1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas

November 19, 2017 | Author: Syuhada A.R | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas...

Description

SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA 47810 PETALING JAYA SELANGOR

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

SABTU 24 MAC 2012 ANJURAN UNIT DISIPLIN & PENGAWAS UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

NAMA PROGRAM

: KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012

HARI

: SABTU

TARIKH

: 24 MAC 2012

TEMPAT

:

DEWAN

SRIKANDI,

SK

SEKSYEN

11

KOTA

DAMANSARA PESERTA 1.0

: PENGAWAS (TAHUN 2, 3, 4, 5 & 6)

PENGENALAN Kursus Kepimpinan Pengawas ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan nilai-nilai kepimpinan dan pembangunan sahsiah di kalangan para pengawas sekolah. Secara umumnya, kursus ini juga berbentuk “Experienial

Learning”

untuk membuka minda dan

menimba pengalaman di samping memupuk nilai sahsiah diri yang unggul di kalangan para peserta dalam usaha untuk meningkatkan kualiti, kecemerlangan minda, prestasi kerja dan jati diri. Kursus ini juga dapat menggembeleng usaha ke arah peningkatan dan pembangunan sahsiah diri serta aspek ketahanan mental di kalangan kepimpinan pelajar muda. 2.0

KEKUATAN 2.1

Fasilitator Perlaksanaan modul telah dikelolakan oleh fasilitator luar yang

telah dilantik oleh pihak sekolah dan berjalan dengan lancar. Manakala, guru pembimbing unit disiplin dan pengawas pula bertindak membantu fasilitator luar yang dilantik semasa aktiviti modul dijalankan serta memastikan

perjalanan

keseluruhannya,

fasilitator

program telah

berjalan

menyampaikan

lancar. modul

berkesan kepada para peserta kursus kepimpinan pengawas ini.

Secara dengan

2.2

Peserta Murid-murid tahun 2, 3, 4, 5 dan 6 telah terlibat sepenuhnya

seperti

yang

telah

dirancang.

Semua

murid

amat

teruja

dan

memberikan kerjasama dengan baik sepanjang program ini dijalankan seperti berkumpul awal di Dewan Sri Kandi dan membawa alatan yang diperlukan

semasa

menunjukkan

program

komitmen

yang

berlangsung. tinggi

dan

Para jitu

pengawas terhadap

juga kursus

kepimpinan pengawas ini dan hampir 98% para pengawas sekolah telah menghadiri kursus ini. Kebanyakkan peserta memberi respon yang positif terhadap kursus kepimpinan pengawas ini dan menyatakan kursus ini perlu diadakan pada setiap tahun dan keinginan untuk mengikutinya lagi. 2.3

Modul Para peserta disediakan modul kursus kepimpinan pengawas ini

semasa program berlangsung terlebih dahulu. Hal ini membantu para peserta untuk lebih memahami modul yang akan dilaksanakan dan mempunyai bahan kursus selain catatan sendiri semasa mengikuti kursus kepimpinan pengawas ini. Selain itu, modul yang disediakan juga tidak tertumpu kepada bahan slaid atau ceramah berkaitan kepimpinan pengawas sahaja malah modul ini juga mengandungi latihan stimulasi atau

praktikal

yang

boleh

dipraktikan

oleh

pengawas

dalam

meningkatkan jati diri sebagai seorang pengawas dan mempunyai disiplin serta sahsiah diri yang baik.

3.0

KELEMAHAN 3.1

Kelewatan kursus bermula Kursus kepimpinan pengawas ini bermula agak lewat daripada

masa yang telah dirancang berikutan fasilitator yang tersesat mencari lokasi sekolah. Kursus bakal bermula pada pukul 8.30 pagi seperti yang dirancang dalam tentatif program namun berikutan hal yang tidak dapat dielakkan kursus ini telah bermula agak lewat sejam daripada masa yang telah dijadualkan. 3.2

Modul Modul yang disediakan turut mengandungi modul yang tidak

selaras dengan matlamat kursus kepimpinan pengawas iaitu terdapat modul teknik belajar kepada para peserta. Kursus ini dirancang awal bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pengawas tentang disiplin dan jati diri sebagai seorang pengawas atau pemimpin pelajar di sekolah yang harus mereka contohi dan teladani serta praktikkan kepada para murid yang lain. 3.3

Keterlibatan guru dalam program Sepanjang program ini berlangsung didapati guru-guru unit

disiplin & pengawas kurang dilibatkan dalam modul kursus kepimpinan pengawas ini. Guru-guru tidak dapat menunjuk ajar atau memberi contoh teknik atau teladan kepada para pengawas untuk dicontohi dalam menangani kes-kes didiplin oleh murid-murid di sekolah.

4.0

PENAMBAHBAIKKAN 4.1

Kelewatan kursus bermula Fasilitator boleh dimaklumkan lebih awal tentang lokasi sekolah

dan penyelaras program juga boleh meminta fasilitator untuk lebih menepati masa program yang telah ditetapkan agar program yang dirancang ini dapat dimulakan tepat pada masanya. 4.2

Modul Modul yang disediakan juga hendaklah selaras dengan matlamat

program dan fasilitator boleh mengubahsuai modul tersebut dengan sasaran program yang dikehendaki oleh penganjur. Penganjur juga boleh memaklumkan akan matlamat atau sasaran program yang ingin dilaksanakan. 4.3

Keterlibatan guru Guru-guru Unit Dispilin & Pengawas perlu dilibatkan dalam modul

kursus kepimpinan pengawas ini dan dicadangkan untuk program kursus kepimpinan pengawas yang akan datang perlu diadakan slot khas untuk para guru menunjukkan contoh bagaimana untuk menangani kes-kes kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid kepada pengawas dalam melaksanakan tanggungjawab mereka seharian.

5.0

KESIMPULAN Kursus Kepimpinan Pengawas Tahun 2012 ini telah berjaya mencapai

objektif yang disasarkan kepada murid-murid seperti meningkatkan dispilin diri yang utuh dan kemahiran komunikasi yang boleh para pengawas pelajari. Oleh itu, program ini amat perlu diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang berbeza

dan

lebih

menarik

kerana

bukan

sahaja

amat

membantu

pembangunan diri murid-murid itu sendiri malah memberi pendedahan idea kepada para pengawas tentang kepimpinan yang harus mereka contohi dan teladani selain meningkatkan jati diri sebagai seorang pengawas serta mempraktikkan disiplin yang baik. Disediakan oleh :

........................................................... (PN. HUSNA MAHIRAH BINTI HASAN) Setiausaha Unit Disiplin & Pengawas SK Seksyen 11 Kota Damansara Disahkan oleh :

................................................. (DATIN JAYANTHI A/P DEVAN) Penolong Kanan HEM SK Seksyen 11 Kota Damansara Disemak oleh :

....................................................... (PN. MUSALMAH BINTI AB. GHANI) Guru Besar SK Seksyen 11 Kota Damansara

GAMBAR PROGRAM

Para pengawas telah berkumpul di dewan pada pukul 8.00 pagi

Datin Jayanthi sedang menyampaikan pesanan kepada para pengawas

Fasilitator sedang menyampaikan modul program

Peserta melakukan aktiviti untuk slot 1

Fasilitator sedang bertanyakan sesuatu kepada peserta

Perserta sedang membaca ak modul yang telah disediakan

Para peserta kelihatan gembira mengikuti kursus kepimpinan pengawas ini

Para peserta sedang membuat latihan stimulasi

Para peserta sedang membuat latihan dalam kumpulan kecil

Para peserta diakhiri program dengan mengikuti lagu Gemuruh yang membawa penuh pengertian dan semangat

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF