8. RPH Berasaskan Projek (Ms 57-72)
February 12, 2018 | Author: Dandin Don | Category: N/A
Short Description
Download 8. RPH Berasaskan Projek (Ms 57-72)...
Description
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012 PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS
Kursus
Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Sekolah Rendah Tahun 2012 (Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran) Aplikasi Proses Kreatif Terarah Dalam Model Pembelajaran
Topik
Berasaskan Projek
Kod Kursus
MTSR6
Masa
1 jam
Personel
Penceramah
A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan Model Pembelajaran Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan Model Pembelajaran Berasaskan Projek. B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan projek, perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projek. C. Kaedah Soal jawab, perbincangan, aktiviti ‘hands-on’, bengkel D. Bahan Pengajaran Bahan-bahan terbuang/terpakai, power-point E. Alatan Bahan-bahan berbentuk 2-D F. Penilaian Pembentangan Penyediaan Persediaan mengajar
57 G. Rumusan/Refleksi
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012 Model Pembelajaran Berasaskan Projek Model ini memberi tumpuan kepada menyediakan pengalaman belajar yang kaya. Murid terlibat dalam menyelesaikan masalah, menyiasat dan tugas lain yang bermakna. Murid membina pengetahuan sendiri. Murid menghasilkan produk yang realistik. Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projek :
Model Pengajaran Pembelajaran Berasaskan Projek
Proses Kreatif Terarah Persediaan • Tinjauan berfokus/ Berstruktur • Penyoalan
Imaginasi • Meneroka • Merancang • Meramal
Perkembangan • Meneroka • Mencari maklumat • Membuat prototaip
Tindakan • Menganalisis maklumat • Merumus • Mentaksir • Melapor • Dokumentasi • Menguji prototaip
Tegasnya, proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.
Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Projek
CONTOH 1 (MATEMATIK TAHUN 4) Tajuk : Bentuk dan Ruang Bidang: Bentuk Dua Dimensi Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 13.4 Memahami perimeter dalam bentuk-bentuk 2 Dimensi (2-D).
58
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012 Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
(i)
Mengecam sisi pada bentuk a) segi empat sama b) segi empat tepat c) segi tiga
(ii)
Mengukur dan merekodkan perimeter a) segi empat sama b) segi empat tepat c) segi tiga
Objektif Pengajaran Murid dapat membina sesuatu bentuk dengan mengetahui dengan tepat akan ukuran perimeter serta sisi yang ada pada bentuk yang dibina.
Masa: 60 minit (2 waktu)
FASA 1. Persediaan Tinjauan berfokus /berstruktur penyoalan
59
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
Guru menyediakan beberapa bahan Apakah nama bahan ini ? yang mempunyai bentuk segi empat sama, segi empat tepat dan segitiga Apakah bentuk bahan yang seperti biskut lemak, bata, sapu tangan, ditunjukkan ? ketupat, dll. Berapakah sisi yang ada Tunjukkan pada murid, minta mereka pada : namakan objek dan memberitahu a) segi empat sama ? bentuk yang sesuai, sama ada segi b) segi empat tepat ? empat sama, segi empat tepat atau segi c) segi tiga ? tiga
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012 Memberitahu kepada murid bahawa bentuk-bentuk tadi dikenali sebagai bentuk 2-D. Ia mempunyai sisi dan juga perimeter. 2. Imaginasi Meneroka
Membimbing murid untuk melakar bentuk-bentuk yang dinamakan tadi di atas beberapa keping kertas yang disediakan. Murid diminta untuk menggunting bentuk yang dilukis tadi dan menampalnya di dalam buku latihan. Setelah itu, minta murid menamakan setiap bentuk yang dilukis tadi serta jumlah sisi yang ada pada setiap bentuk.
Penerapan nilai murni : a) berhati-hati ketika menggunting. Apakah bentuk yang kamu lukis ? Berapakah jumlah sisi yang ada pada setiap bentuk ?
Murid menamakan dan melabelkan bentuk-bentuk yang telah dilukiskan tadi serta jumlah sisinya Merancang
Menjelaskan kepada murid bahawa bentuk-bentuk yang telah mereka lukiskan tadi mempunyai perimeter, iaitu ukur lilit pada sesebuah bentuk.
Guru mengedarkan tali kepada muridmurid. Dengan menggunakan tali tersebut, guru membimbing murid-murid mengukur perimeter pada bentuk 2-D yang telah dilukiskan tadi. Murid-murid mencatat perimeter bagi setiap bentuk yang telah dilukiskan tadi. Meramal
Jika dicantum bentuk-bentuk ini, apakah yang akan terhasil?
Apakah bentuk yang Guru menampal beberapa bentuk terhasil ? segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz. Daripada bentuk-bentuk yang disediakan itu, guru mencantumkan bentuk-bentuk tersebut. Guru meminta murid meramalkan dan menamakan apakah bentuk yang
60
Apakah nama bentuk yang telah dicantumkan tadi ?
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012 terhasil jika bentuk-bentuk 2-D tadi dicantumkan 3. Perkembangan Meneroka
Murid diagihkan kepada 6 kumpulan. Apakah yang dimaksudkan Memberitahu murid-murid bahawa dengan kolaj ? mereka akan dibimbing untuk membina satu projek iaitu membuat satu kolaj berbentuk tunggal menggunakan bentuk-bentuk 2-D Guru mengedarkan beberapa helai kertas yang mengandungi bentukbentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz.
Mencari maklumat
Murid diminta menggunting bentuk- Penerapan nilai murni : bentuk 2-D yang disediakan itu a) cermat ketika menggunting. b) kemas. Dengan menunjukkan beberapa contoh, minta mereka membentuk dan membina satu bentuk/benda dengan menggunakan bentuk-bentuk 2-D yang ada.
Murid digalakkan berbincang di dalam kumpulan masing-masing untuk mendapatkan idea dan membuat projek. Bertanya kepada guru jika perlu. Membuat prototaip
Murid boleh merujuk kepada buku seperti mencari gambar atau lakaran serta maklumat tambahan yang sesuai bagi membentuk bahan atau benda yang dikehendaki. Murid melakar sketch idea untuk projek dan menunjukkan pada guru. Guru akan memberikan cadangan dan pandangan serta pendapat terhadap lakaran yang ditunjukkan sebagai penambahbaikan. Murid dibimbing projek/membina prototaip
61
membuat masing-
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012 masing. Murid diingatkan oleh guru tentang kekemasan dan ketelitian semasa membuat kolaj tersebut. 4. Tindakan Menganalisis maklumat
Meminta murid mengukur perimeter dan Apakah nama hasil prototaip juga bilangan sisi yang ada pada hasil kamu itu ? kolaj yang mereka bina bagi melaporkan tentang hasil karya yang telah dibuat. Ulang aktiviti mengukur perimeter dan menghitung sisi di antara kumpulan. Pastikan murid mengukur perimeter dan menghitung sisi yang ada pada kolaj yang dibina dengan tepat.
Mentaksir
Minta murid mencatat ukuran bilangan sisi, bentuk 2-D dan ukuran perimeter yang digunakan bagi membentuk bahan yang dihasilkan pada bahagian belakang kolaj yang dibuat. Namakan hasil prototaip yang dibuat.
Menguji prototaip
Memeriksa hasil prototaip yang bina/di buat dengan memeriksa tampalan, guntingan, kekemasan dan hasil karya murid yang dibuat.
Melapor
Menilai hasil kerja murid dengan meminta murid memberikan pendapat dan pandangan.
Soal jawab tentang hasil yang dibuat oleh murid: a) Model apakah yang telah dibina oleh kumpulan ini? b) Berapakah ukuran perimeter untuk kolaj yang dihasilkan? c) Berapakah bilangan sisi yang ada pada kolaj ini? d) Apakah bentukbentuk 2D yang paling banyak digunakan untuk membina projek ini?
62
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012
Dokumentasi dan Merumus
Guru membuat rumusan daripada hasil yang diterima. Menampal hasil prototaip pada sudut pameran di belakang kelas. (Idea boleh dikembangkan mengikut respon dari murid) Penggunaan bentuk 2D yang sesuai, kedudukan dan susunan yang sesuai, saiz yang sesuai, dll
a) Adakah kolaj yang dihasilkan menarik? Kenapa? b) Adakah bentuk 2D yang dipilih ini sesuai? c) Bolehkah bentuk 2D yang lain digunakan untuk menghasilkan kolaj seperti ini?
Pentaksiran
Pembentangan murid berkaitan model yan dibina dan respon murid terhadap soalan yang diutarakan guru dan murid.
Nilai dan Sikap
Kerjasama. Saling bantu membantu, dan menganalisa,
Lampiran
63
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012
64
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012
65
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012
Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Projek
CONTOH 2 (MATEMATIK TAHUN 4) Tajuk(Gabung) : Jisim dan isi padu cecair. Bidang : Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai operasi. Masa : 2 waktu (60 minit) Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk : Mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan tentang timbangan berat dan isi padu cecair. Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan timbangan berat kilogram dan gram dan isi padu cecair liter dan mililiter. Objektif Pengajaran: Menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut peraturan dan susunan langkah. D Bahan Pengajaran Guru perlu menyediakan bahan yang tersenarai di bawah ini terlebih dahulu di dalam bilik darjah atau Bilik Pendidikan Seni (jika ada)
66
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012 Tepung
:
4 Kilogram
Air
:
4 jag
Pewarna makanan
: Pelbagai warna
Berus warna
: Pelbagai saiz
Alat timbangan berat : Dalam 1000 gram Bikar air dalam ukuran 1 liter/1000ml 5 Mangkuk besar untuk membancuh tepung
FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
Persediaan Tinjauan berfokus /berstruktur penyoalan
Guru menunjukkan beberapa jenis objek seperti patung, bata, paku, baju, gelas berisi air, botol air oren yang mengandungi cecair dalam pelbagai sukatan.
Cuba kamu namakan benda-benda yang cikgu tunjukkan ini
Guru meminta murid meneka berapa berat Pada pendapat kamu, dan isipadu cecair yang ada pada objek- berapa berat benda ini? objek yang ditunjukkan itu. Pada anggaran kamu, berapakah isipadu kandungan air yang ada pada botol ini? Imaginasi Meneroka
Menjelaskan kepada murid bahawa hari ini mereka akan membuat satu projek. Projek yang dimaksudkan ialah membina objek atau arca.
Selain bahan yang digunakan oleh pereka untuk membuat objek dan arca tadi, apakah bahan lain yang boleh Guru menayangkan beberapa contoh objek digunakan sebagai dan arca yang telah dibina dan dibentuk ganti? melalui LCD projektor a) Berapa banyak tepung yang perlu kita gunakan?
67
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012
Merancang
b) Berapa banyak Menjelaskan kepada murid bahawa objek yang diperlukan? yang ditayangkan tadi boleh dibuat dengan adunan doh tepung gandum sebagai bahan ganti membuat arca dan objek seperti yang ditayangkan tadi.
air
Menerangkan tentang projek yang hendak dibuat.
Meramal
Pada pendapat kamu, untuk membuat doh yang sesuai bagi Mencungkil pendapat dan pengalaman membentuk objek, kita sedia ada murid untuk mengetahui perlu tepung yang bagaimana hendak menyediakan doh yang banyak, atau air yang sesuai untuk membentuk objek atau banyak? membina arca. Kenapa? Bagaimana kamu hendak membentuk objek atau arca yang Murid di bahagikan kepada lima kumpulan. kamu pilih? Murid dibimbing untuk merancang dan Buat catatan langkah melakar apakah objek atau arca yang demi langkah yang akan hendak dibina dengan langkah demi kamu lakukan nanti langkah. Sebelum kamu mulakan tugasan pastikan : Kamu basuh tangan Guru menerangkan peraturan keselamatan bersih-bersih. sebelum memulakan tugasan. Pakai apron kamu. Jaga kebersihan meja kamu. Agihkan tugasan di antara ahli dalam kumpulan.
Guru mengedarkan Lampiran Latihan yang berupa resipi membuat doh.
68
a) Apakah yang perlu dilakukan? b) Apakah yang perlu digunakan dahulu? Air atau tepung? (Sukatan bahan kering dan basah perlu tepat.)
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012
Perkembangan Meneroka
Murid menguli doh dalam kumpulan Apakah objek yang masing. Setelah selesai, murid dibimbing akan kamu bentukkan? untuk membentuk objek dan arca yang dipilih. Murid diminta untuk membuat objek mengikut peraturan dan susun langkah seperti yang dirancang tadi.
Mencari maklumat
Murid mewarna dan mempamerkan hasil karya mereka dengan teliti dan secantik yang boleh. Guru meminta murid-murid menimbang dan mencatat terlebih dahulu objek yang dibina sebelum dijemur untuk dikeringkan diluar bilik darjah. Persediaan untuk mengesan proses pengeringan air di dalam doh
Membuat prototaip
Tindakan Menganalisis maklumat
Setelah kering, murid-murid akan menyapu putih telur pada objek untuk melindunginya. Guru menggalakkan murid menghias objek yang dibuat itu.
Guru mengedarkan kertas kerja kepada murid-murid. Mereka diminta membaca dan memahami soalan yang disediakan. Bincangkan disediakan.
tentang
soalan
yang
Mentaksir
Murid menentukan operasi yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
Bagaimanakah cara untuk mendapat jawapan?
Menguji prototaip
Rujuk kembali kepada objek yang dibuat. Mencatat timbangan selepas objek kering. Guru meminta pendapat serta kritikan akan hasil yang dibina oleh kumpulan masingmasing. Murid membuat penilaian ke atas hasil projek yang telah dihasilkan dari segi
Adakah kamu berpuas hati dengan hasil kerja kamu?
69
Apakah pendapat rakan-rakan yang lain tentang hasil projek ini?
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012 bilangan, bentuk, kebersihan dan masa yang diambil. Melapor Dokumentasi dan Merumus
Guru menilai hasil projek yang diserahkan dan mempamerkan di sudut pameran di dalam kelas
Resipi Bancuhan Tepung ½ kilogram tepung ¼ liter air Cara membuatnya: 1. Masukkan tepung dalam mangkuk pembancuh. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati dan lembut. 3. Pastikan tepung diuli dengan betul-betul sebati sehingga menjadi doh yang lembut. 4. Dengan menggunakan doh, bentukkan sebarang objek yang kamu suka 5. Setelah selesai, warnakan bentuk yang dibina tadi dengan berus dan pewarna yang disediakan. 6. Jemur objek yang dibina. Setelah kering, sapukan putih telur pada permukaan objek itu. Jika suka, kamu boleh menghias objek yang kamu cipta itu untuk tambah menarik lagi. 7. Ulang aktiviti ini sehingga habis doh yang dibuat tadi. 8. Pamekan hasil binaan dan gubahan kamu di atas meja untuk dicatat timbangan berat dan penilaian hasil karya
Bersihkan meja kamu setelah selesai melakukan aktiviti.
70
KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012
LEMBARAN LATIHAN
JAWAB SOALAN BERIKUT:
1. ½ kilogram tepung sama dengan ............... gram.
2.
Tukarkan 750 gram kepada kilogram
3. Untuk menyediakan sebiji kek, ibu memerlukan 330g tepung. Berapa berat tepung dalam kg, yang ibu perlukan untuk menyediakan 5 biji kek yang sama?
4. Sewaktu menyediakan ramuan untuk membuat cucur manis, ibu memerlukan 750ml air bagi setengah kilogram tepung. Jika ibu menggunakan 3 kilogram setengah tepung, berapa liter airkah yang diperlukan ibu?
5. 7 biji kek mentega memerlukan 1 kilogram dan 750g mentega. Jika Aminah ingin membuat 2 biji kek yang sama, berapa berat mentega yang diperlukan?
71
View more...
Comments