4541-2 Kimia 2 KMJ SPM 2010 - 3

September 21, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download 4541-2 Kimia 2 KMJ SPM 2010 - 3...

Description

 

4541/2

KIMIA 2

BENTUK KERTAS SOALAN

Kertas Chemistry 2 mengandungi tiga bahagian: Bahagian A – Mengandungi enam soalan struktur di mana calon dikehendaki menjawab semua soalan tersebut. Bahagian B – Mengandungi dua soalan esei respon tertutup di mana calon dikehendaki menjawab satu soalan. Bahagian C – Mengandungi dua soalan esei respon terbuka di mana calon dikehendaki menjawab satu soalan. Calon diberi masa dua jam tiga puluh minit untuk menjawab ketiga-tiga bahagian tersebut. Kertas soalan merangkumi Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 dan 5. Item-item yang digubal berfokus kepada semua konstruk seperti pengetahuan kimia, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan aplikasi praktikal dalam kehidupan seharian. Taburan tajuk mengikut soalan 2010 adalah seperti di bawah:

Bahagian A

Soalan 1

:

Matter and Substances

Soalan 2

:

Salt

Soalan 3

:

Periodic Table

Soalan 4

:

Chemical Bonds and Atomic Structure

Soalan 5

:

Electrochemistry Electrochemistr y

Soalan 6

:

Acids, Bases & Salts

Soalan 7

:

Chemical Formula & Equation, Chemicals for Consumers

Soalan 8

:

Rate of Reaction

Soalan 9

:

Electrochemistry, Electrochemistr y, Oxidation and Reduction

Soalan 10

:

Thermochemistry

Bahagian B

Bahagian C

KIMIA 2

1

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

PRESTASI KESELURUHAN

Pencapaian calon pada tahun ini adalah baik berbanding tahun lepas. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan dalam Bahagian A dengan betul. Manakala dalam bahagian B dan C, hanya calon daripada kumpulan pencapaian tertinggi atau sederhana dapat menjawab dengan baik. Prestasi keseluruhan pada tahun ini lebih menyeluruh kesannya di mana calon kumpulan sederhana juga menunjukkan peningkatan. Penggunaan bahasa Inggeris dalam menjawab soalan adalah memuaskan. Kebanyakan calon menggunakan bahasa Inggeris dalam jawapan mereka. Terdapat juga calon yang menjawab dalam bahasa Inggeris masih menggunakan beberapa perkataan dalam bahasa Melayu dalam huraian/penerangan mereka. Terdapat juga pusat di mana calon-calon menjawab dalam bahasa Melayu. Bagaimana pun, secara keseluruhannya kebanyakan calon di bandar dapat menjawab dalam bahasa Inggeris dengan baik. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi

Calon kumpulan ini dapat menggunakan kemahiran berkomunikasi yang berkesan di mana mereka mempersembahkan jawapan mereka menggunakan ayat yang jelas dari segi tata bahasa, jadual bagi membandingkan dan membezakan sesuatu konsep serta gambar rajah yang berfungsi dan berlabel. Bagi soalan yang melibatkan pengiraan, langkah-langkah pengiraan ditunjukkan dengan jelas dan menulis jawapan berserta unit yang betul. Calon juga berkeupayaan menulis persamaan kimia dengan betul dan seimbang.

Kumpulan Sederhana

Jawapan mereka ada kalanya terlalu panjang dan berulang-ulang tetapi tidak memenuhi kehendak tugasan. Dalam soalon esei, calon tidak dapat menyusun idea dan isi dengan sempurna dan kebanyakannya memilih untuk menjawab soalan 8 dan 9. Calon dalam kumpulan ini menguasai kemahiran dan pengetahuan kimia secara sederhana di mana KIMIA 2

2

mereka masih dapat melukis Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

gambar rajah yang yang berfungsi tetapi

gagal melabel bahagian rajah dengan

lengkap. Calon juga dapat menunjukkan langkah pengiraan tetapi jawapan yang diberikan tidak beserta unit atau menulis unit yang salah. Mereka juga gagal memahami tugasan soalan dengan tepat. Sebagai contoh calon menulis formula bahan kimia sebagai jawapan bagi soalan yang meminta menamakan bahan. Calon dalam kumpulan ini juga masih lagi keliru tentang penggunaan istilah yang tepat misalnya tidak dapat membezakan antara atom, molekul dan ion dalam huraian jawapan mereka mereka.. Persamaan kimia yang diberi dalam jawapan tidak seimbang. Terdapat juga kes di mana calon memberi lebih dari satu jawapan kerana mereka tidak yakin dengan jawapan yang diberikan. Ini akan menyebabkan

mereka

kehilangan

markah

disebabkan

jawapan

yang

bercanggah.

Kumpulan Rendah

Calon dalam kumpulan ini memberi jawapan yang lemah kerana mereka tidak memahami kehendak soalan. Kebanyakan calon kumpulan ini tidak menjawab soalan esei dengan lengkap atau langsung tidak menjawab soalan Bahagian B dan C. Mereka juga tidak dapat menulis persamaan kimia yang seimbang. Calon tidak menjawab soalan pada aras aplikasi dan hanya menjawab soalan pada aras pengetahuan sahaja. Jawapan yang diberikan oleh calon dalam kumpulan ini tidak dinyatakan secara terperinci seperti yang dikehendaki oleh soalan sebaliknya menulis apa yang diketahui sahaja yang tidak berkaitan dengan soalan. Kebanyakan calon memberi jawapan secara umum tanpa menggunakan istilah yang sempurna, kesalahan ejaan, gambarajah yang tidak berfungsi dan berlabel serta gagal menjawab soalan yang melibatkan pengiraan malah ada yang hanya meninggalkan tempat kosong.

KIMIA 2

3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

PRESTASI TERPERINCI ( Berdasarkan Item) Soalan 1

Calon kumpulan tinggi dapat menyatakan jenis zarah yang terdapat dalam air dengan betul. Calon kumpulan ini juga dapat menyatakan keadaan fizikal pada rajah yang berlabel Z serta menamakan proses apabila keadaan X bertukar ke Y. Mereka juga dapat menyatakan dengan jelas perubahan tenaga dan perubahan daya tarikan antara zarah-zarah dari keadaan fizikal X ke Y. Prestasi calon mengaplikasikan teori kinetik jirim dalam menerangkan situasi yang diberi dalam pecahan soalan (f) adalah tidak begitu tepat walau pun kebanyakan calon dapat menamakan proses resapan (diffusion) berlaku dalam situasi tersebut. Contoh jawapan calon yang hampir memenuhi tugasan soalan sepenuhnya adalah seperti di bawah.

KIMIA 2

4

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Bagi kumpulan sederhana dan rendah pula, sukar bagi calon menerangkan  particles bahawa resapan melibatkan pergerakan zarah bergerak secara rawak ( particles move randomly ) dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan

rendah (from  higher concentration region to lower concentration region) . Contoh  jawapan yang yang tidak memberi respon respon yang yang betul kepada kepada soalan (f) (f) adalah seperti seperti di bawah.

Dalam menerangkan mengapa proses resapan (diffusion) berlaku, calon seharusnya menerangkan terdapatnya zarah yang bergerak rawak dari kawasan ketumpatan tinggi ke rendah.

KIMIA 2

5

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Soalan 2

Calon kumpulan tinggi dapat memberi respon yang tepat kepada kebanyakan pecahan soalan ini. Mereka dapat menamakan gas yang terhasil dan membezakan warna baki selepas pemanasan zink karbonat semasa panas dan sejuk. Kebolehan calon kumpulan ini menulis persamaan kimia kimia yang seimbang adalah baik. Walau bagaimana pun, terdapat kes-kes di mana calon dalam kumpulan sederhana masih tidak dapat membezakan tindak balas yang melibatkan penguraian (decomposition) dan pembakaran (combustion) dalam menulis persamaan kimia. Mereka melakukan kesalahan dengan meletakkan gas oksigen, O2 sebagai bahan tindak balas.

Calon kumpulan rendah gagal memberi respon yang tepat dalam menulis

persamaan kimia disebabkan kegagalan mengenal pasti hasil serta menulis formula kimia yang betul bagi hasil yang terbentuk. Bagi pecahan soalan (d) yang melibatkan penggiraan isipadu gas yang terbebas, Calon kumpulan tinggi dapat menunjukkan langkah kerja dengan jelas dan memberi nilai isipadu beserta unit yang betul. Terdapat calon kumpulan sederhana yang dapat menghitung bilangan mol gas yang terbebas dengan betul tetapi gagal menghitung isipadu gas dengan tepat disebabkan kesalahan menulis unit bagi isipadu.

KIMIA 2

6

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Calon kumpulan rendah kebiasaannya masih lemah menggunakan perkaitan antara bilangan mol dengan isipadu. Malah terdapat kes di mana mereka tidak dapat menghitung bilangan mol (number of mole) apabila jisim sesuatu bahan diberikan.

KIMIA 2

7

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Bagi pecahan soalan (e), respon yang diberikan oleh

Calon kumpulan tinggi

adalah baik. Calon kumpulan ini dapat menyatakan bahan X serta menyatakan bilangan mol ion-ion (moles of ions) dalam satu mol zink klorida ( zinc chloride) dengan tepat. Kemampuan mereka memberi respon kepada tugasan yang melibatkan mengenalpasti kation(cation) yang hadir dalam larutan zink klorida adalah baik. Manakala bagi kumpulan sederhana dan rendah, sebilangan calon tidak berupaya menginterpreitasi soalan dengan tepat terutamanya pada ’one’’  sebagai jawapannya dan tugasan (e)(ii). Ada calon yang memberi res pon ’one

ada yang mengaitkannya dengan nombor Avogadro dan menulis jawapan sebagai 6.02 X 1023 .

Soalan 3 Calon kumpulan tinggi dapat menamakan unsur, menyatakan kumpulan dan kala, menulis persamaan kimia seimbang dengan betul dan menerangkan unsur yang lebih elektronegatif dengan tepat. Namun, penerangan bagi mengapa gas argon adalah monoatom tidak menepati kehendak tugasan. Calon kumpulan prestasi sederhana dan rendah tidak memberi nama logam sebaliknya memberi formula. Kedua-dua kumpulan ini tidak dapat menulis formula hasil tindakbalas yang betul. Persamaan kimia bagi bahagian (c)(i) tidak seimbang. Penerangan bagi sebab gas argon adalah monoatom tiada kaitan. Contoh: Untuk soalan 3(b)(ii), jawapan yang diberikan tidak menepati tugasan. Contoh jawapan calon yang tidak memenuhi tugasan 3(b)(ii) ialah seperti di bawah:-

KIMIA 2

8

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Untuk soalan 3(c)(i), menulis persamaan kimia antara natrium dan oksigen untuk membentuk natrium oksida, kesalahan umum calon kumpulan prestasi sederhana dan rendah ialah :

Persamaan kimia tidak seimbang Kesalahan

menulis

formula

bahan

atau

formula

hasil

tindakbalas

dan

mengimbangkan persamaan kimia

Bagi soalan 3(d), Calon kumpulan tinggi dapat menerangkan kenapa klorin lebih elektronegatif daripada natrium.

KIMIA 2

9

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

 Ada calon dalam kumpulan prestasi sederhana sederhana dan rendah memberi respon yang tidak tepat kerana menamakan natrium sebagai logam yang lebih elektronegatif daripada klorin.

Terdapat juga calon yang menyatakan bahawa klorin lebih mudah menerima elektron untuk membentuk ion positif; sepatutnya ion negatif.

Soalan 4

Untuk soalan 4(a)(i), hampir semua calon dapat menulis susunan elektron atom Y dengan tepat tetapi kebanyakan calon daripada ketiga-tiga peringkat tidak dapat menulis susunan elektron yang betul bagi ion atom Z.

KIMIA 2

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Respon kebanyakan calon tidak menepati tugasan. Kehendak soalan ialah susunan elektron bagi ion atom Z tetapi calon menulis formula bagi ion atom Z iaitu Z - .

Bagi soalan 4(a)(ii), calon-Calon kumpulan tinggi menulis formula sebatian yang terbentuk dengan betul.Terdapat calon daripada kumpulan prestasi sederhana dan rendah yang tidak mahir menulis formula sebatian yang terbentuk antara unsur Y dan Z dengan betul.

Terdapat calon yang menulis formula sebatian yang dikehendaki dalam bentuk persamaan ion.

KIMIA 2

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Bagi soalan 4(a)(iii), kebanyakan calon daripada semua peringkat dapat menyatakan sifat fizikal bagi sebatian kovalen kovalen dengan tepat. Kesalahan umum yang dilakukan oleh calon ialah:-

Respone terhadap tugasan kurang tepat disebabkan terdapat percanggahan kepada jawapan-jawapan yang disediakan oleh calon. Hal ini berlaku apabila calon memberi lebih daripada dua jawapan.

Untuk soalan 4(a)(iv), calon-calon dapat melukis gambarajah susunan elektron bagi sebatian XZ4 dengan betul.Namun, masih terdapat calon-calon yang membuat kesilapan seperti berikut:Terdapat calon yang melukis sruktur Lewis bagi sebatian XZ 4.

KIMIA 2

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Lukisan calon tidak menunjukkan perkongsian elektron yang betul antara X dan Z.

Bagi soalan 4(b)(i), hampir semua Calon kumpulan tinggi dapat menyatakan keadaan fizikal bagi sebatian U dan V dengan tepat. Sebahagian besar calon daripada kumpulan sederhana dan rendah tidak mahir menyatakan sifat fizikal sebatian U dan V berdasarkan maklumat tentang takat lebur, takat didih dan keterlarutan dalam air dan pelarut organik yang melibatkan fahaman dan analisis.

Terdapat calon yang menyatakan keadaan fizikal yang salah kerana tidak mahir menganalisis data.

KIMIA 2

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

 physical property  pr operty ) bagi sebatian U dan V  Ada calon yang menyatakan sifat fizik ( physical  physical state). sebaliknya kehendak soalan ialah keadaan fizik ( physical

Bagi soalan 4(b)(ii), sebahagian besar calon daripada semua peringkat dapat menyatakan jenis sebatian bagi U dengan betul. Kesilapan umum yang dikesan daripada kumpulan prestasi rendah ialah calon memberi ikatan ion (ionic bond ) sebagai respon sebaliknya kehendak soalan ialah jenis sebatian.

KIMIA 2

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Soalan 5

Calon memerlukan pengetahuan yang baik dan tepat bagi menjawab soalan tajuk elektrokimia. Calon perlu membezakan dengan tepat proses yang berlaku dalam sel kimia (chemical cell ) dan sel elektrokimia (electrolytic cell ). ).

Soalan 5 (a). Secara keseluruhan calon dapat memberi respon yang tepat bagi warna larutan kuprum (II) sulfat. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh larutan tersebut di gunakan dalam beberapa eksperimen dalam makmal.

Soalan 5 (b). Calon dapat menyatakan anion yang tepat. tepat . Walaubagaimanapun Walaubagaim anapun terdapat calon yang tidak membaca soalan dengan teliti dan menyebabkan calon memberikan semua ion (anion dan kation) yang terdapat dalam kuprum (II) sulfat.

Soalan 5 (c). Respon calon terhadap pecahan soalan ini sangat baik. Jawapan Jawapan yang diberikan sangat tepat.

Soalan 5 (d). Hanya calon dari prestasi tinggi sahaja yang dapat menuliskan setengah persamaan (half equation) dengan betul dan seimbang.

KIMIA 2

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

 Antara kesalahan kesalahan umum yang dilakukan dilakukan oleh calon dari kumpulan sederhana sederhana dan rendah dalam tugasan ini ialah   Tidak dapat menyeimbangkan persamaan



  Tidak dapat menyatakan hasil-hasil yang terbentuk a apabila pabila ion hidroksida



didiscas.   Tidak dapat mengenalpasti ion yang dipilih untuk di discas semasa el-



ektrolisis kuprum (II) sulfat.

Soalan 5 (e)(i). Calon dapat menentukan elektrod anod tetapi tidak dapat men men-erangkan dengan baik mengapa elektrod adalah anod. Calon tidak dapat menerangkan pengoksidaan berlaku di anod.

Terdapat calon yang keliru dengan penandaan terminal pada kedua sel P dan Q. Soalan 5 (e)(ii). Terdapat calon yang mejawab pemerhatian yang berlaku pada elektrod bukannya pada elektrolit. Calon ini tidak membaca soalan dengan tepat.

KIMIA 2

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Soalan 5 (e)(iii). Calon dapat menghuraikan ujian kimia yang digunakan untuk mengenalpasti gas yang dihasilkan di katod. Kegagalan calon menyatakan kaedah, menamakan reagen yang sesuai dan membuat pemerhatian yang betul menyebabkan calon memberi respon yang kurang tepat kepada tugasan yang diminta.

Soalan 6

Soalan 6 (a)(i).

Respon calon kurang tepat disebabkan mereka tidak dapat

membezakan proses dengan jenis tindak balas. . 

Soalan 6 (a)(ii). Calon dapat menuliskan formula bagi bahan tindak balas dan hasil tindak balas tetapi gagal mengimbangkannya. Terdapat juga calon menulis formula natrium klorida sebagai NaCl2.

Soalan 6 (a)(iii).

Jawapan calon untuk soalan ini adalah memuaskan kerana

pelajar tahu perubahan warna yang berlaku adalah dari merah jambu kepada tidak berwarna.

KIMIA 2

17

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Soalan 6 (a)(iv). Calon kumpulan tinggi dapat menghitung bilangan bagi larutan natrium hidroksida dan seterusnya menghitung kepekatan asid hidroklorik..

Calon dari kumpulan berprestasi sederhana gagal memberi respon yang tepat disebabkan kesilapan kecil seperti perhitungan mol yang salah dan kesalahan unit.

Soalan 6(b). Kumpulan prestasi sederhana dapat mengenalpasti satu asid adalah monoprotik (monoprotic)  dan satu lagi adalah diprotik (diprotic)  berdasarkan isipadu asid yang diberi. Terdapat juga calon yang tidak dapat membezakan kebesan (basicity)  asid yang digunakan dan memberi jawapan asid yang mempunyai kebesan yang sama seperti HCl dan HNO3.

Soalan 6(c). Calon dari kumpulan prestasi tinggi dapat memberikan memberika n ujian pengesahan dengan tepat dengan menyatakan kaedah dan pemerhatian yang betul dan menghuraikan ujian pengesahan dengan tepat.

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon termasuklah menggunakan isipadu yang tidak sesuai (20 cm3 of volume) , alatan yang tidak betul, pemerhatian yang salah (tidak menyebut warna), tidak menyebut “larutan” untuk barium klorida, tidak memberi kaedah (“add (“ add barium chloride solution”) solution”) dan menggunakan reagen

yang salah (lead (II) nitrate solution).

KIMIA 2

18

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Soalan 7 

Soalan 7(a) dapat dijawab dengan baik oleh hampir keseluruhan Calon kumpulan tinggi yang memilih soalan ini. Respon yang diberikan adalah tepat kepada

tugasan

soalan.

Kebanyakkan

calon

menyelesaikan

tugasan

bahagian (a)(i) dengan cara membina jadual serta menunjukkan langkah yang jelas pada jadual sehingga kepada jawapan yang akhir.

Bagi kumpulan sederhana, terdapat segelintir calon yang cuba merumitkan kaedah penentuan formula empirik dengan cara menghitung jisim setiap unsur berdasarkan peratus komposisi yang diberi. Ini menyebabkan mereka tertinggal beberapa langkah yang perlu ditunjukkan. Calon kumpulan rendah pula gagal menunjukkan langkah-langkah penentuan yang teratur yang menyebabkan formula empirik yang ditentukan tidak tepat. Terdapat juga kes daripada kumpulan ini yang tidak dapat membundarkan nisbah teringkas (simplest ratio) bilangan mol dengan betul menyebabkan kegagalan menulis

KIMIA 2

19

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

formula empirik yang tepat. Misalnya nisbah teringkas carbon : hidrogen ialah 1 : 2.5 dibundarkan sebagai 1 : 2 atau 1 : 3 (sepatutnya 2 : 5)

Bagi tugasan soalan (a)(ii), kebanyakan calon yang berjaya memberi respon yang betul kepada formula molekul hidrokarbon X

dapat melukis dan

menamakan isomer bagi hidrokarbon X dengan tepat.

Terdapat juga calon yang tidak dapat melukis dua formula struktur yang berbeza sebaliknya melukis formula struktur yang sama. Misalnya calon beranggapan kedua-dua formula struktur di bawah adalah berbeza.

KIMIA 2

20

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Bagi calon kumpulan rendah, kegagalan mereka menentukan formula empirik dan formula molekul yang betul bagi hidrokarbon X menyebabkan mereka memberi respon yang salah kepada tugasan yang menghendaki mereka melukis formula struktur isomer hidrokarbon X . Calon melukis formula struktur yang tidak berkait dengan hidrokarbon X atau melukis formula struktur dengan ikatan antara C dan H yang tidak lengkap. Calon kumpulan ini juga tidak dapat menamakan isomer dengan betul bagi formula struktur yang dilukis.

Bagi tugasan (b), mutu jawapan calon adalah di tahap sederhana sahaja. Kebanyakan calon yang menjawab soalan ini gagal menganalisis maklumat yang diberikan pada stimulus untuk digunakan semasa menjawab tugasan yang diberikan.

Tugasan (b)(i) mengkehendaki calon menamakan dan

mengenal pasti jenis bahan tambah makanan serta serta fungsinya berdasarkan maklumat pada label bungkusan. Segelintir calon dari kumpulan prestasi tinggi dan kebanyakan calon sederhana cenderung untuk menjawab secara mengingat kembali (recall ) tanpa membuat analisis kepada maklumat yang disediakan. Kesannya mereka cenderung memberi pelbagai jawapan berdasarkan pengetahuan calon. Calon kumpulan rendah gagal memahami tugasan dengan baik yang menyebabkan respon yang diberikan tidak tepat. Kebanyakan Calon kumpulan tinggi dan sederhana dapat menyatakan kesan pengambilan bahan tambah makanan Q secara berlebihan dalam tempoh masa yang lama manakala calon dari kumpulan rendah hanya menyatakan kesan yang tidak releven dengan tugasan soalan. Contoh jawapan bagi tugasan (b) yang dijawab oleh Calon kumpulan tinggi adalah seperti di bawah. Calon telah berjaya memberi respon yang lengkap berdasarkan tugasan yang dinyatakan.

KIMIA 2

21

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Calon kumpulan ini dapat menamakan, mengenal pasti serta menyatakan fungsi bahan tambah makanan P, Q dan R dengan jelas. Mereka juga dapat menyatakan dengan tepat kesan pengambilan bahan tambah makanan Q secara berlebihan.

KIMIA 2

22

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Bagi kumpulan calon sederhana, calon tidak dapat menamakan serta mengenal pasti jenis kesemua bahan tambah makanan dengan tepat. Calon  juga gagal menyatakan menyatakan kesan pengambilan pengambilan berlebihan berlebihan bahan tambah makanan Q.

KIMIA 2

23

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Calon kumpulan rendah pula hanya memberi respon secara umum dan tidak memenuhi kehendak tugasan. Terdapat calon yang meninggalkan ruang kosong bagi jawapan yang tidak diketahui. Kesannya terdapat jawapan yang tergantung dari struktur ayatnya.

KIMIA 2

24

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Esei Soalan 8

Respon yang diberikan oleh calon-calon dalam kumpulan prestasi tinggi agak baik. Mereka memahami tugasan ini dan dapat menjawab setiap bahagian dengan betul. Walau sebagaimanapun, calon-calon dari kumpulan sederhana dan rendah tidak memahami kehendak soalan. Mereka tidak mahir mentafsir dan mengolah data daripada jadual. Respon calon daripada kumpulan ini untuk soalan yang memerlukan kemahiran menganalisis dan mengaplikasi agak kurang menyerlah. Antara kelemahan dan kesilapan yang dikesan ialah:-

Bagi soalan 8(a)(i), ramai calon menyatakan maksud kadar tindakbalas secara umum padahal khendak soalan adalah dengan merujuk kepada eksperimen I,II dan III.

Terdapat calon yang memberi lebih daripada dua faktor yang mempengaruhi kadar tindakbalas di mana faktor-faktor tambahan yang salah menyebabkan respon terhadap tugasan soalan kurang tepat.

KIMIA 2

25

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Terdapat calon yang memberi faktor yang mempengaruhi kadar tindakbalas yang tidak lengkap. Contohnya, kepekatan (concentration); sebaliknya jawapan yang lengkap ialah kepekatan ion hidrogen (concentrat concentration ion of hydrog en ions ). 

Untuk soalan 8(a)(ii), majoriti calon dapat menulis persamaan kimia yang seimbang antara zink dan asid hidroklorik dengan betul. Calon-calon Calon-ca lon yang menjawab soalan 8(b) menunjukkan kemahiran menghitung bilangan mol asid hidroklorik dengan tepat. Kelalaian calon dalam penghitungan menyebabkan jawapan akhir kepada tugasan tidak tepat. Antaranya ialah:Penghitungan mol bagi asid hidroklorik betul tetapi jawapan akhir salah.

KIMIA 2

26

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Unit bagi isipadu gas yang diberi oleh calon tidak betul.

Bagi soalan 8(c)(i), calon-calon dalam semua peringkat dapat menyatakan kadar tindakbalas eksperimen II lebih tinggi daripada eksperimen I tetapi penerangan yang diberi tidak lengkap dan tidak berdasarkan Teori Perlanggaran.  Antara kelemahan kelemahan calon ialah ialah :-

Menyatakan kepekatan hidrogen; sepatutnya yang betul ialah kepekatan ion hidrogen. Frekuensi perlanggaran antara zarah secara spesifik tidak dinyatakan.

KIMIA 2

27

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Tidak memberi penerangan yang lengkap berdasarkan Teori Perlanggaran. Perlanggara n. Contoh kesalahan calon: Frekuensi efektif bertambah; sepatutnya frekuensi perlanggaran effektif bertambah.

Bagi soalan 8(c)(ii), cara yang sepatutnya dicadangkan untuk memperoleh lengkung III ialah dengan menggunakan mangkin. Ramai calon pula mencadangkan tekanan. Faktor yang tidak berkaitan ini menyebabkan respon terhadapntugasan yang diberikan kurang tepat.

KIMIA 2

28

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Terdapat calon yang memberi suhu sebagai cadangan caranya padahal dalam soalan jelas dinyatakan tanpa mengubah zink, asid atau suhu dalam eksperimen II. Kelalaian calon yang tidak menghalusi soalan dengan cermat ini menyebabkan respon yang diberikan kurang tepat..

Bagi soalan 8(c)(iii), ramai calon dapat menyatakan asid sulfurik sebagai asid diprotik tetapi penerangan calon bagi mengapa jumlah isipadu gas hidrogen adalah dua kali ganda bagi eksperimen II tidak tepat. Jawapan yang yang betul ialah kepekatan ion hidrogen bagi asid sulfurik adalah dua kali ganda. Kesilapan umum calon:-

KIMIA 2

29

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Soalan 9

Soalan 9(a)(i). Secara keseluruhan calon dapat mecadangkan kation yang betul. Walaubagaimanapun terdapat juga calon yang tidak mencadangkan kation Cu 2+  tetapi terus menulis persamaan setengah bagi tindak balas dikatod.

Soalan 9(a)(ii). Calon juga dapat menyatakan jenis tindak balas y yang ang berlaku di katod, iaitu penurunan (reduction)   tetapi terdapat juga calon yang memberikan  jawapan sebagai redoks redoks (redox).  -

-

-

Soalan 9(b). Calon dapat mencadangkan anion yang betul iaitu OH , Cl , NO3 , I

-

, Br  –  dan sebagainya tetapi kombinasi jawapan 9(a)(i) dan 9(a)(ii) akan memberikan dua kesilapan yang kerap ditemui iaitu,

KIMIA 2

30

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

  Sebatian yang terbentuk dari kombinasi akan menghasilkan garam yang



tak larut dalam air seperti PbCl 2, AgBr, PbI2. Garam-garam ini tidak boleh membentuk elektrolit semasa elektrolisis.   Calon yang mencadangkan ion halida (iaitu Cl -,Br - atau I -), dinyatakan



hasil di anod adalah gas oksigen. Sepatutnya hasil yang terbentuk ialah halogen yang sepadan sebab ada dinyatakan dalam soalan kepekatan  – 3 larutan ialah 1.0 mol dm  – 3 .

KIMIA 2

31

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Soalan 9(c). Secara keseluruhan calon dapat memberi respon yang tepat dalam tugasan yang diberikan. Calon dapat menyenaraikan alat radas, bahan kimia, kaedah eksperimen dan melukiskan rajah yang berlabel dengan betul.

Sebilangan calon membuat kesilapan-kesilapan kecil seperti di bawah tetapi ianya memberikan impak yang besar kepada proses elektrolisis. Contohnya

  Sudu besi dan kepingan argentum disambungkan pada terminal yang sa-



lah.   Kesilapan memilih elektrolit yang yang tidak larut dalam air.



  Tidak menggunakan bateri semasa melakukan penyaduran sudu besi.



KIMIA 2

32

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Soalan 10

Secara keseluruhan, calon yang menjawab soalan ini berupaya memberi respon yang betul kepada beberapa pecahan soalan yang terdapat dalam soalan ini. Bagi pecahan soalan (a)(i) hampir keseluruhan Calon kumpulan tinggi berupaya memberi respon yang tepat dengan memberi contoh asid P dan asid Q yang betul. Terdapat calon kumpulan sederhana dan rendah yang gagal memberi contoh asid P dan Q yang betul disebabkan tidak dapat menghubung kaitkan nilai haba peneutralan dengan kekuatan asid. Terdapat calon yang memberi contoh P sebagai asid monoprotik yang kuat misalnya asid hidroklorik dan Q sebagai asid diprotik yang yang kuat misalnya asid sulfurik sedangkan dalam tugasan soalan jelas dinyatakan dua asid monoprotik yang berlainan.

Untuk pecahan soalan (a)(ii), kebanyakan Calon kumpulan tinggi dapat menyatakan Q ialah asid kuat dan P ialah asid lemah serta dapat menerangkan kenapa terdapat perbezaan pada nilai haba peneutralan. Calon kumpulan sederhana dapat menyatakan Q ialah asid kuat dan P ialah asid lemah tetapi penerangan mengapa terdapat perbezaan nilai haba peneutralan tidak dapat diberi dengan jelas atau tiada penerangan . Manakala calon kumpulan rendah kebanyakannya gagal memberi respon yang tepat untuk tugasan ini. Contoh  jawapan Calon kumpulan kumpulan tinggi tinggi adalah seperti seperti di bawah.

KIMIA 2

33

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Untuk pecahan soalan (b), Calon kumpulan tinggi dapat menghitung perubahan suhu dengan tepat beserta unit yang betul. Langkah-langkah pengiraan merangkumi bilangan mol, jisim larutan, haba yang dibebaskan semasa eksperimen dan perubahan suhu ditunjukkan dengan jelas dan teratur.

Bagi

calon kumpulan sederhana, terdapat beberapa kesalahan pengiraan yang melibatkan langkah perhitungan jisim larutan dan haba yang terbebas. Ini menyebabkan jawapan akhir (perubahan suhu) yang diperoleh tidak tepat. Kebanyakan calon kumpulan rendah gagal memberi respon yang tepat untuk pecahan soalan ini walaupun terdapat juga calon kumpulan ini yang berjaya menghitung bilangan mol larutan bahan tindak balas. Calon kumpulan ini gagal KIMIA 2

34

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

memahami langkah yang diperlukan untuk menghitung perubahan suhu yang berlaku. Contoh jawapan calon prestasi tinggi adalah seperti di bawah.

Calon kumpulan tinggi dapat memberi respon kepada pecahan soalan (c) dengan baik. Hampir keseluruhan calon mampu menghuraikan prosedur eksperimen dan menunjukkan kaedah perhitungan haba peneutralan dengan  jelas dalam jawapan mereka walaupun walaupun terdapat juga calon dalam kumpulan ini yang gagal menunjukkan langkah penghitungan yang tepat. Radas yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen ini dinyatakan dalam huraian. Kuantiti larutan natrium hidroksida (sodium hydroxide) dan asid P/Q serta kepekatan yang sesuai turut dinyatakan dalam prosedur eksperimen.

KIMIA 2

35

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Contoh jawapan calon kumpulan ini adalah seperti di bawah.

KIMIA 2

36

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Bagi calon kumpulan sederhana dan rendah, terdapat kesalahan umum semasa menghuraikan prosedur eksperimen seperti tidak menyatakan isipadu dan kepekatan bagi larutan natrium hidroksida (sodium hydroxide) dan asid P/Q. Langkah penghitungan yang ditunjukkan kurang kemas di mana terdapat kesalahan penghitungan yang melibatkan penentuan haba yang dibebaskan, H serta penggunaan unit yang salah.

KIMIA 2

37

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

Contoh jawapan calon kumpulan ini adalah seperti di bawah.

KIMIA 2

38

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

SARANAN KEPADA CALON :

1. Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak tugasan. 2. Mesti merancang sebelum menulis jawapan untuk memastikan jawapan adalah betul, tepat dan persis termasuk penggunaan istilah yang tepat. 3. Jawapan mestilah mengandungi fakta fa kta yang tepat mengelakkan salah faham dan salah tafsir.

dan persis untu untuk k

4. Mestilah menguasai semua konsep asas kimia terutamanya konsep mol dan Jadual Berkala Unsur. 5. Selalu membuat latihan berkaitan melukis rajah yang berfungsi dan melabelkan dengan lengkap. 6. Memahami soalan soalan dengan teliti samada jawapan perlu

menggunakan

formula atau nama bahan kimia. 7. Tuliskan unit yang betul apabila menyelesaikan masalah pengiraan. 8. Mengingati symbol kimia bagi memudahkan menulis persamaan kimia yang yang seimbang. 9. Dapat membezakan antara atom , ion dan molekul. 10. Boleh membezakan antara siri elektrokimia dengan siri kereaktifan. 11. Menggunakan bahasa, istilah saintifik dan tata bahasa yang betul apabila menjawab soalan.

KIMIA 2

39

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

 

 

SARANAN KEPADA GURU :

1. Pengajaran dan pembelajaran mesti merangkumi semua tajuk. 2. Memberi latihan lati han selepas mengajar men gajar setiap tajuk t ajuk untuk meningkatkan meni ngkatkan pembelajaran. 3. Mengajar dan membimbing pelajar bagaimana melukis rajah yang berfungsi dan berlabel; bukannya meminta calon menyalin dari buku teks. 4. Sentiasa memberi pelajar tugasan yang melibatkan soalan pelbagai aras kesukaran. 5. Bimbing calon untuk memahami tugasan soalan dan bagimana menulis  jawapan yang baik. baik. 6. Dedahkan calon kepada teknik menulis jawapan esei yang baik. 7. Guru perlu memastikan calon dapat memahami penggunaan bahan kimia dalam kehidupan seharian kerana ada soalan yang berkaitan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan seharian. 8. Gunakan istilah yang betul dan tepat serta maksud sesuatu konsep dengan  jelas. 9. Sentiasa menggalakkan pelajar menggunakan bahasa serta tata bahasa yang betul. 10. Pastikan pengajaran dan pembelajaran mencakupi semua bab tingkatan 4 dan 5 terutamanya bab 9 (tingkatan 4) dan bab 5 (tingkatan 5)

KIMIA 2

40

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF