7.2.5 Laporan AJK Kebersihan Keselamatan Dan Keceriaan

September 19, 2017 | Author: 儷椛 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

1...

Description

Laporan AJK Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan Karnival Permainan Tradisional PISMP BC / SN Jun 2013 Pada 8 September 2015 yang lalu, guru pelatih kumpulan pengajian PISMP BC/SN Jun 2013 telah mengadakan Karnival Permainan Tradisional bertempatkan

di

padang

IPGKBL.

Pengelolaan

Karnival

Permainan

Tradisional ini merupakan program yang sangat penting dan menjadi pelengkap kepada Modul PJM 3123E bagi guru pelatih yang mengambil subjek elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. SEBELUM: Sebelum menganjurkan pertandingan karnival ini, satu jawatankuasa induk telah ditubuhkan. Saya telah dilantik sebagai ketua Ahli Jawantankuasa Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan (AJK 3K). Terlebih dahulu, saya telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan ahli AJK saya bagi membincangkan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa aktiviti berlangsung nanti. Selain itu, saya telah membahagikan tugas-tugas dan menyediakan jadual bertugas kepada setiap ahli agar masing-masing memainkan peranan tersendiri pada hari pertandingan tersebut bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Dari segi kebersihan, AJK saya telah bersiap sedia dan menyediakan beg plastik sampah yang secukupnya sebelum hari pertandingan dijalankan. Setiap kumpulan permainan juga akan dibekalkan dengan satu beg plastik sampah. Tujuannya adalah supaya sampah sarap dapat dikumpulkan dengan mudah dan tidak dibuang di merata-rata tempat. AJK kebersihan turut memastikan tempat permainan adalah dalam keadaan bersih dan tiada sampah sarap sehari sebelum pertandingan berlangsung. Dari aspek keselamatan pula, AJK Keselamatan akan menjaga kebajikan para peserta program, menyediakan kotak kecemasan dan memberi pertolongan cemas sekiranya ada peserta yang cedera. Untuk itu, AJK saya telah bertindak meminjam sebuah peti keselamatan daripada Jabatan HEP. Pemeriksaan ke atas kelengkapan keselamatan seperti ubatubatan turut dijalankan bagi memastikan semua bekalan ubat yang diperlukan adalah mencukupi dan selamat untuk digunakan. Tak kurang juga, kami telah

memastikan keadaan tempat permainan adalah selamat untuk bermain di mana tiada barang-barang yang tajam seperti batu, kayu, paku dan lain-lain berada di padang permainan. Manakala bagi bidang tugas keceriaan pula, semua AJK induk yang lain telah bekerjasama untuk memastikan keceriaan setiap kawasan permainan masing-masing. Setiap kumpulan permainan akan bertanggungjawab ke atas keceriaan kawasan permainan diri bergantung kepada cara menghias gelanggang permainan dan sebagainya. Yang paling penting adalah semua ahli telah bekerjasama untuk mendirikan dan menghiasi pintu gerbang bagi karnival permainan kali ini. Kesimpulannya, setiap ahli dalam AJK Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan telah dibahagikan tugas dengan adilnya dan masing-masing berusaha serta bertungkus lumus bagi menjayakan semua persiapan sebelum pertandingan dijalankan. SEMASA Semasa permainan tradisional berlangsung, semua ahli telah mejalankan tugas masing-masing dengan penuh bertanggungjawab. Kami telah menyediakan beg plastik sampah besar bagi memudahkan peserta membuang sampah di dalam plastik sampah tersebut. Setiap stesen permainan turut disediakan satu beg plastik sampah di tempat yang bersesuaian. Setiap peserta juga sentiasa diingatkan tentang tanggungjawab menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata tempat. Sepanjang proses karnival permainan dijalankan, kami sebagai AJK 3K telah memastikan keselamatan pemain-pemain sentiasa berada dalam keadaan optimum. Semasa aktiviti dijalankan, tahap keselamatan adalah terkawal tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Keselamatan para peserta akan sentiasa dipantau supaya program ini dapat berjalan dengan lancar. Sehubungan dengan itu, kami mengingatkan peserta-peserta agar tidak memakai barang-barang kemas supaya tidak tercicir semasa aktiviti permainan berlangsung. Kami juga memastikan pemain-pemain mengikuti peraturan yang ditetapkan dengan memakai kasut semasa bermain untuk mengelakkan kecederaan. Sebuah peti keselamatan juga telah disediakan

bagi menghadapi sebarang kesulitan yang berlaku nanti. Bukan itu sahaja, kami telah memastikan peserta-peserta adalah berdisiplin supaya tiada peserta yang bermain terlalu kasar dengan peserta yang lain. Namun, kami amat bersyukur kerana tiada yang tercedera semasa permainan berlangsung. Seiringan dengan itu, keceriaan kawasan permainan adalah sentiasa dipantau dari semasa ke semasa. Kawasan gelanggang permainan sentiasa dipastikan dalam keadaan ceria, bersih, aman dan riang. Tujuannya supaya semua peserta dapat bermain dalam suasana yang seronok dan bersaing sengit antara satu sama lain. SELEPAS Untuk itu, selesai dan tamat sahaja permainan, tugas kami lebih kepada kebersihan yang mana memastikan kawasan permainan berada dalam keadaan bersih dan tiada sebarang sampah yang ditinggalkan oleh pemainpemain.

Kami

telah

mengumpul

sampah

sarap

dan

membersihkan

gelanggang permainan. Dalam pada itu juga, kami telah bekerjasama mengemas semula dan memulangkan alat perhiasan yang digunakan di samping memulangkan peti keselamatan. Dengan ini, kami sebagai AJK 3K berasa bersyukur dan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan berterima kasih atas kerjasama satu kelas dalam mengemaskan sampah sarah dan sebagainya. Selepas permainan tradisional berakhir, saya selaku ketua 3K telah membuat perjumpaan sekali lagi untuk pembahagian tugas untuk membuat laporan keseluruhan tentang pelaksanaan AJK Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan. Tuntasnya, ahli jawatankuasa ini telah memperlihatkan kerjasama yang utuh dan padu sejak dari awal perancangan program lagi serta memberikan kotmitmen yang sangat tinggi dalam proses pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional pada tahun 2015 ini.

Disediakan oleh, __________________ (LU SIEW LIAN)

11 September 2015

Ketua AJK Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan Karnival Permainan Tradisional PISMP BC / SN Jun 2013 Ahli Kumpulan : 1. Hii Moi Lang 2. Lee Yoke Fah 3. Wong Siew Ing 4. Ngui Ching Ching

Disemak oleh, __________________ (BONG CHYE SIA) Pengerusi Karnival Permainan Tradisional PISMP BC / SN Jun 2013 LAMPIRAN SEBELUM

AJK Kebersihan, keselamatan dan keceriaan mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama-sama

Pembentangan kertas kerja permainan tradisional

Taklimat ringkas oleh pensyarah penilai

SEMASA

Membuat persediaan terakhir

Perbincangan dengan para pensyarah

Mengacarakan majlis penutupan

SELEPAS

Sesi pengambilan foto

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF