12 (Shafiq) Politik Permuafakatan Docx

January 10, 2018 | Author: Jamhari Hafiz | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download 12 (Shafiq) Politik Permuafakatan Docx...

Description

1

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN PUSAT PENGAJIAN SEJARAH , POLITIK DAN STRATEGI EVOLUSI POLITIK MALAYSIA (SKSP 1033) SEMESTER 1 SESI 2009/2010 SEJAUH MANAKAH MALAYSIA BOLEH DIKATAKAN SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MENGAMAL SISTEM POLITIK PERMUAFAKATAN (CONSOCIATIONAL POLITICS) DISEDIAKAN UNTUK : DISEDIAKAN OLEH

: MOHAMAD SHAFIQ BIN SHAINI NO. MATRIK : A127166

2

PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, politik membawa makna ilmu pengetahuan dan cara pemerintahan sesuatu negara itu dijalankan manakala permuafakatan pula membawa makna perundingan dan persetujuan yang dicapai di antara kedua-dua pihak yang terlibat. Perkembangan politik Malaysia pada sekitar 1950-an dianggap sebagai “turning point“ dalam usaha ke arah mewujudkan intergrasi politik di kalangan pemimpin yang mewakili masyarakat pelbagai kaum ( plural society ). Ia merupakan evolusi politik sejarah tanah air yang penting kerana di sinilah bermulanya permuafakatan politik

di antara parti-parti terutamanya parti UMNO ( United Malay

National Organization ) dan MCA ( Malayan Chinese Associate ) yang sekaligus meletakkan sebuah parti dominan yang dikenali sebagai PERIKATAN1. Kerjasama kedua-dua parti tersebut membawa banyak kejayaan dalam siri-siri pilihan raya yang diadakan bermula pada pilihan raya peringkat Bandaran Kuala Lumpur pada 1952 sehinggalah kepada kejayaan bermakna pada pilihan raya umum pertama 1955 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, hal ini juga telah membawa kemasukan parti MIC ( Malayan Indian Congress ) ke dalam Perikatan. Asas-asas politik permuafakatan di antara UMNO, MCA dan MIC telah menjadi “modal“ penting kepada pihak Perikatan untuk membawa misi memerdekakan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman pada 1956 ke London. Akhirnya pada 31 Ogos 1957 atas usaha pihak perikatan, negara Malaysia ini mencapai kemerdekaan dari pihak British. Signifikannya, perkembangan peristiwa ini membawa kepada politik permuafakatan yang merupakan nadi kepada perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini2.

TEORI POLITIK PERMUAFAKATAN Teori politik permuafakatan ataupun consociational politics telah diperkenalkan oleh Arend lijphart dalam satu Kongres Pertubuhan Sains Politik Sedunia yang diadakan di Brussels pada tahun 19673. Arend lijphart mentakrifkan politik permuafakatan sebagai 1

Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia – Isu-isu dan Perkembangan, PTS Publication & Distributor Sdn Bhd, 2002, hlm. 21. 2 Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia – Isu-isu dan Perkembangan , PTS Publication & Distributor Sdn Bhd, 2002, hlm. 21. 3 Teori politik permuafakatan ini dikemukakan oleh Arend LIjphart dalam bukunya, The Politics Of Accommodation Pluralism And Democracy In The Netherland , Berkely, Calif, University Of California Press , 1968 .

3

kerajaan yang dicorakkan oleh pakatan elit yang mengubah corak demokrasi daripada berbentuk pemecahan kepada budaya politik demokrasi yang lebih stabil. Menurut Arend Lijphart, politik permuafakatan merupakan perkongsian kuasa di antara masyarakat umum yang terdiri dari rakyat sesebuah negara yang dibahagikan mengikut etnik, bahasa, agama dan faktor-faktor lain. Kunci utama teori politik akomodasi ( accommodation ) ataupun politik permuafakatan ini adalah kerjasama yang erat dan tolak ansur di antara golongan elit setiap parti politik yang mewakili setiap kaum di dalam sesebuah kerajaan di mana negaranya terdiri daripada pelbagai kaum , supaya dapat membentuk sebuah demokrasi politik yang kukuh dan stabil. Teori politik permuafakatan bukan sahaja telah terbukti berjaya dilaksanakan di Malaysia namun juga terbukti berjaya dilaksanakan di negara-negara barat, antaranya ialah Belanda, Switzerland dan Austria. Terdapat juga Negara-negara bukan Eropah yang berjaya mempraktikkan politik permuafakatan antara kaum ini, iaitu Lebanon, Crypus dan Surinam.

CIRI-CIRI POLITIK PERMUAFAKATAN Arend lijphart menyenaraikan empat ciri-ciri utama sesebuah politik permuafakatan. Pertama ialah perkongsian kuasa, perkongsian kuasa merupakan ciri asas dan kunci utama kepada pembentukkan politik permuafakatan yang mempunyai banyak kaum ini. Kerjasama yang erat di antara golongan elit politik ini ( elit cartel ) dari pelbagai parti politik yang mewakili setiap kaum adalah sangat penting, dan ini perlu bagi membentuk sebuah kerajaan demokrasi yang kukuh. Golongan elit ataupun pemimpin dari setiap kaum perlu mempunyai permuafakatan, perbincangan, tolak ansur dan kompromi dalam pelbagai pekara terutamanya dalam soal pembahagian dan perkongsian kuasa. Hal ini seterusnya akan menjadi pemangkin kepada kestabilan sesebuah negara dari segi kestabilan politik dan demokrasi politik. Kedua ialah pembahagian autonomi setiap kaum, setiap kaum dalam masyarakat harus mempunyai autonomi dan hak yang agak tinggi bagi membolehkan tiap-tiap kaum dapat menentukan dasar-dasar utama kaum masing-masing seperti yang melibatkan hak-hak sesuatu kaum tersebut, umpamanya seperti bahasa dan kebudayaan. Kaum minoriti terutamanya perlu kepada keadaan ini iaitu keperluan terhadap autonomi dan hak agar keberlansungan sesuatu kaum tersebut dapat berterusan.

4

Ketiga ialah keseimbangan dan perkadaran, kewujudan sesuatu kuota atau proposionaliti bagi membolehkan tiap-tiap kaum memilih secara berkadar peruntukan kaum mereka untuk tabung awam dan perlantikan dalam perkhidmatan awam. Hal ini bermakna setiap kaum diberikan peruntukan secara kuota mengikut kadar yang ditetapkan bagi setiap kepentingan kaum mereka sendiri. Keempat ialah kuasa veto, di mana elemen ini harus ada di dalam politik permuafakatan

agar dapat menjamin kepentingan tiap-tiap kumpulan supaya dapat

mempertahankan kepentingan kaum masing-masing. Kuasa veto yang dimiliki oleh golongan elit politik kaum masing-masing harus ada supaya golongan elit tersebut dapat mengelakkan penindasan hak ke atas kaum mereka.

POLITIK PERMUAFAKATAN MALAYSIA ASAS POLITIK GABUNGAN Dalam konteks Malaysia, stuktur masyarakat majmuk turut memberi pengaruh kepada amalan politik permuafakatan. Sejak dari pengenalannya kerajaan kolonial Inggeris telah membina kelengkapan yang mengambil kira sifat kemajmukan ini seperti mewujudkan wakilwakil kaum

dan menerima gabungan parti United Malay National Organisation (UMNO)

dan Malaysian Chinese Association (MCA) sebagai rakan rundingan bagi menyediakan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang bakal merdeka. Secara tidak lansung struktur kemajmukan ini turut memberi kesan kepada pertumbuhan parti politik yang cenderung bergerak atas dasar perkauman . 4 Parti-parti politik yang dominan seperti UMNO, MCA, MIC, Democratic Action Party (DAP), PAS, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) jelas bersifat perkauman atau kedaerahan. Kegagalan Independence of Malaya Party (IMP), pimpinan Dato Onn Jaafar di dalam pilihanraya 1952 jelas memberi pengajaran betapa parti politik di Malaysia ketara cenderung kepada kepentingan sesuatu kaum tertentu untuk memastikan mendapat sokongan. Dato Onn yang begitu mahukan kemerdekaan segera mungkin telah berusaha menurut 4

Nidzam Sulaiman , Pakatan dalam Politik Sarawak , Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi , 2006 , hlm. 21.

5

kehendak Inggeris untuk mencari formula satu kerajaan yang bersifat berbilang kaum. Bagaimanapun ternyata beliau begitu awal mendahului zamannya apabila formula sedemikian ditolak oleh orang ramai. Masyarakat majmuk ini masih belum boleh menerima satu parti pelbagai kaum untuk memerintah5. Parti yang pelbagai ini pada dasarnya mendapat sokongan daripada kaum masingmasing dan dengan itu berupaya memperoleh sokongan politik yang mencukupi untuk beroperasi. Parti yang bergerak di atas idealisme pelbagai kaum dan tidak bersifat perkauman hayatnya segera berakhir dengan kegagalan. Justeru kecenderungan rakyat memberi sokongan kepada parti berasakan etnik, maka tidak muncul satu parti yang berupaya mendominasi dewan perundangan dan membentuk kerajaan. Biarpun masing-masing memiliki kerusi di parlimen, namun tidak ada parti yang muncul dominan memperoleh lebih 50% kerusi. Fenomena ini kemudian mendesak beberapa parti bergabung untuk membentuk kerajaan. Sejak merdeka, kerajaan Malaysia tidak pernah dibentuk oleh mana-mana parti politik secara sendirian. Pembentukan parti politik gabungan seolah-olah menjadi sine qua non kepada pembentukkan kerajaan di Malaysia 6. Gabungan kelihatan lebih mudah dibentuk oleh parti yang beraliran sederhana kerana rata-rata berkongsi sentimen dan kepentingan yang sama. Barisan Nasional (BN) pada peringkat pusat kini dianggotai oleh Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Liberal Democratic Party (LDP), MCA, MIC, PBB, PBDS, PBRS, Parti Demokratik Sabah (PDS), Sabah Progressive People’s, Party (SAPP), Sarawak National Party (SNAP), Sarawak United People’s Party (SUPP) dan UMNO. Anggota BN ini meskipun bergerak atas dasar perkauman, namun mampu mengawal semangat perkauman masing-masing untuk membolehkan mereka bekerjasama dengan mewujudkan satu gabungan yang padu. Dasar sukarela dan kepentingan bersama menjadi asas kepada ikatan gabungan. Meskipun demikian, terdapat juga anggota yang bertindak keluar daripada gabungan apabila menghadapi masalah dalaman. PAS umpamanya menyertai BN pada tahun 1974 tetapi keluar daripada gabungan pada tahun 1977 apabila krisis kepimpinan politik Kelantan meletus. PBS juga menyertai gabungan ini pada 1986, tetapi bertindak keluar daripada gabungan pada tahun 1990. Fenomena ini mirip kepada sifat demokrasi permuafakatan seperti yang 5

Nidzam Sulaiman, Pakatan dalam Politik Sarawak , Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 2006, hlm. 22. 6 Nidzam Sulaiman, Pakatan dalam Politik Sarawak , Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 2006, hlm. 22.

6

dipopularkan oleh Arend Lijphart (1969) melalui tulisannya 7. Beliau menggambarkan di dalam demokrasi permuafakatan tidak muncul mana-mana parti sebagai dominan dan masing-masing memiliki sokongan dan kerusi di dewan perundangan. Kegagalan memperoleh majoriti menyebabkan beberapa parti terpaksa bergabung dan gabungan ini sering berubah keanggotaannya dari masa ke masa berdasarkan tolak-ansur, tawar-menawar, rundingan dan penyesuaian. Setiap parti berkongsi kerusi dengan yang lain di parlimen demi menjamin majoriti dan ini memerlukan dasar kerjasama dan muafakat yang tinggi. Di samping menjamin dominasi Dewan Parlimen, gabungan yang dibentuk turut memberi satu gambaran sifat kerajaan yang diwakili oleh pelbagai kaum. Gabungan BN sebenarnya bermula dengan nama Perikatan. Pada tahun 1952, UMNO dan MCA bekerjasama di dalam menghadapi pilihanraya kerajaan tempatan bagi Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Tiga tahun kemudian gabungan ini bekerjasama lagi menghadapi Pilihanraya Persekutuan 1955 dan kali ini disertai pula oleh MIC8. Selepas 13 Mei 1969, kerajaan merasakan politiking yang hebat tidak membawa manfaat lalu menjemput parti lain menyertai gabungan ini dan kesannya Gerakan, PAS dan PPP bertindak menyertainya pada tahun 1974. Sejak itu gabungan bertukar nama kepada Barisan Nasional dengan anggota yang lebih besar dan mula menerima pertambahan anggota dari Sabah dan Sarawak. Secara tidak lansung kepelbagaian parti di dalam kerajaan campuran menggambarkan kemajmukan masyarakat Malaysia. Gabungan parti pelbagai kaum sehingga kini didapati berupaya menjadi formula terbaik bagi menyelesaikan masalah persaingan politik perkauman di Negara ini. Hujah Case (1996), Lijphart (1977) dan Mauzy (1983) adalah antara tulisan yang menyokong kepada formula permuafakatan sebagai jalan keluar kepada politik perkauman di dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

7

Nidzam Sulaiman , Pakatan dalam Politik Sarawak , Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi , 2006 , hlm. 23. 8 Nidzam Sulaiman , Pakatan dalam Politik Sarawak , Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi , 2006 , hlm. 23.

7

PENUBUHAN PARTI KEMERDEKAAN MALAYA ( IMP ) : SUATU KESINAMBUNGAN KE ARAH PENUBUHAN POLITIK PERMUAFAKATAN DI TANAH MELAYU Hasrat untuk menubuhkan IMP telah disampaikan oleh Dato Onn kepada Sir Hunrey Gurney pada bulan Jun 1951. Dato berpendapat bahawa corak pemikiran parti UMNO yang konservatif akan menghalang beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada kaum lain bagi mewujudkan permuafakatan di antara satu sama lain. Henry Gurney berpandangan bahawa cadangan ini akan mengejutkan para pemimpin UMNO dan masyarakat melayu secara amnya. Hal ini menongkah arus perjuangan pada masa tersebut, di mana perjuangan adalah untuk menuntut hak ketuanan melayu. Menurut beliau, penubuhan IMP sebagai parti politik bercorak bukan perkauman merupakan suatu langkah yang drastik untuk dilaksanakan di Tanah Melayu memandangkan masyarakat melayu masih belum bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat bukan melayu. Dato Onn menyatakan bahawa pertambahan ahli IMP adalah berdasarkan kepada perwakilan bagi setiap kawasan. Pada peringkat awalnya Dato Onn menjangkakan Tan Cheng Lock akan menolong beliau dalam IMP, namun pada hakikatnya beliau masih tidak dapat memberikan keputusan yang muktamad mengenai keahliannya dalam IMP. Kegagalan Dato Onn untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum serta tomahan yang dilemparkan kepadanya oleh ahli-ahli UMNO yang lain menyebabkan beliau mengambil keputusan muktamad untuk meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO dan seterusnya meninggalkan parti tersebut. Dato Onn dalam ucapan terakhir beliau pada 25 Ogos 1951 mengingatkan kepada semua ahli bahawa kemerdekaan hanya kan dicapai melalui kerjasama antara kaum yang akan dapat menjamin keselamatan serta perpaduan antara kaum di negara ini 9. Dato Onn menyerahkan tampuk peneraju UMNO yang diasaskan oleh beliau kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Parti Kemerdekaan Malaya atau IMP telah ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1951 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh lebih 100 orang perwakilan dari semua kaum. Kebanyakan pemimpin utama masyarakat bukan melayu terutamanya Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisingam dan yang lainnya telah memberikan sokongan padu terhadap IMP. Penubuhan IMP telahn menerima penentangan dari orang melayu disebabkan dasarnya yang menyerupai dasar yang diperkenalkan oleh British dalam Malayan Union, iaitu 9

Tajudin Haji Abdul Rahman, Dato Onn Tokoh Nasionalis, Petaling Jaya Pelanduk Publication 1987, hlm. 18.

8

mengenai konsep persamaan taraf kepada semua kaum tanpa mengira bangsa. Hal ini telah menyebabkan kepercayaan bangsa melayu kepada Dato Onn telah merudum. Tunku Abdul Rahman sendiri telah mengancam akan memecat keahlian ahli yang menunjukkan sokongan terhadap Dato Onn dalam mesyuarat UMNO yang diadakan pada 29 hingga 30 Mac 1952. Sebenarnya perbuatan ini adalah bertujuan mengikis pengaruh Dato Onn dalam UMNO yang dianggap dapat meggugat kedudukan Tunku Abdul Rahman10. Tan Cheng Lock yang dikatakan memberikan sokongan terhadap IMP, pada hakikatnya telah menjalinkan hubungan sulit dengan UMNO bertujuan untuk mengadakan pakatan sulit diantara UMNO-MCA yang dinamakan PERIKATAN 11. Hanya MIC sahaja yang memberikan sokongan padu terhadap penubuhan IMP sehingga akhirnya, namun MIC bukanlah golongan majoriti jika hendak dibandingkan dengan MCA. Pertelingkahan di antara Dato Onn dengan Tan Cheng Lock bermula apabila Dato Onn meminta agar Tan Cheng Lock mengambil peranan penting dalam penubuhan IMP cawangan Melaka. Tan Cheng Lock ketika itu dikatakan belum bersedia memberikan komitmen sepenuhnya terhadap IMP telah bertindak menghubungi Mr. Humphrey Ball Of Allen, penasihat undang-undang MCA mengenai perkara tersebut. Beliau mencadangkan agar pertikaian antara UMNO dan IMP dapat diselesaikan sebelum penubuhan IMP cawangan Melaka. Cadangan Ball ini merupakan antara salah satu usaha untuk mewujudkan permuafakatan antara UMNO dan IMP untuk menuntut kemerdekaan. Proses penubuhan tersebut dengan sengaja diperlambatkan oleh Tan Cheng Lock sendiri walaupun beberapa kali Dato Onn menulis surat kepada beliau12. Di atas nasihat tidak rasmi MCA cawangan Melaka, penubuhan IMP cawangan Melaka telah ditetapkan pada Januari 1952, dan ianya hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya jumlah ahlinya sekurang-kurangnya seramai 250 orang. Namun demikian IMP cwangan Melaka tidak dapat dibentuk mengikut jadual yang ditetapkan kerana disebabkan kesukaran untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama dari pada IMP dan MCA cawangan Kuala Lumpur 13. Akhirnya Dato Onn meyedari bahawa beliau telah dipermainkan oleh Tan Cheng Lock, sehubungan dengan itu beliau meminta penjelasan dari MCA berhubung dengan pekara ini dan ianya dijelaskan oleh Tan Siew Sin iaitu anak kepada Tan Cheng Lock. Beliau menyatakan bahawa keputusan untuk menubuhkan IMP cawangan Melaka telah ditentang

10

Dr. Ramlah Adam, ‘Sejarah Pemecatan’, dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 September 1998. Oong Hak Ching, Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA 1952 : Satu Tinjauan Kembali, Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 11. 12 Ramlah Adam , 1987 , hlm. 75 . 13 R.K Vasif , Politics In A Plural Society, Oxford University Press, 1971, hlm. 66. 11

9

oleh Ball dan Shanmugam dan beliau tidak dapat memberikan penjelasan bagi pihak bapanya. Tunku Abdul Rahman telah mengambil jalan penyelesaian untuk mengelakkan pertelingkahan antara IMP dan MCA dengan cara menemui pemimpin-pemimpin parti tersebut dan beliau mencadangkan penubuhan perikatan UMNO-IMP. Walaubagaimana pun cadangan ini tidak dipersetujui oleh majoriti pemimpin IMP. Dato Onn pernah menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan MCA cawangan Selangor bagi menghadapi pilihanraya majlis bandaran yang akan diadakan pada Februari 1952 iaitu pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur , tetapi hasrat beliau ditolak oleh pemimpin MCA cawangan Selangor. Tidak lama kemudian sebuah akhbar berbahasa inggeris iaitu The Straits Budgets bertarikh 10 Januari 1952 melaporkan Perikatan UMNO-MCA akan bekerjasama dalam pilihanraya tersebut14. Disimpulkan bahawa idea penubuhan perikatan ini asalnya dari pihak IMP dimana pada awalnya IMP mempelawa MCA cawangan Selangor tetapi pelawaan ini di tolak, sebaliknya MCA cawangan Selangor mengadakan pakatan perikatan UMNO-MCA untuk menyatakan ketidak sokongan mereka terhadap IMP15.

KEGAGALAN PARTI KEMERDEKAAN MALAYA ( IMP ) SEBAGAI SEBUAH PARTI POLITIK PERMUFAKATAN ANTARA KAUM Oleh sebab pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur ataupun pilihanraya municipal hanya akan diadakan sekiranya wujud perpaduan antara kaum, iaitu seperti mana janji British yang hanya akan memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu sekiranya wujud perpaduan antara kaum-kaum di Tanah Melayu. Disebabkan pekara tersebut Perikatan UMNO-MCA ditubuhkan bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak British. Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Hal Ehwal Siasah pilihanraya UMNO, Inche Sa’adon Haji Zubir berpendapat bahawa langkah penubuhan perikatan merupakan cara yang terbaik bagi mencapai matlamat dalam pilihanraya tersebut 16. Menurut Tunku Abdul Rahman penubuhan perikatan ini adalah perlu untuk mengelakkan sebarang konflik perkauman. Dato Onn walaupun gagal mendapatkan sokongan daripada MCA cawangan Selangor tetap bertekad untuk bertanding dalam pilihanraya municipal. Strategi untuk 14

Oong Hak Ching, Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock Dan Penubuhan Perikatan UMNO-MCA , hlm. 14. Ramlah Adam,Dato Onn Jaafar Peranannya Di Dalam Politik dan Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu, 1985-1962,Kuala Lumpur Gateway Publishing House, 1987 , hlm. 73. 16 Oong Hak Ching, Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock Dan Penubuhan Perikatan UMNO-MCA, hlm. 15. 15

10

memenangi pilihanraya tersebut telah disusun oleh perikatan UMNO-MCA dimana tiga isu utama telah dimainkan , iaitu keharmonian antara kaum merupakan landasan utama ke arah mencapaikejayaan dalam pentadbiran, kerjasama yang erat antara ahli

bagi kelancaran

pilihanraya dan menekankan konsep kepentingan semua kaum dalam sebarang aktiviti politik17. Perjalanan pilihanraya municipal yang pertama tidak berjalan seperti yang dijangkakan terutamanya di pihak

IMP kerana seolah-olah ada pakatan di kalangan

sesetengah pemimpin MCA, dimana ada diantara mereka yang menyokong IMP dan ada juga yang menyokong perikatan UMNO-MCA. Manakala Tan Cheng Lock pula mengambil sikap berkecuali tanpa menunjukkan sokongan kepada mana-mana pihak. Hasilnya dalam pilihanraya tersebut IMP memenangi 9 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan, manakal IMP hanya memperoleh 2 kerusi dan satu kerusi lagi dimenangi oleh parti bebas. Jumlah undian yang diperoleh oleh pihak perikatan berjumlah 10 240 manakala IMP hanya memperolehi 641 undi. Walaupun ianya hanya

merupakan pilihanraya peringkat

perbandaran , namun Dato Onn dan IMP menghadapi kekalahan yang agak mengejutkan18.

DI AMBANG PERMUAFAKATAN POLITIK MALAYA 1951-1955 PERKEMBANGAN POLITIK 1951-1955 Pilihanraya merupakan di antara ciri penting dalam amalan sistem demoktasi berparlimen. Dalam 1950-an, pilihanraya tempatan mula diperkenalkan sebagai langkah ke arah memupuk perpaduan di kalangan kaum. Antaranya ialah pilihanraya Majlis Bandaran peringkat George Town, Pulau Pinang pada 1951. Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Melaka, dan Seremban diadakan pada 195219. Selepas itu, pilihanraya peringkat negeri diadakan pada 1954 dan pilihanraya peringkat persekutuan pada 1955. Pilihanraya pertama peringkat persekutuan untuk Majlis Perbandaran George Town telah diadakan pada 1 Disember 1951, namun demikian pilihanraya ini tidak memberikan impak yang begitu hebat berbanding dengan pilihanraya Majlis Perbandaran kuala Lumpur. Seperti mana yang pernah dibincangkan sebelum ini, pilihanraya ini merupakan titik tolak bermulanya permuafakatan antara kaum di tanah melayu dalam arena politik nasional . Di mana keputusan pilihanraya 17

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Tanah Melayu , Penerbit Universiti Malaya, 1998, hlm. 263. 18 Rohani Abd Ghani dan Zulhilmi Paidi , Kenegaraan Malaysia – Isu-isu dan Perkembangan , PTS Publication & Distributors Sdn Bhd, 2002, hlm. 23. 19 Rohani Abd Ghani dan Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia – Isu-isu dan Perkembangan , PTS Publiucation & Sdn Bhd, 2002, hlm. 22.

11

tersebut berpihak kepada perikatan UMNO-MCA dengan berjaya memenangi 9 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan, manakala IMP hanya memperoleh 2 kerusi dan satu dimenangi oleh parti bebas. Pilihanraya ini membawa impak yang positif kepada kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua pihak dan ini mewujudkan ikatan baru yang dikenali sebagai PERIKATAN. Langkah utama yang diambil oleh pihak perikatan adalah dengan memastikan pilihanraya perbandaran Kuala Lumpur menjadi medan ukuran sejauh manakah sokongan rakyat terhadap mereka20. Hasilnya, Tunku Abdul Rahman menyeru agar perikatan ini diperluaskan ke negeri-negeri lain termasuk Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan akhirnya memperlihatkan kejayaan pihak perikatan dalam pilihanraya yang diadakan. Kejayaan ini membawa kepada rundingan meja bulat di antara UMNO dan MCA. Sebanyak tiga kali rundingan diadakan iaitu pada 3 Februari 1952 di Kuala Lumpur, 21 Februari 1953 di Singapura dan akhir sekali pada 15 Mac 1953 di Johor Bahru, hasilnya Tunku Abdul Rahman dinamakan sebagai Ketua Perikatan. Pada tahun 1952 masih ramai pihak yang ragu-ragu tentang keberkesanan penggabungan UMNO-MCA, bagi mereka perikatan tidak mampu bertahan lama disebabkan asas yang tidak kukuh berdasarkan rentetan hubungan Cina- Melayu kurang meyakinkan di Tanah Melayu implikasi daripada dasar segmentasi kolonial Inggeris dan kesan penjajahan Jepun sekitar 1940-an. Tambahan pula, desakan daripada kaum cina berhubung dengan isu mendapatkan hak kewarganegaraan bagi mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu. Namun pertikaian dan masalah yang wujud pada masa itu dapat ditangani oleh barisan pemimpin perikatan dalam usaha menghormati perjuangan parti. Dalam meneliti perkembangan parti perikatan, ia tidak menampakkan sebarang masalah yang boleh mengoncangkan jalinan dan permuafakatan politik yang terbina di antara kedua-dua parti21. Malah kedua-dua parti iaitu UMNO dan MCA sentiasa menyokong di antara satu sama yang lain dalam menghadapi sebarang pilihanraya. Misalnya sekiranya pihak MCA yang menurunkan calon-calonnya, maka pihak UMNO akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pihak MCA yang bertanding. Walaupun UMNO dan MCA merupakan parti berbaur perkauman tetapi melalui gabungan perikatan yang dilaksanakan, ia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengatasi parti yang bukan bersifat perkauman iaitu 20

Rohani Abd Ghani dan Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia – Isu-isu dan Perkembangan , PTS Publiucation & Sdn Bhd, 2002, hlm. 22. 21 Rohani Abd Ghani dan Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia – Isu-isu dan Perkembangan , PTS Publiucation & Sdn Bhd, 2002, hlm. 23.

12

IMP. Perikatan mengulangi kejayaan pada pilihanraya perbandaran yang lain pada 1952-1953 dengan memenangi 94 daripada 124 kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini memaksa Dato Onn cuba mengembalikan keyakinan kepada perjuangan politik dengan menubuhkan parti baru pada 1954 yang dikenali sebagai Parti Negara. Menyingkap perhubungan politik di antara UMNO dan MCA, ia lebih ketara pada bulan Ogos dan September 1952 apabila Victor Purcell hadir ke tanah melayu atas jemputan MCA untuk menyediakan laporan mengenai orang-orang cina di Tanah Melayu. Orang-orang melayu menganggap kehadiran Dr. Purcell amat bertepatan kerana beliau merupakan seorang yang terkenal dan menjadi jurucakap kepada isu-isu berkaitan dengan politik orang-orang cina. Dalam masa itu juga, pihak MCA menghulurkan $ 500,00 untuk mewujudkan tabung kebajikan Melayu sebagai kerjasama dengan pihak UMNO22. Kejayaan pihak Perikatan adalah berpunca daripada kerjasama yang erat di kalangan pemimpin mereka. Majoriti pengundi datangnya dari kaum melayu dan pihak MCA pula bersedia menghulurkan bantuan kewangan bagi tujuan pihak UMNO menjalankan kempen- kempen pilihanraya. Dalam masa yang sama Tunku Abdul Rahman dalam kempennya menentang Dato Onn memberikan jaminan untuk memerdekakan Tanah Melayu dalam masa tiga tahun. Pada Mac 1953, kedua-dua pemimpin dalam parti UMNO dan MCA mengumumkan tentang persetujuan yang dicapai dalam dasar pilihanraya untuk Majlis Perundangan Persekutuan. Antaranya merangkumi toleransi antara kaum, orang-orang melayu diberi peluang untuk meningkatkan diri dalam bidang ekonomi dan hak keistimewaan mereka tidak tergugat, manakala hak kerakyatan kaum cina diberi kelonggaran. Perikatan juga turut meminta agar 44 daripada 75 ahli dalam Majlis Perundangan mesti dipilih dan pilihanraya umum yang bakal diadakan pada 1954. Sebelum pilihanraya dijalankan, pada 17 Oktober 1954

secara rasminya Kongres India Tanah Melayu ( MIC ) telah menyertai

Perikatan setelah bersama-sama memperjuangkan ideologinya

bersama-sama IMP,

penyertaan MIC dalam perikatan telah mendapat sokongan penuh daripada kaum India di Tanah Melayu23. Perikatan UMNO-MCA-MIC telah memperkukuhkan dasar dan membuat tuntutan kemerdekaan Tanah Melayu daripada Pejabat Tanah Jajahan British, apabila perbincangan dengan pihak British dilaksanakan, pihak perikatan bersetuju menerima 22

Rohani Abd Ghani dan Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia – Isu-isu dan Perkembangan , PTS Publiucation & Sdn Bhd, 2002, hlm. 25.

23

Haji Tajuddin Bin Haji Hussein, Malaysia Negara Kita , MDC Publisher Sdn Bhd, 2007, hlm. 264.

13

tawaran berasaskan semangat tolak ansur dari kerajaan British dengan syarat semua wakil rakyat perikatan diletakkan semula dalam Majlis Mesyuarat masing-masing dan suruhanjaya perlembagaan harus ditubuhkan. Pihak British bersetuju dengan syarat pertama tetapi tidak membuat sebarang tindakan untuk syarat kedua kerana penubuhan suruhanjaya perlembagaan memerlukan keizinan daripada sultan. Sejak bulan julai 1954, keadaan aktiviti politik di tanah melayu semakin rancak dan perikatan menunjukkan kekuatan mereka dengan kemenangan dalam pilihanraya setiap peringkat yamg diadakan. Perikatan terus mendapat sokongan dari orang ramai apabila pilihanraya umum

1955 diumumkan, perikatan UMNO-MCA-MIC bersama-sama

menghadapi pilihanraya tersebut . Ditafsirkan bahawa seramai 1.6 juta orang penduduk yang layak mengundi. Daripada angka ini 1.28 juta mendaftar untuk mengundi. Sejumlah 85% daripada yang mendaftar itu keluar mengundi, antara pengundi yang mendaftar didapati 84% daripadanya melayu, 11% cina dan kurang daripada 5% penduduk berketurunan india

24

.

Sungguhpun peratusan menunjukkan kelebihan yang besar bagi undi melayu tetapi perikatan meletakkan cuma 35 calon melayu daripada UMNO, 15 daripada MCA, dan 2 calon daripada MIC. Sungguhpun hanya ada 11% pengundi-pengundi cina yang berdaftar, pihak perikatan meletakkan

15 calon MCA iaitu bersamaan dengan 28% daripada jumlah calon perikatan

25

. Sebenarnya tidak satu pun kawasan pilihanraya pada masa itu yang mempunyai pengundi

india yang jumlahnya mencecah 50% , tetapi perikatan bersetuju mencalonkan dua orang dari keturunan india. Seterusnya 50% dari 52 kawasan yang dipertandingkan dalam pilihanraya 1955 mempunyai majoriti orang-orang melayu. Namun, dalam hal ini pihak UMNO nampaknya bersedia berkorban memberi 17 kawasan pilihanraya kepada MCA dan MIC. Nyatalah kemenangan calon-calon bukan melayu ini adalah di atas undi yang diberikan oleh pengundi-pengundi melayu. Calon-calon MCA yang seramai 15 orang itu bersama-sama dengan dua orang calon daripada MIC kesemuanya memenangi kerusi mereka. Satu kerusi gagal dimenangi oleh mereka kerana ianya dimenangi oleh PAS. Tahun 1955 merupakan tahun yang penting kerana pilihanraya umum yang pertama diadakan di seluruh Tanah Melayu, tiga buah parti politik yang mewakaili tiga bangsa terbesar di Tanah Melayu. bersetuju mewujudkan perikatan dan menghadapi pilihanraya atas 24

Rohani Abd Ghani dan Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia – Isu-isu dan Perkembangan, PTS Publiucation & Sdn Bhd, 2002, hlm. 30.

25

Rohani Abd Ghani dan Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia – Isu-isu dan Perkembangan, PTS Publiucation & Sdn Bhd, 2002, hlm. 30.

14

dasar perjuangan politik yang sama seterusnya mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu kearah sebuah negara yang memerintah sendiri Pilihanraya persekutuan pertama diadakan pada Julai 1955 dan pihak perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan di dalm Majlis Perundangan. Kemenangan ini memberikan hak majoriti yang jelas kepada perikatan di dalam majlis dan merangka pelan untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Tunku Abdul Rahman selaku ketua Parti Perikatan akan menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan baru. Ia perlu membicarakan tentang sistem perundangan dengan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan British yang melawat Tanah Melayu pada Ogos 1955 dan beliau bersetuju mengadakan persidangan di London pada awal 1956 untuk membicarakan hubungan Tanah Melayu dan Britian. Bagi pihak perikatan pula, laungan kemerdekaan semakin hampir untuk menikmati sebuah negara yang merdeka. Permuafakatan politik yang diwujudkan sejak 1950-an bukan saja mencerminkan tolak ansur di antara kaum-kaum utama di Malaysia, malah ia membawa nilai persefahaman yang paling berharga iaitu ‘perpaduan’. Landasan perpaduan inilah yang akhirnya memperlihatkan kemerdekaan Tanah Melayu yamg diilhamkan di pentas meja bulat dan bukannya secara revolusioner. Walaupun pada awalnya ada tanda-tanda yang agak mustahil untuk para pemimpin yang mewakili kaum-kaum utama di Tanah Melayu untuk berkrompomi terutamanya dalam soal politik. Ini disebabkan oleh konsep ‘masyarakat majmuk’ di Tanah Melayu yang dipecahkan oleh pelbagai golongan etnik, kebudayaan dan bahasa tetapi disatukan oleh keperluan ekonomi dan politik. Mana mungkin kemajmukan dan permuafakatan politik dapat dibina kesan daripada dasar ‘pecah dan perintah’ pihak inggeris boleh menyatukan kelompok etnik terutamanya yang melibatkan kepentingan kaum. Namun demikian benteng segmentasi dalam konsep masyarakat majmuk ‘dipecahkan’ oleh para pemimpin era 1950-an. Pengorbanan UMNO dan MCA pada 1952 diikuti oleh MIC pada 1954 menjawab persoalan mengapa permuafakatan politik adalah penting

kearah

kemerdekaan

yakni

bebas

dari

cengkaman

penjajahan.

Secara

keseluruhannya, perkembangan politik sekitar tahun1950-an membawa dimensi baru kepada pengekalan keutuhan politik negara. Barisan pemimpin yang terdiri daripada pelbagai pihak berjaya berkrompomi untuk mewujudkan permuafakatan politik. Atas kekuatan yang terbina pada era ini diteruskan pada landasan yang sama dan dilihat sebagai ‘heritage’ yang unggul berdasarkan adunan kefahaman dan tolak ansur dalam parti perikatan yang ditunjangi oleh komponen parti-parti UMNO-MCA-MIC 26. 26

Rohani Abd Ghani dan Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia – Isu-isu dan Perkembangan, PTS

15

PARTI PERIKATAN SABAH DAN SARAWAK Atas dasar semangat permuafakatan dan toleransi antara kaum di Tanah Melayu, hasilnya pada tanggal 31 ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya atas usaha para pemimpin perikatan. Permuafakatan politik selepas kemerdekaan diteruskan oleh legasi perikatan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan terhadap rakyat. Kemerdekaan Negara oleh pihak perikatan telah membuka haluan kepada kepada Sabah dan Sarawak untuk turut serta menikmati kejayaan yang dicapai, hasilnya Malaysia telah dibentuk dengan rasminya pada 13 September 1963. Implikasi dari kemasukan Sabah dan Sarawak telah menambahkan lagi bilangan parti komponen dalam Perikatan. Parti Perikatan yang wujud di negeri Sarawak yang pada mulanya muncul dalam bentuk Barisan Bersatu Sarawak (Sarawak United Front) terdiri draipada gabungan lima buah parti politik iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA), Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) yang ditubuhkan pada 22 Oktober 1962. Parti perikatan Sarawak telah dibentuk pada 21 Januari 1963 untuk menghadapi Pilihanraya Majlis Daerah yang diadakan pada tahun 1963. Di dalam pilihanraya tersebut parti perikatan Sarawak telah memenangi sebanyak 138 kerusi yang dipertandingkan27. Seperti juga di negeri Sarawak, negeri Sabah juga mempunyai Parti Perikatan Sabah yang telah ditubuhkan untuk menghadapi sebuah pilihanraya yang telah diperkenalkan oleh kerajaan British iaitu Pilihanraya Majlis Daerah yang diadakan pada tahun 1962. Partiparti yang digabungkan untuk membentuk Perikatan Sabah ialah Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Pasok Momogun, Persatuan Cina Sabah (SCA) dan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO). Parti Perikatan Sabah memperoleh kejayaan yang cemerlang di dalam pilihanrya tersebut28. Gabungan parti-parti di atas secara tidak lansung telah mewujudkan kerjasama poltik dan seterusnya kerjasama antara kaum yang merupakan satu pakatan yang murni. Kerjasama politik ini sedikit sebanyak telah dapat mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Publiucation & Sdn Bhd, 2002, hlm. 33. Haji Tajuddin Bin Haji Hussein, Malaysia Negara Kita, MDC Publisher Sdn Bhd, 2007, hlm. 268. 28 Haji Tajuddin Bin Haji Hussein, Malaysia Negara Kita, MDC Publisher Sdn Bhd, 2007, hlm. 268. 27

16

13 MEI 1969 SUATU KEGAGALAN POLITIK PERMUAFAKATAN MALAYSIA Pertelingkahan kaum memuncak dalam sejarah hitam Malaysia dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai 13 Mei 1969. Peristiwa ini dapat dianggap sebagai sebuah peristiwa rusuhan kaum yang dapat dianggap sebagai kemuncak masalah perpaduan antara kaum di negara ini, terutama sekali di antara kaum Melayu dan Cina. Tragedi ini berlaku adalah ekoran daripada pilihanraya kebangsaan yang telah diadakan pada tanggal 10 Mei 1969. Isu-isu yang menyentuh sentimen perkauman dan emosi telah dimainkan dengan begitu lantang tanpa mengambil kira sensitiviti kaum lain. Setiap kelompok etnik melihat pilihan raya

tahun itu sebagai peluang untuk mengekalkan

kepentingannya sendiri pencerobohan oleh kelompok yang lain. 29 Keputusan pilihanraya itu merupakan merupakan satu pukulan yang teruk kepada perikatan. Meskipun masih memegang majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat, jumlahnya telah jatuh merosot sekali daripada 89% pada tahun 1964 kepada 66%, dan jumlah undi merosot dari 58.4% pada tahun 1964 kepada 48.5% pada tahun 196930. Parti Gerakan, DAP, dan PPP memenangi 25 kerusi sementara PAS memenangi 12 kerusi, dan dengan itu kerajaan Perikataan telah hilang majoriri 2/3 dalam Dewan Rakyat yang bermakna kerajaan tidak boleh lagi meminda Perlembagaan sesuka hati. Pada 13 Mei, tiga hari selepas pilihanraya, penyokong-penyokong Gerakan dan DAP yang mengadakan perarakan menjelajahi jalan-jalan raya Kuala Lumpur merayakan kemenangan mereka. Perarakan balas oleh para penyokong UMNO pada 13Mei 1969 bertukar corak menjadi keganasan yang merebak dan tidak dapat dikawal di seluruh bandaraya itu. Keadaan darurat telah diisytiharkan da baeah Artikel 150 Perlembagaan Malaysia. Semua kuasa pentadbiran dipusatkan di bawah Majlis Gerakan Negara yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.

Keamanan hanya dapat

dipulihkan setelah empat hari pertumpaahn darah berlaku, namun demikian selama dua bulan sesudah rusuhan 13 Mei itu kejadian-kejadian keganasan perkauman masih berterusan. Kerajaan mengancam akan mengambil tindakan keras terhadap mana-mana ekstrimis melayu,

29

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Macmillan Publishers (m) Sdn. Bhd. ,1983, hlm. 327. 30 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Macmillan Publishers (m) Sdn. Bhd. ,1983, hlm. 327.

17

terutama yang mendesak Tunku meletakkan jawatan disebabkan amalan polisinya yang terlalu mengalah kepada kaum-kaum lain. Pimpinan Melayu dalam Perikatan menyalahkan pihak pembangkang kerana kecaman mereka yang terlalu lantang dan tanpa mengawal perasaan terhadap hak-hak istimewa orang Melayu yang telah membangkitkan reaksi keganasan dari orang Melayu. Rusuhan 13 Mei 1969 menunjukkan hakikat betapa kuatnya arus kecurigaan yang terpendam dikalangan kaum etnik itu. Peristiwa ini telah menjadi kayu pengukur kepada kejayaan politik permuafakatan yang diamalkan di Malysia, dimana jika diteliti pada awalnya politik permuafakatan yang diamalkan amat berjaya pada era 1951-1957, dimana pada ketika itu semua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan berjuang untuk mencapai matlamat yang sama iaitu mencapai KEMERDEKAAN negara yang telah menjadi tunjang kepada politik permuafakatan ketika itu.

DARI PERIKATAN KE BARISAN NASIONAL Kejayaan demokrasi permuafakatan di kalangan negara membangun adalah masih terbatas. Malaysia dapat dianggap sebagai satu negara yang berjaya, meskipun tidak bebas daripada gangguan. Sejak merdeka kerajaan campuran telah dibentuk di negara ini, namun kejayaannya terganggu akibat peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun Rusuhan Kaum pada 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa yang hampir meranapkan tunjang politik permuafakatan antara kaum di Malaysia namun ianya dapat di atasi oleh barisan kepimpinan Parti Perikatan dan penubuhan Majlis Gerakan Negara yang diketuai oleh Tun Abdul Razak.

Tun Abdul

Razak menggunakan terma ‘Barisan Nasional’ buat pertama kalinya pada sambutan Hari Kebangsaan yang di ke udarakan di radio dan televisyen pada 31 Ogos 1972 31. Beliau berpendapat dalam jangka masa panjang kestabilan politik perlu dikembalikan dalam usaha mengembalikan idea ‘consociational’ yang baru

32

. Terdapat tiga sebab utama Barisan

Nasional ditubuhkan33. 31

Diane K. Mauzy, Barisan Nasional Coalition Government In Malaysia, Marican & Sons ( Malaysia ) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur-Singapore, 1983, hlm. 75. 32 Harold Crough, Malaysian Politics and the 1978 election, Oxford University Press, Oxford New York Melbourne, Kuala Lumpur, 1988, hlm. 6. 33 Mohd. Foad Sakdan, Pengetahuan Asas Politik Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 17.

18

1. Politik: Lanjutan daripada peristiwa 13 Mei 1969, “politik ekstremis” ternyata tidak membawa kestabislan politik Malaysia. Justeru itu, untuk mengawal keadaan, sistem “extra-parlimentary” perlu diwujudkan. 2. Ekonomi: Keadaan ketidakserataan pendapatan dan ekonomi yang merupakan warisan penjajah mesti diperbetulkan. Keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan sosial di bandar dan luar Bandar perlu diwujudkan. Untuk mencapai matlamat ini, politik haruslah stabil. 3. Sosial: Proses memecahkan tembok perkauman hanya dapat dimulakan apabila semua kaum yang menetap dalam negara dapat mengenali “keperluan sosial bersama” dan menyedari hakikat bahawa ia hanya dapat dicapai melalui usaha bersama. Pola perikatan yang baru ialah semua kaum diwakili oleh satu parti sahaja, iaitu Barisan Nasional. Dalam siri lawatan Tun Abdul Razak membawa masuk Parti Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP) ke dalam BN bersama-sama dengan MCA dan MIC untuk mewakili kaum bukan melayu manakala PAS bersama-sama dengan UMNO untuk mewakili orang-orang Melayu. Kerajaan campuran di Sabah dan Sarawak juga menyertainya sebagai ahli sepenuhnya , membawa jumlah keseluruhan penyertaannya sebanyak 9 parti sebelum pilihanraya 1974 diadakan. Pada 1 Jun 1974 Barisan Nasional telah diberikan pengiktirafan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan, seterusnya berfungsi sebagai sebuah parti yang sah. 9 parti dalam Barisan Nasional ialah UMNO, MCA, MIC, PAS, PPP, Gerakan, SUPP, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dan Parti Perikatan Sabah34. Pilihanraya pertama selepas BN ditubuhkan ialah pada 1974 dan dalam pilihanraya ini BN muncul sebagai parti yang sangat dominan dengan memenangi 119 daripada 144 jumlah kerusi parlimen, lebih daripada dua pertiga majoriti kerusi35. Parti pembangkang yang kuat pada masa itu hanya DAP yang memperoleh sembilan kerusi dan kedudukan ini tidak lansung menggugat dominasi BN. Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa permuafakatan politik antara kaum yang dijalankan oleh kesemua parti komponen dalasm BN amat menguntungkan semua pihak. Dari sudut strukturnya, tidak ada perubahan signifikan antara Perikatan dengan Barisan Nasional: ia masih merupakan satu kerajaan campuran yang berasaskan rundingan dan tolak ansur antara elit politik. Hanya kedudukan UMNO yang kelihatan dominan kerana sebagai teras kepada 34

Diane K. Mauzy, Barisan Nasional Coalition Government In Malaysia, Marican & Sons ( Malaysia ) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur-Singapore, 1983, hlm 77. 35 Nidzam Sulaiman, Pakatan dalam Politik Sarawak , Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 2006, hlm.122.

19

keanggotaan BN yang lebih besar jumlah komponennya. Kedudukan sedemikian memberi makna kuasa yang dimiliki oleh setiap komponen lain menjadi lebih kecil. Walaupun selepas, beberapa dekad Pakatan Barisan Nasional masih utuh memerintah Negara dan memegang majoriti 2/3 kerusi parlimen kerajaan sehingga dapat kekal memerintah negara lebih dari 50 tahun. BN masih menjadi jalan keluar terbaik setakat ini untuk menyalurkan kepentingan yang berbeza dan pertentangan dalam politik perkauman Malaysia. Beberapa sarjana mengakui bahawa demokrasi ini berjaya diamalkan di Negara Malaysia, malah Lijphart menggangap demokrasi konsosiasional Malaysia adalah antara yang berjaya di kalangan Negara dunia ketiga.

TSUNAMI POLITIK MALAYSIA SUATU

PERMUAFAKATAN

POLITIK

ANTARA

PARTI

PEMBANGKANG

DALAM NEGARA Sekiranya pada awal kemerdekaan negara iaitu pada tahun 1957 hingga 1969, permuafakatan politik lebih tertumpu kepada pakatan UMNO-MCA-MIC. Konsep permuafakatan ini juga diperluas dan diguna pakai kepada parti-parti politik yang lain termasuk oleh parti politik yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Politik permuafakatan ini tidak sahaja berfokus kepada parti-parti yang membentuk kerajaan sahaja, malahan ianya turut diamalkan oleh parti-parti dalam komponen pembangkang. Hal ini adalah bertujuan untuk mengurangkan majoriti di pihak kerajaan dalam menduduki kerusi parlimen. Barisan Alternatif yang ditubuhkan pada tahun 1999 dan bertanding dalam pilihanraya umum 1999, 2004 dan 2008, Barisan Alternatif tidak pernah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan. Barisan Alternatif pernah ditubuhkan secara komitmen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 setelah Anwar Ibrahim disingkirkan secara tidak beretika pada 20 September 1998. Seterusnya pada 24 Oktober, empat parti pembangkang terbesar iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Rakyat (DAP), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah mengumumkan perikatan pilihan raya dan mengeluarkan manifesto bersama.

20

Ketika itu ahli-ahli BA bersetuju untuk cuma satu satu parti bertanding bagi setiap kerusi. Hasilnya banyak kerusi yang dimenangi oleh pembangkang seperti Terengganu dirampas oleh PAS dan peningkatan kerusi Parlimen. Kerusi Parlimen DAP turut bertambah namun dua pemimpinnya, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kawasan mereka. Kemuncak kepada permuafakatan antara parti pembangkang ialah dalam Pilihan Raya Umum 2008 iaitu pilihan raya yang ke-12 (PRU 12), Barisan Alternatif (BA) bersama dengan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Hasilnya, mereka berjaya menawan negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, di samping mengekalkan Kelantan di tangan PAS. Di negeri Kedah, BA bersama dengan seorang calon bebas membentuk kerajaan. Ustaz Azizan Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. Calon bebas itu pula dijemput menyertai PKR, dan beliau menerima jemputan itu. Di Pulau Pinang pula, DAP dapat menubuhkan kerajaan kerana mendapat majoriti mudah hasil kerjasama dengan PKR. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dilantik sebagai Ketua Menteri. Sementara di negeri Perak dan Selangor pula, gabungan DAP, PAS dan PKR berjaya membentuk kerajaan, dengan Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Abdul Khalid Ibrahim (PKR) menjadi Menteri Besar di negeri tempat masing-masing bertanding. Pakatan antara parti pembangkang ini berjaya dilaksanakan apabila terbukti dengan kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 itu. Kejayaan politik permuafakatan yang diamalkan oleh pihak pembangkang ini ternyata mengoncang dan memberikan impak yang mendalam kepada partiparti komponen di dalam Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO. Hal ini telah mengurangkan majoriti dua pertiga kerajaan Barisan Nasional yang selama ini menjadi pendokong kepada sebarang dasar kerajaan yang dikeluarkan tanpa ada sebarang halangan dan tentangan.

Politik permuafakatan ini dengan jelas menunjukkan kejayaan

pengamalannya dikalangan parti-parti politik untuk memperjuangkan ideologi demi mencapai matlamat bersama.

KESIMPULAN Namun demikian belakangan ini banyak pihak yang cuba untuk merobohkan tembok permuafakatan dalam politik yang menjadi asas kepada kemerdekaan dan kemakmuran

21

negara dengan memainkan sentimen berunsur perkauman dan isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan dalam negara, tetapi hal tersebut dapat diatasi dengan bijaksana oleh setiap pemimipin elit sesuatu kaum tersebut. Melalui perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa Negara Malaysia sememangnya menjalankan politik permuafakatan, di mana ianya merupakan asas kewujudan negara Malaysia yang stabil dan harmoni. Elit Malaysia telah memilih untuk mengikuti haluan politik yang direka bagi mengurus konflik etnik tanpa mengorbankan dominasi politik melayu atau bukan melayu melalui politik permuafakatan. Ini dilakukan menerusi pemimpin parti yang mewakili semua kumpulan etnik utama masyarakat dalam kabinet dan tawarmenawar elit serta permuafakatan berhubung isu-isu etnik yang sangat penting. Lijphart menjelaskan perkembangan konsosiasionalisme di Malaysia sudah bermula sejak sebelum merdeka lagi. Mauzy menyusurgalurkan sejarah perkembangan politik gabungan yang terdapat dalam kerajaan campuran Malaysia dan menyatakan bahawa amalan yang dilakukan menjadi faktor penting kepada pengekalan kestabilan dan pembangunan politik di negara ini. Konsosiasionalisme sebenarnya dapat diibaratkan dengan litupan gula icing kek yang rapuh yang mengikat hubungan kaum. Meskipun tampak menarik dan menutupi seluruh permukaan, icing sebenarnya tidak membentuk ikatan yang padu serta mendalam antara kelompok yang berbeza. Hal ini dapat dirujuk kepada peristiwa 13 Mei 1969, ikatan padu yang berbau perkauman seperti ini ternyata masih tidak menjamin hubungan yang padu antara kelompok yang bertentangan. Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah demokrasi permuafakatan dengan jelas menggambarkan keadaan politik gabungan beberapa negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Ianya menjadi suatu mekanisme pembahagian kuasa yang menyeluruh di negara tersebut. Meskipun Barisan Nasional menang tipis dalam pilihan raya umum 2008 apabila politik permuafakatan yang diamalkan oleh pihak pembangkang berjaya dan menyebabkan BN hilang majoriti dua pertiga, namun BN tetap utuh memegang tampuk pemerintahan negara. Kesimpulannya Negara Malaysia sememangnya merupakan sebuah Negara yang mengamalkan politik permuafakatan yang bertujuan untuk mencapai matlamat bersama. BIBLIOGRAFI 1. Barabara Watson Andaya dan Leonard Y. Andayaa, 1983, Sejarah Malaysia, Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

22

2. Diane K. Mauzy, Barisan Nasional Coalition Goverment In Malaysia, 1983, Marican & Son (Malaysia) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur-Singapore. 3. Haji Tajuddin Bin Haji Hussein, Malaysia Negara Kita, 2007, MDC Publisher Sdn. Bhd.. 4. Harould Crough, Malaysian Politics And The 1978 Election, 1988, Oxford University Press, Oxford New York Melbourne, Kuala Lumpur. 5. Mohd. Foad Sakdan, Pengetahuan Asas Politik Malaysia, 1999, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 6. Nidzam Sulaiman, Pakatan Dalam Politik Sarawak, 2006, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 7. Oong Hak Ching, Sejarah Penubuhan Perikatan UMNO-MCA 1952 : Satu Tinjauan Kembali, Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. 8. Rohani Abdul Ghani dan Zulhilmi Paidi, Kenegaraan Malaysia- Isu-isu dan Perkembangannya, 2002, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. 9. Ramlah Adam, “Sejarah Pemecatan” , dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 September 1998. 10. Ramlah Adam, Dato Onn Jaafar Peranannya Di Dalam Politik Dan Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1985-1962, 1987, Kuala Lumpur Gateway Publishing House. 11. Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenajung Tanah Melayu, 1978, Penerbit Universiti Malaysia. 12. R.K Vasif, Politics In Plural Society, 1971, Oxford University Press. 13. Tajuddin Haji Abdul Rahman, Dato Onn Tokoh Nasionalis, 1987 Petaling Jaya Pelanduk Publication.

23

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF