9. MASALAH DAN LANGKAH MENGATASI SISTEM PENYAMPAIAN KHIDMAT AWAM.doc

September 4, 2017 | Author: Ariff Aziz | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download 9. MASALAH DAN LANGKAH MENGATASI SISTEM PENYAMPAIAN KHIDMAT AWAM.doc...

Description

ESEI LP P1 Soalan

TADBIR URUS BAIK

SMK KANOWIT

9 : Terdapat pelbagai rungutan dan kritikan terhadap sistem penyampaian khidmat

awam . Langkah-langkah telah dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dalam perkhimatan awam. Bincangkan.

Sistem penyampaian khidmat awam memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara (Isu Semasa). Wujud kelemahan dalam tadbir urus boleh menjejaskan sistem tadbir negara dan sistem penyampaian khidmat awam yang cekap akan membantu memajukan negara (Fokus Soalan). Masalah dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam ialah ketidakseragaman dalam konteks pelaksanaan polisi dan prosuder kerja (H.I.U). Ketidakseragaman polisi dan prosuder kerja akan mengakibatkan pelaksanaan bercelaru (H.1). Pelaksanaan yang bercelaru dalam tadbir urus akan membina imej negatif dalam kalangan rakyat (H.2). Ketidakseragaman polisi dan prosuder kerja akan mengakibatkan pelaksanaan penyampaian khidmat awam lambat dan menyusahkan pelanggan (H.3). Kelambatan ini berlaku mungkin disebabkan pihak pelaksana yang mungkin keliru, tidak jelas dengan tugasan dan bidang kerja sehingga menjejaskan sistem penyampaian (H.4). Masalah dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam seterusnya ialah karenah birokrasi (H.I.U). Karenah birokrasi akan merencatkan kelancaran prosuder kerja (H.1). Urusan dengan pelanggan mengambil masa atau tempoh yang lama hal ini banyak membuang masa pelanggan (H.2). Layanan yang kurang mesra pelanggan dan hal ini banyak membuang masa pelanggan untuk mendapatkan sesuatu kelulusan projek (H.3). Situasi ini akan meningkatkan lagi sentimen negatif terhadap tadbir awam (H.4). Masalah dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam berikutnya ialah penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan (H.I.U). Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan masih berlaku dalam kalangan penjawat awam (H.1). Misalnya,amalan rasuah masih berlaku bagi mendapatkan tender atau mempercepatkan sesuatu kelulusan berkaitan lesen dan pelbagai permit (H.2). Sifat dengki dan tamak turut menyumbang kepada masalah penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan (H.3).Misalnya, menghalang peluang orang lain dan membuka ruang kepada pihak tertentu mengambil kesempatan menyeleweng atau salahguna kuasa ( H.4). Langkah-langkah

untuk

meningkatkan

sistem

penyampaian

khidmat

awam

ialah

membangunkan modal insan (H.I.U). Pekerja sektor awam ditawarkan kursus untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam pekerjaan (H.1). Misalnya, pembangunan sumber manusia seperti latihan kemahiran yang berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat (H.2). Memberikan insentif yang 15

ESEI LP P1

TADBIR URUS BAIK

SMK KANOWIT

lumayan turut merupakan cara untuk membangunkan modal insan ( H.3). Misalnya, memberikan ganjaran dan upah yang setimpal kepada mereka yang menunjukkan potensi yang cemerlang dalam kerja (H.4). Langkah-langkah untuk meningkatkan sistem penyampaian khidmat awam berikutnya ialah memperkasakan agensi kerajaan (H.I.U). Kerajaan melalui kementeriannya memastikan institusi pelaksana berfungsi dengan baik ( H.1). Misalnya memastikan institusi pelaksana seperti MAMPU, INTAN dan JPA mempunyai KPI dan NKRA untuk memastikan unit tersebut berfungsi mengikut apa yang dirancang pada landasan yang betul (H.2). Penilaian penjawat awam perlu dibuat berterusan bagi memastikan tahap pengetahuan dan kemahiran bidang kerja pekerja sektor awam sentiasa berada pada tahap terbaik (H.3). Misalnya,institusi pelaksana hendaklah membuat pemantauan yang berterusan dan jangan beri kepercayaan 100% kepada laporan pegawai yang ditugaskan (H.4). Kesimpulannya, sistem penyampaian khidmat awam perlu inovatif, kreatif, dan cekap bagi menjadikan perkhidmatan awam mempunyai daya saing yang setanding dengan negara-negara maju yang lain (Isu Semasa). Justeru, semua pihak terlibat harus mengenal pasti masalah dalam sistem penyampaian khidmat awam dan mengambil langkah sesuai untuk menyelesaikan masalah berbangkit agar sistem penyampaian khidmat awam sentiasa berada pada tahap terbaik (Fokus Soalan).

16

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF