29144544-PERKEMBANGAN-EMOSI-KANAK

March 28, 2018 | Author: Akma Nur | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download 29144544-PERKEMBANGAN-EMOSI-KANAK...

Description

:: PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK :: Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ada perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan ada perkara yang tidak menyenangkan. Kadangkala perasaan ini menjadi matlamat yang hendak dicapai seseorang. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi menambahkan keseronokan kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan makna kepada bentuk tindakan yang diambilnya. Emosi juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya dan seterusnya menentukan corak penyesuaian yang akan diambil. Kebolehan untuk menunjukan emosi telah sedia ada pada bayi yang baru dilahirkan. Keupayaan ini merupakan satu daripada proses perkembangan yang tidak perlu diajar atau diperlajari. Emosi yang ditunjukan oleh bayi yang barudilahirkan hanya merupakan tindak balas kepada sesuatu keadaan kebangkitan seperti kelaparan atau ketidakselesaan. Emosi ini diluahkan secara menyeluruh dan belum mempunyai pengelasan emosi yang nyata. Apabila umur kanak-kanak meningkat, mereka semakin matang dalam cara meluahkan emosinya. Kebolehan ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh keupayaan menggunakan bahasa untuk menyatakan emosi berbanding penggunaan pergerakan badan. Pernyataan emosi kanak-kanak berubah dari zaman kanak-kanak sehingga zaman remaja. Semakin umurnya meningkat, kanak-kanak akan semakin berkebolehan untuk menyatakan emosinya dengan cara yang lebih halus. Cara kanak-kanak meluahkan emosi mereka berubah daripada penyataan secara fizikal , misalnya memukul kawan apabila berasa marah . Perkembangan Luahan Emosi Diskrit Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka m

isalnya, suka, takut, marah, sedih atau suka, terkejut dan minat. Nada persaan emosi dipercayai timbul pada peringkat awal semasa bayi. Ketika lahir, emosi seorang bayi merupakan kebangkitan yang berhubung dengan perasaan yang menyenangkan dan yang tidak menyenangkan seperti yang digambarkan melalui tindakan menagis apabila berasa lapar. Apabila berasa kebangkitan yang tidak menyenangkan, tindakbalas terhadap emosi ini akan diluahkan melalui gerak badan sepeti menendang sambil menjerit apabila sedang menangis. Pada masa bayi berumur kurang 3 bulan, emosi yang dialaminya merupakan tidak balas terhadap kebangkitan. Dalam usia yang sama emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan. Pada masa usianya 18 bulan pula rasa cemburu mulai timbul. Manakala pada umur 24 bulan, emosi baru iaitu keriangan mulai timbul. Emosi Kesedaran Kendiri

Emosi kesedaran kendiri mula wujud pada usia 2 tahun ketika konsep kendiri wujud. Pada umur 18 – 36 bulan kanak-kanak mula menunjukan emosi malu, bersalah, dengki dan bangga. Kanak-kanak mempunyai perasaan malu dan bersalah sekiranya ditegur oleh ibubapa atau penjaganya. Mereka juga bangga sekiranya ibu bapa mereka memuji. Persaan dengki atau cemburu jelas kelihatan pada usia 3 tahun apabila ibu bapa menunjukan sifat sayang pada anak yang lain. Pada peringkat pra sekolah, perasaan cemburu terhadap kawan sekelas adalah perkara biasa kerana mereka masih memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa dan guru. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensetif pada pujian dan kritikan orang lain. (Lewis,1995; Alessandri & Sullivan ,1992). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan merasa bangga dan yakin terhadap kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya sekirannya mereka dimarah kerana salah laku, mereka akan merasa bersalah walaupun perkara itu satu kemalangan atau dilakukan secara tidak sengaja. Bandura (1986;1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkahlaku emosi yang

diperhatikan pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah diperlajarinya mengenai penerimaan masyarakat cara yang paling mendatangkan apa yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat. Bertindak Balas Kepada Emosi

Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. Kanak-kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang sedih (Eisenberg & Fabes,1998). Perkembangan empati bergantung pada perkembangan intelektual dan bahasa. Perkembangan ini juga disokong oleh personaliti dan pengalaman sosial mereka. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati. Pada peringkat umur 7-9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Mereka mula belajar memahami dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Kanak-kanak ini suka membuat perkara yang dapat menarik perhatian orang lain. Ketika berumur 9 – 12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai norma ibu bapa mereka

PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK SOSIAL Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan social melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya. Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.Namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Perbincangan tentang perkembangan sosial tidak akan lengkap tanpa menyentuh teori perkembangan sosial. Salah satu teori perkembangan social yang penting telah dikemukakan oleh Erik Erikson. Oleh kerana teori ini menekankan perkembangan sosial, aka teori ini dinamakan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik.Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini.Di antara lapan peringkat perkembangan sosial ini,empat peringkat yang pertama menerangkan perkembangan social di kalangan bayi dan kanak-kanak. Huraian ringkas tentang keempat-empat peringkat ini adalah seperti yang dikemukakan bawah. PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON PERINGKAT/USIA PERKEMBANGAN

PENGARUH PENTING Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah ( 2 atau 3 tahun-6 tahun) -Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri. -Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tinda.Namun demikian,masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa. -Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan -Identifikasi 4. Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun) -Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya. Sekolah dan guru -Pendidikan dan pembelajaran -Galakan Perkembangan yang dinyatakan di sini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan & kanak-kanak akhir.

KONSEP TEORI PERSAHABATAN Robert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3 tahap iaitu Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat dianggap sebagai kawan sepermainan sahaja. Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah kanak-kanak tersebut. Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi dengan perkongsian alat permainan dan kanak-kanak pada tahap ini tidak mementingkan nilai persahabatan. Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman mengelarkan tahap ini sebagai “one way assistance”. Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa. Tahap Ketiga merupakan tahap yang membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja awal mempunyai persahabatan yang dikenali oleh Selman sebagai “intimate and mutually shared relationship”. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah meningkat remaja dan persahabatan yang dijalinkan lebih mendalam dan nilai persahabatan sudah mula difahami. Kepentingan persahabatan dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dapat dilihat melalui 2 fungsi persahabatan iaitu Fungsi 1 ialah : PENEGUH KEPADA TINGKAH LAKU KANAK-KANAK. Sahabat dapat memberikan sokongan dan juga sahabat boleh menerima segala kebaikan dan keburukan diri kita.

Fungsi yang ke 2 ialah MODEL SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK. Kanak-kanak juga akan bertindak untuk melakukan tingkah laku yang juga dilakukan oleh sahabat mereka. Tingkah laku meniru model ini adalah boleh mendatangkan kesan yang positif dan juga negative kepada kanak-kanak. Disebabkan itulah, ibubapa berperanan untuk memastikan kanak-kanak berada dalam perkembangan sosial yang sihat. Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanakkanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Banyak pendapat yang menyatakan bahawa persahabatan kanak-kanak sangat penting. Kawan-kawan membuktikan hubungan yang dijalinkan sesama mereka ( kalangan kanakkanak ) di mana kawan yang bersedia untuk bermain dan sama-sama melibatkan diri dalam apa jua aktiviti. Antara cara membantu kanak-kanak rasa hebat tentang dirinya ialah memperlihatkan kasih sayang dengan cara memuji atas usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, keluarga boleh meluangkan masa bersama dengan cara melakukannya bersama-sama contohnya membaca buku atau pergi berjalan. Selain itu, menggalakkan anak-anak membincangkan apa yang dilakukannya di sekolah. Selain itu, kanak-kanak juga boleh diberikan tanggungjawab mengikut kemampuan kanak-kanak. Dalam pada itu, ibubapa juga perlulah memperihalkan tingkah laku yang baik dan sebaliknya. Islam sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita. Kanak-kanak harus didedahkan lebih awal mengenai hal ini sejak di peringkat tamyiz (peringkat sebelum baligh) lagi. Antara aspek yang sering ditekankan dalam ajaran Islam ialah adab memandang muhrim dan bukan muhrim. Aspek kedua yang harus dijelaskan kepada kanak-kanak ialah aspek penjagaan aurat. Batas-batas aurat lelaki dan perempuan mestilah diajari sejak awal lagi supaya apabila tiba usia baligh mudah untuk melenturkan anak-anak ini.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF