Al Quran Batin

March 19, 2017 | Author: Azizan Ibrahim | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Al Quran Batin...

Description

AL-QURAN BATIN.

SEJARAH DILUPA JANGAN...SEMACAM "BADAR" DAN "UHUD"...AL-QURAAN ITULAH SEJARAH..."DAKWAT DAH TUMPAH, PENA DAH PATAH...SEJARAHNYE TERLAKON DEK NYATA DI HADAPAN LAUH MAHFUZ...HANYE BAGI YG "KHATAM" 30 JUZUQ DI"BACA".. BARU FAHAM "MAKNA" YG MANA, JIN, SYAITAN, MANUSIA... MUHAMMADLAH MENYEMPURNAKAN PENYUCIAN SERTA HANYE "DIA" LAH PENGHULU DAN RASUL YG NYATA DARI KALANGAN KAUM MASING-MASING YG MEMBERI KETERANGAN YG TERANG DAN JELAS MENURUT BAHASA KAUMNYE DGN MUDAH....(TAK FAHAM2 JUGAK)..."DIA"LAH YANG MEMATAHKAN GEROMBOLAN-GEROMBOLAN SYAITAN YG MEMBAWA MANUSIA KE NERAKA LALU SEGERA MEMIMPIN MANUSIA KE SYURGA Hanya orang yang berpegang kepada Ilmu Tasauf sahaja membicarakan tentang Al-Quran Batin. Pada orang yang hanya belajar Ilmu Syariat , ianya satu BID‟AH. Didalam Al-Quran Allah SWT menegaskan bahawa setiap benda yang diciptakanNya, diciptakan secara berpasangan. Contohnya ada lahir ada yang ghaib, ada yang zahir ada yang batin, ada lelaki ada perempuan, ada Adam ada Hawa, ada Zat pasangannya Sifat. Ada Baitullah pasangannya ialah Baitillah. Pasangan Al-Quran Zahir ialah Al-Furqan atau Al-Quran Batin kerana tanpa batin maka yang zahir tidak akan dapat wujud atau nyata. MANA DIA AL-QURAN BATIN / AL-FURQAN ? Al-Quran ialah Firman Allah disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Jibrael, kemudian dikumpul oleh para sahabat menjadi 30 juz terdiri dari 6,666 ayat,kemudiannya dicetak. Sekarang ini terdapat dirumah anda. Ini dikenali sebagai Al-Quran Zahir. Dimana pula Al-Furqan ? Tentulah ianya ghaib dan tidak dapat ditunjukkan secara nyata. Untuk mengetahui Yang Batin kenalah merujuk pada yang Zahir. Sila anda rujuk kepada awal awal Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah iaitu ALIF LAM MIN. ALIF = Allah LAM = Jibrael MIM = Muhammad Allah Berfirman kepada Jibrael, Jibrael sampaikan kepada Muhammad Penyampaian ayat ayat Allah dinamakan RASUL. Perhatikan huruf huruf LAM & MIM bersambung erat membawa makna tentang hubungan Malaikat & Muhammad kekal selama-lamanya diatas Kehendak ALIF iaitu Allah. Pengertian Ilmu Hakikat ialah :Yang sebenar-benarnya dikatakan Al-Furqan itu ialah DIRI BATIN MANUSIA iaitu RUH yang

bernama MUHAMMAD MUSTAFA RASULLULLAH yakni RUHUL QUDDUS. Makam Rohul Quddus ialah di JANTUNG manusia dikenali sebagai QALBU MUKMIN BAITILLAH iaitu pasangan kepada KAABAH zahir di Makkah. Ada juga ahli sufi yang mengatakan Al-Quran itu adalah Kata Kata Allah manakala Al-Furqan itu ialah Allah Berkata-kata. Sempena Hari Raya Eid Al Adha atau dlm Bahasa Malaysia Aidil Adha. "Menerangkan Maksud Haji pada Syariat dan Hakikat..." Maksud pada Syariat : Mengunjungi / Menziarahi Baitullah Al-haram di Makkah kerana mengerjakan Ibadat tertentu pada masa tertentu dan syarat-syarat tertentu. (yg telah di syariatkan di dlm Al-quran) *Wajib ! Yang berkemampuan sahaja... Maksud pada Hakikat : Bilamana seseorang itu kembali semua kpd Baitullah dgn mematikan diri (berserah diri).. lalu mahkota / tahta Azazil di bersihkan dan di buang.. maka Haji lah seseorang itu. *Wajib ! Lebih penting. Sesiapa saja, semua boleh lakukan.. Cara caranya... Kembali / Pulang semua apa yg diberi olehNya, Diri sendiri dan keseluruhan nya, (apa yg kita nampak sprt manusia lain, haiwan, tumbuhan dll) " Dzat, Sifat, Asma' dan Af'al " kpd Allah secara total.. Dengan Cara mematikan diri (berserah diri), Jangan mengaku diri Wujud.. *Kembali yg bagaimana? dgn cara **(Zikir) Ingat selalu DIA melalui Solat Daim (solat yg berkekalan).. Ingat 24jam.. bermula dari bangun tido hingga ke tido semula.. tanpa meninggalkan Syariat.. setiap tiap.. berterusan.. sehinggaLah DADA di belah dan Qalbu di sucikan oleh Nya melalui malaikat.. lalu Azazil di buang.. ( mengembalikan Mahkota / Tahta Azazil kpd Baitullah yg sebenar benarnya ) maka itulah yg dinamakan / dimaksudkan dgn Haji yg sebenar-benarnya. **(Zikir) Ingat yg bagaimana ? yg dimaksudkan dgn (Zikir) Ingat adalah ketika berjalan, bercakap, mendengar, melihat, dan perbuatan lain itulah (Zikir) Ingat yg dimaksudkan, siapa yg lakukan sebenarnya.. Allah. Ingat ! yang lakukan sebenarnya bukan kita tapi Allah.. dgn Qudrat (kuasaNya) dan Iradat (KehendakNya) serta atas Rahmat (kasih sayangNya).. maka dgn cara ini kita akan (Zikir) Ingat Allah selalu. Di dlm gambar Qalbu itu, yg berada di bawah sekali, kecil warna hitam itu adalah Hakikat Azazil.. Azazil telah berada di dlm Qalbu Adam sejak peristiwa itu.. Jika tidak dibuang (menyucikan Qalbu dgn cara mengenal diri).. Azazil akan menguasai Baitullah ( Istana ) yg beraba di atas sekali dan keseluruhannya.. Apabila Azazil sudah menguasai maka makin jauh / terhijablah manusia.. sehingga tidak boleh menerima "Hakikat" yg dirinya sendiri tidak Wujud... dan seterusnya. Di sbbkan itulah apabila ssorg menafikan Hakikat.. Dia Umpama Azazil. Bukti jelas Qalbu di belah dan di sucikan (di bersihkan) oleh Nya melalui malaikat adalah peristiwa

Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w bersabda; "Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya (jasad) tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya (jasad). Daging yang dimaksudkan ini adalah **Qalbu." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir) *Jadi, persoalan yg selalu orang tanya.. "Bukan kah Nabi s.a.w. saja yg dibelah Dada nya ?" Jawapan : Tidak... semua manusia yg Mengenal Diri boleh melalui peristiwa ini.. mengikut pengalaman yg di kaji dan di temui ada beberapa manusia yg sudah sampai ke tahap ini sprt Ulama Billah dan Wali Wali. Itu semua adalah atas RahmatNya. Tapi mesti ingat ! belajar Ilmu mengenal Diri (Makrifatullah) bukan tujuan utk mahukan kelebihan atau kuasa sprt boleh Terbang, Badan jadi Kebal, Tembak tidak Lut, Mendapat belah Dada, Dapat berjalan atas air, Hilang, Kasyaf dan sebagainya.. Tujuan sebenar adalah menyuruh semua manusia, tidak kira siapa.. supaya kembali / pulang semua apa yg diberi olehNya (dlm tempoh yg DIA berikan).. dapat ke tak dapat kelebihan, itu semua atas RahmatNya. **Yang dimaksudkan dgn Qalbu itu adalah ia tidak berada di luar dan tidak berada di dalam.. ia dekat tidak bersentuh / jauh tidak terpisah (tiada jarak). *Bukan kah semua sudah di tulis / di tentukan oleh Allah di lauh Mahfuz ? Jawapan : Ye... memang betul semua sudah di tentukan oleh Nya tapi mesti faham.. Usaha dan Dapat itu juga Allah sudah tentukan.. Jika tidak berjaya.. itu juga Allah sudah tentukan.. Maksudnya : Syariatnya buat saja Perlakuan, Hakikatnya menerima dgn Ikhlas, Redha dan Taat atas Keputusan atau Ketentuan yg di tentukan oleh Allah. Video ini memaparkan dan menerangkan peristiwa sebenar kenapa Azazil tidak mahu sujud / sembah kpd Adam: http://youtu.be/mr05GSTX9Vs Mudah mudahan sahabat2 yg di sayangi dan di kasihi Nya mendapat kefahaman dan petunjuk dari Nya. Jika ada terkasar bahasa atau kurang.. minta maaf dan sila perbetulkan / tunjukkan dgn Hikmah... SemuaNya adalah dari DIA.. Kita Tiada Ilmu.. tanpa DIA.. siapa lah Kita... Dari DIA kepada DIA... Firman Allah : "Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka

masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam Syurga-Ku. (Al Fajr :27-30) Fahami ayat di atas dengan mata hati nurani... apa yang dimaksudkan dengan Syurga yg sebenar benarnya pada Hakikat.. adakah Syurga Wujud ? Wallahu'alam... Maka Perjalanan menujunye tetaplah diteruskan dari Thaibah, Tursina,dan Baitul-Laham... Hampirilah Al-Quraan itu dgn keadaan Diri yang Suci lagi Bersih, dgn Air Muttalaq Yg Suci Lagi Menyucikan itu adanyee...( harap Fahamilah Quraan, "DIRI", "Air Muttalaq" itu ape Rahsia yg Dah Nyata tuu yee..itu pun jika Dah Kenal barang-barangnye tuu....Rujuk Gurunyeee dgn TAHQIQ...Yeee.) Maka melalui setiap pintu langit ( Fahamkan dulu ape kebende Langit tuuu yeee...)..dari pertama "ADAM" dgn segala peristiwa di dalamnye seperti yg NABI kabooo kan tuuu yee..Akan terdapat Nama bagi setiap yg beribadat Adalah Namanye "AL-ABID-Yakni Nama bagi Sang IBLIS..( Hancurkan yeee...Sehingga Dapat ADAM tuuu apa kebendenyeee yeee....Seperti Yg Rasululullah lalui tuu...Ini utk Mereka yg Bukan Mummayizz ajee...Dinasihatkan hanye utk Ahli....).Sehinggalah ke langit ke 4, Tempat Nabi "IDRIS" yg dah Tak mau turun2 ke Dunia Fatamorgana tuuu yeee...( Kat mane Fatamorgana tuuu???hik-hik-hik )..Nama IBLIS tadi ialah - "WALIULLAH"..( Jgn Salah Faham jika Tak Merujuk )..HANCURKANYEE agar Jumpe " IDRIS" tu apa kebendenyeee.. Sehinggalah Langit ke 6...Jumpee Nabi-Nabi ( cari saraf dan nahunyee yee...Kerana itu adalah di dalam Ilmu jalan menujunyee ) kemudian "MUSA" Tuuu...( Carilah Saraf Dan Nahunyee yeee...)..70,000 masuk Syurga Tanpa Hisab Tuu..itulah UMMATII..."Kata Muhammad" kepada Ummatnye tuu...( Tak Faham Lagi...Tak ape lahhh..Tunggu taufiq Hidayahnyee ) Sehingga langit ke 7..Jumpalah IBRAHIM Khalilullah.. ( Halusi Saraf Dan Nahunyee dgn GURU nyee yeee ) Disinilah Tempatnye Juee Iblis yg BERNAMA "IBLIS" tuuu adenyee...Hancurkan yeee...( Jumpe IBRAHIM dgn ILMU menujunyee yee...diGurukan fahamnyee ) Syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah niii... ‫َّللاُ َو ه‬ ‫َلِل َو الَ اِل َه إِاله ه‬ ْ َ‫َّللاُ أَ ْك َب ُر ال‬ "‫اَلِل‬ ِ ّ ‫حو َل َوالَ قُ هوة ِااله ِب‬ ِ ‫َّللا َو ْال َح ْم ُد ِ ه‬ ِ ‫ان ه‬ َ ‫ُسب َْح‬ ْ ‫العَظِ یْم‬.....tanamlah pokok tuu ".....pergilah ke Rumah -Makmur tuu ( Rumah niii betul-betul di atas Rumah Allah tuu...Hik-hik-hik..Cari yeee...Salamatan fiddin. Hubunganku dengan Tuhan-ku yang selama ini terputus, dengan kebebasanku, Aku telah dapat langsung menghubungi-Nya kembali dan begitulah dalam perjalananku mencari-Nya dan hendak menemui-Nya seperti yang telah kuhuraikan di atas, aku telah mendapat tali peganganku dan ditambah dengan „Anak Kunci‟ wasiat (yang kunamakan akan dia) yang telah berada di tanganku. Itulah dia tali peganganku yang tak akan kulepas-lepaskan lagi; tali pusat dari segala pusat yang mana telah kukaitkan dan hubungkan kembali dengan tali pusatku. Dan yang satu lagi, iaitu „Anak Kunci‟ wasiat yang banyak mengandungi wasiat dan merupakan bentuk kalau digambarkan dalam huruf Alif-Lam-Miim yang banyak mengandungi rahsia.

Tali pusat dari segala pusat ialah nafas dari pernafasan perut (seperti yang berlaku kepada bayi iaitu semasa kita menarik nafas perut dan pusat kita mengembang, (BBM mengatakan Itulah dia tali peganganku yang tak akan kulepas-lepaskan lagi; tali pusat dari segala pusat yang mana telah kukaitkan dan hubungkan kembali dengan tali pusatku.. semasa menghembuskan nafas perut kita mengempes seolah-olah pusat kita bertemu dengan tulang belakang kita).. Apa yang perlu kita lakukan ialah kita mula menarik nafas kita dengan menggunakan pernafasan perut,, Tarik nafas perlahan-lahan, semasa perut kita mengembang, dubur kita akan turut menguncup (kemut), sehingga nafas itu terhenti sendiri.. ( pertemuan dua lautan iaitu lautan zahir (badan atau jasad) dengan lautan batin (diri arau roh).... Seperti yang diceritakan didalam Al-Quran iaitu pertemuan Nabi Musa dengan Nabi Khidir diantara pertemuan dua lautan dan yang dikatakan oleh BBM, pertemuan diantara kiri dan kanan... Setelah nafas itu terhenti dengan sendiri, tahanlah nafas itu seberapa lama yang boleh ( disinilah berlaku pertemuan diantara diri dengan yang empunya diri)... Oleh kerana nafas atau nyawa tadi tidak dapat keluar melalui jalan biasa iaitu hidung dan mulut dia akan menembusi kulit dan bulu kita, maka akan hadzirlah rasa-rasa yang terasa... Diri telah dapat menembusi badan) Setelah tidak tahan lagi, lepaslah nafas itu dengan kalimah "Laa khaulawala khuwatailla billah" kalau pun kita tidak membacanya itulah maksudnya dengan melepaskan nafas secara perlahanlalahan sehingga ianya terhenti sendiri... Perlakuan melepaskan nafas secara perlahan-lahan ini telah dikiaskan oleh Allah didalam Al-Quran dimana Nabi Khidzir telah menebuk lubang pada perahu yang dinaiki oleh Nabi Musa dan Nabi Khidir.. Perbuatan berhenti nafas setelah tidak dapat menghembuskan keluar lagi diibaratkan dengan Nabi Khidzir membunuh seorang kanak-kanak.... Maksudnya kita hendaklah menghilangkan berkesedaran kepada jasad.. Inilah apa yang dikatakan oleh Bapak Bagindo Muchtar didalam bukunya 'BatinKu' "Pintu telah terbuka bagiku dan ini dapat aku merasakannya. Alamku sendiri telah tembus dan Aku telah bebas, tetapi tak lepas (yang tadinya terkurung dan terkongkong). Tabir atau dinding yang membatasi Aku dengan alam di luar dari alamku sendiri selama ini telah tembus. Hubunganku yang selama ini terputus sejak Aku keluar dari rahim ibuku (sejak Aku dilahirkan dan dihadirkan ke dunia ini sebagai seorang manusia, sejak tali pusatku diputus), dengan telah aku temui itu kembali jalanku sendiri iaitu jalan kebebasanku (dengan telah tembusnya dinding atau tabir yang membatasi Aku dengan alam akbar), Aku telah dapat keluar dengan memancar."

Pada pertemuanku yang pertama dengannya, yang mana dengan perantaraan rasa yang terasa, kiranya Aku telah berada di muka pintu dan setelahnya Aku dalam perjalanan dari titik ke titik dan sampai pada titik pertemuan yang penghabisan (di mana tiada titik yang lain daripadanya itu lagi) dan setelahnya aku mengadakan perjalanan rekonstruksi dengan berulang-ulang dari luar ke dalam dan dari dalam ke luar, (keluar masuknya nafas), maka dapatlah aku mengatakan bahawa perbuatanku itu sesuai dengan firman Tuhan, “Memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam, mendatangkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup.” (al-Quran: Surat Ali-Imran; Ayat 27.) Zikir itu INGAT. Setiap aliran TAREQAT ada kaedah zikirnya yg diamalkan turun temurun. Jadi pd yang ikut tareqat ikutlah cara zikir yg diajar murshid. Allah merujuk DiriNya sbg HU ( DIA ) pada peringkat Ghaib Mutlak dan memperkenalkan DiriNya sbg Allah pada Peringkat TITIK AWAL atau Ketuhanan...pada org bukan dr aliran Tareqat ..cukuplah Ingat Allah atau HU ..boleh belaka ..pada amalan Zikir Nafas Allah Hu Rabbul Alamin Yang Meliputi Seluruh Alam itu adalah pada peringkat Ghaib Mutlak ..maka HU lah yang sesuai bagi Nafas MASUK manakala Zat Yg Meliputi Diri kita itu adalah Allah...rumusan yag mana dulu yg mana kemudian tak menjadi masaalah sebab bila diulang ulang ianya jadi Hu Allah dan Allah Hu juga. Barangkali hanya anak anak BBM yg familiar dgn istilah KUNCI WASIAT yakni Kunci ALIF LAM MIM ...permulaan Surah Al-Baqarah....memang ramai ulamak memberi tafsiran masing masing tentang pengertian huruf huruf itu..mengikut bidang ilmu masing masing...saya belum berjumpa mana mana ulamak pun yg merujuk Alif Lam Mim itu sebagai KUNCI apatah lagi Kunci Pelbagai Rahsia. Hanya Bapak Bagindo Muchtar sahaja yg menyebut Alif Lam Mim sebagai KUNCI pelbagai Rahsia yakni kunci yg DIWASIATKAN...sape yg mengwasiatkan ? Tentulah Allah. Maka elok sangat bagi kita semua khasnya anak anak BBM memahami apa yg bapak maksudkan sbg KUNCI Wasiat itu . sesungguhnya pertemuan aku dan dia tak terucap dgn kata2.. tak tergambar dgn apa jua lukisan... pertemuan dua lautan itu adalah di dada... perjalanan dia dari pusat ke dada.. perjalanan aku dari halkum ke dada... di padang mahsyar... berombak lautan d perut, berombak lautan d halkum.. bertemu pd satu titik d dada.. d kanan kiri... terhenti nafasku terhenti degupannya.. lantas yg ada, yg wujud, yg hidup, yg qidam dan yg baqa hnya Yg Maha Esa.. aku fana'billah... inilah hakikat tali yg di maksudkan.. tiada huruf tiada suara... Amin... mg kita d berkati.. “Perbaiki keadaanmu dengan apa yang ada padamu dan perbaikilah keadaan yang di luar badan dirimu juga dengan apa yang telah ada padamu.” Yang ada padamu itu ialah rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari kita. Dan jadikanlah apa yang ada padamu itu ( rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari ) menjadi suatu amalan dengan kenyataan Sehingga kita dapat mengatakan rasa yang mengandungi rahsia. Titik berat dalam pengetahuan yang kami latih sehingga terlatih sampai lincah diseluruh pergerakkan kaki tangan badan keseluruhannya.

Gunakannya sewaktu bila perlu, dia automatik jalan Ini gerak Qudratullah Mengenal bukan memikirkannya. Ini soal mengingat. Kita berlatih memperlancarkan jalannya. Seluruh gerak dengan pergerakkan badan diri kita keluar dan kedalam Kenalilah dirimu sendiri, Tanya, cari sampai dapat jawapannya, Tanya yang mana AKU ? Siapa AKU, Siapa AKU, Siapa AKU......... Siapa AKU?, Aku siapa? Bukannya kepalaku, mataku, telingaku, badanku, suaraku. Tetapi AKUNYA 20.Surah Ţāhā (Verse 14) ‫إِ هننِي أَ َنا ه‬ ‫َّللاُ َال إِ َٰ َل َه إِ هال أَ َنا َفاعْ ب ُْدنِي َوأَق ِِم الص َهَل َة ِلذ ِْك ِري‬ "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. AKU = Allah ( tiada yang lain selain Allah ) Diriku = ruh = Muhammad Badanku = jasad = Adam Sebab bagi kita dengan cara bawaan gerak menggerakkan itu berlaku pula ayat : 3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 27) ٍ‫ت َو َُ ْخ ِر ُج ْال َمیتَ م َِن ْال َحي َو ََرْ ُُ ُُ َمن ََ ََا ُُ ِبََ ی ِْر ح َِسا‬ ِ ‫ار فِي اللهی ِْل َو َُ ْخ ِر ُج ْال َحيه م َِن ْال َمی‬ َ ‫ار َو َُولِ ُج ال هن َه‬ ِ ‫َُولِ ُج الله ْی َل فِي ال هن َه‬ "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". Selama ini memang dua keadaan, dua kejadian, tetapi satu pasif, satu aktif, ye tak? Bahkan satu sama lain tidak kenal mengenal.

- yang didalam tak mengenal yang diluar - yang diluar tak mengenal yang didalam Itu maknanya waktu bergerak, tangan bergerak terus, sampai kehujung jari kaki, terus, terus, terus. Ini ertinya yang diluar itu diajar mengenal akan badan dirinya sendiri. Berjalanlah pada jalannya, MANA JALANNYA ? - Itu yang dihujung-hujung jari yang terasa - Jalan telunjuk itulah, sebab telunjuk yang paling lurus, itu yang akan diturutkan - ikhdinas sirotol mustakhim kata orang Ingat saja kepadanya, Turut saja Keluar dari garis-garis jalan pancaran ini bererti kita tergelincir pula, keluar dari garis kebenaran. Ada pula masanya nanti bila sudah meningkat Tempuh-tempuh ini tidak ada erti Perubahan akan terjadi di badan diri kita Sehingga KITA BUKAN KITA Lagi Kalau kita bukan kita, siapa pula kita? Itu pulalah letaknya rahsia pula dibalik rahsia. Tapi kita bergerak dibidang rahsianya, oleh Yang Maha Kuasa tadi. Apakah sebenarnya rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu ? Rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu ialah rahsia yang telah dipecahkan oleh BBM Apakah rahsia yang BBM pecahkan itu ? ...

Rahsianya ialah Yang didalam (ruhku - huwal batinu = dialah yang tersembunyi) dan yang diluar (badanku - huwazzohiru = dialah yang nyata) sedang saling kenal mengenal. Telah menjadi satu, (AKU) ketika ini tanyalah siapa AKU ? Yang sedang bertanya itu juga yang akan menjawab..... Kita bukan kita lagi = hilang kesedaran pada badan diri ku, yang tinggal kesedaran kepada AKU Allah... Kata BBM perbaikilah ke-ADA-an mu dengan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari. Maksudnya jangan kita lupa untuk merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu. Jika kita lupa nak merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu bermakna terputus hubungan diantara badan diriku dengan AKU... Lakukan saja jangan banyak memikirkan, ingat saja (rasa saja) pada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu, jangan banyak soal..... Tidak hilang rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu maknanya ingat kepadanya.... Kalau kita tidak merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu , bermakna kita sedang tergelincir dari jalan yang lurus..

DALIL BAHAWA AL-QURAN SUDAH ADA DALAM DIRI MANUSIA Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 49: “ Bahkan ia ( al Quran) adalah ayat-ayat yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orangorang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orangorang yang zalim.“ Malah , sembilan nama al Quran (yang difirmankan oleh Allah s.w.t sendiri) bertepatan dengan 9 wajah ruh seperti berikut: 1.Sirrus sirr....... Al Furqan ( lihat surah Al Furqan (25) ayat 1) 2.Sirr........ ........Al Kitab ( lihat surah As Sajdah (32) ayat 2) 3.Ahdah.......,,,,, Az Zikru (lihat surah Al Hijr (15) ayat 9) 4.Wahdah.......... Al Majid (lihat surah Al Buruj (85) ayat 21) 5.Wahdiah.......... Ar Ruh (lihat surah As Syura (42) ayat 52) 6.Ahmad.............Al Mau‟izah (lihat surah Yunus (10) ayat 57) 7.Muhammad........ Al Busyra ( lihat surah Al Baqarah(2) ayat 97) 8.Mustafa............ An Nur (lihat surah An Nisa‟(4) ayat 174) 9.Mahmud..........At Tanzil (lihat surah As Syuara‟ (26) ayat 192) Jadi , kejadian ruh memang sudah lengkap dan sempurna ketika ditiup (oleh Jibrail a.s ketika janin berumur 4 bulan) atau di”tiup” oleh Allah s.w.t ketika menjadikan Adam a.s . Oleh itu “soft copy” Al Quran itu sudah ada di dalam dada manusia , lantas sudah tentu mudah untuk “ mengaji” ( kaji, gali , selidik , ingat , tafakur, tadabbur , hafal dll) Al-Quran ini seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam surah al Qamar ayat 17 : “ Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? “ Jadi , proses Innalillahi (dari Allah s.w.t kepada kita) sudah disempurnakan malah al Quran itu sendiri datangnya dari Zat (dalam ilmuNya yang azali), lalu tugas kita sekarang adalah untuk memikulnya , iaitu melaksanakannya dengan Af‟lullah. Lihat kedudukan Abismillah ArRahman ArRahim sebagai proses Innalillahi wainna ilaihi raji‟un.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF