Amali 1 awan.docx
March 6, 2018 | Author: afiqah13 | Category: N/A
Short Description
Download Amali 1 awan.docx...
Description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU KELANTAN NAMA PELAJAR/ ANGKA GILIRAN / NO. KAD PENGENALAN : NOR SHAHIRAH AFIQAH BINTI MAT SHATER 2016082340036 961101-02-5630 KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (SK) / PISMP SEMESTER 1 AMBILAN JUN 2016
NAMA KURSUS / KOD : BUMI DAN ANGKASA LEPAS / SCES 3033 TAJUK AMALI: AMALI 1: MENGKAJI AWAN, PERUBAHAN DAN PENGUKURAN CUACA DI LAPANGAN
NAMA PENSYARAH : ENCIK HAFIZI BIN SHAFIIN
AMALI 1: MENGKAJI AWAN, PERUBAHAN DAN PENGUKURAN CUACA DI LAPANGAN TUJUAN:
Mengkaji perubahan cuaca dan pembentukan awan
Mengkaji peralatan, fungsi dan kaedah pengukuran cuaca di lapangan
Mengenalpasti jenis-jenis awan
Menjelaskan ciri-ciri bagi setiap jenis awan
PENGENALAN Atmosfera adalah terdiri dari udara yang dibentuk oleh campuran-campuran gas dan boleh dianggap mempunyai kandungan yang tetap mengikut ketinggian. Awan pula dibentuk daripada titisan air atau ais kristal yang terdapat pada zarah habuk dalam atmosfera bergantung pada ketinggian awan dan suhu atmosfera. Cuaca adalah satu bahagian penting dalam alam semula jadi. Ia secara langsung atau tidak langsung memberi kesan kepada kebanyakan aktiviti seharian. Masyarakat cenderung sedar pada cuaca apabila berhadapan dengan fenomena luar biasa atau berbahaya yang boleh membahayakan harta benda, keselamatan atau nyawa. Sebagai contoh, angin ribut-daya, hujan batu, hujan lebat, hujan beku, ais dan fros. Jadi, awan memberi pengaruh terhadap cuaca yang berlaku. Pelbagai jenis dan bentuk awan memberi maksud yang tertentu pada cuaca hari tersebut.
PEMERHATIAN
Stratus
Nimbostratus AWAN RENDAH
JENIS AWAN
Kumulus Stratokumulus Altostratus AWAN PERTENGAHAN
Altokumulus Sirrus AWAN TINGGI
Kumulonimbus Sirrokumulus
AWAN RENDAH (2, 000 M KE BAWAH) JENIS AWAN Kumulus
GAMBAR
CIRI-CIRI Mempunyai
dasar
yang rata Berbentuk
seperti
kubis bunga Awan seperti
yang
gebu
kapas
yang
terapung
Strarus
Tebal dan berwarna kelabu Menyebabkan menjadi
kelam
disertai gerimis
cuaca dan
Nimbostratus
Tidak
mempunyai
bentuk tertentu tetapi tebal Awan hujan berterusan menyebabkan penebalan Altostratus Ini awan
adalah
lapisan
kelabu
disebarkan curahan
gelap dengan
hujan
atau
salji. Ia adalah cukup tebal di
seluruh
untuk
menghalang matahari
Stratokumulus
Kelompok awan kelabu yang tersusun Berbentuk
gulungan
dengan warna yang bervariasi
dan
putih
cerah Terdapat
bahagian-
bahagian
yang
memiliki celah terang dari sinar matahari
AWAN PERTENGAHAN (2, 000 M – 5, 000 M) JENIS AWAN
GAMBAR
CIRI-CIRI Berwarna
Altostratus
kelabu
atau kebiru-biruan Berbentuk
seperti
sirostratus tebal Lebih padat, berjuraijurai atau calar-calar Pancaran
matahari
yang
bersinar
melaluinya kelihatan kelam sahaja Merupakan
Altokumulus
lapisan
kumpulan awan yang bertompok-tompok, tidak
rata
dan
berlapis Bersusun seolah
rapat gelombang
langit biru
AWAN TINGGI (6,000 M KE ATAS) JENIS AWAN Sirrus
GAMBAR
CIRI-CIRI Berbentuk
tipis,
lembut
dan
berumbai-umbai Membentuk jalur di langit Kelihatan ekor kuda
seperti
Awan ribut petir yang
Kumulonimbus
membesar
secara
menegak Mempunyai
dasar
yang sangat lebar Bersifat berkembang secara
menegak
seperti gunung Nipis, selapis atau
Sirrokumulus
sekeping awan tanpa teduhan Seperti sisik ikan dan tersusun
atau
berderet-deret
Fungsi dan kaedah pengukuran peralatan ramalan cuaca PERALATAN
FUNGSI
KAEDAH PENGUKURAN
1.
Tolok hujan
Mengukur mengumpul
dan jumlah
air
1. Corong penerima membawa
hujan yang turun dalam
hujan
sesuatu masa
buket.
air kepada
2. Apabila air hujan yang
dikumpul
dalam
buket
mencapai 0.2 mm, jisim air tersebut akan menyebabkan buket menurun ke bawah 2. Anemometer
Mengukur kelajuan dan arah
angina
pada
1. Perbezaan tekanan angina di
ketinggian piawai 10 m
antara
tiga
dari atas permukaan bumi
mangkuk hemisfera
akan
menyebabkan mangkuk dan rotor berputar
pada
arah tetap. 2. Kadar
pusingan
bergantung kepada
kelajuan
angin.
Semakin
cepat
kelajuan
semakin
tinggi
kadar
pusingan
mangkuk. 3. Arus elektrik akan dijana
di
dalam
dinamo kecil. 4. Arus
elektrik
dihantar
ini ke
galvanometer untuk
diukur
dalam unit knots, ms−1,
km jam−1
ataupun beaufort. 3. Solarimeter
Mengukur sinaran cahaya
1. Diletakkan
pada
ke atas permukaan bumi
kawasan
yang
setiap hari
agak
tinggi
berhadapan
ke
arah utara selatan. 2. Spectrum cahaya matahari dikesan oleh
elemen
pengesan thermocouple yang
berada
di
bawah dom kaca apabila
cahaya
matahari
masuk
melaluinya. 3. Alat
pencatat
“Chart
Recorder”
akan
mengukur
jumlah
radiasi
matahari dan data keamatan cahaya secara berterusan berdasarkan keseimbangan antara isyarat. 4.
Evaporimeter panci terbuka Mengukur
kadar 1.
Tolok
Hook
penyejatan air
dilaraskan
(a) Panci penyejatan
hujung jarum atau kail
-
Sebagai wadah tempat menyentuh air
permukaan air.
(b) Hook Gauge -
sehingga
Mnegukur
2. Nilai skala yang
ketinggian ditunjukkan pada tolok
air
Gauge tersebut diukur
(c) Still well -Sebagai
dan dibaca. tempat Formula
penempatan
di
Hook digunakan
Gauge dan penahan mengira
bawah untuk hasil
gelombang air dalam pengewapan. panci E = (𝑷𝟎 -𝑷𝟏 ) + 𝑪𝒉
(d) Termometer - Dipasang tegak dengan
E
menggunakan klem
pengewapan
=
Jumlah
- Mengukur suhu air yang 𝑃0 =Pengukuran awal berada di dalam panci 𝑃1 = Pengkuran akhir dalam 24 jam
𝐶ℎ = Jumlah curahan hujan
5. Penunjuk arah (Wind vane)
Menunjukkan
atau 1.
Arah
angin
merekodkan arah angin ditentukan permukaan
mengikut
arah tiupan angin. 2.
Ia
akan
dipaparkan bentuk
dalam
darjah
yang
diukur mengikut arah jam dari utara. 3.
Sekiranya
kelajuan angin kurang daripada 1 𝑚𝑠 −1 atau dua
knot,
angin
penunjuk
hanya
memberikan
akan bacaan
tenang 6. Alat pelindung Stevenson
Menyediakan
Operasi termograf
persekitaran
yang 1. Termograf
standard untuk mengukur
beroperasi
kelembapan, suhu dan
berdasarkan kadar
tekanan atmosfera
pengecutan
Melindungi
alat-alat
pengembangan
meteorologi
daripada
yang berbeza bagi
sinaran pemendakan dan
dua
haba terus dari sumber-
digunakan.
sumber luar.
logam
yang
2. Terdapat dua jalur
Alat-alat meteorologi:
logam
(a) Higrometer
digulungkan
-
dan
yang
(termometer
bebuli
bersama-sama
kering
bebuli
secara
dan
heliks
basah)
dalam
Menyukat kelembapan
termograf.
udara bandingan
pengembangan
(b) Termometer
Sixes
(Termometer maksimum minimum)
jalur
alat Angkali
logam
bahagian dan
di
di luar
adalah lebih kecil
-
Mengukur suhu udara
daripada luar logam
maksimum
bahagian dalam.
dan
minimum
dalam 3. Kenaikan suhu akan
jangka waktu tertentu
menyebabkan
(c) Termograf -
kedua-dua
Merekodkan
suhu
logam
jalur tersebut
udara pada carta yang
mengembang.
ada di dalamnya
Gulungan
heliks
tersebut terbuka. 4. Pergerakan
ini
diperbesarkan oleh satu
sistem
yang
tuas
ringkas
dengan menggunakan lengan
pen
yang
panjang. 5. Pen
itu
akan
merekodkan
suhu
pada
carta
termograf. 7. Radiosond
Mengukur suhu, tekanan 1.
Radiosond
dan kelembapan udara-
dilancarkan
atas
atmosfera
kemudian
ke dengan
menghantar balik ukuran
menggunakan belon
melalui radio
cuaca
yang
diisi
dengan helium. 2.
Radar
mengesannya
bagi
membolehkan
ahli
meteorologi mengukur dan
arah
kelajuan angin
semasa ia naik ke atmosfera.
3.
Satelit
dan
radar
cuaca
mengukur
cuaca
yang jauh. 4.
Radar
menghantar pancaran
tentang
hujan,
saljidan
kerpasan. 5.
Kemudian,
mengirimkan
data
pengukuran parameter
cuaca
udara atas
LANGKAH BERJAGA-JAGA 1. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya. 2. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil supaya gambar yang diambil lebih tajam PERBINCANGAN Terdapat kaitan rapat antara proses pemeluwapan dengan pembentukan awan. Semakin tinggi kadar pemeluwapan maka semakin tebal awan yang terbetuk. Awan ialah bintik-bintik air yang halus ataupun hablur-hablur ais yang amat halus yang terapung di atmosfera pada ketinggian yang berbeza dari permukaan bumi. Bentuk awan yang berbezabeza merupakan salah satu antara kecantikan-kecantikan kejadian alam semula jadi. Pada suatu ketika didapati ia berbentuk awan-awan nipis, bergelombang-gelombang, berjaluran dan mungkin dalam kelompok-kelompok kecil dan besar. Kadangkala pada waktu lain didapati ia membentuk satu jisim awan yang tebal, berwarna hitam dan besar. Sekiranya keadaan ini terjadi, biasanya ia memenuhi sebahagian besar langit. Justeru, awan ini wujud di langit adalah melalui pelbagai proses perubahan dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Satu perkara yang amat penting yang dikaji berkaitan dengan awan ialah sifat dan taburan kemendungannya. Berdasarkan kepada sifat-sifat kemendungan awan kita boleh meramalkan kemungkinan-kemungkinan fenomena cuaca yang boleh berlaku seperti hujan lebat, rebut petir, cuaca panas dan sebagainya. Jenis-jenis awan dapat dikelaskan pada dua
ciri berdasarkan pada bentuk dan ketinggian. Selain itu, terdapat juga awan yang nipis dan cerah serta awan yang tebal dan awarnanya gelap bergantung pada sejumlah kandungan binik-bintik air atau hablur ais yang terdapat dalamnya bergantung pada kadar pemeluwapan yang berlaku dalam atmosfera tersebut. KESIMPULAN Sifat awan yang terbentuk adalah berbagai, ada yang nipis, tebal, bergelombang, berkelompok kecil atau besar dana da juga berjalur. Umumnya, awan terbahagi kepada tiga jenis awan utama, iaitu awan rendah, awan pertengahan dan awan tinggi berdasarkan ketinggian lokasinya dari bumi, bentuk awan sentiasa berubah mengikut suhu dan kelembapan udara di sesuatu kawasan. Alat pengukuran yang bersesuaian juga diguna pakai untuk mendapatkan ramalan cuaca yang lebih spesifik dan tepat. Ini lazimnya dijalankan oleh pihak meteorologi dan cuaca. KEPENTINGAN DAPATAN AMALI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Pepatah Melayu yang sering didengari iaitu ‘sediakan payung sebelum hujan’ dapat dikaitkan dengan amali ini. Benarlah dengan maksudnya setiap tindakan yang dirancang haruslah mempunyai persediaan awal sebelum sesuatu tidak diingini berlaku. Ramalan cuaca bukan sekadar memaklumkan keadaan cuaca yang dijangka berlaku pada masa akan datang, sebaliknya mengingatkan supaya lebih berhati-hati untuk menghadapi hari yang mendatang. Contohnya, apabila mendapati keadaan cuaca buruk pada hari tertentu seperti ribut petir atau hujan lebat, maka aktiviti luar seperti berkhemah, mendaki bukit, mandi di pantai dapat dielakkan demi menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Bagi pengguna jalan raya pula dapat diingatkan berdasarkan ramalan cuaca untuk lebih berhati-hati ketika memandu. Faktor cuaca merupakan penyumbang utama dalam kemalangan kapal terbang dan musibah pada kapal di lautan. Ini memberi kesan buruk yang lain seperti cuaca yang buruk dan mengaburkan pandangan juruterbang atau pihak yang berkaitan dengan maritim. Justeru, pihak daripada jabatan meteorologi memainkan peranan penting dalam penyediaan laporan cuaca dan dokumentasi penerbangan untuk dijadikan panduan dalam memilih laluan penerbangan atau laluan pelayaran yang selamat. Jika terdapat tanda-tanda yang berkemungkinan akan atau sedang mengalami cuaca yang buruk seperti rebut petir, syarikat penerbangan atau pihak yang bertanggungjawab dapat membuat keputusan untuk menangguhkan asa penebangan atau mengubah laluan pelayaran atas faktor keselamatan. Selain itu, ramalan cuaca dalam pertanian juga sangat penting kerana membantu dalam perancangan awal untuk mengurangkan kemusnahan pada hasil tanaman. Dengan bantuan sistem kaji cuaca automatik yang serba canggih akan membantu pihak meteorologi
dalam menjalankan operasi pembenihan awan pada kawasan tertentu berdasarkan data-data cuaca yang ditafsir ketika musim kemarau yang melampau bagi meningkatkan bekalan sumber air untuk pertanian, bekalan minuman, penggunaan domestik dan pelbagai tujuan lain. Ini juga sebagai peringatan pada penduduk setempat atau pihak yang bertanggungjawab terutamanya yang tinggal di tepi pantai untuk lebih berwaspada untuk mengalihkan barangbarang penting dan berpindah ke tempat yang lebih selamat ketika musim monsun. KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAEDAH AMALI YANG DIJALANKAN SERTA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Setelah selesai menyiapkan amali ini, saya mendapat kesedaran betapa pentingnya mengetahui serta memahami ilmu yang berkaitan dengan awan dalam kehidupan seharian. Dengan mengambil gambar jenis-jenis awan serta meneroka sendiri ilmu yang dipelajari dapat mengukuhkan lagi pengetahuan saya selepas belajar di dalam kelas. Dengan perolehan maklumat yang berguna sebegini semestinya akan menyiapkan diri saya dengan ilmu yang tersemat di dada dan bukan sekadar menjawab soalan peperiksaan. Malah, saya lebih berazam dan meminati untuk meneroka lebih lagi tentang ilmu yang berkaitan dengannya. Seterusnya, lawatan ke Jabatan Meteorologi Kota Bharu banyak memberi pendedahan kepada saya dengan pelbagai alat pengukuan cuaca yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Dengan bimbingan pihak meteorologi memberi penerangan yang jelas memberi pengalaman yang sangat bermakna kepada saya untuk memahami fungsi dan alatalat pengukur cuaca dengan lebih mendalam. Pengalaman sebegini tidak mampu diganti dengan hanya membaca teori dari buku rujukan atau mendengar kuliah dari pensyarah sahaja. Saya berasa sangat kagum dengan alatan pengukuran yang ditetapkan kerana tidak pernah terfikir oleh saya sebegini rupa proses ramalan cuaca dijalankan. Persoalan saya berkaitan dengan kapal terbang juga akhirnya terjawab dengan penerangan yang sangat jelas oleh pihak meteorologi. Ini membuka mata bahawa betapa pentingnya pihak meteorologi dan cuaca dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bidang penerbangan. Sebagai bakal guru Sains, saya yakin bahawa pemikiran kritis tentang isu semasa yang sering dibincangkan seperti kapal terbang terhempas mampu memberi kesedaran supaya lebih peka dan mengamati fenomena yang berlaku di alam sekeliling dengan lebih bermakna. Sifat sebegini kemudiannya dapat dipupuk pada anak murid yang bakal saya ajari kelak. Kelemahan kaedah amali ini pula, jika pihak meteorologi menggunakan persembahan slaid atau video mungkin akan lebih menarik serta dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengikut urutan dan kepentingannya. Keberkesanan pembelajaran semestinya lebih baik
berbanding penyampaian melalui lisan sahaja. Masa yang diperuntukkan semasa sesi soal jawab dengan pihak meteorologi yang agak terhad juga mengehadkan persoalan atau pertanyaan saya dalam memahaminya dengan lebih mendalam. Kesimpulannya, walaupun terdapat sedikit kelemahan dalam menjalankan amali ini namun, saya rasa sangat bersyukur dan beruntung kerana dapat mengalami pengalaman dalam lawatan sebegini. RUJUKAN C. Donald Ahrens. (2003) Meteorology Today: An Introduction to Weather, Climate and the Environment. USA: Thomson Learning Inc. Frederric K. Lutgens & Edward J. Tarbuck. (2014). Foundations of Earth Science. United States of America. Pearson Education, Inc. Malaysian Meteorological Department. (2013). Automatic Weather Stations (AWS). Diakses pada
1
Februari
2017
daripada
http://www.met.gov.my/index.php?option=cpm_content&task=view&id=58ltemid=1132 Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. (2006). Teks Pra U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal. Petaling Jaya: Pearzzson Malaysia Sdn. Bhd.
View more...
Comments