al-tabari

January 5, 2018 | Author: amnahsmkats | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

usul tafsir...

Description

ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN

2

2.0 LATARBELAKANG DAN RIWAYAT HIDUP 3.0 PENDIDIKAN

3

4

4.0 METODOLOGI PENULISAN IMAM AL-TABARI 5.0 KARYA IBNU JARIR

5-8

9-10

6.0 PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR AL-TABARI DAN TAFSIR IBN KATHSIR

11-12

7.0 SUMBANGAN IBN JARIR

13

8.0 KEISTIMEWAAN TAFSIR AL-TABARI 9.0 KELEMAHAN DAN KRITIKAN 10.0 PENUTUP

13 14

15

PENDAHULUAN

1

Usul Tafsir adalah untuk mengetahui makna yang terkandung dalam al-Qu’ran dan menerangkan tentang maksud-maksud ayat, menyelidik makna-makna,menjelaskan hukum –hakam serta hikmat yang terkandung di dalam al-Qu’ran untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Ilmu ini dapat memberikan banyak manfaat kepada umat islam terutamanya mereka yang telibat dalam penafsiran ayat-ayat al-Qu’ran. Antara manfaat-manfaat yang diperolehi oleh golongan yang mempelajari ilmu usul tafsir ialah:(a) Seseorang itu dapat mengeluarkan hukum-hakam yang terkandung di dalam alQu’ran.ia juga dapat mengetahui hikmah-hikmah yang terkandung di dalam alQu’ran. (b) Mengetahui kedudukan hujah-hujah dan dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Qu’ran. (c) Menjelaskan makna dan mengambil pengajaran daripada al-Qu’ran secara betul.

LATAR BELAKANG DAN RIWAYAT HIDUP

2

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Ibn Jarir Ibn Yazid Ibn Khalid Ibn Kathir Ibn Gharib Abu Ja’afar al Tabari. Beliau seorang yang berbangsa Tabaristan dan dikatakan berasal dari daerah Amol. Imam Ibn Jarir telah dilahirkan di wilayah Tabaristan pada tahun 224H. Ibn Jarir merupakan seorang lelaki yang memiliki wajah yang tampan , berbadan sederhana tinggi dan memiliki dua biji mata yang hitam. Beliau bersusuk badan yang tegap serta amat fasih dalam berbicara dan lancar berkata-kata. Prinsip yang sudah lama diterapkan dalam kehidupan beliau seharian ialah sentiasa menghormati orang lain dan menyebabkan segenap lapisan masyarakat juga turut menghormatinya.Segala sifat-sifat yang mahmudah seperti warak, zuhud, taqwa dan mudah senyum membuatkan kebanyakan masyarakat amat menyenanginya. Ibn Jarir merupakan seorang ulama yang yang sangat terkenal dan terkemuka dalam banyak cabang lmu pengetahuan.Di dalam ilmu Hadis,beliau merupakan seorang periwayat hadis yang sahih serta mampu mentarjih hadis berserta dengan riwayat-riwayat.Selain itu juga, Ibn Jarir juga seorang yang dapat menguasai ilmu Hadis dengan baik beserta dengan sanad-sanadnya. Bukan itu saja, beliau juga merupakan seorang yang dapat membezakan antara Hadis sahih dengan tidak sahih serta nasikh dan mansukh. Perkara ini telah disokong oleh pendapat imam khatib al –Baghdadi yang mengatakan,di mana Ibn Jarir adalah merupakan pusat peredaran pelbagai ilmu pengetahuan seperi ilmu tafsir, ilmu fiqh, usul, bahasa arab, ma’ani dan Balaghah, hadith serta sejarah. Selain itu, Ibn Jarir juga sangat alim dan amat mahir dalam ilmu Qira’at dan dikatakan telah menulis sebanyak 18 jilid buah

kitab yang khusus tentang ilmu

Qira’at.Beliau yang merupakan seorang hafiz mampu untuk menghafal 30 juzuk al-Quran dengan hanya memakan masa yang pendek, imam besar dan ahli Hadis serta menjadi salah seorang ahli sejarawan. Dalam cabang bidang ilmu al-Quran, kebanyakan para ulama yang terkemuka mengatakan bahawa Ibn Jarir merupakan salah seorang yang memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam samada berkaitan dengan sanad dan riwayat Hadith yang Sahih atau Daif. RUJUKAN :en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_ibn_Jarir_al-Tabari

PENDIDIKAN

3

Ibn Jarir al-Tabari telah dikurniakan oleh Allah ketajaman akal fikiran yang sangat luar biasa serta daya ingatan yang cukup istimewa. Keistimewaan itu menyebabkan beliau menjadi seorang yang mudah mengingati dan memahami segala ilmu yang dipelajarinya dan beliau juga dapat menguasai segala ilmu dengan cepat dan baik.Dari skop pendidikan pula,Ibn Jarir al-Tabari telah menunjukkan minat yang sangat mendalam terhadap segala ilmu pengetahuan semenjak kanak-kanak lagi. Beliau mendapat pendidikan awal di wilayahnya sendiri iaitu Tabaristan. Ibn Jarir memiliki banyak sifat-sifat terpuji antaranya ialah,Beliau sentiasa tekun dalam melakukan setiap perkara.bukan itu saja, beliau juga seorang yang sabar kerana sanggup menempuh pelbagai rintangan dan pergi ke mana Sahaja bertujuan untuk menuntut ilmu pengetahuan. Sewaktu Ibn Jarir berusia 12 tahun,beliau telah mengembara dengan meninggalkan kampung halaman untuk melanjutkan pengajian ke Syam, Mesir, Iraq dan seterusnya pengembaraan beliau berakhir di Baghdad. Sewaktu tiba di Baghdad, beliau tela menentukan bahawa dia akan terus menetap di Baghdad dan akan terus mencurahkan bakti sehingga ke akhir hayat. Kerana kelebihan memiliki banyak ilmu pengetahuan, Ibn Jarir telah mampu untuk mengajar serta menjadi ulama besar yang sangat di segani walaupun usianya masih muda. Bukan itu saja, beliau juga merupakan seorang dari ahli Tafsir yang sangat terkenal.Dengan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang, para Ulama mengelarkan beliau dengan gelaran Insiklopedia ilmu. Disebabkan ilmu pengetahuan juga, beliau dikatakan telah mencapai tahap Ulama Mujtahid. Perkara ini di sokong oleh Ibn Khalkan dan Syeikh Abu Ishak al-syirazi.

RUJUKAN :en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_ibn_Jarir_al-Tabari

4

METODOLOGI PENULISAN IBN JARIR AL-TABARI Tafsir al-Tabari mempunyai lebih kurang 30 jilid dan berukuran tebal. Tafsir ini merupakan salah sebuah tafsir yang sangat terulungdan lengkap yang pernah di temui. Kini tafsir ini telah sampai kepada kita dalam sejarah pembukuan ilmu tafsir.tafsir tersebut sebenarnya mengandungi banyak pendapat dari para ulama dan beliau telah melakukan pentarjihan diantara semua pendapat yang diberikan manakah yang paling kukuh serta yang membincangkan tentang i’rab dan istinbat hukum. Sebenarnya, Ibn Jarir bukan saja memberi penumpuan terhadap pentafsiran ayat al-Quran sahaja, tetapi beliau juga telah membentangkan tentang pendapat-pendapat para Ulama, Hadis di samping itu beliau juga menjadi pengkritik sanad-sanad yang merangkumi aspek bahasa, akidah dan fekah. Kitab-kitab tafsir Ibn Jarir ditulis dan disusun dengan mengikut kepada pendapat para sahabat, tabi’in dan para tabi’ al-tabi’in. Hasilnya beliau akhirnya berjaya untuk mengumpulkan segala riwayat berkaitan dengan tafsir dikalangan para sahabat dan tabi’in. Selain itu, tafsir Ibn Jarir juga mentarjih dan memberikan pelbagai pendapat. Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa kitab tafsir Ibn Jarir adalah yang paling baik dan menjadi pegangan utama berbanding dengan kitab-kitab lain dan tidak ada kitab tafsir bi Al-Mathur yang lain dapat menandingi kitab Tafsir Ibn Jarir. Dalam kitab Al-Tahzib Imam Nawawi ada mengatakan bahawa kitab Tafsir Ibn Jarir merupakan sebuah kitab yang mana belum ada seorang pun yang berjaya menyusun kitab lain yang setanding dengan kitab Ibn Jarir. Ibn Jarir merupakan seorang yang berilmu dan sangat terulung kerana memiliki banyak keistimewaan. Beliau dapat memberikan isyarat dengan baik dalamm kata-kata mahupun lafaz yang samar-samar i’rabnya. Jesteru itulah tafsir Ibn Jarir telah banyak mengambil pendapat dan hujah-hujah dari Ibn Jarir.

RUJUKAN :Pengantar Ulum al-Quran Rosmawati Ali

5

Kitab tafsir yang dihasilkan oleh Ibn Jarir merupakan kitab bi al-Ma’thur,iaitu mentafsir Al-Quran dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diakui oleh semua Ulama sebagai kitab penting terutama bagi mereka yang ingin mempelajari ilmu pengajian Tafsir AlQuran dengan lebih mendalam.Menurut cabang lain, kitab tafsir Al-Tabari telah diulas dengan lebih teliti serta melalui banyak perbahasan yang mendalam dan cukup teratur, jauh dari kesamaran beserta pendapat Ulama Salaf dengan sanad yang amat kukuh serta jauh dari unsur Bid’ah. Dengan itu, ramai Ulama mengatakan Tafsir Al-Tabari merupakan Tafsir bi Al-Mathur yang paling utama untuk dijadikan rujukan dan panduan berbanding dengan kitab lain. Bagi menunjukkan kelebihan dan keistimewaan Ibn Jarir dalam bidang Tafsir, menurut Mufassir Jalaluddin al-Suyuti pernah bekata: kitab tafsir Al-Tabari merupakan antara kitab yang terbesar berbanding dengan kitab tafsir lain sebelum dan selepasnya. Pendapat tersebut juga telah disokong oleh Imam Nawawi dan Ibn Huzaimah. Ibn Jarir merupakan salah seorang Ulama mujtahid. Jesteru itu, dalam tafsirnya ini banyak perkara yang membincangkan tentang hukum fiqh serta mengemukakan pendapat ulama serta mazhab. Selain itu, beliau juga akan memberi pendapat beliau sendiri dan mentarjihkan di antara pendapat yang kukuh. Bukan itu saja, Ibn Jarir juga membincangkan tentang persoalan akidah dan memberikan beberapa pandangan dengan teliti. Tetapi beliau juga banyak menyangkal dan tidak bersetuju dengan pendapat dari golongan Muktazilah berbeza dengan golongan ahl al-sunnah wa al-jama’ah. Ini kerana beliau menyokong pendapatpendapat yang diutarakan oleh golongan ahl al-sunnah wa al-jama’ah. Antara penjelasan tentang metodologi penulisan yang digunakan oleh Ibn Jarir di dalam kitab Tafsir Jami’ al-bayan itu :RUJUKAN :Pengantar Ulum al-Quran Rosmawati Ali

a) jika beliau ingin mentafsir sesebuah ayat pada Al-Quran,beliau akan berkata ”pendapat mengenai tafsir ata ta’wil untuk firman Allah ini adalah begitu dan

6

begini”.selepas itu beliau telah mentafsir ayat dengan berpandukan kepada pendapat para sahabat dan tabi’in. b) Untuk mentafsir,Ibn Jarir meriwayatkan nya dengan mengemukakan sanad yang lengkap.beliau menggunakan tafsir Bi Al-mathur untuk mentafsir sesebuah ayata Al-Quran dengan jalan riwayat yang bersandarkan kepada para sahabat dan tabi’in serta diyakini tentang kesempurnaan sanadnya. c) Antara metodologi yang digunakan oleh Ibn Jarir ialah beliau akan mengemukakan atau membentangkan kesemua riwayat yang berkaitan dengan ayat yang hendak beliau tafsirkan. Setelah selesai mentafsir, beliau akan membicarakan tentang riwayat tersebut dengan membandingkan diantara satu dengan yang lain. Akhir sekali beliau akan membuat tarjih di antara satu dengan yang lain. d) Dalam usaha penyusunan kitab Jami’al-Bayan, beliau juga memberi penumpuan yang utama kepada permasalahan atau perkara yang berkaitan dengan Qira’at. Beliau juga menyebutkan pelbagai jenis Qira’at serta menghubungkan setiap Qira’at. Oleh kerana Ibn Jarir merupakan seorang yang sangat arif dalam ilmu bahasa arab, maka dengan mudah Ibn Jarir dapat menggunakan makna-makna yang tepat dan sesuai mengikut lafaz dan kedudukan lafaz. e) Dalam konteks yang lain pula, Ibn Jarir akan menerangkan tentang aspek i’rab serta mengistinbatkan sebahagian hukum serta membuat penelitian terhadap pendapatpendapat dan mazhab ilmu nahu yang telah digunakan secara umum dan meluas. f) Dalam sesetengah keadaan pula, Ibn Jarir bertindak dengan memberi kritikan dari aspek sanad yang merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan periwayatan atau pendapat-pendapat.

Kemudian

beliau

membuat

penta’dilan

iaitu

dengan

menetapkan perawi yang adil terhadap beberapa orang perawi serta juga mentarjihnya, iaitu dengan menetapkan sebagai perawi yang daif terhadap perawi lain yang telah terbukti kelemahannya. RUJUKAN :Pengantar Ulum al-Quran Rosmawati Ali

g) Selain daripada itu juga, Ibn Jarir turut bertindak menoloak terhadap segala riwayat yang tidak diyakini kesahihannya. Jesteru itu, setiap tafsir yang di terima daripada 7

tabi’in seperti Mujahid dan Al-Dahkak, beliau menjelaskan dengan sanad yang cukup sempurna. Dalam mentafsir dan menyusun kitab tafsir, ada sesetangah ulama mengatakan bahawa beliau tidak terlepas dari memasukkan atau mengambil hadis-hadis yang tidak sahih dan juga tanpa membuat penjelasan bahawa sesetengah hadis yang dimuatkan adalah tidak sahih.walaupun begitu, dalam konteks ini sebenarnya Ibn Jarir memang ada menyebutkan bahawa sanad hadis itu sebenarnya tidak sempurna dan beliau juga sendiri mengakui bahawa ada kelemahan dan kekurangan dalam tafsirnya itu. Oleh sebab itu, beliau telah membuka peluang kepada ulama lain dan pengkaji serta pembaca untuk membuat penilaian sendiri berkaitan dengan kedudukan hadis. Ibn Jarir juga dikatakan telah meriwayatkan berita yang diterima dari Ibn Abbas, Ibn Mas’ud dan ubai bin ka’ab. Hal ini menyebabkan tafsir tabari tidak terlepas dari mengisahkan kisah-kisah israiliayat. Walaupun begitu, hampir semua kisah dan berita israiliyat itu mendapat kritikan dan perbahasan dari beliau. Kitab tafsir ibn Jarir telah di tahqiq oleh Muhammad Mahmud Syakir. Manakala seluruh hadis yang terdapat dalam kitab tafsir tersebut telah diikaji oleh Ahmad Muhammad Syakir.

RUJUKAN :Pengantar Ulum al-Quran Rosmawati Ali

HASIL KARYA IMAM AL-TABARI (Jami’ Al-Bayan fi Al-Quran)

8

Kitab ini dikenal dengan sebutan Tafsir at-Tabari yang membahaskan tentang riwayat-riwayat dari Rasulullah Saw, para sahabat, dan tabi’in. Tafsir ini juga mengandungi kisah atau riwayat yang tidak shahih, termasuk cerita Isra’iliyat.Asal ayat-ayat al-Qur’an juga dibahaskan dan dijelaskan di dalam tafsir ini. Namun demikian, kitab ini merupakan salah satu karya tafsir yang paling terkenal dan dijadikan rujukan oleh hampir setiap ulama. Tafsir ini menjadi rujukan utama. Kitab ini telah dicetak dua kali di Mesir dan hingga kini ia masih belum pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Ketika Syeikh al-Islam Taqi al-Din Ahmad ibn Taimiyah ditanya tentang tafsir mana yang lebih dekat dengan al-Qur’an dan Sunnah? Dia menjawab bahawa di antara semua tafsir yang ada pada dewasa kini, Tafsir Muhammad bin Jarir al-Tabari adalah yang paling dekat dengan Al-Quran. Al-Tabari dalam tafsirnya memuatkan ajaran-ajaran salaf dengan rangkaian sanad yang matan dan tidak ada bid’ah di dalamnya, juga ia tidak menerima riwayat dari perawi seperti Muqatil ibn Bakir dan al-Kalabi. Secara spesifik Fu’ad Sezkin menaruh perhatian terhadap kesahihan sanad-sanad dalam tafsirnya yang dapat digunakan sebagai bukti bahwa kitab-kitab lebih awal yang dijadikan sebagai rujukan oleh Ibnu Jarir ketika menulis tafsirnya, dan sekaligus membantah pendapat para orientalis yang mengatakan bahawa Tafsir Ibnu Jarir adalah bersumberkan dari cerita-cerita lisan. Penjelasan tentang gaya bahsa dan aspek-aspek lain dari bahasa Arab yang baru dan lama, merupakan suatu kemestian dalam kitab ini. Tafsir ini tidak terlepas dari perdebatan para ahli teologi yang begitu masyhur pada waktu itu, sehingga di dalamnya terdapat kritikan terhadap Qadariyah dan Jabariyah.

Pembahasan mengenai fiqh yang sangat sengit, di mana

dikemukakan pendapat beberapa hukum dan persoalan-persoalan fiqh yang berbeza dari keempat madzhab yang sudah diketahui di kalangan ahl al-sunnah wa al-jamaah. Selain itu, ia juga berbeza pandangan dengan madzhab Hanbali. RUJUKAN :kursus tafsir al-Quran Ahmad Sonhadji

Ada beberapa kitab yang berkait dengan kitab ini, antaranya ialah:At-Thabari wa Minhajuhu fi at-Tafsir karya Dr. Mahmud ibn Syarif; Ibnu Jarir at-Thabari wa Minhajuhu fi at-Tafsir karya Dr. Muhammad Bakar Isma’il, Kairo: Dar al-Manar, Cet. I, tahun 1411 H./1991 M; At-Thabari Qari’an wa Ushuluhu fi Ikhtiyar al-Qira’at al-Qur’aniyah, Muhammad Najib Qubawah (Tesis di Universitas Damaskus); Muhammad ibn Jarir AtThabari wa Minhajuhu fi at Tafsir karya Dr. Mahmud Muhammad Syubkah (Disertasi); As9 Syi’r al-Jahili fi Tafsir at-Thabari karya Laela Taufiq al-‘umari (Tesis di Universitas alArdani, Yaman), tahun 1414 H./1983 M; Imam at-Thabari Bahtsun fi at-Tafsir karya Syakir

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF