3) k3 t5b7 Raja Berperlembagaan

July 17, 2017 | Author: Md Firdaus Miena | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

sejarah...

Description

RAJA BERPERLEMBAGAAN

T5B7 : RAJA BERPERLEMBAGAAN INGATAN : 1. Rujuk buku teks ms 160 – 187 2. Tidak perlu buat rangka jawapan 3. Jumlah isi jawapan hendaklah mengikut peruntukan markah. Bil

Tajuk

ms

Definisi / Maksud / Konsep / Ciri Raja Berperlembagaan SOALAN 1

( bt ms 167-168 )

2

SOALAN 2

Bidang kuasa Yang Dipertuan Agong ( YDPA) mengikut Perlembagaan Malaysia ( Bt ms 168 )

2

SOALAN 3 SOALAN 4

Cara pemilihan Yang Dipertuan Agong (YDPA) Sejarah pelantikan YDPA di negara kita

( Bt ms 167)

3

( Bt ms 169)

3

SOALAN 5

Kedudukan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam sistem demokrasi yang berasaskan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

4

SOALAN 6

Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

4

SOALAN 7

Peranan rakyat / anda dalam mengekalkan institusi Raja Berperlembagaan di negara kita.

5

SOALAN 8

Kejayaan Institusi Raja Berpelembagaan telah memantapkan sistem pentadbiran Malaysia dan mewujudkan kestabilan negara. Buktikan.

5

SOALAN 9

SOALAN 10

SOALAN 11

Nyatakan cabaran dan langkah-langkah dalam meningkatkan ketertinggian dankehormatan terhadap institusi raja berperlembagaan / Raja-Raja Melayu di Negara kita.

6

Nyatakan nilai-nilai murni atau ikhtibar yang diperolehi daripada sistem raja berperlembagaan 9. MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan a) Pengetahuan yang diperolehi b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang

7

Jumlah isi jawapan hendaklah mengikut peruntukan markah

Panitia Sejarah Daerah Raub

7

Page 1

RAJA BERPERLEMBAGAAN RUJUK BUKU TEKS

Andaian aras

:

PENGENALAN ( 5 markah )

Soalan 1 : Definisi / Maksud / Konsep/ Ciri RAJA BERPERLEMBAGAAN Bt ms 167- 168 Pertama, Raja Berperlembagaan merupakan ciri penting dan unik dalam negara Malaysia. Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Kedua, jawatan Yang diiPertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara. Ketua utama negara. Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. . Ketiga, Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Keempat, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan Kelima, Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang diPertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia Kelima, Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tunggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka. Sistem ini telah membantum memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita Sistem ini memberi keseimbangan antara raja yang menaung dan rakyat yang dinaungi. ============================================================================= Andaian Soalan ARAS RUJUK BUKU TEKS

2. MEMAHAMI ( Calon FAHAM tentang topik perbincangan) 3. MENGANALISIS ( Calon buat ANALISIS terhadap solan, melibatkan proses pengumpulan maklumat )

Isi jawapan ikut peruntukan markah

Soalan 2 : Bidang kuasa Yang Dipertuan Agong ( YDPA) mengikut Perlembagaan Malaysia ( Bt ms 168 ) Bidang kuasa YDPA ialah sebagai ketua Negara. Baginda mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). YDPA merupakan satu daripada tiga unsur parlimen.Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Yang Dipertuan Agung merupakan ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata dan berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yangdibicarakan oleh MahkamahTentera .YDPA menjaga dan memelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakanmesyuarat bagi membincangkan keistimewaan kedudukan, kehormatan dankemuliaan Raja-Raja Melayu. Baginda juga merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri dan negeri Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan , Sabah dan Sarawak. Yang Dipertuan Agung mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri serta Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.YDPA boleh mengisytiharkan undangundang darurat di bawa “Undang-UndangX”jika mendapati keselamatan negara terancam. Yang Dipertuan Agung mempunyai kuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) serta Ahli Perkhidmatan Kehakiman. Baginda berkuasa melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta melantik Peguam Negara. Selain itu berkuasa melantik seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan dan mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta Negara kita Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 2

RAJA BERPERLEMBAGAAN Soalan 3 : Cara pemilihan Yang Dipertuan Agong (YDPA)

( Bt ms 167 )

Yang DiPertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja-Raja Melayu Daripada Sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan berdasarkan peruntukan perlembagaan Malaysia dan perbincangan secara sulit dalam mesyuarat Raja-raja Melayu.mengikut senarai pemilihan.. Jawatan Yang di-Pertuan Agung diwujudkan sejak tahun 1957. Ini bertujuan memberikan peluang kepada setiap raja Melayu memegang jawatan Yang diPertuan Agong selama 5 tahun dan baginda boleh meletakkan jawatan sebelim tamat perkhidmatan. Baginda boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja Melayu. ==========================================================================

Soalan 4 : Sejarah pelantikan YDPA di negara kita sejak mereka secara kronologi ( Bt ms 169 ) Yang di-Pertuan Agong Pertama Al-Marhum Tuanku AbdulRahman ibni Al-Marhum TuankuMuhammad. Negeri Sembilan Darul Khusus ( 3.8.1957-1.4.1960) Yang di Pertuan Agong Kedua Al-Marhum Tuanku HisamuddinAlam Shah Al-Haj ibni AlMarhum Sultan Alaiddin SulaimanShah.Negeri Selangor Darul Ehsan (14.4.1960-1.9.1960 Yang di-Pertuan Agong Ketiga Al-Marhum Tuanku Syed Putraibni Al- Marhum Syed Hassan Jamalullail.Negeri Perlis Indera Kayangan ( 20.9.1960-20.9.1965) Yang di-Pertuan Agong Keempat Al-Marhum Tuanku IsmailNasiruddin Shah ibniAl-Marhum Sultan Zainal Abidin.Negeri Terengganu Darul Iman ( 21.9.1965-20.9.1970) Yang di-Pertuan Agong Kelima Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almutasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Negeri Kedah Darul Aman ( 21.9.1970-20.9.1975) Yang di-Pertuan Agong Keenam Al-Marhum Tuanku Yahya Petraibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.Negeri Kelantan Darul Naim (21.9.1975-29.3.1979) Yang di-Pertuan Agong Ketujuh Duli Yang Maha Mulia SultanHaji Ahmad Al-Mustain Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu BakarRiyatuddin Al-Muadzam Shah Negeri Pahang Darul Makmur (25.4.1980-25.41984) Yang di-Pertuan Agong Kelapan Duli Yang Maha Mulia BagindaSultan Iskandar ibni AlMarhum Sultan Ismail.Negeri Johor Darul Takzim (26.4.1984-24.4.1989). Yang di-Pertuan Agong Kesembilan Duli Yang Maha MuliaSultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan YussufIzzuddin Shah Ghafarullahu-lah.Negeri Perak Darul Ridzuan (26.4.1989-25.4.1994) Yang di-Pertuan Agong Kesepuluh Duli Yang Maha Mulia TunkuJaafar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman. Negeri Sembilan Darul Khusus (26.4.1994-25.4.1999) Yang di-Pertuan Agong Kesebelas Al-Marhum Sultan SalahuddinAbdul Aziz Shah Al-haj ibni Al-Marhum Sultan HisamuddinAlam Shah Al-Haj. Negeri Selangor Darul Ehsan (26.4.1999-21.11.2001) Yang di-Pertuan Agong Kedua Belas Duli Yang Maha MuliaTuanku Syed Sirajuddin ibni AlMarhum Tuanku Syed Putra ibniAl- Marhum Syed Hassan Jamalullail.Negeri Perlis Indera Kayangan (24.4.2002-12.12.2006) Yang di-Pertuan Agong Ketiga Belas Duli Yang Maha Mulia Al-Watmiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al- MarhumSultan Mahmud Al Muktafi Billah ShahNegeri Terengganu Darul Iman (13.12..2006-12.12.2011) Yang di-Pertuan Agong Keempat Belas Duli Yang Maha MuliaAl-Sultan Almutasimubillahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj AbdulHalim Muadzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah Negeri Kedah Darul Aman ( 13.12.2011- sehingga kini) Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 3

RAJA BERPERLEMBAGAAN Soalan 5 : Kedudukan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam sistem demokrasi yang berasaskan Raja Berperlembagaan di Malaysia Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga mempunyai kuasa melantik Ahli Dewan Negara. Baginda merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali memerlukan budi bicara baginda Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Yang di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta melantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik hakim, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mentauliahkan duta-duta negara kita. ============================================================================== Soalan 6 : Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen di Malaysia. Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga mempunyai kuasa melantik Ahli Dewan Negara. Baginda merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali memerlukan budi bicara baginda Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Yang di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik dan memecat Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-undang darurat. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik hakim, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mentauliahkan duta-duta negara kita. Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 4

RAJA BERPERLEMBAGAAN

RUJUK BUKU TEKS

Andaian Soalan ARAS 4. APLIKASI ( Menggunakan pengetahuan dan maklumat yang dipelajari serta kefahaman tentang pengetahuan dan maklumat itu untuk diaplikasikan DALAM SATU SITUASI BARU )

Isi jawapan ikut peruntukan markah

Soalan 7 : Peranan rakyat / anda dalam mengekalkan institusi RajaBerperlembagaan di negara kita. Peranan rakyat dalam mengekalkan institusi Raja Berperlembagaan di negara kita ialah menunjukkan taat setia kepada raja, menghormati institusi diraja dan menghayati dan mengamalkan Rukun Negara.dalam kehidupan seharian. Selain itu rakyat mestilah menjunjung Perlembagaan dengan mematuhi undangundang yang digubal, menjamin kedaulatan raja seperti tidak menderhaka kepada Raja dan memelihara kemuliaan raja serta menjamin keistimewaan raja.Kita juga mesti mengenali sembilan raja Melayu dan menghormati peranan raja serta mengekalkan Majlis Raja-Raja Melayu. Kita perlu memelihara keamanan Negara, menyambut ulangtahun keputeraan raja dan menjaga keharmonian Negara serta mengunjungi Muzium Diraja/galeri Diraja. Selain itu kita perlu menghadiri majlis yang dihadiri oleh baginda, mengekalkan warisan/institusi raja dan memahami/mempelajari protokol istana serta mengetahui sejarah asal usul raja-raja Melayu. Disamping itu rakyat dikehendaki menziarahi majlis kemangkatan diraja dan berkabung/berpakaian hitam/bendera separuh tiang.serta menghayati dan menghargai sejarah pembentukan institusi beraja. ============================================================================================ Andaian Soalan ARAS : 5 & 6 MENILAI ( Calon perlu menjelaskan kejayaaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan aplikasi )

Isi jawapan ikut peruntukan markah

Soalan 8 : Kejayaan Institusi Raja Berpelembagaan telah memantapkan sistem pentadbiran Malaysia dan mewujudkan kestabilan negara. Buktikan.

Bukti iInstitusi Raja Berpelembagaan telah memantapkan sistem pentadbiran Malaysia dan mewujudkan kestabilan negara ialah : Sebagai Simbol perpaduan rakyat. Baginda juga menjadi lambang keutuhan negara.Seterusnya Baginda sebagai ketua Negara dan ketua agama bagi beberapa buah negeri. Memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.Sarawak dan Sabah Mengekalkan dan menjaga keharmonian.Mempunyai kuasa dan dapat memelihara kesucian agama Islam.Serta mengukuhkan pertahanan negara. Seterusnya baginda sebagai lambang penyatuan orang Melayu Tempat tumpah taat setia rakyat. Seterusnya menjamin kestabilan politik negara.Sebagai lambang kemerdekaan Negara Institusi beraja adalah simbol ketamadunan bangsa yang diwarisi sejak Kesultanan Melayu Melaka. Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 5

RAJA BERPERLEMBAGAAN Andaian Soalan ARAS : 7 MENJANA IDEA ( Calon perlu menjelaskan CABARANCABARAN yang dihadapi dan LANGKAH – LANGKAH untuk mengatasi cabaran tersebut )

Isi jawapan ikut peruntukan markah Cadangan = 5m Langkah = 5m

Soalan 9 : Nyatakan cabaran dan langkah-langkah dalam meningkatkan ketertinggian dankehormatan terhadap institusi raja berperlembagaan / Raja-Raja Melayu di Negara kita. CABARAN Cabaran yang dihadapi dalam meningkatkan ketertinggian dan kehormatan Raja-Raja Melayu di negara kita ialah rakyat kurang memahami peranan raja-raja dan Raja dianggap sebagai simbol sahaja serta tidak mempunyai pengetahuan tentang salasilah raja-raja Melayu. Di samping itu generasi muda tidak tahu menghargai konsep kedaulatan raja dan terdapat pengaruh negatif dari luar. Terdapat jurang antara raja dengan rakyat dan wujudnya golongan yang menggunakan media sosial untuk memburuk-burukkan golongan raja serta peranan arus globalisasi Tiada sifat taat setia, jujur dan ikhlas kepada Raja.Mempersoalkan peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua Negara. Kurang menghayati prinsip Rukun Negara dan tidak menjunjung kandungan Perlembagaan Negara. LANGKAH-LANGKAH Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah penerapan nilai-nilai murni, peranan media massa/media social dan mengamalkan prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara serta memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik danKewarganegaran dan Moral. Selain itu Raja perlu mesra rakyat dan memantapkan lagi mata pelajaran Sejarah serta Raja perlu bersifat sederhana.Raja juga perlu turun padang dan perlu terlibat dalam kerja amal. Mengenali Raja-Raja Melayu, menghormati institusi raja sebagai tunggak pemerintahan Negara. Disamping itu menjunjung perlembagaan sebagi panduan yang tepat tentang cara hidup yang perlu dipatuhi.

Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 6

RAJA BERPERLEMBAGAAN Andaian Soalan ARAS : 8. NILAI MURNI / IKTIBAR / PATRIOTISME ( Calon menyatakan nilai-nilai murni, iktibar dan unsurnpatriotisme yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita ) IKTIBAR – mestilah, hendaklah, haruslah, mestilah dll

Isi jawapan ikut peruntukan markah

Soalan 10 : Nyatakan nilai-nilai murni atau ikhtibar yang diperolehi daripada sistem raja berperlembagaan Ikhtibar yang saya perolehi daripadasistem raja berperlembagaan ialah taat kepada pemimpin, menghormati pemimpin dan berbangga dengan institusi beraja serta mengamalkan perpaduan. Kita juga perlu berbangga sebagai warganegara dan bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan Negara serta mematuhi undang-undang. Di samping itu kita perlu memajukan Negara dan memelihara maruah Negara serta cinta akan Negara. TAMBAHAN 1.Taat setia pada raja 2. Menghormati sistem beraja 3. Berbangga dengan institusi beraja 4. Mengamalkan perpaduan antara kaum 5. Mempertahankan kedaulatan Negara ( Sila olah jawapan anda dalan bentuk esei )

6. Menyanjung raja dan pemimpin negara 7. Mempertahankan keamanan Negara 8. Berbangga sebagai warganegara Malaysia 9. Memelihara maruah Negara 10. Mengekalkan kedaulatan Negara Malaysia

============================================================================

PENUTUP / KESIMPULAN / RUMUSAN 9. MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan a) Pengetahuan yang diperolehi b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang

Pengetahuan yang saya perolehi ialah: Satu ciri penting dan unik dalam negara Malaysia ialah institusi Raja Berpelembagaan .Institusi Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini Sistem ini memberi keseimbangan kepada raja yang menaungirakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja Raja merupakan ketua negara dan perlu dihormati sebagai lambang perpaduan rakyat Iktibar pada diri,bangsa dan negara ialah: Saya seharusnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang di-Pertuan Agong /raja. Manakala rakyat perlu sedar betapa pentingnya berganding bahu,saling membantu dan menyokong sistem raja berperlembagaan untuk mengekalkan keharmonian yang ada. Harapan: Harapan saya semoga semua rakyat Malaysia terutama generasi muda mempunyai perasaan setia,bangga dan cintakan negara .Selain itu, harapan saya sistem raja berperlembagaan ini dikekalkan. Panitia Sejarah Daerah Raub

Page 7

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF