Amali 1 Awan Dan Cuaca
March 17, 2018 | Author: Ah Hern | Category: N/A
Short Description
Amali sce...
Description
AMALI 1 MENGKAJI AWAN DAN CUACA TAJUK Awan dan cuaca.
TUJUAN Mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan membuat ramalan cuaca.
PENGENALAN Awan merupakan gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang mempunyai suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Wap air itu akan mencair dan membentukkan molekul-moleku air yang sangat banyak dan dikenali sebagai awan. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat. Awan hanya akan menampung wapwap air sehingga batasan yang tertentu dan apabila keberatan wap-wap air telah membatas batasan maksimum, maka titik-titik air tersebut akan terus jatuh kebawah menghasilkan fenomina yang dikenali sebagai hujan. Seterusnya awan boleh diklasifikasikan kepada 4 kumpulan iaitu awan peringkat rendah, awan peringkat pertengahan, awan peringkat tinggi dan awan menegak. Kumpulan awan peringkat rendah merupakan awan yang berada pada ketinggian kurang daripada 2,000 meter. Antara jenis awan rendah ialah awan stratus, kolumbus dan komulunimbus. Kumpalan awan peringkat pertengahan pula berada pada ketinggian 2,00 hingga 5,000 meter. Antara jenis awan pertengahan iaitu Altrostratus dan Altrokumulus. Kumpulan awan peringkat tinggi pula merupakan awan yang berada pada ketianggian melebihi 6,000m.Terdapat tiga jenis awan pada kumpulan Awan tinggi
ini termasuklah Awan Sirus, Sirostratus dan Sirokumulus. Kumpulan awan terakhir iaitu awan menegak. Awan menegak tidak dikategori melalui ketinggian. Hal ini adalah kerana pertambahan saiz awan ini secara selari, dan puncaknya juga mampu mencapai ketinggian pada kategori awan tinggi. Kejadian rupa bentuk awan sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Bentuknya akan berubah-ubahmengikut keadaan cuaca. Perubahan bentuk dan jenis-jenis awan ini sentiasa berubah. Bentuk dan jenis awan ini juga dapat digunakan untuk meramal keadaan cuaca pada masa dan hari berikutnya.
HIPOTESIS Cuaca ramalan akan dipengaruhi oleh jenis awan yang terbentuk di langit pada hari yang sama.
KEMAHIRAN PROSES SAINS 1.
Memerhati
2.
Mengelas
3.
Meramal
4.
Membuat inferens
5.
Berkomunikasi
6.
Mentafsir data
7.
Membuat hipotesis
ALAT RADAS Telefon pintar berkamera Xiao Mi 3.
PEMBOLEH UBAH MANIPULASI
: Jenis awan yang terbentuk di langit
GERAK BALAS
: Cuaca ramalan
MALAR
: Kawasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
PROSEDUR 1. Maklumat tentang awan dan cuaca telah diperolehi dan dibaca melalui sumbersumber yang seperti buku text, internet dan lain-lain. 2. Lokasi yang sesuai telah dipilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap jenisjenis awan yang terbentuk dalam tempoh 4 hari ( memerhatikan cuaca waktu pagi dan tengah hari, membuat ramalan cuaca waktu petang ). 3. Segala pemerhatian telah direkodkan termasuklah pengambilan gambar awan, mencatat perubahan iklim dan mendapatkan suhu cuaca terkini melalui telefon pintar telah dilakukan pada setiap pagi dan juga tengah hari dalam tempoh 4 hari tersebut. 4. Merujuk kepada data-data dan maklumat, ramalan telah dilakukan untuk meramal cuaca pada waktu petang dalam tempoh 4 hari tersebut. 5. Hasil pemerhatian yang diperolehi dianalisa dan ditafsir. 6. Laporan ditulis dengan berserta gambar yang diambil, jadual dan graf. LANGKAH BERJAGA-JAGA 1. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap pembakaran sampah yang tebal. 2. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya. 3. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil agar gambar lebih tajam.
DAPATAN KAJIAN
Lokasi
: Sekitar Kawasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Tarikh
: 19 hingga 22 Januari 2016
Tempoh
: 4 hari
Masa
: 8.00 pagi dan 12.00 tengah hari
Hari / Tarikh Hari
Masa
Gambar Jenis Awan Dan Ramalan
Pemerhatian
Cuaca AccuWeather 7.42am
Jenis: Awan Pertangahan
Pertama
Nama: Altostratus
(19
Suhu: 24°C
Januari
Cuaca: Mendung, berkabus
2016)
Kelembapan: Tinggi Keadaan awan:
Ketinggian : 2 - 5km. Ia menyerupai lapisan atau jalur-jalur berwarna keabuabuan dan berserabut serta mampu menutup
seluruh langit. Awan ini memiliki bentuk yang tidak menentu.
12.01pm
Jenis: Awan Rendah Nama: Kumulus Suhu: 29°C Cuaca: Cerah Kelembapan: Rendah Keadaan awan:
Bahagian-bahagian awan yang kena pada sinaran matahari akan tampak lebih putih
kemilau. Penyebaran cukup luas di langit.
Hari
7.40am
Jenis: Awan Tinggi
Kedua
Nama: Sirostratus
(20
Suhu: 22°C
Januari
Cuaca: Cerah
2016)
Kelembapan: Sederhana Keadaan awan:
Kurang berawan di
langit. menyebar dan menutupi sebagian atau
seluruh langit. Menyerupai selaput tipis
tembus cahaya. Awan halus,
berwarna putih. Kadang-kadang terjadi hujan yang tidak sampai ke permukaan bumi.
12.10pm
Jenis: Awan Rendah Nama: Kumulus Suhu: 28°C Cuaca: Cerah Kelembapan: Rendah Keadaan awan:
Terlihat seperti serabut atau buntut kuda berwarna putih.
Bahagianbahagian awan yang kena pada sinaran. matahari akan tampak lebih
Hari
7.50 am
putih kemilau. Jenis: Awan Tinggi
Ketiga
Nama: Sirokumulus
(21
Suhu: 22°C
Januari
Cuaca: Mendung, Berkabus
2016)
Kelembapan: Tinggi Keadaan awan:
Bentuknya menyerupai awan
jenis stratocumulus. Jika dilihat dari permukaan, ia kelihatan seperti bulatan-bulatan yang lebih jika dibandingkan dengan
awan stratocumulus. Mengandungi butiran air yang sangat dingin, bercampur dengan
Kristal. Mengandung hujan yang tidak sampai ke permukaan bumi.
12.08pm
Jenis: Awan Rendah Nama: Kumulus Suhu: 30°C Cuaca: Mendung Kelembapan: Rendah Keadaan awan:
Terlihat seperti serabut atau buntut kuda
berwarna putih. Bahagianbahagian awan yang kena pada sinaran. matahari akan tampak lebih putih kemilau.
Hari
7.50am
Jenis: Awan Pertengahan
Keempat
Nama: Altostratus
(22
Suhu: 24°C
Januari
Cuaca: Mendung, berkabus
2016)
Kelembapan: Sederhana Keadaan awan:
Ketinggian : 2 -
5km. Ia menyerupai lapisan atau jalurjalur berwarna keabu-abuan dan berserabut serta mampu menutup
seluruh langit. Awan ini memiliki bentuk yang tidak
menentu. 12.14pm
Jenis: Awan Pertengahan Nama: Altostratus Suhu: 28°C Cuaca: Mendung, berhujan gerimis Kelembapan: Tinggi Keadaan awan:
Ketinggian : 2 - 5km. Ia menyerupai lapisan atau jalur-jalur berwarna keabuabuan dan berserabut serta mampu menutup
seluruh langit. Awan ini memiliki bentuk yang tidak
menentu. Menghasilkan hujan gerimis, hujan ringgan hingga sedang.
Hari
Waktu
Jenis Awan
Nama Awan
Ramalan
Cuaca
cuaca
sebenar
waktu
waktu
petang
petang
Hari Pertama
Pagi Tengah
(19
hari
Pertengahan Rendah
Altostratus Kumulus
Cerah
Cerah dan
dan
panas.
panas.
Januari 2016) Hari
Suhu:33°C Pagi Tengah
Kedua
Tinggi Rendah
Sirostratus Kumulus
hari
(20
Cerah
Petang:
dan
Cerah dan
panas.
panas.
Januari 2016)
Suhu: 34°C
Hari
Pagi Tengah
Ketiga
Tinggi Rendah
Sirokumulus kumulus
hari
(21
Cerah
Petang:
dan
Cerah dan
panas.
panas.
Januari 2016)
Suhu: 36°C
Hari Keempat
Pagi Tengah hari
(22
Pertengahan Pertengahan
Altostratus Altostratus
Hujan
Petang: Cerah dan panas
Januari 2016)
Suhu: 32°C
PERBINCANGAN 1. Analisis dan tafsirkan data yang diperolehi. Saya telah menanalisis data-data yang diperolehi dalam dapatan kajian dan membuat tafsiran sebab-sebab saya meramalkan cuaca pada petang tersebut dan seterusnya membuat perbandingan dengan cuaca yang sebenar.
Saya telah mendapati bahawa jenis-jenis awan sentiasa berubah dalam tempoh masa empat hari ini. Antara jenis-jenis awa yang boleh saya perhatikan pada lokasi amali saya ialah awan rendah, awan pertengahan dan awan tinggi. Antara keempat-empat hari yang saya kaji, saya mendapati 3 hari adalah cerah dan panas, manakala 1 hari lagi adalah mendung dan berhujan pada waktu malam. Saya telah merujuk kepada Accuweather.com untuk mendapatkan cuaca ramalan pakar untuk membandingkan dengan cuaca ramalan saya dan juga cuaca sebenar. Saya mendapati bahawa cuaca ramalan Accuweather.com adalah sangat tepat dengan cuaca sebenar. 2. Perbandingan antara cuaca ramalan dengan cuaca sebenar. Hari Pertama (19 Januari 2016) Pada waktu pagi, saya telah memerhatikan kawasan kajian saya mempunyai awan Altostratus. Pada masa yang sama juga cuaca agak mendung dan berkabus. Jika mengikut teori, awan Altostratus berserta dengan cuaca yang mendung menandakan bahawa hujan akan turun. Tetapi pada waktu tengah hari pula saya telah memerhatikan kawasan kajian diseluputi dengan awan Kumulus yang menggambarkan keadaan cuaca yang cerah dan baik. Dengan itu, saya meramalkan cuaca waktu petang adalah cerah dan tidak berhujan. Ramalan adalah tepat.
Hari Kedua (20 Januari 2016) Pada waktu pagi saya telah memerhatikan kawasan kajian saya mempunyai awan Sirostratus. Awan Jenis ini seolah-olah cerah di permukaan. awan yang tampak seperti tirai kelambu halus keputih-putihan dan kadangkadang terjadi hujan yang tidak sampai ke permukaan bumi. Namun pada pagi tersebut tidak berhujan. Pada waktu tengah hari pula langit diseliputi dengan awan Kumulus yang menandakan keadaan cuaca yang cerah dan baik. Dengan itu, saya meramalkan cuaca waktu petang adalah cerah dan tidak berhujan. Ramalan adalah tepat.
Hari Ketiga (21 Januari 2016) Pada waktu pagi, saya telah memerhatikan kawasan kajian saya mempunyai awan Sirokumulus. Awan jenis ini terdiri daripada lapisan awan yang terdiri dari unsur kecil menyerupai butir atau biji padi-padian tanpa bayangan dan
mengandung hujan yang tidak sampai ke permukaan bumi. Pada waktu tengah hari pula langit diseliputi dengan awan Kumulus yang menandakan keadaan cuaca yang cerah dan baik. Dengan itu, saya meramalkan cuaca waktu petang adalah cerah dan tidak berhujan. Ramalan adalah tepat.
Hari Keempat (22 Januari 2016) Pada waktu pagi dan tengah hari telah menunjukkan jenis awan yang sama iaitu awan altostratus. Awan altostratus ialah awan pertengah dan tidak mempunyai bentuk yang tertentu. Ia menyerupai lapisan atau jalur-jalur berwarna keabu-abuan
dan
berserabut
serta
mampu
menutup
seluruh
langit.
Kebiasaannya awan ini akan menghasilkan hujan gerimis, hujan ringgan hingga sedang.Berdasarkan sebab-sebab berikut, tambahan pula cuaca mendung pada pagi dan tengah hari, dengan itu saya meramalkan cuaca pada petang akan berhujan. Namun begitu, cuaca pada waktu petang hari tersebut adalah cerah dan panas, tetapi hujan turun pada waktu malam. Hal ini mungkin disebabkan oleh factor-faktor ain yang tidak diambil kira dalam proses amali seperti faktor kelajuan angin, faktor tekanan udara dan sebagainya.
3. Nyatakan kekuatan dan kelemahan kaedah amali yang dijalankan serta cadangan penambah baikan. Saya telah menjalankan amali ini di kawasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan iaitu hadapan surau sebanyak 4 hari berturutan. Dalam proses amali ini, saya tidak menukar lokasi kajian saya agar memperolehi dapatan kajian yang tepat. Selain itu, saya juga memerhati lakosi kajian saya pada masa yang sama, 2 kali dalam sehari iaitu sebelum 8 pagi dan lebih kurang 12 tengah hari. Di samping itu, saya juga telah mengenal pasti kekuatan kaedah amali yang telah saya jalankan iaitu membuat rujukan daripada buku-buku dan internet sebelum memulakan amali. Dengan ini, saya dapat mengetahui nama setiap jenis awan dan juga sifat-sifat serta kriteria-kriteria awan tersebut agar memudahkan saya untuk meramal cuaca pada waktu petang berdasarkan jenis awan pada waktu pagi dan waktu petang.
Walau bagaimana pun, saya mendapati bahawa terdapat sedikit kelemahan dalam kaedah amali ini iaitu memerhati meramal cuaca waktu petang berdasarkan kepada jenis awan sahaja, sedangkan terdapat banyak lagi factorfaktor seperti faktor kelajuan angin, faktor tekanan udara dan sebagainya turut menyumbang kepada perubahan cuaca. Selain itu, kawasan pilihan saya iaitu surau IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan berlokasi di hadapan bukit dan secara langsungnya masalah kabus sentiasa timbul pada waktu pagi menyebabkan sukar untuk mengenal pasti jenis awan pada masa pagi dan mempengaruhi keputusan ramalan cuaca waktu petang. Berdasarkan kelemahan-kelemahan tersebut, saya berpendapat bahawa faktor-faktor lain seperti faktor kelajuan angin, faktor tekanan udara dan sebagainya juga perlu diambil kira semasa menjalankan amali agar kami dapat memperolehi ramalan cuaca yang lebih tepat, Selain itu bagi mengatasi masalah kabus pula hanya boleh diselesaikan melalui cara menukar lokasi amali kepada kawasan lapang yang tidak berbukit. KESIMPULAN Hipotesis diterima. Setelah kajian dijalankan di lokasi tertentu selama empat hari, saya telah memperhatikan pembentukan awan sentiasa berubah setiap hari. Jenis-jenis awan yang terbentuk sama ada awan tinggi, awan pertengahan ataupun awan rendah saling berkait rapat dengan suhu dan kelembapan. Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa ramalan cuaca tidak bolah sekadar merujuk kepada jenis awan sahaja tetapi faktor-faktor lain seperti faktor kelajuan angin, faktor tekanan udara dan sebagainya juga perlu diambil kira agar memperolehi ramalan cuaca yang lebih tepat.
View more...
Comments