284546550 Laporan Sesi Kaunseling
January 5, 2018 | Author: Husna Zakaria | Category: N/A
Short Description
kjk...
Description
1 HAZIQ AZREE BIN YAZID (2013) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 1.0 PENGENALAN Setiap hari merupakan episod baru dalam kehidupan dan kehidupan tidak dapat lari daripada interaksi. Ini kerana manusia memerlukan satu sama lain kerana manusia tidak dapat hidup sendiri. Namun, konflik sering kali timbul kerana manusia tidak mendapat apa yang mereka inginkan. Glasser (1998) melihat terdapat lima keperluan utama manusia yang sering didambakan iaitu keperluan survival yang merupakan keperluan fisiologi manusia seperti makan, minum dan tempat tinggal. Selain itu, terdapat empat lagi keperluan yang diklasifikasikan Glasser sebagai keperluan psikologi iaitu kasih sayang dan dimiliki, keinginan untuk bergembira, keinginan untuk bebas memilih dan keinginan untuk dihargai. Bagi membantu mereka yang dilanda konflik ini, maka perlunya kepada seorang pembimbing yang boleh berkongsi dan mendengar segala yang dihadapi kerana pada waktu tersebut, individu tidak dapat berfungsi secara total. Maka, di sinilah kaunselor perlu memainkan peranan bagi membantu individu mencapai ‘celik akal’. Kaunselor bertindak sebagai pembantu dan bukannya pengarah kerana setiap individu mempunyai potensi diri dan mampu untuk berkembang. Atas kepercayaan ini, maka kaunselor telah dilatih bagi membantu klien dengan kemahiran tertentu supaya sesi yang dijalankan benar-benar memberikan makna pada klien. Dalam sesi ini, saya sebagai kaunselor pelatih, akan cuba membantu klien yang mengalami konflik yang berhubung dengan keinginan penghargaan kendiri. Dengan secubit ilmu di dada, saya akan cuba membantu klien semaksimum yang mungkin, berbekalkan kemahiran asas yang telah dipelajari sewaktu semester dua dan dipandu dengan Choice Theory Reality Therapy (CTRT). Sesi ini dijalankan sebanyak dua kali dengan harapan ia telah mampu memberikan sokongan pada klien untuk mencapai ‘celik akal’. Dalam penulisan ini, akan dihuraikan proses kaunseling yang telah dijalankan secara keseluruhan, membincangkan kemahiran-kemahiran yang digunakan serta mempersembahkan bagaimana teori CTRT ini digunakan dalam sesi. Ia disusuli dengan diagnosis masalah klien berdasarkan perspektif CTRT. Akhir sekali, saya akan membuat sedikit refleksi atas keseluruhan
2 sesi dan juga refleksi daripada klien. Semoga sesi ini dapat membantu klien untuk berfungsi kembali seperti sedia kala dan diharapkan laporan ini menepati kehendak penilai. 2.0 MASALAH KLIEN Setelah tamatnya sesi pertama, saya dapat mengenal pasti masalah klien ialah masalah komunikasi yang menyebabkan hubungannya dengan rakan-rakan terganggu setelah dilantik mengendalikan sebuah program. Klien amat terkilan kerana dia tidak mendapat kerjasama yang baik dari rakan-rakan sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan. Klien sebenarnya inginkan penghargaan dari rakan-rakannya setelah mereka melantik dirinya sebagai pengarah program. Namun, setelah dia dilantik timbul beberapa isu yang membuatkan dia rasa marah, terkilan dan tertekan. Antaranya faktor yang mendorong perasaan sedemikian dalam diri klien ialah sikap salah seorang rakannya yang mencabar kewibawaannya kerana cemburu dan ingin menjadi pengarah program. Bukan itu sahaja, rakannya ini telah banyak mempersoalkan tindakannya serta enggan menyokong segala usaha yang dilakukan sewaktu program berlangsung. Kedua, ramai dalam kalangan rakan sekelasnya, tidak memberikan kerjasama untuk menghadiri mesyuarat dengan pelbagai alasan malah ada yang menggelarnya ‘beruk monyet’ ketika diajak menghadiri mesyuarat. Ketiga, rakan yang dipertanggungjawabkan meminjam board tidak melaksanakan tanggungjawabnya hingga akhirnya klien sendiri terpaksa menyelesaikannya. Malah, selepas program dia tidak memulangkan board tersebut hingga pensyarahnya dimarahi oleh dekan fakulti. Keempat, klien rasa kecewa kerana sewaktu program dilaksanakan ramai rakan sekelas tidak memberikan kerjasama dan ada yang tidak hadir. Malah ada dalam kalangan mereka yang balik awal ke kampung walhal mereka telah sebulat suara bersetuju memilih tarikh tersebut untuk melaksanakan program. Kelima, pensyarah meminta klien untuk menyenaraikan nama mereka yang tidak melaksanakan tugasan namun dia rasa serba salah kerana khuatir dimarahi oleh rakan-rakan. Oleh itu, klien tidak berbuat demikian namun klien rasa terkilan dia dipersalahkan walhal dia tidak melaporkan nama mereka pada pensyarah. Keenam, klien rasa hubungannya dengan rakan yang mempersoalkannya kewibawaannya semakin renggang dan
3 dingin kerana pelbagai peristiwa. Wujud rasa dendam yang mendalam dalam diri kerana pelbagai tohmahan yang diterima. Kesimpulannya, masalah klien adalah masalah komunikasi dengan rakan-rakan dan dia ingin dihargai dengan cara mendapat kerjasama semua setelah dilantik oleh mereka. 3.0 PROSES KAUNSELING YANG DIJALANKAN Menurut Mizan Adiliah dan Halimaton Haliliah (1997), proses kaunseling merupakan suatu keadaan formal dan sistematik berdasarkan cara pengendalian kaunseling yang melibatkan dua pihak iaitu kaunselor dan klien. Dalam menjalankan sesi kaunseling ini, terdapat beberapa proses utama yang perlu dilaksanakan iaitu :
4 Penyediaan prasesi Susulan Membina hubungan Penerokaan dan mengenal pasti masalah Penamatan Pelan Tindakan Membuat keputusan Rajah 1 : Proses Kaunseling 3.1 Penyediaan pra-sesi Dalam menjalankan sesi ini, saya telah memulakan pra-sesi dengan memberikan borang maklumat diri serta borang persetujuan termaklum kepada klien. Hal penting bagi mengetahui serba sedikit latar belakang klien serta mendapatkan persetujuan darinya kerana
5 ia melibatkan etika kerahsiaan. Ia juga bertujuan bagi memudahkan sesi dijalankan kerana saya dapat mengetahui latar belakang klien bagi memudahkan pembinaan hubungan rapport. 3.2 Membina hubungan Saya cuba membina hubungan mesra dengan klien sebaik sahaja memulakan sesi pertama. Ketika ini saya cuba berjenaka dengan bertanyakan nama yang selesa bagi klien. Bagi saya ini merupakan asas dalam membina hubungan rapport kerana klien akan rasa dihargai sekiranya kaunselor mengingati namanya [00:17]. Kontak mata, senyuman dan nada suara juga merupakan pergerakan non-verbal yang ditumpukan bagi membuatkan klien selesa dan dihargai. Seterusnya, saya telah memulakan penstrukturan dengan menerangkan sesi kaunseling pada klien memandangkan klien tidak pernah menjalani sesi sebelum ini. Saya menyatakan dalam sesi ini peranan saya sebagai kaunselor yang akan mendengar curahan klien dan segala-galanya termaktub di bawah etika kerahsiaan melainkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan klien [01:49]. Di sini, saya menyerahkan borang etika untuk ditandatangani oleh klien sebagai bukti persetujuan. (Tujuan rakaman untuk dinilai oleh pensyarah). 3.3 Penerokaan dan mengenal pasti masalah Penerokaan bermula dengan klien menceritakan bahawa dalam suatu program yang dianjurkan oleh universiti dan beliau telah dipilih sebagai pengarah program atas persetujuan ramai [03:36]. Mereka juga telah berikrar bagi memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. Klien telah menceritakan terdapat tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas program. Klien rasa amat kecewa kerana ramai rakannya yang tidak hadir ketika mesyuarat dilangsungkan dengan pelbagai alasan sedangkan sebelum beliau dilantik, semua telah bersetuju untuk memberikan kerjasama. Klien rasa geram dan marah, kerana rasa tidak dihormati sedangkan beliau boleh menerima, sekiranya dimaklumkan secara baik. Klien juga rasa kurang selesa kerana ada seorang rakannya yang langsung tidak memberikan komitmen dengan memberikan pelbagai alasan malah mengejeknya. Bukan itu sahaja, menurut klien dia diancam dengan katakata
6 berbaur ugutan dan mempersoalkan kemampuannya [0:18]. Klien sedar rakannya itu cemburu kerana rasakan yang dia lebih layak mengendalikan program tersebut namun tidak mendapat sokongan ramai kerana tidak lagi dipercayai. Ini kerana sebelum ini rakannya itu, pernah gagal dalam mendapatkan pengangkutan hingga program mereka terpaksa dibatalkan sedangkan pada waktu itu semua telah membawa beg untuk bertolak. Kemudian, saya meminta penjelasan klien sama ada sikap seorang rakannya ini menyebabkan klien rasa tidak berpuas hati dengan semua rakan sekelas [10:22]. Namun, klien menyatakan rakan yang lain melaksanakan tugas namun dari segi penglibatan dan kualiti kerja sahaja yang kurang memuaskan. Klien menyatakan dia masih kurang berpuas hati dengan seorang rakan yang dimaksudkan kerana baru-baru ini, rakan tersebut mempersoalkan wang yang dikutip sedangkan ia telah digunakan untuk program tersebut seperti makanan dan cenderahati. Ini membuatkan klien lebih marah kerana bukan sahaja tidak menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan malahan mempersoalkan tanpa usul periksa. Saya bertanyakan perasaan klien terhadap persoalan dilemparkan. Klien rasa tindakan tersebut kurang ajar baginya [14:55]. Bukan itu sahaja, rakan tersebut enggan bertanggungjawab malah memerli klien. Klien dikonfrantasi sama ada dia melupakan rakan tersebut hingga dia rasa diabaikan [15:38]. Klien menyatakan bukan tanggung jawabnya untuk mengerahkan setiap perkara. Saya juga meneroka cara yang dilaksanakan klien untuk berbaik dengan rakannya. Klien menyatakan dia pernah bertanya melalui we-chat namun dia diperli oleh rakan tersebut. Klien telah memohon untuk mencurahkan perasaannya untuk menceritakan mengenai seorang lagi rakannya yang membuat kerja last minute. Klien rasa terkilan kerana ketika sehari sebelum program, rakannya menyatakan board belum dapat dipinjam hingga akhirnya dia terpaksa melakukannya sendiri. Klien mendapat tahu bahawa rakannya itu bermasalah dengan teman wanita. Klien menyatakan rasa tidak berpuas hati dan menganggap tindakan tersebut tidak profesional. Seterusnya, klien menyambung terdapat lagi seorang rakannya yang tidak menghadiri mesyuarat sedangkan dia telah menghantar pesanan ringkas kepada semua. Klien juga
7 terkejut kerana rakannya membalas binatang beruk. Klien juga menambah bahawa dia kurang berpuas hati dengan hasil kerja rakan-rakannya. Selanjutnya, klien berkongsi bahawa ketika program berlangsung ramai yang tidak menghadiri forum dengan pelbagai alasan hingga pensyarahnya berasa berang. Saya telah merumuskan terdapat empat masalah utama klien. Pertama, rasa tidak berpuas hati dengan rakan yang mencabar kewibawaannya. Kedua, rakan yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya untuk meminjam board. Ketiga, ada rakan yang disuruh menghadiri mesyuarat namun sering tidak hadir dan terakhir ramai dalam kalangan rakannya tidak hadir ketika program dijalankan. Saya, merasakan klien begitu stress dengan situasi yang dihadapi. Maka, saya terus meneroka masalah yang seterusnya bagi membolehkan klien meluahkan perasaannya. Klien menyambung, ketika pameran berlangsung ramai dalam kalangan rakan-rakannya tidak bertugas dan pulang ke kampung, sedangkan mereka sepatutnya menjalankan tanggungjawab [22:48]. Klien meneruskan bahawa setelah selesai program rakannya tidak memulangkan board hingga menyebabkan dia dimarahi oleh pensyarahnya. Saya meneroka, sama ada pensyarah menyalahkan klien atau tidak namun klien menyatakan pensyarah tahu dia telah melaksanakan tanggungjawabnya. Namun, menurut klien, pensyarahnya rasa kecewa dengan program yang dilaksanakan. Saya simpulkan bahawa masalah yang berlaku adalah sebelum, semasa dan selepas program. Kemudian, saya meneroka hubungan klien selepas program. Klien menyatakan dia tidak mahu mengambil peduli namun dia masih rasa masih rasa kurang berpuas hati dengan rakan yang mempersoalkan tanggungjawabnya. Klien kemudiannya, dipanggil oleh pensyarah namun dia rasa serba salah untuk melaporkan nama mereka yang tidak melaksanakan tanggungjawab. Saya telah merumuskan bahawa masalah klien adalah masalah berkaitan komunikasi dengan rakan-rakan yang mempengaruhi hubungan mereka. Saya meneruskan penerokaan sejauh mana hubungan dengan rakan yang sering mempersoalkan kemampuannya. Klien menyatakan hubungannya kian tawar kerana tidak lagi banyak bercerita bersama dan rasa wujud kejanggalan. Klien rasa terkilan kerana dipandang rendah dan sukar melupakan apa
8 yang dilakukan padanya. Klien menganggap segala yang berlaku memberikan pengajaran. Klien menyatakan dia menunggu untuk post-mortem yang akan dilaksanakan bagi melihat sejauh mana mereka membela diri. Saya telah menyimpulkan masalah yang berlaku adalah masalah hubungan dengan rakanrakan sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan. Sikap beberapa individu dilihat merupakan punca utama klien rasa amat terkilan khususnya apabila ada yang mencabar kewibawaannya. 3.4 Membuat keputusan Pada sesi sebelum ini, klien ada menyatakan bahawa dia malas untuk memikirkan soal rakanrakannya selepas program berakhir kerana baginya yang lepas biarlah lepas. Walau bagaimanapun, kelihatan ada ‘unfinished business’ dalam diri klien khususnya dengan rakan yang mencabar kewibawaannya. Ini terbukti melalui kenyataan klien dalam sesi pertama yang menyatakan bila di ajak ke rumah rakannya dia rasa malas, tindak berbual lagi dengan rakan tersebut dan hanya bercakap pada perkara yang perlu sahaja. Dalam hubungan dengan rakan-rakan yang lain, klien sedar ketegangan yang wujud dan cuba mengajak rakanrakannya berbincang namun mereka menolak dengan alasan tiada apa yang perlu dibincangkan. Walau bagaimanapun, dalam sesi kedua ternyata keputusan klien berubah setelah satu perjumpaan diadakan oleh pensyarahnya. Pada pertemuan tersebut pensyarah telah memanggil mereka untuk meluahkan perasaan. Antara yang dipanggil adalah dari kalangan mereka yang diceritakan oleh klien. Pada awalnya mereka menolak untuk meluahkan perasaan namun setelah dipaksa tampil ke hadapan. Mereka telah memohon maaf atas tidak memberikan bekerjasama sewaktu program dijalankan. Saya meneroka adakah ini yang dimahukan oleh klien? Klien ternyata bersetuju dan mengatakan bahawa inilah kehendaknya. Dia menyatakan dia berasa puas kerana mereka mengaku segala kesilapan yang dilakukan, begitu jua dengan diri klien. Hasilnya, klien nyata mengubah keputusan daripada membiarkan hubungan dingin tersebut dengan melepaskan segala yang dendam yang dipendamkan selama ini hingga membuatkannya kembali ceria. Klien juga telah mengambil keputusan untuk berbaik-baik semula dengan rakannya dan
9 mereka telah bersetuju untuk mengadakan riadah di sungai sebagai usaha mengeratkan lagi hubungan persahabatan mereka. 3.5 Pelan Tindakan Saya juga telah mengajak klien untuk memikirkan pelan tindakan sekiranya dia dilantik semula menjadi pengarah program. Hal ini bertujuan bagi mempersiapkan klien untuk berhadapan dengan situasi yang sama kelak. Menurut klien, merasakan dia perlu menyediakan rancangan tambahan seperti pelan A dan B atau lebih banyak lagi. Misalnya, klien menyatakan mungkin dia perlu menukar ahli kumpulan dengan meletakkan beberapa individu yang boleh diharapkan dalam satu-satu kumpulan dan juga menukar bahagian yang digemari oleh ahli. Klien juga telah diajak untuk menilai semula sama ada kekurangan pengalaman sebagai salah satu faktor pimpinannya sebagai pengarah program kurang mendapat sambutan. Menurut klien pengalamannya memang kurang dan ini merupakan kali pertama dia menjadi pengarah program. Program ini juga telah memberikan klien satu pengalaman untuk berinteraksi dengan orang lain dan mengendalikan ahli kumpulan. Berdasarkan kenyataan ini jelas klien sendiri mengakui kelemahan dirinya, yang merupakan salah satu faktor kegagalan program ini berjalan seperti yang diharapkan. Maka, saya telah mengajak klien untuk berbincang bagaimana rancangannya untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Menurut klien, antara kelemahannya yang dikatakan oleh rakan-rakan adalah dia terlalu berlembut dalam memberi arahan. Pada klien, dia tidak mahu memarahi rakan-rakannya, namun akhirnya rakan-rakannya tidak menghormatinya. Klien menyatakan bahawa dia perlu belajar bagaimana untuk menjadi tegas dan dalam masa yang sama tidak menyakiti hati orang lain. Saya telah meminta penjelasan kenyataan klien ini bagi mendapatkan apa yang dimaksudkan oleh klien. Menurut klien, contohnya bila ingin mengarahkan mereka bekerja, dia perlu menetapkan satu due date untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Ini kerana pada program tersebut, dia tidak menetapkan masa hingga rakan-rakan lupa akan tanggungjawab mereka. Justeru, klien rasakan dengan menetapkan tarikh misalnya, seminggu sebelum program berlangsung semua hendaklah membentangkan hasil kerja masing-masing. Dengan itu segala kelemahan akan dapat diatasi bersama dan bukannya dengan cara marah-marah.
10 Klien juga ditanya sama ada dirinya bermuhasabah diri. Klien menyatakan bahawa mungkin dia perlu lebih bersabar dan berfikiran positif. Klien juga menyatakan bahawa dia perlu menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu kerana dikhuatiri dia menyalahkan sedangkan rakannya ada hal peribadi ketika program berlangsung. Selain itu, dengan mendekati rakan-rakannya dia dapat mengenal peribadi rakan-rakan dan hubungan rapport mungkin akan memudahkan dia mendapat sokongan daripada rakan-rakannya. 3.6 Penamatan Klien bersetuju untuk menamatkan sesi kerana baginya masalah berkaitan program ini telah berakhir dan hubungan dengan rakan-rakannya telah pun pulih. Di akhir sesi klien sedar bahawa malah dalam program ini lebih kepada miss communication. Klien juga sedar bukan sahaja rakan-rakannya sahaja yang perlu dipersalahkan malahan dia sedar bahawa terdapat kelemahan dalam kepimpinannya khususnya disebabkan oleh kurangnya pengalaman dalam mengendalikan sesuatu program. Dengan ini unfinished business klien telah dapat diselesaikan dan klien merasakan lega dan tidak lagi kelihatan tertekan. 3.7 Susulan Saya telah memaklumkan pada klien sekiranya dia memerlukan saya untuk berbincang mungkin dia boleh berhubung dengan saya sebagai susulan. Setakat ini klien rasa kehidupan nya berjalan seperti biasa.
11 4.0 KEMAHIRAN ASAS YANG DITERAPKAN 4.1 Sesi Pertama Kemahiran Unsur Humor Masa 00:19 Dialog Haziq Azree, nak cikgu panggil, Haz ke, ree? Panggil Ziq je sebab ramai kawan panggil ziq. Betul lah cikgu cakap tadi? Haha… Soalan Terbuka 00:42 Sebelum ini, ziq pernah datang ke sesi kaunseling? Tidak, pernah ini kali pertama buat sesi kaunseling. Membina 00:55 Kalau, begitu cikgu terangkan sedikit berkenaan sesi kaunseling ini. Ia Penstrukturan melibatkan kita berdua.. Peranan Cikgu sebagai kaunselor akan berperanan mendengar segala yang Ziq Kaunselor nak cerita kan pada hari ini. Peranan Klien Ziq boleh menceritakan soal diri Din atau perkara yang mengganggu Ziq. Etika Tetapi, ia terletak di bawah etika kerahsiaan di mana cikgu tidak akan Kerahsiaan memaklumkan pada sesiapa, walau bagaimanapun jika ia melibatkan keselamatan Ziq, mungkin cikgu perlu memaklumkan pada pihak yang berkenaan. 06:10 Ada sahaja alasan dia nak pergi ke sana lah ke sinilah tapi dia tidak pernah minta maaf. Lepas tu macam tak tahulah malah kadang-kadang
dia ni macam mengejek macam dia cakap, tengoklah kau nanti tahulah kau nak uruskan tugas ini macam mana susahnya nanti. Dia orang bukan nak bagi sokongan malah dia orang tak bagi sokongan langsung macam mengejek pula, macam saya tak tahu nak buat tugas. Membuat Maksudnya, Ziq rasa terkilan ada rakan yang mula mempersoalkan parafrasa kemampuan Ziq 8: 38 Ok, secara umumnya cikgu nampak dua perkara di sini, Ziq kata Ziq tidak berpuas hati dengan rakan-rakan lain yang tak datang, yang keduanya Ziq rasa agak kecewa dan terkilan juga kerana rakan Ziq
12 mengejek kerana dia rasa dia yang sepatutnya memegang pengarah Minta program itu. Adakah kerana kawan Ziq yang mengejek ini menyebabkan Penjelasan Ziq rasa tidak berpuas hati dengan keseluruhan rakan-rakan yang lain ataupun dia sebenarnya punca? Rasanya tidak… kawan-kawan lain ada juga yang membantu. Rasanya kawan yang lain ok, cuma penglibatan mereka sahajalah… kawan saya yang lagi seorang ini memang saya rasa tidak berpuas hati dia tidak hadir dalam program tu Refleksi Isi 09:56 So, masalahnya sekarang Ziq rasa tidak berpuas hati dengan rakan Ziq seorang ni? 12: 27 Dekat situ dia komen saya tiada dalam senarai di atas, jadi dia tak perlu buatlah report tu.. Bagi saya macam kenapa dia ni, kenapa perlu cakap macam tu..saya tiada dalam senarai buat report dalam slide show. Dia cakap dia tak terlibatpun… Dorongan 12:36 A’aha… Minimum Saya rasa geramlah, malas nak gadohkan, dia cakap macam perli lah..macam dia anggap program ini tidak berjaya sebab itulah bila minta dia buat post mortem untuk program ini pun dia tak nak buat! Konfrontasi 13:25 Tapi adakah Ziq meninggalkan nama dia dalam program itu? 19:33 Kebanyakannya saya tidak berpuas hati dengan kerja dia oranglah, macam dia orang melambat-lambatkan kerjalah..tak tanya dahulu, apa yang perlu dibuat, kalau tak tahu tanyalah balikkan, ada yang buat tugas bagus, ada yang setengah macam lasi minit nak buat jadi kerja terbengkalai. Paling saya kecewa masa forum, pensyarah jemput seperti hospital Slim River. Sepatutnya satu kelas kena pergi tapi hanya dalam 10 orang yang hadir. Jadi pensyarah macam kecewa padahal dah diberitahu sejak awal lagi nak buat program lagi, bersetuju tak tarikh tu. Tapi ada sahaja alasan tapi still tak boleh beri komitmen. Refleksi
Perasaan 20:56 Jadi, situasi itulah membuat Ziq terkilan..
13 Kesimpulan 21:00 Maksudnya, kalau kita tengok balik masalah yang pertama Ziq ada masalah dengan rakan pertama yang mengejek Ziq. Kedua, rakan ada Kecil rakan din yang buta tak tahu, suruh pinjam board tapi tak pinjam. Ketiga, ada rakan suruh pergi meeting dia tak datang juga. Keempat, sewaktu program tu ramai rakan-rakan din yang tak datang. 27:00 Selepas program tu, saya rasa dah lepas biarlah yang lepas dah tak ambil kisah harap jadi pengajaran lecturepun macam sedih. Hubungan Ziq dengan kawan-kawan ok. Cuma dengan kawan Ziq yang seorang yang suka mengejek tu jelah Ziq rasa tak puas hati dengan dia. Ada seorang kawan perempuan mengadu pada lecture yang dia tak buat kerja. Lecture tanya dia buat kerja tak. Ziq pun cakap lah dia cakap tapi tak buat. Lepastu Ziq cakaplah macam dia orang buat kerja sedikit pun Ziq kata buat kerja. Tak nak lah memburukkan lagi rakan sebab semua tu markah. Markah itu pun 10 dia orang akan tentukan sendiri berapa yang dia rasa penglibatan dan 10 markah lecture bagi. Refleksi 27:52 Nampaknya, lepas program ni lecture ada follow-up, tanya siapa tak buat kerjakan. Ziq pun, bila nak bagi respons pun Ziq rasa serba salah.. Pengalaman 31:52 Jadi pengarah program ini mungkin dapat mematangkan Ziq untuk kenal orang tu, perangai dia macam mana, macam mana nak handle program dengan perangai kawan yang ada macam ni lepas ni. Macam ada yang tak nak buat kerja… Parafrasa Kira, dengan program ni Ziq dah dapat kenal hitam putih perangai rakan-rakan Ziq. Kesimpulan Kesimpulannya, cikgu simpulkan bahawa dalam program ini adalah Besar masalah dengan rakan-rakan, sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan, ada tiga peringkat. Ada beberapa individu yang menyebabkan Ziq rasa lebih terkilan yang cuba mengejek dan mencabar kewibawaan Ziq dalam memimpin program itu. Pada sesi berikutnya, Ziq nak tengok balik sejauh mana mereka nak buktikan mereka nak buat kerja untuk post-mortem yang dilaksanakan.
14 4.2 Sesi Kedua Kemahiran Penstrukturan Masa 01:00 Dialog Terlebih dahulu ingin saya terangkan apa yang kita buat pada sesi Ringkasan sesi terdahulu.. Ziq dah ceritakan ada empat masalah utama yang semuanya pertama berkaitan dengan program. Pertama, ada dalam kalangan rakan-rakan din yang mencabar kewibawaan Ziq sebagai pengarah program. Ramai dalam kalangan rakan-rakan Ziq enggan memberikan kerjasama sewaktu program berlangsung. Ketiga, ada rakan Ziq yang mencari alasan masalah dengan teman wanita menyebabkan dia tidak dapat menjalankan tanggungjawab meminjam board. Keempat, ada rakan Ziq yang tidak memulangkan board selepas program yang menyebabkan lecture marah. 2-3 minggu lepas tu mungkin ada rakan-rakan perempuan yang mengadu pada pensyarah bahawa dia tidak berikan kerjasama pada program tu, pada minggu lepas pensyarah panggil kami satu perjumpaan. Pada perjumpaan pensyarah menyuruh semua rakan-rakan meluahkan apa yang terbuku dalam hati masing-masing. Pensyarah suruh orang yang saya katakan haritu meluahkan seorang demi seorang meluahkan isi hati. Pada mulanya mereka tidak mahu keluar tetapi pensyarah memaksa seorang demi seorang tampil ke hadapan. Salah seorang rakan yang saya beri tahu keluar. Dia minta maaf dia mengaku dia buat salah. Namun, masih ada lagi yang dia nak pertahankan contohnya, dia kata kita tidak boleh menilai dari mula pekerjaan bukannya daripada awal sahaja. Sebab ada yang mengadu tentang dia tak buat kerja. Jadi, dia pun rasa kecewa dan minta maaf atas silap dia. Ada rakan lain ada aktiviti lain dan hanya beritahu pensyarah dan dia minta maaf dan dia mengaku salah. Dia minta semua bersatu balik dan setiap orang menyatakan kami semua minta maaf dan akan bekerjasama selepas ini.
15 Parafrasa/ 5: 45 Apa yang cikgu faham, pensyarah berikan satu peluang untuk semua meluahkan isi hati. Adakah ini yang din mahukan? Kemahiran Berfokus Soalan Terbuka/ 07:19 Maksudnya dah lega dalam hati Ziq. Masa awal program apa kehendak K. berfokus Ziq yang sebenar? 7:42 Mungkin harapan Ziq terlalu tinggi untuk semua orang buat kerja Cuma din yang mengarah tapi sebaliknya bila Ziq tanya dah proceed belum tapi dia orang cakap tak boleh nak pinjam dan banyak kali din beritahu proses ni. Last-last Ziq kena buat kerja. Mungkin Ziq terlalu meletakkan harap tinggi untuk dia orang buat kerja. Refleksi 08:38 Apa yang cikgu nampak Ziq meletakan harapan yang tinggi untuk mereka melaksanakan tanggungjawab mereka namun apa yang berlaku Pengalaman sebaliknya. Adakah Ziq memainkan peranan sebagai ketua? Kemahiran Berfokus Kesimpulan kecil 10:36 Apa yang cikgu faham, Ziq tahu tanggungjawab Ziq dan Ziq harap rakan-rakan tahulah tanggungjawab mereka. Sekiranya Ziq dilantik menjadi pengarah program pada masa akan datang apa yang Ziq akan buat? Bila Ziq tanya kebanyakan kawan-kawan Ziq cakap Ziq terlalu lembut bercakap dengan dia orang mungkin Ziq terlalu lembut dan tak terlalu tegas itulah kelemahan Ziq. K. Berfokus 13:00 Sepanjang program ini apa kelemahan Ziq sebagai ketua? Memberi
14:00 Ok, bagus! Apa yang cikgu nampak Ziq cuba bertanya kawan-kawan dorongan/ apa kelemahan diri Ziq sendiri dan Zin rasakan elemen ketegasan tu Parafrasa kurang dalam diri Ziq. 14:10 Minta penjelasan 14:16 Mungkin kena tegas tapi tak menyakiti hati orang lain Apa yang Ziq maksudkan dengan tegas dan tak menyakiti hati orang lain? 15:13 Lepas ni Ziq kena tegas dengan cara tetapkan tarikh seminggu sebelum
16 program dah kena siap dah bukan dengan cara marah-marah Urutan Logik 15:43 Apa yang cikgu nampak Ziq dah nampak satu perkara yang Ziq kurang seorang ketua perlu letak satu waktu untuk ahli mempersembahkan tanggungjawab. K. Berfokus 16:00 Ada lagi tak planning masa hadapan untuk memperbaiki diri Ziq? 16:15 Rasanya… Kaunselor diam seketika.. Kesenyapan Pelan lain lagi ya… Pendedahan 16:32 Ziq ada muhasabah diri? Kendiri/ Mengatasi kesenyapan Saya kena siasat dahulu perkara yang sebaliknya, mungkin Ziq kena kenal peribadi dan kenal rakan-rakan punya peranan Kesimpulan kecil 17:23 Apa yang cikgu nampak, ada perkara Ziq tertinggal. Mungkin Ziq perlu bertanya jika ada masalah lain dan kedua mungkin dengan mengenal rakan lebih dekat mungkin Ziq lebih faham. 28:42 Adakah Ziq benar-benar lega? atau masih terngiang-ngiang? Din rasa dah lega mungkin dengan aktiviti luar bersama dapat mengeratkan lagi. Mungkin benda yang dah lepas perlu dibuang Kesegeraan 29:30 Maksudnya Ziq nak buka buku barulah.. Rumusan Besar 29:33 Berdasarkan apa yang Ziq kongsikan dengan cikgu pada hari ini, cikgu
dapat lihat pertama, rupanya Ziq sedar sebagai pengarah program bukan sahaja rakan-rakan Ziq ada kelemahan tetapi Ziq juga ada kelemahan yang perlu diperbaiki mungkin kerana kurang pengalaman kepimpinan Ziq dipersoalkan. Ziq juga mungkin perlu bersifat tegas dan kreatif. Mungkin sepanjang program Ziq sedar Ziq perlu lebih bersabar maklumlah sebagai seorang laki remaja biasa cepat marah. Walau bagaimanapun Ziq dah muhasabah diri untuk berubah. Penstrukturan 30:33 Cikgu ucapkan terima kasih kerana sudi datang bersama cikgu dan ingin cikgu tekankan lagi kita masih tertakluk di bawah etika
17 kerahsiaan yang mana ia akan dirahsiakan oleh cikgu. Persetujuan 30:45 Setakat ini sahajalah sesi kita, atau Ziq perlu sesi yang lain? bersama Setakat ini sahajalah. Saya rasa masalah pun dah selesai, saya pun nak ucapkan terima kasih pada cikgu sebab, saya dapat luahkan apa yang saya rasa dan dapat suatu input dari cikgu dan cikgu membantu saya untuk memahami orang lain. Memberi 31:16 kadang-kadang dalam keadaan emosi, mungkin kita tak nampak. galakan Susulan Cikgu rasa Ziq sebenarnya ada kebolehan itu mungkin, bila kita 31:29 Insya-Allah kita boleh berhubung lagi dan sekiranya ada apa Ziq boleh hubungi cikgu. 5.0 ANALISIS PSIKOLOGI BERDASARKAN TEORI CTRT Dalam menjalankan sesi kaunseling bersama klien ini, saya telah memilih untuk menganalisis klien berdasarkan perspektif teori CTRT. Sepanjang sesi pertama ini, setelah penerokaan dibuat dengan begitu mendalam, klien dilihat bermasalah kerana dia tidak mendapat apa yang diimpikan iaitu dia mengharapkan rakan-rakan yang melantiknya sebagai pengarah program memberikan kerjasama sepanjang program dijalankan. Hal jelas menunjukkan needs klien adalah inginkan penghargaan dari rakan-rakannya setelah dia diberikan power sebagai pengarah program. Glasser (1998) menjelaskan kebanyakan individu mencari power seperti kehendak untuk menang, mengejar apa yang kita hendak, melaksanakan sesuatu mengikut cara kita, mengarah orang lain apa yang perlu dilaksanakan dan melihat mereka melaksanakannya dan melaksanakan apa yang kita rasakan bagus. Dalam hal ini klien ternyata inginkan power kerana dia apabila ditanya kehendaknya yang sebenar klien menyatakan bahawa : Mungkin harapan Din terlalu tinggi untuk semua orang buat kerja Cuma Din yang mengarah, tapi sebaliknya bila Din tanya dah proceed belum tapi dia orang cakap tak boleh nak pinjam dan banyak kali Din beritahu proses ni. Last-last Din kena buat kerja. Mungkin din terlalu meletakkan harap tinggi untuk dia orang buat kerja. [7:42/ sesi2]
18 Berdasarkan kenyataan klien, jelas menunjukkan klien inginkan rakan-rakannya melaksanakan apa yang telah diarahkan sepanjang program tersebut dan dia ingin melihat apa yang diarahkan dilaksanakan sebaiknya. Namun, apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas program dia berhadapan dengan konflik yang hebat kerana rakan-rakannya tidak memberikan kerjasama seperti tidak hadir ke mesyuarat, tidak melaksanakan tugas meminjam dan memulangkan board, tidak hadir sewaktu program dengan pelbagai alasan hingga ada yang pulang ke kampung, malah ada juga yang mempersoalkan kepimpinannya. Hal ini telah menyebabkan konflik yang amat hebat dalam diri kerana dia rasa tidak dihargai hingga dia rasa tidak berpuas hati, marah, geram dan terkilan hingga wujud tekanan dalam diri. Segala-galanya, hanya terungkai apabila rakan-rakannya meminta maaf dan mengaku kesalahan mereka. Hal ini jelas dinyatakan oleh Glasser (1998) bahawa kebanyakan manusia akan berusaha keras untuk mencapai kekuatan power walaupun terpaksa menjatuhkan orang lain. Namun, dalam hal ini klien bukanlah ingin menjatuhkan orang lain tetapi dia inginkan pengakuan terhadap power yang dimiliki sudah cukup untuk melegakan hatinya. Selain itu, jika ditinjau masalah klien dari terminologi Real World dan Quality World pula, timbul konflik kerana Quality World klien inginkan semua rakan-rakannya menghargai dan menghormatinya sebagai ketua dengan melaksanakan segala arahan yang telah diberikan sebagai pengarah program. Namun, dari segi Perceive World klien dia rasa kecewa, marah, sedih, terkilan dan stress kerana dalam Real World, ternyata rakan-rakannya tidak melaksanakan arahan seperti yang diingini dalam Quality World. Kesannya telah mempengaruhi Total Behaviors klien merangkumi aspek tindakan, pemikiran, perasaan dan fisiologi klien. Glasser (1990) dalam Sharf (2012) menggambarkan bahawa tingkah laku menggunakan diagram kereta. Dalam analoginya ini, keperluan asas (needs) iaitu mandiri, dikasihi dan pemilikan, kekuasaan, kebebasan dan keseronokan manusia diumpamakan sebagai enjin kenderaan. Kereta ini dipandu oleh kehendak manusia, roda belakang sebagai perasaan dan fisiologi. Bahagian ini kurang dikawal stereng tidak seperti bahagian roda hadapan yang dikawal oleh perbuatan dan pemikiran. Perbuatan dan pemikiran inilah yang akan menentukan tingkah laku.
19 Rajah 2 : Model kereta Glasser Jika dirungkai masalah klien berdasarkan terminologi ini, sepanjang program ini klien telah dipandu kehendak untuk memberikan yang terbaik sebagai pengarah program (power) kerana inilah merupakan program pertama yang dilaksanakan olehnya. Perbuatan klien dengan memberikan ‘arahan’ ini umpama tayar hadapan. Klien sering ‘berfikir’ cara untuk memastikan agar setiap rakan yang terlibat untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan sebaik mungkin. Namun, klien rasa ‘kecewa, marah, geram dan terkilan’ kerana mereka tidak melaksanakan tanggungjawab seperti yang diharapkan. Akhirnya ia mempengaruhi fisiologi klien sehingga dia kelihatan stress. Justeru, bagi mengubah situasi ini pada masa akan datang klien telah diajak untuk menilai (E) kembali tindakannya sebagai pengarah program. Menurut Glasser (1998) kunci untuk mengubah tingkah laku adalah mengubah perbuatan dan pemikiran terlebih dahulu kerana emosi dan tindak balas fisiologi akan turut berubah. Dalam hal ini, klien telah didiagnosis bagaimana untuk dia mengubah ‘arahan’ yang diberikan dalam cara yang lebih berkesan. Hal ini kerana klien sendiri sedar sebagai pengarah program dia rasakan arahan yang diberikan kurang dihormati kerana kurang tegas dan kurang jelas. Klien telah merancang sekiranya dia diberikan peluang untuk memegang jawatan sebagai pengarah program dia perlu memberikan arahan yang lebih baik. Misalnya, meletakkan due date untuk melihat proses dijalankan oleh ahli serta lebih tegas untuk ahli melaksanakan tanggungjawab mereka. Oleh itu, fikiran klien akan lebih tenang sekiranya semua ahli faham atas arahan yang diberikan.
20 Dengan itu, klien akan rasa gembira dan tidak stress jika sekiranya ia dijalankan seperti yang diharapkan. Kerjasama rakan-rakan akan membuatkan klien rasa dihargai dan needs power tercapai. Perubahan ini juga difokuskan pada internal control klien kerana perubahan dalam diri adalah lebih mudah berbanding mengubah orang lain. Dengan ini barulah klien dapat mencapai identiti berjaya. 6.0 APLIKASI TEORI KAUNSELING YANG DIJALANKAN Dalam menjalankan sesi kaunseling bertunjangkan teori CTRT ini, terdapat empat prosedur wajib yang perlu dilaksanakan iaitu kehendak, keinginan (want), mengenal arah tuju klien (direction), penilaian (evaluation) dan pelan bertindak (planning). Berikut merupakan aplikasi WDEP yang telah dijalankan sepanjang sesi ini dilaksanakan. Kemahiran Sesi Masa Dialog Kaunselor W 1 04:25 Sepatutnya, dah lantik Ziq menjadi pengarah program ikutlah arahan din. Adakah begitu Ziq? Namun yang berlaku sebaliknya? D 2 07:25 Pada awal program ini, apa kehendak Ziq yang sebenar? 1 06:12 Maksudnya, Ziq terkilan bila rakan mempersoalkan kemampuan Din? 1 05:27 Maksudnya, Ziq paling kecewa apabila ada seorang rakan din tidak memberi komitmen? 1
09:00 Adakah kerana kawan Ziq yang mengejek ini menyebabkan Ziq rasa tidak berpuas hati dengan keseluruhan rakan-rakan yang lain ataupun dia sebenarnya punca?(dia punca tak puas hati) 1 11:36 Apa perasaan Ziq bila rakan mempersoalkan tindakan Ziq? 1 29:00 Adakah hubungan dingin Ziq dan rakan yang mengejek itu, berlanjutan hingga luar program? 1 26:23 Bagaimana hubungan Ziq dengan rakan-rakan selepas program itu? 1 30:31 Ada rasa terkilan dalam diri Ziq. Adakah terjejas nya hubungan Ziq dengan dia mempengaruhi kehidupan seharian Ziq?
21 E 1 11:17 Adakah lecture menyalahkan Ziq? Atau seluruh ahli kelas? 2 08:35 Apa yang cikgu nampak, Ziq sebenarnya meletakkan harapan yang tinggi supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka namun apa yang berlau sebaliknya. Tapi Ziq, adakah Ziq rasa Ziq memainkan peranan sebagai ketua? 2 11:56 Adakah disebabkan Ziq kurang pengalaman, Ziq kurang bersedia dengan pelan-pelan tambahan? 2 13.00 Din anggap segala kelemahan tu, mungkin ada serba sedikit dengan diri din sendiri. Sepanjang program ini, Ziq rasa apa kelemahan Ziq sebagai pengarah program? 2 14:14 Macam mana dengan tegas dan tak menyakitkan hati orang lain? Ada dua perkara cikgu nampak di situ.. 2 15:00 Apa yang cikgu nampak ada dua perkara. Pertama, din kurang ketegasan dalam masa yang sama nak jaga hati kawan-kawan din. Kedua, seperti yang Ziq cakap Ziq perlu letak due date pada ahli kumpulan. Ada lagi plan nak baiki diri Ziq? Ada Ziq muhasabah diri? 2 20:02 Apa yang cikgu nampak din banyak bercakap soal ego. Ziq rasa adakah diri din yang ego atau rakan din? P
2 10:44 Apa yang Ziq faham din sebagai pengarah program faham tanggungjawab din dan din harapkan rakan-rakan faham tanggungjawab mereka. Jadi bila berlaku kejadian sebegini, jika pada masa hadapan din dipilih menjadi pengarah program lagi, apa yang din akan buat?
22 7.0 REFLEKSI 7.1 Kaunselor Sebelum saya memberikan refleksi izinkan saya menyatakan terlebih dahulu bila rakaman sesi pertama dibuat dan sesi kedua. Ketika sesi pertama dibuat adalah pada 19 April 2013 dan sesi kedua adalah pada 21 Mei 2013. Tarikh pelaksanaan sesi ini amat penting kerana setiap perbezaan tarikh ini membezakan proses pengetahuan yang saya berkenaan teori. Maksudnya, pada sesi pertama saya melaksanakan sesi tanpa kefahaman yang jelas mengenai teori kerana Dr. Jazimin hanya mengajar CTRT pada 28 Mac 2013 hanya untuk mengenal teori dan belum aplikasi. Oleh itu, setelah hampir 10 kali melihat sesi pertama dan berulang-ulang khususnya ketika membuat tugasan ini baru saya sedar tidak banyak unsur CTRT yang saya masukkan melainkan Doing and direction (D), khususnya perasaan klien. Pada masa tersebut, saya merasakan sesi pertama perlu fokus pada Needs (W) dan Doing klien (D) sahaja kerana terlalu bimbang dengan kelemahan kaunselor CTRT yang dinyatakan Dr. Jazimin iaitu terlalu ingin cepat hingga silap mencari klien sebenar. Namun, setelah berbincang dengan Cik Faizura, dan Dr. Jazimin sendiri telah menonton rakaman dan memberikan komen terhadap sesi saya, terdapat satu teguran yang sama iaitu “kurang fokus pada klien”. Pada mulanya saya kurang faham apa yang tidak berfokus? Bagaimana untuk fokus? Kini baru saya sedar, untuk fokus pada klien ialah dengan menggunakan jantung CTRT iaitu evaluation (E). Jika dilihat kembali sesi yang pertama, seolah-olah menyerupai PCC kerana saya melayan sahaja cerita klien. Walau bagaimanapun, layanan saya juga banyak meneroka (D) iaitu total behaviors A-T-F-P khususnya pada bahagian perasaan klien seperti rasa terkilan, marah dan tidak berpuas hati. Seharusnya, untuk lebih cantik Dr. Jazimin mengatakan perlu evaluation pada bahagian tertentu. Contohnya : Apa perasaan anda ketika itu? Adakah awak rasa dia patut faham perasaan awak? Inilah yang dikatakan evaluation dan barulah saya faham setelah Dr. Jazimin berkata demikian. Maka, balik daripada kelas tersebut saya telah membuka kembali Modul kaunseling kelompok CTRT untuk melihat apa yang dimaksudkan evaluation. Sebenarnya ada 20 jenis evaluation yang boleh digunakan menurut Wubbolding dan Ahmad Jazimin (2005) dalam
23 Ahmad Jazimin (2012). Bermula di sinilah saya mula mengenal cara mengendalikan kaunseling berdasarkan CTRT yang sebenar. Walau bagaimanapun, sesi pertama saya bukanlah sia-sia kerana banyak yang saya pelajari. Bermula dengan penstrukturan, saya dapat membina dengan baik namun saya rasa kesilapan utama saya ialah terlupa menyatakan sesi selama 45 minit. Namun, Cik Faizura memaklumkan tidak semua perlu dibuat pada awal sesi. Sekiranya teringat saya boleh menambah pada mana-mana bahagian sesi. Ini merupakan idea baru buat saya dan saya rasa ini adalah fleksibiliti yang perlu dimiliki kaunselor berkemahiran tinggi. Kemudian, beberapa masalah teknikal seperti tidak perlu nampak muka klien dan borang sesi sepatutnya diserahkan semasa pra-sesi merupakan antara aspek yang perlu saya baiki. Dalam sesi pertama ini juga ada beberapa kekuatan yang masih boleh saya banggakan sebagai semangat untuk memperbaiki kelemahan saya. Ketika tayangan dalam kelas pada 16 Mei 2013, Dr Jazimin memberikan respons positif pada saya khususnya kemahiran asas yang saya tonjolkan dalam sesi. 1. Kemahiran parafrasa Klien : Ada sahaja alasan dia nak pergi ke sana lah ke sinilah tapi dia tidak pernah minta maaf. Lepas tu macam tak tahulah malah kadang-kadang dia ni macam mengejek macam dia cakap, tengoklah kau nanti tahulah kau nak uruskan tugas ini macam mana susahnya nanti. Dia orang bukan nak bagi sokongan malah dia orang tak bagi sokongan langsung macam mengejek pula, macam saya tak tahu nak buat tugas. Parafrasa: Maksudnya, Ziq rasa terkilan ada rakan yang mula mempersoalkan kemampuan Ziq? 2. Kemahiran Minta penjelasan Ok, secara umumnya cikgu nampak dua perkara di sini, Ziq kata Ziq tidak berpuas hati dengan rakan-rakan lain yang tak datang, yang keduanya Ziq rasa agak kecewa dan terkilan juga kerana rakan Ziq mengejek kerana dia rasa dia yang sepatutnya memegang pengarah program
24 itu. Adakah kerana kawan Ziq yang mengejek ini menyebabkan Ziq rasa tidak berpuas hati dengan keseluruhan rakan-rakan yang lain ataupun dia sebenarnya punca? Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui kemahiran ini ketika ditanya oleh Dr. Jazimin. Saya hanya melakukan secara tidak sengaja dan barulah saya sedar ini adalah kemahiran meminta penjelasan. 3. Rumusan Kecil Maksudnya, kalau kita tengok balik masalah yang pertama Ziq ada masalah dengan rakan pertama yang mengejek Ziq. Kedua, rakan ada rakan Ziq yang buat tak tahu, suruh pinjam board tapi tak pinjam. Ketiga, ada rakan suruh pergi meeting dia tak datang juga. Keempat, sewaktu program tu ramai rakan-rakan din yang tak datang. Beberapa contoh dalam kemahiran asas ini merupakan yang dinilai oleh Dr. Jazimin sendiri dan saya telah merekodkannya dari awal untuk saya terjemahkan dalam refleksi ini kerana saya rasa ia akan menjadi kelebihan berbanding rakan-rakan tidak mahu menunjukkan sesi mereka. Beberapa komen dari Dr. Jazimin dan Cik Faizura telah saya cuba perbaiki ketika sesi yang kedua khususnya fokus pada klien dan meminta klien evaluation dan planning. Dalam sesi yang kedua, saya telah cuba memperbaiki kelemahan utama iaitu dengan memasukkan unsur (E) dan (P). Sebelum ini saya telah meneroka dengan mendalam dan saya pasti Wants klien adalah Power atau penghargaan diri. Bagi memastikan kehendak klien saya telah mengemukakan soalan Wants iaitu : Pada awal program ini, apa kehendak Ziq yang sebenar? Jawapan klien mengesahkan keinginan penghargaan dari rakan-rakan membolehkan saya meneruskan proses (E) dan (P). Memandangkan (D) iaitu total behaviors telah banyak saya teroka dalam sesi pertama, saya mula memasukkan seberapa banyak evaluation dalam sesi kedua melalui beberapa soalan. Misalnya : Ziq rasa Ziq memainkan peranan sebagai ketua? [8:35] Adakah disebabkan Ziq kurang pengalaman, Ziq kurang bersedia dengan pelan-pelan tambahan? [11:56]
25 Sepanjang program ini, Ziq rasa apa kelemahan Ziq sebagai pengarah program? [13:00] Ada Ziq muhasabah diri? [15:00] Kemudian, saya cuba memasukkan Planning melalui soalan : Jika pada masa hadapan din dipilih menjadi pengarah program lagi, apa yang Ziq akan buat? [10:44] Secara keseluruhannya, saya rasakan sesi kedua ini adalah lebih baik berbanding sesi yang pertama dan ia turut diakui oleh Cik Faizura ketika berjumpa dengannya. Saya juga telah mengubah dari sudut intonasi suara yang dikatakan oleh Cik Faizura ala Isim Debat. Intonasi suara mungkin agak kasar sedikit kerana saya sudah terbiasa dengan persekitaran dan mungkin benar kata Dr. Jazimin ia personaliti kaunselor. Walau bagaimanapun saya akan cuba memperbaiki dari semasa ke semasa dan terbukti saya berjaya pada sesi yang kedua. Kesimpulannya, saya telah faham apa bagaimana untuk melaksanakan sesi kaunseling berdasarkan teori CTRT. Atas nasihat dan bimbingan Dr. Jazimin dan Cik Faizura saya telah yakin 100 peratus untuk melaksanakan sesi yang sebenar. Saya akan cuba menggilap kemahiran seperti membuat parafrasa, refleksi dan kesimpulan dengan lebih mantap. Terima kasih atas bimbingan dan teguran yang diberikan semoga saya dapat melaksanakan sesi lebih baik pada masa hadapan. 7.2 Refleksi Klien Berakhirnya, sesi yang pertama klien telah membuat refleksi bahawa dia berasa lega kerana dapat berkongsikan masalah yang dihadapi bersama kaunselor. Hal ini jelas dapat dilihat dari raut wajah klien yang sedikit tenang berbanding di awal sesi. Pada sesi yang kedua klien telah menyatakan bahawa : Setakat ini sahajalah. Saya rasa masalah pun dah selesai, saya pun nak ucapkan terima kasih pada cikgu sebab, saya dapat luahkan apa yang saya rasa dan dapat suatu input dari cikgu dan cikgu membantu saya untuk memahami orang lain.
26 Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa klien telah sedar bahawa masalah yang berlaku dalam program lebih kepada miss communication sahaja. Jika dilihat pada sesi yang pertama klien banyak bercakap soal salah orang lain, namun dalam sesi yang kedua kaunselor telah membawa klien untuk menilai kelemahan dirinya. Klien juga telah belajar daripada kesilapannya dan berharap dia dapat memperbetulkan tindakannya pada masa akan datang dengan beberapa alternatif yang telah dibincangkan dalam sesi yang kedua. 8.0 RUMUSAN Kesimpulannya, tugasan kelas kaunseling individu ini banyak memberikan input berguna pada saya khususnya dari segi teori dan aplikasi. Dari segi teori, dilihat memang mudah untuk meneroka klien kerana apa yang perlu ialah meneroka needs klien sama ada survival, kasihsayang dan pemilikan, kegembiraan, kebebasan memilih dan penghargaan diri. Walau bagaimanapun, dari segi aplikasi agak sukar untuk diterjemahkan dalam sesi kerana memerlukan kemahiran yang tinggi serta kepantasan berfikir dalam menganalisis masalah klien untuk dipulangkan semula pada klien dengan tepat seperti yang dinyatakan. Dalam menjalankan dua sesi ini juga dapat dilihat dengan jelas, proses kemahiran saya dibentuk. Hasil sokongan, kritikan dan teguran Cik Faizura khususnya ketika makmal banyak mempertingkatkan kemahiran yang saya miliki. Beberapa cadangan dan pendapat Dr. Jazimin juga banyak membantu saya khususnya bagaimana untuk menyulam sesi saya dengan teori CTRT. Jika dilihat pada sesi yang pertama saya tidak berfokus pada klien, namun pada sesi yang kedua saya sudah mendapat ‘celik akal’ bagaimana untuk berfokuskan pada klien dan di situ saya dapat melaksanakan jantung CTRT iaitu evaluation. Penggunaan evaluation juga membolehkan saya membantu klien melihat bagaimana untuk berhadapan dengan masalah yang sebenar dan apa tindakan yang perlu dilakukan pada masa akan datang, kerana tindakannya akan mempengaruhi total behaviors. Tugasan ini juga telah memberikan saya keyakinan untuk menjalankan sesi kaunseling individu yang sebenar dan terima kasih atas kedua tenaga pengajar yang banyak memberikan tunjuk ajar hingga saya berjaya menyelesaikan tugasan ini sebaik mungkin.
27 9.0 BIBLIOGRAFI Gerald Corey (2000). Theory & Practice of Group Counseling, Fifth Edition. United State of America. Thomson Learning. Ian R. Ridqway. Reality Therapy : William Glasser (born 1925) 2007;5: 8-11. URL: http://www.myauz.com/ianr/articles/lect5realitytherapyglasser.pdf James Archer & Christhopher (2007). Theories of Counseling and Psychotherapy. United State of America. Pearson Education. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimaton Halaliah Mokhtar (2007). Apa dan Bagaimana. Kaunseling Individu. Shah Alam : Fajar Bakti Mohd Aziz Shah dan Hazalizah Hamzah (2011). Pengenalan Pembangunan Sahsiah. Kuala Lumpur : Emeritus Publication Sdn. Bhd. Mohd Aziz Shah Mohd Arip et. al (2009). Kemahiran Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur :PTS Profesional Publication. Richard S. Sharf (2012). Theories of Psychotherapy and Counseling, Fifth Edition. United State of America. Brooks/ Cole, Cingge Learning. Robert E. Wubbolding (2011). Reality Therapy. Washington. American Psychological Association. Sapora Sipon dan Hapshah (2008). Penghantar Kaunseling Individu. Selangor : Arah publication. William Glasser (1998). Choice Theory : A New Psychology of Personal Freedom. United State of America. Harper Perennial Publisher. 10. LAMPIRAN a. Kontrak Persetujuan (Inform Consent) b. Ulasan Cik Faizura Sesi 1 Dan 2 c. Ulasan Dr. Jazimin Sesi Satu
View more...
Comments