2.(c)Panduan Pengajaran PJPK (PK)
May 22, 2018 | Author: RubyYangHashim | Category: N/A
Short Description
GROUP PJPK LMS...
Description
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
TINGKATAN 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PANDUAN PDP
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN DUA
Terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum
2016
i
Diusahakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Cetakan Pertama 2016 @Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Aras 4 -8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
ii
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita -cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai -bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
iii
Muka Surat Pendahuluan
viii
Penghargaan
xi
Maklumat dalam setiap unit
xiii
MODUL KEMAHIRAN Unit 1
Gimnastik Asas
1
Unit 2
Pergerakan Berirama
13
Unit 3
Kategori Serangan; Bola Baling
23
Unit 4
Kategori Serangan; Ragbi Sentuh
35
Unit 5
Kategori Jaring; Sepak Takraw
43
Unit 6
Kategori Memadang; Kriket
55
Unit 7
Olahraga Asas
73
Unit 8
Rekreasi dan Kesenggangan
95
Unit 9
Komponen Kecergasan
107
Lampiran A
Senarai Cadangan Peralatan Pendidikan Jasmani Untuk Rintis
125
vi
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Dua ini merupakan usaha Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan pelbagai pihak yang telah menyumbang masa dan tenaga bagi membantu guru Pendidikan Jasmani terutama sekali guru-guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran ini. Panduan Pengajaran ini menterjemah standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p). Bagi standard pembelajaran yang tidak dicakup dalam buku ini, guru hendaklah merancang sendiri aktiviti p&p. Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Dua ini mengandungi 9 unit bagi membantu guru dalam pengajaran Modul Kemahiran seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani Tingkatan Dua. Unit-unit pengajaran yang disediakan adalah mencukupi untuk dilaksanakan dalam tempoh setahun Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada pencapaian standard pembelajaran berdasarkan contoh aktiviti mengikut kemahiran yang diajar. Cadangan aktiviti dalam panduan pengajaran juga menerapkan elemen merentas kurikulum, kaedah inkuiri, dan pendekatan Teaching Game for Understanding (TGfU). Guru perlu merangsang murid dengan mengemukakan pertanyaan yang membolehkan murid berfikir dan membuat keputusan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Murid juga dirangsang dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubahsuai serta menambah baik aktiviti panduan pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat, dan kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat, berkemahiran, dan berpengetahuan, serta mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktitiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan diri. Justeru, adalah diharapkan Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Dua ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru yang terlibat secara maksimum untuk mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.
viii
Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ribuan terima kasih kepada semua panel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan Pengajaran Pendidikan Pendidikan Jasmani Jasmani Tingkatan Dua. Antara panel panel yang terlibat ialah: Cik Kamariah binti Mohd Yassin En. Nawi bin Razali En. Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin En. Mohd Irwan bin Miskob
Bahagian Pembangunan Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENASIHAT KURIKULUM Prof. Madya Dr. Mohd Khairi bin Zawi Dr. Kok Lian Yee Dr. Nelfianty binti Mohd Rasyid
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor Universiti Putra Malaysia, Selangor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
GIMNASTIK ASAS Tn. Syed Muhd Kamal bin S A Bakar En. Poniran bin Salamon En. Mohd Irwan bin Miskob
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahagian Pembangunan Kurikulum
PERGERAKAN BERIRAMA Pn. Kok Mong Lin En. Fakhri bin Mohd Nor Cik Norlizan Kismawati binti Ismail En.Jais bin Ismail
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur SK Bangsar, Kuala Lumpur SS Bukit Jalil, Kuala Lumpur SK Putrajaya Presint 9 (1)
KEMAHIRAN KATEGORI SERANGAN Bola Baling En. Azhar bin Ariffin IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang En. Mohd Fauzan bin Rusli SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur Cik Nadimah Amani bin Norizan SMK Bandar Baru Bangi, Selangor En. Azulhaimi bin Ahmad IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan Ragbi Sentuh Dr. Burhannudin bin Abdullah En. Ahmad Rodzli bin Hashim
Universiti Putra Malaysia, Selangor
En. Mohd Faiz bin Md Ali
IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak SMK Sungai Besar, Selangor
KEMAHIRAN KATEGORI JARING Sepak Takraw En. Abdul Razak bin Sulaiaman En. Mohd Saufi bin Othman En. Nawi bin Razali
SMK Seri Indah, Selangor Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya Bahagian Pembangunan Kurikulum
xi
KEMAHIRAN KATEGORI MEMADANG Kriket Dr. Jeffrey Low Fook Lee UPSI, Perak Tn. Hj. Norhizan bin Zainol IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor En. Yeshodh A/L Parameswaran SMK Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan Pn. Maizan binti Alias SMK Taman Ehsan, Selangor En. Muhamad Hairani bin Ahmad SK Taman Seri Kota, Johor En. Mohamad Afiq bin Mohamad Basri SK Setia Jaya, Johor REKREASI DAN KESENGGANGAN En. Othman bin Che Man En. Muftar bin Mohamad Saad En. Abdul Hadi bin Abdul Rahman En. Mohd Faizal bin Mohd Amin
IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang IPG Kampus Perlis JPN WP Putrajaya SSN SMK Za ba, Negeri Sembilan
OLAHRAGA ASAS En. Chia Chiow Ming En. Gopal A/L Raman En. Zool Hilmi bin Abu Bakar Tn. Hj. Abd Razak bin Sulaiman En. Ganesh A/L Raza En. Lim Teng Hooi En. Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur SMK Puchong Permai, Selangor SMK Tengku Lela Segara, Terengganu SMK Seri Indah, Selangor SMK Sultan Sulaiman, Selangor SMK Seri Desa, Selangor Bahagian Pembangunan Kurikulum
KECERGASAN En. Chia Chiow Ming En. Gopal A/L Raman
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur SMK Puchong Permai, Selangor
’
ILUSTRATOR En.Mohamad Adillas bin Ahmad Fesol BPK, KPM En. Mohammed Syahrir bin Talib SMK USJ 13, Selangor En. Mohd Khairul Adzemi bin Kamalul SMK Bukit Kemandol K9, Selangor Ariffin ‘
xii
Tajuk dan cadangan masa setiap modul
Menerusi modul pengajaran pergerakan berirama, murid boleh mengintegrasikan konsep pergerakan dan kemahiran pergerakan asas, mereka cipta, dan mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif mengikut muzik yang didengar. Murid juga boleh mempersembahkan tarian inang dengan ekspresi budaya yang
Asas Rangkaian Pergerakan Kreatif (2 jam) 1.2.1 Mereka cipta dan mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif mengikut muzik yang didengar. 2.1.1 Memilih dan menentukan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, dan konsep pergerakan yang sesuai digunakan dalam rangkaian pergerakan kreatif. 5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.
Berdasarkan Fakta 1. Apakah konsep pergerakan yang diaplikasi semasa mereka cipta pergerakan kreatif? 2. Apakah pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor yang digunakan dalam tarian inan g dan pergerakan kreatif? 3. Apakah langkah-langkah dalam tarian inang?
Huraian modul secara keseluruhan kemahiran yang hendak dicapai dalam beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp).
Standard kandungan dan standard pembelajaran (SP) dalam setiap modul.
Cadangan soalan-soalan inkuiri berdasarkan fakta, konsep, dan perbahasan.
Cadangan soalan-soalan inkuiri berdasarkan fakta, konsep, dan perbahasan. Cadangan aktiviti mencapai SP; perlu diakukan seperti berikut: 1. Memanaskan badan 2. Penyampaian SP 3. Permainan Kecil atau persembahan 4. Menyejukkan badan. 5. Penilaian pdp.
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Murid menduduki satu ujian yang melibatkan konsep pergerakan dan aplikasinya di dalam rangkaian pergerakan kreatif dan pemilihan langkah-langkah semasa mereka cipta tarian inang. 2. Murid mereka cipta satu rangkaian pergerakan kreatif atau langkah tarian inang yang mudah, berestetika melalui penerokaan pergerakan, dan kepelbagaian menurut konsep pergerakan dalam masa yang diperuntukkan.
Cadangan pentaksiran formatif di setiap modul.
Cadangan pentaksiran sumatif di setiap modul.
13
xiii
Menerusi modul pengajaran gimnastik asas, murid boleh mengintegrasikan konsep putaran, imbangan dan kawalan badan dalam aktiviti dengan efisien. Murid juga boleh berinteraksi dalam kumpulan bagi mereka cipta rutin pergerakan yang mempunyai nilai estetika dan mempersembahkan hasil idea kreatif mereka dengan yakin, seronok dan berekspresi di dalam ruang pergerakan yang selamat.
Kemahiran Hambur dan Melombol 1.1.1 Menghambur dengan kaki ke atas peti lombol dan membuat putaran serta mendarat. 2.1.1 Menjelaskan perkaitan antara daya dan ketinggian lonjakan semasa melakukan hambur. 2.1.2 Menerangkan cara melepasi peti lombol semasa melombol. 5.1.1 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu. 5.2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti secara aktif. Melombol Menggunakan Tangan di atas Peti Lombol 1.1.2 Melakukan kemahiran melombol menggunakan tangan di atas peti lombol. 2.1.2 Menerangkan cara melepasi peti lombol semasa melombol. 5.2.3 Menetapkan matlamat kendiri dalam melakukan aktiviti. 5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti. Mereka Cipta dan Mempersembahkan Rangkaian Pergerakan 1.1.3 Mereka cipta dan mempersembahkan rangkaian pergerakan dalam kumpulan yang melibatkan kemahiran hambur dan melombol. 2.1.3 Mengenal pasti kemahiran hambur dan melombol yang akan digunakan dalam rangkaian. 5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti. 5.4.1 Bekerjasama melaksanakan aktiviti dalam kumpulan.
