1.4 sistem dan struktur pentadbiran negara NAMA AHLI : MUHAMMAD AFIQ : FATHURAHMAN : RABBANI
1.4.1KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
Badan
Perundangan
(Legislatif) Badan Pelaksana (Eksekutif) Badan Kehakiman (Judisiari)
1.4.2 RAJA BERPELEMBAGAAN
Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
CARA YANG DIPERTUAN AGONG DIPILIH
Dipilih daripada kalangan 9 orang Raja Melayu daripada 9 buah Negeri secara bergili-gilir.
BIDANG KUASA YANG DIPERTUAN AGONG
Ketua negara Ketuai 3 badan kehakiman, perundangan, pelaksana dan kehakiman Satu daripada tiga unsur Parlimen Ketua Angkatan Tertinggi Bersenjata Berkuasa mengampunkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh
BIDANG KUASA YANG DIPERTUAN AGONG
Menjaga kedudukan hak istimewa orang Melayu Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan , Sabah dan Sarawak Ada kuasa budi bicara melantik Perdana Menteri Boleh isytiharkan undang-undang darurat Bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Persekutuan Ada kuasa tertinggi mentauliahkan duta-duta negara.
1.4.3 BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
Merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh parlimen. Fungsinya ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Terdiri daripada Yang Di Pertua Agong(YDPA), Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
A.Ciri-ciri Dewan Negara
Dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Mengandungi 70 orang ahli. Ahlinya digelar Senator dan mewakili setiap negeri. Dilantik oleh YDPA tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya. Memegang jawatan bagi tempoh 3 tahun. Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri
B.Ciri-ciri Dewan Rakyat
Dewan terpenting Ahli dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum. Mengandungi 222 ahli. Mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan 5 tahun.
C.Proses meluluskan undangundang di Parlimen
1.4.4 BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasardasar kerajaan Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasardasar kerajaan dalam semua perkara Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Setiap Kementerian diketuai oleh seseorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik
1.4.4 BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)
Seseorang Menteri yang tidak diberikan tanpa tugas dalam Kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran ketua Pengarah.
1.4.4 BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)
Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran ketua Pengarah. Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun seperti MIDA, MADA dan FRIM. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
1.4.5 BADAN KEHAKIMAN(JUDISIARI)
Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.. Boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara kita. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang , mengisytiharkan undangundang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
1.4.5 BADAN KEHAKIMAN(JUDISIARI)
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen. Sistem mahkamah di negara mengikut hieraki piramid. Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh YDPA dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa YDPA. Hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik Supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin kesaksamaan undang-undang.
1.4.5 BADAN KEHAKIMAN(JUDISIARI)
Penashat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan jadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan dan dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.
KEPENTINGAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Meneguhkan kedaulatan Raja Menjamin keamanan negara Menjamin kestabilan negara Kemajuan ekonomi Kemakmuran negara
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.