al quran
February 25, 2019 | Author: Luqma Illieana | Category: N/A
Short Description
sejarah al quran...
Description
AL- FATIHAH
AL- QURAN
PRESENTATION OUTLINE
DEFINISI AL-QURAN
NAMA-NAMA LAIN BAGI AL-QURAN
SEJARAH AL-QURAN
CARA PENYAMPAIAN WAHYU KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
JUZ AMMA
KEISTIMEWAAN SURAH-SURAH TERPILIH
SURAH-SURAH AMALAN
KHASIAT SURAH AL-QURAN SURAH-SURAH PENAWAR PENAWAR
Dari Segi Istilah, Al-Qur'an adalah firman Allah yang tiada tandingannya, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW penutup para Nabi dan Rasul, dengan perantaraan SYAIKH PROF.DR.MUHAMMA D ALI ASH SHABUNI
Malaikat Jibril a.s. dan ditulis pada mushaf-mushaf yang
kemudian disampaikan kepada kita secara mutawatir, serta membaca dan mempelajarinya merupakan ibadah , yang
dimulai dengan surat Al-Fatihah dan ditutup dengan surat An-Nas"
NAMA- NAMA LAIN BAGI AL-QURAN Berikut adalah nama-nama tersebut dan ayat mencatumkan nya : Al- Kitab
Al-Furqan (pembeda benar salah): QS(25:1)
Ar-Ruh (ruh): QS(42:52)
Adz-Dzikr (pemberi peringatan): QS(15:9)
Al-Bayan (penerang): QS(3:138)
Al-Mau’idhah (pelajaran/nasehat): QS(10:57)
Al-Hukm (peraturan/hukum): QS(13:37)
Al-Hikmah (kebijaksanaan): QS(17:39)
Al-Kalam (ucapan/firman): QS(9:6) Al-Busyra (kabar gembira): QS(16:102) An-Nur (cahaya): QS(4:174) Al-Basha’ir (pedoman): QS(45:20)
At-Tanzil
(yang diturunkan): QS(26:192) Al-Balagh (penyampaian/kabar) QS(14:52)
Ar-Rahmat (karunia): QS(27:77) Al-Qaul (perkataan/ucapan) QS(28:51)
SEJARAH AL – QURAN 114 SURAH TERDIRI DRP 30 JUZ, SETIAP JUZ 22 MUKASURAT BERSAMAAN DGN 11 HELAIAN
AL- QURAN
SURAHPERTAMA : AL FATIHAH SURAH TERAKHIR : SURAH AN-NAS
JUMLAH AYAT ALQURAN 6,236 SEBAHAGIAN LAGI MENYATAKAN 6,666
SEJARAH AL – QURAN Terdapat sebanyak 114 kalimah bismillah di dalam al-quran. Kalimah ini terdapat disetiap permulaan surah kecuali surah At-Taubah dan terdapat dua kalimah bismillah pada surah An-Naml (terdapat pada permulaan surah dan ayat yg ke 30)
yang bermaksud : "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani’
SEJARAH AL – QURAN Surah pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW adalah surah Al- Alaq ayat 1-5 di Gua Hira ’.
Ayat terpanjang dalam al-quran ialah ayat 282 surah al-baqarah.
Al-quran diturunkun dalam tempoh masa 23 tahun (Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah)
SEJARAH AL – QURAN
SURAH- SURAH DALAM AL-QURAN
MAKKIYAH
MADANIYYAH
- Nabi S.A.W bermukim di Mekah (610 – 622 M)
- Masa setelah Nabi S.A.W hijrah ke Madinah (622 – 632 M)
- Meliputi 86 surah
- Mengandungi 28 surah
CIRI-CIRI AYAT-AYAT MAKKIYAH DAN MADANIYYAH
No
MAKKIYAH
MADANIYYAH
1
Ayat-ayatnya pendek-pendek
Ayat-ayatnya panjang-panjang,
2
Diawali dengan yaa ayyuhan-nâs Diawali dengan yaa ayyuhal-ladzîna (wahai manusia) âmanû (wahai orang-orang yang beriman).
3
Kebanyakan mengandungi masalah tauhid, iman kepada Allah SWT, hal ehwal syurga dan neraka, dan masalah-masalah yang menyangkut kehidupan akhirat (ukhrawi)
Kebanyakan tentang hukum-hukum agama (syariat), orang-orang yang berhijrah (Muhajirin) dan kaum penolong (Anshar), kaum munafik, serta ahli kitab.
SURAH-SURAH YANG ADA DIDALAM AL-QUR’AN TERBAGI MENJADI EMPAT
As Sab’uththiwaal (tujuh surat yang panjang)
- Surat Al-Baqarah, Ali Imran, An-Nisaa’, Al-A’raaf , Al-An’aam, Al Maa-idah
Al Miuun (seratus ayat lebih)
- Hud, Yusuf, Mu’min
dan Yunus
Al Matsaani (kurang sedikit dari seratus ayat)
- Al-Anfaal, Al-Hijr
Al Mufashshal (surat-surat pendek)
- seperti Adh-Dhuha, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas
BAHAGIAN
CARA PENYAMPAIAN WAHYU KEPADA NABI MUHAMMAD SAW Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui beberapa cara iaitu: Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya. Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan. Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.
JUZ’ AMMA
Juz ‘Amma merupakan juz dengan jumlah surah terbanyak
Di dalamnya terdapat 37 surah. Dimulai dengan surat an-Naba’ dan di-akhiri dengan surat an-Naas.
Sebanyak 34 surah, merupakan surah Makkiyyah, iaitu surah yang turun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah.
Tiga surah selebihnya, yakni alBayyinah, az-Zalzalah dan an-Nashr merupakan surah Madaniyyah, iaitu surat yang turun setelah Rasulullah SAW hijrah ke Madinah.
Nama dan Nombor Surah
Nama dan Nombor Surah
78. Surah An Naba' 79. Surah An Naaziaat 80.Surah ‘Abasa 81.Surah At-Takwiir 82.Surah Al-Infitar 83.Surah Al-Mutaffifiin 84.Surah Al-Insyiqaaq 85.Surah Al-Buruj 86.Surah At-Taariq 87.Surah Al-A’laa 88.Surah Al-Ghaasyiah 89.Surah Al-Fajr 90.Surah Al-Balad 91.Surah Asy-Syams 92.Surah Al-Lail 93.Surah Adh-Dhuha 94.Surah Al-Insyirah 95.Surah At-Tiin 96.Surah Al-‘Alaq
97.Surah Al-Qadr 98.Surah Al-Baiyinah 99.Surah Al-Zalzalah 100.Surah Al-‘Aadiyaat 101.Surah Al-Qari’ah 102.Surah At-Takathur 103.Surah Al-‘Asr 104.Surah Al-Humazah 105.Surah Al-Fiil 106.Surah Quraisy 107.Surah Al-Maa’uun 108.Surah Al-Kauthar 109.Surah Al-Kafirun 110.Surah An-Nasr 111.Surah Al-Lahab 112.Surah Al-Ikhlas 113.Surah Al-Falaq 114.Surah An-Naas
KEISTIMEWAAN SURAH TERPILIH
SURAH-SURAH AMALAN 1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah AnNas.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini
Sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lainlainnya dengan izin Allah s.w.t.
sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu
SURAH-SURAH AMALAN
N I S A A Y H A R U S . 2
Hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al- Qur’an
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH-SURAH AMALAN
3. SURAH AL-DUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
SURAH-SURAH AMALAN 4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah AlWaqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan .
Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selamalamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali . Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
SURAH-SURAH AMALAN SURAH Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.
AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.
SURAH-SURAH AMALAN 8. SURAH AL-IKHLAS Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya:
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al- Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab , “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi , dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH-SURAH AMALAN 9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah AlFalaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali .
SURAH-SURAH AMALAN 10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al- Qur’an. Nama AnNas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
KHASIAT SURAH AL-QURAN
SURAH AL-KAHFI Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “In shaa’ ALLAH”. Antara sebab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi Muhammad SAW ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana beliau tidak menyebut “in shaa’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan
tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi Muhammad SAW menyebut “in shaa’ ALLAH” tatkala berjanji , diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH
tentang 3 persoalan tersebut.
Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat .” (HR Ibnu Katsir)
KHASIAT SURAH AL-QURAN Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir: Akan
di amankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam
Diselamatkan
Terpelihara
dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan
dirinya dan keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
KHASIAT SURAH AL-QURAN
SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
KHASIAT SURAH AL-QURAN SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit rohani dan jasmani.
KHASIAT SURAH AL-QURAN Surah Al-Naml (ayat 30-31)
Maksud Ayat :Sesungguhnya surah itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : ‘Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”. Ayat 30-31 Surah An-Naml. Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.
AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR
Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman: “Dan kami turunkan dengan beransur -ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.”
SURAH – SURAH PENAWAR Penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)
Surah Qaaf ayat 16 hingga 45
Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28
Surah Sod ayat 34 hingga 61
SURAH – SURAH PENAWAR Penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.
Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22
SURAH – SURAH PENAWAR
Pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.
Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajipan seumpamanya, tidak aku katakan (alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tetapi `alif ’ satu huruf dan `lam’ satu huruf dan `mim’ satu huruf . ”
(Riwayat Tirmizi)
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”. ( Hadith Riwayat Muslim )
“Sesungguhnya yang baik itu
datang dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.”
View more...
Comments