1
Berdasarkan Fakta 1. Apakah yang kamu tahu tentang menghambur? 2. Nyatakan sudut putaran yang boleh dibuat semasa layangan? 3. Apakah yang dimaksudkan dengan melombol? 4. Apakah bahagian badan yang digunakan sewaktu melakukan hambur? 5. Apakah alat yang boleh digunakan untuk melakukan hambur? 6. Namakan bentuk-bentuk badan di udara yang boleh dilakukan?
Berdasarkan Konsep 1. Apakah perbezaan antara perbuatan melompat dengan menghambur? 2. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan ketinggian lonjakan? 3. Mengapakah siku perlu diluruskan sewaktu tapak tangan mencecah peti lombol?
Berdasarkan Perbahasan 1. Bagaimanakah ketinggian layangan dapat mempengaruhi bentuk badan semasa di udara? Jelaskan. 2. Apakah kemahiran menghambur dan melombol yang kamu pilih untuk mereka cipta rangkaian pergerakan? Mengapakah kamu pilih kemahiran tersebut? 3. Bincangkan cara untuk menghasilkan kemahiran menghambur dan melombol yang mempunyai nilai estetika?
2
1. Memulakan aktiviti pengajaran secara ansur maju yang paling asas. 2. Mengadakan aktiviti pengajaran mengikut hieraki kesukaran. 3. Guru membimbing murid melakukan latih tubi untuk menguasai unit pembelajaran yang diajar 4. Guru menilai secara berterusan 5. Menggalakkan murid melaksanakan kemahiran pada aras yang lebih mencabar. 6. Murid yang kurang berjaya menguasai kemahiran yang diajar akan diberikan pemulihan dan yang berjaya akan diberi aktiviti pengayaan. 7. Murid yang telah menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan akan berpindah ke unit baharu.
Aktiviti 1: Aktiviti Stesen Berlari, Skip, Berputar dan Mendarat -
1. Murid berada di stesen masing-masing 2. Murid melakukan aktiviti seperti berikut: Stesen 1 Murid berlari mengikut jarak yang ditetapkan.
Stesen 2 Murid bertiga; dua orang memegang hujung tali dan memusingkannya. Seorang daripadanya melakukan lompat tali yang dipusingkan oleh rakannya. Aktiviti dilakukan selama 30 saat dengan kadar ketinggian mengikut kemampuan. Murid yang sudah melakukannya akan bertukar peranan sebagai pemegang tali.
3
Stesen 3 Murid berempat; dua orang memegang hujung tali dan memusingkannya. Dua orang daripadanya melakukan lompat tali yang dipusingkan oleh rakannya. Aktiviti dilakukan selama 30 saat dengan kadar ketinggian mengikut kemampuan. Murid yang sudah melakukannya akan bertukar peranan sebagai pemegang tali.
Stesen 4 Murid berlari, melakukan hambur dengan kedua kaki dan mendarat di atas peti lombol dengan sedikit lutut difleksi. Murid bangun dan mendarat secara menegak di atas tilam gimnastik.
3. Berlari dan melonjak melepasi bangku gimnastik dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. 4. Berlari, melonjak, mendarat di atas peti lombol, berdiri dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki di atas tilam gimnastik.
Catatan: Peti l ombol boleh digantikan dengan bangku gimnastik.
4
Aktiviti 2: Aktiviti Stesen Berlari, skip, berputar dan mendarat -
1. Murid berada di stesen masing-masing. 2. Murid melakukan aktiviti seperti berikut: Stesen 1 Murid berlari mengikut jarak yang ditetapkan.
Stesen 2 Murid bertiga; dua orang memegang hujung tali dan memusingkannya. Seorang daripadanya melakukan lompat tali secara putaran menegak 180º dan 360º. Aktiviti dilakukan selama 30 saat dengan kadar ketinggian mengikut kemampuan. Murid yang sudah melakukannya akan bertukar peranan sebagai pemegang tali.
Stesen 3 Murid berempat; dua orang memegang hujung tali dan memusingkannya. Dua orang daripadanya melakukan lompat tali secara putaran menegak 180º. Aktiviti dilakukan selama 30 saat dengan kadar ketinggian mengikut kemampuan. Murid yang sudah melakukannya akan bertukar peranan sebagai pemegang tali
5
Stesen 4 Murid berempat; dua orang memegang hujung tali dan memusingkannya. Dua orang daripadanya melakukan lompat tali dengan berpegangan tangan dan melompat serentak secara putaran menegak 180º dan 360º. Aktiviti dilakukan selama 30 saat dengan kadar ketinggian mengikut kemampuan. Murid yang sudah melakukannya akan bertukar peranan sebagai pemegang tali
Stesen 5 Murid berlari, melakukan hambur dengan kedua kaki dan mendarat di atas peti lombol dengan sedikit lutut difleksi. Murid berdiri dan mendarat sambil berputar 180º atau 360º di atas tilam gimnastik. Berlari, melonjak melepasi bangku gimnastik, membuat putaran di udara, dan mendarat kedua-dua belah kaki di atas tilam gimnastik
6
Aktiviti 3: Kemahiran Melombol Menggunakan Tangan di Atas Peti Lombol
(A) Berdiri di hadapan peti lombol, hambur dengan tangan, kedua-dua belah kaki mendarat di atas peti lombol, berdiri, dan mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki di atas tilam gimnastik.
(B) Berlari ke arah peti lombol yang diletak di sebelah kiri dan kanan secara terpisah, melonjak dan lalukan hambur tangan di atas kedua -dua peti lombol. Bawa ke dua-dua belah kaki ke hadapan sehingga kedua -dua hujung kaki lebih tinggi dari pinggang dan mendarat di atas tilam gimnastik.
(C) Berlari ke arah peti lombol, hambur menggunakan tangan dan bawa kaki ke sisi kiri atau kanan melepasi peti lombol dan mendarat kedua-dua belah kaki di atas tilam gimnastik.
(D) Berlari ke arah peti lombol, hambur menggunakan tangan dan bawa kaki melepasi peti lombol di antara kedua-dua belah tangan dan mendarat kedua -dua belah kaki di atas tilam gimnastik.
7
Aktiviti 4: Mereka cipta dan mempersembahkan rangkaian pergerakan dalam kumpulan yang melibatkan kemahiran hambur dan (A) Tiga rangkaian persembahan melombol tanpa alatan (boleh gunakan rakan sebagai alatan). Contoh: Melakukan lombol lalu, lombol kangkang dan lombol sisi. (B) Tiga rangkaian persembahan menggunakan alatan peti lombol. Contoh: Melakukan lombol kangkang, lombol lalu dan hambur tangan. (C) Tiga rangkaian persembahan yang menggabungkan kemahiran hambur dan peti lombol. Contoh: Melakukan hambur arab, lombol kangkang dan hambur tangan.
8
Persembahan Kumpulan: Hambur dan Lombol 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan akan mereka cipta satu rangkaian pergerakan yang mengandungi kemahiran melombol dan menghambur. 3. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil rangkaian pergerakan yang direka cipta. 4. Kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.
9
BORANG PENILAIAN (A) PENILAIAN 1 Tandakan (√) berdasarkan kemahiran yang dikuasai oleh murid.
KEMAHIRAN Bil.
Nama
Lombol Kangkang
Lombol Lalu
Hambur Tangan
Putaran 180º
Putaran 360º
CATATAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
(B) PENILAIAN 2 Tandakan (√) bagi kemahiran yang dikuasai oleh murid. Bil.
Nama
Kedudukkan Tangan di atas Peti Lombol
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
10
Kedudukkan Kaki Semasa Melombol
Pendaratan
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Melakukan ujian kemahiran berdasarkan kemahiran melombol dan menghambur dengan menggunakan borang penilaian senarai semak 2. Menggunakan rubrik dan menilai persembahan gimnastik yang melibatkan melombol dan hambur, bentuk badan, putaran yang sesuai dan membuat penambahbaikan.
11
Menerusi modul pengajaran pergerakan berirama, murid boleh mengintegrasikan konsep pergerakan dan kemahiran pergerakan asas, mereka cipta dan mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif mengikut muzik yang didengar. Murid juga boleh mempersembahkan tarian inang dengan ekspresi budaya yang menekankan nilai estetika.
Asas Rangkaian Pergerakan Kreatif 1.2.1 Mereka cipta dan mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif mengikut muzik yang didengar. 2.2.1 Memilih dan menentukan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan yang sesuai digunakan dalam rangkaian pergerakan kreatif. 5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti. Asas Tarian Inang 1.2.2 Melakukan langkah dalam tarian inang mengikut muzik yang didengar. 2.2.2 Mengenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan yang digunakan dalam langkah tarian inang. 2.2.3 Membuat justifikasi pemilihan pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan konsep pergerakan yang digunakan dalam mereka cipta pergerakan tarian. 5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.
13
Mereka Cipta Tarian Inang dan Mempersembahkan 1.2.3 Mereka cipta pergerakan tarian menggunakan langkah inang dan mempersembahkan mengikut muzik yang didengar. 2.2.2 Mengenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan yang digunakan dalam langkah tarian inang. 5.2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti secara aktif. 5.3.3 Memberikan penghargaan terhadap pendapat dan kelebihan rakan.
Berdasarkan Fakta 1. Apakah konsep pergerakan yang diaplikasi semasa mereka cipta pergerakan kreatif? 2. Apakah pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor yang digunakan dalam tarian inang dan pergerakan kreatif? 3. Apakah langkah-langkah dalam tarian inang? 4. Apakah asal usul tarian tersebut? 5. Apakah alatan yang boleh digunakan dalam tarian inang? 6. Apakah formasi pergerakan dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif? 21
Berdasarkan Konsep 1. Bagaimana kamu memilih pergerakan yang sesuai untuk pergerakan tarian? 2. Bagaimana konsep hubungan boleh diintegrasikan dalam mencipta pergerakan tarian dan pergerakan kreatif? 3. Apakah perbezaan antara ciri-ciri langkah tarian inang dengan pergerakan kreatif? 4. Bagaimana pergerakan tarian dan pergerakan kreatif dapat meningkatkan kemahiran sosial seseorang?
Berdasarkan Perbahasan 1. Adakah pergerakan tarian dapat meningkatkan tahap kecergasan? Mengapa? 2. Apakah konsep pergerakan yang paling penting dalam mereka cipta pergerakan tarian dan pergerakan kreatif? Mengapa? 3. Mengapa apresiasi estetika sangat penting dalam persembahan tarian? 4. Bagaimana kamu menjana idea dalam merancang pergerakan tarian dan pergerakan kreatif? 5. Jika tiada muzik, bagaimana kamu boleh melakukan pergerakan kreatif dan tarian? 6. Bagaimana kemahiran pergerakan berirama mempengaruhi aktiviti harian kamu? 7. Apakah pandangan kamu berkaitan dengan persembahan kumpulan lain? Mengapa?
14
1. Guru menunjuk ajar langkah-langkah asas tarian inang dan pergerakan kreatif tanpa muzik dan mengikut muzik. 2. Murid memerhati dan meniru langkah-langkah dalam tarian inang dan pergerakan kreatif tanpa muzik dan mengikut muzik. 3. Murid menganalisis dan mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang terdapat dalam langkah tarian inang dan pergerakan kreatif. 4. Guru menggunakan muzik rentak inang dan pergerakan kreatif yang bersesuaian untuk mewujudkan keseronokan murid semasa melakukan tarian tradisional dan pergerakan kreatif. 5. Murid membuat sumbang saran dalam kumpulan untuk mereka cipta tarian dan pergerakan kreatif dengan muzik dan prop yang sesuai dalam persembahan. 6. Murid berbincang untuk menjelaskan peranan konsep pergerakan dalam tarian dan pergerakan kreatif. 7. Murid membuat dokumentasi pergerakan tarian dan pergerakan kreatif menggunakan pelan persembahan. 8. Guru membimbing murid melalui penemuan terbimbing dengan memberi maklum balas. 9. Murid membuat persembahan yang akan dinilai oleh kumpulan lain dengan menggunakan senarai semak. 10. Guru membimbing murid membuat refleksi berdasarkan persembahan.
15
Aktiviti 1: Contoh Rangkaian pergerakan kreatif bertemakan sukan (1 jam) Cadangan Muzik: Lagu Embun Sok Sek
1. Mengilas badan 2. Aksi Regangan 3. Turun ke kedudukan dekam seperti permulaan lari pecut 4. Aksi lari berpagar ikut laluan trek (lawan jam) 5. Aksi lontar peluru 6. Aksi berskip menggunakan tali ke pelbagai arah 7. Bersedia ke kedudukan tinju 8. Aksi tumbuk sambil Step Close 9. Aksi tumbuk sambil congklang 10. Aksi takraw menimbang 11. Aksi takraw menimang depan-belakang setempat 12. Ulang langkah 1 hingga 11 Nota: Akhi ri d engan po se seperti piramid.
16
Kiraan 8 x 2 Kiraan 8 x 2 Kiraan 8 x 2
Individu
Kiraan 8 x 4 Kiraan 8 x 2 Kiraan 8 x 4 Kiraan 8 x 1 Kiraan 8 x 2 Kiraan 8 x 2 Kiraan 8 x 2 Kiraan 8 x 2
Berpasangan
Berselang seli maju undur Maju undur 45 º Setempat
Aktiviti 2: Mereka cipta dan Mempersembahkan Rangkaian Pergerakan Kreatif (1 jam)
1. Dalam kumpulan kecil, mereka cipta satu rangkaian pergerakan kreatif menggunakan aksi dalam situasi sukan yang lain berdasarkan muzik yang sama atau pilihan sendiri. 2. Murid berbincang berkaitan konsep pergerakan dan kemahiran pergerakan yang akan digunakan. 3. Murid mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif yang direka cipta mengikut kumpulan. 4. Kumpulan lain menilai menggunakan senarai semak dan memberi maklum balas serta cara penambahbaikan. 5. Murid membuat refleksi dengan bimbingan guru berkaitan persembahan kumpulan sendiri dan mencadangkan cara penambahbaikan.
17
Aktiviti 3: Asas Tarian Inang (1 jam) Cadangan Lagu: Lagu Mak Inang
(A) Langkah Asas Inang: 1. Setempat: Kaki kawad (marching), tangan diayun berselang seli dengan kaki. 2. Melangkah ke depan dan undur. 3. Pusing sambil melangkah, kemudian tukar arah (balas). (B) Membuat Huruf ‘C’ Sudi: 1. Melangkah ke hadapan dengan kaki kanan sambil membuat huruf ‘C’ (sudi). Pergelangan tangan dipusingkan. 2. Undur dan balik ke tempat asal. Tangan dalam keadaan ‘minta lalu’. 3. Ulang ragam yang sama ke arah kiri. (C) Membuat Huruf ‘L’ dan ‘C’: 1. Melangkah kaki kanan terus ke hadapan mulai dengan kaki kanan sambil tangan diayunkan. 2. Pusing melalui bahu kiri 90º dan undur. 3. Membuat huruf ‘C’ balik ke tempat asal. 4. Ulang ragam yang sama ke arah kiri. (D) Rutin Tarian Inang Tua Pengenalan: Regangan 1. Setempat Kiraan 8 x 1 2. Ke depan Kiraan 8 x 1 3. Undur Kiraan 8 x 1 4. Setempat Kiraan 8 x 1 5. Pusing dan balas Kiraan 8 x 2 6. Setempat Kiraan 8 x 2 7. C sudi kanan Kiraan 8 x 1 8. C sudi kiri Kiraan 8 x 1 9. Setempat Kiraan 8 x 2 10. Ragam huruf L dan C kanan Kiraan 8 x 2 11. Ragam huruf L dan C kiri Kiraan 8 x 2 12. Setempat (aras) Kiraan 8 x 2 13. Pusing dan balas Kiraan 8 x 2 14. Ulang lakuan 1 hingga 13, tiga set. -
18
Aktiviti 4: Mereka cipta Tarian Inang dan Mempersembahkan (2 jam)
1. Dalam kumpulan kecil, mereka cipta satu rutin tarian menggunakan langkah-langkah asas inang berdasarkan lagu rentak inang yang dipilih sendiri. 2. Murid berbincang berkaitan konsep pergerakan yang akan digunakan. 3. Murid memilih prop dan pakaian yang sesuai. 4. Kumpulan menyediakan pelan lantai dan merancang formasi rutin tarian. 5. Murid mempersembahkan rutin tarian inang yang direka cipta mengikut kumpulan. 6. Kumpulan lain menilai menggunakan senarai semak dan memberi maklum balas serta cara penambahbaikan. 7. Murid membuat refleksi dengan bimbingan guru berkaitan persembahan kumpulan sendiri dan mencadangkan cara penambahbaikan.
19
SENARAI SEMAK PERSEMBAHAN KUMPULAN RANGKAIAN PERGERAKAN KREATIF ATAU TARIAN INANG Kenal pasti dan nyatakan aspek aspek yang ditetapkan dalam jadual berikut berdasarkan persembahan kumpulan. -
Kumpulan
K1
Aspek
K2
K3
K4
Jenis lokomotor dalam pergerakan kreatif atau inang Jenis bukan lokomotor dalam pergerakan kreatif atau inang Laluan atau formasi pelan lantai Arah dan aras Ya
Tidak
Ya
Kesesuaian muzik Nilai estetika Maklum balas dan cadangan penambahbaikan
20
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Murid menduduki satu ujian yang melibatkan konsep pergerakan dan aplikasinya di dalam rangkaian pergerakan kreatif dan pemilihan langkah-langkah semasa mereka cipta tarian inang. 2. Murid mereka cipta satu rangkaian pergerakan kreatif atau langkah tarian inang yang mudah, berestetika melalui penerokaan pergerakan dan kepelbagaian menurut konsep pergerakan dalam masa yang diperuntukkan. 3. Murid membuat persembahan rangkaian pergerakan kreatif atau tarian inang dalam kumpulan kecil menggunakan muzik, prop dan pakaian yang sesuai dalam majlis rasmi sekolah.
21
Menerusi modul pengajaran ragbi sentuh, murid boleh mengaplikasi prinsip biomekanik dan konsep pergerakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran ragbi sentuh. Kemahiran yang dipelajari boleh diadaptasi semasa menyerang dan bertahan dalam situasi permainan.
Menghantar dan menerima 1.4.1 Melakukan pelbagai kemahiran menghantar bola dalam situasi permainan. 1.4.2 Melakukan kemahiran menangkap bola pada pelbagai aras dalam situasi permainan. 2.4.1 Menerangkan lakuan menghantar bola berdasarkan situasi permainan. 2.4.2 Memerihal lakuan menangkap bola berdasarkan situasi permainan. 5.3.1 Berinteraksi secara positif dalam melakukan aktiviti tanpa mengira perbezaan individu. Berlari dan mengacah 1.4.3 Melakukan kemahiran berlari dan mengacah semasa membawa dan menghantar bola dalam situasi permainan. 2.4.3 Menerangkan kesesuaian antara jarak ddengan kemahiran berlari dan Mengacah dalam situasi permainan. 5.5.1 Melakukan aktiviti dengan semangat kesukanan seperti menerima kekalahan secara positif, mempamerkan permainan bersih dan semangat juang. Try 1.4.4 Melakukan kemahiran try dalam situasi permainan. 2.4.4 Menerangkan cara melakukan try . 5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.5.2 ….Melakukan aktiviti mengikut peraturan yang ditetapkan dengan beretika.
35
Berdasarkan Fakta 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Berapakah jumlah pemain ragbi sentuh dalam satu pasukan? Apakah kemahiran yang terdapat dalam permainan ragbi sentuh? Berapakah keluasan padang ragbi sentuh? Berapakah jangka masa sesuatu permainan ragbi sentuh? Bagaimanakah cara untuk memberhentikan pergerakan pasukan lawan? Berapakah jumlah mata yang diperolehi apabila pasukan mendapat try ? Apakah aspek keselamatan yang perlu ditekankan dalam permainan ragbi sentuh?
Berdasarkan Konsep 1. Terangkan perbezaan antara hantaran dekat, hantaran jauh dan pop pass? 2. Apakah kedudukan postur badan ketika menerima dan menghantar bola? 3. Mengapakah kemahiran mengacah menjadi tidak berkesan ketika situasi permainan? 4. Bagaimanakah kamu melakukan try ? 5. Perihalkan cara sentuhan yang dibenarkan dalam permainan ragbi sentuh? 6. Bincangkan perbezaan antara permainan ragbi sentuh dengan permainan ragbi? 7. Bagaimanakah kamu boleh melepasi pihak lawan untuk melakukan try ? 8. Bagaimanakah kamu menghantar bola kepada rakan yang berada terlalu dekat dengan kamu?
Berdasarkan Perbahasan 1. Kenapakah pemain sering menghantar bola tidak tepat kepada rakan sepasukan? 2. Bincangkan keadaan yang menyukarkan kamu untuk mengacah dalam situasi permainan. 3. Berikan pendapat anda mengenai kelebihan permainan ragbi sentuh.
36
Pendekatan TGfU 1. Bentuk permainan Permainan dibentuk hampir sama dengan kemahiran permainan yang direka dengan melibatkan kemahiran yang boleh meningkatkan prestasi dan minat pelajar. 2. Apresiasi permainan Murid diajar untuk memahami peraturan permainan yang ringkas supaya murid dapat keseronokan bermain. 3. Kesedaran taktikal Murid dikehendaki fahami atau sedar tentang cara untuk mendapatkan mata supaya dapat mengatasi pihak lawan. 4. Penyelesaian masalah Guru mengemukakan soalan aras tinggi untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa bermain. 5. Perlaksanaan kemahiran Guru memantau tahap perlakuan murid apabila murid telah bersedia dengan perlakuan yang betul mengikut tahap kebolehan masing masing. 6. Prestasi Melaksanakan perlakuan yang diharap dalam situasi permainan yang sebenar. 1. Murid diberi pendedahan berkaitan konsep permainan ragbi sentuh, peraturan dan taktikal dalam permainan ubah suai menerusi pembelajaran kemahiran asas ragbi sentuh. 2. Guru merancang sesi pembelajaran dan pembelajaran yang menggunakan pelbagai kemahiran asas ragbi sentuh semasa menyerang dan bertahan dalam situasi permainan. 3. Murid mengenal pasti strategi yang sesuai digunakan semasa menyerang dan bertahan dalam situasi permainan. 4. Guru mengemukakan soalan berkaitan taktikal semasa murid sedang bermain dan meminta murid memberi respon serta menunjukkan lakuan terhadap respon. 5. Murid dalam kumpulan bermain dengan menggunakan kemahiran menyerang, bertahan, dan taktikal dalam situasi permainan. 6. Murid merakam permainan untuk menjalankan analisis berkaitan kema-
37
Aktiviti 1: Kemahiran Menghantar dan Menangkap 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil. 2. Permainan dimulakan dari garisan zon dengan menghantar bola kepada rakan sepasukan yang berada di belakang. 3. Rakan sepasukan akan menangkap bola secara berjalan atau berlari sehingga melepasi zon garisan pasukan lawan. 4. Jika bola dapat dipintas atau terjatuh, tukar peranan di tempat berlaku kesalahan. 5. Pasukan yang berjaya melepasi garisan zon lawan akan mendapat satu mata. 6. Pasukan yang berjaya memperoleh mata yang tertinggi dikira sebagai pemenang. Nota guru: 1. Bola hendaklah dihantar secara sisi. 2. Kawasan permainan boleh diubahsuai. 3. Bilangan pemain juga boleh diubahsuai. 4. Guru mengemukakan soalan fakta, konsep atau perbahasan kepada murid. 5. EMK - Keusahawanan.
38
Aktiviti 2: Kemahiran Berlari dan Mengacah Petunjuk Pasukan bertahan Pasukan penyerang
Kawasan gol Kawasan permulaan
Cara bermain 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. 2. Pasukan penyerang akan memulakan permainan dengan tap dan membawa bola ke kawasan gol. 3. Penyerang perlu mengacah untuk mengelak disentuh oleh pasukan bertahan. 4. Pasukan bertahan perlu menyentuh bahagian atas belakang badan (upper back) pasukan penyerang bagi memberhentikan pergerakan pasukan penyerang. 5. Penyerang yang sudah disentuh perlu kembali ke garisan permulaan untuk memulakan permainan. 6. Pasukan bertahan hanya boleh bergerak di atas garisan masing-masing. 7. Pasukan yang berjaya melepasi garisan gol akan mendapat satu mata. 8. Permainan diperuntukkan selama 5 minit dan tukar peranan. 9. Pasukan yang berjaya memperoleh mata yang tertinggi dikira sebagai pemenang. Nota Guru : Memulakan permainan dengan tap bola dibawa menyentuh bahagian dalam kaki. Penyerang boleh bergerak secara serentak atau mengikut giliran. Setiap penyerang digalakkan membawa bola semasa bergerak. Kawasan permainan boleh diubah suai. Bilangan pemain juga boleh diubah suai. Memastikan kawasan permainan selamat. Guru mengemukakan soalan fakta, konsep atau perbahasan kepada murid. EMK - Keusahawanan.
“
”
39
Aktiviti 3: Kemahiran Menggolek dan Touch (try)
Cara Bermain 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Satu kumpulan sebagai penyerang dan satu kumpulan sebagai pertahanan. 3. Setiap pemain bergerak secara berpasangan. 4. Pasukan penyerang akan cuba membawa bola dan membuat try di kawasan try lawan. 5. Jika try dilakukan dengan kedua-dua belah tangan satu mata akan diberi, sebelah tangan 2 mata dan dive 3 mata. 6. Pasukan pertahanan boleh menyentuh bahagian atas belakang badan pemain penyerang dengan menggunakan kedua -dua belah tangan. 7. Setelah disentuh, mulakan permainan kembali dengan mengggolek bola ke belakang untuk di ambil oleh rakan di belakang, rakan di belakang akan mengutip bola dan bergerak ke hadapan rakan. 8. Tukar peranan selepas pasukan bertahan berjaya menyentuh sebanyak tiga kali. 9. Pasukan yang berjaya mendapat mata yang banyak dalam masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang. Nota guru : Dive lakuan menerpa untuk meletak bola ke tanah. Kawasan permainan boleh diubah suai. Bilangan pemain kurang daripada 5 orang bagi setiap pasukan. Memastikan kawasan permainan selamat. Guru mengemukakan soalan fakta, konsep atau perbahasan kepada murid. EMK - Keusahawanan.
“
”
40
Kemahiran Menghantar 1. Senarai Semak Arahan : Tandakan (√) pada ruangan kemahiran yang disediakan apabila murid berjaya melakukan hantaran dan tandakan (X) untuk murid yang tidak berjaya melakukan hantaran. Nama Guru: Tingkatan 2: Kemahiran Hantaran Bil
Nama Murid
1
Munir Mohamad
Hantaran Sisi
Hantaran Dekat
√
√
Hantaran Jauh X
Pop Pass
√
2 3
2. Jawab soalan soalan berikut: -
a. Kenapa hantaran yang dibuat tidak tepat kepada penerima? b. Bagaimanakah menangkap bola ragbi yang dihantar dengan pelbagai kelajuan c. Bagaimanakah bentuk bola ragbi mempengaruhi cara menghantar dan menerima? d. Apakah tujuan mengacah? e. Terangkan cara melakukan kemahiran try ?
41
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: i. Membuat pembentangan mengenai kemahiran yang terdapat dalam ragbi sentuh dan mengenal pasti kemahiran yang sesuai digunakan mengikut situasi dalam permainan. ii. Melakukan ujian kemahiran ragbi sentuh menerusi situasi permainan yang melibatkan kemahiran asas. iii. Penilaian prestasi berdasarkan rakaman video semasa menyerang dan bertahan.
42
Menerusi modul permainan kriket, murid boleh mengaplikasikan prinsip biomekanik dan konsep pergerakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran kriket. Kemahiran yang dipelajari boleh diadaptasikan semasa memadang dan memukul dalam situasi permainan.
Kemahiran Memukul dengan Berat Badan Pada Kaki Hadapan 1.6.1 Melakukan pelbagai kemahiran memukul bola dalam situasi permainan. 1.6.2 Melakukan kemahiran larian dalam situasi permainan. 1.6.3 Melakukan pelbagai kemahiran menahan bola dalam situasi permainan. 2.6.1 Memerihal tentang pemindahan daya semasa melakukan pelbagai kemahiran memukul bola. 2.6.2 Menjelaskan kepentingan kelajuan semasa berlari antara wiket. 2.6.3 Memerihalkan peranan penyerapan daya semasa melakukan kemahiran menahan. 5.1.1 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu. 5.2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti secara aktif.
55
Kemahiran Memukul Dengan Berat Badan Pada Kaki Belakang 1.6.1 Melakukan pelbagai kemahiran memukul bola dalam situasi permainan. 1.6.2 Melakukan kemahiran larian dalam situasi permainan. 1.6.3 Melakukan pelbagai kemahiran menahan bola dalam situasi permainan. 2.6.1 Memerihal tentang pemindahan daya semasa melakukan pelbagai kemahiran memukul bola. 2.6.2 Menjelaskan kepentingan kelajuan semasa berlari antara wiket. 2.6.3 Memerihalkan peranan penyerapan daya semasa melakukan kemahiran menahan. 5.2.3 Menetapkan matlamat kendiri dalam melakukan aktiviti. 5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal. Kemahiran Boling: Perlahan, Sederhana dan Laju 1.6.5 Melakukan pelbagai kemahiran boling dalam situasi permainan. 2.6.5 Menjelaskan kepentingan ketinggian pelepasan bola semasa boling. 5.5.2 Melakukan aktiviti mengikut peraturan yang ditetapkan dengan beretika. Kemahiran Boling: Boling Putar 1.6.5 Melakukan pelbagai kemahiran boling dalam situasi permainan. 2.6.5 Menjelaskan kepentingan ketinggian pelepasan bola semasa boling. 5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti. 5.4.1 Bekerjasama melaksanakan aktiviti dalam kumpulan. Kemahiran Memadang: Membaling, Menangkap dan Menjaga Wiket 1.6.4 Melakukan kemahiran memadang yang melibatkan membaling dan menangkap bola pada pelbagai aras dan arah dalam situasi permainan 1.6.6 Melakukan kemahiran menjaga wiket dalam situasi permainan. 2.6.4 Mengenal pasti lakuan yang sesuai semasa membaling dan menangkap bola dalam situasi permainan. 2.6.6 Mengenal pasti posisi yang sesuai semasa menjaga wiket dalam situasi permainan. 5.3.1 Berinteraksi secara positif dalam melakukan aktiviti tanpa mengira perbezaan individu. 5.5.1 Melakukan aktiviti dengan semangat kesukanan seperti menerima kekalahan secara positif, mempamerkan permainan bersih dan semangat juang.
56
Berdasarkan Fakta 1. Apakah peralatan asas yang diperlukan dalam permainan kriket? 2. Berapakah jumlah over dipertandingkan di peringkat MSSM ? 3. Namakan kemahiran asas dalam permainan kriket? 4. Apakah yang dimaksudkan dengan satu larian yang lengkap? 5. Pada balingan apakah kemahiran menahan kaki hadapan dan kaki belakang dilakukan? 6. Bagaimanakah pemenang ditentukan dalam permainan kriket? 7. Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam kemahiran menangkap bola? 8. Apakah yang dimaksudkan dengan penyerapan daya semasa menangkap bola? 9. Apakah yang dimaksudkan dengan pemposisian semasa menjaga wiket? 10. Bagaimanakah cara seorang penjaga wiket boleh mengeluarkan seorang pemukul? 11. Apakah yang dimaksudkan dengan boling yang sah? 12. Namakan jenis- jenis boling putaran (spin) yang di gunakan dalam permainan kriket? 13. Apakah kemahiran asas memukul? 14. Apakah kemahiran asas memadang?
Berdasarkan Konsep 1. Apakah faktor -faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat larian kedua? 2. Mengapakah kemahiran menahan bola perlu digunakan dalam permainan? 3. Bilakah kemahiran balingan bawah tangan (under arm) digunakan dalam permainan? 4. Bagaimanakah cara untuk menangkap bola dari pelbagai arah dan aras? 5. Mengapakah kita perlu ada larian landas (run up) untuk pembaling? 6. Apakah tujuan memutar bola semasa boling? 7. Mengapakah seorang penjaga wiket perlu mencangkung semasa menjaga wiket? 8. Apakah perbezaan antara boling sederhana dan boling putar? 9. Bagaimana memutar bola semasa boling? 10. Apakah tindakan pemadang lain ketika bola dibaling oleh pemadang luar ke arah wiket (covering)?
57
Berdasarkan Perbahasan 1. Bagaimanakah seorang pemukul boleh mendapatkan larian daripada balingan yang baik (good length ball)? 2. Bincangkan ciri-ciri persefahaman yang perlu ada semasa membuat larian antara wiket? 3. Bilakah seorang pemukul membuat keputusan untuk menahan bola? Mengapa? 4. Bagaimana cara untuk mengelak dari bertembung dengan rakan sepasukan semasa memadang? 5. Kamu sering menghadapi masalah semasa boling. Kenal pasti masalah tersebut dan bincangkan cara mengatasi. 6. Anda mempunyai masalah untuk membaling bola pada jarak jauh. Bincangkan jalan penyelesaian masalah tersebut? 7. Rakan anda menghadapi masalah menangkap bola tinggi, bagaimanakah anda boleh membantu? 8. Apakah faktor -faktor yang mempengaruhi seorang ketua pasukan untuk membuat pilihan memukul atau memadang?
1. Guru memberi arahan kepada murid melakukan kemahiran dalam kumpulan melibatkan kemahiran permainan bagi meningkatkan prestasi dan minat pelajar. (Bentuk Permainan) 2. Murid diajar untuk memahami peraturan permainan supaya dapat melakukan kemahiran menerusi permainan kecil dengan seronok. (Fahami dan Menghargai Permainan) 3. Murid dikehendaki memahami atau sedar tentang cara untuk mendapatkan larian atau mengatasi pihak lawan. (Kesedaran Taktikal) 4. Guru mengemukan soalan (pelbagai aras) untuk murid membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa bermain. (Penyelesaian Masalah) 5. Guru memantau tahap perlakuan dan kemahiran yang dikuasai serta kesediaan murid menguasai perlakuan yang betul mengikut tahap kebolehan masing-masing. (Perlakuan) 6. Guru memastikan murid melaksanakan perlakuan yang diharap dan mengenal pasti perubahan penguasaan kemahiran dalam situasi permainan yang sebenar. (Prestasi)
58
Pendekatan TGfU 1.
Bentuk permainan Permainan dibentuk hampir sama dengan kemahiran permainan yang direka dengan melibatkan kemahiran yang boleh meningkatkan prestasi dan minat pelajar.
2. Apresiasi permainan Murid diajar untuk memahami peraturan permainan yang ringkas supaya murid dapat keseronokan bermain. 3. Kesedaran taktikal Murid dikehendaki fahami atau sedar tentang cara untuk mendapatkan mata supaya dapat mengatasi pihak lawan. 4. Penyelesaian masalah Guru mengemukakan soalan aras tinggi untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa bermain. 5. Perlaksanaan kemahiran Guru memantau tahap perlakuan murid - bila murid telah bersedia dengan perlakuan yang betul mengikut tahap kebolehan masing-masing. 6. Prestasi Melaksanakan perlakuan yang diharap dalam situasi permainan yang sebenar. .
59
Aktiviti 1: Mara dan Pukul (Memukul dan menahan dengan berat badan pada kaki hadapan) Aktiviti Murid: 1. 2. 3.
Bahagikan murid kepada pasukan memukul dan pasukan memadang Dua orang dari pasukan memukul berada di tempat yang telah ditentukan Pasukan memadang mengambil posisi dengan seorang akan bertindak sebagai pemboling manakala seorang lagi sebagai penjaga wiket. 4. Pemboling (bowler) akan melambung bola secara bawah tangan (under arm) berhampiran kaki hadapan pemukul (sasaran A). Jika lambungan bola jauh dari kaki pemukul maka boling itu tidak sah, perlu ulang baling dan satu larian percuma diberi kepada pasukan memukul. 5. Setiap pemboling (bowler) diberi 3 balingan. 6. Semua pemadang akan melakukan boling dan menjaga wiket secara bergilir. 7. Setiap pemukul akan menerima sebanyak 6 balingan bola sahaja dari pasukan pemadang sebelum digantikan dengan rakan sepasukan. 8. Pemukul boleh dikeluarkan samada secara bowled, tangkap, run out atau stumped dan 4 larian akan ditolak dari jumlah larian pasukan memukul. 9. Giliran pasukan pemukul tamat apabila setiap pemain dalam pasukan pemadang selesai membuat tiga balingan. Selepas itu kedua-dua pasukan bertukar peranan. 10. Pemukul perlu memukul atau menahan bola dengan berat badan pada kaki hadapan dan cuba mendapatkan larian bersama pasangan pemukul. Pukulan yang di buat dengan berat badan berada pada kaki belakang tidak dikira. 11. Pemadang perlu memadang untuk menyekat larian atau mengeluarkan pemukul.
60
Petunjuk Kawasan permainan Pasukan A Pasukan B Zon A Bola Kawasan D
Rajah Aktiviti 1: Mara dan Pukul (Memukul dan menahan dengan berat badan pada kaki hadapan)
Soalan Guru: 1. 2. 3. 4. 5.
Namakan kemahiran asas dalam permainan kriket? Apakah peralatan asas yang diperlukan dalam permainan kriket? Apakah yang dimaksudkan dengan satu larian yang lengkap? Bagaimanakah pemenang ditentukan dalam permainan kriket? Bilakah kemahiran memukul dan menahan kaki hadapan digunakan dalam permainan?
61
Aktiviti 2: Undur dan Pukul (Memukul dan menahan dengan berat badan pada kaki belakang) Cara Bermain 1. Bahagikan murid kepada pasukan memukul dan pasukan memadang 2. Dua orang dari pasukan memukul berada di tempat yang telah ditentukan 3. Pasukan memadang mengambil posisi dengan seorang akan bertindak sebagai pemboling manakala seorang lagi sebagai penjaga wiket. 4. Pemboling (bowler) akan membaling bola secara atas bahu jauh dan bola itu mesti melantun dan menuju ke pemukul (sasaran B). Jika balingan bola dekat pada kaki pemukul maka boling itu tidak sah, ulang baling dan satu larian percuma diberi kepada pasukan memukul. 5. Setiap pemboling (bowler) diberi 3 balingan. 6. Semua pemadang akan melakukan boling dan menjaga wiket secara bergilir. 7. Setiap pemukul akan menerima sebanyak 6 balingan bola sahaja dari pasukan pemadang sebelum digantikan dengan rakan sepasukan. 8. Pemukul boleh dikeluarkan samada secara bowled , tangkap, run out atau stumped, dan 4 larian akan ditolak dari jumlah larian pasukan memukul. 9. Giliran pasukan pemukul tamat apabila setiap pemain dalam pasukan pemadang selesai membuat tiga balingan. 10. Kedua-dua pasukan bertukar peranan (innings). 11. Pemukul perlu memukul atau menahan bola dengan berat badan pada kaki belakang dan cuba mendapatkan larian bersama pasangan pemukul. Pukulan yang dibuat dengan berat badan pada kaki hadapan tidak dikira. 12. Pemadang perlu memadang untuk menyekat larian atau mengeluarkan pemukul.
62
Petunjuk: Pemukiul Pemadang Pembaling (Bowler)
Penjaga Wiket Wiket
Rajah Aktiviti 2: Undur dan Pukul (Memukul dan menahan dengan berat badan pada kaki belakang)
Soalan Guru: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan pukulan boundary ? 2. Bilakah kemahiran memukul dan menahan kaki belakang digunakan dalam permainan? 3. Bagaimanakah pemukul dapat melakukan pukulan kaki belakang secara efektif? 4. Mengapakah kemahiran menahan bola kaki belakang perlu digunakan dalam permainan? 5. Bilakah seorang pemukul membuat keputusan untuk menahan bola dengan berat badan pada kaki belakang? Mengapa?
63
Aktiviti 3: Boling Santai (Boling pada kelajuan perlahan, sederhana dan laju) Cara Bermain 1. 2. 3.
Bahagikan murid kepada pasukan memukul dan pasukan memadang. Dua orang dari pasukan memukul berada di tempat yang telah ditentukan. Pasukan memadang mengambil posisi dengan seorang akan bertindak sebagai pemboling manakala seorang lagi sebagai penjaga wiket. 4. Pemboling (bowler) akan melakukan boling pada kelajuan perlahan, sederhana atau laju dengan tangan lurus, lakuan ikut pusingan jam dan dilepaskan di atas kepala (over head) ke arah pemukul (sasaran C). 5. Setiap pemboling (bowler) diberi 6 balingan. 6. Semua pemadang akan melakukan boling dan menjaga wiket secara bergilir gilir. 7. Setiap pemukul akan menerima sebanyak 6 balingan bola sahaja dari pasukan pemadang sebelum digantikan dengan rakan sepasukan. 8. Pemukul boleh dikeluarkan samada secara bowled, tangkap, run out atau stumped dan 4 larian akan ditolak dari jumlah larian pasukan memukul 9. Giliran pasukan pemukul tamat apabila setiap pemain dalam pasukan pemadang selesai membuat 6 balingan. 10. Kedua-dua pasukan bertukar peranan (innings). 11. Pemukul memukul atau menahan bola samada dengan berat badan pada kaki hadapan atau kaki belakang dan cuba mendapatkan larian bersama pasangan pemukul. 12. Pemadang perlu memadang untuk menyekat larian atau mengeluarkan pemukul.
64
Petunjuk: Pemukiul Pemadang Pembaling (Bowler) Penjaga Wiket Wiket
Rajah Aktiviti 3: Boling Santai (Boling pada kelajuan perlahan, sederhana dan laju)
Soalan Guru: 1. 2. 3. 4.
Mengapakah kita perlu ada larian landas (run up) untuk pembaling? Apakah yang dimaksudkan dengan boling yang sah? Mengapakah bola yang dibol tersasasr (wide)? Bincangkan cara mengatasinya. Bagaimanakah pemboling (bowler) dapat menyekat pemukul daripada membuat larian?
65
Aktiviti 4: Boling Putar (Boling secara putaran) Cara Bermain 1. 2. 3. 4.
5. 6. 7. 8.
9. 10. 11.
12.
Bahagikan murid kepada pasukan memukul dan pasukan memadang. Dua orang dari pasukan memukul berada di tempat yang telah ditentukan Pasukan memadang mengambil posisi dengan seorang bertindak sebagai pemboling manakala seorang lagi sebagai penjaga wiket. Pemboling (bowler) melakukan boling putar dengan tangan lurus, lakuan ikut pusingan jam dan dilepaskan di atas kepala (over head) ke arah pemukul (sasaran D). Setiap pemboling (bowler) diberi 6 balingan. Semua pemadang akan melakukan boling putar dan menjaga wiket secara bergilir -gilir. Setiap pemukul akan menerima sebanyak 6 balingan bola sahaja dari pasukan pemadang sebelum digantikan dengan rakan sepasukan. Pemukul boleh dikeluarkan samada secara bowled, tangkap, run out atau stumped dan 4 larian akan ditolak dari jumlah larian pasukan memukul Giliran pasukan pemukul tamat apabila setiap pemain dalam pasukan pemadang selesai membuat 6 balingan. Kedua-dua pasukan bertukar peranan (innings). Pemukul memukul atau menahan bola samada berat badan pada kaki hadapan atau kaki belakang dan cuba mendapatkan larian bersama pasangan pemukul. Pemadang perlu memadang untuk menyekat larian atau mengeluarkan pemukul.
66
Petunjuk: Pemukiul Pemadang Pembaling (Bowler)
Penjaga Wiket Wiket
Rajah Aktiviti 4: Boling Putar (Boling secara putaran)
Soalan Guru: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan boling yang sah? 2. Namakan jenis- jenis boling putaran (spin) yang di gunakan dalam permainan kriket? 3. Apakah perbezaan antara boling sederhana dan boling putar? 4. Apakah tujuan memutar bola semasa boling? 5. Bagaimana memutar bola semasa boling? 6. Anda sering menghadapi masalah semasa boling. Kenal pasti masalah tersebut dan bincangkan cara mengatasi. 7. Bagaimanakah pemboling dapat menyekat pemukul daripada membuat larian?
67
Aktiviti 5: Pemadang yang Tangkas (Memadang) Cara Bermain 1. Bahagikan murid kepada pasukan memukul dan pasukan memadang 2. Dua orang dari pasukan memukul berada di tempat yang telah ditentukan 3. Pasukan memadang mengambil posisi dengan seorang akan bertindak sebagai pemboling manakala seorang lagi sebagai penjaga wiket. 4. Pemboling (bowler) akan melakukan boling ke arah pemukul. Setiap pemboling (bowler) diberi 6 balingan (1 over). Setiap boling yang tidak sah perlu di ulang boling dan 1 larian percuma diberi kepada pasukan pemukul. 5. Bila selesai 1 over , maka bowler baru akan membuat boling akan tetapi dari tempat (ends) yg berbeza. 6. Hanya 2 pemadang dibenarkan berada di luar garisan bulatan 15 meter. 7. Pemadang yang lain berada dalam bulatan 15 meter. 8. Pemukul perlu mendapatkan larian daripada setiap balingan bola. 9. Pemposisian penjaga wiket mengikut jenis pemboling (bowler). Penjaga wiket perlu bersedia untuk melakukan run out dan stumping. 10. Giliran pasukan pemukul tamat apabila 5 pemain daripada pasukan pemadang selesai membuat boling. 11. Kedua-dua pasukan bertukar peranan (innings). 12. Pemposisian pemadang lain perlu berada pada kedudukan bersesuaian semasa balingan bola ke arah wiket daripada pemadang luar (covering). 13. Pemadang perlu memadang bola yang dipukul dan menyekat atau mengeluarkan pemukul. 14. Pasukan pemukul mengira jumlah larian. 15. Selesai inning pertama baru mula inning kedua. 16. Hanya 4 pemain pasukan pemadang boleh berada dalam garisan 15 meter untuk permainan inning kedua. 17. Pasukan yang memperolehi jumlah larian kedua dua inning yang lebih banyak adalah pemenang.
68
Petunjuk: Pemukiul Pemadang Pembaling (Bowler)
Penjaga Wiket Wiket
Rajah Aktiviti 5: Pemadang yang Tangkas (Memadang)
Soalan Guru: 1. Apakah kemahiran asas memadang? 2. Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam kemahiran menangkap bola? 3. Apakah yang dimaksudkan dengan penyerapan daya semasa menangkap bola? 4. Apakah yang dimaksudkan dengan pemposisian semasa menjaga wiket? 5. Bagaimanakah cara seorang penjaga wiket boleh mengeluarkan seorang pemukul? 6. Bilakah kemahiran balingan bawah tangan (under arm) digunakan dalam permainan? 7. Bagaimanakah cara untuk menangkap bola dari pelbagai arah dan aras? 8. Bagaimana cara untuk mengelak dari bertembung dengan rakan sepasukan semasa memadang? 9. Anda mempunyai masalah untuk membaling bola pada jarak jauh. Bincangkan jalan penyelesaian masalah tersebut? 10. Rakan anda menghadapi masalah menangkap bola tinggi, bagaimanakah anda boleh membantu? 11. Apakah tindakan pemadang lain ketika bola dibaling oleh pemadang luar ke arah wiket (covering)?
69
SENARAI SEMAK KELAS: ___________________ TARIKH: ______________________ A. Memukul dan Menahan Tandakan (√) bagi kemahiran permainan kriket.
Bil.
Nama Murid
Memukul dengan kaki hadapan
Menahan dengan kaki hadapan
Memukul dengan kaki belakang
Menahan dengan kaki belakang
CATATAN LEMAH
BAIK
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
B. Memboling Bil.
Nama Murid
Jenis Boling Sederhana
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
70
Laju
Putar
C. Memadang Bil.
Nama Murid
Kemahiran Menyerkap
Membaling
Menangkap
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
D. Menjaga Wiket
Bil.
Nama Murid
Kemahiran Posisi
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
71
Menangkap
Stumping
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Menganalisis satu perlawanan kriket (rakaman atau secara langsung). 2. Menganjurkan satu perlawanan kriket di kalangan murid. 3. Menghasilkan sebuah buku log tentang permainan kriket (undang undang dan kemahiran).
72
Menerusi modul komponen kecergasan, murid boleh memilih dan mengamalkan senaman bersesuaian dengan kemudahan yang terdapat di persekitaran mereka untuk mengekalkan kecergasan. Murid juga boleh memahami hubungan antara fungsi tubuh badan dengan senaman yang sesuai mengikut komponen kecergasan berasaskan kesihatan bagi menghasilkan kesejahteraan hidup.
Senaman Kapasiti Aerobik 3.1.1 Mengira kadar nadi latihan (KNL) diri sendiri berdasarkan kadar nadi rehat (KNR) dan kadar nadi maksimum (KNM) dengan menggunakan rumus Karvonen [(KNM – KNR) x % intensiti] + KNR. 3.1.2 Melakukan aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik dalam julat 65% - 85% KNL berdasarkan prinsip FITT (Frequency, Intencity, Type and Time). 4.1.1 Mengenal pasti peratus intensiti yang sesuai bagi menetukan kadar nadi latihan untuk meningkatkan kapasiti aerobik. 4.1.2 Menerangkan kepentingan kadar nadi latihan semasa melakukan aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik. 4.1.3 Menjelaskan keperluan kekerapan melakukan senaman untuk meningkatkan kapasiti aerobik. 5.2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti secara aktif. 5.2.3 Menetapkan matlamat kendiri dalam melakukan aktiviti. Senaman Kelenturan 3.2.1 Melakukan senaman Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF) untuk meningkatkan kelenturan berdasarkan prinsip FITT. 4.2.1 Menjelaskan kepentingan regangan PNF. 4.2.2 Menerangkan kekerapan, intensiti dan jangka masa dalam regangan PNF. 5.1.2 Mengenal pasti aktiviti yang selamat dan berisiko semasa melakukan aktiviti secara individu dan berkumpulan. 5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.
107
Senaman Daya Tahan dan Kekuatan Otot 3.3.1 Melakukan senaman meningkatkan daya tahan otot berdasarkan prinsip FITT. 4.3.1 Menyenaraikan senaman meningkatkan daya tahan otot. 4.3.2 Menjelaskan kepentingan daya tahan otot dalam kehidupan seharian. 5.1.2 Mengenal pasti aktiviti yang selamat dan berisiko semasa melakukan aktiviti secara individu dan kumpulan. 5.2.3 Menetapkan matlamat kendiri dalam melakukan aktiviti. Komposisi badan 3.4.1 Mengukur peratus lemak badan menggunakan ukuran lipatan kulit berdasarkan 3 titik cubitan. 4.4.1 Mengenal pasti cubitan pada otot trisep, abdominal dan gastroknemius. 4.4.2 Menentukan peratus lemak badan sendiri menggunakan Jadual Peratus Lemak Badan. 4.4.3 Membandingkan peratus lemak badan sendiri dengan julat peratus lemak badan yang ideal. 5.4.1 Bekerjasama melaksanakan aktiviti dalam kumpulan. 5.5.2 Melakukan aktiviti mengikut peraturan yang ditetapkan dengan beretika. Pentaksiran Kecergasan Fizikal, SEGAK (4 jam) 3.5.1 Mengukur tahap kecergasan fizikal menggunakan ujian SEGAK mengikut prosedur yang betul. 3.5.2 Melakukan senaman-senaman yang dapat meningkatkan komponen kecergasan berdasarkan keputusan ujian SEGAK. 4.5.1 Menganalisis keputusan ujian SEGAK untuk menentukan tahap kecergasan fizikal kendiri. 4.5.2 Mencadangkan tindakan susulan berdasarkan keputusan ujian SEGAK. 5.2.3 Menetapkan matlamat kendiri dalam melakukan aktiviti. 5.5.2 Melakukan aktiviti mengikut peraturan yang ditetapkan dengan beretika.
108
Berdasarkan Fakta 1. Apakah maksud kadar nadi maksimum (KNM)? 2. Apakah maksud kadar nadi rehat (KNR)? 3. Apakah maksud kadar nadi latihan (KNL)? 4. Senaraikan senaman-senaman PNF yang boleh meningkatkan kelenturan. 5. Senaraikan senaman-senaman yang boleh meningkatkan daya tahan otot. 6. Apakah maksud ukuran lipatan kulit? 7. Senaraikan tiga titik cubitan yang dilakukan untuk mengukur peratus lemak badan kamu. 8. Senaraikan kaedah pengukuran peratus lemak badan selain ukuran lipatan kulit. 9. Nyatakan tahap kecergasan berdasarkan keputusan ujian SEGAK.
Berdasarkan Konsep 1. Apakah perbezaan di antara kadar nadi latihan (KNL) dengan kadar nadi maksimum (KNM)? 2. Jelaskan bagaimana kamu menggunakan rumus Karvonen untuk mengira kadar nadi latihan (KNL). 3. Jelaskan bagaimana kamu mengaplikasi prinsip FITT dalam senaman PNF untuk meningkatkan kelenturan? 4. Jelaskan bagaimana kamu mengaplikasi prinsip FITT dalam senaman meningkatkan daya tahan otot? 5. Mengapakah regangan maksimum perlu dilakukan semasa senaman PNF?
Berdasarkan Perbahasan 1. Bagaimanakah kamu meningkatkan kapasiti aerobik? 2. Mengapakah senaman PNF berkesan untuk meningkatkan kelenturan? 3. Mengapakah kamu perlu melakukan prosedur yang betul untuk ukuran lipatan kulit? 4. Bagaimanakah peratus intensiti mempengaruhi kadar nadi latihan untuk meningkatkan kapasiti aerobik? 5. Mengapakah kamu perlu membandingkan peratus lemak badan sendiri dengan julat peratus lemak badan yang ideal? 6. Bagaimanakah kamu meningkatkan tahap kecergasan berdasarkan keputusan ujian SEGAK?
109
1. Murid merancang, melaksana, dan menilai senaman kapasiti aerobik, kelenturan dan daya tahan otot dengan berpandukan kepada prinsip FITT. 2. Murid menetapkan matlamat untuk meningkatkan kecergasan berasaskan kesihatan dan mengenal pasti senaman -senaman untuk dilaksana bagi mencapai matlamat tersebut.
110
Senaman Kapasiti Aerobik Aktiviti: ‘Parcourse Lompat Tali’ 1. Murid berada di stesen masing-masing. 2. Lakukan lompat tali secara individu selama 1 minit berdasarkan maklumat yang dipaparkan di setiap stesen. 3. Berjoging ke stesen berikutnya mengikut turutan. 4. Setelah tamat kesemua stesen, ambil kadar nadi setiap minit selama 3 minit. 5. Lakukan aktiviti ini untuk 2 hingga 3 set.
Cadangan aktiviti (Rujuk Lampiran 1): 1. Lompat dua kaki (Two-foot jump) 2. Lompat satu kaki (One-foot jump) 3. Lompat gunting (Scissors) 4. Lompat sisi (Side straddle) 5. Lompat loceng (Bell ) 6. Lompat luncur (Skier ) Sumber Rujukan:
111
Senaman Kelenturan
Aktiviti: ‘8 PNF’ 1. Murid berpasangan dan berada di stesen senaman masing masing. 2. Lakukan senaman berbantukan pasangan di setiap stesen berdasarkan maklumat yang dipaparkan di setiap stesen. 3. Murid pertama melakukan senaman dengan rakannya memberi tekanan. Tukar peranan selepas itu. 4. Senaman yang dicadangkan ialah senaman PNF untuk meningkatkan kelenturan. 5. Bergerak ke stesen senaman berikutnya mengikut tur utan.
Cadangan senaman (Rujuk Lampiran 2): 1. Single Knee-to-Chest 2. Supine Trunk Twist 3. Lateral Trunk Stretch 4. Calf Stretch Sitting Stretch 5. Forearm Stretch 6. Hip and Thigh Stretch 7. Back -Saver Hamstring Stretch Sumber Rujukan: Corbin, C., Welk, G., Corbin, W., & Welk, K. (2011). Concepts of fitness and wellness: A comprehensive lifestyle approach (10 ed.). NY: The McGraw -Hill Companies, Inc .
112
Senaman Daya Tahan dan Kekuatan Otot
Aktiviti: ‘Jumpa Saya di Tengah’ 1. Murid berpasangan, menghadap masing -masing di hujung yang bertentangan. 2. Apabila isyarat diberi, mereka akan berlari ke tengah dan melakukan aktivitiaktiviti berikut mengikut turutan (satu aktiviti dan berlari balik ke hujung semula sebelum aktiviti ke dua dan seterusnya): i) Cangkung separa (Half squat) ii) Tekan tubi iii) Bangkit tubi iv) Lompat bintang v) Lentik belakang vi) Menjengkit vii) Burpee 3. Ulang aktiviti dengan berpandukan prinsip FITT. Nota Guru: Bilangan ulangan bagi setiap aktiviti adalah mengikut kemampuan murid. Cara larian ke tengah boleh dipelbagaikan seperti merangkak dan berjalan seperti ketam dan sebagainya.
113
Komposisi Badan
Pengukuran Lipatan Kulit (Kaedah FITNESSGRAM ) Aktiviti 1: Lipatan Trisep 1. Murid dalam pasangan, seorang sebagai penguji dan seorang sebagai subjek. 2. Tandakan (+) di bahagian tengah kulit otot trisep pada tangan dominan subjek. 3. Cubit lipatan kulit di tandaan (+) secara menegak. Pastikan lengan subjek yang diuji berkeadaan relaks. 4. Kepitkan kaliper pada 2 hingga 3 cm bahagian bawah cubitan kulit dan biarkan ukuran pada kaliper selama 3 saat. 5. Ulang ujian sebanyak 3 kali. Ukuran penengah dari 3 ukuran akan dikira sebagai ukuran muktamad. 6. Catatkan ukuran di dalam borang subjek. 7. Tukar peranan dan ulang aktiviti ini.
114
Komposisi Badan
Aktiviti 2: Lipatan Betis (gastroknemius) 1. Murid dalam pasangan, seorang sebagai penguji dan seorang sebagai subjek. 2. Subjek yang diuji berdiri dan meletakkan kaki dominannya di atas kerusi supaya otot dalam keadaan relaks. 3. Tandakan (+) di bahagian lilitan terbesar otot gastroknemius subjek. 4. Tandaan dibuat di bahagian sisi otot. 5. Cubit lipatan kulit di tandaan (+) secara menegak. Pastikan cubitan tidak terlalu kuat. 6. Kepitkan kaliper pada 2 hingga 3 cm bahagian bawah cubitan kulit dan biarkan ukuran pada kaliper selama 3 saat. 7. Ulang ujian sebanyak 3 kali. Ukuran penengah dari 3 ukuran akan dikira sebagai ukuran muktamad. 8. Catatkan ukuran dalam borang subjek. 9. Tukar peranan dan ulang aktiviti ini.
115
Komposisi Badan
Aktiviti 3: Lipatan Abdominal 1. Murid dalam pasangan, seorang sebagai penguji dan seorang sebagai subjek. 2. Tandakan (+) di atas kulit otot abdominal sebelah kanan subjek, 2.54 cm dari pusat. 3. Cubit lipatan kulit di tandaan (+) secara mendatar. Pastikan otot subjek berkeadaan relaks. 4. Kepitkan kaliper pada 2 hingga 3 cm bahagian bawah cubitan kulit dan biarkan ukuran pada kaliper selama 3 saat. 5. Ulang ujian sebanyak 3 kali. Ukuran penengah dari 3 ukuran akan dikira sebagai ukuran muktamad. 6. Catatkan ukuran dalam Borang Skor. 7. Tukar peranan dan ulang aktiviti ini.
116
Komposisi Badan
Aktiviti 4: Peratus dan Kategori Lemak Badan 1. Jumlahkan ukuran lipatan kulit trisep, gastroknemius dan abdominal yang diperoleh (Borang Skor). 2. Padankan jumlah ukuran lipatan kulit ini dengan Jadual Peratus Lemak Badan FITNESSGRAM (Jadual 1) untu k menentuk an peratus lemak badan. 3. Rujuk Jadual Kategori Lemak Badan (Jadual 2) untuk menentukan tahap kegemukan badan. Nota Guru: Bagi murid perempuan, aktiviti perlu dibuat di tempat yang tertutup dan dikendalikan oleh guru perempuan.
117
Borang Skor: Pengukuran Lipatan Kulit (Kaedah FITNESSGRAM )
Nama Peserta:
Kelas: Catatan pengukuran lipatan kulit: Ukuran 1
Ukuran 2
Ukuran 3
Ukuran Muktamad
Trisep (mm) Gastroknemius (mm) Abdominal (mm) Jumlah Ukuran (mm) % lemak badan Kategori Nama Penguji:
Tarikh:
118
Jadual 1: Jadual Peratus Lemak Badan FITNESSGRAM LELAKI Jumlah Ukuran Lipatan Kulit (mm) 8 – 10 11 – 13 14 – 16 17 – 19 20 – 22 23 – 25 26 – 28 29 – 31 32 – 34 35 – 37 38 – 40 41 – 43 44 – 46 47 – 49 50 – 52 53 – 55 56 – 58 59 – 61 62 – 64 65 – 67 68 – 70 71 – 73 74 – 76 77 – 79 80 – 82 83 – 85 86 – 88 89 – 91 92 – 94 95 – 97 98 – 100 101 – 103 104 – 106 107 – 109 110 – 112 113 – 115 116 – 118 119 – 121 122 – 124 125 – 127
PEREMPUAN % Lemak 3.2 4.1 5.0 6.0 6.0 7.8 8.7 9.7 10.6 11.5 12.5 13.4 14.3 15.2 16.2 17.1 18.0 18.9 19.9 20.8 21.7 22.6 23.6 24.5 25.4 26.4 27.3 28.2 29.1 30.1 31.0 31.9 32.8 33.8 34.7 35.6 36.6 37.5 38.4 39.3
Jumlah Ukuran Lipatan Kulit (mm) 23 – 25 26 – 28 29 – 31 32 – 34 35 – 37 38 – 40 41 – 43 44 – 46 47 – 49 50 – 52 53 – 55 56 – 58 59 – 61 62 – 64 65 – 67 68 – 70 71 – 73 74 – 76 77 – 79 80 – 82 83 – 85 86 – 88 89 – 91 92 – 94 95 – 97 98 – 100 101 – 103 104 – 106 107 – 109 110 – 112 113 – 115 116 – 118 119 – 121 122 – 124 125 – 127 128 – 130 131 – 133 134 – 136 137 – 139 140 – 142
% Lemak 16.8 17.7 18.5 19.4 20.2 21.0 21.9 22.7 23.5 24.4 25.2 26.1 26.9 27.7 28.6 29.4 30.2 31.1 31.9 32.7 33.6 34.4 35.5 36.1 36.9 37.8 38.6 39.4 40.3 41.1 42.0 42.8 43.6 44.5 45.3 46.1 47.0 47.8 48.7 49.5
Sumber: Corbin, C., Welk, G., Corbin, W., & Welk, K. (2011). Concepts of fitness and wellness: A comprehensive lifestyle approach (10 ed.). NY: The McGraw -Hill Companies, Inc.
119
Jadual 2: Jadual Kategori Lemak Badan
Terlalu Rendah Di bawah tahap lemak perlu
Pinggiran (Borderline) Tidak sihat untuk kebanyakan orang
Sihat
Marginal
Optimum untuk kesihatan baik
Berkait dengan sedikit masalah kesihatan
Lelaki
≤ 5%
6% - 9%
10% - 20%
21% - 25%
> 25%
Perempuan
≤ 10%
11% - 16%
17% - 28%
29% - 35%
> 35%
120
Lebih Lemak Berisiko Sangat tidak sihat
BORANG SENAMAN KAPASITI AEROBIK Senaman Kapasiti Aerobik a) Kadar nadi maksimum (KNM) = = b) Kadar nadi rehat (KNR) =
220 – umur _____ denyutan seminit
_____ denyutan seminit
c) Rumus Karvonen: Kadar nadi latihan (KNL) = [(KNM – KNR) x %Intensiti] + KNR i.
Kirakan KNL pada intensiti 65%.
ii.
Kirakan KNL pada intensiti 85%.
d) Mengapakah KNL penting semasa melakukan aktiviti untuk meningkatkan kapasiti aerobik? _______________________________________________________ _______________________________________________________ e) Mengapakah senaman untuk meningkatkan kapasiti aerobik perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari? ________________________________________________________ ________________________________________________________
121
Senaman Kelenturan 1. Mengapa pentingnya melakukan regangan maksimum semasa senaman PNF? 2. Jelaskan bagaimana prinsip FITT diaplikasikan dalam senaman PNF yang menggunakan teknik contract -relax . Senaman Daya Tahan dan Kekuatan Otot 1. Senaraikan jenis- jenis senaman yang boleh meningkatkan daya tahan otot. 2. Jelaskan kepentingan daya tahan otot dalam kehidupan seharian. 3. Berapakah kekerapan senaman yang boleh meningkatkan daya tahan otot? 4. Layari laman sesawang untuk mendapatkan senaman-senaman yang sesuai untuk meningkatkan daya tahan otot. Komposisi badan 1. Terangkan prosedur mengenal pasti titik cubitan untuk mengukur lipatan kulit dibahagian trisep, gastroknemius dan abdominal. 2. Terangkan cara membuat cubitan di bahagian trisep, bahagian gastroknemius dan bahagian abdominal untuk mengukur lipatan kulit. 3. Berapa lamakah kaliper perlu dikepit di lipatan kulit semasa mengambil bacaan? 4. Apakah cadangan tindakan susulan yang perlu anda ambil bagi memperbaiki atau mengekalkan status kandungan lemak yang diperoleh dari bacaan lipatan kulit? 5. Layari laman sesawang untuk mendapatkan kaedah pengukuran peratus lemak badan lain yang boleh dilakukan.
122
Pada akhir modul ini, murid akan dapat: 1. Murid menduduki satu ujian bertulis yang menguji pengetahuan dari segi istilah kecergasan berasaskan kesihatan, jenis- jenis senaman PNF, jenis- jenis senaman daya tahan otot dan mengira kadar nadi latihan dengan menggunakan rumus Karvonen. 2. Murid memilih dan merancang senaman yang bersesuaian untuk kapasiti aerobik, kelenturan (PNF) dan daya tahan otot berdasarkan prinsip FITT dan sumber -sumber yang sedia ada dalam persekitaran. 3. Murid menganalisis dan menilai senaman kecergasan berdasarkan hasil yang telah dirancang. 4. Murid berkebolehan menerang dan memimpin satu kumpulan kecil untuk melaksana satu senaman kecergasan. 5. Murid berkebolehan mentaksir komposisi tubuh berdasarkan jumlah ukuran lipatan kulit pada tiga titik cubitan. 6. Murid mentaksir tahap kecergasan kendiri berdasarkan norma ujian SEGAK dan mengambil tindakan susulan untuk mencapai kesejahteraan hidup.
123
View more...
Comments