50 Tips Nyanyian

September 27, 2017 | Author: Adelah Adel | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download 50 Tips Nyanyian...

Description

E-Book ini adalah PERCUMA dan anda dilarang dari menjualnya.Anda hanya dibenarkan menyebarkan ebook ini melalui link ini sahaja iatu http://www.zarulumbrella.com/tipsnyanyian

PRAKATA PENULIS Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Syukur kehadrat Illahi dengan izinNya dapat sekali lagi saya menerbitkan sebuah laporan yang berjudul 50 Tips dan Fakta Nyanyian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada anak dan isteri saya yang selalu dibelakang saya dalam mengharungi liku liku dalam menyiapkan laporan ini.Tak lupa juga kepada guru vocal saya Dr Ridzuan dan Hazami yang banyak memberi sokongan serta maklumat mengenai pembelajaran serta latihan vokal Seperti yang anda semua sedia maklum yang laporan ini saya berikan secara percuma sahaja untuk dikongsi dengan anda diluar sana yang dahagakan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang nyanyian.Saya yakin ini adalah bahan bacaan yang pertama dalam bidang sepertinya yang berbahasa melayu yang boleh anda dapati. Penghasilan laporan ini didorong oleh rasa ingin membantu dan mencurahkan sedikit pengalaman yang saya ada sebagai seorang penyanyi professional suatu masa dulu.Walaupun laporan ini saya tulis dengan seringkas mungkin untuk pemahaman anda namun saya rasa asedikit sebanyak dapat membantu anda mempersiapkan diri untuk pergi lebih jauh lagi dalam bidang nyanyian Bercakap mengenai pergi lebih jauh ni ,saya sekarang tengah menyiapkan sebuah ebook yang lengkap iaitu kesinambungan dari laporan ini dan insyaallah akan menemui anda tak lama lagi. Tapi sebelum itu anda baca dan fahamilah dulu report yang saya sediakan ini terlebih dahulu dan cubalah praktikkan tips tips yang diberi.

Selamat Membaca dan Selamat Mencuba

Zarul Umbrella

50 FAKTA & TIPS NYANYIAN 1. Menyanyi adalah sebahagian daripada budaya kita. Menyanyi adalah perkara semula jadi yang membantu untuk menyatakan diri kita sendiri dan menunjukkan betapa gembiranya kita; Ia juga adalah sesuatu yang kita boleh turunkan generasi ke generasi 2. Menurut kata seorang guru vocal/penyanyi tanahair iaitu Hazami,menyanyi adalah perbuatan meniru bunyi yang didengar dengan suara

3. Ada 5 Komponen Asas Nyanyian:1. Pernafasan 2. Rhythm/Irama 3. Pitch/Nada 4. Suara 5. Sebutan

4. Pernafasan?Kenapa ianya penting?Ini adalah kerana tanpa pernafasan tidak akan ada udara dan bila tiada udara kita tidak akan boleh mengeluarkan suara dan bunyi takkan keluar dan tidak akan adalah nyanyian

5. Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vocal

6. Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai tahap ‘cemerlang’ dalam asas pernafasan untuk menyanyi!

7. Penyanyi perlu belajar bagaimana hendak mengetahui tentang pernafasan mereka pada semua masa kerana ia memberi kesan kepada nada dan kualiti suara, kemampuan untuk mencapai julat pic yang diperlukan dan kemahiran mengawal not untuk tempoh masa yang lama. Mempelajari teknik penting ini memberikan alat yang betul bagi seorang penyanyi untuk melahirkan kemampuan diri mereka sebaiknya.

8. Pernafasan yang betul dilakukan daripada diafragma. Perhatikan pernafasan seorang bayi, kelihatan perutnya yang naik dan turun apabila bernafas - ini adalah cara yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu anda dan dada anda harus sangat minimum pergerakannya. Amalkan cara tersebut dengan mengimbangi bahu anda dan menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam dan ke luar. 9. Seluruh pernafasan sama ada secara sedar atau tidak sedar adalah dilakukan menerusi diafragma. Udara tidak boleh bergerak melalui paru-paru tanpa yang bantuan dari diafragma

10.

Diafragma adalah otot berbentuk-kubah terletak melintang

dibahagian bawah tulang selangka , untuk menggunakannya anda perlu mengisi dinding abdomen dengan udara. Apabila kita tidak menggunakan otot ini dengan keupayaan sepenuhnya, ia menghalang

suara daripada menghasilkan gelembung yang perlu untuk menghasilkan resonan yang sewajarnya. 11.

Untuk makluman anda,kita tak boleh nak mengawal otot

diafragma kita apabila kita bernafas.Ianya bergerak secara semulajadi dan anda tidak boleh nak kawal pergerakannya supaya ianya menguncup atau mengembang seperti yanang boleh kita lakukan keatas otot yg lain seperti trisep dan bisep.Apa yang boleh anda buat hanyalah menarik dan menghembuskan nafas dan ini menyebabkan ianya menguncup dan mengembang secara otomatik..

12.

Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan

mengamalkan senaman mudah ini:Mulakan dengan berbaring dan meletakkan sebuah buku besar di bahagian tengah abdomen anda. Sebagaimana anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahanlahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda

13.

Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila

seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang mambang

14.

Kemahiran ‘deria irama’ anda bermula dengan mempelajari

bagaimana mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes dengan rentak yang berbeza-beza, begitu juga kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu! 15.

Asas dalam memahami suara dan vocal cord/lipatan suara

amat mustahak bagi membantu kita kearah mengamalkan tabiat

menyanyi yang baik, dan juga dalam melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih relax dan ‘sihat’ 16.

Sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah

batu pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu yang kita sampaikan, dan samada audience boleh ‘connect’ dengan kita melalui persembahan nyanyian kita. Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.

17.

Jangan ikut orang lain.Bila menyanyi anda dengan cara tak

sengaja akan terikut-ikut cara nyanyian penyanyi asal,fenomena ini berleluasa di Malaysia suatu waktu dulu dimana ramai yang meniru suara Jamal Abdillah begitu juga dengan Dato'Siti Nurhaliza.Ini adalah tidak bagus jika anda hendak menjadi penyanyi yang hebat.Untuk menjadi hebat anda kena atau mesti mempunyai identiti suara anda sendiri,pendekata anda kena ada trademark anda sendiri.Untuk cuba lari dari terikut-ikut, cubalah menyanyi lagu yang anda kurang minat dengan penyanyi nya atau anda langsung tak pernah dengar pun lagu serta penyanyinya. Mulanya anda akan merasa kurang selesa,jika anda cuba sekerap yang mungkin lama-kelamaan ianya akan menjadi biasa dan sedikit demi sedikit anda akan nampak keaslian suara anda,mat saleh cakap original!

18.

Nyanyian dan muzik adalah bersangkut paut dengan

emosi.Sesebuah nyanyian mengutarakan sebuah cerita,warna,perasaan,kesedihan dan kebahagian etc.Dengan hanya setakat mengenal nota-nota muzik dan pandai menyanyi sahaja tidak mencukupi untuk menjadi penyanyi hebat.Anda harus pandai

mengawal emosi anda! Setiap lagu yang ingin dinyanyikan harus diteliti dan difahami isi kandungan dan ceritanya,apakah emosi dalam lagu itu?apakah emosi dalam melodi lagu itu? Ini semua harus dikaji. Biasa orang cakap kita kena 'feel' kan lagu tu baru lah sedap. Bila emosi berjaya dengan kemahiran vokal yang ada maka lengkaplah nyanyian.

19.

Cermin adalah alat yang penting dalam pembelajaran vokal

anda..bunyi macam tak logik bukan..Tapi inilah hakikatnya! Dengan menyanyi dihadapan cermin anda sendiri dapat meihat postur badan anda sewaktu menyanyi(ini amat penting ketika menyanyi)expresi muka dan mulut serta teknik pernafasan anda.Cuba bereksperimen depan cermin dengan menyanyi dengan membongkok,tak buka mulut dengan sepatutnya dan cuba menyanyi dengan berdiri tegak dan

membuka mulut dengan sepatutnya.Dont be surprised anda akan selesa menyanyi bila anda berdiri tegak sambil menyanyi dengan membuka mulut dengan sepatutnya.Itulah kegunaan cermin!

20.

Berhenti....Ok yang ni mungkin agak berat sikit bagi

sesetengah orang untuk mempraktikkanya..Namun untuk menjadi penyanyi yang berkaliber anda kena berhenti merokok,cakap dengan menjerit atau suka menjerit-jerit(ada ke orang macamni)dan kurangkan meminum ais beberapa jam sebelum anda menyanyi.Saya tak kan kupas bab ni kerana bersangkut-paut dengan tabiat manusia,saya dah bagi tahu jadi pandai-pandailah yer..

21.

Rehatkan suara anda bila anda rasakan yang tekak anda sakit

atau anda demam dsb

22.

Pastikan anda meminum air dengan cukup sebelum,semasa

dan sesudah menyanyi

23.

Elakkan pengambilan kafein dan alcohol yang berlebihan

24.

Yang paling penting adalah tidur yang mencukupi kerana pada

saya tanpa tidur yang cukup susah untuk saya mengeluarkan suara dan mencapai note note yang tinggi dan suara rasa seperti ketat

25.

Sebelum memulakan nyanyian,elakkan dari berada di tempat

yang berhawa dingin sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anda menyanyi-takut nanti dada sempit dan mungkin senang kena sakit tekak atau gatal serta perit tekak

26.

Kurangkan bercakap sebelum anda menyanyi-ini amat perlu

kepada yang bermulut murai ooopss sorry kalau ada yang terasa,tapi ini lah hakikatnya tolong kurangkan bercakap banyak,untuk merehat serta menenangkan otot lipatan suara

27.

Juga elakkan bahan makanan tenusu seperti susu, cheese

dan seumpamanya kerana ianya menyebabkan lendir di dalam tekak dan ini dikhuatiri akan mengganggu prestasi vocal chord anda

28.

Jangan menyanyi melebihi had – maknanya disini,cuba

bercuti dari menyanyi untuk sehari dalam seminggu-untuk menjaga ‘kesihatan’ suara anda

29.

Anda tidak mempunyai range suara yang tinggi??tak

mengapa teruskan latihan demi latihan,ia seperti kita membuat regangan untuk menyentuh ibujari kaki kita tanpa membengkokkan lipatan lutut,pada mulanya ianya agak susah tapi kalau hari hari anda cuba pasti suatu hari anda akan berjaya,begitulah juga dengan suara kita 

30.

Latihan yang paling berkesan untuk membiasakan diri anda

menyanyi di hadapan khalayak adalah dengan berkaraoke – ajak kenkawan seramai mungkin dan tunjukkanlah kehebatan anda di sana!!

31.

Kritikan adakalanya baik untuk anda kerana ini mungkin boleh

menjadi kayu pengukur kehebatan vocal dan persembahan nyanyian anda,tapi jangan sesekali membiarkan anda menjadi lemah semangat dek kerana kritikan kenkawan anda..Sesekali bagilah kenkawan menilai kebolehan anda

32.

Vibrato

-

perubahan

turun

naik

pic,

digunakan

untuk

menambah ekspresi. Vibrato yang halus menambah kekayaan kepada nada suara yang mana kebiasaannya lebih menyeronokkan terhadap pendengar dan paling mudah pada suara penyanyi tapi jangan terlampau

menggunakan

vibrato

anda

kerana

dikhuatiri

akan

mencacatkan nyanyian anda

33.

Suara kepala atau tingkat suara atas adalah di mana not tinggi

dinyanyikan dengan betul.Resonan biasanya dirasai di dalam kawasan bibir atau tulang pipi (dengan yang tingkat nada suara kepala, pernilaian biasanya berdasarkan pada kualiti dalam ketulenan suara)

34.

Bertenang ketika anda menyanyi adalah sangat mustahak. Jika

anda naik cemas ketika menyanyi, ia akan menyebabkan kelemahan

dalam resonan dan nada suara suara anda. Ia juga mustahak untuk tidak keterlaluan apabila cuba untuk mencapai not yang di luar dari kemampuan anda. Keterlaluan tidak akan membantu anda untuk mencapai not tersebut, anda mesti kekal bertenang. 35.

Bunyi berasal daripada getaran lipatan suara yang terdapat di

dalam kotak suara. Kotak suara hanya terletak di belakang halkum anda. Nama kotak suara tersebut ialah larinks (disebut “la-rinks). Ketika udara yang sedang

bergerak daripada paru-paru dihantar melalui kotak suara, udara menyebabkan lipatan suara anda bergetar. Lipatan suara, lebih dikenali sebagai kod-kod suara, merupakan dua otot-otot halus yang lebih kecil dari ibu jari anda. Suatu nada biasa, seperti note ‘middle C’, memerlukan 262 getaran daripada lipatan-lipatan yang halus ini untuk setiap saat!

36.

Bagaimana ianya berfungsi?Ketika anda menarik nafas untuk

memenuhi paru-paru anda, lipatan suara anda akan terbuka luas. Ketika anda menghembus nafas, ia akan tertutup dengan rapat. Ketika anda sedang menyanyi, ia bergetar di antara satu sama lain.

37.

Buka Mulut Anda Dengan Luas- Lebih luas daripada ketika

anda bercakap secara normal. Ini adalah rahsia yang paling penting. Walaubagaimanapun, jangan membukanya terlalu luas sehingga rahang anda menjadi ketat. Bayangkan sebuah rak terletak lebih kurang satu inci di bawah rahang anda. Buka mulut anda pada tempat di mana rahang anda berehat pada rak tersebut.

38.

Lipatan suara anda adalah tisu halus yang lebih kecil daripada

ibu jari anda. Ia tidak mempunyai hujung saraf, jadi ia tidak dapat memaklumkan anda sekiranya anda sedang mencederakannya. Rasa “calar” di dalam kerongkong anda adalah sejenis tanda amaran. Ia bermakna anda seharusnya berusaha dengan lebih kuat untuk otototot sekeliling yang digunakan ketika menyanyi.

39.

Do-Re-Mi: Tunjang sesebuah nyanyian ialah do-re-mi. Anda

mungkin pernah menyanyikannya di sekolah rendah, “doh, ray, mee, fah, sol, lah, tee, doh”.Nyanyikan untuk diri anda sekarang. Skala ialah laluan di mana perjalanan sesebuah melodi. Ia merupakan senarai asas nada yang boleh digunakan dalam lagu.

40.

Sekiranya nada lagu tidak menegangkan(terkucil) suara anda,

samada tinggi atau rendah pada penghujung, jadi lagu tersebut dikatakan berada pada “key yang tepat” untuk anda.

41.

Cara paling simple untuk nak warm-up suara anda- Nyanyi

perkataan "sung" dan tahan “ng”, lidah berlawanan dengan bahagian belakang bumbung lidah anda. Sekarang, bawa bunyi yang menaik ke hujung suara yang anda mampu capai. Sekarang, bawa bunyi berterusan ke tahap yang paling rendah dan naik kembali. Ini akan menghasilkan bunyi seperti siren

42.

Cara Paling Mudah Mendapatkan Kunci - Anda boleh

mengenalpasti lagu yang mana satu mempunyai kunci yang sesuai untuk anda ialah dengan menyanyi bersama mereka(penyanyi asal). Beberapa lagu dirasakan lebih selesa berbanding lagu yang lain. Ini bermakna bahawa anda tidak perlu untuk menarik suara anda pada

nada yang tinggi atau nada yang rendah. Di antara kesemua lagu tersebut yang dirasakan selesa

43.

Berjalan ketika anda sedang menyanyi adalah satu latihan yang

baik untuk persembahan nyanyian anda . Ianya boleh memahirkan anda menggunakan langkah-langkah untuk menghasilkan nyanyian yang lebih baik. Perhatikan bagaimana penyanyi profesional berdiri, berjalan dan bergerak.

44.

Rakamkan suara anda-Tips ini lah yang digunakan oleh saya

suatu masa dulu untuk mengetahui setakat mana bagusnya suara saya-Kaji dan dengar suara anda di segi tempo,pitching dan feel

45.

Feel dalam penyampaian lagu adalah amat penting untuk

menjadikan nyanyian anda lebih sedap didengar – Ada perbezaan antara menyanyi dan me’lagu”kan lirik yang ingin disampaikan- Faham apa yang anda hendak sampaikan

46.

Dinamik dalam nyanyian adalah kemahiran dalam

menggunakan kepelbagaian tekanan nada suara samada perlahan, kuat, tinggi serta rendah sesuatu note itu dan meletakkannya di tempat yang sesuai

47.

4 jenis suara terdiri dari:o i)Bass-cth penyanyi Broery Marantika o ii)Alto-cth penyanyi Jamal Abdillah o iii)Tenor-cth penyanyi Misha Omar o iv)Soprano-cth penyanyi Ning Baizura

48.

Ramai orang menganggap bahawa nyanyian adalah hanya suatu

sambungan daripada percakapan. Ia bukanlah sedemikian. Ia mungkin kelihatan sama tetapi ia sangat berbeza. Seseorang boleh berjalan dengan pantas dan memotong seorang pelari perlahan. Berjalan dengan cepat tidak sama dengan berlari secara perlahan

49.

Cintai suara anda dahulu sebelum anda ingin serius untuk

mendalami bidang nyanyian kerana ia adalah instrument anda dalam

muzik-Bagi seseorang ahli muzik instrument mereka adalah ‘nyawa’ mereka,Jadi jagalah suara anda sebaik mungkin

50.

Tip terakhir adalah latihan-Menyanyilah dimana saja dan

seeloknya adakan jadual latihan supaya suara anda menjadi semakin fleksibel hari ke hari,konsep ini juga sama juga dengan ahli sukan berlatih dan terus berlatih dan berseronoklah dengan nyanyian anda nescaya anda akan menghiburkan orang disekeliling anda

HakCipta Terpelihara © 2009 ZarulUmbrella.com/TipsNyanyian

Penafian Penulisan Pihak penerbit berusaha sedaya upaya memastikan eBook ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti dari aspek yang dibincangkan. Penerbit eBook ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya bantuan dan nasihat diperlukan, sila dapatkan khidmat pakar yang berkelayakan

Jangan lupa untuk mengetahui panduan nyanyian yang lebih lengkap dengan mendapatkan ebook RAHSIA VOKAL di http://rahsiavokal.com

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF