15. Pemberontakan Boxer

August 13, 2018 | Author: Wak Lampir | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download 15. Pemberontakan Boxer...

Description

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

2 -3

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA

4 - 10

PEMBERONTAKAN BOXER 

POLITIK 



EKONOMI 



Sokongan dari istana

Kemerosotan ekonomi

SOSIAL 

Bencana alam



Penderitaan hidup orang China



Kemasukan kuasa Barat



Sentiment anti-asing



Sentiment anti-Kristian

Proses Pergerakan Boxer 

10 - 15

Protokol Boxer

Kesan Boxer

15 - 18

Kesimpulan

19

Bibliografi

20

1

PENDAHULUAN

Kesan daripada proses pembahagian China pada abad ke-19, ia bukan sahaja menimbulkan keresahan dalam kalangan pihak kerajaan tetapi juga rakyat. K‟ang Yu-wei Yu-wei pernah memberi amaran bahawa pencerobohan Barat akan membahayakan China dan berkemungkinan 1

China mengalami nasib yang sama seperti di Burma, Annam, India dan Poland.  Maharani Balu Tzu Hsi yang terkilan dengan sikap kuasa asing yang mencampuri urusan negara China telah memberi sokongan secara tidak langsung kepada pergerakan Yi Ho Yuan (Gerakan Keadilan dan 2

Keharmonian) atau lebih dikenali sebagai „Boxer‟.

Pemberontakan Boxer 1900, merupakan suatu pemberontakan yang disokong oleh 3

masyarakat petani yang cuba menentang kuasa asing dari China.  Boxer adalah satu nama yang diberikan kepada masyarakat China yang dikenali sebagai I-Ho Chuan iaitu Gerakan Keadilan 4

5

dan Keharmonian. Perkataan China „peninju‟  juga boleh diterjemahkan sebagai „Boxer‟.

Gerakan ini bermula dari Utara China wilayah Shantung dan Chihli di mana adanya kemarau dan kebuluran serta pengangguran yang berlaku dalam masyarakat wilayah tersebut. Perkataan „Boxer‟ pertama kali muncul dalam surat menyurat rasmi pada Mei 1898 dan Januari 1900 di mana kandungan surat tersebut menyatakan kebimbangan masyarakat Barat mengenai gerakan ini. Gerakan ini menampal dan mengisytiharkan moto mereka kepada seluruh masyarakat utara 6

China iaitu “Melindungi Empayar: Menghapuskan Orang Asing”.   Gerakan ini juga mengamalkan teknik bertinju dan gerakan badan dengan kepercayaan bahawa ia mampu 7

memberikan kuasa luar biasa dan kalis peluru pe luru atau senjata.

Pemberontakan ini adalah bertujuan untuk menentang pengaruh-pengaruh asing yang  berada di negara China terutamanya yang terlibat dalam bidang-bidang perdagangan, politik, agama dan teknologi ketika tahun-tahun terakhir semasa pemerintahan Manchu atau juga

1

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Moden . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm. 85-86  Ibid . hlm 87 3  Jacob E. Safra, Constantine S. Yannias & James E. Goulka (1768). The New Encyclopaedia Britannica Voume 2 th 15  Edition.  Edition. hlm 442 4  Ibid . hlm. 442 5  Frederic A. Sharf & Peter Harrington (2000). China 1900: The Eyewitnesses Speak . Speak . London: Greenhill Books, London Stackpole Books, Pennsylvania. hlm 11 6  Ibid . hlm. 11 7  Jacob E. Safra, Constantine S. Yannias & James E. Goulka (1768). The New Encyclopaedia Britannica Voume 2 th 15  Edition. hlm 442 2

2

dikenali sebagai Dinasti Qing. Pemberontakan ini juga merupakan satu tindak balas orang China terhadap tekanan kuasa-kuasa asing terutamanya untuk meyelamatkan negara China daripada  penceroboh asing. Selain itu, gerakan Boxer diasaskan sebagai gerakan petani yang anti-kuasa asing dan anti-imperialisme terutamanya di bahagian utara. Kebanyakan mereka yang menyertai gerakan ini adalah untuk menyerang orang asing yang telah membina landasan keretapi dan melanggar hokum Feng-Shui serta orang Kristian yang didapati bertanggungjawab atas dominasi asing di China. Keadaan ini dapat dilihat melalui kejadian yang berlaku pada Jun 1990 di mana 8

golongan Boxer telah pun menceroboh Beijing dan membunuh 230 orang bukan China.

Berpuluh-puluh ribu orang China Kristian tanpa mengira mazhab Katolik ataupun Protestan kebanyakannya telah dibunuh di wilayah Shandong dan Shanxi yang menjadi sebahagian daripada pemberontakan Boxer dan terdapat pelbagai faktor lagi yang mencetuskan  pemberontakan Boxer ini yang akhirnya gerakan ini kalah di tangan kuasa asing.

8

 Peter Harington (2001). Peking (2001). Peking 1900, The Boxer Rebellion. Rebellion . United Kingdom: Osprey Publishing. hlm 5 3

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PEMBERONTAKAN BOXER FAKTOR POLITIK Sokongan dari Istana

Selepas kejatuhan Pembaharuan Seratus Hari pada 1898, Maharani Dowager telah 9

menyambung penguasaan kerajaan China.  Dalam pentadbiran China pula melibatkan Maharani Dowegar Tzu Hsi yang menjadi insan penting dalam menyokong kebangkitan pemberontakan Boxer ini. Beliau telah cuba menggunakan semangat patriotik orang China untuk melancarkan kempen anti kuasa asing yang telah membahagi-bahagikan China. Maharani Dowager Tzu His terpaksa melaksanakan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran China untuk memenuhi 10

tuntutan kuasa asing dan menyelamatkan dinasti daripada terus jatuh.   Maharani Dowager mempunyai cita-cita tinggi untuk mengusir kuasa asing dan bertindak untuk memulihkan kerajaan Manchu. Terdapat dua kumpulan parti iaitu Gerakan Reformasi dan yang bertindak memulihkan Kuasa Maharani Dowager. Ketua gerakan ini ialah Jung-lo iaitu Komander kepada tentera terlatih Cina dan juga Konsevatif Ultra yang dianggotai kebanyakannya orang Manchu yang diketuai oleh Putera Ching adalah pemerintah Tertinggi semua sepanduk Manchu. Maharani Dowager terperangkap dalam tipu daya istana, tetapi tidak bersedia menyokong mana-mana  pihak. Walau bagaimanapun, tahun 1900 beliau telah menyertai Konsevatif setelah pendapatnya pendapatn ya 11

tidak diterima.   Sokongan yang padu daripada Maharani Dowagar telah membangkitkan 12

anggota-anggota Boxer bagi menentang kuasa asing.  Maharani Dowager terkilan dengan sikap kuasa asing yang mencampuri urusan negara China dan telah menyebabkan beliau menyemai semangat patriotik dalam masyarakat China. Perasaan dendam Maharani kepada kuasa asing disebabkan percubaan beliau untuk membunuh K‟ang Yu-wei Yu-wei telah dihalang oleh kuasa asing dan juga usaha untuk menggantikan Maharaja Kuang Hsu dengan anak Putera Tuan juga dihalang oleh kuasa asing. Keadaan ini telah 9

K Gilbert & L Dorothy (1977). (1977). “The Boxer Movement,” dalam Asian dalam  Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 762 10  Suffian Mansor (2003). Tamadun China. China. Selangor: Dawana Sdn. Bhd. hlm 180 11  K Gilbert & L Dorothy (1977). (1977) . “The Boxer Movement,” dalam Asian dalam  Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 762 12  Lynn E Bodin & Chris Warner (1979). The Boxer Rebellion. Rebellion . United Kingdom : Osprey Military. hlm 5 4

memberikan sokongan yang tidak langsung kepada pergerakan Yi Ho Yuan (The Righteous and 13

Harmoninous Fists) atau Boxer.   Terdapat beberapa pegawai yang benar-benar menunjukkan sokongan terhadap boxer, antaranya ialah Li Ping Ping bekas gabenor wilayah Shantung dan  penggantinya ialah Yu-hsien (menjadi gabenor dalam tahun 1899). Beliau telah meneruskan 14

sikap gabenor sebelumnya, Putera Tuan, Putera Chuang dan Kang-i (Grand Secretary). FAKTOR EKONOMI Kemerosotan Ekonomi

Perubahan dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu China telah membuka ruang kepada kuasa asing untuk bertapak di China, sekaligus menyebabkan kedatangan kuasa asing selepas Perang candu telah mengubah penguasaan China di dalam bidang ekonomi. Cengkaman ekonomi oleh kuasa asing telah membawa kesan negatif kepada ekonomi domestik China. Kadar cukai yang rendah (ad valorem) di dalam industri kain kapas iaitu hanya lima peratus telah mengancam ekonomi China. Kain kapas keluaran asing lebih murah iaitu 1/3 daripada keluaran tempatan. Keadaan ini telah menyebabkan industri tempatan terpaksa menutup perkhidmatannya 15

dan membawa kepada pembuangan pekerja.   Berlakulah masalah pengangguran yang tinggi yang sekaligus meningkatkan masalah jenayah di China. China juga terpaksa membayar ganti rugi perang yang menyebabkan China meminjam wang dari luar dan menggalakkan kemasukan  pelabur asing. Selain itu, pengenalan sistem pengangkutan moden seperti jalan kereta api dari Peking ke Hankow dan juga pengenalan kapal wap telah menjejaskan pendapatan penduduk tempatan yang mengendalikan pengangkutan tradisional. Peningkatan import barangan kapas dari India, Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun juga memberi kesan kepada industri kecil tempatan. Barangan kegunaan domestik orang Barat seperti wain, spirit dan cerut pula adalah 16

 bebas cukai. Pada 1899 China mengalami kekurangan perdagangan sebanyak 60 juta tael.

Kejatuhan ekonomi China disebabkan oleh bencana alam, beban hutang dan ganti rugi  peperangan serta rasuah dalam kalangan pegawai-pegawai China.

13

 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Moden . Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 87  Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.  Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 133 15  Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Moden . Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm hlm 86 16  Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.  Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 133 14

5

FAKTOR SOSIAL Bencana Alam

Faktor alam juga menjadi penyebab berlakunya kebangkitan Boxer di China. Bencana alam yang berlaku yang melanda utara dan barat laut China iaitu ancaman kemarau antara 1899 hingga 1900 dan menyebabkan tanaman makanan harian tidak menjadi sekaligus menyebabkan kebuluran dalam kalangan penduduk China di daerah Yangtze dan wilayah-wilayah utara 17

18

China.  Pada tahun 1898 berlaku banjir berlaku di Shantung akibat daripada sungai kuning  dan sungai Hwang-Ho telah menyebabkan kemusnahan tanaman, binatang ternakan dan kerosakan 19

harta benda.   Keadaan ini menggundang kepada berlakunya kebuluran yang tinggi. Bencana yang berlaku ini menurut kepercayaan kuno China disebabakan oleh oleh kutukan daripada Tuhan kerana meninggalkan ajaran nenek moyang mereka. Disebabakan itu, orang cina diseru menyertai Boxer sebelum tentera dari syurga turun menentang agama Kristian di China. Mereka juga percaya bahawa pembukaan kawasan  perlombongan dan juga pembinaan jalan kereta api dan telegraf sebagai punca kemurkaan Tuhan dan telah menyinggung perasaan dewa dewi kerana telah menjejaskan keseimbangan Yin dan Yang. Aktiviti-aktiviti orang asing ini telah membawa kemurkaan Tuhan. Oleh yang demikian,  bagi mengelakkan kejadian itu berulang, mereka perlu menghapuskan orang asing yang berada 20

di China.  Dikatakan banjir telah melanda 3 wilayah, kemarau di 5 wilayah dan kerosakan oleh 21

 belalang ialah 7 wilayah pada tahun itu sahaja. Penderitaan Hidup Orang China

Kedatangan orang asing ke China telah memberikan kemajuan teknologi kepada China. Tetapi malangnya sekejap sahaja kemajuan tersebut telah menimbulkan kesan yang buruk. Pengenalan penggunaan kereta api dan kapal api secara meluas telah menjejaskan pencarian orang-orang cina yang sebelum ini menggusahakan pengangkutan secara lama iaitu kereta kuda,

17

 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.  Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 134  Ibid . hlm 134 19  K Gilbert & L Dorothy (1977). (1977) . “The Boxer Movement,” dalam dal am Asian  Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 762 20 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Moden . Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 87-88 21  Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.  Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 134 18

6

lembu, dan tongkang-tongkang. Penggunaan kereta api telah melumpuhkan pekerjaan secara 22

lama di Grang Canal dan jalan darat antara Bandar Hankow dengan Peking.  Oleh itu, terdapat kebencian yang amat terhadap aktiviti orang Jerman di Shantung dan orang Itali di sepanjang 23

 pantai di tengah China.   Berlakunya serangan di Pusat Kawalan dan jurutera kereta api di 24

Shantung dan Yunan adalah perkara biasa pada masa itu.   Keadaan ini telah membebankan masyarakat China untuk menyara keluarga, membayar cukai, dan bayaran lain yang dikenakan 25

oleh kerajaan.

Kemasukan Kuasa Barat

Sikap anti-Barat China semakin jelas dilihat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada 1899, orang Cina yang marah dengan tindak tanduk asing yang menceroboh wilayah China telah melancarkan usaha pengusiran orang asing dari bumi China. Sikap anti-asing dalam kalangan Boxer jelas dilihat daripada tanggapan mereka bahawa orang Barat dan pengikutnya 26

sebagai raksasa yang harus dihapuskan.   Selain itu, kemasukan kuasa Barat ini telah menyebabkan China terpaksa menghadapi beberapa siri peperangan sebelum Pemberontakan Boxer ini berlaku seperti Perang Candu (1839-1842), Perang Candu II (1856-1860), Perang China-Jepun (1894-1895), Pemberontakan Taiping (1851-1864), Pemberontakan Muslim (185527

1873) dan Pemberontakan Tungan (1862-1878).

Selain itu, kemasukan kuasa asing juga menyebabkan negara China telah kehilangan  beberapa wilayah penting yang terpaksa diberikan kepada kuasa asing ini kekalahan China kepada British dalam siri peperangan. Antara wilayahnya ialah Kowloon, Hong Kong, Kepulauan Pescodes, Farmosa dan lain-lain. Kelemahan-kelemahan orang China yang akur dengan kemasukan kuasa Barat ini telah menyedarkan mereka untuk bangun menentang dan  bertanggungawab untuk memulihkan kembali negara China melalui pengusiran orang-orang asing ini.

22

 Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.  Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 134  K Gilbert & L Dorothy (1977). (1977) . “The Boxer Movement,” dalam Asian dalam  Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 763 24  Ibid . hlm 763 25  Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.  Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 134 26 Suffian Mansor (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 176-177 27  Ibid . hlm 174 23

7

Sentimen Anti-Asing

Sejak awal lagi orang-orang China memasang sikap anti-asing lebih-lebih lagi mereka diyakinkan bahawa segala masalah yang berlaku di China adalah berpunca daripada kedatangan orang asing. Sentimen anti-asing ini semakin bertambah semasa perkembangan pengaruh 28

Maharani Dowegar Tzu His pada akhir abad ke-19.   Pencerobohan Barat sejak Perang Candu (1839-1842) menjejaskan dan menjatuhkan maruah negara China. Maka timbullah keinginan 29

orang-orang China untuk membalas dendam dan memulihkan kebanggaan nasional China.

Keadaan ini secara tidak langsung telah membuatkan perasaan meluap-luap dalam kalangan orang Cina untuk menentang kuasa asing. Oleh itu dapat dikatakan bahawa gerakan Boxer 30

merupakan tindakan membalas dendam orang-orang Cina terhadap kuasa-kuasa asing. Perasaan

anti-asing

bertambah

dalam

kalangan

orang

China

akibat

daripada

 perkembangan imperialism asing pada tahun 1890-an selepas kekalahan China dalam Perang China-Jepun (1894-1895). Kerajaan China juga tidak bersetuju dengan tindakan orang asing yang melindungi pelarian-pelarian China yang dikehendaki oleh Kerajaan Manchu. Selain itu, tindakan Jepun yang membenarkan penerbitan Chiang I Pao yang diharamkan di China menambahkan lagi kemarahaan orang China. Bagi kepentingan China itu sendiri maka orang31

orang asing ini perlu diusir keluar dari negara ne gara China.

Sesetengah pegawai menyimpan perasaan bencinya yang tersendiri. Mereka tidak dapat melupakan gerakan pembaharuan yang dilakukan oleh Kang Yu-wei yang hampir-hampir menjejaskan kedudukam mereka. Jika tidak ambil tindakan segera pasti kepentingan politik dan ekonomi mereka musnah. Tidak dapat dinafikan rancangan-rancangan yang terdapat dalam gerakan pembaharuan ini adalah diambil dari idea-idea barat. Oleh itu bagi pendapat mereka, barat turut bertanggungjawab. Sikap tidak mahu bertolak-ansur Dowager dan  pemimpin  pemimpin Gina dapat dilihat apabila dia telah menentang percubaan ltali untuk mendapatkan mendapatkan

28

 Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala 1800-1955.  Kuala Lumpur: Adabi Publication. hlm 132  Peter Harington (2001). Peking (2001). Peking 1900, The Boxer Rebillion. United Rebillion.  United Kingdom: Osprey Publishing. hlm 8 30 Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publication. hlm 135 31  Ibid. hlm.  Ibid. hlm. 135 29

8

Teluk San Man di Chekiang dalam Februari 1899. Mereka nampaknya sudah bertekad akan 32

menentang kuasa-kuasa barat dengan pelbagai cara. Sentimen Anti-Kristian

Kemasukan orang Barat ke China juga telah membawa pengaruh yang kuat terutamanya dari segi agama. Agama Kristian yang dibawa oleh orang Barat telah mengancam kedudukan agama dan kepercayaan masyarakat China. Antara agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh 33

masyarakat China seperti Konfusius, Taoism, dan Buddha.

Dengan usaha gigih mubaligh

mubaligh dan paderi-paderi Kristian menyebabkan rarnai orang-orang Cina telah rnenukar agarna nenek moyang mereka lalu dengan memeluk agama Kristian. Orang-orang Cina yang lain terutamanya yang fanatik telah menuduh mereka sebagai „murtad' „murtad' dan mempersalahka mempersalahkan n orang-orang 34

 baratt atas  bara atas berla berlakunya kunya perka perkara ra itu. itu.

Masyarakat Cina Kristian telah mengasingkan diri seolah-olah mereka masyarakat yang  berasingan dan terlepas dari ikatan-ikatan telah meninggalkan setengah-setengah adat-adat lama. Agama ini juga dilindungi dengan polisi  gun boat. Pada mulanya orang-orang China tidak  bersetuju dengan tindakan mubaligh-mubaligh yang cuba untuk mengkristiankan masyarakat mereka. Namun selepas Perjanjian Tiensin, golongan mubaligh yang menyebarkan agama Kristian ini dibenarkan bergerak bebas di China terutamanya di kawasan pedalaman. Hal ini demikian berlaku kerana melalui Konvensyen Peking 1860 yang telah memberi hak kepada gerakan mubaligh untuk menyewa dan membeli tanah untuk tujuan pembinaan gereja. Mubalighmubaligh ini berlumba-lumba untuk mengkristiankan orang China dan secara tidak langsung 35

dapat meluaskan pengaruh wilayah mereka.

Kebencian orang-orang Cina juga disebabkan oleh tindak-tanduk mubaligh-mubaligh itu sendiri. Mereka sering campurtangan dan cuba melindungi orang-orang Cina Kristian terutama 36

mereka-mereka yang terlibat dengan kes-kes mahkamah.  Golongan mubaligh turut membantu mereka yang terlibat dalam perselisihan penduduk tempatan seperti urusan kampung, perebutan tanah dan penggunaan kemudahan awam. Perasaan antigolongan mubaligh ini berterusan dengan 32

 Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publication. hlm 135  Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 86 34  Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala 1800-1955.  Kuala Lumpur: Adabi Publication. hlm 135 35  Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 86 36  Maswardi Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publication. hlm 135 33

9

tersebarnya khabar angin menerusi risalah dan poster yang membuat pelbagai tuduhan ke atas ajaran Kristian. Antaranya dinyatakan bahawa golongan mubaligh ini akan mencungkil mata kanak-kanak bertujuan untuk membuat barangan logam yang berharga. Selain itu, terdapat juga tuuhan yang menyatakan yang golongan pemeluk agama Kristian dalam kalangan orang China 37

 boleh menyimpan anak perempuan mereka untuk tujuan bersuka-ria.

PROSES PEMBERONTAKAN BOXER

 Nama Boxer diberikan oleh orang asing iaitu mereka mengamalkan yang seni mempertahankan diri yang berbentuk sama dengan tinju atau Boxer dalam bahasa Inggeris dan mengikut masyarakat China pula, Boxer dikenali sebagai I-Ho chuan atau Yi Ho Yuan (The Rightteous and Harmonious). Harmonious). Selain itu, Pada September 1899, kumpulan ini telah muncul di Shantung dan prinsip yang digunakan oleh mereka ialah membenci orang asing dan juga agama 38

yang dibawa oleh mereka iaitu agama Kristian.   Pertubuhan ini pada asalnya kumpulan ini menggunakan slogan iaitu “Memusnahkan atau menggulingkan dinasti Ching dan orang asing” 39

tetapi mereka telah menukarkannya dengan “Hargai dinasti dan musnahkan orang asing”.  Pada Mac 1899, Yu-hsien telah dilantik menjadi gabenor di Shantung dan beliau telah menyokong kumpulan Boxer secara senyap-senyap dan juga menggalakkan kumpulan ini dalam melakukan  pemberontakan. Pada masa ma sa yang sama, orang asing telah memberi tekanan tekan an kepada China dengan aktiviti mengkristiankan orang China paksaan, membakar rumah jika orang China tidak memeluk agama Kristian. Selain itu, Yu-hsien juga tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan ini setelah mereka melakukan keganasan di Tsinan, Chining dan juga di beberapa 40

 bandar yang lain.   Kesan daripada sokongan yang diberikan oleh Yu-hsien kepada kumpulan Boxer menyebabkan beliau telah dipecat oleh kerajaan China pada Disember 1899 dan disebabkan beliau juga memberikan laporan yang tidak tepat tentang kumpulan Boxer telah

37

 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm 87  K Gilbert & L Dorothy (1977). (1977) . “The Boxer Movement,” dalam Asian dalam  Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia) LTD. hlm 763 39  Ibid. hlm 763 40  Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Moden . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 88 38

10

menimbulkan kemarahan kerajaan China tambah lagi kerajaan China didesak oleh kuasa asing 41

untuk memecat Yu-hsien.

Yu-hsien telah digantikan oleh Yuan Shih Kai sebagai gabenor Shantung yang baru yang tidak sehaluan dengan Yu-hsien kerana dia menentang pemberontakan Boxer dan sementara itu, Yu-hsein telah dilantik sebagai gabenor di Shansi. Walaupun Yuah Shih Kai menentang Boxer, ini tidak menunjukkan bahawa beliau menyokong kuasa asing kerana dia juga memberi amaran kepada kuasa asing agar tidak membuat sebarang provokasi atau kekacauan. Selain itu, Yuah Shih Kai telah diberikan arahan agar tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan Boxer, tetapi 42

 beliau tidak mendengar arahan tersebut dan beliau tetap menentang kumpulan tersebut.  Sebagai contoh, Yuah Shih Kai telah menggunakan kekuatan tenteranya untuk menyingkirkan  pemberontakan Boxer dan menyebabkan pergerakan Boxer telah berpindah ke Chihli dan 43

 bergabung dengan kumpulan Boxer yang lain.  Di wilayah Shantung pergerakan Boxer dikawal oleh tentera Yuah Shih Kai, tetapi pergerakan ini wujud secara perlahan dan ia merupakan  pergerakan yang aktif. Sebagai contoh, pada 31 Disember 1899, paderi pertama iaitu S.M 44

Brooke berketurunan Inggeris telah dibunuh di Fiechang iaitu di semenanjung Shantung.

Pemberontakan Boxer semakin berleluasa iaitu di wilayah Chihli mereka semakin berani kerana kumpulan mereka kelihatan berkeliaran di wilayah tersebut dan juga melakukan kekacauan. Selain itu, tentera Manchu juga terlibat dalam peperangan ini iaitu dengan melancarkan atau menyertai pemberontakan iaitu dengan membakar, merosakkan harta benda dan juga membunuh 45

orang China yang beragama Kristian dan jurutera keretapi asing.

Pada 13 hingga 14 Jun 1900, berlaku rompakan di bandar Peking dan Tientsin dan  pembunuhan ke atas orang China Kristian yang menyebabkan orang China Kristian melarikan diri ke kem pelarian yang disediakan oleh Putera Su yang tidak sehaluan dengan pemberontakan Boxer. Di Peking, duta-duta asing tidak menyedari bahawa kerajaan China telah memberikan sokongan kepada pemberontakan ini kerana pada Januari 1900, satu kenyataan yang dikeluarkan 41

 K Gilbert & L Doronthy (1977).  Asian Transformation, A History Of South-East, South and East Asia. Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) LTD. hlm 763 42  Robert A. Bicker & R.G Tiedemann. (2007). The Boxer, China and the World . United Kingdom: Rowman & Littlefield. hlm 43 43  Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Moden . Kuala Lumpur: Penerbit Penerbit Universiti Malaya. hlm 88 44  Ibid. hlm 88 45  K Gilbert & L Dorothy (1977). (1977) . “The Boxer Movement,” dalam Asian dalam  Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 763 11

oleh kerajaan China yang mengatakan bahawa rakyat China yang berlatih mempertahankan diri iaitu Boxer bukan untuk melakukan pemberontakan ataupun penjahat. Oleh itu, kita dapat lihat  bahawa kerajaan China menyokong men yokong pemberontakan tersebut. Selain itu, Maharani Dowager telah menaungi atau menyokong ahli-ahli Boxer dan juga mengarahkan istana agar mendapatkan 46

khidmat ahli Boxer menjaga kediaman mereka dari diceroboh oleh kuasa asing.   Maharani Dowager juga mengarahkan agar gabenor di setiap daerah agar memberikan sokongan kepadanya untuk menentang orang asing, tetapi arahan tersebut tidak dipedulikan oleh gabenor 47

kerana mereka menganggap orang asing tidak mendatangkan bahaya.

Keadaan bertambah buruk kerana rusuhan berlaku di merata-rata tempat seperti di Shantung dan contohnya pada Mei 1990, 68 orang China yang beragama Kristian telah telah 48

menjadi mangsa dan 75 buah rumah telah dibakar di kampung Kaolo dan Chihli.

Pemberontakan Boxer berterusan berterusan iaitu pada 11 Jun 1900 menyaksikan Canselor Jepun iaitu Sugiyama telah dibunuh di pintu utama ke bandar Peking dan pada 20 Jun 1990, Menteri 49

German iaitu Baron von Ketteler juga turut dibunuh semasa sedang menuju ke Tsungli Yamen.

Kekuatan kumpulan Boxer semakin bertambah kuat di Shansi kerana gabenor Shansi iaitu Yuhsien sentiasa menyokong kumpulan tersebut dan pergerakan kumpulan semakin kuat di luar Peking yang menyebabkan situasi menjadi semakin berbahaya. Sebagai contoh, kedutaan asing di Peking telah dikepung dan dikelilingi oleh ahli-ahli Boxer dan jalan kereta api yang 50

menghubungkan Peking dengan Tientsin telah dipotong.   Keadaan ini menyebabkan pasukan  pengaman antarabangsa dihantar ke wilayah tersebut yang diketuai oleh penasihat British iaitu  bernama Seymour cuba untuk membebaskan tawanan tersebut. Pada pertengahan Jun 1900, kerajaan Peking telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka secara terbuka menyokong kumpulan Boxer dan mereka juga telah memasuki Peking  pada 13 Jun 1900 dengan memotong wayar telegraf dan keadaan ini menunjukkan bahawa mereka mula mengamalkan dasar pengasingan dari dunia luar. 46

51

  Pada 21 Jun 1900, Maharani

K Gilbert & L Dorothy (1977). (1977). “The Boxer Movement,” dalam Asian dalam  Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 764 47  Ibid. hlm. 764 48  Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955 . Kuala Lumpur: Adabi Publications. hlm 173 49  Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Moden . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 89 50  K Gilbert & L Dorothy (1977). (1977) . “The Boxer Movement,” dalam Asian dalam  Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 764 51  Ibid . hlm. 764 12

Balu Tzu telah mengisytiharkan perang ke atas kuasa asing kerana beliau yakin dengan kejayaan Boxer dan beliau juga berpendapat semua rakyat China perlu bersatu untuk menghapuskan kuasa asing. Kesannya, harta yang dimiliki oleh orang asing telah musnah dan pejabat kedutaan juga 52

dibakar kecuali kedutaan British, Perancis dan Jerman.  Seterusnya ialah kumpulan Boxer telah memecah masuk ke Tientsin dan pihak pentadbiran tidak memeriksa atau menyedari keganasan itu berlaku. Hal ini menyebabkan ahli-ahli boxer menyerang secara ganas dan tiada belas kasihan ke atas orang asing dan juga rakyat China yang menjadi tali barut orang asing dibunuh serta 53

dibuang mayat ke dalam sungai.  Di Manchuria, Keretapi China Timur telah diserang dan Boxer  juga mengusir Rusia dari kawasan Mukden dan mereka berjaya mengepun g kawasan Russia iaitu 54

Harbin. Pada Oktober 1900, Manchuria berada di bawah kawalan Boxer sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, pemberontakan ini tidak berjaya sepenuhnya kerana keputusan yang di buat oleh Maharani Balu Balu Tzu tidak disokong oleh pemerintahan tempatan contohnya contohnya seperti Li Hung-chang (gabenor general di canton), Liu Kun i (gabenor jeneral Nanking) dan 55

 juga Gang Chih-tung. . Mereka bertindak melindungi wilayah dan menghalang kekacauan yang  berlaku dan mereka juga memberi jaminan untuk melindungi warganegara asing. Selain itu, Justeru, terdapat beberapa wilayah sahaja yang terlibat dalam pemberontakan Boxer iaitu di Peking, Teintsin, Manchuria, Mongolia dan Shansi. Kekacauan yang dicetuskan oleh kumpulan Boxer menyebabkan John Hay telah memberi cadangan iaitu kuasa-kuasa Barat termasuk Jepun perlu bersatu dalam menghadapi 56

Pemberontakan Boxer.  Hasilnya, Tentera asing di bawah pimpinan Admiral Edward Seymour telah mara ke Peking tetapi telah ditentang oleh kumpulan Boxer, akan tetapi Kumpulan Boxer dibantu oleh tentera Ching yang menyebabkan mereka terpaksa berundur ke Tientsin. Pada 17 Jun 1900, tentera asing mara ke kubu China dan berjaya menawannya manakala mereka juga  berjaya membebaskan diplomat asing yang telah ditawan oleh kumpulan Boxer di Tientsin. Kejayaan ini menyebabkan mereka bergabung dan telah mara ke Peking dan berjaya menawan Peking pada 13 Ogos 1900. Tentera asing atau bersekutu ini menjadi bertambah kuat, sebagai 52

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Moden . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 89  K Gilbert & L Dorothy (1977). (1977) . “The Boxer Movement,” dalam Asian dalam  Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 764 54  K Gilbert & L Dorothy (1977). (1977) . “The Boxer Movement,” dalam Asian dalam  Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia) LTD. hlm 765 55  Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publications. Hlm 174 56  Ibid. hlm  Ibid. hlm 173 53

13

contoh, bantuan ketenteraan asing yang yang berjumlah 20,000 telah tiba pada 14 Ogos 1900 di China yang terdiri daripada 8000 orang tentera Jepun, 4500 tentera Russia, 3000 tentera British, 2500 57

tentera Amerika dan 800 orang tentera Perancis.  Tentera German pula menunggu di belakang untuk menjaga Kiaochow. Di bawah serangan bersepadu yang dilakukan oleh tentera asing ini menyebabkan kumpulan Boxer ini dapat ditumpaskan. Menjelang akhir tahun 1900, tentera asing  bertambah kuat kerana ahli tentera mereka bertambah iaitu menjadi 45,000 orang anggota. Setelah China mengalami kekalahan, Maharani Dowager telah melarikan diri ke Sian melalui 58

Shansi manakala Li Hung Chang di anggap sebagai wira yang menyelamatkan China.

Kekalahan China kepada kuasa asing telah mencemarkan maruah negara itu sendiri kerana China menganggap negara mereka sebagai “ Middle of  the Kingdom” . Setelah mengalami kekalahan, China juga tidak dihormat kerana kuasa asing mula mengadakan rundingan sesama mereka untuk membahagikan wilayah untuk ditakluk yang akan memberi keuntungan kepada mereka. Sebagai contoh, Russia cuba untuk mendapatkan Manchuria dan wilayah Chihli dan keadaan menimbulkan rasa cemburu kuasa asing lain seterusnya mewujudkan sebuah protokol yang bernama Protokol Boxer. Putera Ching dan Li hung Chang menjadi wakil China untuk menandatangani perjanjian tersebut dengan kuasa asing pada 7 September 1901. PROTOKOL BOXER

Antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah seperti berikut : 1. China bersetuju memohon maaf kepada Jerman dan Jepun atas pembunuhan Menteri Jerman dan Canselor diplomatik Jepun. Satu tugu peringatan Von Ketteler di bina di tempat dia dibunuh. 2. Hukuman mati ke atas 10 pegawai tinggi dan hukuman ke atas 100 orang yang terlibat dalam Pemberontakan Boxer. 3. Tentera asing dibenarkan bertapak di 12 kawasan strategi sepanjang jalan kereta api dari Peking hingga ke Shanhaikuan. Kubu tentera di Taku dan Peking harus dimusnahkan. 57

 K Gilbert & L Dorothy (1977). (1977) . “The Boxer Movement,” dalam Asian dalam  Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Asia . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. hlm 765 58  Ibid . hlm 765 14

4. China membenarkan kuasa asing untuk meletakkan tenteranya di Peking bertujuan mengawal kedutaan mereka. 5. Kerajaan China juga bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 450 juta tahil secara ansuran selama 39 tahun. 6. China tidak boleh mengimport senjata api selama 2 tahun. 7. China bersetuju untuk mengadakan hubungan perdagangan yang lebih pesat dan juga  bersetuju untuk menjaga dan mengurus pembangunan sungai sun gai iaitu Sungai Haiho dan Huangpu.

Setelah menandatangani Protokol Boxer, sekali lagi imej kerajaan China tercalar dan di  pandang rendah kerana tunduk kepada perintah asing. Oleh itu, kegagalan dalam menangani kuasa Barat melalui Pemberontakan Boxer telah memalukan pihak istana dan kerajaan Manchu  juga tidak dapat bertahan lama.

KESAN-KESAN PEMBERONTAKAN BOXER

Kekalahan China dalam pemberontakan Boxer telah memberi kesan kepada aspek ekonomi, politik dan sosial. Pemberontakan Boxer telah banyak meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap China. Walaupun negara China merupakan sebuah negara yang sangat digeruni oleh negara-negara dan penjajah lain, namun setelah mengalami beberapa peperangan dan masalah-masalah yang timbul dalam pelbagai aspek aspek seperti ekonomi, politik dan juga juga sosial telah menyebabkan negara China menjadi sebuah negara yang yang berkeadaan huru-hara. Dalam aspek ekonomi, sebelum pemberontakan Boxer lagi ekonomi China telah pun terjejas akibat bencana alam seperti kemarau, peperangan, pemberontakan dan tuntutan ganti rugi yang dikenakan. Setelah berlaku pemberontakan Boxer, kedudukan ekonomi China semakin tenat. Dalam Protokol Boxer, China dikehendaki membayar 450 juta tael jika gagal berbuat demikian dalam masa 40 tahun jumlah ini akan meningkat 2 kali ganda. Selepas kekalahan Boxer, ekonomi China terus dikuasai oleh kuasa asing. Penguasaan asing dalam ekonomi dapat dilihat dalam sektor perkapalan, perusahaan menenun benang kapas 34 peratus, dalam

15

 pengeluaran besi 100 peratus dan dalam perkhidmatan keretapi 93 peratus. Kekalalahan ini juga membawa kepada kejatuhan Kerajaan Manchu. Pemberontakan Boxer telah menyatukan kuasa-kuasa asing untuk menghantar tentera ke negara China. Pada 1900, terdapat lebih kurang 45,000 tentera bersekutu di utara China dan sebahagian besarnya dari negara Jepun, British, Rusia, British, Amerika Syarikat dan juga 59

Perancis.   Setelah berjaya menawan Peking dan Tien-tsin, tentera-tentera asing telah mengeledah dan merosakkan bandar maharaja. Jelaslah ini menunjukkan bahawa kesan  pemberontakan Boxer telah menyebabkan kemusnahan bandar-bandar di China terutamanya  bandar maharaja. Selain itu, kesan penentangan daripada pemberontakan Boxer ini juga telah menyebabkan British menerima 400,000 tael dan utusan meminta maaf daripada kerajaan China akibat daripada kebangkitan yang berlaku di Tien-tsin.

60

  Hal ini disebabkan oleh berlaku banyak

kerugian akibat daripada pemberontakan boxer ini. Manakala keluarga Margary pula dibayar 200 000 tael dan Britain menerima wakil meminta maaf daripad kerajaan China akibat daripada 61

 peristiwa Margary. Margar y.  Peristiwa Margary ini merupakan peristiwa pembunuhan dua orang warga British yang menyebabkan kemarahan orang-orang British. Seterusnya ramai yang terkorban dalam serangan yang telah di lancarkan oleh kumpulan boxer akibat daripada kebangkitan boxer. Serangan yang dilakukan oleh orang-orang Boxer telah mengalami kekalahan disebabkan serangan ini dapat dipatahkan oleh pasukan tentera asing. Di samping itu, usaha-usaha banyak dilakukan bagi mencari pendamaian setelah tamatnya kebangkitan Boxer. Pihak istana telah menghantar wakil untuk berunding dengan kuasa  barat. Maharani Dowager dan Maharaja Kuang Kuan g Hsu di minta mint a pulang ke Peking P eking oleh kuasa barat ba rat dan perundingan tidak akan berjalan atau dibuat jika kedua-duanya tidak pulang. Syarat –  Syarat –  syarat  syarat yang ketat telah dikenakan oleh kuasa barat membimbangkan Maharani Dweger dan keluarga diraja untuk pulang ke Peking. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh perwakilan barat di Peking. Oleh itu, dua belas nota  bersama telah diisytiharkan pada 24 Disember 1900, hasil daripada perbincangan yang dibuat 59

 Werner Levi (1953). Modern (1953). Modern China’s Foreign Policy. Policy . Great Britain: University of Minnesota. hlm 61  Joseph W. Esherick (1987). The Origins of Boxers Uprising . Uprising . London: University of California. hlm 15 61  Young Hum Kim (1966). East (1966). East Asia’s Turbulent Century. Century . New York: Meredith Corporatio. hlm 104 60

16

oleh semua perwakilan asing. Pada Januari 1901, nota ini terpaksa di terima kerajaan China. Antara isi kandungan utama bagi penyelesaian akhir ini ialah hukuman ke atas yang bersalah. Seterusnya berkenaan ganti rugi. Kerajaan China juga akan membayar sejumlah bayaran ganti 62

rugi sebanyak 450 juta tahil atau 67.5 juta pound sterling secara ansuran selama 39 tahun.

Seterusnya antara syarat lain sebagai tambahan kepada dua perkara sebelum ini, beberapa syarat lain dipersetujui iaitu menghantar utusan maaf ke Jerman dan Jepun. Pada 11 September 1901, sebelas wakil kuasa-kuasa barat telah menandatangani protokol Boxer. Kerajaan China di wakili oleh Li Hung Chang dan putera Ching. Syarat-syarat telah disesuaikan dengan protokol ini. Kuasa-kuasa Barat mulai bimbang terhadap sesama sendiri tentang peluang –  peluang –  peluang   peluang perdagangan, persamaan hak, dan masa depan kepentingan mereka di China selepas kebangkitan Boxer. Pada 3 Julai 1900, Amerika Syarikat Syarikat telah mengisytiharkan dasar buka pintu yang kedua kali. Pada 16 Oktober 1900, perjanjian British-Jerman telah ditandatangani dan kuasa-kuasa asing bersetuju mengakui kewujudan pentadbiran dan hak negara China. Sehubungan itu, kesan pemberontakan Boxer juga menyebabkan kedaulatan China telah tercabar dengan protokol Boxer yang telah dibuat oleh kuasa –  kuasa  –   kuasa barat. Hal ini demikian kerana, mereka merasa tercabar disebabkan oleh maruah mereka akan jatuh kerana protokol Boxer yang akan dibuat. Hal ini menyebabkan kuasa –  kuasa –   kuasa barat mengambil kesempatan ke atas China dan membahagikan wilayah  –   wilayah dan pentadbiran di China kepada beberapa wilayah. Ekonomi negara China juga terjejas akibat pengaliran wang keluar kerana terpaksa membayar hutang kepada negara-negara barat dengan menggunakan mata wang barat atau 63

asing.  Hutang sebenar China ialah 450 juta tael tetapi meningkat sekali ganda apabila jumlah keseluruhan yang perlu di bayar ialah 982 238 150 tael kerana dikenakan kadar empat peratus 64

setahun dalam tempoh 39 tahun.

Selain itu, kesan pemberontakan juga menyebabkan maruah negara China telah tercemar akibat daripada kekalahan dalam kebangkitan Boxer. Kekalahan ini juga turut menjejaskan kepimpinan Manchu dan usaha untuk menggulingkan dinasti Manchu telah dijalankan di bawah 62

 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Moden . Kuala Lumpur: Universiti Malaysia. hlm 90  Robert A. Bicker & R.G. Tiedemann. (2007). The Boxer, China and The World . World . United States of America: Rowman & Littlefield Publishers. hlm 52 64  Lynn Bodin (1979). The Boxer Rebellion. Rebellion . Great Britain: Osprey Publishing. hlm 22 63

17

 pimpinan Dr. Sun Yat Sen. Akhirnya, pada 1911 dinasti Manchu berjaya digulingkan oleh golongan revolusioner. Jelaslah disini pemberontakan yang dilakukan akan memberi kemudaratan kepada masyarakat apabila sesuatu pemberontakan gagal menguasai kuasa barat.

18

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dijelaskan bahawa pemberontakan Boxer yang berlaku di China adalah bertujuan untuk menentang perubahan dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak British dan kuasa-kuasa asing lain serta terhadap sistem pemerintahan Dinasti Qing itu sendiri. Pemberontakan ini telah dipelopori oleh ahli-ahli kongsi gelap dan para peninju yang berusaha menentang penguasaan British dan kuasa-kuasa asing lain di negara China. Di samping itu, adanya penyebaran agama Kristian oleh mubaligh Kristian dari negara asing turut membangkitkan kemarahan rakyat China yang seterusnya gerakan ini menjadi asas kepada  perkembangan semangat kebangsaan keban gsaan dalam kalangan rakyat China untuk menentang penjajahan p enjajahan  barat. Kekalahan China dalam pemberontakan Boxer telah memberi kesan kepada negara China terutamanya dari aspek ekonomi dan pentadbiran. Kegagalan kebangkitan Boxer ini juga sesuatu yang memalukan pihak istana dan imej pemerintah Manchu menjadi bertambah teruk.

19

BIBLIOGRAFI

Bicker, Robert A. & Tiedemann, R. G. 2007. The Boxer, China and The World . United States of America: Rowman & Littlefield Publishers. Bodin, Lynn E & Warner, Chris .1979. Military.

The Boxer Rebellion. Rebellion. United Kingdom : Osprey

Esherick, Joseph W. 1987. The Origins of Boxers Uprising . London: University of California. Frederic A. Sharf & Peter Harrington. 2000. China 1900: The Eyewitnesses Speak . London: Greenhill Books, London Stackpole Books, Pennsylvania. Harington, Peter. 2001. Peking 2001. Peking 1900, The Boxer Rebillion. United Rebillion. United Kingdom: Osprey Publishing. Jacob E. Safra, Constantine S. Yannias & James E. Goulka. 1768. The New Encyclopaedia th  Britannica Voume 2 15  Edition. K Gilbert & L Dorothy. 1977. “The Boxer Movement,” dalam Asian dalam Asian Transformation: A History of South- East, South and East Asia. Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books(Asia)LTD. Levi, Werner. 1953. Mo 1953. Modern dern China’s Foreign Policy. Policy. Great Britain: University of Minnesota. Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.  1800-1955.  Kuala Lumpur: Adabi Publications. Suffian Mansor. 2003. Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Young, Hum Kim. 1966. East 1966. East Asia’s Turbulent Century. Century. New York: Meredith Corporation.

20

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF