al-arqam
September 30, 2017 | Author: Cek Qurrah | Category: N/A
Short Description
.........
Description
ISU-ISU AKIDAH IUS 4193
TAJUK: AL-ARQAM
:DI SEDIAKAN UNTUK USTAZ MOHD FAIZ HAKIMI BIN MAT IDRIS
:DI SEDIAKAN OLEH (NUURUL ATIYYAH BINTI ABDUL RAZAK (023074 (NORHUMAIRAH BINTI NAMAT RAMLI (023058 (NOR SAADAH BINTI TULUS (023068
Universiti Darul Iman Malaysia Kampus Kusza Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin Dengan Kaunseling Semester 6
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Faiz Hakimi Bin Mat Idris iaitu pensyarah kami bagi subjek ini di atas bimbingan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh pembelajaran.
Seterusnya, tidak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan yang begitu cekal dan tabah sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kerana banyak berkorban masa, tenaga dan kewangan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Al-Mukhtar Kusza, Universiti Darul Iman Malaysia, Terengganu kerana telah memberikan kerjasama yang positif dan jitu. Begitu juga kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membina, kerana banyak dugaan serta cabaran yang telah kami tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.
Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar maklumat yang kami perolehi ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat kepada pembaca khususnya mahasiswa dan mahasiswi untuk mengetahui isu-isu akidah yang timbul di Negara kita pada masa kini. Semoga ianya dapat menjadi iktibar kepada kita bagi mengelakkan daripada akidah seseorang itu terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Wallahu a’lam.
2
ISI KANDUNGAN Isi Kandungan
Muka Surat
Sekapur Sireh 1. Pendahuluan
4
2. Definisi Al- Arqam
5
3. Sejarah Kemunculan Al- Arqam
6-8
4. Biodata Pengasas Al- Arqam
9-12
5. Ciri- ciri Ajaran Al- Arqam
13-15
6. Pewartaan
16-19
7. Kesimpulan
20
Bibliografi
21
3
1.
PENDAHULUAN
Ajaran sesat merupakan ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam yang tidak berlandaskan al-Quran dan Sunnah serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah1. Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, orang-orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya. Di Malayia terdapat beberapa kumpulan ajaran sesat antaranya al-arqam yang merupakan satu kumpulan ajaran sesat. Di dalam kertas kerja ini, kami akan membincangkan mengenai definisi Al-arqam, sejarah kemunculan Al-arqam, biodata pengasas Al-arqam, ciri-ciri ajaran Al-arqam dan pewartaan yang dilakukan terhadap kesesatan Al-arqam beserta dengan kesimpulan sebagai rumusan keseluruhan perbincangan ini dan disusuli bibliografi sebagai rujukan yang kami gunakan sepanjang menyiapkan kertas kerja ini. Kami juga ada menyelitkan sedikit lampiran berkaitan Al-arqam. Kami menyimpan harapan dan hasrat agar kertas kerja ini akan memberi manfaat dan faedah yang besar kepada penuntut ilmu, khususnya yang ingin mengkaji lebih mendalam tentang ajaran-ajaran sesat di Malaysia.
1
www. wikipedia. com.
4
2.
DEFINISI AL-ARQAM
Al-Arqam merupakan sebuah kumpulan atau Jamaah Islam yang diasaskan oleh Ashaari Muhammad pada tahun 19682. Gerakan Al-arqam bermula dari sebuah kelas pengajian fardhu ain yang diadakan dalam bentuk halaqah oleh Ustaz Ashaari. Beliau telah mengadakan kelas ini setelah beliau meletakkan jawatan dalam PAS pada tahun 19683. Halaqah ini diadakan di rumah Cikgu Abdul Rahman rakan beliau sewaktu samasama bertugas di Sekolah Kebangsaaan Dato’ Keramat. Oleh kerana rumah Cikgu Ahmad itu berwarna putih maka halaqah itu dinamakan Jemaah Rumah Putih 4. Setelah jemaah ini bergiat selama tiga tahun Ustaz Zakaria Ansari 5 telah memberikan satu cadangan untuk membentuk halaqah ini menjadi satu kumpulan yang dinamakan alArqam atau Darul al-Arqam. Cadangan itu diterima baik oleh Ustaz Ashaari. Nama alArqam diambil sempena nama sahabat Nabi s.a.w iaitu Arqam bin Abi al-Arqam yang mana rumah beliau telah dijadikan markas pertama dakwah Nabi s.a.w6. Selain itu jemaah ini juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah 7, Rufaqa’8 dan Ikhwan. Seterusnya jemaah ini telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia.
2
Mohd Lazim Lawee,2004, Al-arqam dan ajaran Aurad Muhammadiah: satu penilaian, Selangor : Univesiti Kebangsaan Malaysia, h.172. 3
Abdul Rahman Hj Abdullah, 2007,Gerakan Islam Tradisional di Malaysia Sejarah Pemikiran Jama’at Tabligh dan Darul Arqam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.,h.45. 4 Ibid 5 Ustaz Zakaria Ansari merupakan pengikut awal kumpulan Rumah Putih. Oleh kerana tiak bersetuju dengan kepimpinan Hj. Ashaari beliau keluar daripada Darul Arqam pada 1979. 6 Ibid h.57 7 Aurad Muhammadiah merupakan satu ajaran yang diamalkan oleh al-Arqam. 8 Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd ialah sebuah badan perniagaan dan ekonomi yang ditubuhkan oleh bekas pengikut al Arqam . Rufaqa dikatakan cuba mengembangkan kembali ajaran al Arqam di kalangan remaja dan mahasiswa di institusi pengajian awam dan swasta. ‘Rufaqa’ didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya syarikat atas nama Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd.
5
3.
SEJARAH KEMUNCULAN AL-ARQAM
Jemaah Al-Arqam telah ditubuhkan pada tahun 1968 dan tumpuan sepenuhnya telah diberikan kepada jemaah ini pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 setelah Ashaari bertindak keluar dari ABIM. Pada mulanya al-arqam merupakan satu kumpulan usrah yang dibimbing oleh Ashaari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang berhubung dengan fardu ain terutamanya dalam pembentukan moral, pembersihan jiwa dan berjihad melawan nafsu.
Zakaria Al-Ansari merupakan orang pertama yang diajak oleh Ashaari untuk membentuk satu usrah bagi membincangkan ilmu-ilmu berkaitan dengan agama yang dapat mendidik diri dan mentarbiyah diri bagi membentuk peribadi muslim yang sempurna. Penubuhan usrah ini menurut
Zakaria adalah bertitik tolak
daripada
kekecewaan mereka dengan jemaah PAS yang pada ketika itu hanya menitikberatkan politik dan mengabaikan pendidikan dan tarbiyah.
Usrah ini pada mulanya hanya disertai 10 orang sahaja yang merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan ini dan mengadakan pengajian seminggu sekali. Pada hujung minggu pula mereka mengadakan kuliah subuh. Usrah ini pada mulanya diadakan di rumah no 94, Lorong Kiri 2 Dato Keramat , Kuala Lumpur yang diduduki oleh Cikgu Abdul Rahman Haji Syamsudin yang pada ketika itu sama-sama mengajar dengan Ashaari di Sekolah Kebangsaan Dato Keramat. Oleh kerana rumah itu
6
berwarna putih maka kumpulan usrah itu dinamakan Kumpulan Rumah Putih atau Jemaah Rumah Putih.
Nama ini tidak bertahan lama kerana selepas 3 tahun kegiatannya timbul cadangan yang dikemukakan oleh Ustaz Zakaria Ansari untuk menamakan kumpulan ini dengan nama Jemaah Dar Al- Arqam. Al-arqam adalah nama yang dipilih bagi menggantikan kumpulan rumah putih. Markas Dar Al-Arqam kemudiannya berpindah ke rumah Mohd Salleh Abu Bakar di simpang flat Jalan Pekeliling 9. Pada peringkat awal pertubuhannya kumpulan ini hanya memanfatkan ajaran daripada tokoh-tokoh yang berpengalaman malah identitinya sebagai sebuah pertubuhan yang tersendiri yang tidak begitu ketara.
Pada tahun 1972 Dar Al-Arqam telah membuka perkampungan Islam di Sungai Penchala, Selangor seluas 5 ekar yang menjadi tempat tinggal malah sebagai markas Dar Al-Arqam. Oleh kerana Dar Al-Arqam belum memiliki sekolah sendiri maka pada 13 Januari 1975 Dar Al-Arqam telah mengirimkan seramai 12 orang putera puterinya ke Yayasan Khairiah, Kupang, Baling. Yayasan ini dipilih kerana ianya banyak menekankan konsep tarbiyah islamiah dan pendukung al-arqam iaitu Ustaz Mohd Rosdi Yusuf merupakan mudir di yayasan ini. Pada 1 Ogos 1975, Yayasan Al-Arqam di Sungai Penchala telah ditubuhkan dan pada Mei 1977, bahagian perkhidmatan ummah telah dibentuk di Gombak yang diketuai oleh Akhbar Anang. Pada 1 Julai 1977 mereka telah menerbitkan akhbar al-Arqam dan pada 18 Jun 1978, mereka telah membuka pusat perubatan al-Arqam di Desa Minang, Gombak yang dipimpin oleh Nordin A 9
Al-Munir, bil 2, tah.1, September Oktober 1983
7
4.
BIODATA PENGASAS AL-ARQAM
4.1
Latar belakang pengasas Ashaari Muhammad atau Asaari Muhamad telah dilahirkan pada 30 Oktober
Oktober 1938 di Kampung Pilin Rembau, Negeri Sembilan. Beliau juga dikatakan berketurunan bawean atau boyan Indonesia10. Bapa beliau bernama Muhammad manakala ibunya bernama Aminah dan merupakan insan yang kuat berpegang pada agama serta mengamalkan tariqat Muhammadiah yang diasaskan oleh Syeikh Suhaimi 11. Ibunya telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil dan dijaga oleh bapa dan ibu tirinya Zubaidah. Setelah bapanya meninggl dunia beliau telah dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Lebai Ibrahim yang juga merupakan pengamal tariqat Muhammadiah jadi tiak hairanlah Ashaari juga turut mengamalkan tariqat ini dan elah dikurniakan Ijazah tariqat Muhammadiah ketika berusia 16 tahun sewaktu beliau berada dalam darjah 7 Sekolah Melayu12. Keika berusia 20 tahun beliau telah mendirikan rumahtangga bersama dengan pasangannya Hasnah dan dikurniakan 11 orang anak, namun perkahwinan beliau dengan Hasnah tidak berkekalan dan beliau telah menceraikan istrinya pada tahun 1984. Selain Hasnah beliau juga telah berkahwin dengan 4 orang isteri iaitu Khadijah Aam, Tengku Noriah, Ummu Ain dan Walidah. Hasil perkahwinan daripada 5 orang isteri beliau telah dikurniakan 37 orang anak dan 19 orang menantu 13 dan 70 orang cucu.
10
Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan dan Usaha Pemurniaannya,Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 26. 11 Ibid 12 Ibid h.27. 13 Berita Minggu, 9 Jun 1996.
8
4.2
Latar belakang Pendidikan Pengasas Pendidikan awal Ashaari bermula dari bapa saudaranya yang menjaga beliau
sejak kecil lagi. Beliau telah diberikan pendedahan agama dan didikan yang sempurna. Pada usia sembilan tahun beliau telah khatam 30 juzuk al-Quran dan mampu mengajar rakan-rakan yang sebaya dengannya14. Beliau memulakan zaman persekolahan di Sekolah Melayu sehingga darjah 7 dan melanjutkan pengajiannya ke sekolah Maahad Hisahamuddin Kelang, Selangor sehingga darjah 7 atau thanawi tiga. Beiau tidak melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti walaubagaimanapaun minatnya terhadap ilmu tidak menghalangnya untuk mempelajari ilmu pengetahuan dan mencari guru-guru agama untuk bertanya dan bermuzakarah sehinggalah beliau berjaya memiliki ilmu pengetahuan asas tentang agama Islam. Bagi pengikutnya yang taksub mempercayai beliau memiliki ilmu yang luar biasa yang diperolehi secara wahabiyah 15 dan meletakkan Ashaari setaraf dengan alim ulama dan layak ianugerahkan pangkat doktor falsaah dan ilmunya setaraf dengan profesar. Sewaktu berusia 18 tahun ketika masih menuntut di Maahad Hisamuddin pada tahun 1950 beliau telah ditawarkan berkhidmatengan kerajaan sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Dato Keramatselma 20 tahun. Setelah meletakkan jawatan beliau tidak lagi bekerja dengan kerajaan akan tetapi beliau giat menjalankan aktiviti dakwah kepada masyarakat supaya kembali kepada Allah, aktiviti ini banyak dijalankan di surausurau dan masjid-masjid diantara masjid yang dikunjunginya ialah Masjid Jamek16. 14
Amirullah, 1994, h.8.
15
Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan dan Usaha Pemurniaannya,Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 27. 16 Abdul Rahman Hj Abdullah, 2007,Gerakan Islam Tradisional di Malaysia Sejarah Pemikiran Jama’at Tabligh dan Darul Arqam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.,h.46.
9
4.3
Gerakan Ashaari Muhammad diluar al-arqam Ashaari telah menyertai beberapa jemaah Islam antaranya PAS dan ABIM 17. Pada
tahun 1958 beliau telah menyertai PAS dan menyandang jawatan
Exco PAS
Selangor.Oleh kerana beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang terdapat di dalam PAS beliau telah mengambil keputusan keluar dari PAS pada tahun 1960. Diantara perkara yang tidak dipersetujui oleh beliau adalah masalah pendidikan dan tarbiyah ahli, ini kerana pada masa itu PAS tidak menitikberatkan soal pendidikan dan tarbiyah rohani kepada pengikutnya. Setelah keluar dari PAS beliau menyertai Jamiyyah Dawatul Islamiah atau Islamic Missionary Associatian dan memegang jawatan sebagai ketua penerangan selama 3 tahun. Pada tahun 1968, beliau mengambil keputusan keluar dari gerakan ini disebabkan beberapa perkara tidak dipersetujui. Pada tahun 1968, beliau dan rakan-rakannya telah menubuhkan satu kumpulan sendiri iaitu al-Arqam. Pada mulanya al-Arqam merupakan satu gerakan yang bernaung di bawah ABIM. Ashaari dilantik sebagai ketua dakwah ABIM Wilayah Persekutuan. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan cara ABIM yang banyak bercakap dan berteori daripada mempraktikkan beliau telah keluar dari ABIM pada tahun 1972 dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada jemaah al-Arqam. 4.4
Keperibadian Ashaari Ashaari merupakan seorang insan yang minat kepada agama, sejak kecil lagi
beliau telah dididik dengan asas-asas agama oleh keluarganya. Sewaktu di zaman
17
Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan dan Usaha Pemurniaannya,Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,h. 31.
10
persekolahan beliau merupakan seorang yang pemalu akan tetapi beliau petah berkatakata dan berbakat dalam menyampaikan ceramah18. Beliau pernah berdebat mengenai agama dan perjuangan. Bagi mentarbiyah dan mendidik diri beliau telah menerima ilmu dan amalan tariqat
19
sewaktu berusia 16 tahun daripada bapa saudaranya Lebai Ibrahim. Beliau
memeliki kepeibadian yang tinggi, peramah ,lemah lembut , berbudi bahasa, pemurah, gigih beribadat dan tabah dalam kerja-kerja perjuangan Islam. Keperibadian beliau ini diakui oleh pengikutnya yang setia mahupun yang telah disingkirkan oleh jemaah. Ustaz Ansari merupakan sahabat seperjuangan Ashaari sejak dalam PAS dan juga merupakan seorang pengasas terawal al-arqam mengakui keperibadian Ashaari walaupun beliau telah disingkirkan dalam al-arqam.
5.
CIRI-CIRI AJARAN AL-ARQAM DAN PEGANGANNYA Diantara ajaran-ajaran pegangan al-Arqam yang salah dan menyeleweng yang
boleh menyesatkan umat islam adalaah seperti berikut:
18
Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan dan Usaha Pemurniaannya,Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,h.28. 19 Aurad Muhammadiah yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad As- Suhaimi.
11
1) Mempercayai bahawa
Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad
Muhammadiah tidak mati dan akan lahir sebagai imam mahdi 2) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi telah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w didalam kaabah dengan keadaan jaga dan menerima Aurad Muhammadiah itu daripada baginda. 3) Mengadakan tambahan pada lafaz syahadah dengan fakta palsu yang menyebut Syeikh Muhammad As-Suhaimi sebagai Imam Mahdi dan menyamakan tarafnya dengan Khulafa’ Al-Rasyidin, 4) Mentafsir secara salah terhadap maksud ayat 3 surah an-nisa dengan mendakwa bahawa asal pernikahan hendaklah bermula dengan dua isteri dan seterusnya tiga dan eempat. Ini bertentanagn dengan tafsiran muktabar dan sekaligus menolak ijma’ ulama tentang hukum nikah. 5) Ketua kumpulan al-Arqam mendakwa bertemu secara sedar dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain serta berdialog dengan baginda. Dakwaan ini melanggar asas syariat islam kerana ini bermakna al-Quran dan hadith belum selesai dan tamat. Disamping
itu, beliau juga mendakwa Rasulullah s.a.w
mengakui kesahihan ajaran al-Arqam 6) Pengikut al-Arqam telah mencapai satu peringkat taasub kepada ketua hingga sanggup mendewa-dewakan Ashaari Muhammad dan mempercayai beliau mempunyai barakah, karamah dan syafaat
12
7) Ashaari Muhammad di dakwa diberi kuasa-kuasa Allah (kun fayakun.) dakwaan ini boleh membawa kepada syirik keran ia sanggup menyengutukan Allah. 8) Al-Arqam juga tidak mematuhi undang-undang dan enakmen agama islam negeri dan undang-undang bertulis yang berkaitan dengaan hal ehwal islam di negerinegeri dan tidak mematuhi serta menghormati keputusan alim ulama 9) Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam Kaabah. 10) Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Mahdi. 11) Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa' Al-Rasyidin. 12) Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang k untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya. 13) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya 14) Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman .
13
15) Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi20.
6. PEWARTAAN
20
Amirullah Mohamed, 1994, Antara Halal dan Haram Al-arqam Jawapan kepada Ashaari, t.t : Rodatra Sdn. Bhd. h.160-162.
14
Pada 5 Ogos 1994 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharamkan AlArqam dan segala ajaran serta fahaman dan pegangan yang meliputi ideologi, falsafah serta sistem amalan dan publisiti. Pengumuman pengerusi Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia itu dibuat selepas muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang dihadiri oleh semua mufti atau pengerusi Jawatankuasa Fatwa Mufti di Pusat Islam. Persepakatan telah dibuat terhadap Al-Arqam yang mana ajaran dan fahaman kumpulan ini bertentangan dengan Syariah Islamiah dan boleh mengelirukan serta menyesatkan masyarakat Islam. Antara ajaran al-Arqam yang menyeleweng ialah mempercayai Sheikh Suhaimi berjumpa Rasulullah s.a.w dalam kaabah secara yaqazah21 dan menerima Aurad Muhammadiah daripada baginda. Selain itu, lafaz syahadah ditambah dengan fakta palsu yang menyebut Sheikh Suhaimi sebagai Imam Mahadi dan menyamakan tarafnya dengan Khulafa’ al-Rashidin. Dengan pengharaman itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman al-Arqam, menjadi anggota, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti ekonomi, sosial, kesenian dan kebudayaan dan sebarang kegiatan menghidup dan mengembangkan kumpulan itu22. Fatwa Majlis Ulama’ Indonesia menfatwakan mereka yang menyertai al-Arqam sebagai sesat dan menyimpang daripada akidah islam. Tetapi majlis itu belum lagi menghukum pengikut-pengikut al-Arqam sebagai murtad atau terus menjadi kafir kerana penyertaan mereka dalam keadaan tidak sedar dan dikelirukan oleh ahli-ahli Dar alArqam. Ketua umum Majlis Ulamak Daerah Acheh, Prof. Ali Hasjmy telah 21
Yaqazah adalah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w secara sedar. Amirullah Mohamed, 1994, Antara Halal dan Haram Al-arqam Jawapan kepada Ashaari, t.t : Rodatra Sdn. Bhd.h.153-155. 22
15
menandatangani keputusan Majlis Fatwa Ulama Acheh dengan menolak ajaran al-Arqam dari Malaysia mengembangkan pengaruhnya di Acheh disamping menyarankan kepada pihak pemerintah supaya mengharamkan terus kegiatan al-Arqam di Acheh. Di antara hujah-hujah yang menyebabkan al-Arqam diharamkan di tanah Acheh ialah mengenai hukum perkahwinan serta adanya unsur penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w.dan dakwaan mereka yang mengatakan bahawa Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi merupakan Imam Mahadi yang ditunggu-tunggu dan akan muncul pada tahun 199423. JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986.Kini kumpulan AlArqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994, tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa'. Kerajaan telah mengharamkan kumpulan AlArqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan AlArqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.Berikutan itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 200424.
23
Abdul Rahman Hj Abdullah, 2007,Gerakan Islam Tradisional di Malaysia Sejarah Pemikiran Jama’at Tabligh dan Darul Arqam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.,h.187-193. 24
www. e-fatwa.gov.my.
16
Ketua pengarah Pusat Islam Malaysia telah membuat penyataan tentang penyelewengan akidah al-Arqam pimpinan Haji Ashaari Muhammad yang mendakwa Sheikh Muhammad Suhaimi berjumpa dengan Rasulullah di dalam kaabah secara jaga dan menerima Aurad Muhammadiah. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman pada 18 Ogos 1999, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka pada 11 Ogos 1994, Majlis Fatwa Negeri Sembilan pada 4 Ogos 1994, Majlis Fatwa Negeri Pahang pada 18 Ogos 1988 dan 22 September 1994, Majlis Fatwa Negeri Perak Darul Ridzwan pada 18 Ogos 1994 dan Jawatankuasa Negeri Perlis,Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan pada 4 Febuari 1993 dan 11 Ogos 1994, Majlis Fatwa Negeri Terengganu pada 18 Ogos 1994, Jawatankuasa Negeri Sabah pada 23 Ogos 1994, Jawatankuasa Negeri Sarawak pada 19 Ogos 1994, Jawatankuasa Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan pada 1 Disember 1988
telah
mewartakan Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan Dar Al-Arqam memutuskan bahawa : a. Buku yang bertajuk Aurad Muhammadiah pegangan Dar Al-Arqam sekaligus menjawab tuduhan yang ditulis oleh Ustaz Haji Assyari Muhammad dan isi kandungannya dan manaqib ( riwayat hidup ) Sheikh Muhammad bin Abdullah Assuhaimi yang ditulis oleh Muhammad Taha As Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa dan isi kandungannya mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah islamiah serta mengelirukan dan boleh menyesatkan masyarakat islam.
17
b.
Kumpulan Dar al-arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan
fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan kitab manaqib( riwayat hidup) Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi adalah diharamkan. c.Pengharaman yang meliputi ajaran-ajaran dan pegangan Al-arqam,apa-apa jua bahan–bahan publisiti, dan apa-apa jua terbitan yang berkaitan Al-arqam telah dilaksanakan. Oleh yang demikian orang Islam dilarang mengamal ajaran dan memiliki apa jua bentuk aktiviti yang berkaitan dengan Al-arqam adalah dilarang untuk memberi kemudahan dan membantunya25.
7. KESIMPULAN
25
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007, Fatwa Negeri-negeri yang diwartakan, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,h.3-121.
18
Al-Arqam merupakan satu kumpulan ajaran sesat yang terkenal di Malaysia yang mula ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Ashaari Muhammad yang merupakan pengasas dan
pemimpin gerakan ini. Ciri-ciri yang terdapat di dalam ajaran ini banyak
mengelirukan masyarakat dan menyesatkan pengikutnya. Ajaran ini telah diwartakan sebagai satu ajaran yang sesat oleh jawatankuasa fatwa di kebanyakan negeri. Walaupun ajaran ini telah diharamkan, namun ajaran ini masih lagi berkembang ke serata dunia. Oleh itu, untuk menangani masalah penyebaran ajaran al-arqam, kerajaan harus mengguna kaedah nasihat ke arah pmulihan, mengadakan penerangan kepada orang awam menerusi khutbah jumaat, syarahan agama serta penyebaran risalah atau buku ini perlu kerana bagi mnjaga keamanan negara terutama dalam masyarakat majmuk kerana kumpulan ini menyeleweng daripada ajaran Islam.
BIBLIOGRAFI
19
Abdul Rahman Haji Abdullah, 2007, Gerakan Islam Tradisional Di Malaysia Sejarah Pemikiran Jamaat Tabligh Dan Darul Arqam, Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd. Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan Jemaah Al-arqam Dan Usaha Pemurniannya, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Amirullah Muhammad, 1994, Antara Halal Dan Haram Al-arqam Jawapan Kepada Ashaari, t.t : Rodatra Sdn Bhd. Mohd Lazim,2004, al-Arqam Dan Ajaran Aurad Muhammadia: Satu Penilaian,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007, Fatwa Negeri-negeri yang diwartakan, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007, Keputusan Fatwa Keangsaan Siri 1, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Arqam www. e-fatwa.gov.my.
20
View more...
Comments