2.Falasi

August 31, 2017 | Author: Cikida Zubaidah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download 2.Falasi...

Description

ZUBAIDAH YAACOB (D20072031692)

KUMPULAN: B

2. Falasi Dalam berfikir ada kalanya kita tidak menyedari bahawa kita telah melakukan kesilapan. Malah kita juga tidak menyangka bahawa cara pemikiran kita itu adalah silap. Hal ini dinamakan sebagai falasi. Falasi ialah kesilapan atau kepalsuan pada cara kita berfikir atau berhujah (Abdul Rahman Hj Abdullah,2002). Pendapat lain pula mengatakan bahawa falasi merupakan satu hujah yang tidak sah walaupun hujah tersebut secara sepintas lalu kelihatan benar (Ratna Roshid Abd Razak,2009). Falasi juga merupakan satu hujah yang lemah dan cacat disertai dengan kesalahan logik. Menurut pendapat lain pula, falasi merupakan satu kesilapan pada cara kita berfikir. Kita menyangka bahawa pemikiran kita betul. Malah orang lain juga mengatakan bahawa fikiran kita itu betul sedangkan sebenarnya tidak (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan,1997). Berdasarkan ketiga-tiga pendapat tersebut, dapat dilihat bahawa falasi merupakan satu kesilapan pada cara kita berfikir. Secara umumnya, falasi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu falasi formal dan falasi tidak formal. Falasi formal merupakan kesilapan yang mudah untuk kita kesan hanya kerana struktur hujah yang salah. Manakala falasi tidak formal pula agak sukar untuk dikesan kerana untuk mengesannya kita perlu memahami faktanya terlebih dahulu. Manakala secara keseluruhannya falasi merangkumi tiga perkara iaitu inferens, stereotaip dan andaian. Terdapat pelbagai jenis falasi yang terdapat dalam kehidupan seharian kita sama ada kita sedar atau sebaliknya. Antar contoh-contoh falasi adalah seperti falasi stereotaip, falasi post hoc ergo propter hoc dan falasi mengabui mata. Falasi stereotaip merupakan percakapan yang bersifat keras dan tidak berubahubah. Falasi ini terbit daripada persepsi kita yang salah dan mungkin bersifat prejudis. Stereotaip ini sukar untuk diubah dan biasanya orang yang mempunyai pemikiran stereotaip ini hanya memperkatakan sesuatu berdasarkan apa yang mereka tahu tanpa memikirkan sama ada maklumat itu adalah betul atau sebaliknya. Punca utama stereotaip ini adalah keyakinan seseorang pada logik “aku punya lebih betul” (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 1997). Hal ini membawa maksud adalah berpendapat bahawa apa yg difikirkannya adalah betul dan tepat tanpa mempertimbangkan sebab-sebab dan faktorfaktor yang lain. Tanpa kita sedari, stereotaip ini mungkin terjadi sedari kita masih kecil lagi dan sudah ditanamkan dengan pemikiran tersebut dan sukar untuk diubah. Sebagai contoh, apabila kita mengatakan bahawa penagih dadah mesti adalah Melayu. Sedangkan jika diteliti, penagih dadah bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu tetapi juga melibatkan kaum-kaum lain juga. Kesimpulan daripada falasi ini adalah pandangan stereotaip ini memisahkan kita daripada dunia realiti kerana pemikiran kita dikongkong oleh pandangan yang kurang tepat dan tidak adil. Falasi yang seterusnya adalah falasi post ergo propter hoc. Perkataan ini adalah berasal daripada perkataan latin yang boleh kita terjemahkan sebagai “selepas itu, maka oleh sebab itu”. Falasi ini boleh dikatakan popular kerana falasi inilah merupakan falasi yang paling kerap kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Apa yang dimaksudkan “selepas itu, maka oleh sebab itu” boleh dinyatakan sebagai sesuatu kejadian itu terjadi disebabkan oleh kejadian lain walaupun sebenarnya tidak semestinya kejadian pertama

ZUBAIDAH YAACOB (D20072031692)

KUMPULAN: B

itu bukanlah punca yang menyebabkan kejadian kedua itu berlaku. Sebagai contoh apabila sepasang suami isteri mengambil anak angkat disebabkan sudah 5 tahun berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata. Tidak lama kemudiannya, isteri tersebut disahkan mengandung. Suami isteri tersebut berpendapat hal ini merupakan tuah yang diperoleh kerana mengambil anak angkat tersebut ke dalam keluarga mereka. Oleh yang demikian mereka menganggap bahawa anak angkat tersebut penyebab kepada kelahiran bayi tersebut. Falasi mengabui mata pula berlaku apabila kita cuba mengalihkan perhatian orang lain dengan memberikan hujah yang berbeza dan melarikan perhatian orang daripada memikirkan perkara utama. Cara yang paling kerap dilakukan untuk mengabui mata ialah dengan mengemukakan hujah “nasib baik”. (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan,1997). Sebagai contoh apabila seseorang yang sepatutnya mendapat upah bertukang sebanyak RM 10 tetapi hanya diberikan RM 8 sahaja. Apabila dipersoalkan majikannya memberi alasan “Nasib baik saya bagi. Kalau saya tidak bagi apa-apa, lagi teruk, bukan?”. Hujah sedemikian diberikan adalah untuk memberikan kelegaan sementara dan melupakan sebentar isu yang utama. Falasi ini berlaku apabila kita bukan menyatakan perkara sebenar tetapi memanipulasikan pemikiran seseorang tersebut agar menerima alasan yang sebenarnya tidak mempunyai kaitan. Secara kesimpulannya, falasi merupakan satu bentuk pemikiran yang mungkin dianggap biasa bagi setiap orang namun jika dibiarkan tanpa memikirkan kesannya, mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah. Falasi juga amat penting untuk diketahui bagi membantu kita untuk menganalisis dan mengkaji sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Sumber: Abdul Rahman Hj.Abdullah.(2002).Falsafah dan Kaedah Pemikiran.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ainon Mohd dan Abdullah Hassan.(1997).Memahami Psikologi Berfikir.Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ratna Roshida Abd.Razak.(2009).Pemikiran Kritis.Kuala Lumpur:Mc Graw Hill Education.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF