3A4 ETNIK

March 6, 2017 | Author: Megavarnen Gobinathan | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

titas...

Description

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik? Kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnikmelalui penggunaan bahasa Melayu yang telah diaplikasikan dalam buku tersebut. Bahasa merupakan medium terbaik dalam memupuk hubungan etnik. Bagi kata lain, bahasa melayu menjadi bahasa penghantar utama di dalam buku teks. Pada masa yang sama, buku teks mengandungi penyampaian nilai-nilai murni dalam bahasa Melayu yang mudah difahami berserta ilustrasi gambar yang menarik. Secara tidak langsung, menarik minat pembaca yang terdiri daripada pelbagai etnik dan akhirnya penyampaian nilai murni dalam buku tersebut mencapai objektif. Hal ini demikian kerana, pembaca yang terdiri daripada pelbagai etnik akan mengamalkan nilai murni dan meningkatkan lagi penguasaan dalam bahasa melayu melalui pembacaan buku teks. Maka, penguasaan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merancakkan lagi komunikasi yang baik antara etnik dan dengan mudah dapat mengeratkan lagi hubungan etnikyang berbilang kaum. 2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia. Industri hiburan merupakan cara paling mudah untuk mengeratkan hubungan dalam masyarakat pelbagai budaya di Malaysia. Hal ini demikian kerana, artis menjadi idola kepada masyarakat. Maka tindak-tanduk artis dapat mempengaruhi masyarakat. Kebiasaanya artis bersifat terbuka dari segi bergaulan dengan artis-artis lain yang berbilang kaum. Artis juga mudah dalam mengayakan baju-baju etnik yang berbilang kaum. Sebagai contoh, Faizal Tahir artis lelaki yang berketurunan melayu berduet dengan artis berbangsa cina iaitu Elizeberth Tan yang berbaju kurung di dalam sebuah lagu melayu. Secara tidak langsung, masyarakat akan terpengaruh dan cenderung untuk menjalinkan hubungan antara kaum serta memahami budaya masyarakat lain. 3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum. Apresiasi merupakan kepada penghargaan atau penilaian yang positif terhadap sesuatu karya yang dihasilkan. Seni pula dapat diertikan sebagai hasil ciptaan manusia yang mempunyai nilai estika tertentu.Hai ini dapat dirumuskan bahawa apresiasi seni adalah penghargaan kepada hasil karya seni. Setiap kaum mempuyai seni mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, kaum Melayu terkenal dengan tarian Zapin, kaum Cina pula terkenal dengan tarian kipas. Manakala kaum india tarian tardisionalnya iaitu tarian Bharata Natyam.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia? Antara kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum Di Malaysia adalah kawalan dari segi dasar pendidikan dan dasar politik. Dari segi kawalan dasar pendidikan, negara meletakkan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah dan syarat kelulusan Bahasa Melayu diperingakat SPM menjadi satu terma untuk memohon kemasukan ke universiti awam. Secara tidak langsung, masyarakat yang berbilang kaum akan berkomunikasi dalam satu bahasa dan proses integrasi antara kaum mudah berlaku kerana penggunaan bahasa kebangsaan yang mudah difahami. Seterusnya, dasar kawalan politik negara yang menetapkan pentadbiran dan perundangan negara tertumpu kepada perlembangan negara dan demokrasi berparlimen. Hal di dapat memupuk perpaduan kaum melalui penggunaan satu perlembagaan dan pemimpin yang mewakili etnik berbilang kaum berhak bersuara dan bertukar-tukar pendapat. Secara tidak langsung, sifat perpaduan dapat dipupuk.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan? Pada masa ini, parti politik lebih menjurus ke arah polarisasi kaum berbanding perpaduan. Hal ini amat jelas dilihat daripada sikap pemimpin parti politik itu sendiri. Kebanyakan pemimpin parti politik gemar menyentuh isu-isu perkaum berbanding perpaduan bagi meraih undian yang tinggi daripada kaum tertentu. Mereka juga lebih berpihak kepada kebajikan kaum mereka sendiri daripada ke arah perpaduan kaum yang pelbagai. 6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan? Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) sekarang lebih cenderung ke arah perpaduan berbanding polarisasi kaum. Hal ini jelas dapat dilihat apabila, badan NGO gemar memberi bantuan kemanusian kepada mangsa benda alam tanpa mengira kaum, latar belakang, agama dan budaya. Sebagai contoh, badan NGO yang terdiri daripada ahli-ahli koporat sudi memberi dana bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di Kelantan dengan sama rata.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik. Permainan tradisional adalah merupakan salah satu wadah yang dapat memupuk persefahaman antara pelbagai etnik. Hal ini jelas dapat dilihat, apabila sekumpulan atau individu yang berlainan etnik berminat untuk menyertai permainan tradisional etnik lain. Mereka juga bersorak menyokong satu pasukan yang sama walaupun berlain bangsa,agama, dan latar belakang. Sebagai contoh, etnik melayu menyertai konda kondi iaitu permainan tradisional india, etnik india pula menyertai permaianan congkak yang merupakan permainan tradisional melayu dan etnik cina bermain batu seremban yang merupakan permaianan tradisional melayu. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat menyatupadukan etnik yang berbilang kaum

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF