Al-Futuhat An-Najihah Fi Tafsir Wa Taawil Tasmiyyah Al-Basmalah

March 2, 2017 | Author: Jalalludin Ahmad Ar-Rowi | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Al-Futuhat An-Najihah Fi Tafsir Wa Taawil Tasmiyyah Al-Basmalah...

Description

Futuhat An-Najihah ∩⊂⊃∪ Ο É Šm Ï § 9#$  Ç ≈ϑ y m ô § 9#$ ! « #$ Ο É ¡ ó 0Î …µç Ρ¯ )Î ρu  z ≈ϑ y ‹ø =n ™ ß ΒÏ …µç Ρ¯ )Î Sesungguhnya surat itu dari Hadhrat Nabi Sulaiman 'Alaihissalam dan sesungguhnya isi kandungannya ialah: BismillahirRahmanir-Rahim "Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang."

  ‫ﰲ ﺗﻔﺴﲑ ﻭﺗﺄﻭﻳﻞ ﺗﺴﻤﻴﺔ ﺍﻟﺒﺴﻤﻠﺔ‬ PENAKLUKAN YANG BERJAYA DALAM MENTAFSIRKAN DAN MENTAKWILKAN

PENAMAAN AL-BASMALAH

1

Futuhat An-Najihah

KANDUNGAN Bab Pertama Fasal Pertama: Ba - Futuhat An-Najihah Fi Tafsir Wa Takwil Tasmiyah AlBasmalah FUTUHAT AN-NAJIHAH: BASMALAH

TAFSIRAN

DAN

2

TAKWILAN

TASMIYYAH

AL-

Futuhat An-Najihah

BAB PERTAMA: TAFSIRAN BASMALAH

FirmanNya:

Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang

3

Futuhat An-Najihah

FASAL PERTAMA: BA (‫)ب‬ Huruf "Ba" (‫ )ب‬adalah Harf Jarr (‫ )حرف جر‬yang bertindak sebagai 'Amil (‫ )عامل‬ke atas Isim (‫ )إسم‬katanama dengan menukarkan hal Isim tersebut dari keadaan Marfu' (‫)مرفوع‬ kepada Majrur (‫)مجرور‬. Pada sudut lafaz, Harf Jarr berperanan menjadikan Isim Mu'rab (‫ )إسم معرب‬sebagai Majrur namun tidak berperanan terhadap Isim Mabni (‫)مبني إسم‬. Manakala pada sudut pengertian makna, Harf Jarr berperanan sebagai katasendi bagi mempertemukan antara dua buah Kalimah (‫ )كلمة‬ataupun dua jumlah Kalam (‫)كالم‬. Huruf Ba (‫ )ب‬adalah bermaksud untuk memberikan pemahaman tentang Musahabat (‫ )مصاحبت‬yang bererti kebersamaan ataupun kebersertaan, Isti'anat (‫ )إستعانت‬yang bererti meminta pertolongan dan Tabarruk (‫ )تبرك‬yang bererti bagi tujuan memperoleh keberkatan. Ada diterangkan di dalam kitab Fadhail Al-Quran karangan 'Allamah Rais AlMuhadditsin Hadhrat Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi Rahmatullah 'Alaih pada Bahagian Kedua dalam mensyarahkan Hadits Pertama bahawa telah dikatakan oleh sesetengah Asfiya bahawa segala apa yang terkandung di dalam KitabKitab Allah yang terdahulu adalah dimasukkan ke dalam Surah Al-Fatihah, dan juga apa yang terkandung di dalam Al-Fatihah adalah terkandung di dalam Bismillah, dan apa yang terdapat di dalam Bismillah adalah terkandung pada huruf pertamanya iaitu Ba (‫)ب‬. Sesetengah Asfiya mentafsirkannya dengan lebih mendalam lagi, bahawa apa sahaja yang terdapat pada Ba (‫ )ب‬adalah terkandung di dalam titik yang menggambarkan Keesaan Allah. Sesuatu itu tidak dapat dipecah-pecahkan sebagaimana titik tadi. Dan diterangkan juga bahawa huruf Ba (‫ )ب‬adalah penghujung yang menyelaras dan memberikan maksud pengesaan. Sesungguhnya matlamat yang terakhir ialah untuk mendatangkan pengesaan daripada seseorang hamba kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Hadhrat Imam Al-Qushairi Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan di dalam Tafsir Lataif Al-Isharat bahawa huruf Ba (‫ )ب‬di dalam ayat Bismillah (‫ )& ﺑسم‬adalah sebagai huruf Tadhzmin (‫ )تضمين‬yakni bagi menyatakan jaminan, bahawa dengan Allahlah telah terzahirnya segala ucapan yang bersifat baharu dan denganNyalah telah tercipta sekelian makhluk ciptaan. Dikatakan juga bahawa, Huruf Ba (‫ )ب‬yang terdapat pada permulaan Basmalah adalah dikenali sebagai Ba Isti'anah (‫ )إستعانة ﺑاﺀ‬yang bererti meminta pertolongan dan bantuan sokongan, bermakna bahawa seseorang hamba mencari bantuan Allah dalam perbuatan yang akan dilakukannya.Para Mufassirin mengatakan bahawa telah dihimpunkan oleh Allah sekelian 'Ilmu pengetahuan di dalam huruf Ba (‫ )الﺑاء‬yang bermaksud bahawa, "DenganKu telah berlaku apa yang telah berlaku dan denganKu akan berlaku apa yang akan berlaku, maka kewujudan sekelian alam adalah berserta denganKu dan tiadalah bagi segala sesuatu yang selainKu wujud secara hakiki melainkan dengan nama." 4

Futuhat An-Najihah Dan pengertian Majaz adalah makna perkataan golongan Sufi ketika mereka berkata:

‫ما نظرت شيا ً اال ورأيت & فيه او قﺑله‬ "Tiada daku memandang kepada sesuatu melainkan daku telah melihat Allah di dalamnya ataupun sebelumnya." Kenyataan ini adalah tersembunyi dalam makna sebuah sabdaan Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi Wasallam:

& ‫ال تسﺑوا الدھر فان الدھر ھو‬ "Janganlah kamu mencela Masa, kerana sesungguhnya Masa adalah Allah." Hadhrat Shah Rauf Ahmad Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan daripada Murshid beliau iaitu Hadhrat Qutub Al-Aqtab Khwajah Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu telah menyatakan bahawa, "Seluruh himpunan 'Ilmu pengetahuan adalah tercapai di dalam huruf Ba (‫)الﺑاء‬ daripada Bismillah (‫)& ﺑسم‬, bahkan ianya ada dalam titik Nuqtah pada huruf Ba (‫)ب‬." Hadhrat Shah Rauf Ahmad Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa, "Seluruh ilmu pengetahuan yang terhimpun di dalam satu titik Nuqtah secara zahirnya boleh juga diertikan dengan pengertian makna bahawa setiap garisan huruf Khat yang ditarik ketika penulisannya adalah bermula dan berdasarkan titik Nuqtah bahkan menjadi sebagai permulaan. Apabila ditarik daripada titik Nuqtah tersebut maka rupabentuk garisan Khat tersebut dapat diikhtiarkan. Maka dapatlah diambilkan ibarat daripada ilmu penulisan Khat dan ianya berada di dalam titik Nuqtah." Hadhrat Maulana Sayyid Zafar Hasan Amruhi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan dalam Tafsirnya bahawa Bismillahir-Rahmanir-Rahim kesemuanya berjumlah sembilan belas huruf yang mana di dalamnya terkandung seluruh isi kandungan Al-Quran. Beliau telah menukilkan daripada mafhum perkataan Amir AlMukminin Hadhrat Sayyidina 'Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu bahawa, "Apa sahaja yang terkandung di dalam Al-Quran adalah terkandung di dalam Surah Al-Fatihah dan apa yang terkandung di dalam Al-Fatihah adalah terkandung di dalam Bismillah dan apa yang terkandung di dalam Bismillah kesemuanya ada terkandung di dalam huruf Ba Bismillah dan apa yang terkandung di dalam Ba Bismillah adalah terkandung di dalam titik Nuqtah yang berada di bawah huruf Ba dan daku adalah titik Nuqtah tersebut yang berada di bawah huruf Ba."

5

Futuhat An-Najihah Daripada petunjuk yang dikhabarkan oleh Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu, Para Mufassirin telah memberikan berbagai-bagai huraian. Hadhrat Maulana Sayyid Imdad Husin Kazimi Rahmatullah 'Alaih, seorang dari kalangan Mufassirin golongan Syi'ah yang terkemudian telah mengemukakan sebuah huraiannya yang menarik seperti berikut, bahawa pada mensyarahkan tentang titik Nuqtah ini beliau telah mensarankan supaya membaca sebuah buku karangan Edward Clodd berjudul "Story Of The Alphabet" yang menyatakan punca pengambilan dan pembentukan huruf-huruf Hijaiyyah atau Tahajji. Beliau ada menyatakan bahawa penduduk Qainuqiyah dan penduduk Mesir pada masa yang lampau telah mengadakan hubungan perdagangan dan sebagai langkah untuk memahami komunikasi antara satu sama lain mereka telah menetapkan beberapa isyarat yang mana kemudiannya telah membentuk huruf-huruf Tahajji. Sebagai contoh bagi menyatakan mata, mereka telah melakarkan garisan yang berupa mata yang hampir menyamai huruf 'Ain (‫)ع‬. Dalam bahasa 'Arab, 'Ain (‫ )عين‬adalah bermakna mata. Huruf Jim (‫ )ج‬bermaksud unta kerana bentuk huruf ini adalah diambil dari bentuk unta. Jamal (‫ )جمل‬adalah bermakna unta dalam bahasa 'Arab dan Jim (‫ )جيم‬juga adalah membawa makna unta di dalam bahasa 'Ibrani. Rupabentuk huruf Jim (‫ )ج‬ini adalah seperti keadaan seekor unta yang sedang duduk manakala titik Nuqtah adalah menunjukkan kepada pemilik unta yang mengenderainya. Begitu juga huruf Syin (‫ )ش‬bermaksud Shajar (‫ )شجر‬iaitu pokok yang terdapat haiwan menetap dan hinggap di atasnya. Begitu juga dengan huruf Ba (‫)ب‬ yang bermaksud Bait (‫ )ﺑيت‬yakni rumah dan titik Nuqtah yang berada di bawah huruf Ba (‫ )ب‬bermaksud kepada pemilik rumah yang berada pada Bab (‫ )ﺑاب‬iaitu pintu rumah tersebut. Maka, apa yang dapat difahami daripada keterangan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu bahawa segala apa yang terkandung di dalam Al-Quran adalah terkandung pada permulaan huruf Ba (‫ )ب‬dalam (‫)& ﺑسم‬, yakni sebuah rumah yang terdapat pintu dan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu diibaratkan sebagai orang yang berada pada pintu tersebut. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda yang mafhumnya,

‫أنا مدينة العلم و عليٌّ ﺑاﺑھا‬ Ana Madinatul-'Ilmi Wa 'Aliyyun Babuha. "Daku adalah Kota 'Ilmu dan 'Ali adalah pintunya."

Dan mafhum sabdaannya lagi,

‫أنا دار الحكمة و عليٌّ ﺑاﺑھا‬ Ana Darul-Hikmati Wa 'Aliyyun Babuha. 6

Futuhat An-Najihah "Daku adalah Rumah 'Ilmu Hikmah dan 'Ali adalah pintuya." Apa yang diperjelaskan daripada keterangan ini ialah bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah seumpama kota bagi seluruh ilmu pengetahuan Al-Quran dan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu adalah diumpamakan sebagai penjaga pintu kota tersebut. Maka, adalah lazim bagi mereka yang ingin menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan Al-Quran bahawa mereka hendaklah masuk ke dalam kota atau rumah 'Ilmu Hikmah tersebut menerusi pintunya. Jangan sekali-kali datang dari arah yang membelakanginya kerana kerana mereka yang datang secara demikian adalah dianggap sebagai biadab dan pencuri. Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 189:

ÏΒ šVθãŠç6ø9$# (#θè?ù's? βr'Î/ •É9ø9$# }§øŠs9uρ 3 Ædkysø9$#uρ Ĩ$¨Ψ=Ï9 àM‹Ï%≡uθtΒ }‘Ïδ ö≅è% ( Ï'©#ÏδF{$# Çtã štΡθè=t↔ó¡o„ * ∩⊇∇∪ šχθßsÎ=øè? öΝà6¯=yès9 ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 $yγÎ/≡uθö/r& ôÏΒ šVθã‹ç7ø9$# (#θè?ù&uρ 3 4†s+¨?$# ÇtΒ §É9ø9$# £Å3≈s9uρ $yδÍ‘θßγàß Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan bagi ibadat Haji, dan bukanlah kebajikan memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yang bertaqwa, dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung." Pada masa Jahiliyah, orang-orang yang berihram di waktu haji, mereka memasuki rumah dari belakang dan bukan dari hadapan. Hal ini telah ditanyakan pula oleh Para Sahabat Radhiyallahu 'Anhum kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, lalu diturunkanlah ayat ini. Untuk menghasilkan ilmu-ilmu pengetahuan dan rahsia-rahsia yang dalam berkenaan isi kandungan Al-Quran hendaklah kita menempuhinya melalui pintunya kerana tanpa menuruti laluan pintu tersebut kita sekali-kali tidak akan dapat memperolehi limpahan 'Ilmu Pengetahuan yang sempurna daripada Al-Kitab Al-Quran. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Ar-Ra'd ayat 43:

ãΝù=Ïæ …çνy‰ΨÏã ôtΒuρ öΝà6uΖ÷3t/uρ Í_ø‹t/ #J‰‹Îγx© «!$$Î/ 4’s∀Ÿ2 ö≅è% 4 Wξy™öãΒ |Mó¡s9 (#ρãxx. šÏ%©!$# ãΑθà)tƒuρ É=≈tGÅ3ø9$# Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul." Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu dan antara orang yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab." 7

Futuhat An-Najihah Menurut tafsiran golongan Syiah, "Orang yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab" adalah merujuk kepada Hadhrat Sayyidina 'Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu. Manakala menurut Hadhrat Imam At-Tabari Rahmatullah 'Alaih dan kebanyakan tafsiran golongan Sunnah bahawa antara mereka yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab adalah Hadhrat 'Abdullah Bin Salam, Hadhrat Salman Al-Farisi dan Hadhrat Tamim Ad-Dari Radhiyallahu Ta'ala 'Anhum sepertimana yang diriwayatkan daripada Hadhrat Muhammad Bin 'Abdul A'la Rahmatullah 'Alaih, meriwayatkan daripada Hadhrat Muhammad Bin Tsaur Rahmatullah 'Alaih yang meriwayatkannya dari Hadhrat Qatadah Radhiyallahu 'Anhu:

: ‫ ومن عنده علم الكتاب قال‬: ‫ ثنا محمد ﺑن ثور عن قتادة‬: ‫حدثنا محمد ﺑن عﺑد األعلى قال‬ ‫كان منھم عﺑد & ﺑن سالم وسلمان الفارسي وتميم الداري‬ Tafsiran yang masyhur dikalangan Para Mufassirin Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa "Orang yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab" adalah Para 'Ulama Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani yang telah memeluk Agama Islam.

8

Futuhat An-Najihah

FASAL KEDUA: BISMI (ِ‫)بِسْم‬ Kalimah "Bismi" (ِ‫ )ﺑِسْم‬asalnya adalah Bi Ismi (ِ‫)ﺑِإسْم‬. Huruf Alif (‫ )إ‬telah dilenyapkan kerana kekerapan penggunaannya. Bagi menggantikan huruf Alif, tulisan huruf Ba (‫)ب‬ hendaklah dipanjangkan bagi menzahirkan keagungan dan kemuliaannya sebagai Kitab Allah. Hadhrat Imam Baghawi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam kitab Tafsirnya yang berjudul Mu'allim At-Tanzil yang masyhur sebagai Tafsir Baghawi telah meriwayatkan dari Hadhrat 'Umar Bin 'Abdul 'Aziz Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu bahawa beliau pernah berkata: "Huruf Ba (‫ )ب‬hendaklah dituliskan panjang, huruf Sin (‫ )س‬hendaklah dizahirkan dan huruf Mim (‫ )م‬hendaklah dibulatkan." Ba (‫ )ب‬adalah Harf Jarr dan kalimah Isim katanama yang datang sesudahnya adalah sebagai Majrur. Apabila bertemu Jarr dan Majrur, ianya akan bertakluk sama ada dengan sesuatu kalimah Isim ataupun kalimah Fi'il. Di kalangan Para 'Ulama Nahwu terdapat dua pendapat dalam mentaqdirkan Muta'alliq (‫ )متعلق‬dengan huruf Ba (‫ )ب‬pada Bismillah (‫)& ﺑسم‬. Pendapat pertama mengatakan bahawa Taqdir Muta'alliq huruf Ba (‫ )ب‬adalah dengan Isim katanama iaitu,

‫ﺑسم & اﺑتدائي‬ Dengan Nama Allah permulaanku. Dan berdalilkan Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Hud,

∩⊆⊇∪ ×ΛÏm§‘ Ö‘θàtós9 ’În1u‘ ¨βÎ) 4 !$yγ8y™öãΒuρ $yγ11øgxΧ «!$# ÉΟó¡Î0 $pκ6Ïù (#θç7Ÿ2ö‘$# tΑ$s%uρ * Dan Hadhrat Nabi Nuh 'Alaihissalam berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut: Dengan Nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Surah Hud 11:41] Manakala pendapat yang kedua dari kalangan 'Ulama Nahwu mengatakan bahawa Taqdir Muta'alliq (‫ )متعلق تقدير‬bagi huruf Ba (‫ )ب‬adalah dengan Fi'il Amar (‫)أمر فعل‬ ataupun Jumlah Fi'iliyyah Khabariyyah (‫ )خبرية فعلية جملة‬seperti berikut,

& ‫أﺑدأ ﺑسم‬ Daku memulakan dengan Nama Allah.

9

Futuhat An-Najihah Berdalilkan firman Allah Ta'ala,

∩⊇∪ t,n=y{ “Ï%©!$# y7În/u‘ ÉΟó™$$Î/ ù&tø%$# Bacalah dengan menyebut Nama Tuhanmu yang telah menciptakan. [Al-'Alaq 96:1] Kedua-dua pendapat ini adalah benar kerana di dalam Fi'il (‫ )فعل‬katakerja sudah pasti mengandungi Masdar (‫ )مصدر‬katadasar. Maka, dengan mentaqdirkan Fi'il katakerja, ianya akan merangkumi segala bentuk amal perbuatan samada ketika berdiri atau duduk atau makan atau minum atau membaca Al-Quran atau mengambil Wudhu atau mengerjakan Solat. Justeru, telah disyari'atkan berzikir menyebut Nama Allah pada permulaan sekelian amal perbuatan mahupun pekerjaan bagi menghasilkan keberkatan dan bantuanNya atas maksud kesempurnaan dan penerimaan dari sisiNya. Hadhrat Imam Mawardi Rahmatullah 'Alaih di dalam Tafsirnya telah mengemukakan suatu Ikhtilaf perselisihan pendapat di kalangan Para 'Ulama Nahwu Bahasa 'Arab berkenaan kalimah Bismi (‫)ﺑسم‬. Hadhrat Abu 'Ubaidah dan para pengikutnya berpendapat bahawa ianya merupakan Silah Zaidah (‫ )صلة زائدة‬yakni sebagai suatu kata penghubung tambahan kerana yang dimaksudkan adalah Allahu Ar-Rahmanu Ar-Rahimu (‫)&ُ الرحمنُ الرحي ُم‬. Atas pendapat ini terdapat dua perselisihan pendapat. Pendapat pertama dari Hadhrat Imam Qatrab Rahmatullah 'Alaih berkata bahawa Silah Zaidah (‫ )صلة زائدة‬ini adalah bertujuan sebagai mengagungkan kebesaran ingatan terhadap ZatNya supaya terdapat perbezaan menerusinya antara mengingati ZatNya dan mengingati yang selainNya dari kalangan makhluk ciptaanNya. Pendapat kedua pula dari Hadhrat Imam Al-Akhfash Rahmatullah 'Alaih yang mengatakan bahawa ianya adalah bagi mengeluarkan hukum Al-Qasam (‫ )القسم‬yakni sumpah bagi maksud memperolehi keberkatan. Jumhur Para 'Ulama Nahwu menyatakan bahawa Bismi (‫ )ﺑسم‬adalah merupakan antara maksud yang asal dan bukan sekadar kata penghubung. Telah timbul Ikhtilaf perselisihan pendapat berkenaan makna kemasukan huruf Ba (‫ )ب‬pada Isim (‫)إسم‬. Adakah ia masuk atas pengertia makna Amar (‫ )األمر‬atau Khabar (‫ ?)الخﺑر‬Atas perselisihan ini ada dua pendapat. Pendapat pertama dari Hadhrat Imam Al-Farra Rahmatullah 'Alaih mengatakan bahawa ianya masuk atas pengertian makna Amar (‫ )األمر‬dan Taqdirnya ialah:

‫اﺑدؤوا ﺑسم & الرحمن الرحيم‬ "Mulakanlah dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih".

10

Futuhat An-Najihah Pendapat kedua dari Hadhrat Imam Zujjaj Rahmatullah 'Alaih mengatakan bahawa ianya berada atas makna Khabar (‫ )الخﺑر‬dan sebagai Taqdirnya adalah:

‫ﺑدأت ﺑسم & الرحمن الرحيم‬ "Daku telah memulakan dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih". Dihazafkan Alif Wasal (‫ )ألف الوصل‬dengan mencantumkan huruf Ba (‫ )ب‬dengan Isim (‫ )إسم‬pada lafaz dan tulisan kerana banyak digunakan sepertimana telah dihazafkan Alif Madd (‫ )مد الف‬pada Ar-Rahman (‫)الرحمن‬. Namun demikian, huruf Alif (‫)إ‬ pada Isim (‫ )إسم‬sama sekali tidak dihazafkan tulisannya seperti yang termaktub dalam Surah Al-'Alaq kerana ianya kurang dipergunakan,

∩⊇∪ t,n=y{ “Ï%©!$# y7În/u‘ ÉΟó™$$Î/ ù&tø%$# "Bacalah! Dengan menyebut Nama Tuhanmu yang telah menciptakan. [Al-'Alaq:1] Hadhrat Mansur Bin 'Abdullah Rahmatullah 'Alaih berkata bahawa beliau telah mendengar Hadhrat Abu Al-Qasim Al-Iskandari Rahmatullah 'Alaih berkata bahawa beliau telah mendengar Hadhrat Abu Ja'afar Rahmatullah 'Alaih meriwayatkan dari Hadhrat 'Ali Bin Al-Qasim Musa Ar-Ridhza Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari ayahandanya Hadhrat Al-Qasim Musa Ar-Ridhza 'Alaihissalam dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Imam Ja'afar Bin Muhammad As-Sadiq Radhiyallahu 'Anhu telah berkata mengenai "Bismi" (‫ )ﺑسم‬bahawa, "Huruf Ba (‫ )ب‬adalah BaqaNya (‫ )ﺑقاﺀه‬yakni KekekalanNya dan huruf Sin (‫)س‬ adalah AsmaNya (‫ )أسمآﺀه‬yakni Nama-NamaNya dan huruf Mim (‫ )م‬adalah MulkNya (‫ )ملكه‬yakni KerajaanNya. Jesteru, Iman seorang Mukmin adalah zikirnya dengan KekekalanNya, dan khidmat seorang Murid adalah zikirnya dengan AsmaNya, dan seorang yang 'Arif tentang sebuah kerajaan adalah zikirnya dengan mengingati Raja yang memilikinya." Beliau juga telah diriwayatkan sebagai berkata berkenaan Bismi (‫)ﺑسم‬, bahawa ianya tertera dengan tiga huruf iaitu Ba (‫)ب‬, Sin (‫ )س‬dan Mim (‫)م‬. Maka huruf Ba (‫)ب‬ adalah bermaksud Bab An-Nubuwwah (‫ )النبوة ﺑاب‬yakni Pintu Kenabian. Dan huruf Sin (‫ )س‬adalah Sirr An-Nubuwwah (‫ )النبوة سر‬yakni Rahsia Kenabian yang mana Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menerangkan rahsianya kepada golongan Khawas dari kalangan Ummatnya. Dan huruf Mim (‫)م‬ adalah bermaksud Mamlikah Ad-Din (‫ )الدين مملكة‬yakni Kerajaan Agama yang telah dikurniakannya sebagai nikmat kepada hamba-hambaNya yang berkulit putih mahupun yang berkulit hitam. Menurut Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 11

