awan ini dapat menunjukkan dan mempengaruhi cuaca pada hari tersebut seperti awan cirrus cuaca pada masa tersebut adalah cerah manakala awan altostratus cuaca pada masa tersebut adalah mendung menandakan hujan akan turun.
Refleksi Kendiri
Alhamdulillah…..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, akhirnya prkatikal 1 SCE 3110 yang pertama ini telah saya laksanakan dengan jayanya. Segunung penghargaan dan terima kasih diucapkan buat pensyarah penasihat kami iaitu En. Sairi bin Jasman, kerana telah banyak memberi panduan dan bimbingan bagaimana untuk menghasilkan tugasan yang bermutu dan berkualiti selaras dengan kehendak soalan yang diberikan kepada kami. Amali pada kali ini menuntut saya melaksanakan kajian tentang awan dan cuaca di kawasan kediaman saya . Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi kerjasama dan panduan untuk melaksanakan tugasan SCE 3110 ini. Pada awalnya, saya meranggap kerja kursus ini amat sukar kerana memerlukan pembacaan dan pengumpulan maklumat yang meluas tentang awan dan cuaca. Namun dengan tunjuk ajar dan bimbingan pensyarah penasihat kami, serta semangat dan kerjasama rakan-rakan, tugasan ini dapat dihasilkan dengan begitu baik sekali. Saya dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh komitmen dan sempurna. Tidak lupa juga kepada kepada rakan-rakan sekelas yang turut membantu memberi dan berkongsi maklumat tentang pelaksanaan tugasan ini. Kerjasama dan sokongan rakan-rakan amat membantu dalam menghasilkan persembahan yang berkualiti. Kerja kursus ini banyak memberi faedah kepada saya dan rakan-rakan. Selain menambahkan ilmu pengetahuan tentang awan dan cuaca, ia juga menimbulkan rasa kesyukuran terhadap nikmat yang tidak terhingga yang diberikan kepada kami. Ianya merupakan ilmu baru kepada saya dan rakanrakan. Pelbagai ilmu yang dapat di rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.
Terdapat juga kesulitan yang terpaksa saya hadapi semasa melaksanakan tugasan ini. Masalah kekangan masa kerana sibuk dengan sambutan bulan Ramadhan dan ketibaan Syawal menyebabkan banyak tugasan yang tergendala. Namun, dengan pembahagian masa yang sistematik, segala kesulitan ini dapat diatasi. Akhir kata dari saya….terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu menjayakan pelaksanaan tugasan ini. Sekian …….
Disediakan oleh : ……………………………. ( Norezayati bt Mohd Lazim ) 1CSN1106047
Rujukan
Buku
Lutgens, F.K., Tarbuck, E.J. ( 2005 ). Foundations Of Earth Science 4 th Edition. New Jersey: Pearson Prentice Hill. Seed, M.A. ( 2007 ). Foundation Of Astronomy 9 th Edition. Belmont: Thomson. Broadfoot, J.B. ( 2004 ). Weather and Climate. Brisbane: QUT.
Laman Sesawang
ISCCP. ( 2009 ). Cloud Climatogoly: The Role Of Clouds In Climate. Diakses pada 19 Julai 2013 daripada http://curiosity.discovery.com/ Jabatan Meteorologi Malaysia. ( 2012 ). Awan. Diakses pada 20 Julai 2013 daripada http://www.met.gov.my/ AccuWeather, Inc. ( 2013 ). Ramalan Cuaca. Diakses pada 20 Julai 2013 daripada http://www.accuweather.com/
View more...
Comments