Dalam teks di bawah terdapat kesalahan bahasa, ejaan dan tanda baca. Kenal pasti kesalahan tersebut dan betulkan. Salin petikan itu semula.
Kecanggihan dan perkembangan teknologi terkini telah menghasilkan telefon bimbit berkamera. Pengguna kini boleh menangkap gambar sesuatu peristiwa yang penting seperti kemalangan. Telefon yang pelbagai fungsi ini tentunya memberikan kemudahan yang lebih baik kepada pengguna. Sesetengah jenama telefon bimbit bimbit juga mempunyai fungsi yang membolehkan pengguna melayari Internet dan dan menonton television. Bagi individu yang suka menderma, telefon bimbit juga boleh di gunakan untuk menderma dengan menghantar derma tersebut kepada kod nombor tertentu secara SMS. Hal ini terdapat dalam rancangan ‘Bersamamu’ terbitan tv3. Telefon bimbit juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan penggunanya penggunanya dengan menghantar SMS ke ruangan hadiz, waktu solat dan info-graf info-grafik. ik. Selain itu, pengguna telefon bimbit juga j uga boleh menyertai pertandingan yang terdapat di media masa. Mereka mungkin akan memenangi hadiyah yang lumayan jika Berjaya. Kesimpulannya, telefon bimbit memang banyak memberi faedah kepada manusia. Kepelbagaian fungsi telefon bimbit menyebabkan penggunanya semakin meluas dan popolar pada masa kini. Namun begitu, pengguna harus rasional dan bertanggungjawab ketika menggunakan telefon bimbit. Jika telefon bimbit tidak digunakan dengan bijak, pengguna hanya akan membazirkan wang mereka. Bagi ibu bapa, mereka hendaklah mengawasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak mereka mereka agar tidak menggangg mengganggu u tumpuan mereka terhadap pelajaran.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.