POLITEKNIK NILAI, KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK, BANDAR ENSTEK, 71790 N.SEMBILAN
KERTAS KERJA : PENUBUHAN KELAB PING PONG POLITEKNIK NILAI
1.
Pengenalan: Sukan Ping Pong merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan ianya adalah satu
aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa lapang pelajar terutamanya para pelajar di Politeknik Nilai. Justeru, untuk mengisi masa lapang pelajar, satu cadangan penubuhan Kelab Taekwondo Politeknik Nilai telah diusulkan bersama. Dengan adanya kelab ini maka pelajar-pelajar boleh mengenali permainan ini secara lebih dekat dan dapat menganjurkan beberapa perlawanan persahabatan bersama pusat pengajian lain bagi mengeratkan silaturahim. Penyertaan kelab ini akan dibuka kepada semua pelajar Politeknik Nilai yang berminat untuk menyertainya. 2.
Rasional Penubuhan kelab ini adalah di atas dasar untuk mendekatkan Sukan Ping Pong
kepada para pelajar supaya pelajar-pelajar lebih berani menghadapi situasi yang lebih mencabar. Semua pelajar Politeknik Nilai yang berminat bolehlah menyertai kelab ini. Rasional penubuhan kelab ini adalah untuk: I. Mendedahkan dan memperkenalkan sukan Ping Pong kepada pelajar Politeknik Nilai II. Memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang pengurusan (kelab) III. Melatih para pelajar dalam menguruskan sesebuah organisasi. IV. Mewujudkan satu organisasi yang mantap dan teratur V. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan para pelajar. VI. Mengeratkan hubungan antara pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berbilang kaum.
2
3.
Matlamat Matlamat utama penubuhan Kelab Ping Pong Politeknik Nilai ialah untuk
memperkenalkan kepada para pelajar sukan riadah ini. Selain itu, dengan adanya kelab ini, diharapkan hubungan silaturahim sesama pelajar dari Politeknik Nilai dan insitusi-institusi pengajian lain diperkukuhkan melalui perlawanan persahabatan dan pertandingan. Masa yang terluang juga akan dapat dimanfaatkan dan digunakan sepenuhnya oleh pelajar dengan aktiviti yang sihat dan tidak terbuang begitu sahaja. Ia juga akan dapat mengasah bakat para pelajar dalam sukan ini memandangkan sukan ini memerlukan fokus dan kemahiran yang tinggi. Setiap tahun, terdapat beberapa perlawanan Ping Pong terbuka diadakan, dengan penubuhan kelab ini, ianya lebih memudahkan pelajar mendaftarkan diri dan menyertai pertandingan yang dijalankan dengan membawa nama Politeknik Nilai dan dapat memperkenalkan lagi kepada masyarakat tentang kemampuan dan kewujudan Politeknik Nilai. Matlamat terakhir adalah agar dapat menguasai permainan ini untuk diajar pada pelajar yang lain di masa hadapan
4. Objektif Objektif penubuhan Kelab Ping Pong Politeknik Nilai ialah: i.
Memperkenalkan/mempopularkan
sukan
Ping
Pong
kepada
warga
Politeknik Nilai. ii.
Menggunakan ilmu yang ada untuk melatih para pelajar apabila menjadi pendidik kelak.
iii.
Mengeratkan hubungan silaturahim antara Politeknik Nilai dengan pusatpusat pengajian lain sekitar N.Sembilan
iv.
Memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar.
v.
Mengisi masa lapang pelajar pada waktu petang.
vi.
Memperkenalkan Politeknik Nilai kepada masyarakat dengan menyertai pertandingan-pertandingan terbuka di N.Sembilan.
Dikemukakan kepada: Lt.Kol.(PA) Tuan Haji Muhamad Amin Bin Hamat, Pengarah, Politeknik Nilai, N.Sembilan.
7.
Kumpulan Sasaran: Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Nilai
8.
Jawatankuasa Sementara Kelab Taekwondo WTF POLITEKNIK NILAI. Penaung
:
Penasihat
:
Pengerusi
:
N. Pengerusi: Setiausaha : Bendahari
:
Ajk-Ajk
9
1. Pendaftaran & Keahlian
:
2. Tempat & Peralatan
:
3. Sosial & Kebajikan
:
4. Tugas-tugas Khas
:
5. Aktiviti & Lawatan
:
6. Penyertaan pertandingan
:
.
Senarai Nama Sementara Ahli Lampiran 1
4
10.
Sumber Kewangan Sumber kewangan Kelab Ping Pong Politeknik Nilai ialah dari yuran pendaftaran kelab setiap semester yang akan dikenakan kepada semua pelajar yang menyertai kelab.
11.
12.
Pengisian Aktiviti Kelab Ping Pong Politeknik Nilai i.
Latihan mingguan.
ii.
Mesyuarat bulanan
iii.
Penganjuran/penyertaan pertandingan
iv.
Lawatan sambil belajar dan perlawanan persahabatan
v.
Kursus berkaitan
vi.
Jamuan tahunan
Borang Keahlian Lampiran 2
13.
Penutup Diharapkan penubuhan kelab ini akan memberikan peluang untuk para pelajar mengenali dengan lebih dekat lagi sukan ping pong ini. Di samping itu semangat kesukanan akan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar amnya dan warga institut khasnya. Semoga cadangan penubuhan kelab ini diluluskan oleh pihak institut dan akan terlaksana dengan jayanya.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.