100 Persoalan Puasa Saiz A5 Draf 2011

November 23, 2017 | Author: radedoo | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download 100 Persoalan Puasa Saiz A5 Draf 2011...

Description

 100 Persoalan Puasa 

100 Persoalan Puasa Oleh Ustaz Azhar Haji Yahya Ustazah Fadilah Haji Yaacob

1

 100 Persoalan Puasa  100 Persoalan Puasa Us. Azhar Haji Yahya, Ust. Fadilah Haji Yaacob Cetakan pertama 2000, 2000 naskhah Cetakan kedua 2003, 5000 naskhah Cetakan ketiga 2004, 1000 naskhah Cetakan keempat 2004, 5000 naskhah Cetakan kelima 2008, 4000 naskhah Cetakan keenam 2009, 3000 naskhah Cetakan ketujuh 2011, 2000 naskhah © Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian dan isi kandungan buku ini dengan apa-apa cara untuk sebarang tujuan komersial tanpa mendapat keizinan bertulis daripada penulis. Namun untuk kepentingan dakwah dan ilmu yang tiada kepentingan komersial amat dialu-alukan.

ISBN 978-983-43746-3-1 Penerbit Lakhauf Management Services SH 31, Jalan 7, Taman Greenwood, 68100, Batu Caves, Selangor Tel/fax 03 61896246 Hak Cipta Faza Publications Enterprise 207-02-06, Sentul Utama, Jalan Dato‟ Senu 26, 51000, Sentul, K. Lumpur www.kitab4u.com [email protected] 019 3642314

2

 100 Persoalan Puasa 

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

Kandungan Muka surat Muqaddimah………………………………... Pengertian puasa…………………………… Penamaan Ramadhan……………………….. Kelebihan Ramadhan………………………… Peristiwa penting bulan Ramadhan…………… Pensyariatan puasa…………………………. Pensyariatan berpuasa Rasul terdahulu………. Puasa sebelum kefardhuan Ramadhan………… Pembahagian puasa………………………….. Siapakah yang diwajibkan berpuasa…………... Tingkatan orang yang berpuasa ……………... Maksiat semasa berpuasa……………………... Hukum melihat anak bulan…………………… Doa melihat anak bulan……………………… Sabit Ramadhan dengan saksi adil……………. Bulan tidak kelihatan sebelum 30 Ramadhan…. Berpuasa 31 hari…………………………….. Bermusafir ke negeri yang belum berpuasa……... Perbezaan berpuasa 29 hari dan 30 hari………. Bermusafir hari ke 28, negeri dituju tlh b’hariraya Niat berpuasa sebulan.……………………….. Perbuatan yang dikira niat…………………… Niat ketika solat…………………………….. Makan dan jimak selepas niat………………… Niat puasa sunat…………………………….. Pahala puasa bagi yang lewat berniat…………. Muallaf sukar berniat………………………... Pesakit meninggalkan niat…………………… Mencari nafkah dengan kerja berat…………… 3

7 9 9 9 11 12 12 13 13 14 14 15 16 16 17 18 18 19 20 21 22 23 23 24 24 24 25 26 26

 100 Persoalan Puasa  29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59

“ Insya Allah “ ketika berniat………………… Menganggap dirinya tidak berpuasa…………... Tidur sepanjang hari ………………………… Mati ketika berpuasa………………………… Menyempurnakan puasa……………………… Puasa-puasa sunat…………………………… Puasa terus menerus………………………….. Puasa sepanjang tahun……………………….. Maksud puasa sunat…………………………. Puasa hari Sabtu dan Ahad.. ………………… Perkara sunat ketika puasa…………………… Puasa hari Jumaat…………………………… Puasa hari syak……………………………… Waktu sahur………………………………… Doa berbuka………………………………… Tidak pasti jenis puasa………………………. Qada’ keatas muallaf...………………………. Meninggal ketika Ramadhan…………………. Ibu yang menyusukan anak…………………... Perbezaan hukum bagi ibu yg menyusukan anak... Membantu manusia atau binatang…………….. Melambatkan qada’………………………….. Memfidyahkan puasa sunat…………………... Isteri berpuasa ketika kewujudan suami. ……… Arahan puasa Istisqa’………………………... Qada’ pada hari Isnin dan Khamis. …………… Hilang akal………………………………….. Gila sebentar………………………………… Hilang akal kerana mengambil benda yang haram. Berhenti haid waktu puasa…………………… Baligh ketika puasa………………………….. 4

26 27 28 28 28 29 31 33 34 35 35 35 36 37 38 38 39 40 40 41 41 42 43 43 44 44 45 45 46 46 46

 100 Persoalan Puasa  60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90

Kanak-kanak haid kali pertama ketika puasa….. Pengiraan dan pembayaran fidyah masakini……. Pesakit mengeluarkan fidyah semasa hidup…….. Orang lain menggantikan puasa……………….. Musafir berbuka……………………………... Musafir tetap berpuasa………………………. Musafir tiba di destinasi……………………... Keutamaan musafir di Mekah untuk berbuka…... Tidak sengaja makan atau muntah…………….. Sisa makanan celah gigi………………………. Pesakit berbuka kemudian kesihatannya pulih….. Berbuka atau solat Maghrib lebih utama………. Neraca seorang yang sakit…………………….. Orang sakit sanggup berpuasa………………..... Puasa atau berbuka lebih utama bagi pesakit.. …. Berbekam……………………………………. Menyuntik vitamin…………………………... Penggunaan inhaler atau nebulizer……………. Rawatan menggunakan oksigen……………….. Penyakit yang dikecualikan dari berpuasa…….... Penggunaan ubat tahan haid………………….. Onani……………………………………….. Bercumbuan antara suami isteri……………….. Suami isteri bersentuhan dan keluar mani. ……. Membinasakan puasa dengan jimak…………… Tidak sedar waktu terbit fajar………………… Dipaksa bersetubuh…………………………... Jimak setelah batal puasa…………………….. Lewat mandi setelah suci……………………... Bercelak……………………………………... Menitiskan ubat ke mata……………………... 5

47 47 49 50 52 52 54 54 55 56 56 57 58 58 59 59 60 60 62 62 63 64 64 66 66 67 67 67 68 68 69

 100 Persoalan Puasa  91 92 93 94 95 96 97 98 99 100

Telan kahak…………………………………. Hukum mengorek hidung……………………... Selesema…………………………………….. Telinga masuk air.……………………………. Menyelam…………. ………………………... Tepung, abu, nyamuk dll masuk mulut………… Makanan di dalam mulut ketika naik fajar…….. Hukum mengingkari kewajipan puasa…………. Menyegarkan badan ketika puasa……………... Pemeriksaan dubur dengan memasukkan jari…… Kajian semasa isu-isu perubatan ketika puasa….. Rujukan…………………………………….. Zikir Munajat

6

69 70 70 70 71 71 72 72 73 73 74 78 79

 100 Persoalan Puasa  Muqaddimah Penulis

Segala puji dirafa‟kan ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW beserta kaum keluarga dan para sahabatnya. Puasa merupakan ibadah yang penting dalam pembinaan sifat ”ehsan” kepada individu muslim. Sifat ”ehsan” adalah tangkal utama kepada umat Islam daripada melakukan maksiat, kerana mereka akan merasakan Allah sentiasa bersama dan memerhati mereka. Lantaran itu, penulis cuba memaparkan pelbagai isu supaya masyarakat sedar dan dapat melayari puasa dengan kesedaran ilmu, kerana ibadah yang sempurna tidak sekadar memerlukan keikhlasan dalam beribadah tetapi turut perlu dipastikan ketepatannya dengan syariah. Buku ini merupakan gabungan perkara-perkara furu‟ yang cuba dikeluarkan permasalahannya dalam bentuk soal jawab bagi menarik minat pembaca. Penulis cuba mengambil pendapat sesuai untuk dilaksanakan dengan keutamaan kepada mazhab Syafie dan fatwa kontemporari di dalam masalah semasa. Namun, tidak dinafikan ada beberapa masalah yang mempunyai

7

 100 Persoalan Puasa  pelbagai pendapat meskipun di dalam mazhab Syafie sendiri, penulis berharap ia menjadi ikhtilaf yang sihat dalam perkembangan ilmu. Ar Raji Ila Afwi Rabbih Abu dan Ummu Ashraf [email protected] 0193642314

ٍ‫ن عَبَّاس‬ ِ ‫ن اِب‬ ِ ‫َع‬ َ‫الل ُه عََليِ ِه وَسَلَّ َم قَال‬ َّ ‫النبِيَّ صَلَّى‬ َّ ‫َن‬ َّ ‫أ‬ ‫ن‬ ِ ‫ِّه فِي الدِّي‬ ُّ ‫الل ُه ِبهِ خَِيرّا ُيفَق‬ َّ ِ‫ن ُي ِرد‬ ِ ‫َم‬

8

 100 Persoalan Puasa 

1. Apakah pengertian puasa dari segi bahasa dan istilah syarak?

‫ َلاص ي‬dari segi bahasa ialah menahan diri Puasa atau ُ‫ِّ ََم‬ dan menahan dari sesuatu. Manakala puasa dari segi istilah ialah menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan dengan niat bagi orang yang diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

2. Asal dinamakan Ramadhan? Asal dinamakan Ramadhan diambil dari perkataan (‫ )لاصرَّ َمض‬yang bermakna bersangatan panas. Masyarakat Arab apabila mereka hendak menamakan nama sesuatu, disesuaikan bulan tersebut dengan keadaan yang berlaku pada bulan tersebut. Oleh kerana ketika hendak menamakan bulan Ramadhan itu keadaannya sangat panas, maka dinamakan bulan Ramadhan.

3. Antara kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. i) Penghulu segala bulan

9

 100 Persoalan Puasa 

‫ وَ عَُِّذُ ْاألَََّب َِ َ ِىَُ اْجلُِّؼَخِ" سواٖ اٌطّّاين‬,َْ‫"عَُِّذُ اٌؾُّهُىِسِ ؽَ ِه ُش َس َِعَب‬ “Penghulu segala bulan ialah Ramadhan, dan penghulu segala hari ialah Jumaat” Hadis Riwayat At Thabrani ii) Dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka.

ِ‫ َوغٍُِّ َمذِ ؤَثِىَاةُ إٌَّبس‬, ِ‫ذذِ ؤَثِىَاةُ اْجلََّٕخ‬ َ ‫" ِارَا جَبءَ َس َِعَبُْ فُِّز‬ ) ٍُ‫وَصُ ِذَفذِ اٌؾََُّبطُِِٓ " ( سواٖ اٌجخبسي و ِغ‬, “Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. iii) Diampunkan dosa-dosa kecil di antara dua Ramadhan

َْ‫ وَ َس َِعَبُْ ِاىلَ َس َِعَب‬, ِ‫ وَاْجلُُّؼَخُ ِاىلَ اْجلُُّؼَخ‬, ُ‫" اٌَصٍََّىَادُ اْخلَ ِّظ‬ ) ٍُ‫ُِى َِّفشَادْ دلِبَ ثََُِٕهَُّٓ ِارَا اجِزَُِٕجذِ اٌْىَجَبِئشُ "( سواٖ ِغ‬ “Solat lima waktu dan dari Jumaat ke Jumaat dan dari Ramadhan ke Ramadhan, menghapuskan dosa - dosa diantaranya selagi tidak melakukan dosa-dosa besar” Hadis Riwayat Muslim

10

 100 Persoalan Puasa  iv) Barangsiapa

berpuasa

dengan

penuh

keimanan,

diampunkan dosa yang lalu.

‫َذ َ ِِٓ رَِٔجِِٗ" (ِزفك‬ َّ ‫" َِِٓ لَب َ َس َِعَبَْ اََِِّبّٔب وَادِزِغَبثّب ُغ ِفشَ ٌَُٗ َِب َرم‬ )ٍُٗ‫ػ‬ “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan Allah s.w.t. diampunkan untuknya dosa-dosa yang lepas.”

4. Apakah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Ramadhan ? Antara peristiwa-peristiwa penting di bulan Ramadhan : 1.Peperangan Badar Kubro (17 Ramadhan, 2 Hijrah) 2.Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan, 8 Hijrah ) 3.Sebahagian daripada peristiwa Peperangan Tabuk (tahun 9 Hijrah ) 4.Tersebar luas Islam ke Yaman (tahun 10 Hijrah) 5.Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-Uzza (tahun 8 Hijrah ) 6.Islamnya Bani Tsaqif dan menghancurkan berhala alLaata yang mereka sembah ( tahun 9 Hijrah )

11

 100 Persoalan Puasa  7.Peristiwa Ain Jalut iaitu tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Quthuz ( 15 Ramadhan, 658 Hijrah ) 8.Pembukaan Andalus di bawah pimpinan Thoriq bin Ziyad ( 28 Ramadhan, 92 Hijrah ) 5. Bilakah disyariatkan puasa berdasarkan syariat Nabi Muhammad kepada Baginda dan umatnya ? Ibadah puasa telah disyariatkan pada 10 Sya‟aban tahun 2 hijrah.

6. Apakah puasa telah disyariatkan kepada Rasul-rasul dan umat terdahulu ? Sememangnya puasa telah disyariatkan kepada umatumat terdahulu seperti yang dapat dinukilkan daripada Surah al-Baqarah ayat 183:

               ” Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu

12

 100 Persoalan Puasa  tergolong dalam orang-orang yang bertaqwa.”

7. Adakah Nabi s.a.w telah melakukan ibadah puasa sebelum difardhukan puasa Ramadhan ? Sebelum difardhukan puasa Ramadhan, Rasulullah telah difardhukan berpuasa pada Ayyamulbayadh ) ْ‫ ( أَََّمُ ْلاص َب ََمض‬iaitu pada hari 13,14, dan 15 setiap bulan Qamari dan menurut pendapat yang lain hari „Asyura kemudian kedua-duanya dinasakhkan dengan kefardhuan puasa Ramadhan.

8. Berapakah pembahagian hukum puasa? Pembahagian hukum puasa terbahagi kepada empat iaitu : a. Wajib seperti puasa Ramadhan, nazar dan kifarah b. Sunat seperti puasa hari Isnin dan Khamis c. Makruh seperti pada hari Jumaat sahaja tanpa di gandingkan sehari pada sebelum atau selepasnya. d. Haram seperti berpuasa ketika kedua-dua hariraya

13

 100 Persoalan Puasa 

9. Ke atas siapakah diwajibkan berpuasa Ramadhan ? Puasa Ramadhan diwajibkan ke atas muslim, baligh dan berakal. Adapun bagi kanak-kanak dan orang gila tidak diwajibkan tetapi hendaklah ibubapa mengasuh anakanak mereka ketika berumur 7 tahun dan pukullah mereka apabila tidak mahu berpuasa apabila berumur 10 tahun. Jika berpuasa, dikira sah puasanya.

10. Adakah ada darjat tingkatan bagi orang yang berpuasa? Dalam perkara ini, Imam al-Ghazali membahagikan kepada 3 tingkatan: 1. Puasa awam : Ia meninggalkan syahwat perut dan kemaluan 2. Puasa khusus : Ia menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan segala perkara daripada terlibat dengan maksiat. 3. Puasa Khususul khusus : Hati yang berpuasa daripada kepentingan dunia dan memikirkan perkara duniawi dan meninggalkan segalanya serta segalagalanya ditumpukan kepada Allah.

14

 100 Persoalan Puasa 

11. Jika seorang yang berpuasa itu melakukan perkara-perkara maksiat semasa berpuasa, adakah memberi kesan kepada puasanya ? Dari segi hukum sah puasanya, akan tetapi penerimaan puasanya di sisi Allah s.w.t. hanya Dia sahaja yang tahu, akan tetapi ada beberapa peringatan daripada Rasulullah s.a.w. antaranya :

ٍََُِِٗ‫ لَبيَ سَعُ ِىيُ اهللِ صًٍََّ اهلل ُػ‬: َِٕٗ‫َػِٓ اَثًِِ ُ٘شََِشَحَ سَظًَِ اهلل ُػ‬ ٍِِ‫ " َِِٓ ٌَُِ َذَعِ لَ ِىيَ اٌضُّوِسِ وَاٌْؼَ ًََّ ثِِٗ فٍََُِظَ ٌٍَِِّٗ دَبجَخً ف‬: ٍَََُّ‫وَع‬ ) ٍُ‫ؤَْْ َذَعَ َطؼَبَُِٗ وَ َؽشَاثَُٗ "( سواٖ مجبػخ اال ِغ‬ Dari Abi Hurayrah r.a, bersabda Rasulullah s.a.w. : “sesiapa yang tidak menghentikan perkataan- perkataan dusta dan melakukan kedustaan itu, maka tidaklah Allah merasa perlu ia meninggalkan makan dan minumnya” (Hadith riwayat Jamaah kecuali Muslim).

ٍََُِِٗ‫ لَبيَ سَعُ ِىيُ اهللِ صًٍََّ اهللُ ػ‬: َِٕٗ‫" َػِٓ ؤَثًِِ ُ٘شََِشَحَ سَظًَِ اهلل ُػ‬ ٍُِ‫ " ُسةَّ صَبئٍُِ ٌَُِظَ ٌَُٗ ِِٓ صَُِب ِِٗ اِالَّ اْجلُىِعَ وَ سُةَّ لبَئ‬: ٍَََُّ‫وَع‬ " َ‫ٌَُِظَ ٌَُٗ ِِٓ لَُِب ِِٗ ِاالَّ اٌغَّهِش‬ 15

 100 Persoalan Puasa  Dari Abi Hurayrah r.a, bersabda Rasulullah s.a.w. : “berapa ramai orang yang puasa, tetapi yang diterimanya hanyalah rasa lapar sahaja, dan berapa banyak orang bangun beribadat dan yang diterimanya tidak lebih daripada bersengkang mata.” (Hadith riwayat an-Nasaei)

12. Apakah hukum melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal? Hukumnya ialah fardhu kifayah dan begitu juga dengan bulan-bulan yang lain. Dengan bulan-bulan tersebut diiringkan hukum dan ibadat yang amat banyak.

13. Apakah yang sunat dibaca ketika melihat anak bulan? Sunat dibaca:

َ‫الَِخِ و‬ َ َّ‫ وَاٌغ‬, َِْ‫ اٌٍََّهَُُّ ؤَِّ٘ ٍُْٗ ػٍََُِٕبَ ثبٌَِْب ِِِٓ وَ ثِ ْبالَِِّب‬, ُ‫َاهللُ َؤوَْجش‬ َ‫الَِ وَ اٌزَّ ِىفُِِكِ ٌََّّب ُرذِتُّ وَ رَشِظًَ سَثََّٕبَ وَ سَثُّهَ اهللُ الَ دَىِي‬ َ َّ‫اٌغ‬ ُُِِِ‫َوالَ لُىَّحَ ِاالَّ ثِبهللِ اٌْؼًٍَِِّ اٌْؼَظ‬ 16

 100 Persoalan Puasa 

َ‫اٌٍََّهَُُّ أًِِِّ ؤَعِئٍَُهَ خَُِشَ َ٘زَا اٌؾَّ ِهشِ وَ َؤػُ ِىرُثِهَ ِِٓ ؽَشِّ اٌْمَذِسِ و‬ )×1(ِ‫ؾش‬ َ ِ‫ؽَشِّ اْ َدلذ‬ )× 2( ٍ‫اليٌ خَُِشٍ َو سُؽِذ‬ َ ِ٘ ) × 3 ( َ‫َؤَِِٕذُ ثِبٌَّزِيِ خٍََمَه‬ . ..ِ‫ وَجَإَ ثِؾَهِش‬...) ‫( ٔبَ ثىٌٓ الِب‬.... ِ‫اٌَْذَِّذُ ِهللِ اٌَّزِيِ َر َ٘تَ ثِؾَ ِهش‬ .) × 1 ( ....) ‫( ٔبَ ثىٌٓ ثبسو‬

14. Apakah sabit Ramadhan seorang yang adil ?

dengan

penyaksian

Sabit Ramadhan dengan penyaksian seorang saksi yang adil berdasarkan Hadith dari Ibnu Umar:

ٍِِِّٔ‫اليَ فَبَخِجَشِدُ سَعُ ِىيَ اهللِ صًٍََّ اهللُ ػٍََُِِٗ وَعٍَََُّ ؤ‬ َ ِ‫َرشَاءَي إٌَّبطُ اْذل‬ ) ‫َسؤََِزُُٗ َفصَب َ وََؤ َِشَ إٌَّبطَ ِثصَُِب ِِٗ "(سواٖ ؤثى داود‬ Orang ramai telah melihat anak bulan bersama, maka saya sampaikan kepada Rasulullah bahawa saya telah

17

 100 Persoalan Puasa  melihatnya maka Rasulullah berpuasa dan menyuruh manusia berpuasa dengan puasanya Baginda.” ini bermakna cukup sekadar kita mengikut keputusan pihak yang diamanahkan untuk melihat anak bulan di pusat pencerapan anak bulan.

15. Jika masyarakat telah berpuasa dengan penyaksian seorang saksi yang adil, setelah habis berlalu 30 hari Ramadhan tidak muncul lagi anak bulan Syawal pada hal cuaca baik dan langit cerah, adakah boleh disabitkan Syawal ? Apabila telah cukup 30 hari Ramadhan, maka wajib berbuka puasa dan bermulanya bulan Syawal, kerana Ramadhan tidak lebih daripada 30 hari dan tidak kurang daripada 29 hari dan tidak perlu dipertikaikan dengan penyaksiannya.

16. Sekiranya Arab Saudi berpuasa sehari lebih awal daripada Malaysia, maka bagi sesiapa yang berumrah ketika itu telah berpuasa sehari awal. Jika mereka kembali ke tanahair, Malaysia pula pada tahun itu berpuasa penuh 30 hari. Maknanya mereka akan berpuasa sebanyak 31 hari, sedangkan paling

18

 100 Persoalan Puasa  banyak Ramadhan adalah 30 hari. Adakah perlu berhari raya mengikut Arab Saudi ? Menurut Syeikh Abu Bakar Jabir Al Jazairi, tidak boleh kita mengikut Arab Saudi kerana telah berada di Malaysia. Maka perlu kepada mereka berbuka secara tidak terang-terangan ( sirri – bagi mengelakkan fitnah ) kerana jumhur fuqahak tidak membenarkan berpuasa lebih daripada 30 hari.

17. Apabila seseorang telah melihat anak bulan dan ia berpuasa, kemudian ia bermusafir ke tempat yang jauh, apabila ia sampai didapati ahli negeri itu belum berpuasa, adakah ia perlu berbuka atau terus berpuasa? Ada 2 pendapat di sini:  Menurut Syeikh Ramli wajib ia mengikut ahli negeri tersebut iaitu berbuka walaupun ia telah melihat anak bulan kerana ia sudah menjadi seperti ahli negeri tersebut.  Manakala menurut Imam Ibnu Hajar, ia tetap perlu berpuasa dan tidak boleh mengikut ahli negeri tersebut.

19

 100 Persoalan Puasa  Jika digabung kedua-dua pendapat ini, maka bagi sesiapa yang telah sampai ke negeri lain dalam keadaan negeri tersebut belum berpuasa dan ia hendak menetap di situ sehingga Syawal hendaklah ia mengikut pendapat Syeikh Ramli iaitu berbuka kerana jika berlaku Ramadhan 30 hari di negeri tersebut kalau ia tidak berbuka ia akan berpuasa selama 31 hari. Sekiranya ia hendak menetap dalam tempoh tidak sampai ke Syawal maka bolehlah ia mengikut pendapat Ibnu Hajar iaitu perlu berpuasa.

18. Adakah puasa Ramadhan yang berjumlah 29 hari sama ganjarannya seperti puasa Ramadhan yang berjumlah 30 hari ? Dari segi ganjaran yang dijanjikan ianya sama sahaja samada 29 atau 30 hari, cuma untuk puasa selama 30 hari ianya lebih dari segi perkara yang terdapat padanya seperti sahur, berbuka, tarawih dan lain-lain. Sebagai tambahan, menurut pendapat yang kuat, sepanjang pensyariatan puasa disepanjang hayat Rasulullah hanya 2 kali sahaja Rasulullah berpuasa 30 hari, selebihnya 29 hari. Menurut Syeikh Damiri berlakunya 2 tahun puasa dalam keadaan genap dan

20

 100 Persoalan Puasa  selebihnya 29 hari adalah supaya tenang dan tetap hati umatnya yang berpuasa 29 hari.

19. Apakah hukumnya apabila seseorang bermusafir ke tempat lain apabila ia sampai, negeri tersebut sedang berhari raya dan mereka hanya berpuasa 29 hari sahaja, manakala si musafir baru 28 hari, apakah dia wajib qada’ 2 hari atau sehari ? Wajib si musafir tersebut berbuka berdasarkan hadith:

َُ‫َْ سَعُ ِىيُ اهللِ ( ؿ ) َٔهًَ َػِٓ صَُِبَِ َ٘زََِِٓ َ ِىَُِِِٓ ؤََِّب َ ِى‬ َّ ‫" َوؤ‬ ِِٓ ‫ظذًَ فَىٍُُىِا‬ ِ َ‫اٌْفِـ ْطشِ فَ َف َط َشوُُِ ِِٓ صَ ِى ِىُُِ َوؤََِّب صَ ِىَُ ْاأل‬ ) ‫ُٔغُىِىُُِ" ( سواٖ ؤمحذ واألسثؼخ‬ “ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang berpuasa pada kedua-dua hari ini. Mengenai hari raya puasa, ianya merupakan saat berbuka kamu dari puasamu, dan manakala hari raya korban, agar kamu dapat memakan hasil korbanmu.” ( Diriwayatkan oleh Ahmad dan imam hadith yang berempat) Dan hanya perlu mengqada‟ sehari sahaja puasanya supaya cukup 29 hari. Jika dia sampai ke negeri tersebut dia telah berpuasa selama 29 hari maka ia 21

 100 Persoalan Puasa  terus berhari raya dan tidak perlu mengqada‟ kerana sekurang-kurangnya Ramadhan itu 29 hari.

20. Wajibkah berniat pada setiap malam atau memadai berniat sekali sahaja pada awal Ramadhan untuk berpuasa sebulan ? Mengikut mazhab Syafie, wajib berniat pada setiap malam:

) ‫جشِ فَالَ صَُِب َ ٌَ ُٗ (سواٖ ؤمحذ‬ ِ ‫َِِٓ ٌَُِ َجَِّغِ اٌَصَُِّب َ لَِجًَ اٌْ َف‬ “Barangsiapa yang tidak membulatkan puasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa untuknya.” (Hadith riwayat Ahmad) Tetapi bagi orang yang selalu lupa atau takut lupa berniat, ia boleh bertaklid kepada pendapat Imam Malik dengan berniat berpuasa sebulan pada malam awal bulan Ramadhan walaupun begitu sunat juga berniat pada tiap-tiap malam. Niat puasa sebulan

َ‫َٔىََِذُ صَ ِى َ ؽَهِشِ َس َِعَبَْ وٍَُّ ُٗ َ٘زِِٖ اٌغََّٕخِ ِهللِ َرؼَبىل‬ 22

 100 Persoalan Puasa  “Sahaja aku berpuasa dibulan Ramadhan pada tahun ini sepenuhnya kerana Allah Taala”

21. Seperti yang diketahui niat tempatnya di hati dan bukannya dengan lidah. Bagaimana pula jika seseorang itu bersahur supaya mengelakkan dia lapar di siang hari atau seseorang itu menahan diri dari berjimak takut terlajak ke fajar, adakah ia dikira memadai sebagai niat ? Wajib berniat setiap malam atau sekiranya telah niat puasa sebulan sunat juga berniat setiap malam, namun jika terlupa, perbuatan di atas telah memadai sebagai niat jika ada terlintas di hati individu tersebut untuk berpuasa pada esok hari.

22. Adakah diterima niat puasa seseorang yang puasa Ramadhan dalam keadaan ia sedang sembahyang ? Diterima niatnya sekalipun dia sedang bersembahyang. Ini hanyalah sebagai contoh bahawa niat diterima bilabila masa sebelum fajar, walau dalam keadaan sedang bersembahyang sekalipun.

23

 100 Persoalan Puasa 

23. Apabila seseorang telah berniat berpuasa esok hari selepas sembahyang tarawih kemudian dia makan dan berjimak, adakah niatnya yang sebelum itu terbatal? Tidak perlu dia mengulangi niatnya kembali kerana makan, minum dan jimak tidak memutus dan membatalkan niatnya kecuali sekiranya dia murtad setelah berniat, kemudian bertaubat kembali Islam maka wajib ia mengulangi kembali niatnya.

24. Bagaimana pula dengan niat puasa sunat ? Bagi puasa sunat pula, tidak semestinya dilakukan pada waktu malam. Boleh berniat sebelum gelincir matahari selagi tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa berdasarkan hadith riwayat Muslim :

ٌٍَِّٗ‫َػِٓ ػَبئِؾَخَ ؤَُِّ اٌُّْ ِؤ ٌِِٕنَ سَظٍَِ اٌٍَُّٗ ػَِٕهَب لَبٌَذِ لَبيَ ٌٍِ سَعُىيُ ا‬ ِ‫صًٍََّ اٌٍَُّٗ ػٍََُِِٗ وَعٍَََُّ رَادَ َ ِىٍَ ََب ػَبئِؾَخُ ًَْ٘ ػِِٕ َذوُُِ ؽٍَِءٌ لَبٌَذ‬ )ٍُ‫َفمُ ٍْذُ ََب سَعُىيَ اٌٍَِّٗ َِب ػِِٕذََٔب ؽٍَِءٌ لَبيَ فَئٍِِّٔ صَبئُِْ (سواٖ ِغ‬ 24

 100 Persoalan Puasa  Telah berkata Aisyah: “Nabi s.a.w. telah masuk menemuiku pada suatu hari, maka Baginda bertanya: Adakah padamu sesuatu makanan? Jawab kami: Tidak, maka Baginda berkata: maka jika begitu saya berpuasa.” (Hadis Riwayat Muslim)

25. Seperti yang dimaklumi, boleh berniat puasa pada waktu siang sebelum gelincir matahari untuk puasa sunat selagi tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Persoalannya adakah diberi pahala bermula daripada mula berniat ataupun terbit fajar ? Diberi pahala puasa bermula dari terbit fajar.

26. Jika seorang mualaf diajar berniat lafaz:‫َرؼَبىل‬

puasa dengan

ِ‫َٔىََِذُ صَ ِى َ غَذٍ ػَِٓ اَدَاءِ فَ ِشضِ ؽَهِشِ سَ َِعَبَْ َ٘ ِزِٖ اٌغََّٕخِ ِهلل‬

Akan tetapi sukar untuk dia mengungkap dan melafazkannya, apakah yang memadai baginya? Menyebut

‫ض‬ ِ ِ‫ فَش‬,ِ‫ اَدَاء‬, ٍ‫غَذ‬

dan sandaran kepada

adalah sunat, memadai ia berniat

25

َ‫هللِ رَؼَبىل‬

َْ‫َٔىََِذُ صَ ِى َ سَ َِعَب‬

 100 Persoalan Puasa  sahaja.

27. Bolehkah seseorang yang sakit meninggalkan niat untuk berpuasa? Dibolehkan sekiranya sakitnya itu berkekalan dan sukar untuk disembuhkan pada adatnya. Jika penyakitnya tidak berkekalan hendaklah dia berniat puasa dahulu, tatkala datang sakit barulah ia harus berbuka.

28. Apabila seseorang itu mencari nafkah dengan kerja berat contohnya seorang petani yang hendak mengetam atau membanting padi keesokan harinya, adakah harus dia meninggalkan niat puasanya? Wajib ia berniat pada malamnya kemudian apabila dia kepenatan dan tidak dapat menahan, maka harus dia berbuka.

29. Sahkah berpuasa jika memasukkan

‫اِْْ ؽَبءَ اهلل‬

di

dalam niat puasa? Contohnya: sahaja aku berpuasa (Ramadhan atau sebagainya) esok hari

26

‫اِ ْْ ؽَبءَ اهلل‬

 100 Persoalan Puasa 

Mengikut Imam Mawardi tidak sah puasanya kerana ada unsur penangguhan yang mengangkat hukum kerana tidak diketahui secara pasti hendak berpuasa atau tidak.

30. Seseorang yang sedang berpuasa kemudian menganggap dirinya telah meninggalkan puasa, bagaimana puasanya ? Menurut Imam Mawardi ada 2 pendapat di sini: Pertama: Dia masih dikira dalam keadaan berpuasa selagi tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kedua: Batal puasanya kerana dia menganggap dirinya telah meninggalkan puasa sama seperti batalnya sembahyang sekiranya berniat keluar dari sembahyang. Jika digabungkan kedua-dua pendapat ini adalah lebih baik dan selamat bagi orang yang berpuasa wajib membatalkan puasanya jika dia menganggap dirinya telah meninggalkan puasa, jika berpuasa sunat ia masih lagi dalam keadaan berpuasa selagi mana tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

27

 100 Persoalan Puasa 

31. Bagaimana jika seseorang yang berpuasa tidur sepanjang hari dari malam sebelum sahur sehingga malam selepas berbuka ? Sah puasanya.

32. Jika seseorang mati ketika apakah hukumnya ?

sedang berpuasa,

Batal puasanya seperti seseorang yang mati ketika solat, batal solatnya dan dikehendaki ke atas waris membayar fidyah puasa untuk hari tersebut.

33. Sekiranya seseorang berpuasa sunat, adakah wajib ke atasnya meneruskan puasa tersebut sehingga berbuka? Terpulang kepadanya samada ingin meneruskan puasanya atau berbuka, tetapi berbeza dengan haji, wajib menyempurnakannya walaupun haji yang sunat.

ٖ‫اٌَصَّبئُُِ اْدلَُزطَىِّعُ َؤ ُِِشُ َٔفْغِِٗ اِْْ ؽَبءَ صَبَ وَ اِْْ ؽَبءَ َا ْف َطشَ ( سوا‬ )‫ؤمحذ‬ 28

 100 Persoalan Puasa  “Seseorang yang berpuasa sunat berkuasa ke atas dirinya samaada untuk meneruskan atau berbuka “ Riwayat Ahmad

34. Antara puasa-puasa sunat yang dianjurkan ? Antara puasa-puasa sunat yang dianjurkan adalah: a. Puasa Sunat pada hari isnin dan khamis.

ًٍََِِّ‫ُر ِؼشَضُ ْاألَػَِّبيُ َ ِى َ ْاالِثَُِِْٕٓ وَ اٌْخَُِِّظِ فَإُدِتُّ اَْْ َُ ِؼشَضَ ػ‬ ) ٌ‫َوؤََٔب صَبئُِْ ( سواٖ اٌزشِز‬ “Diangkat segala amalan pada hari Isnin dan Khamis maka daku amat menyukai amalanku diangkat dalam keadaan sedang berpuasa.” Hadis Riwayat Tirmizi b. Puasa di hari Arafah (9 Zulhijjah)

َ‫غتُ ػًٍََ اهللِ ؤَْْ َُى َِّفشَ اٌغََّٕخَ اٌَّزًِِ لَجٍَِهب‬ ِ َ‫صَُِبَُ َ ِىَِ َػ َشفَخَ ِأٍِِّ ؤَدِز‬ ) ٌ‫وَاٌغََّٕخَ اٌَّزًِِ َثؼِذَ٘بَ ( سواٖ اٌزشِز‬ “Berpuasa di hari Arafah akan diganjari Allah s.w.t. pengampunan setahun sebelum dan setahun 29

 100 Persoalan Puasa  selepasnya.” Hadis Riwayat Tirmizi c. Puasa di hari Asyura (10 Muharram)

ًِِ‫غتُ ػًٍََ اهللِ ؤَْْ َُىَفِّشَ اٌغََّٕخَ اٌَّز‬ ِ َ‫صَُِبَُ َ ِىَِ ػَبؽُىِسَاءَ أٍِِِّ ؤَدِز‬ ) ٌ‫لَجٍَِهبَ ( سواٖ اٌزشِز‬ “Puasa di hari Asyura akan diganjari Allah s.w.t. selama setahun sebelumnya.” Hadis Riwayat Tirmizi d. Puasa hari Tasu’a (9 Muharram)

) ٍُ‫ٌَِئِٓ َثمَُِذُ اًٌَِ لَبِثًٍ ٌَإَصُ ِىََِّٓ اٌزَّبعِغَ ( سواٖ ِغ‬ “Sekiranya masih berbaki usiaku ditahun hadapan pasti aku akan berpuasa pada hari Tasu’a.” Hadis Riwayat Muslim e. Ayyamul Bayad (3 hari dikala bulan penuh setiap bulan dimulai 13, 14 dan 15 haribulan Islam melainkan 13 Zulhijjah). f. Puasa 6 hari di bulan Syawal

ِ‫اٌذِ٘ش‬ َّ َِ‫َِِٓ صَب َ َس َِعَبَْ ثَُُّ ؤَرَِجؼَ ُٗ عِزِّب ِِٓ ؽَىَّايٍ وبََْ وَصَُِب‬ 30

 100 Persoalan Puasa 

)ٍُ‫(سواٖ ِغ‬ “Barangsiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan kemudian dituruti selepasnya 6 hari di bulan Syawal seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” Hadis Riwayat Muslim g. Berpuasa sehari dan berbuka sehari.

‫عًُ اٌصَّ ِىَِ صَ ِىَُ اَخٍِِ دَاُ ِودَ وَب َْ َصُ ِىَُ َ ِىِّب وََُ ْف ِطشُ َ ِىِّب‬ َ ‫َؤ ْف‬ ) ‫وٌََب َفِشُّ ِإرَا ٌَبلًَ ( سواٖ ؤيب دؤود‬ “Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud a.s., adalah Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari dan Baginda tidak berganjak apabila bertemu musuh.” Hadis Riwayat Abu Daud

35. Apakah hukum berpuasa secara terus-menerus tanpa berbuka puasa )‫صال‬ َ ‫? (الِو‬ Hakikat sebenar orang yang berpuasa terus menerus ini telah berbuka walaupun dia tidak makan berdasarkan hadith:

31

 100 Persoalan Puasa 

ُُ ِ‫وَِارَا َالْجًََ اًٌٍَُُِّ ِِٓ َ٘ب َُٕ٘ب وَ َؤدِثَشَ إٌَّهَبسُ ِِٓ َ٘ب َُٕ٘ب فَمَذِ َا ْف َطشَ اٌصَّبئ‬ ) ٌ‫( سواٖ خببس‬ “ Apabila menjelang malam pada tahapnya dan muncul siang pada tahapnya sesungguhnya telah berbukalah seseorang yang berpuasa” Hadis Riwayat Bukhari Hukum melakukannya haram kerana Rasulullah s.a.w. melakukan wisol (puasa terus-menerus) kemudian diikuti pula oleh sebahagian para sahabat, maka Rasulullah s.a.w. menegahnya:

َ‫" اََِّب أِِّ ٍِ َٔهَُِزُىُُِ َػِٓ اٌِْىصَبيِ َفمَبٌُىِا َسؤَََِٕب َن وَاصَ ٍْذَ فَىَصٍََْٕب َفمَبي‬ ‫غذُ ِثٍَْىُُِ أٍِِِّ اُ ْطؼَُُ وَ ؤُ ِعمًَ " سواٖ اجلّبػخ‬ ِ ٌَ ٍِِِّٔ‫ا‬ “Sesungguhnya aku menegah kamu daripada melakukan puasa terus-menerus(wisol) maka sahabat berkata: kami melihat Rasul melakukan wisol, maka kami pun berwisol, lalu Baginda berkata: sesungguhnya aku tidaklah seperti kamu, sesungguhnya aku telah diberi makan dan minum (oleh Allah s.w.t.)" Akan tetapi wajib ditunaikan sekiranya seseorang itu bernazar berpuasa terus-menerus.

32

 100 Persoalan Puasa 

36. Apakah hukum berpuasa setiap hari sepanjang tahun (‫صيام الدهر‬.) melainkan hari yang diharamkan berpuasa? Makruh hukumnya dan hukum makruh ini adalah kepada orang yang ditakuti memberi kemudaratan kepada dirinya jika berpuasa atau kepada orang yang akan mengabaikan hak-hak yang perlu ditunaikan dengan puasa tersebut. Sekiranya tidak memudaratkan dan mengabaikan hak-hak tersebut maka dibenarkan berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. kepada Abi Darda‟ yang telah mengabaikan isterinya Ummu Darda‟

‫" اَِّْ ٌِشَثِّهَ ػٍََُِهَ َدمًّب وٌٍََِْإٍِِ٘هَ ػٍََُِهَ دَمًّب وٌَِجَغَذِنَ ػٍََُِهَ دَمًّب‬ " َُّٗ‫َفصُُِ َوَؤ ْف ِطشِ َولُُِ ؤََُِ وَاْئذِ ؤٍََِ٘هَ وَاػِطِ ُوًَّ رِيِ دَكٍّ َدم‬ ‫سواٖ اجلّبػخ‬ “ Sesungguhnya untuk Tuhan kamu ke atas kamu ada hakNya dan untuk ahli keluarga kamu ke atas kamu ada haknya dan untuk diri kamu ke atas kamu ada haknya, maka berpuasalah dan berbukalah, berjagalah dan tidurlah, datangilah ahli kamu dan berikanlah setiap yang mempunyai hak akan haknya.” Hadis Riwayat Jamaah

33

 100 Persoalan Puasa 

37. Apakah yang dimaksudkan dengan puasa sunat? Puasa-puasa sunat ini dilakukan secara sukarela untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Ia merupakan Ibadah Badaniah yang mendapat kedudukan yang istimewa di sisi Allah s.w.t.

َُِِٓ‫" َِِٓ صَب َ َ ِىِّب فِ ًِ عَجًُِِِ اهللِ ثَؼَّذَ اهللُ وَجِهَُٗ َػِٓ إٌَّبسِ عَِجؼ‬ ) ‫َخشَِِفًب" ( سواٖ اٌجخبسي‬ “Barangsiapa yang berpuasa dijalan Allah s.w.t. akan dijauhkan oleh Allah s.w.t. wajahnya daripada api neraka sebanyak 70 tahun perjalanan.” Hadis Riwayat Bukhari

ٖ‫ٌ ثِِٗ ( سوا‬ ِ ِ‫وًُُّ ػَ ًَِّ اِثِٓ َآ َد َ ٌَُٗ ِاالَّ اٌصَّ ِى َ فَبَُِّٔٗ ًٌِِ وَ أََب ؤَ ِجض‬ ) ٍُ‫اٌجخبسي و ِغ‬ “Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya melainkan puasa, sesungguhnya puasa tersebut adalah untukKu dan akulah yang akan memberi ganjarannya.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

34

 100 Persoalan Puasa 

38. Mengapa dimakruhkan berpuasa sunat Sabtu sahaja dan Ahad sahaja? Dimakruhkan kerana ia menyerupai puasa orang Yahudi yang berpuasa di hari Sabtu dan orang Nasrani yang berpuasa di hari Ahad. Maka perlu dibezakan dengan mengiringkan bersama hari Sabtu atau Ahad hari yang lain sebelum atau selepas kedua-duanya tetapi dibolehkan berpuasa Sabtu sahaja atau Ahad sahaja pada puasa nazar qada‟ dan kifarah.

39. Apakah perkara-perkara yang sunat dilakukan ketika berpuasa? 1. Sahur serta melewatkannya. 2. Menyegerakan berbuka. 3. Beriktikaf. 4. Menjaga lidah.

40. Apakah hukumnya berpuasa pada hari Jumaat sahaja tanpa berpuasa sehari sebelum atau selepasnya?

35

 100 Persoalan Puasa 

Hukumnya adalah makruh berdasarkan hadith:

ًٍ‫سَ ِؼذُ سعىي اهلل ص‬ ِ : ‫ لبي‬, ٕٗ‫ػٓ ؤىب ٘شَشح سظً اهلل ػ‬ ‫" الَ َصُىََِِّٓ ؤَدَ ُذوُُِ َ ِى َ اٌْجُُّؼَخِ اِالَّ َ ِىِّب‬: ‫اهلل ػٍُٗ وعٍُ َمىي‬ ) ْ‫لَجٍَُِٗ اَوِ َثؼِذَُٖ " ( سواٖ اٌؾُخب‬ “Daripada Abu Hurayrah r.a. berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Jangan sekali-kali di antara kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan dia berpuasa sehari sebelum atau selepasnya.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

41. Apakah yang dimaksudkan dengan hari Syak dan apakah hukum berpuasa pada hari tersebut ? Yang dimaksudkan dengan hari syak itu ialah hari yang tidak diketahui samada hari itu adalah 30 Syaaban atau 1 Ramadhan kerana tiada ketetapan munculnya anak bulan Ramadhan. Hukum berpuasa pada hari tersebut adalah makruh melainkan jika ia bertepatan dengan hari yang biasa ia puasa, seperti puasa pada hari Isnin dan Khamis, berdasarkan hadith :

36

 100 Persoalan Puasa 

ٍُٗ‫ لبي سعىي اهلل صًٍ اهلل ػ‬: ‫ػٓ ؤىب ٘شَشح سظً اهلل ػٕٗ لبي‬ َْ‫ِال سَ ُجًٌ وَب‬ َّ ‫َذُِىِا َس َِعَبَْ ِثصَ ِىَِ َ ِىٍَ َو َال َ ِىَُِِِٓ ا‬ ِّ ‫ الَ ُرم‬: ٍُ‫وع‬ ) ٍُ‫َصُ ِىَُ صَ ِىِّب فٍََُْصُُِّٗ"( سواٖ ِغ‬ Daripada Abu Hurayrah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari mahupun dua hari melainkan seseorang yang biasa berpuasa (pada hari itu), maka berpuasalah ia.” Hadis Riwayat Muslim

42. Bilakah yang dikatakan waktu sahur itu? Waktu sahur itu bermula dari pertengahan malam sehingga terbit fajar dan sunat ditakhirkan (dilewatkan). Rasulullah mentakhirkan bersahur kira-kira 15 minit sebelum subuh berdasarkan hadis :

ِ‫َذشَِٔب َِغَ سَعُ ِىيِ اهلل‬ َّ ‫ " رَغ‬: ‫ػٓ صَذ ثٓ ثبثذ سظً اهلل ػٕٗ لبي‬ ُ‫ وَُِ وبََْ لَذِس‬: ُ‫ لُ ٍْذ‬, ِ‫صًٍََّ اهللُ ػٍََُِِٗ وَعٍَََُّ ثَُُّ لَُِّٕب اًٌَِ اٌصَّالَح‬ ) ٍُ‫ خَِّغَُِِٓ آَخً " ( سواٖ اٌجخبسٌ و ِغ‬: َ‫ثََُِٕهَُّب ؟ لَبي‬

37

 100 Persoalan Puasa  Dari Zaid bin Thabit berkata : “ Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w. lalu kami berdiri untuk menunaikan solat, saya bertanya : Berapakah jarak antara keduanya? Ujar Nabi s.a.w. : 50 ayat (lebih kurang 15 minit ).” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Ada juga pendapat yang menjadikan hadis ini sebagai sandaran kepada waktu melakukan “imsak” ( menahan diri sebagai langkah waspada ketika menghampiri waktu subuh)

43. Apakah doa semasa berbuka? Diriwayatkan secara mursal bahawa Nabi s.a.w. selalu berdoa ketika berbuka dengan doa:

ُ‫اٌٍَُّهَُُّ ٌَهَ صُ ِّذُ َوػًٍََ سِ ِصلِهَ َؤ ْفطَشِد‬ “ Ya Allah, keranaMu aku berpuasa dan dengan rezekiMu aku berbuka.” Abi Daud – Hadis ini dhaif tetapi harus beramal atas dasar Fadhail A’mal.

44. Jika ada kes seseorang itu wajib qada’ puasa Ramadhan, puasa nazar dan juga puasa kifarah yang semuanya berjumlah 9 hari katakan, tetapi dia 38

 100 Persoalan Puasa  lupa dan tidak pasti berapa harikah nazar, kifarah dan juga Ramadhannya, tetapi dia pasti semuanya berjumlah 9 hari, adakah memadai dia berniat umum atau wajib ditentukan juga? Memadai ia niatkan umum:

ًٍَََّ‫َٔىََِذُ صَ ِى َ غَذٍ َػِٓ وَا ِجتٍ ػ‬ “Sahaja aku berniat puasa esok hari yang diwajibkan ke atasku.” Tidak perlu ditentukan tetapi berlainan pula dengan niat sembahyang yang perlu ditentukan.

45. Apakah wajib qada’ ke atas seorang kafir asli apabila dia masuk Islam, kanak-kanak apabila baligh dan orang gila apabila ia siuman kembali serta orang-orang yang tidak dapat berpuasa dengan berbagai alasan yang syar’ie ?  Tidak wajib qada‟ ke atas kafir asli, tetapi menurut Syeikh Ramli sunat dia mengqada‟kannya.  Tidak wajib qada‟ ke atas kanak-kanak sehingga ia baligh.  Tidak wajib qada‟ ke atas orang gila sehingga ia siuman. 39

 100 Persoalan Puasa   Manakala bagi orang yang uzur syar‟ie, sepert haid, sakit, musafir dan sebagainya wajib qada‟ dan tiada dosa ke atasnya jika meninggalkan puasa.

46. Jika seseorang meninggal dunia pada 15 Ramadhan dan sebelumnya dia tidak berpuasa selama 5 hari, pasti dia tidak dapat qada’ puasanya. Bagaimana penyelesaiannya ? Sekiranya seseorang itu tiada kesempatan untuk mengqada‟ puasanya dengan keuzuran syar‟ie seperti contoh di atas tidaklah dia berdosa tetapi wajib dikeluarkan fidyah daripada pusakanya samada dengan izin warisnya atau pun tidak. Begitu juga wajib fidyah bagi yang ada kesempatan tetapi dia tidak mengqada‟.

47. Bagaimana pula bagi seorang ibu yang menyusukan anaknya yang khuatir akan memberi kemudharatan pada dirinya sahaja atau kepada dirinya dan anaknya? Menurut Imam Syafie dan Ahmad, jika dia berbuka kerana kekhuatiran terhadap anaknya sahaja, maka dia wajib qada‟ dan membayar fidyah, tetapi jika yang

40

 100 Persoalan Puasa  dikhuatirkan ialah keselamatan diri mereka sendiri atau keselamatan diri mereka dan juga anak, maka mereka hanya diwajibkan mengqada‟ sahaja.

48. Mengapakah dibezakan antara seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anak yang berbuka disebabkan khuatir mudharat pada dirinya sendiri atau dirinya bersama anaknya hanya dikenakan qada’ tanpa fidyah, manakala pada ibu yang mengandung atau menyusukan anaknya yang berbuka kerana takut mudarat pada anaknya dikenakan qada’ serta fidyah ? Perbezaan berlaku kerana kes pertama (berbuka disebabkan khuatir mudharat pada dirinya sendiri atau dirinya bersama anaknya ) menyerupai seorang yang sakit maka kena qada‟ tanpa fidyah. Manakala bagi kes kedua si ibu berbuka bukan disebabkan dirinya tetapi disebabkan orang lain (iaitu bayinya) dikenakan qada‟ beserta fidyah .

49. Jika seseorang berbuka untuk membantu binatang atau manusia yang dalam bahaya, adakah ia wajib mengqada’ dan membayar fidyah ?

41

 100 Persoalan Puasa 

Ya, wajib ke atasnya qada‟ dan fidyah, kerana ia berbuka bukan disebabkan dirinya tetapi disebabkan pihak atau orang lain.

50. Jika seseorang sengaja melambat-lambatkan puasanya sehingga masuk ke tahun-tahun lainnya bagaimanakah fidyahnya? Adakah berkali-kali mengikut tahun atau memadai fidyah ?

qada’ yang wajib satu

Haram sengaja melambat-lambatkan qada‟ sehingga melangkau tahun, dalam hal di atas wajib keatasnya mengqada‟ puasa mengikut bilangan yang ditinggalkan sahaja dan fidyahnya akan bertambah mengikut bertambahnya tahun ia meninggalkan qada‟. Contoh : jika melangkau setahun satu fidyah bersama dengan satu qada‟, melangkau dua tahun, dua fidyah tetapi qada‟nya tetap satu. Ini adalah pendapat Mazhab Syafie dan penulis berpegang dengannya, namun sememangnya ada pendapat mazhab lain yang menyatakan tiada pertambahan fidyah dengan melangkau tahun, penulis

42

 100 Persoalan Puasa  menghormati pendapat tersebut.

51. Jika seseorang itu tidak mampu berpuasa Ramadhan maka dia membayar fidyah, kemudian pada puasa 6 hari di bulan Syawal pun ia fidyahkan juga. Adakah ia mendapatkan ganjaran yang sama iaitu seolah-olah berpuasa setahun ? Menurut Sultanul Ulama Izzuddin Abdussalam, ia tetap mendapat ganjaran yang sama. Jika puasa yang wajibpun boleh difidyahkan apatah lagi yang sunat, yang pentingnya niat yang ikhlas untuk beribadat bagi mereka yang tidak mampu lagi berpuasa. Sebagai satu keringanan, rahmat dan peluang kepada mereka.

52. Apakah hukumnya seorang isteri

berpuasa qada’

yang masih banyak waktunya lagi untuk diqada’ atau puasa sunat tanpa izin suaminya dan dalam keadaan suaminya ada disisi ? Haram keatas isteri mengqada‟ puasa yang masih banyak lagi ruang masa mengqada‟nya ‫سع‬ َّ ‫( َوا ِجب ُم َو‬ )atau berpuasa sunat tanpa keizinan suaminya ketika

43

 100 Persoalan Puasa  suaminya berada di sisinya melainkan puasa Arafah dan Asyura diharuskan tanpa izin suami.

53. Apabila pemerintah mengarahkan berpuasa istisqa’ (puasa minta hujan) maka wajib rakyat melakukannya, tetapi ada antara rakyat yang terpaksa berbuka pada hari tersebut atas alasan yang syari’e seperti haid . Adakah wajib ia mengqada’ ? Tidak wajib ia mengqada‟, kerana kewajipan itu bukannya wajib aini tetapi kewajipan itu adalah bersebab iaitu atas arahan pemerintah pada hari tertentu, apabila berlalu hari tersebut maka terhapuslah kewajipan tersebut.

54. Apakah boleh berpuasa qada’ pada hari isnin dan khamis ? Ya, harus berpuasa qada‟ pada hari tersebut bahkan ia turut mendapat pahala puasa sunat hari isnin dan khamis sekaligus, begitu juga pada puasa qada‟ yang dilakukan pada hari – hari yang sunat berpuasa seperti puasa 6 hari di bulan Syawal.

44

 100 Persoalan Puasa  Mengenai niatnya, hanya perlu berniat puasa qada‟ sahaja dan telah terangkum puasa lain yang lebih kecil daripadanya. Ianya sama seperti kita mandi wajib dan terhasil juga wudhuk sekiranya tiada perkara yang membatalkan wudhuk dilakukan semasa mandi wajib. Begitu jugalah solat tahiyyatul masjid tidak perlu dilakukan jika kita masuk ke dalam masjid kemudian terus solat qabliah atau lain-lain. Namun terdapat juga pendapat yang tidak menerima gabungan puasa qada‟ dengan puasa sunat. Penulis turut menghormatinya.

55. Adakah batal puasa bagi orang yang gila sebentar sahaja? Batal puasanya walaupun sebentar.

56. Apakah hukum bagi orang yang hilang akalnya disebabkan sakit atau dibius atau memakan ubat disebabkan keperluan kepada ubat tersebut ? Bagi kes-kes di atas, batal puasanya dan hendaklah ia mengqada‟ puasanya dan tidak berdosa keatasnya.

45

 100 Persoalan Puasa 

57. Bagaimana jika hilang akal akibat mengambil bendabenda yang haram? Siapa yang hilang akal akibat benda yang haram seperti arak , dadah dan lain-lain semestinya wajib qada‟ dan berdosa besar perbuatannya kerana mengambil benda tersebut dan meninggalkan puasa.

58. Jika berhenti haid di waktu tengahari Ramadhan, adakah ia perlu menahan diri untuk berpuasa? Tidak perlu, hanya sunat sahaja ia menahan diri untuk berpuasa dan keesokan harinya barulah wajib berpuasa ke atasnya.

59. Bagaimanakah penyelesaian kepada budak lelaki yang baligh ketika sedang berpuasa? Jika seorang kanak-kanak lelaki baligh ketika berpuasa contohnya dia keluar mani ketika tidur selepas sahur, maka jatuh wajib dia menyempurnakan puasanya kerana ketika itu telah tertaklif dengan kewajiban puasa

46

 100 Persoalan Puasa  dan jika pada hari dia baligh itu dia tidak berpuasa maka wajib dia mengqada‟ puasanya.

60. Bagaimana pula jika kanak-kanak perempuan mula haid ketika sedang berpuasa? Bermula daripada hari dia keluar haid itu telah diwajibkan segala syariat ke atasnya dan hendaklah dia memberhentikan puasanya kerana keluar haid dan bermula daripada hari dia berhenti itu sehingga dia suci kembali wajib ke atasnya qada‟ puasa tersebut.

61. Perbahasan mengenai pembayaran dan pengiraan fidyah masakini Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin. Kewajipan fidyah puasa ini berdasarkan firman Allah :

     

47

 100 Persoalan Puasa  Maka

barangsiapa

diantara

kamu

yang

tidak

berkemampuan melakukan puasa Ramadan. Maka diwajibkan membayar fidyah, (iatu): memberi makan seorang miskin. Al Baqarah 184 Perlu diberi perhatian bahawa pesakit yang boleh meninggalkan puasa dan digantikan dengan fidyah ialah hanya kepada pesakit yang tiada kemungkinan sembuh dan tidak boleh berpuasa lagi, tetapi bagi pesakit yang mampu berpuasa maka wajib mengqada‟ puasa tersebut selepas Ramadan. Contohnya : seorang pengamal dialisis tidak mampu berpuasa atau meneruskan puasanya ketika sedang mengambil rawatan tetapi dia masih boleh berpuasa pada hari-hari yang lain, maka pesakit tersebut perlu mengqada‟ puasanya selepas Ramadan dan tidak boleh membayar fidyah. Pembayaran dan pengiraan fidyah masakini Setiap satu hari puasa yang ditinggalkan hendaklah dibayar dengan satu fidyah bersamaan satu mudd (cupak) atau ¼ gantang. Satu mudd menurut taksiran di dalam Kitab Al Fiqh Al Manhaji bersamaan dengan 600 gram.

48

 100 Persoalan Puasa  Makanan yang hendak dikeluarkan fidyah mestilah makanan asasi penduduk setempat dan harus menukar nilaiannya dengan wang. Katakanlah satu kilogram beras RM 3.00, maka 600 gram beras ialah RM 1.80 Panggil orang ramai ke rumah dan buat majlis makan, adakah boleh dinamakan bayar fidyah ? Tidak boleh, kerana fidyah mesti ditentukan mendapat hak milik harta yang difidyah kepada penerima secara jelas, jika buat majlis makan ianya masih hak tuan rumah

62. Adakah boleh seseorang yang uzur atau sakit yang tiada harapan diubati mengeluarkan fidyah dalam keadaan dia masih hidup? Dibolehkan bahkan perlu ke atas seorang yang uzur seperti tua yang amat sangat atau sakit yang berkekalan membayar fidyah ketika waktu hidupnya.

 .....      

49

 100 Persoalan Puasa  “Dan ke atas orang-orang yang sulit melakukannya, hendaklah mereka membayar fidyah memberi makan orang miskin.” Al Baqarah 184 Ibnu Abbas di dalam mentafsirkan ayat ini mengatakan ayat ini tidak dinasakhkan dan di tujukan kepada orang tua samada lelaki mahupun perempuan yang tidak sanggup berpuasa, hendaklah memberi makan seorang miskin.

63. Jika seseorang meninggal dunia dalam keadaan masih dibelenggu kewajiban qada’ puasa sedang dia ada kesempatan melakukannya semasa hayat, bolehkah jika walinya ingin berpuasa menggantikan orang yang meninggal tersebut ? Imam Syafie di dalam Qaul Jadid tidak membenarkan wali menggantikan puasa, tetapi di dalam Qaul Qadim dibenarkan bagi wali menggantikan orang yang telah meninggal itu dan tidak perlu membayar fidyah, dan maksud wali ialah kesemua kerabatnya dan jika puasa itu dibuat oleh orang lain sah dengan izin wali. Jika tiada izin wali maka tidak sah. Ini berdasarkan hadis ;

50

 100 Persoalan Puasa 

َ‫َػِٓ ػَبئِؾَخَ سَظٍَِ اٌٍَُّٗ ػَِٕهَب ؤََّْ سَعُىيَ اٌٍَِّٗ صًٍََّ اٌٍَُّٗ ػٍََُِِٗ وَعٍَََُّ لَبي‬ ٌَُُُِّٗ‫َِِٓ َِبدَ َوػٍََُِِٗ صَُِبَْ صَب َ ػَُِٕٗ و‬ Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang meninggal sedangkan ia masih mempunyai kewajiban berpuasa, hendaklah digantikan oleh walinya.” ( Riwayat Bukhari Dan hadith dari Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu bertanya: “Ya Rasulullah, ibu saya meninggal dunia padahal ia masih mempunyai hutang puasa sebulan, apakah boleh saya ganti mengqada‟kannya? Maka sabda Rasulullah s.a.w.:

ُِِٗ‫ؤَ َسؤََِذَ ٌَىِ وَبَْ ػٍََُِهَب دََِْٓ َؤوُِٕذَ َر ْمع‬ “Seandainya ibumu mempunyai hutang, apakah akan kamu bayar hutangnya? Katanya: Ya, maka Rasulullah bersabda:

ِ‫فَبٌٍَُّٗ رَجَبسَ َن وََرؼَبًٌَ ؤَ َدكُّ ثِبٌْ َىفَبء‬ “Maka hutang kepada Allah lebih patut untuk dibayar”. (Hadith riwayat Ahmad)

51

 100 Persoalan Puasa 

64. Adakah seorang musafir boleh berbuka dan bagaimana pula seorang yang musafir tanpa henti? Harus bagi seseorang yang bermusafir melebihi 2 marhalah berbuka dan bagi permasalahan musafir yang berterusan tiada henti atau berhenti seketika dan perhentiannya tidak memungkinkan ia mengqada‟ puasa yang ditinggalkan maka tidak boleh ia berbuka.

65. Sekiranya seorang yang sedang musafir memilih hendak berpuasa, apakah hukumnya? Bagi sesiapa yang diberi keringanan dan ia merasa mampu untuk berpuasa dan tidak memberikan apa-apa mudharat maka harus ia memilih samaada berpuasa atau berbuka. Seorang sahabat Hamzah Aslami r.a. bertanya kepada Rasulullah yang beliau merasa kuat untuk berpuasa dalam permusafiran adakah salah dia berbuka, maka jawab Baginda s.a.w.

َْْ‫غْٓ َوَِِٓ ؤَدَتَّ ا‬ َ َ‫"ًَِ٘ سُ ِخصَخٌ َِٓ اهلل َرؼَبىلَ فَ َِّٓ ؤَخَزَ ثِهَب َفذ‬ "ٍََُِِٗ‫َصُ ِى َ فَالَ جَُٕبحَ ػ‬ “Ianya adalah keringanan daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya adalah baik dan sesiapa yang suka 52

 100 Persoalan Puasa  meneruskan puasanya maka tiada salah ke atasnya.” Hadis Riwayat An Nasaie Bagi penulis, lebih baik bagi sesiapa yang musafir melihat kepada keadaan dirinya, jika dia seorang yang sukar melakukan puasa sunat, lebih baik dia terus berpuasa dan tidak mengambil rukhsah, tetapi jika dia sering melakukan puasa sunat ataupun tidak sukar untuk melakukan qada‟ selepas Ramadhan, maka lebih afdhal kepadanya mengambil anugerah dan keringanan Allah tersebut. Namun ada juga pendapat yang menyatakan berpuasa lebih baik daripada mengambil keringanan untuk berbuka berdasarkan firman Allah di dalam surah Al Baqarah Ayat 184 yang memberi kebenaran untuk sesiapa yang sakit dan musafir untuk berbuka , akan tetapi diakhir ayat tersebut Allah s.w.t menyatakan :

         Maksudnya “dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” Maka terserah kepada pembaca untuk menilai kemampuan dan kewajaran puasa pada diri mereka.

53

 100 Persoalan Puasa  66. Apabila seorang musafir telah tiba ke destinasinya dalam keadaan telah berbuka, adakah dikenakan kifarah jika dia menjimak isterinya? Tidak dikenakan kifarah ke atasnya kerana dia telah mengambil keringanan dengan berbuka. Tetapi sunat kepadanya menahan diri.

67. Seorang musafir telah sampai ke Mekah dalam keadaan berpuasa. Adakah lebih baik ia berbuka supaya menguatkan tubuh badannya untuk melakukan umrah? Rasulullah sewaktu memasuki kota Mekah sewaktu peristiwa Pembukaan Mekah pada 20 Ramadhan, Baginda dalam keadaan berbuka, setelah selesai solat dua rakaat di Baitullah al-Haram, Baginda bersabda:

" ْ‫" ََأ َؤ ًَِ٘ َِىَّخَ اَرُِّّىِا فَئَِّٔب لَ ِىَْ َع َفش‬ “Wahai penduduk Mekah, sempurnakanlah puasa kalian sesungguhnya kami golongan yang musafir.” Maka lebih afdhal bagi musafir berbuka apabila ia baru sampai supaya ia dapat menyegarkan badan untuk melakukan umrah dan kebiasaannya apabila musafir yang baru sampai berumrah tanpa berbuka, pasti 54

 100 Persoalan Puasa  memenatkan dan bagi musafir peluang berumrah amat terhad hanya sewaktu di Mekah tetapi puasa boleh diqada‟ pada waktu-waktu lain dan ada keringanan berbuka.

68. Bagaimanakah hukumnya jika seseorang itu tidak sengaja atau dipaksa makan atau muntah? Sah puasanya sekiranya tidak sengaja atau lupa atau dipaksa berdasarkan hadith :

ٍُ‫ لبي سعىي اهلل صًٍ اهلل ػٍُٗ وع‬,ٕٗ‫ػٓ اىب ٘شَشح سظً اهلل ػ‬ ََُّٗ‫" َِِٓ َٔغٍَِ َوُ٘ َى صَبئُِْ فََإ َوًَ ؤَوِ َؽشِةَ فٍَُْزَُِّ صَ ِىَُِٗ فَئََِّّٔب ؤَ ْطؼ‬: ) ‫اهللُ وَ َعمَبُٖ " ( سواٖ اجلّبػخ‬ Daripada Abi Hurayrah r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w. : “Barangsiapa yang terlupa dalam keadaan ia berpuasa kemudian ia termakan atau minum maka hendaklah ia meneruskan puasanya, sesungguhnya dia seolah-olah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t.” Dan hadith:

55

 100 Persoalan Puasa 

َِِٓ " : ٍُ‫ لبي سعىي اهلل صًٍ اهلل ػٍُٗ وع‬,‫ػٓ ؤىب ٘شَشح لبي‬ ٖ‫ َو َِِٓ ؤَعِمًَ ػََّذّا فٍََُْ ْمطِ "( سوا‬,ٌ‫رَ َسػَُٗ لًَِءٌ فٍََُِظَ ػٍََُِِٗ َلعَبء‬ ) ‫ؤمحذ و ؤيب داود‬ Daripada Abi Hurayrah r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w. “Siapa dipaksa muntah maka tiadalah atasnya qada’ dan barangsiapa muntah dengan sengaja maka batal puasanya.” (Hadith riwayat Ahmad dan Abi Daud) Namun, jika ia termakan semasa berpuasa sunat, menurut mazhab Syafie batal puasanya. Hadith pertama di atas hanya untuk puasa wajib.

69. Bagaimana pula dengan sisa makanan yang ada terselit di celah gigi dan hanya disedari di waktu siang? Tidak membatalkan puasa tetapi wajib membuang sisa tersebut dan batal jika ia sengaja menelannya.

70. Apakah

hukumnya

seorang

musafir

yang

mengambil rukhsah (berbuka) telah sampai ke destinasi atau orang sakit yang telah berbuka 56

 100 Persoalan Puasa  kemudian sihat kembali, adakah perlu kepada mereka menahan diri ? Adalah sunat hukumnya kepada mereka menahan diri.

71. Yang manakah lebih utama berbuka dahulu atau sembahyang Maghrib?

ًٍََ‫ "وبْ سعىي اهلل ( ؿ ) َُ ْف ِطشُ ػ‬: ‫ػٓ ؤٔظ سظً اهلل ػٕٗ لبي‬ ُِٓ‫فَبِْْ ٌَُِ رَ ُىِٓ َفؼًٍََ رَ َّشَادٍ فَبِْْ ٌَُِ رَى‬. ٍٍََِّ‫سُطُجَبدٍ لَِجًَ اَْْ َُص‬ ) ‫دَغَب دَغَىَادٍ ِِٓ َِبءٍ " ( سواٖ ؤثى داود‬ Dari Anas r.a.: “Adalah Rasulullah biasa berbuka dengan beberapa kurma basah sebelum sembahyang. Jika tiada maka dengan kurma kering, jika tiada maka diteguk beberapa teguk air.” (Hadith riwayat Abu Daud) Dari hadith di atas menunjukkan sunat berbuka dahulu sebelum solat maghrib dengan tamar atau air kemudian solat. Jika selesai solat maka makan pula makanan yang lainnya jika ada, akan tetapi jika makanan berat telah terhidang maka lebih baik ia makan terlebih dahulu berdasarkan hadith Anas r.a.:

57

 100 Persoalan Puasa 

ِٓ‫" ِارَا لَذِ َ اٌْؼَؾَبءُ فَبَِثذَُئىِا ثِِٗ لَِجًَ صِالَحِ اْ َدل ِغشِةِ ِوالَ رَ ِؼجٍَُىِا َػ‬ ) ْ‫ ( سواٖ اٌؾُخب‬." ُُِ‫ػَؾَبئِى‬ “Jika makanan malam telah dihidangkan, maka makanlah dahulu sebelum solat maghrib, janganlah makan malammu dibelakangkan.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

72. Apakah neraca timbangan yang seseorang yang sakit itu berbuka?

menentukan

Dibolehkan seseorang itu berbuka sekiranya secara adatnya dengan puasa itu bertambah sakitnya seperti gastrik, atau lambat sembuh atau mendatangkan mudharat pada dirinya atau orang lain seperti ibu yang mengandung. Boleh berbuka dengan nasihat doktor.

73. Sekiranya orang yang sakit itu berpuasa dan rela menanggung penderitaan, apakah hukumnya? Firman Allah di dalam surah Al Haj Ayat 78 :

58

 100 Persoalan Puasa  ....        Maksudnya “Dan tidak aku jadikan kesulitan di dalam beragama.” Sah puasanya tetapi menurut Sayyid Sabiq sekiranya ada kemungkinan ia mendapat mudharat, makruh hukumnya dan tindakannya juga seperti tidak mahu menerima keringanan yang diberikan.

74. Jika kita diberikan keringanan yang manakah lebih utama, berpuasa atau berbuka? Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafie berpendapat berpuasa lebih utama bagi orang yang kuat melakukannya dan berbuka lebih utama bagi yang tidak kuat berpuasa. Sebagai tambahan Khalifah Umar Abdul Aziz berpendapat bagi yang susah hendak mengqada‟ dikemudian hari, lebih utama ia berpuasa. Demikian juga sekiranya timbulnya perkara yang menyalahi syariat daripada puasanya seperti ujub dan riak.

75. Adakah berbekam membatalkan puasa? 59

 100 Persoalan Puasa 

Tidak membatalkan puasa berdasarkan hadith Ibnu Abbas:

ُِْ‫ذ ِشَْ صَبئ‬ ِ ُِ َ‫اََّْ سَعُ ِىيَ اهللِ (ؿ ) اِدِزَجََُ فًِِْ دَجَّخِ اٌْ َىدَاعِ َوُ٘ى‬ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berbekam semasa haji wada‟ dalam keadaan Baginda berihram dan berpuasa.” Walaupun ada beberapa hadith yang menyatakan terbatal puasa kerana berbekam tetapi menurut Imam Mawardi hadith-hadith tersebut telah dimansukhkan dengan hadith di atas.

76. Apakah hukum menyuntik vitamin atau glukos semasa berpuasa? Batal puasanya seolah-olah telah memasukkan makanan ke dalam badan. Tetapi hukum suntikan pada asalnya harus jika bahan yang disuntikkan tersebut adalah ubat, bukannya makanan tambahan atau apaapa yang berbentuk makanan.

77. Seorang yang menghidap

penyakit asma

dan

menggunakan sejenis ubat berbentuk gas dan menyedut gas yang dikeluarkan untuk melegakan 60

 100 Persoalan Puasa  rasa lelah yang dialami (inhaler atau nebulizer). Apakah batal puasanya jika menggunakan rawatan tersebut ketika berpuasa ? Bagi penyakit asma atau lelah, amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasanya kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa kebanyakan ulama masakini seperti Sheikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fatawa adDa‟awah Sheikh Abdul Aziz Ben Baz) dan merupakan pendapat majoriti ulama yang bersidang di Seminar Feqh Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Maghribi, pada 8 -11 Safar 1418 bersamaan 1417 Jun 1997. Yang dianjurkan oleh Institut Kajian Sains dan Perubatan Sultan Hassan II dengan kerjasama Akademi Fiqh Islam serta WHO di Morocco yang membincangkan pelbagai isu perubatan yang berkaitan puasa. Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit asma juga harus berdasarkan fatwa umum dalam masalah ini oleh Syeikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu‟ Fatawa Ibn Taymiyah). Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka diharuskan. Imam Ibn Hazm al-Andalusi (Kitab al-Muhalla) juga

61

 100 Persoalan Puasa  berpendapat tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk. Meskipun ada pendapat yang menyatakan batal tetapi penulis lebih cenderung kepada pendapat yang mengharuskan, ini adalah berdasarkan pengalaman penulis yang juga diuji Allah dengan asma.

78. Bagaimana pula rawatan penggunaan oksigen?

yang

melibatkan

Rawatan yang menggunakan oksigen melalui hidung tidak membatalkan puasa.

79. Apakah antara contoh-contoh dikecualikan daripada berpuasa?

penyakit

yang

Antara penyakit-penyakit yang dikesan membolehkan si pengidap dikecualikan daripada berpuasa: a. Leukimia b. Kanser saluran usus c. Kanser paru-paru d. Pesakit AIDS yang serius e. Meningitis (jangkitan selaput otak)

62

 100 Persoalan Puasa  f. Peneumonia (jangkitan paru-paru) g. Pyelonephritis (jangkitan salur kencing) h. Septisemia (pemusnahan tisu akibat toksin bakteria dalam salur darah) Dan ada penyakit yang pesakitnya dikehendaki berpuasa ketika penyakit mereka terkawal akan tetapi diharuskan atau dimestikan (mengikut keadaan) mereka berbuka jika tahap kesihatan mereka menurun lebihlebih lagi yang turun secara mendadak yang mengakibatkan kompilasi yang teruk. Contohnya: a. Kerosakan buah pinggang atau hati b. Asma

80. Adakah dibenarkan bagi wanita menggunakan ubat penahan haid agar dapat berpuasa sebulan penuh ? Menurut Dr Yusuf Al Qaradhawi di benarkan kepada wanita menggunakan ubat penahan haid semasa Ramadhan dengan syarat tidak mendatangkan kemudharatan. Namun beliau menyarankan lebih baik bagi wanita menuruti pusingan haidnya yang fitrah.

63

 100 Persoalan Puasa 

81. Apakah batal puasa bagi seorang yang melakukan onani sehingga keluar mani? Batal puasanya dan berdosa serta amat tidak wajar ianya berlaku ketika Ramadhan.

82. Apakah hukum bercumbuan di antara suami dan isteri di waktu puasa Ramadhan ? Dalam hal ini, tiada bezanya di antara pasangan yang tua mahupun yang muda, ataupun yang baru berkahwin kerana yang diperhatikan ialah kemampuan mengawal diri. Makhruh hukumnya jika terangsang syahwat atau bangkit nafsu seksnya kerana khuatir berlakunya jimak yang akan dikenakan kifarah. Sekiranya pasangan mampu mengawal diri atau memang tidak terpengaruh dengan rangsangan seperti seorang yang lanjut usia atau orang muda yang lemah tenaganya maka tidak makruh. Seperti hadith daripada Aisyah r.a. yang menyatakan Rasulullah juga turut mencium dan menyentuh-nyentuh isterinya tetapi Bagindalah yang paling mampu mengawal nafsunya.

64

 100 Persoalan Puasa 

ٌٍَُّٗ‫َػِٓ ػَبئِؾَخَ سَظٍَِ اٌٍَُّٗ ػَِٕهَب لَبٌَذِ وَبَْ سَعُىيُ اٌٍَِّٗ صًٍََّ ا‬ ُُِ‫ػٍََُِِٗ وَعٍَََُّ َُمَِّجًُ َوُ٘ىَ صَبئُِْ وََُجَب ِؽشُ َوُ٘ىَ صَبئِ ُْ وٌََىَُِّٕٗ َؤٍَِِىُى‬ ) ٍُ‫ٌِإسِثِِٗ ( سواٖ ِغ‬ Daripada Aisyah r.a. : “Adalah Nabi s.a.w. biasa mencium ketika sedang berpuasa dan bersentuhan di kala puasa dan Bagindalah yang paling mampu mengawal nafsunya.” Serta tiada bezanya diantara mencium itu di pipi atau di tempat-tempat lainnya. Demikian juga berpelukan atau menyentuh anggota badan dengan tangan hukumnya sama dengan mencium.

83. Sekiranya suami isteri bersentuhan tetapi tidak sampai ke tahap jimak kemudian terkeluar mani, adakah batal puasanya dan wajibkah kifarah ? Jika keluar mazi tidak mengapa tetapi jika keluar mani batal puasa suami dan wajib si suami qada‟ tetapi tidak wajib kifarah.

65

 100 Persoalan Puasa 

84. Apakah hukumnya bagi seseorang membinasakan puasa dengan jimak?

yang

Sekiranya puasa tersebut puasa sunat atau puasa qada‟ maka tidak dikenakan ke atasnya kifarah tetapi bagi puasa qada‟ hendaklah ia mengqada‟ kembali. Jika puasa yang dibinasakannya itu puasa Ramadhan maka wajib ke atas pasangan tersebut qada‟ dan kepada suaminya dikenakan kifarah manakala si isteri tidak dikenakan kifarah. Jika yang melakukan itu pasangan yang tidak berkahwin maka amat besarlah dosa keduanya dan kifarah sama seperti pasangan yang sah iaitu hanya lelaki sahaja yang dikenakan. Dalam perlaksanaan hukum kifarah itu hendaklah mengikut turutan yang pertama membebaskan seorang hamba sekiranya tiada berpuasa selama 60 hari berturut-turut sekiranya tidak mampu barulah memberi makan seramai 60 orang miskin.

85. Sekiranya seseorang itu menjimak isterinya dan tidak menyedari bahawa waktu telah terbit fajar, adakah dikenakan kifarah dan qada’ ?

66

 100 Persoalan Puasa  Ke atasnya dikenakan qada‟ sahaja tanpa kifarah.

86. Jika seorang lelaki dipaksa bersetubuh dalam keadaan dia tidak rela (dipaksa), bagaimanakah puasanya? Al Mawardi di dalam kitab ‫اوى اَل َك ِبير‬ ِ ‫ َح‬menyatakan bahawa sekiranya ia tidak inzal maka tidak perlu dia mengqada‟ puasanya dan kifarah tetapi sekiranya dia inzal maka pendapat yang kuat menyatakan ia perlu mengqada‟ puasanya tanpa dikenakan kifarah.

87. Seperti yang diketahui umum dilarang berjimak di siang Ramadhan tetapi jika puasanya telah batal, adakah dikenakan kifarah sekiranya ia menjimak isterinya ? Ia tidak dikenakan kifarah jika puasanya telah batal sebelum melakukan jimak kerana syarat dikenakan kifarah ialah apabila ia membatalkan puasanya dengan melakukan jimak. Meskipun begitu, amat tidak wajar jika melakukan jimak di siang Ramadhan walaupun telah berbuka terlebih dahulu, kerana hikmah kedatangan Ramadhan adalah untuk mendidik nafsu.

67

 100 Persoalan Puasa 

88. Apabila seorang yang haid telah suci sebelum terbit fajar tetapi ia lewat mandi iaitu selepas terbit fajar, apakah hukumnya? Wajib ke atasnya puasa kerana suci sebelum terbit fajar dan sah puasanya walaupun lewat mandi setelah terbit fajar. Cuma perlu diambil perhatian melewatkan mandi itu mestilah sebelum luputnya waktu subuh kerana ia berkewajiban bersolat subuh, sekiranya ia mandi selepas waktu subuh berdosa kerana meninggalkan subuh tetapi sah puasanya.

89. Apakah hukumnya jika seseorang itu bercelak kemudian dia mendapati celak itu turun melalui kerongkongnya? Harus hukumnya bercelak dan tidak membatalkan puasanya walaupun ia terasa celak tersebut mengalir di kerongkong kerana mata bukanlah diiktibarkan sebagai rongga terbuka seperti mulut, hidung , telinga, dubur, lubang zakar atau faraj.

68

 100 Persoalan Puasa 

90. Bagaimanakah pula dengan menitiskan ubat ke dalam mata? Hukumnya sama seperti bercelak, tidak membatalkan puasanya.

91. Jika kahak atau hingus turun dari kepala ke bahagian hidung yang zahir (bahagian lubang hidung yang tidak bertulang) kemudian masuk kembali kebahagian rongga hidung atau hidung yang batin (lubang hidung yang bertulang) lalu terus ke kerongkong dan ditelan, apakah batal puasanya? Batal puasanya kerana kahak tersebut telah keluar ke bahagian yang zahir kemudian masuk kembali, seolaholah memasukkan sesuatu ke rongga hidung. Maka jika kahak telah keluar ke had zahir hendaklah ia mengeluarkannya ( menghembuskannya ) melainkan jika tidak mampu dikeluarkan maka tidak batal atau pun dia sememangnya berada dalam keadaan selesema dan tidak mampu mengawalnya maka termasuk di dalam perkara yang dimaafkan.

69

 100 Persoalan Puasa 

92. Apakah boleh mengorek hidung semasa puasa? Harus mengorek tahi hidung selagi mana kawasan pengorekan tersebut di dalam had zahir ( bahagian lubang hidung yang tidak bertulang atau sekadar had garisan takuk pertama di jari )

93. Ketika seseorang sedang berpuasa ia menghidapi selesema atau gusi berdarah, bagaimana puasanya ? Perkara selesema dan gusi berdarah ini diiktibar di dalam ilmu feqh sebagai “umumul balwa” maka sebagai perkara yang tidak dapat dielakkan ianya dimaafkan kerana begitu sukar memeliharanya. Memadailah ia meludahkan jika gusinya berdarah dan menghembus hingusnya. Jika ada yang tertelan ia sememangnya tidak dapat dielakkan maka dimaafkan.

94. Apabila seseorang mandi junub atau sunat atau biasa kemudian telinganya dimasuki air, adakah batal puasanya ?

70

 100 Persoalan Puasa 

Tidak batal puasanya, memasukkan air.

kerana

bukan

sengaja

95. Bagaimana pula jika dia menyelam? Menurut Syeikh Ramli, jika segi adatnya ia tahu jika menyelam nescaya masuk air ke dalam telinga dan sekiranya perkara ini sememangnya tidak dapat dipelihara maka batal puasa dan haram hukumnya jika puasa Ramadhan. Melainkan seseorang yang profesionnya adalah penyelam yang sememangnya menyediakan alat yang menghalang air masuk ke dalam rongga.

96. Apabila seseorang mengayak tepung atau menyapu sampah, debu tepung dan sampah tadi masuk ke dalam mulut atau hidungnya. Bagaimanakah puasanya dan adakah boleh disamakan debu dengan lalat atau nyamuk yang masuk ke dalam mulut?

71

 100 Persoalan Puasa  Tidak mengapa jika debu atau tepung masuk ke mulut, berlainan pula dengan lalat dan nyamuk membatalkan puasa serta banyak mudharatnya.

yang

97. Jika naik fajar ketika seseorang itu dalam keadaan ada makanan di dalam mulutnya dan tidak menelannya, tiba-tiba ketika sedang mengemam makanan tersebut secara tidak sengaja ia tertelan, bagaimanakah puasanya ? Jika dalam keadaan itu perlu ia meluahkannya dan jika tertelan sedikit dalam keadaan tidak sengaja tidak membatalkan puasa.

98. Apakah hukum orang yang mengingkari kewajipan berpuasa Ramadhan? Puasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Perintah berpuasa ke atas umat Islam adalah jelas melalui Al Quran dan As Sunnah. Justeru sesiapa dengan jelas sengaja menolak kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan adalah murtad. Na‟uzubillah min zalik.

72

 100 Persoalan Puasa 

99. Adakah boleh ketika berpuasa kita menyejuk atau menyegarkan badan sebagai contoh membasahkan baju, mandi dan sebagainya untuk menyejukkan badan? Dibolehkan hadith:

kita

menyejukkan

badan

berdasarkan

‫"وٌََمَذِ َسؤََِذُ سَعُ ِىيَ اهللِ ( ؿ‬: ‫ػٓ ؤيب ثىش ثٓ ػجذ اٌشمحٓ لبي‬ " ِّ‫ذش‬ َ ٌْ‫) َصُتُّ ػًٍََ سَؤْعِِٗ اْدلَبءَ َوُ٘ىَ صَبِئُْ َِٓ اٌْ َؼ َطؼِ ؤَوِ َِٓ ا‬ ) ‫( سواٖ ؤمحذ وِبٌه و ؤيب داود‬ Dari Abi Bakar bin Abdul Rahman berkata: “Sesungguhnya saya telah melihat Rasulullah s.a.w. mencurah air ke kepalanya sewaktu berpuasa disebabkan kehausan dan kepanasan.” (Hadith riwayat Ahmad, Malik dan Abi Daud)

100. Jika seseorang melakukan pemeriksaan dubur kerana disyaki buasir atau sebagainya, lalu doktor telah menjolok jarinya ke dalam dubur, adakah batal puasanya ?

73

 100 Persoalan Puasa  Banyak fatwa yang dikeluarkan oleh institusi-institusi fatwa masakini seperti Fatawa Al Lajnah Ad Daimah dan Majma‟ Fiqh Islami yang memfatwakan tidak batal jika melakukan proses memasukkan jari atau alatan ke dalam rongga untuk tujuan perubatan ataupun pemeriksaan. Namun Majma‟ Fiqh Islami menasihatkan jika proses tersebut dapat ditunda ke luar waktu puasa adalah lebih baik.

Antara contoh kajian semasa mengenai isu-isu perubatan ketika puasa. Keputusan Seminar Feqh Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Maghribi, pada 8 -11 Safar 1418 bersamaan 1417 Jun 1997. Yang dianjurkan oleh Institut Kajian Sains dan Perubatan Sultan Hassan II dengan kerjasama Akademi Fiqh Islam serta WHO menyatakan : Perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa menurut Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW. Tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum, dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga

74

 100 Persoalan Puasa  samada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa. Ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA. 1. 2. 3.

4. 5.

6.

7. 8.

Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung). Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin). Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray. Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut. Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah. Penderma atau menerima pemindahan darah. Oksigen dan Gas Bius.

75

 100 Persoalan Puasa  9.

10. 11. 12. 13. 14. 15.

Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat. Mengambil sampel darah untuk ujian makmal. Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain. Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit. Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut. Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya. (ie. UICD) Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.

Sementara itu majoriti peserta ( terdapat minoriti yang tidak bersetuju ) menambah perkara berikut tidak membatalkan puasa 16. Ubat titis hidung, semburan hidung and ubat sedut. 17. Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur. 18. Pembedahan yang melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa. 19. Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut

76

 100 Persoalan Puasa  20. Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya ke dalam perut.

 77

‫‪ 100 Persoalan Puasa ‬‬ ‫‪RUJUKAN‬‬

‫‪.1‬‬

‫اٌمشؤْ اٌىشًن‬

‫‪.2‬‬

‫األدبدَث إٌجىَخ‬

‫‪.3‬‬

‫اجملّىع ؽشح ادلهزة ٌٍٕىوٌ‬

‫‪.4‬‬

‫اإللٕبع ىف دً ؤٌفبظ ؤيب ؽجبع ٌٍؾشثُين‬

‫‪.5‬‬

‫ِغىن حمزبج ٌٍؾشثُين‬

‫‪.6‬‬

‫ادلؼزّذ يف اٌفمٗ اٌؾبفؼٍ ٌٍذوزىس حمّذ اٌضدٍٍُ‬

‫‪.7‬‬

‫فمٗ اإلعالٍِ وؤدٌزٗ ٌٍذوزىس و٘جخ اٌضٍٍُ٘‬

‫‪.8‬‬

‫فمٗ اٌغٕخ ٌٍغُذ اٌغبثك‬

‫‪.9‬‬

‫فزبوي ادلؼبصشح ٌٍذوزىس َىعف اٌمشظبوٌ‬

‫‪.11‬‬

‫فزبوي احلذَثُخ الثٓ دجش اذلُثبٍِ‬

‫‪.11‬‬

‫فزبوي اٌذػىح ٌٍؼالِخ ثٓ ثبص‬

‫‪.12‬‬

‫فشوع ادلغبئً ٌٍؾُخ داود ػجذاهلل اٌفطبىن‬

‫‪.13‬‬

‫وؾف اٌٍثبَ ػٓ ؤعئٍخ األٔبَ ٌضَٓ اٌؼبثذَٓ ثٓ حمّذ‬ ‫اٌفطبين‬

‫‪78‬‬

 100 Persoalan Puasa 

Sisipan Santapan Kerohanian

            "Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” Surah Ar Ra’du ayat 28.

79

 100 Persoalan Puasa 

ZIKIR MUNAJAT I

ُ‫عُِجذَبَْ اهللِ وَاٌْذَِّذُ ٌٍَِِّٗ َوَِ إٌََٗ ِإالَّ اهلل ُوَاهلل ُ َؤوَْجش‬ Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar.

.............. ُ ‫ ََب اهلل‬, ُ ‫ اهلل‬, ُ ‫ اهلل‬, ُ ‫اهلل‬ Allah , Allah , Allah , Ya Allah………..

ًٍََّ‫ َِٔيبِ ُِذََّّذٍ ص‬, ُ ‫ َِب فٍِِ لٍَْجٍِِ غَُِشُ اهلل‬,ُ ‫ دَغِجًِِ سَثٍِِّ َجًَّ اهلل‬. ,ُ ‫اهلل‬ Cukuplah Tuhan Yang Maha Agong sebagai Tuhanku, tiada di dalam hatiku melainkan Allah, Nabi Muhammad (SAW).

, ‫ ؤََ ِذَِِٕب ػًٍََ َِب َفؼٍََْٕب‬, ِ‫ وَسَ َجؼَِٕب إًٌََِ اهلل‬, ِ‫رُجَِٕأَ إًٌََِ اهلل‬ Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan.

, ُ‫ َو َِِٓ ُ٘ىَ فَىِقَ اٌْ َؼشِػِ َف ِشدْ ُِىَدَّذ‬, َُٖ‫فَغُِجذَبَْ َِِٓ الَّ َمْذِسُ اٌْخَ ٍْكُ لَذِس‬ ُ‫غجُذ‬ ِ َ‫ ٌِؼِضَّرِِٗ َرؼُِٕىاٌْىُجُىِ ُٖ وَر‬, ُِّٓ َُِ‫ٍَُِِِهْ ػًٍََ َػشِػِ اٌغََّّبءِ ُِه‬

80

 100 Persoalan Puasa  Maka Maha Suci Allah yang mana tidak ada kekuasaan makhluk yang mengatasi kekuasaan-Nya(Iaitu) , Dialah satu-satunya di atas 'Arasy yang diEsakan. Raja Maha Gagah yang menguasai kerajaan langit. Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk (wajahwajah)

ٍ‫َٔجٍِِ ُِذََّّذ‬

, ُ ‫ َِب فٍِِ لٍَْجٍِِ غَُِشُ اهلل‬, ُ ‫دَغِجًِِ سَثٍِِّ جًََّ اهلل‬ , ُ ‫صًٍََّ اهلل‬

Cukuplah Tuhan Yang Maha Agong sebagai Tuhanku, tiada di dalam hatiku melainkan Allah, Nabi Muhammad (SAW).

, ُ ‫ٌَُِظَ ٌَهَب ِِٓ دُوِِْ اهللِ وَب ِؽفَخ‬ Tidak ada yang lain (di hatiku) melainkan Allah sebagai tempat.

ُ‫ ُِذََّّذُ سَعُ ِىيُ اهلل صَبدِق‬, ُُِِٓ‫ اٌٍََِّْهُ اٌْذَكُّ اٌُّْج‬, ُ ‫الَ اٌَِـَٗ ِاالَّ اهلل‬ ُِِٓ ‫اٌ َىػِذُ ا َال‬ Tiada Tuhan melainkan Allah, Raja Yang Maha Benar, Nabi Muhammad Pesuruh Allah

, ‫ اَِّْ اهلل َ وَبَْ رَىَّاثَب‬, َ ‫ؤَعَِز ِغ ِفشُ اهلل‬ Aku memohon ampun daripada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat .

81

 100 Persoalan Puasa 

ZIKIR MUNAJAT II

* ٌَُِِِٗ‫ؤَعَِز ِغ ِفشُ اهللَ اٌ َؼظُُِِ َاٌزٌِِ ال اٌََِٗ اِالَّ ُ٘ىَ اٌْذٍَُّ اٌْمَُُّىَِ َوؤَرُىِةُ ا‬ , ‫ اَِّْ اهلل َ وَبَْ رَىَّاثَب‬,‫ؤَعَِز ِغ ِفشُ اهلل‬ Aku mohon keampunan dari Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau, Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa, dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

,َ‫اليِ وَا ْال ِوشَا‬ َ َ‫ َب رَااجل‬. َِ‫اليِ وَا ْال ِوشَا‬ َ َ‫ َب رَااجل‬, َِ‫ال ِي وَا ْال ِوشَا‬ َ َ‫َب رَااجل‬ * َِ‫ال‬ َ ِ‫ِْ َا ِزِٕبَ ػًٍََ دَِِِٓ االِع‬ Ya Allah, Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. ( 3 X), Matikan kami ya Allah atas Agama Islam.

َ‫ َوُ٘ى‬, ُ‫ َشِ صُقُ َِ ِٓ َؾَبء‬, ِِٖ‫اَهلل ُ ٌَطُِِفْ ِثؼِجَبد‬.... 7 x ‫ف‬ ُ ُِِ‫ََب ٌَط‬ * ُ‫اٌْمَىٌُِّ اٌْ َؼضَِِض‬ Ya Allah, Tuhan yang Maha Pelembut…Yang Maha Pelembut terhadap hamba-hambaNya , yang memberi rezki kepada sesiapa yang dikehendakiNya , Yang Maha Gagah Perkasa.

* ٍَُُِِ‫ح ََب ػ‬ ُ ‫ ََب فَزَّب‬# ٍَُُِِ‫ ََب فَزَّبحُ ََب ػ‬# ٍَُُِِ‫ََب فَزَّبحُ ََب ػ‬ 82

 100 Persoalan Puasa  Wahai Tuhan yang Maha Pembuka, Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

* ُ‫ ََب َاهللُ َبَ َاهلل‬# ُ‫ ََب َاهللُ َبَ َاهلل‬# ُ‫ََب َاهللُ َبَ َاهلل‬ Ya Allah, Ya Allah-ya Allah, Ya Allah Ya Allah, Ya Allah ُ

‫ رجَِٕب ََب اَهلل‬# ‫ ُرجَِٕب ََب اَهلل‬# ‫ُرجَِٕب ََب اَهلل‬

Kami memohon taubat kepadaMu ya Allah. (3x)

‫وسَ َجؼَِٕب ََب اَهلل‬

#

‫وسَ َجؼَِٕب ََب اَهلل‬

#

‫َوسَ َجؼَِٕب ََب اَهلل‬

Kami kembali kepadaMu ya Allah. (3x)

* ‫َؤَ ِذَِِٕب ََب اَهلل‬

#

‫ َؤَ ِذَِِٕب ََب اَهلل‬# ‫َؤَ ِذَِِٕب ََب اَهلل‬

Kami sesungguhnya menyesal ya Allah. (3x)

* ‫ َؤَ ِذَِِٕب ََب اَهلل‬# ‫ وسَ َجؼَِٕب ََب اَهلل‬# ‫ُرجَِٕب ََب اَهلل‬ Kami memohon taubat kepadaMu ya Allah. Kami kembali kepadaMu ya Allah. Kami sesungguhnya menyesal ya Allah.

* ٍِِّ‫ ََب َاهللُ سَث‬, ُ‫ ََب َاهلل‬, ُ‫ ََب َاهلل‬, ُ‫ ََب َاهلل‬, ُ‫ََب َاهلل‬ Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah Tuhanku.

83

 100 Persoalan Puasa 

ZIKIR-ZIKIR YANG DIBACA RASULULLAH PADA WAKTU PAGI DAN PETANG

1. Membaca ayat Kursi 2.Membaca Al-Mu'awwizaat iaitu surah-surah:

‫ُلًْ ُ٘ىَ اٌٍَُّٗ ؤَدَذ‬ ِ‫ُلًْ َؤػُىرُ ِثشَةِّ اٌْفٍََك‬ ‫ٌ ُلًْ َؤػُىرُ ِثشَةِّ إٌَّبط‬ 3.Membaca:

َ‫ؤَصَِجذَِٕب وَؤَصِجَخَ اٌٍُّْْهُ ٌٍَِِّٗ وَاٌْذَِّذُ ٌٍَِِّٗ َالَ إٌََِٗ إِالَّ اٌٍَُّٗ وَدِذَُٖ ال‬ ْ‫َؽشَِهَ ٌَُٗ ٌَُٗ اٌٍُّْْهُ وٌََُٗ اٌْذَِّذُ َوُ٘ىَ ػًٍََ وًُِّ ؽًَِءٍ لَذَِش‬ ِّ ‫سَةِّ ؤَعِإٌَُهَ خَُِشَ َِب فًِ ٘زَا اٌَُ ِىَِ وَخَُِشَ َِب َثؼِذَُٖ وََؤػُىرُ ثِهَ ِِٓ ؽ‬ ‫َش‬ ِّ‫غًِ وَعُىءِ اٌْىَِجشِ سَة‬ َ َ‫٘زا اٌُىَ وَؽَشِّ َِب َثؼِذَُٖ سَةِّ ََؤػُىرُ ثِهَ َِٓ اٌْى‬ ‫ََؤػُىرُ ثِهَ ِِٓ ػَزَاةِ إٌَّبسِ َوػَزَاةِ اٌْمَجِش‬ (Hadis Riwayat Muslim) 4.Membaca doa berikut pada waktu pagi:

84

‫‪ 100 Persoalan Puasa ‬‬

‫اٌٍَّهَُُّ ثِهَ ؤَصَِجذَِٕب وَثِهَ َؤِِغََُِٕب وَثِهَ َٔذَُِب وَثِهَ َُّٔىدُ َوِإٌَُِهَ إٌُّؾُىسُ‬ ‫‪dan pada waktu petang dibaca:‬‬

‫اٌٍَّهَُُّ ثِهَ َؤِِغََُِٕب وَثِهَ ؤَصَِجذَِٕب وَثِهَ َٔذَُِب وَثِهَ َُّٔىدُ َوِإٌَُِهَ اٌْ َّصًِنُ‬ ‫)‪(Hadis Riwayat Tirmizi‬‬ ‫‪5.Membaca:‬‬

‫اٌٍَّهَُُّ ؤَِٔذَ سَثًِّ ‪َ ،‬ال ِإٌََٗ إِالَّ ؤَِٔذَ ‪ ،‬خٍََمْزًَِٕ َوؤََٔب ػَجِذُنَ ‪َ ،‬وؤََٔب ػًٍََ ػَ ِهذِ َن‬ ‫وَ َوػِذِنَ َِب اعِزَ َط ِؼذُ ‪َ ،‬ؤػُىرُ ثِهَ ِِٓ ؽَشِّ َِب صََٕ ِؼذُ ‪ ،‬ؤَثُىءُ ٌَهَ ثِِٕؼَِّزِهَ ػًٍَََّ‬ ‫َوؤَثُىءُ ثِزَِٔجًِ ‪ ،‬فب ْغفِشِ ًٌِ ‪َ ،‬فئَُِّٔٗ َال َ ِغفِشُ اٌزُُّٔىةَ إِالَّ ؤَِٔذَ‬ ‫)‪(Hadis Riwayat Bukhari‬‬ ‫‪6.Membaca:‬‬

‫ذذُ ؤُؽِهِذُنَ َوؤُؽِهِذُ دٍَََّخَ ػَشِؽِهَ َوَِالَئِىَزَهَ وَجَُِّغَ خٍَْمِ َ‬ ‫ه‬ ‫اٌٍَّهَُُّ إًِِّٔ ؤَصِجَ ِ‬ ‫ؤََّٔهَ ؤَِٔذَ اٌٍَُّٗ َال ِإٌََٗ إِالَّ ؤَِٔذَ وَدِذَنَ َال ؽَشَِهَ ٌَهَ َوؤََّْ ُِذََّّذّا ػَ ِجذُنَ‬ ‫َوسَعُىٌُهَ‬ ‫‪7.Membaca:‬‬

‫اٌٍَّهَُُّ َِب ؤَصَِجخَ ثًِ ِِٓ ِٔؼَِّخٍ ؤَوِ ِثَإدَذٍ ِِٓ خَ ٍْمِهَ فَِِّٕهَ َودِذَنَ َال ؽَشَِهَ ٌَهَ‬ ‫فٍََهَ اٌْذَِّذُ َوٌَهَ اٌؾُّىْشُ‬ ‫)‪(Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasaie‬‬ ‫‪8.Membaca:‬‬

‫‪85‬‬

‫‪ 100 Persoalan Puasa ‬‬

‫اٌٍَّهَُُّ ػَبفًِِٕ فًِ ثَذًَِٔ اٌٍَّهَُُّ ػَبفًِِٕ فًِ عَ ِّؼًِ اٌٍَّهَُُّ ػَبفًِِٕ فًِ َثصَشِي َال ِإٌََٗ إِالَّ‬ ‫ؤَِٔذَ اٌٍَّهَُُّ إًِِّٔ َؤػُىرُ ثِهَ َِٓ اٌْ ُىفْشِ وَاٌْ َفمْشِ اٌٍَّهَُُّ إًِِّٔ َؤػُىرُ ثِهَ ِِٓ ػَزَاةِ‬ ‫ال ِإٌََٗ إِالَّ ؤَِٔذَ )‪(sebanyak tiga kali‬‬ ‫اٌْمَجِشِ َ‬ ‫)‪(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad‬‬ ‫‪9.Membaca:‬‬

‫دَغِجًَِ اٌٍَُّٗ َال ِإٌََٗ إِالَّ ُ٘ىَ ػٍََُِِٗ رَىَوَّ ٍْذُ َوُ٘ىَ سَةُّ اٌْؼَ ِشػِ‬

‫اٌْؼَظُُِِ ‪(sebanyak‬‬

‫)‪tujuh kali‬‬ ‫)‪(Hadis Riwayat Ibn Sunni dan Abu Daud‬‬ ‫‪10.Membaca:‬‬

‫اٌٍَّهَُُّ إًِِّٔ ؤَ ِعَإٌُهَ اٌْ َؼفْىَ وَاٌْؼَبفَُِخَ فًِ اٌذَُُِّٔب وَاِخِ َشحِ اٌٍَّهَُُّ إًِِّٔ ؤَعَِإٌُهَ اٌْ َؼفْ َى‬ ‫وَاٌْؼَبفَُِخَ فًِ دًَِِٕ وَدَُُِٔبيَ َوَؤًٍِِ٘ َوَِبًٌِ اٌٍَّهَُُّ اعِزُشِ ػَ ِىسَارًِ وَآ ِِٓ سَ ِوػَبرًِ‬ ‫َي َو ِِٓ خَ ٍْفًِ َوػَِٓ ًَُِِّٕ َوػَِٓ ؽَِّبًٌِ َو ِِٓ فَىِلًِ‬ ‫اٌٍَّهَُُّ ا ِدفَظًِْٕ ِِٓ ثَُِِٓ َذ َّ‬ ‫َوَؤػُىرُ ِثؼَظََّزِهَ ؤَْْ ُؤغْزَبيَ ِِٓ َرذِزًِ‬ ‫)‪(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah‬‬ ‫‪11.Membaca:‬‬

‫اٌٍَّهَُُّ ػَبٌَُِ اٌْغَُِتِ وَاٌؾَّهَب َدحِ فَبطِشَ اٌغََّّىَادِ وَاألَسِضِ سَةَّ وًُِّ ؽًَِءٍ َوٍَُِِىَ ُٗ‬ ‫ؤَؽِهَذُ ؤَْْ َال ِإٌََٗ إِالَّ ؤَِٔذَ َؤػُىرُ ثِهَ ِِٓ ؽَشِّ َٔفْغًِ وَؽَشِّ اٌؾَُِّطَبِْ وَؽِشِوِِٗ وَؤَْْ‬ ‫ُشُٖ ِإًٌَ ُِغٍٍُِِ‬ ‫ؤَلْزَ ِشفَ ػًٍََ َٔفْغًِ عُىءًا ؤَوِ َؤج َّ‬ ‫)‪(Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud‬‬ ‫‪12.Membaca:‬‬

‫‪86‬‬

 100 Persoalan Puasa 

ُ‫ثِغُِِ اٌٍَّ ِٗ اٌَّزِي َال َعُشُّ َِغَ اعِِِّٗ ؽًَِءٌ فًِ األَ ِسضِ وَالَ فًِ اٌغََّّبءِ َوُ٘ىَ اٌغَُِّّغ‬ (sebanyak tiga kali)

ٍَُُُِ‫اٌْؼ‬

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad) 13.Membaca:

‫الَِ دَِّٕب وَثُِّذََّّذٍ َٔجُِِّب‬ َ ِ‫سَظُِذُ ثِبٌٍَِّٗ سَثِّب وَثِبإلِع‬ (sebanyak tiga kali) (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad) 14.Membaca:

ًِ‫ََب دًَُّ ََب لَُُّىَُ ثِ َشدَِّزِهَ ؤَعِزَغُِثُ ؤَصٍِِخِ ًٌِ َؽإًِْٔ وٍَُُّٗ َو َال رَىًٍِِْٕ ِإًٌَ َٔفْغ‬ ٍَُِٓ‫طَشِفَخَ ػ‬ (Hadis Riwayat Hakim) 15.Membaca:

ٍ‫الَِ َوػًٍََ وٍََِّخِ ا ِإلخِالَؿِ َوػًٍََ دَِِٓ َٔجَُِِّٕب ُِذََّّذ‬ َ ِ‫ؤَصَِجذَِٕب ػًٍََ فِطْ َشحِ اإلِع‬ َ‫َوػًٍََ ٍَِِّخِ ؤَثََُِٕب إِثِشَاَُُِ٘ دَُِٕفبً ُِغٍِِّبً وََِب وَبَْ َِٓ اٌُّْؾِشِوٌِن‬ (HR Ahmad) 16.Membaca: (sebanyak seratus kali) (Hadis Riwayat Muslim) 17.Membaca:

87

ِٖ‫عُِجذَبَْ اٌٍَِّٗ وَثِذَِّ ِذ‬

 100 Persoalan Puasa 

ًُِّ‫ َوٌَُٗ اٌْذَِّذُ َوِ٘ىَ ػًٍََ و‬، ُ‫ ٌَُٗ اٌٍُّْْه‬، ٌَُٗ َ‫َ َال ِإٌََٗ إِالَّ اٌٍَُّٗ وَدِذَُٖ َال ؽَشَِه‬ ْ‫ؽًَِءٍ لَذَِش‬ (sebanyak seratus kali pada waktu pagi) (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 18. Membaca: (seratus kali dlm sehari)

ٌَُِِٗ‫ؤَعَِزغِفِشُ اٌٍََّٗ َوؤَرُىةُ ِإ‬

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 19.Membaca:

ً‫اٌٍَّهَُُّ إًِِّٔ ؤَ ِعَإٌُهَ ػٍِّّْب َٔبِفؼّب َو ِسصِلًب طَُِّجّب وَػََّالً َُِزمَجَّال‬ pada waktu pagi. (Hadis Riwayat Ibn Majah) 20.Membaca:

ِِٗ‫عُجِذَبَْ اٌٍَِّٗ وَثِذَِّ ِذِٖ ػَذَدَ خَ ٍْمِِٗ َوسِظَب َٔفْغِِٗ َوصَِٔخَ ػَشِؽِِٗ َو ِذَادَ وٍََِّبر‬ (3 kali pagi dan petang) (Hadis Riwayat Muslim) 21.Membaca:

َ‫َؤػُىرُ ثِىٍََِّبدِ اٌٍَِّٗ اٌزَّبَِّبدِ ِِٓ ؽَشِّ َِب خٍََك‬ ( 3 kali pada waktu petang) (Hadis Riwayat Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad) Setiap Muslim sewajarnya mengamalkan zikir-zikir ini yang merupakan sunnah Rasulullah SAW pada waktu pagi dan petang supaya kehidupan kita sentiasa berada dalam 88

 100 Persoalan Puasa  suasana menghayati dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Zikir-zikir ini mesti diamalkan dengan penuh ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, dengan penuh keyakinan kepadaNya dan dengan menghayati makna yang terkandung di dalamnya supaya dapat memberi kesan yang positif di dalam kehidupan, akhlak dan tingkahlaku kita.

89

 100 Persoalan Puasa 

Karya-karya yang telah di hasilkan : Pedoman Pesakit : Panduan Bersuci, Solat dan Puasa Ketika Sakit

30 Persoalan Jamak dan Qasar

100 Persoalan Puasa

90

 100 Persoalan Puasa 

Fiqh Jumaat Mazhab Syafie

Panduan Tarawikh dan Witir

Panduan Solat Jamak dan Qasar Untuk Atlet

91

 100 Persoalan Puasa 

Buku-buku Yang Dalam Proses Percetakan 1. Jangan Dekati Zina 2. Prinsip-prinsip Islam Dalam Berinteraksi Dengan Non Muslim Buku-buku Yang Dalam Proses Terjemahan 1. Al-Muktamad Fil Fiq As Syafie – 5 Jilid Bahasa Arab akan menjadi 11 Jilid Bahasa Melayu 2. Terjemahan Tafsir Surah Yasin 3. Fatwa-fatwa Hal Ehwal Rumahtangga

Buku-buku Yang Dalam Proses Penyiapan/Penyempurnaan/Pemurniaan 1. 2. 3. 4.

Kanak-kanak Di Zaman Rasulullah Santunan Rasulullah Pada Non Muslim Senjata Tok Lebai Klinik Solat Anda 5. Fiqh Qada’ Ibadah

92

 100 Persoalan Puasa 

1.

ِ‫أَ ِعلَى وَ َأ ِعلَمُ بِالصَّوَاب‬ Terima Kasih kepada semua yang memberi sumbangan di dalam penerbitan buku kecil ini terutama sahabat-sahabat lama di Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur Mesir, sejarah dimana bermulanya penulisan buku ini dan penerbitannya.

Kepada keluarga tersayang yang sentiasa mengorbankan masa emas kalian yang sepatutnya kalian miliki tetapi terpaksa dikongsikan dengan laptop dalam rangka menyiapkan pelbagai kitab. Semua pahala jika ada daripada penulisan ini kami dedikasikan kepada kedua ibubapa kami di Kuala Lumpur dan Kedah serta kepada guruguru kami…,,,,.Azhar & Fadilah

93

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF