2017-Minit Mesyuarat PBPPP

April 10, 2018 | Author: Anonymous Ps4CDjc | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Minit...

Description

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI KASSIM JASIN SELENGKOH 06910 YAN, KEDAH

MINIT MESYUARAT TAKLIMAT PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) Tarikh

: 11 MAC 2017 (Rabu)

Masa

: 1.30 petang

Tempat

: Bilik Tayangan Sekolah

Kehadiran: 1. En. Ismail bin Junus

Guru Besar

2. En. Abdul Hamid b Md Isa

GPK Pentadbiran

3. En. Rosli b Ismail

GPK Hem

4. Tn. Haji Mohd Reme b Hassan

GPK Kokurikulum

5. Ketua Panatia 6. Semua Guru Agenda: 1. Perutusan Pengerusi 2.Pengesahan Minit Mesyuarat 3.Perkara-Perkara Berbangkit 4.Taklimat PBPPP 5.Hal-Hal Lain 6.Penutup

I. Ucapan Pengerusi 1. Pengerusi

memulakan

mesyuarat

dengan

membaca

surah

Al-

Fatihah

dan

mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru. 2. Menjelaskan tujuan mesyuarat mengenai penilaian yang bakal dijalankan kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi guru. II. Pengesahan Minit Mesyuarat 3. Tiada

II. Perkara- Perkara Berbangkit 4. Tiada IV. Taklimat PBPPP 5. Taklimat Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Kementerian Pendidikan Malaysia disampaikan oleh pengerusi dan setiausaha -rujuk slide. 6. Memberi penerangan tentang latar belakang PBPPP. PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan Kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. 7. Memberi penerangan tentang komponen penilaian (PdP) dan Komponen Penilaian Bersepadu (Kepimpinan Sekolah) 8. Penerangan tentang proses penilaian PBPPP guru – rujuk slide. 9. Penilaian PBPPP guru Penilaian terbahagi kepada Kompetensi 80% dan Keberhasilan murid 20%. Guru diukur merujuk kepada Kompetensi Guru dan Keberhasilan Murid sebagai penunjuk kepada kualiti guru dan akauntabiliti guru terhadap profesion keguruan mereka. 10. Penerangan tentang pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). 11. Penubuhan Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (JKPBPPP) 2017 adalah seperti berikut : Guru Besar sebagai Pengerusi

: En. Ismail bin Junus

GPK Pentadbiran sebagai Setiausaha

: En. Abdul Hamid b Mat Isa

Ahli Jawatankuasa

: En. Rosli b Ismail Hj Reme b Hassan Pn. Ranita bt Awang

Urusetia

: Pn. Munawwarah bt Mohsin

12. Kriteria Pegawai yang dinilai adalah semua guru dan pemimpin sekolah seluruh Malaysia akan dinilai pada tahun 2017. Pelantikan penilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Panel Penilaian Sekolah seperti berikut:

Pegawai Yang Dinilai

Penilai Pertama

Penilai Kedua

Akademik

Guru Penolong Kanan

Guru Besar

Ketua Panitia

Guru Penolong Kanan

Guru Besar

Staf Bukan akademik

Guru Penolong Kanan

Guru Besar

13. Pengurusan penilaian PBPPP adalah secara dalam talian melalui Laman web. PBPPP akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun ini. Tindakan semua guru 14. Instrumen Penilaian Kompetensi bagi kumpulan Guru Akademik , Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Jurulatih . Kaedah Penilaian adalah melalui Semakan Bahan, Temu bual , Pencerapan dan Pemerhatian. Menilai hasil kerja guru dalam tempoh satu tahun terhadap murid yang di bawah tanggungjawabnya. Tindakan semua guru 15. Penerangan tentang Deskriptor Aras Pencapaian dalam PBPPP. Deskriptor Aras Pencapaian dalam PBPPP adalah terbahagi kepada lemah, memuaskan, baik dan cemerlang. Tindakan semua guru V. HAL-HAL LAIN 16. Setiausaha memaklumkan bahawap penilaian akan dilaksanakan secara manual dan data kemudian akan di masukkan ke dalam laman web yang berkenaan. Semua guru harus bersedia. VI. PENUTUP 17. Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 3.30 petang. Disediakan oleh: ……………………… (ABDUL HAMID B MAT ISA) Setiausaha. Disemak oleh, ……………………… (ISMAIL BIN JUNUS) Guru Besar.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF