April 13, 2017 | Author: Muhamad Izat | Category: N/A
Download 10 Kebenaran Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah...
10 Kebenaran Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah Karangan: Izat Infohartanah www.infohartanah.my
10 Kebenaran Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah
Pembuka kata 3 Ramadhan 1434H
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian
Alhamdulillah. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang sudi melayari blog saya dan muat turun eBook ini. Diharap eBook ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian.
Nawaitu saya hanyalah sekadar berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi sepanjang berkecimpung dalam bidang ini. Mungkin ramai dikalangan pembaca sekalian yang ingin mengetahui tentang gambaran sebenar sebagai seorang perunding hartanah. Didalam eBook ini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu anda tahu dan bakal anda lalui apabila berkecimpung dalam bidang ini.
www.infohartanah.my | Hak cipta terpelihara
2
10 Kebenaran Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah
Isi penting didalam eBook ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, bahan ilmiah, seminar dan juga hasil temu ramah dengan Senior Real Estate Negotiator yang telah berkecimpung lebih 15 tahun dalam bidang ini. Setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza dalam hidup mereka. Saya menghormati perbezaan.
Akhir sekali, saya ingin memohon maaf jika para pembaca sekalian tidak setuju sama sekali dengan mana-mana perkara yang saya nyatakan dalam eBook ini. Saya juga adalah manusia biasa yang serba kekurangan dan perlu terus belajar selagi hayat dikandung badan. Apa yang saya harapkan adalah keberkatan Allah dalam mencari rezeki dan membantu menambah nilai hidup orang lain.
Saya amat mengalu-alukan maklum balas daripada pembaca sekalian. Sebarang komen dan cadangan bolehlah dihantar ke
[email protected]
Selamat Membaca
Ikhlas
Muhamad Izat Real Estate Negotiator HP : 013-7976138 FB : Izat Infohartanah
www.infohartanah.my | Hak cipta terpelihara
3
10 Kebenaran Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah
Sebelum anda mula membaca eBook ini, saya beranggapan bahawa pembaca sekalian telah jelas apakah itu kerjaya perunding hartanah. Ramai dikalangan kenalan yang saya temui beranggapan bahawa saya menjual tanah dan berunding tentang jual beli tanah. Bagi anda yang masih belum memahami apakah itu kerjaya perunding hartanah bolehlah dapatkan maklumat dahulu daripada sumber yang sahih.
Kepada pembaca yang telah bermula, saya percaya bahawa anda juga melalui perkara yang sama sewaktu bermula dahulu. Kepada yang belum bermula ataupun baru hendak bermula, teruskan membaca eBook ini sehingga habis. Insyaallah anda akan mendapat manfaat daripada apa yang bakal saya kongsikan
Berikut adalah 10 kebenaran yang perlu anda tahu sebelum memulakan kerjaya sebagai perunding hartanah.
1. Kos untuk bermula yang sangat rendah
Anda ingin jadi doktor? Anda mestilah melanjutkan pengajian keuniversiti perubatan yang menelan kos sehingga puluhan ribu ringgit
Bagaimana dengan perunding hartanah?
Untuk menjadi perunding hartanah, apa yang anda perlukan adalah Agensi Hartanah yang sudi untuk merekrut dan melatih anda dengan bayaran yang sangat rendah. Biasanya hanya menelan kos ratusan ringgit (RMXXX.XX) sahaja.
2. Tiada kelulusan akademik yang tinggi diperlukan
Cukuplah hanya sekadar anda melepasi peperiksaan SPM dengan lulus Bahasa Malaysia. Tidak seperti profesyen lain, syarat untuk menjadi perunding hartanah adalah: www.infohartanah.my | Hak cipta terpelihara
4
10 Kebenaran Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah
•
18 tahun keatas
•
Boleh menulis dan membaca (Bahasa Inggeris merupakan kelebihan tambahan)
•
Tahu menggunakan komputer (Kepakaran dalam bidang IT adalah kelebihan tambahan)
•
Mempunyai personaliti yang menarik
•
Atitud dan semangat yang tinggi untuk berjaya
3. Pendapatan yang anda jana adalah tidak terhad
Kebanyakan profesyen mempunyai pendapatan syiling. Sebagai contoh seorang jurutera yang baru sahaja tamat pengajian selama 5 tahun minima boleh memperoleh pendapatan maksimum sehingga RM30,000.00 setahun
Bagaimana dengan perunding hartanah?
Dengan komisen sebanyak 2%, anda boleh menerima pendapatan sebanyak RM30,000.00 sebulan dengan membuat jualan sebuah rumah yang bernilai RM1,500,000.00 ataupun 3 buah rumah yang bernilai RM500,000.00 dan ianya adalah tidak terhad bergantung kepada usaha anda.
4. Mengambil masa 3 bulan ataupun lebih sebelum anda berjaya mendapatkan komisen pertama
3 kebenaran pertama adalah mudah difahami oleh kebanyakan orang. Tetapi ramai yang terlepas pandang mengenai kebenaran keempat. Masalahnya adalah, individu yang menceburkan diri dalam bidang ini masih mempunyai mentaliti pekerja. Hujung bulan gaji masuk dan bayar hutang.
www.infohartanah.my | Hak cipta terpelihara
5
10 Kebenaran Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah
Kebenarannya adalah hutang mesti dibayar tetapi tiada gaji yang akan masuk keakaun bank anda setiap hujung bulan. Oleh itu persiapkanlah diri anda dengan wang simpanan yang mencukupi untuk menampung hidup anda selama 3 bulan minima. Tidak lupa juga perkara yang perlu diambil kira seperti kos pengiklanan online dan offline, bil telefon, kos perjalanan. Jumlah ini juga perlu dimasukkan dalam jumlah perbelanjaan bulanan anda.
5. Kemahiran dan disiplin menguruskan kewangan adalah penting untuk survival
Kebenaran ini adalah berbalik kepada kebenaran keempat cuma bezanya disini ialah setelah mendapat komisen, bagaimana kita membahagikan wang komisen tersebut. Kita perlu memperuntukkan sebahagian daripada kewangan kita sebagai gaji dan selebihnya adalah wang terkumpul sepanjang menjalankan kerjaya perunding hartanah.
Jika semua komisen yang diperolehi dianggap sebagai pendapatan bulanan, alamatnya berbelanja besarlah kita kerana meraikan kejayaan closed deal dan berakhir dengan tiada simpanan untuk kebebasan kewangan dimasa akan datang.
Bagaimana pula jika sebulan tidak dapat closed deal pula? Adakah perlu mengikat perut atau menggunakan pendapatan bulan lepas untuk perbelanjaan bulan ini? Rancanglah sendiri mengikut keperluan hidup anda kerana ini penting untuk memastikan anda bertahan lama didalam profesyen ini.
6. Anda juga bersaing dengan perunding hartanah yang lain
Adalah penting untuk kita fahami bahawa dalam perniagaan, ganjaran adalah berkait rapat dengan produktiviti (anda hanya akan memperoleh komisen jika anda closed deal). Perunding hartanah yang lain juga memiliki misi yang sama.
www.infohartanah.my | Hak cipta terpelihara
6
10 Kebenaran Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah
Semua perunding hartanah akan mencari listing rumah untuk dijual ataupun cobroke dengan perunding hartanah lain jika mereka mempunyai pembeli yang serius. Apakah yang membezakan anda dengan perunding hartanah lain diluar sana?
Kepada anda yang baru bermula, adalah dicadangkan supaya anda mencari mentor yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini dan sudi untuk memberi tunjuk ajar kepada anda. Biasanya, apabila anda menyertai Agensi Hartanah, anda akan diletakkan dibawah pemantauan Team Leader untuk latihan dan tunjuk ajar selain daripada latihan/seminar rasmi yang diadakan oleh agensi anda.
7. Anda perlu berdaftar dengan Agensi Hartanah berlesen
Jawatan anda selepas berdaftar dengan Agensi Hartanah ada Real Estate Negotiator. Real Estate Agent adalah individu yang telah mempunyai lesen Ejen Hartanah yang dikeluarkan oleh LPPEH (Lembaga Penilai Dan Pentaksir Harta Tanah) selepas melalui beberapa prosedur dan boleh membuat jualan sendiri tanpa perlu berdaftar dengan mana-mana Agensi Hartanah.
“Mengapa perlu berdaftar? Kan lebih senang jadi broker dan ambil komisen apabila closed deal.”
Adalah salah disisi undang-undang Malaysia untuk membuat jualan hartanah tanpa mempunyai lesen melainkan anda adalah pemilik hartanah tersebut dan membuat urusan
dengan
peguam
untuk
proses
pindah
milik
hartanah.
Apakah kepentingan lesen ini?
Perunding hartanah adalah pihak ketiga dalam urusan jualbeli hartanah antara pemilik dan pembeli. Jika belaku sebarang masalah sepanjang proses pindah milik, perunding hartanah tersebut perlu bertanggungjawab dalam hal itu. Jika didapati masalah itu berpunca daripada kesilapan perunding hartanah agensi tersebut, agensi www.infohartanah.my | Hak cipta terpelihara
7
10 Kebenaran Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah
perlu memulangkan semula komisen yang diperolehinya daripada pemilik hartanah. Agensi Hartanah tidak dapat melarikan diri kerana segala maklumat agensi telah direkodkan di LPPEH.
Bagaimana pula dengan Broker Haram yang telah membelanjakan wang komisen tersebut? Adakah anda pasti anda boleh mendapatkannya semula?
Tidak cukup dengan itu, pemilik atau pembeli ingin mengemukakan saman pula terhadap kesilapan yang dilakukan. Bagaimana kita boleh melindungi hak kita jika situasi sedemikian berlaku.
Mentor saya pernah berpesan. “It’s not about money. It’s about bearing risk of what you’ve done before the real money come.”
8. Anda tidak lagi terikat dengan jadual dan tugasan yang diberikan oleh majikan
Bunyinya seperti menggembirakan. Tetapi hakikatnya, anda mesti melalui beberapa proses perubahan dalam hidup kerana anda adalah individu yang bertanggungjawab untuk draf jadual dan tugasan sendiri. Dipendekkan cerita apa yang saya maksudkan disini adalah SOP (Standard Operating Procedure) yang produktif.
Ya. Anda perlu menyusun sendiri jadual anda untuk seminggu. Peruntukkan sebahagian hari sebagai hari cuti jika anda tidak mahu bekerja 7 hari seminggu. Tetapi pada saya apalah gunanya kebebasan masa yang diperolehi jika anda hidup lebih sibuk daripada orang makan gaji.
Dan yang paling penting, jujur pada diri sendiri. Apalah gunanya SOP yang anda draf jika anda tidak melaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan. Tiada siapa yang akan memaksa anda bekerja melainkan diri anda sendiri.
www.infohartanah.my | Hak cipta terpelihara
8
10 Kebenaran Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah
9. “Secret Agent” tidak akan berjaya.
Mengapa perlu berahsia jika anda melakukan suatu pekerjaan yang halal? Adalah menjadi satu kerugian jika anda merahsiakan identiti anda sebagai seorang perunding hartanah. Berkemungkinan rakan-rakan atau saudara mara terdekat yang memerlukan perkhidmatan anda tetapi terpaksa berurusan dengan perunding hartanah lain kerana tidak tahu anda adalah seorang perunding hartanah. Lebih buruk lagi jika ditipu Broker Haram.
Kebiasaannya individu yang baru bermula dalam bidang ini malu dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk memperkenalkan diri mereka sebagai perunding hartanah.
Ada beberapa sebab mengapa perkara ini berlaku.
•
tidak yakin akan kebolehan diri
•
tidak memahami secara mendalam tentang urusniaga hartanah
•
takut ditanya soalan yang tidak boleh dijawab
•
masih mempunyai mentaliti pekerja
•
buat secara part-time kerana takut hilang punca pendapatan
•
takut dikritik oleh rakan jika tidak berjaya dan kembali bekerja makan gaji
Anda perlu segera mengatasi masalah ini kerana anda tidak akan berjaya jika anda tidak merasakan anda sedangkan melakukan sesuatu yang berbaloi dalam hidup anda. Anda membantu orang untuk membeli rumah atau menjual rumah bagi yang mahu menjual rumah mereka dengan selamat daripada sebarang penipuan. Bukankah itu suatu pekerjaan yang mulia?
www.infohartanah.my | Hak cipta terpelihara
9
10 Kebenaran Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Kerjaya Sebagai Perunding Hartanah
Anda boleh bermula dengan memperkenalkan diri kepada •
Rakan-rakan
•
Rakan media sosial (Facebook, Twitter, Instagram, Whatapps, WeChat dll)
•
Saudara mara
•
Bekas rakan sekerja
•
Jiran
•
Persatuan penduduk
•
Sesiapa sahaja yang anda rasa boleh
10. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejayaan dan kegagalan sendiri
Ini adalah kebenaran terbesar. Walau apapun yang anda lakukan, anda boleh berjaya sehingga kepuncak atau tenggelam sehingga kedasar. Ianya terletak ditangan anda dan anda tidak boleh menyalahkan orang lain terhadap apapun yang terjadi kepada anda.
Jika anda mempunyai pengalaman bekerja sendiri dalam bidang sales, peluang anda untuk berjaya dalam bidang ini adalah lebih cerah. Namun bagi yang tiada pengalaman juga boleh berjaya asalkan anda tidak berputus asa dan sanggup belajar daripada kesilapan yang anda lakukan.
Wajib percaya bahawa rezeki itu ditangan tuhan.
-Tamat-
www.infohartanah.my | Hak cipta terpelihara
10