Futuhat An-Najihah 'Alaih berkenaan kalimah Bismillah (& ‫)ﺑسم‬, bahawa huruf Ba (‫ )الﺑاء‬sudah menjadi adat baginya mengkebawahkan baris kalimah yang datang sesudahnya sebagaimana Harf Min (‫ )من‬yang bererti "dari" dan 'An (‫ )عن‬yang bererti "daripada", manakala Muta'alliq bagi huruf Ba (‫ )الﺑاء‬ini adalah tersembunyi bagi menunjukkan kesempurnaan jumlah Al-Kalam (‫ )الكالم‬pada ayat tersebut. Taqdir baginya adalah:

& ‫أﺑدأ ﺑسم‬ Daku memulakan dengan Nama Allah. Ataupun:

& ‫ ﺑسم‬:‫قل‬ Katakanlah: Dengan Nama Allah. Dan digugurkan huruf Alif (‫ )ا‬dari Ismi (‫ )اسم‬sebagai menuntut keringanan terhadap penggunaannya dan kerana penggunaannya yang banyak, maka hendaklah dipanjangkan huruf Ba (‫)ب‬. Menurut Hadhrat Imam Al-Qutaibi Rahmatullah 'Alaih ianya adalah supaya pembukaan Kalam bagi Kitab Allah dimulakan dengan huruf yang agung. Hadhrat Imam As-Sullami Rahmatullah 'Alaih seorang Mufassir yang telah mengarang kitab Tafsirnya yang berjudul Haqaiq At-Tafsir ada menukilkan dari Hadhrat Abu Al-Qasim Al-Hakim Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan bahawa ayat "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" (‫ )ﺑسم & الرحمٰن الرحيم‬adalah mengisyaratkan kepada kasihsayang Allah pada segala permulaan. Beliau juga telah menghikayatkan daripada Hadhrat Al-'Abbas Bin 'Ata Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa, huruf Ba (‫)ب‬ adalah Al-Birru (‫ )البر‬yakni Kebaikan Allah terhadap Ruh-Ruh Para Nabi dengan ilham Kerasulan dan Kenabian. Huruf Sin (‫ )س‬adalah As-Sirru (‫ )السر‬yakni RahsiaNya berserta dengan Ahli Ma'rifat menerusi ilham untuk bertaqarrub mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala dengan hati yang jinak. Huruf Mim (‫ )م‬adalah bermaksud Al-Minnah (‫)المنة‬ yakni penganugerahan kebaikan yang berupa Nikmat dan RahmatNya atas sekelian Para HambaNya yang berkehendak menuju kepadaNya dengan pandangan Rahmat dan Kasih SayangNya yang berterusan. Hadhrat Abu Bakar Bin Tahir Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa huruf Ba (‫ )ب‬adalah Rahsia Allah berserta dengan golongan Para 'Arifin dan huruf Sin (‫ )س‬adalah As-Salam (‫ )السالم‬yakni Kesejahteraan dan Keselamatan ke atas mereka dan huruf Mim (‫ )م‬adalah Mahabbah (‫ )محبة‬yakni CintaNya terhadap mereka.

12

Futuhat An-Najihah Dalam Tafsir 'Arais Al-Bayan Fi Haqaiq Al-Quran karangan Hadhrat Imam AlBaqili Rahmatullah 'Alaih seorang Mufassir pada Marhalah awal ada menyatakan tafsiran berkenaan Bismi (‫)ﺑسم‬. Menurut beliau, bahawa huruf Ba (‫ )ب‬adalah penyingkapan Baqa (‫ )ﺑقاﺀ‬bagi Ahli Fana. Dan huruf Sin (‫ )س‬adalah penyingkapan ketinggian darjat yang suci bagi Ahli Uns iaitu ruh-ruh yang jinak. Dan huruf Mim (‫)م‬ adalah penyingkapan Alam Malakut bagi Ahli Nu'ut yang sifat kelakuannya baik. Dan menurut beliau juga bahawa huruf Ba (‫ )ب‬adalah BirrNya (‫ )ﺑره‬yakni KebaikanNya bagi golongan Umum. Dan huruf Sin (‫ )س‬adalah SirrNya (‫ )سره‬yakni RahsiaNya bagi golongan Khawas. Dan huruf Mim (‫ )م‬adalah MahabbatNya (‫ )محبته‬yakni KecintaanNya terhadap golongan Khusus Al-Khusus. Dan menurut beliau juga bahawa huruf Ba (‫ )ب‬bermaksud Badwu Al-'Ubudiyah (‫ )ﺑدو العﺑودية‬yakni Lapangan Pengabdian dan huruf Sin (‫ )س‬bermaksud Sirr ArRububiyah (‫ )سِ رّ الرﺑوﺑية‬yakni Rahsia Ketuhanan dan huruf Mim (‫ )م‬bermaksud Mannuhu (‫ )منه‬yakni PengurniaanNya yang bersifat azali terhadap Para Ahli Sufi yang senantiasa mensucikan diri. Beliau juga telah menyatakan bahawa, huruf Ba (‫ )ب‬daripada Bismi (‫ )ﺑسم‬bermaksud: "Dengan KeelokkanKu, telah Baqa ruh-ruh Para 'Arifin dalam lautan keagungan." Huruf Sin (‫ )س‬daripada Bismi (‫ )ﺑسم‬bermaksud: "Dengan Ketinggian DarjatKu, telah Ku racuni dengan rahsia-rahsia Para Sabiqin dalam udara kerinduan." Huruf Mim (‫ )م‬daripada Bismi (‫ )ﺑسم‬bermaksud: "Dengan KemuliaanKu, telah Aku datangkan berbagai penghasilan pada hati orang-orang yang berpenghasilan dengan cahaya-cahaya Musyahadah. Dan telah diriwayatkan dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

‫إنَّ الﺑاء ﺑھاؤه والسين سناؤه والميم مجده‬ "Sesungguhnya huruf Ba (‫ )الباﺀ‬adalah BahaNya (‫ )ﺑھاؤه‬yakni Keelokan Allah dan huruf Sin (‫ )السين‬adalah SanaNya (‫ )سناؤه‬yakni Ketinggian Darjat Allah dan huruf Mim (‫ )الميم‬adalah MajduNya (‫ )مجده‬yakni Kemuliaan Allah." Dinukilkan daripada tafsiran Hadhrat Khwajah 'Abdullah Ansari Rahmatullah 'Alaih, bahawa menurut kalangan Ahli 'Irfan iaitu gologan yang melihat dengan pandangan batin terhadap kesucian 'Ilmu Allah yang suci, bahawa huruf Ba (‫ )ب‬adalah bermaksud kebaikan, kecantikan, keindahan, keayuan, kejelitaan, keelokan dan kemerduan di sisi Allah. Huruf Sin (‫ )س‬bermaksud keindahan, kehebatan dan kemegahan di sisi Allah. Huruf Mim (‫ )م‬bermaksud penguasaan penuh, pemilikan, kemahiran, keahlian, kepandaian, kemenangan yang sempurna di sisi Allah. Menurut Ahli Ma'rifah iaitu golongan yang berilmu pengetahuan tentang pendekatan terhadap Allah, bahawa huruf Ba (‫ )ب‬bermaksud keindahan Tauhid, huruf 13

Futuhat An-Najihah Sin (‫ )س‬bermaksud kemegahan yang kekal dan huruf Mim (‫ )م‬bermaksud penguasaan penuh ke atas kesucian. Menurut Ahli Zauq iaitu golongan yang merasa dengan perasaan batin, bahawa huruf Ba (‫ )ب‬adalah bermaksud kebaikan yang umum terhadap mereka yang bersahabat dengan Allah. Huruf Sin (‫ )س‬bermaksud rahsia orang-orang yang mensucikan diri. Huruf Mim (‫ )م‬bermaksud kebaikan yang khusus terhadap mereka yang mendekatkan diri kepada Allah. Huruf Ba (‫ )ب‬juga bermaksud KebaikanNya secara umum dengan Para HambaNya, huruf Sin (‫ )س‬bermaksud RahsiaNya dengan Para KekasihNya dan huruf Mim (‫ )م‬bermaksud KemurahanNya yang khusus dengan Para Pengharap yang sentiasa berharap padaNya. Secara lazimnya huruf Ba (‫ )ب‬membawa makna dalam, dari, dengan dan sumpah. Ism (‫ )اسم‬adalah nama. Sesuatu itu dapat difahami menerusi namanya. Bagaimanakah untuk kita membezakan zat, sifat dan nama seseorang atau sesuatu dengan yang selainnya? Zat adalah diri kekal yang berdiri sendiri dan dapat menerima beberapa keadaan sifat seperti kertas yang putih. Warna putih adalah sifat bagi zat kertas dan warna hitam adalah sifat bagi zat dakwat pena. Sifat adalah sesuatu yang sementara dan tidak didapati secara tetap pada sesuatu zat kekal. Contohnya, warna putih adalah sementara dan didapatinya pada kertas yang kita anggapkan sebagai zat kekal. Ism (‫ )اسم‬adalah nama yang merangkumi Zat dan Sifat Yang Maha Pemurah iaitu Ar-Rahman yang bererti Pemilik Rahmat, bahawa Dialah Zat Yang Memiliki Segala Rahmat. Maka, Allah adalah Zat Diri Kekal yang bersifat dengan Sifat Ar-Rahman iaitu Yang Maha Pemurah. Rahman dan Rahim adalah sifat-sifat Allah. Rahman adalah bersifat umum manakala Rahim adalah bersifat khusus.

14

Futuhat An-Najihah

FASAL KETIGA: AL-ISMU ( ُ‫) اإلِسْم‬ Kalimah "Al-Ismu" (ُ‫ )اإلِسْم‬adalah Isim Mushtaq (‫ )مشتق إسم‬yakni kata terbitan yang terbit dari kata dasar Isim Masdar (‫ )إسم مصدر‬iaitu Simwun (ٌ‫ )سِمْو‬sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Hadhrat Qadhi Tsanaullah Panipati Rahmatullah 'Alaih di dalam kitab tafsirnya yang berjudul Tafsir Mazhari. Kata Masdar tersebut berada pada timbangan wazan Fi'lun (ٌ‫ )فِعْل‬iaitu tanda baris Kasrah (‫ )كسرة‬pada Fa (‫ )ف‬dan tanda baris Sukun (‫ )سكن‬pada 'Ain (‫ )ع‬seperti 'Ilmun (ٌ‫ )عِلْم‬ataupun As-Sumuwwu (ُّ‫ )السُّمُو‬yang bermaksud Al-'Uluwwu ( ُّ‫ ) العُلُو‬sebagai menurut pendapat Para 'Ulama Basrah kerana terdapat Sighah (‫ )صيغة‬sebutan terbitan baginya iaitu Summiya (َ‫ )سُمِّي‬dan juga terdapat Summiitu (ُ‫ )سُمِّيْت‬yang terbit sebagai dalil bagi menunjukkan bahawa terdapat asal perkataan baginya. Manakala menurut pendapat 'Ulama Kufah pula telah menyatakan bahawa ianya terbit dari kata dasar Al-Wasmu (‫)الوَسْم‬. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa ianya berasal daripada kata Masdar Usmun (ٌ‫)اُسْم‬, Simun (ٌ‫)سِم‬, Sumun (ٌ‫ )سُم‬dan Wasmun (ٌ‫ )وَسْم‬seperti yang telah dinyatakan di dalam kitab Tafsir Al-Quran tanpa titik karangan Hadhrat Abu Al-Fadhzal Faidhzi yang berjudul Tafsir Sawati' Al-Ilham. Berkenaan kalimah Isim, terdapat empat kalimah yang dikaitkan sebagai asal baginya iaitu Ismun (‫ )اسم‬dengan Kasrah pada Alif, dan Usmun (‫ )اسم‬dengan Dhzammah pada Alif, Sumun (‫ )سم‬dengan Dhzammah pada Sin, dan Simun (‫ )سِ م‬dengan Kasrah pada Sin. Mereka yang memberikan Dhzammah pada Alif di permulaan telah menjadikannya daripada Suma Yasmu (‫ )سما يسمو‬dengan mengambil contoh daripada Du'a Yad'u (‫)دعا يدعو‬. Mereka yag memberikan Kasrah padanya telah menjadikan kalimah tersebut daripada Samiya Yasma (‫مي َيسْ َمى‬ َ ‫ ) َس‬seperti contoh Radhiya Yardha (‫ضى‬ َ ْ‫)رضِ َي َير‬. َ Menurut Hadhrat Ibnu Kisan Rahmatullah 'Alaih bahawa ianya berasal dari perkataan Sumwun ( ٌ‫ )سُمْ و‬atau Simwun ( ٌ‫ )سِ مْ و‬atas Wazan timbangan Fu'lun (‫ )فُعْ ٌل‬dan Fi'lun (‫)فِعْ ٌل‬. Kemudian dilenyapkan huruf Waw bagi menipiskannya sebagai memenuhi tuntutan kekerapan penggunaannya. Apabila berubah pada akhir kalimah dan bukan pada awal kalimah dengan Sukun, maka diperlukan huruf Alif Wasal bagi menghubungkannya dengan bunyi sebutan Sukun iaitu pada huruf Sin, lalu menjadikannya sebagai Ismun (‫)اسم‬. Telah timbul Iktilaf perselisihan pendapat pada memberikan Kasrah pada huruf Alif yang ditambah. Satu golongan berpendapat bahawa apabila huruf yang ditambah itu adalah Sakin iaitu berbaris Sukun dan huruf sesudahnya juga adalah Sakin, maka diberikan Kasrah pada huruf tambahan itu kerana pertemuan Dua Sukun. Segolongan yang lain berpendapat bahawa setiap huruf yang ditambah hendaklah diberikan Kasrah.

15

Futuhat An-Najihah Ismun (‫ )اسم‬di sisi 'Ulama Basrah adalah Isim Mushtaq yakni terbit daripada AsSimwu (‫ )السمو‬yag bermakna Al-'Ulwu (‫ )العلو‬dengan memberikan dalil bahawa Tasghir bagi kalimah tersebut adalah Sumayyu (‫)سمي‬. Maka dikembalikan huruf Lam yang dilenyapkan kepada asalnya dan dikembalikan huruf Sin kepada baris harkatnya kerana Tasghir dan Jama' menghendakkan sesuatu itu dikembalikan kepada keadaan asalnya. Dan telah berkata Ulama Kufah bahawa ianya merupakan Mushtaq terbitan daripada As-Simatu (‫ )السمة‬yang bermakna Al-'Alamat (‫ )العالمة‬yakni suatu tanda, kerana yang empunya tanda tersebut dapat dikenali dengan nama tanda tersebut. Menurut Hadhrat Imam Mawardi Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (‫ )االسم‬yakni katanama adalah kalimah yang menunjukkan ke atas kewujudan sesuatu yang dinamakan sebagai suatu dalil isyarat, manakala As-Sifat (‫ )الصفة‬yakni katasifat adalah kalimah yang menunjukkan ke atas sesuatu yang disifatkan sebagai suatu dalil kenyataan yang memberikan faedah. Apabila kita menjadikan sesuatu Katasifat (‫)الصفة‬ sebagai Katanama (‫ )االسم‬ianya akan menunjukkan atas dua perkara iaitu sebagai isyarat dan sebagai sesuatu kenyataan yang berfaedah. Terdapat perselisihan pendapat pada Ishtiqaq Al-Ismi (‫ )اشتقاق االسم‬yakni sumber terbitan kalimah Al-Ismu (‫ )االسم‬atas dua pendapat. Pendapat pertama oleh Hadhrat Imam Al-Farra Rahmatullah 'Alaih menyatakan bahawa kalimah Al-Ismu (‫ )االسم‬adalah terbit daripada kalimah As-Simatu (‫ )السمة‬dalam bentuk Isim Ma'rifah (‫ )معرفة اسم‬atau kalimah Simatun (‫ )سمة‬dalam bentuk Isim Nakirah (‫ )نكيرة اسم‬dan ianya bermakna Al'Alamat (‫ )العالمة‬kerana di dalam kalimah Al-Ismu terdapat pembezaan bagi sesuatu yang dinamakan. Pendapat kedua menyatakan bahawa ianya terbit dari kalimah As-Simwu (‫)السمو‬ yang bermaksud Ar-Raf'atu (‫ )الرفعة‬yakni pengangkatan ke tempat yang tinggi. Oleh kerana Al-Ismu (‫ )االسم‬dinamakan dengan Zat yang diberikan Nama, maka yang demikian itu telah mengangkat martabatNya ke tempat tertinggi dari segala yang selainNya. Ini merupakan pendapat Hadhrat Imam Al-Khalil dan Hadhrat Imam Zujjaj Rahmatullah 'Alaihima. Hadhrat Ibnu 'Arabi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam Tafsir AlQuran karangannya bahawa, Isim (‫ )اسم‬katanama bagi sesuatu adalah apa yang dapat diketahui menerusinya. Maka, Nama-Nama Allah Ta'ala adalah merupakan sifat bagi kepelbagaian jenis rupabentuk yang menunjukkan dalil atas segala Sifat-Sifat Allah dan ZatNya dengan pengkhususan bagi DiriNya yang Maha Ghaib. Dan dengan kewujudanNya adalah atas kehendak KemegahanNya dan ketetapan ketentuanNya adalah atas tuntutan KeesaanNya. Oleh kerana menerusi penzahiranNya, maka dapatlah terhasil Ma'rifat mengenai DiriNya. Menurut Hadhrat Al-Junaid Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (‫ )اإلسم‬bermaksud bahawa, dengan cahaya kenikmatan Al-Haqq ke atas hati-hati golongan Ahli Ma'rifah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

16

Futuhat An-Najihah Adapun berkenaan masalah Al-Ismu (‫ )االسم‬ini, apakah ia sesuatu yang dinamakan ataupun bukan? Pada masalah ini terdapat tiga buah pendapat. Pendapat yang pertama mengatakan bahawa Al-Ismu (‫ )االسم‬adalah Al-Musamma (‫ )المسمى‬yakni diri zat yang dinamakan dan ini merupakan pendapat Hadhrat Abu 'Ubaidah Rahmatullah 'Alaih dan Hadhrat Imam Sibawaih Rahmatullah 'Alaih. Pendapat ini juga telah dipilih oleh Hadhrat Al-Baqilani Rahmatullah 'Alaih dan Hadhrat Ibnu Furak Rahmatullah 'Alaih. Telah berkata Hadhrat Imam Ar-Razi dan nama beliau adalah Muhammad Bin 'Umar yang juga dikenali sebagai Ibnu Khatib Ar-Ray Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan di dalam Muqaddimah pendahuluan Tafsirnya bahawa, golongan AlHashawiyyah dan Al-Karamiyyah dan Al-Ash'ariyyah mengatakan Al-Ismu (‫)االسم‬ adalah Nafs Al-Musamma (‫ )نفس المسمى‬yakni zat bagi yang dinamakan dan bukannya Nafs At-Tasmiyyah (‫ )غير نفس التسمية‬iaitu bukan zat bagi penamaan. Golongan AlMu'tazilah berkata bahawa Al-Ismu (‫ )االسم‬bukan bagi zat yang dinamakan bahkan ianya adalah Nafs At-Tasmiyyah (‫ )نفس التسمية‬yakni zat bagi penamaan. Pendapat yang dipilih oleh Hadhrat Imam Ar-Razi Rahmatullah 'Alaih ialah menganggap bahawa AlIsmu (‫ )االسم‬sebagai Ghair Al-Musamma (‫ )غير المسمى‬dan Ghair At-Tasmiyyah (‫)غير التسمية‬. Menurut Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (‫ )االسم‬adalah Al-Musamma (‫ )المسمى‬yakni merujuk kepada Zat yang dinamakan dan merupakan 'AinNya (‫ )عينه‬serta ZatNya (‫)ذاته‬. Sepertimana Firman Allah Ta'ala dalam Surah Maryam ayat 7:

∩∠∪ $wŠÏϑy™ ã≅ö6s% ÏΒ …ã&©! ≅yèøgwΥ öΝs9 4z?øts† …çµßϑó™$# AΟ≈n=äóÎ/ x8çÅe³u;çΡ $¯ΡÎ) !$−ƒÌŸ2t“≈tƒ Wahai Zakariya, Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu bahawa akan beroleh seorang putera namanya Yahya yang sebelumnya Kami belum pernah menjadikan orang yang serupa nama dengannya. [Maryam: 7] Allah telah mengkhabarkan bahawa sesungguhnya namanya ialah Yahya dan nama tersebut adalah merujuk kepada zat diri yang diberikan nama tersebut. Dan Allah Ta'ala telah berfirman dalam Surah Yusuf ayat 40,

ÈβÎ) 4 ?≈sÜù=ß™ ÏΒ $pκÍ5 ª!$# tΑt“Ρr& !$¨Β Νà2äτ!$t/#uuρ óΟçFΡr& !$yδθßϑçGøŠ£ϑy™ [!$yϑó™r& HωÎ) ÿϵÏΡρߊ ÏΒ tβρ߉ç7÷ès? $tΒ ∩⊆⊃∪ šχθßϑn=ôètƒ Ÿω Ĩ$¨Ζ9$# usYò2r& £Å3≈s9uρ ãΝÍh‹s)ø9$# ßÏe$!$# y7Ï9≡sŒ 4 çν$−ƒÎ) HωÎ) (#ÿρ߉ç7÷ès? ωr& ttΒr& 4 ¬! ωÎ) ãΝõ3ß⇔ø9$#

17

Futuhat An-Najihah Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya menyembah nama-nama yang kamu dan nenek moyang kamu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah Agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. [Yusuf: 40] Dan FirmanNya dalam Surah Al-A'la ayat 1,

∩⊇∪ ’n?ôãF{$# y7În/u‘ zΟó™$# ËxÎm7y™ Sucikanlah Nama Tuhan Pemeliharamu Yang Maha Tinggi. Dan FirmanNya dalam Surah Ar-Rahman ayat 78,

∩∠∇∪ ÇΠ#tø.M}$#uρ È≅≈n=pgø:$# “ÏŒ y7În/u‘ ãΛôœ$# x8t≈t6s? Maha Berkat Nama Tuhan Pemeliharamu Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan. Soal: Jika ada yang bertanya, apakah makna At-Tasmiyah daripada Allah untuk DiriNya? Jawab: Makna At-Tasmiyah daripada Allah untuk DiriNya adalah sebagai pengajaran kepada Para HambaNya tentang bagaimanakah tatacara memulakan pembacaan Kitab Suci AlQuran.

18

Futuhat An-Najihah

FASAL KEEMPAT: ALLAH ( ‫)ٱ‬ Pada mentafsirkan kalimah Allah (&). TakrifNya adalah:

‫ھو إسم لذات الواجب الوجود المستجمع ﺑجميع صفات الكمال و منزه عن كل نقص و زوال‬ Ia adalah nama bagi Zat Wajib Al-Wujud yang terhimpun dengan segala sifat yang sempurna dan suci daripada sebarang sifat kekurangan, kelemahan dan kebinasaan. Nama Allah (&) tidak boleh sama sekali diguna untuk menamakan sesuatu yang selain Allah Yang Maha Memiliki Keberkatan dan Ketinggian. Sebahagian 'Ulama Nahwu berpendapat bahawa lafaz Allah adalah Isim Jamid (‫ )جامد اسم‬iaitu katanama yang tidak terbit dari sebarang katadasar. Hadhrat Imam Al-Qurtubi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan pendapat tersebut daripada Jemaah Para 'Ulama. Antaranya ialah Hadhrat Imam Ash-Shafi'iy Rahmatullah 'Alaih, Hadhrat Imam Al-Khitabi Rahmatullah 'Alaih, Hadhrat Imam AlHaramain Rahmatullah 'Alaih, Hadhrat Imam Al-Ghazali Rahmatullah 'Alaih dan ramai lagi dari kalangan Para 'Ulama yang muktabar. Telah diriwayatkan daripada Hadhrat Imam Al-Khalil dan Hadhrat Imam Sibawaih Rahmatullah 'Alaihima bahawa, huruf Alif (‫ )ا‬dan Lam (‫ )ل‬pada kalimah Allah (&) adalah bersifat lazim seperti mana Alif Lam yang lain dan menganggap kalimah tersebut sebagai Isim Mushtaq (‫)مشتق اسم‬. Walaubagaimanapun sebagai menjawab, Hadhrat Al-Khitabi Rahmatullah 'Alaih telah berkata, "Apakah tidak kamu lihat bahawa kamu mengucapkan: Ya Allah (‫ )& يا‬dan tidak pula mengucapkan: Ya Ar-Rahman (‫ ?)الرحمن يا‬Jikalau Ia bukan dari kalimah yang asal maka mengapa boleh dimasukkan Harf Nida (‫ )نداﺀ حرف‬ke atas Alif dan Lam (‫"?)ال‬ Maka, dari perbahasan ini dapatlah diketahui bahawa bagi lafaz Allah (&) terdapat dua perbezaan pendapat pada menentukan sama ada ianya adalah Isim Jamid (‫ )جامد اسم‬iaitu katanama asal yang tidak terbit daripada sebarang katadasar ataupun Isim Mushtaq (‫ )مشتق اسم‬iaitu katanama terbitan yang terbit daripada sesuatu katadasar. Menurut Hadhrat Muhammad Bin Musa Al-Wasiti Rahmatullah 'Alaih, berkenaan lafaz Allah (j‫ )ٱ‬telah berkata bahawa, tiadalah seseorang hamba yang menyeru Allah dengan Nama dari Nama-NamaNya, melainkan untuk dirinya akan beroleh bahagian keuntungan kecuali Nama Allah (j‫)ٱ‬, kerana sesungguhnya Nama ini digunakannya hanya untuk menyeru terhadap Wahdaniyyah (‫ )وحدانية‬Keesaan Allah dan tiadalah bagi sesuatu kekurangan akan beroleh nasib keuntungan. Allah ( j‫ ) ٱ‬adalah Isim 'Alam ( ‫علم‬ ‫ )اسم‬yakni suatu katanama yang tepat ke atas Tuhan Pemelihara Yang Maha Memiliki Keberkatan dan Ketinggian.

19

Futuhat An-Najihah Adalah dikatakan bahawa Ianya merupakan Al-Ismu Al-A'zham (‫)األعظم اإلسم‬ yakni Nama Teragung kerana Ianya disifatkan dengan sekelian himpunan Sifat-Sifat. Sebagaimana yang telah dinyatakan menerusi FirmanNya di dalam Kitab Suci AlQuran pada Surah Al-Hasyar ayat 22 – 24:

Iω ”Ï%©!$# ª!$# uθèδ ∩⊄⊄∪ ÞΟŠÏm§9$# ß≈oΗ÷q§9$# uθèδ ( Íοy‰≈y㤱9$#uρ É=ø‹tóø9$# ÞΟÎ=≈tã ( uθèδ ωÎ) tµ≈s9Î) Iω “Ï%©!$# ª!$# uθèδ «!$# z≈ysö6ß™ 4 çÉi9x6tGßϑø9$# â‘$¬6yfø9$# Ⓝ͓yèø9$# Ú∅Ïϑø‹yγßϑø9$# ßÏΒ÷σßϑø9$# ãΝ≈n=¡¡9$# â¨ρ‘‰à)ø9$# à7Î=yϑø9$# uθèδ ωÎ) tµ≈s9Î) ’Îû $tΒ …çµs9 ßxÎm7|¡ç„ 4 4o_ó¡ßsø9$# â!$yϑó™F{$# ã&s! ( â‘Èhθ|Áßϑø9$# ä—Í‘$t7ø9$# ß,Î=≈y‚ø9$# ª!$# uθèδ ∩⊄⊂∪ šχθà2Îô³ç„ $£ϑtã ∩⊄⊆∪ ÞΟŠÅ3ptø:$# Ⓝ͕yèø9$# uθèδuρ ( ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# 22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Maharaja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. 24. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Terbaik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka, sekelian Nama-Nama Allah yang lain adalah merupakan Sifat bagi ZatNya sebagaimana FirmanNya dalam Surah Al-A'raf ayat 180,

∩⊇∇⊃∪ tβθè=yϑ÷ètƒ (#θçΡ%x. $tΒ tβ÷ρt“ôfã‹y™ 4 ϵÍׯ≈yϑó™r& þ’Îû šχρ߉Åsù=ムtÏ%©!$# (#ρâ‘sŒuρ ( $pκÍ5 çνθãã÷Š$$sù 4o_ó¡çtø:$# â!$oÿôœF{$# ¬!uρ Hanya milik Allah Nama-Nama Yang Terbaik, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Nama-Nama Yang Terbaik itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam menyebut Nama-NamaNya, kerana nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan Firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 110 dan Surah Taha ayat 8,

20

Futuhat An-Najihah Ÿωuρ y7Ï?Ÿξ|ÁÎ/ öyγøgrB Ÿωuρ 4 4o_ó¡çtø:$# â!$yϑó™F{$# ã&s#sù (#θããô‰s? $¨Β $wƒr& ( z≈uΗ÷q§9$# (#θãã÷Š$# Íρr& ©!$# (#θãã÷Š$# È≅è% ∩⊇⊇⊃∪ Wξ‹Î6y™ y7Ï9≡sŒ t÷t/ Æ>tFö/$#uρ $pκÍ5 ôMÏù$sƒéB Katakanlah Wahai Muhammad: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman, dengan Nama yang mana saja kamu seru, maka bagi DiriNya mempunyai Nama-Nama Yang Terbaik, dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam Solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".

∩∇∪ 4o_ó¡çtø:$# â!$yϑó™F{$# ã&s! ( uθèδ ωÎ) tµ≈s9Î) Iω ª!$# Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNya Nama-Nama Yang Terbaik. Di dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim ada dinukilkan sebuah Hadits dari Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

‫ تسعة وتسعين اسما مائة إال واحدا من أحصاھا دخل الجنة‬j ‫إن‬ "Sesungguhnya bagi Allah terdapat sembilan puluh sembilan Nama iaitu seratus kurang satu, barangsiapa yang menghitung-hitungNya nescaya dapat memasuki Syurga." Berkenaan jumlah Al-Asma Al-Husna (‫)الحسنى األسمآﺀ‬, terdapat Hadits yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Imam At-Tirmidzi dan Hadhrat Imam Ibnu Majah Rahmatullah 'Alaihima dan di antara kedua-dua riwayat tersebut ada terdapat perbezaan. Hadhrat Imam Ar-Razi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan dalam Tafsirnya daripada kenyataan sebilangan Para Masyaikh bahawa sesungguhnya bagi Allah Ta'ala ada lima ribu Nama. Seribu Nama ada dinyatakan di dalam Kitab Al-Quran dan AsSunnah iaitu sabdaan Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang Sahih dan seribu Nama ada di dalam Kitab At-Taurat dan seribu Nama ada di dalam Kitab Al-Injil dan seribu Nama ada di dalam Kitab Az-Zabur dan seribu Nama ada di dalam Kitab Al-Lauh Al-Mahfuz. Kalimah Allah (&) merupakan Isim Al-Juma' (‫ )اسم الجمع‬yakni Nama yang merangkumi kesemua Nama-Nama Allah. Tidak akan tersingkap tentangNya melainkan bagi Para AhliNya. Sekelian NamaNama Allah bertakluk dengan sifat daripada Sifat-SifatNya kecuali Nama Allah (&) kerana bertakluk dengan ZatNya dan sekelian Sifat-SifatNya.

21

Futuhat An-Najihah Telah timbul perselisihan pendapat mengenai Nama Allah (&), adakah ia Isim 'Alam (‫ )اسم َعلَ ٍم‬bagi Zat ataupun Isim Mushtaq (‫ )اسم ُم ْش َت ٌّق‬dari Sifat? Tentang perselisihan ini terdapat dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan bahawa kalimah Allah adalah Isim 'Alam bagi ZatNya, bukan Isim Mushtaq yakni bukan terbit daripada SifatNya, kerana nama-nama segala Sifat-Sifat adalah sebagai turutan bagi nama-nama Zat. Kerana itulah ianya mesti dikhaskan sebagai nama Zat bagi menjadikannya sebagai Isim 'Alam, supaya namanama bagi sekelian sifat-sifat dan ciri-ciri menjadi sebagai turutan bagi Zat. Adapun pendapat yang kedua mengatakan bahawa kalimah Allah (&) adalah Isim Mushtaq yakni terbit daripada kalimah Alaha (‫)أَلَ َه‬. Apabila dihubungkan dengan Alif Lam Ma'rifah, maka dihazafkan huruf Alif Hamzah dan Tafkhim pada penyebutan lafaz Allah (&). Terdapat dua perselisihan pendapat pada mengatakan bahawa kalimah Allah (&) sebagai Mushtaq. Pendapat pertama mengatakan bahawa kalimah Allah (&) adalah Mushtaq daripada Al-Walahu (‫ )الولَه‬yang bermakna kesedihan yang hampir kehilangan akal, kerana sekelian Para Hamba menjadi kesedihan hampir hilang akal terhadapNya iaitu mengalami perasaan terkejut dan terperanjat terhadapNya dalam urusan-urusan mereka. Maka dikatakan kepada yang disedihi terhadapnya sebagai Ilah (‫)إله‬. Pendapat kedua mengatakan bahawa kalimah Allah adalah Mushtaq daripada Al-Uluhiyah (‫ )األلوھية‬yang bermakna Al-'Ibadah (‫ )العﺑادة‬yakni pengabdian, kerana perkataan Yataallahu membawa makna Yata'abbadu. Kemudian telah timbul perselisihan bahawa, adakah kalimah Al-Ilahu (‫)اإلله‬ Mushtaq daripada perbuatan 'Ibadah ataupun daripada tuntutan hak 'Ibadah? Terdapat dua pendapat. Pendapat yang pertama mengatakan bahawa Al-Ilahu (‫)اإلله‬ adalah Mushtaq yakni terbit daripada perbuatan 'Ibadah. Atas pendapat ini, ianya tidak akan menjadi sifat yang lazim serta Qadim bagi ZatNya, kerana bersifat baharunya segala perbuatan pengabdian terhadapNya sesudah Dia menciptakan makhluk ciptaanNya. Maka, mereka yang berpendapat dengan pendapat yang sedemikian ini telah menolak bahawa Allah Ta'ala sebagai Tuhan semenjak sediakala, kerana mereka menganggap bahawa sebelum Dia tidak disembah sebelum berlaku penciptaan makhluk-makhlukNya. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa Al-Ilahu (‫ )اإلله‬adalah terbit daripada tuntutan hak 'Ibadah. Atas dasar ini telah menjadikannya sebagai sifat yang lazim bagi ZatNya, kerana DiriNya adalah semenjak Azali sediakala lagi menuntut hak bagi perbuatan 'Ibadah, maka semenjak Azali lagi Dia adalah sebagai Tuhan dan pendapat inilah yang sahih di antara kedua-dua pendapat tersebut. Ini adalah kerana, jikalau kalimah tersebut terbit dari perbuatan 'Ibadah dan bukan dari tuntutan hak 'Ibadah, maka akan menjadi lazimlah penamaan Hadhrat Nabi 'Isa 'Alaihissalam sebagai Ilah

22

Futuhat An-Najihah kerana gologan Nasrani melakukan perbuatan 'Ibadah kepadanya, dan akan menjadi lazimlah penamaan sekelian berhala sebagai Ilah kerana golongan penyembah berhala melakukan perbuatan 'Ibadah terhadap berhala tersebut. Sebagai membatalkan segala hujjah tersebut, maka kami mengatakan bahawa Ilah (‫ )إله‬adalah terbit dari tuntutan hak 'Ibadah dan bukannya terbit dari perbuatan 'Ibadah. Atas pendapat ini, Sifat Ilah adalah daripada Sifat-Sifat Zat, manakala pendapat pertama menganggap Sifat Ilah adalah daripada sifat-sifat perbuatan. Hadhrat Imam Baghawi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam Tafsir Mu'allim At-Tanzil berkenaan firmanNya iaitu kalimah Allah (&) telah mengemukakan kenyataan daripada Hadhrat Imam Al-Khalil Rahmatullah 'Alaih dan jemaah pengikutnya bahawa, Ia adalah Isim 'Alam (‫ )اسم علم‬yakni Katanama Tertentu yang dikhaskan hanya untuk Allah 'Azza Wa Jalla, tiada Katanama Terbitan bagi NamaNya seumpama segala katanama-katanama tertentu yang lain bagi para hambaNya seperti Zaid dan Umar. Ada satu jemaah yang berpendapat bahawa Nama Allah adalah Mushtaq yakni suatu Katanama Terbitan, kemudian mereka telah berselisih pendapat dalam menentukan Katanama Dasar baginya dengan mengatakan bahawa ianya terbit dari kalimah Aliha Ilahah (‫ )أله إِالھة‬seperti 'Abida 'Ibadah (‫)عﺑد عﺑادة‬, Fa Maftuh dan 'Ain Maksur dengan mengemukakan suatu kenyataan dari Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma daripada Firman Allah pada ayat 127 Surah Al-A'raf:

tΑ$s% 4 štFyγÏ9#uuρ x8u‘x‹tƒuρ ÇÚö‘F{$# ’Îû (#ρ߉šøã‹Ï9 …çµtΒöθs%uρ 4y›θãΒ â‘x‹s?r& tβöθtãöÏù ÏΘöθs% ÏΒ _|pRùQ$# tΑ$s%uρ ∩⊇⊄∠∪ šχρãÎγ≈s% óΟßγs%öθsù $¯ΡÎ)uρ öΝèδu!$|¡ÏΡ Ä÷∏tGó¡nΣuρ öΝèδu!$uΖö/r& ã≅ÏnGs)ãΖy™ Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Fir'aun terhadap diri Fir'aun: "Apakah kamu membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerusakan di Bumi Mesir ini dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu?" Fir'aun menjawab: "Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan akan kita biarkan hidup perempuanperempuan mereka dan sesungguhnya kita adalah berkuasa penuh atas mereka". Kalimah Aalihataka (‫ )ﺀالھتك‬bermaksud 'Ibadataka (‫ )عﺑادتك‬yang memberikan makna bahawa DiriNya menuntut hak bagi 'Ibadah dan bukan terhadap selainNya. Suatu jemaah yang lain mengatakan bahawa ianya berasal daripada kalimah Ilaha (‫)إِله‬ berdasarkan Firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 91:

23

Futuhat An-Najihah 4’n?tã öΝßγàÒ÷èt/ Ÿξyès9uρ t,n=y{ $yϑÎ/ ¥µ≈s9Î) ‘≅ä. |=yδs%©! #]ŒÎ) 4 >µ≈s9Î) ôÏΒ …çµyètΒ šχ%Ÿ2 $tΒuρ 7$s!uρ ÏΒ ª!$# x‹sƒªB$# $tΒ ∩⊇∪ šχθàÅÁtƒ $£ϑtã «!$# z≈ysö6ß™ 4 tFö/$#uρ $pκÍ5 ôMÏù$sƒéB Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman, dengan Nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Al-Asma Al-Husna iaitu Nama-Nama yang terbaik dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam Solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara keduanya itu". Maka, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengubah permulaan penulisannya dengan kalimah BismillahirRahman (‫ )ﺑسم & الرحمن‬sehinggalah turun ayat 30 daripada Surah An-Naml,

∩⊂⊃∪ ÉΟŠÏm§9$# Ç≈yϑôm§9$# «!$# ÉΟó¡Î0 …絯ΡÎ)uρ z≈yϑø‹n=ß™ ÏΒ …絯ΡÎ) Sesungguhnya surat itu dari Hadhrat Nabi SuIaiman 'Alaihissalam dan sesungguhnya isi kandungannya ialah: "Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang." Maka Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menurutinya dalam memulakan penulisan dengan kalimah BismillahirRahmanir-Rahim (‫ِيم‬ ِ َّ ‫)ﺑسْ ِم‬. ِ ِ ‫ ٱلرَّحْ َم ٰـ ِن ٱلرَّ ح‬j‫ٱ‬

65

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF