6. Kertas Pertuduhan, Fakta Kes, Saman Dan Waran Tangkap

April 13, 2017 | Author: Mazlan Mansor | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download 6. Kertas Pertuduhan, Fakta Kes, Saman Dan Waran Tangkap...

Description

PROSEDUR PERUNDANGAN KPPP2214

OBJEKTIF AM • Dalam bab ini, anda akan mengetahui cara-cara untuk penyediaan Pertuduhan, Fakta Kes, Saman dan Waran Tangkap untuk dikemukakan ke mahkamah.

Pada hujung sesi ini anda dapat:

OBJEKTIF KHUSUS

1.

Menerangkan maksud Pertuduhan.

2.

Menerangkan objektif Pertuduhan.

3.

Menerangkan cara penyediaan Pertuduhan.

4.

Mempraktikkan cara penyediaan Pertuduhan.

5.

Menerangkan maksud Saman

6.

Menerangkan tujuan penyediaan saman.

7.

Menerangkan cara penyediaan Saman.

8.

Menerangkan maksud saman kepada saksi.

9.

Menerangkan maksud waran tangkap.

PENGENALAN Apabila keputusan telah dibuat oleh sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang, untuk meneruskan pendakwaan kesalahan jenayah setelah menerima sanksi atau keizinan mendakwa; 1. Pertama; penyediaan Pengaduan. (Disediakan dalam borang yang sedia ada). 2. Kedua; menyediakan Pertuduhan dan Saman. (dokumen ini perlu disedia dalam borang yang sedia ada). 3. Kesemua dokumen ini perlu diisi dalam tiga salinan. 4. Dokumen-dokumen ini perlu dihantar ke mahkamah untuk proses pendaftaran kes.

MAKSUD PERTUDUHAN • Pertuduhan perlu dirangka samada oleh pegawai penyiasat atau pegawai pendakwa sendiri. • Rangka pertuduhan itu harus mematuhi seksyen 152 dan 153, Kanun Prosedur Jenayah. • Pertuduhan adalah dakwaan perbuatan salah terhadap seseorang mengikut peruntukan undang – undang Sek 152 KPJ. • Ia merupakan satu dokumen formal tuduhan yang disediakan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang. • Ia menerangkan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh.

SETIAP PERTUDUHAN HARUS MENGANDUNGI BUTIRBUTIR BERIKUT: 1. Masa dan tempat kesalahan berkenaan itu berlaku; 2. Mangsa orang atau benda (jika bekenaan) yang telah diperlakukan kesalahan itu; 3. Penggunaan bahasa undang-undang dan rujukan seksyen undangundang yang tepat; 4. Seksyen yang menyatakan hukuman berkenaan kesalahan itu; dan 5. Hanya satu kesalahan sahaja dibenarkan dalam satu pertuduhan;

• Selepas merangka pertuduhan, pihak pendakwa dikehendaki menaip pertuduhan dengan menggunakan borang yang dikenali sebagai

Kertas Pertuduhan. • Terdapat dua jenis Kertas Pertuduhan iaitu • Mahkamah 114 (Borang A) digunakan jika terdapat seorang tertuduh sahaja dan • Mahkamah 113 (Borang B) digunakan apabila terdapat lebih daripada seorang tertuduh.

• Setiap Kertas Pertuduhan hendaklah mengandungi butir-butir yang dinyatakan dalam sekseyn 176(2) KPJ.

PERTUDUHAN BOLEH DIBUAT: • Selepas seseorang ditangkap di tempat kejadian jenayah atau semasa / selepas penyisatan jenayah, • Selepas seseorang ditangkap berdasarkan yang dikeluarkan oleh mahkamah dan • Selepas

waran tangkap

penerimaan pengaduan

oleh pihak mahkamah.

OBJEKTIF PERTUDUHAN. • Untuk menyatakan identiti dan alamat sebenar orang kena tuduh. • Untuk merekodkan jenis hukuman yang dikenakan. • Untuk menerangkan tarikh, masa jenis kesalahan dan hukuman. • Sebagai kayu pengukur bagi hakim samada semua beban pembuktian telah dapat dikemukakan oleh pendakwa berdasarkan ramuan yang terkandung di dalam KPJ.

BAGAIMANA MENYEDIAKAN PERTUDUHAN. • Guna borang Mahkamah 114 jika seorang sahaja dituduh • Jika ruangan tidak mencukupi gunakan lampiran. • Bagi tuduhan lebih dari seorang guna borang Mahkamah 113

BUTIRAN YANG PERLU ADA DI DALAM PERTUDUHAN. • Menyatakan kesalahan (Seksyen 152(i) KPJ) • Menggunakan perkataan yang sama seperti yang terdapat didalam seksyen undang undang (Seksyen 152(ii) KPJ) • Atau perkataan yang hampir dan mudah difahami (contoh: abu telah melakukan Pencabulan (pencerobohan) keatas tanah rezab kerajaan ) ( Sek 152 (iii) KPJ) • Sebutkan seksyen kesalahan ( Sek 152(iv) KPJ) • Nyatakan masa,tempat kesalahan, berlaku (Sek153(l) KPJ) • Sebutkan seksyen penalti

DI MANA TERTUDUH DITUDUH? • Bila Kertas Pertuduhan didaftarkan, satu nombor akan diperuntukkan. • Tertuduh akan dituduh secara rasminya di dalam mahkamah terbuka di mana orang awam mempunyai akses. • Seseorang majistret atau hakim mahkamah sesyen tidak diberi kuasa untuk memulaukan orang awam tanpa apa-apa peruntukan-peruntukan statut. • Walau bagaimanapun, majistret atau hakim mahkamah sesyen boleh memulau atau menghalau orang yang mengganggu proseding mahkamah. • Tertuduh boleh dibawa ke mahkamah samada dengan saman atau ditangkap. • Sekiranya beliau tidak hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang disebutkan, maka waran tangkap boleh dikeluarkan oleh pihak mahkamah berkenaan.

BORANG PERTUDUHAN UNTUK LEBIH DARI SATU TERTUDUH MAHKAMAH 113 (HADAPAN).

CONTOH KONTEN PERTUDUHAN. •

Bahawa kamu pada 20hb April, 2003 lebih kurang jam 2.50 petang , dipremis No.426, Jalan Makmur 1, Taman Temiang Jaya, Dalam Daerah Seremban, Dalam Negeri Sembilan, telah didapati membiarkan keadaan itu terjadi iaitu membiak jentik-jentik nyamuk aedes aegypti, sejenis serangga pembawa penyakit, di dalam bekas plastik yang terletak di atas peti televisyen di ruang tamu. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Sek.13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan) 2000 dan boleh dihukum dibawah Sek.23(a) Akta yang sama.

PERINGATAN PENTING!! • Pertuduhan berasingan bagi kesalahan yang berlainan dan setiap pertuduhan itu hendaklah dibicarakan secara berasingan. – (Sek. 163, KPJ)

yang dilakukan dalam tempoh 12 bulan boleh dipertuduhkan bersama. – (Sek.164, KPJ)

• Tiga kesalahan yang sama jenisnya

FAKTA KES • Dokumen yang terdapat dalam Kertas Siasatan. • Merupakan suatu ringkasan fakta yang mengandungi butiran atau elemen yang cukup bagi menjadikan suatu kesalahan. • Tujuan penyediaan FK, adalah menyokong fakta perakuan bersalah oleh OKS di Mahkamah, agar Majistret memastikan tertuduh memahami sifat dan akibat akuannya.

KENAPA MAHKAMAH PERLU MEMASTIKAN TERTUDUH MEMAHAMI SIFAT DAN AKIBAT AKUANNYA?

•Sebabnya, Mahkamah pun perlu mematuhi

sek.173(b), KPJ iaitu peruntukan prosedur dalam perbicaraan terus. • Supaya Mahkamah dapat merekod pengakuan OKS sama ada pertuduhan tersebut yang asal atau yang telah dipinda dan bolehlah mahkamah sabitkan dan jatuhkan hukuman menurut undang-undang.

Fakta kes • • •



Sekiranya tertuduh mengaku salah, pihak pendakwa hendaklah mengemukakan fakta -fakta kes Tertuduh mesti ditanya sama ada dia mengaku akan fakta – fakta kes Jika tertuduh mengaku fakta kes, mahkamah akan merekod sabitan terhadap tertuduh Jika tertuduh membantah fakta-fakta itu mahkamah harus tolak pengakuan bersalah tertuduh dan menetapkan tarikh bicara

Butir-butir fakta kes 1. Fakta kes hendaklah menunjukkan kesalahan

seperti

dalam pertuduhan, nama spesifik dalam statut.

intipati kesalahan

2.

Mesti mengandungi semua

3.

Hendaklah megandungi fakta yang boleh dibuktikan oleh pendakwaan dan yang diperlukan dalam pertuduhan. a) b) c) d)

Tarikh, masa, tempat dan orang berserta no. Kad Pengenalan / pasport Pelanggaran undang-undang – no. seksyen, peraturan Jenis hukuman berserta no. seksyen, peraturan. Orang yang bertanggungjawab terhadap kejadian / orang lain yang terlibat

4. Tidak perlu 5.

suatu cerita yang panjang lebar

Panjang sesuatu fakta kes bergantung kepada

intipati kes dan pertuduhan.

jenis kes,

PERBINCANGAN ; • Apakah cara dan kaedah untuk memaksa individu yang melakukan kesalahan hadir ke mahkamah? • Selain dari KPJ, adakah statut kesihatan awam yang memperuntukan cara untuk memaksa individu yang melakukan kesalahan hadir ke mahkamah?

PERNAH KENA SAMAN…?

SAMAN. • Saman adalah satu dokumen undang-undang yang dikeluar dan disah oleh mahkamah yang menghendaki kehadiran seseorang untuk menjawab pertuduhan yang dihadapkan ke atas beliau. • Di negara kita, peruntukan tentang saman diterangkan dalam Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). • Bentuk saman diterangkan di seksyen 34(1) KPJ. • Menurut Seksyen 34 (2) KPJ, saman biasanya disampaikan oleh polis tetapi boleh juga disampaikan oleh orang lain dengan kebenaran mahkamah.

APAKAH KES SAMAN? • Seksyen 2, KPJ; Kes Saman adalah suatu kes berhubung dengan suatu kesalahan yang bukannya menjadi kes waran. • Rujuk Jadual Pertama iaitu Jadual penyataan Kesalahan Terhadap Undang-undang lain daripada Kanun Keseksaan. • Jadual tersebut menyatakan bahawa Kes Saman adalah suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara kurang dari 3 tahun atau dengan denda sahaja.

SEKSYEN 35 KPJ MENERANGKAN CARA PENYAMPAIAN SAMAN. • Saman hendak disampaikan kepada orang yang disaman itu sendiri dengan menunjukkan saman asal kepadanya dan dengan menawarkan atau menyerahkan kepadanya satu salinan saman tersebut di bawah meterai mahkamah (Seksyen 35 (1) KPJ). • Seksyen 35 (2) KPJ menyatakan orang yang menerima saman dikehendakki menandatangani di belakang saman asal untuk mengesahkan bahawa ia telah menerimanya. • Seksyen 35 (3) KPJ menyatakan sekiranya saman disampaikan kepada perbadanan, maka saman hendak disampaikan kepada setiausaha atau mana-mana pegawai lain perbadanan berkenaan. • Seksyen 35 (4) KPJ menyatakan sekiranya orang yang disaman tidak dijumpai apabila telah berusaha mencarinya, maka saman itu boleh disampaikan dengan meninggalkan salinannya pada mana-mana orang dewasa ahli keluarganya atau pun kepada orang gajinya yang tinggal bersama-samanya.

• Seksyen 36, KPJ menerangkan prosedur jika penyampaian secara sendiri tidak dapat dilaksanakan. • Jika orang yang disaman itu tidak dapat dijumpai sungguhpun telah berusaha mencarinya dan penyampaian itu tidak dapat dilaksanakan menurut seksyen 35 (4) KPJ, maka pegawai yang menyampaikan saman itu hendaklah menampalkan salinan saman itu di mana-mana bahagian rumah itu yang dapat dilihat atau di mana-mana tempat lain di mana orang yang disaman itu biasanya tinggal dan dalam keadaan itu jika mahkamah itu mengarahkan sedemikian, baik sebelum ataupun sesudah ditampalkan, maka saman itu disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sahnya. • Seksyen 37 KPJ menerangkan bukti penyampaian. Apabila sesuatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah disampaikan, affidavit darihal penyampaian itu yang dibuat di hadapan pegawai yang berkuasa mengendalikan sumpah bolehlah diterima menjadi keterangan.

TUJUAN SEDIAKAN SAMAN. • Satu keperluan dibawah Sek 34 KPJ • Kaedah menghendaki seseorang hadir di mahkamah untuk menjawab pertuduhan yang dihadapkan kepadanya

BAGAIMANA MENYEDIAKAN SAMAN • Guna borang

Mahkamah 111

• Jika ruangan tidak mencukupi gunakan lampiran

Nota: Surat rasmi perlu disediakan apabila menghantar pengaduan, pertuduhan dan saman ke mahkamah untuk didaftarkan. Contoh surat disertakan.

KONTEN SAMAN Semasa menyediakan saman, saman mesti: (i) Dalam bentuk bertulis; (ii) Ditandatangani oleh pegawai yang mengeluarkannya dengan pangkat pejabatnya; (iii) Mencatatkan tarikh saman dikeluarkan dan mahkamah yang mengeluarkannya; (iv) Mencatatkan nama tertuduh dan kesalahan yang dilakunya; specify the name of the accused and the offense alleged; (v) Menetapkan tarikh, masa dan tempat di mana tertuduh mesti hadir; • Mengepilkan satu salinan maklumat, pengaduan atau indictment; dan • Konten saman adalah sama seperti pertuduhan.

CONTOH KONTEN SAMAN • Bahawa kamu pada 20hb April, 2003 lebih kurang jam 2.50 petang, di premis No.426, Jalan Makmur 1, Taman Temiang Jaya, Daerah Seremban, Negeri Sembilan, telah didapati membiarkan keadaan itu terjadi iaitu membiak larva aedes aegypti , sejenis serangga pembawa penyakit, di dalam bekas plastik yang terletak di atas peti televisyen di ruang tamu. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Sek.13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan) 2000 dan boleh dihukum dibawah Sek.23(a) Akta yang sama.

CONTOH SURAT MEMOHON PENDAFTARAN PENGADUAN

CARTA ALIR PROSEDUR PENYAMPAIAN SAMAN Mula

PPKP – Terima Saman dan rekodkan

PPKP – Arahkan PS untuk sempurnakan Saman PS – Ke lokasi OKS

OKS ditemui

OKS tidak ditemui

A

Alamat Betul

Alamat Salah

PS – Lengkapkan diari siasatan dan serah kepada PO

B

PO - Pohon Kes di DNAA

Tamat

CARTA ALIR ORANG KENA SAMAN DITEMUI

A

PS - Bertemu dengan OKS PS - Terangkan tatacara saman

Terima

Enggan Terima

PS - Serahkan saman

PS - Dapatkan bantuan Polis

Tidak Terima

PS - Serahkan saman

PS - Buat Laporan Polis

PS - Sediakan Diari Siasatan dan serahkan kepada KPPKP/PPKPK/PPKP Tamat

CARTA ALIR ORANG KENA SAMAN TIDAK DITEMUI (ALAMAT BETUL) B Ditemui

Tidak Ditemui

PS - Lengkapkan Borang 252. Pin. 1/78

PS - Jumpa penghuni dewasa

PS - Buat akuan sumpah

PS - Terangkan tatacara saman

PS - Kemukakan kepada KPPKP/ PPKPK / PPKP

PS - Tinggalkan saman

KPPKP/ PPKPK / PPKP Pohon penyampaian gantian PS - Sediakan diari siasatan PS - Kemukakan kepada KPPKP/ PPKPK / PPKP

Izin Tidak di beri

Izin di beri

KPPKP/ PPKPK / PPKP Arah PS untuk sempurnakan saman

PS - Kemukakan kepada KPPKP/ PPKPK / PPKP

Izin Tidak di beri

Izin di beri

KPPKP/ PPKPK / PPKP - Pohon kes di DNAA KPPKP/ PPKPK / PPKP Arah PS untuk sempurnakan saman PS – Pergi ke lokasi OKS PS – Tampal saman

PS – Isi Borang 252. Pin.1/78 PS – Buat akuan sumpah dan sediakan diari siasatan PS - Kemukakan kepada KPPKP/ PPKPK / PPKP

Tamat

SAMAN KEPADA SAKSI (SUBPOENA). • Sekiranya kehadiran saksi di mahkamah diperlukan untuk kes-kes tertentu, pegawai pendakwa akan memohon saman kepada saksi (subpoena) dikeluarkan. • Saman kepada saksi ialah satu perintah rasmi mahkamah memerlukan seseorang hadir di mahkamah pada tarikh, masa dan tempat yang tercatat untuk memberi keterangan ke atas sesuatu kes yang dibicarakan. • Mahkamah akan menyediakan saman kepada saksi apabila menerima surat permohonan dari pegawai pendakwa jabatan kerajaan. (Biasanya ia ditantangani oleh pendaftar mahkamah atau majistret atau hakim)

SUBPOENA - SEPINA • Saman kepada saksi dikeluarkan kerana pihak yang memohon percaya individu yang di saman mempunyai pengetahuan tentang kes yang bicarakan. • Saman kepada saksi mesti disampaikan kepada saksi sendiri. • Biasanya saman kepada saksi disampaikan kepada saksi oleh polis tetapi ia boleh disampaikan oleh pegawai kerajaan lain dengan kuasa bertulis yang diberi oleh pihak mahkamah.

SAMAN KEPADA SAKSI DISEDIAKAN OLEH PIHAK MAHKAMAH DAN BIASANYA MENGANDUNGI MAKLUMAT BERIKUT:

1. Nama mahkamah; 2. Jenis kesalahan (mesti sama dengan sama); 3. Nombor saman 4. Nama orang yang dikehendakki menghadiri mahkamah untuk memberi keterangan; dan 5. Tarikh, masa dan tempat tepat di mana keterangan perlu diberi. Sekiranya masa yang diambil untuk perbicaraan adalah lama, saman kepada saksi tersebut akan menunjukkan bahawa saksi tersebut mesti boleh dikesan sehingga kes selesai. 6. Saksi yang menerima saman kepada saksi mesti hadir di mahkamah pada tarikh, masa dan tempat seperti yang tercatat di dalam saman kepada saksi. Sekiranya beliau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, maka waran tangkap akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

BORANG SAMAN KEPADA SAKSI (SEPINA)

Definisi.

AFFIDAVIT

• Written declaration made under oath; a written statement sworn

to be true before someone legally authorized to administer an oath.

(akuan bertulis yang dibuat secara bersumpah; satu kenyataan bertulis bersumpah untuk menjadi benar di hadapan orang yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengendalikan sumpah) Sumber: wikipedia.org/wiki/Affidavit

• ”Affidavit” adalah satu akuan bertulis yang dibuat dihadapan pegawai yang mengendalikan sumpah dan boleh diterima menjadi keterangan di mahkamah. Sumber : SOP, Penguatkuasaan dan Perundangan Kesihatan Awam

PENYERAH SAMAN Definisi •

”Penyerah Saman” adalah mana-mana Pembantu Kesihatan Awam yang diberi kebenaran oleh Mahkamah yang mengeluarkan saman di bawah Seksyen 34(ii) Kanun Prosedur Jenayah

AFFIDAVIT PENYAMPAIAN • Bermaksud; “Penyampaian ganti” dalam bidangkuasa mahkamah

Apabila sesuatu saman atau dokumen itu gagal disampaikan secara biasa dan setelah Mahkamah berpuashati bahawa segala usaha yang munasabah telah dilakukan bagi menyempurnakan saman tersebut (seksyen 48(1) • Mahkamah boleh memerintahkan supaya saman atau dokumen lain itu disampaikan dengan cara gantian • Penyampaian ganti ini boleh dibuat dengan cara menampalkan suatu salinan di papan kenyataan Mahkamah dan juga di suatu tempat yang mudah dilihat di bangunan tempat terakhir (alamat terakhir) orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan diketahui tinggal. • Penyampaian ganti juga boleh dibuat dengan apa-apa cara lain yang Mahkamah fikirkan patut.

KES WARAN ? • Seksyen 2, KPJ ; Kes Waran adalah sesuatu kes yang berhubung dengan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum MATI, atau dipenjarakan untuk tempoh melebihi 6 bulan. (Ini adalah untuk kesalahan di bawah kanun keseksaan) • Rujuk Jadual Pertama iaitu Jadual penyataan Kesalahan Terhadap Undangundang lain daripada Kanun Keseksaan. • Jadual tersebut menyatakan bahawa Kes Waran adalah suatu kesalahan yang boleh dihukum bunuh atau penjara 3 tahun dan lebih. • Jika tertuduh tidak lagi berada dalam tahanan polis dan kesalahan tertuduh adalah merupakan kes waran, Pihak Pendakwa BOLEH memohon Waran Tangkap untuk memberkas tertuduh yang masih bebas.

WARAN TANGKAP • Dikeluarkan oleh Mahkamah secara bertulis dan ditandatangi seperti diperuntukkan oleh Akta Mahkamah Rendah 1948 atau Akta Mahkamah Kehakiman 1964 serta dimeterai oleh Mahkamah. • Setiap waran akan berkuatkuasa sehingga dibatalkan oleh mahkamah yang mengeluarkannya.

WARAN TANGKAP

(ARREST WARRANT)

• Sekiranya tertuduh atau saksi tidak menghadiri mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan, makahmah akan mengeluarkan waran tangkap. • WT boleh dikeluarkan oleh mahkamah untuk menangkap suspek dalam keskes jenayah yang serius seperti pembunuhan. • WT ialah satu dokumen yang membawa seseorang untuk pengurungan polis. • WT digunakan sebagai satu perintah rasmi dari mahkamah untuk menahan tertuduh supaya beliau menjawab sesuatu jenayah yang disyaki. • WT dikeluarkan oleh majistret, hakim atau pendaftar mahkamah. • Peruntukan WT, Sek. 38(1), Sek.38(2), Sek. 39. Sek. 40(1), Sek.40(2), Sek. 41 – 43, KPJ.

BENTUK WARAN TANGKAP Setiap Waran Tangkap mesti: (i) Dalam bentuk bertulis ; (ii) Ditujukan kepada pegawai polis seluruh negara; (iii) Ditandatangani oleh pegawai yang mengeluarkannya jawatannya, pejabat dan tarikh ia dikeluarkan; (iv) Mencatat nama tertuduh;

dengan

(v) Catatkan maklumat tentang kes tersebut (maklumat adalah sama seperti saman); (v) Tarikh beliau perlu dibawa ke mahkamah dan (vi) Mengarahkan penangkapan tertuduh kecuali jika beliau mematuhi syarat pelepasan yang tercatat dalam waran.

BORANG WARAN TANGKAP

Latihan • Sediakan satu rangka saman kesalahan di bawah APSPP 1975/AM 1983/PPM 1985/PKHT 2004 • Sediakan satu rangka Pertuduhan kesalahan di bawah APSPP 1975/AM 1983/PPM 1985/PKHT 200

X

X

X

52

X X

X

X X

X

X

X

X

X

X

X

X

X

1/21/2010

X X

X

X

X

X X

53

54

X X X

X X

X

X

X

X

X X

Terima Kasih…

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF