Alatan Kelengkapan Akuarium Dan Aksesori

January 21, 2018 | Author: Yin Luq | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Alatan Kelengkapan Akuarium Dan Aksesori...

Description

ALATAN KELENGKAPAN AKUARIUM DAN AKSESORI Sebelum aktiviti setting akuarium dilakukan, kita perlu menyenaraikan dan menyediakan peralatan yang sesuai untuk menghasilkan akuarium yang menarik. Alatan ini berfungsi untuk mencipta sebuah system akuarium yang baik dan efektif.  Akuarium/bekas  Pam angin  Tiub dan kekunci angin  Lampu akuarium  Sistem CO2 (jika perlu)  Alat penapis biologi  Alat penapis dalaman  Pam air  Alatan penapis  Jangka suhu  Alat penapis luaran  Alat penapis mekanikal Akuarium/bekas Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti jenis akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan),jenis ikan hiasan,bilangan ikan hiasan dan saiz ikan hiasan.Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan: i. saiz akuarium; ii. bentuk akuarium; iii. bahan buatan akuarium;dan iv. jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan. a. Saiz akuarium. Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika

Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan

akuarium

besar

antara

50

hingga

180

gelen

air

(250-900

liter).

Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan ‘kelp’ (‘kelp’ ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia). b. Bentuk akuarium.

Rajah A dan B: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D) separa silinder (E) dan silinder (F) Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu, bagi

situasi

di

Malaysia,

antara

bentuk-bentuk

akuarium

yang

digunakan

ialah

akuarium empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square

aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan

akuarium

silinder

(cylindrical

aquarium)

(Rajah

A

dan

B).

Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya. c. Bahan buatan akuarium. Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium: i.

akuarium kaca (glass aquarium); dan

ii.

akuarium akrilik (acrylic aquarium).

Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium.

Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk. Panjang X lebar X dalam

Sentimeter padu (cm3)

(L X W X D) cm 1 liter

1000 cm

1 liter

0.264 gelen (U.S)

1 liter

0.22 gelen Imperial (U.K)

1 gelen (U.S)

8.345 pound (1b) = 3.79 kg

1 gelen (U.K)

10 pound (1b) = 4.55 KG

1 liter

1 kg atau 2.2 pound (1b)

Parameter dan kapasiti tangki

1.PAM ANGIN Pam angin ialah alatan yang mengeluarkan angin secara mekanikal. Pam ini mempunyai diafragma getah yang bergetar yang digegarkan oleh motor elektronagnetik. Proses gegaran yang dijana oleh tenaga elektrik mampu mengeluarkan angin yang kemudiannya disalurkan ke dalam tiub yang disambungkan kepada batu udara (airstones). Batu udara ini dimasukkan ke dalam akuarium yang dapat menghasilkan buih untuk memberikan kocakan kepada kepada air akuarium tersebut. Batu udara ini terdapat dalam bentuk bulat atau dalam bentuk panjang (air-screen). Batu udara panjang boleh menghasilkan buih memanjang dan sekata, dan sesuai digunakan pada latar belakang akuarium yang besar dan sederhana besar. Batu-batu udara ini dapat mencantikkan lagi pemandangan di dalam akuarium. Pam angin ini juga boleh disambungkan pada penapis akuarium yang kecil dan sederhana. Kotak plastik kecil yang mengandungi kapas sebagai media tapis merupakan satu daripada alat penapis yang boleh disambungkan kepada pam angin ini. Pam angin yang berkuasa tinggi biasanya digunakan pada akuarium yang besar. Kebiasaannya, semakin besar sebuah pam angin maka, semakin tinggilah kuasa anginnya. Pemilihan pam angin perlu bersesuaian dengan saiz akuarium yang ingin digunakan. Selain itu, terdapat juga pam angin yang menggunakan bateri sebagai satu alternatif. Kebiasaannya, apabila kawasan rumah atau pejabat terputus bekalan elektrik, bateri boleh digunakan supaya kandungan O2 dalam akurium masih mencukupi. 2.PAM AIR Pam air pula digunakan didalam air. Fungsinya sama dengan pam angin tetapi digunakan bersama dengan sistem penapisan. Dalam kepala pam biasanya terdapat motor elektrik yang dapat memutarkan kipas kecil (impeller) yang menyedut air dan mengeluarkannya melauli corong air. Pam air juga boleh digunakan untuk menyalurkan air ke dalam sistem penapisan yang kemudiannya menyalurkan air ke dalam sistem penapisan yang kemudiannya menyalurkan kembali airtersebut ke dalam akuarium. Ada pam air yang tinggi kuasanya dan dikenali sebagai pam kuasa (power head). Terdapat pam kuasa yang

mempunyai kuasa yang tinggi dan berkemampuan untuk menghasilkan tendangan air yang kuat dan laju. Pam ini biasanya digunakan pada akuarium yang besar. Pam air juga sering digunakan di dalam kolam untuk menyalurkan air melalui saluran paip pvc ke dalam sistem penapisan kemudian menyemburkan semula air itu ke dalam kolam. Biasanya, kuasa pam air bergantung kepada kapasiti kandungan air dalam sesebuah akuarium atau keluasan dan saiz akuarium. 3. TIUB, BEBOLA UDARA DAN KEKUNCI ANGIN

Alatan Kelengkapan Dan Bahan

Sistem

Penapis

Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah C). Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini

mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan). Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Penggunaan penapis ’undergravel filter’ membantu pembiakan bakteria di bawah penapis yang akan menguraikan nitrit kepada nitrat untuk digunakan oleh tumbuhan akuatik. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus menerus.

Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump). Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil ‘kapas penapis’ (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.

Rajah C: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis (B) dan ’kapas penapis’, sejenis media penapisan (C).

Sistem Pengudaraan

Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah D). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan

injap-injap

akuarium

(aquarium

valves).

Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.

Rajah D: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B) dan tiub udara (C).

Aksesori

Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium tersebut. Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah: i. membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan; ii. mempastikan pH air pada tahap optima; iii. memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan dapat dipam keluar daripada akuarium; iv. mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan bersih; dan v. lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium. Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium ialah: i. aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium; ii. aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium; iii. aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium;

iv. tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan v. pasir dan batua untuk lantai akurium. Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari. Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya. Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat ‘luxmeter’ boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit ‘lux’. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux. Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah E). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis ‘tungsten’ dan ‘halogen’ tidak begitu sesuai. Lampu jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk tumbuhan.

Rajah E: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C).

Tumbuhan Akuatik

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daundaun tumbuhan akuatik. Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan

akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri. Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium. Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya. Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan. Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan. Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium.

a. Keperluan Bagi Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium

Karbon dioksida Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak

dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

Baja Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

Cahaya Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

b. Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium. Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana sistem pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air. c. Jenis-Jenis Tumbuhan Hiasan Akuarium Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat dalam pasaran.

Jadual : Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium

Spesis 1.

Anubias sp

2.

Aponogeton sp

3.

Azolla sp

4.

Bacopa sp

5.

Cabomba sp

6.

Hydrocotyle sp

7.

Hygrophila sp

8.

Hydrilla verticiliata

9.

Elodea sp

10 Althonanthera spp.

11 Lobelia spp.

12 Java fern

13 Sumatra fern

Cryptocoryne sp

Vallisneria sp

Cabomba sp Ludwigia sp

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF