1bestari.net Programyang dirancang oleh KPM. Sekolah yg ada bestari net. 8 syarat Sekolah yg ada zoom. 4 3 xtive 1 simpan. Kelajuan internet 2m hgga 10m Sekolah yg xda zoom akan dipasang menara. Jarak 4 km. Sekolah mesti diberi latihan VLE vitual learning enviromen iaitu vfrog terkenal d UK Bumbung sekolah yg rata. xlepas Pasang di atas tangki air.xlepas Tanah Latihan Gb gpk gict guru biasa 3 murid Buat LDP daftar di e-SPLG Apabila 1bestari.net dipasang PMO projek manegement office yg memantau kelancaran program. Ytl akan hantar email ke skolah ID dgn pasword mesti dibuka oleh oleh gICT ada file . exel file ic GB. ID guru Id murid Id ibubapa 4 orang anak 4 id Sekolah akan dapat 4g dongles Zoom ID selfcare dan pasword guna untuk buat laporan terus ke YTL masalah akan diberi perhatian. Boleh kesan benda yang kita layari. 1 fb. 2 yt. Maybank2u. Harakah. 10 ten Yesmoe=yesmonitering... Boleh kesan zoom dipasang kat mana. Ada zoom skolah johor dikesan d klantan masa cuti sekolah. Kalau hilang gb kn sercaj.
Id diambil masa bulan jun.
1BestariNet Memperkasakan generasi masa depan menerusi internet berkelajuan tinggi 1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.
PENYELESAIAN BERSEPADU Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet. Bagaimana komponen penyelesaian pendidikan ini dijalankan secara bersepadu?
Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah.Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.
Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.
KERJASAMA TEKNOLOGI Penyelesaian pendidikan bersepadu generasi baru akan dilaksanakan oleh kepakaran YTL Communications Sdn Bhd, selaku rakan teknologi rasmi KPM untuk projek 1BestariNet.YTL Communications Sdn Bhd adalah subsidiari syarikat utiliti, YTL Power International Berhad dan beroperasi sebagai penggerak telekomunikasi dalam YTL Corporation Berhad Group. YTL Communications bertekad menyediakan perkhidmatan berpatutan bertaraf dunia untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat di seluruh Malaysia menerusi rangkaian Internet mudah alih 4G yang sedang dibangunkan. Meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Telekomunikasi amat penting dalam pembangunan masyarakat dan negara di seluruh dunia. Sebagai masyarakat korporat yang bertanggungjawab, YTL Communications komited untuk:
Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.
Meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.
Menyokong inisiatif mempromosikan inovasi berteras teknologi.
Membentuk pemimpin masa depan berkualiti dengan sokongan pendidikan dan pembelajaran yang mantap.
Meningkatkan cara penyampaian pendidikan menerusi penyelesaian pembelajaran Internet bersepadu.
ntuk makluman pihak sekolah,pihak syarikat pemasangan1BestariNet iaitu YTL Communications sedang melaksanakan kerja-kerja pemasangan 1BestariNet di sekolah. oleh yang demikian,mohon kerjasama pihak sekolah untuk memberikan kerjasama kepada syarikat tersebut. Pihak sekolah,perlu memahami bahawa projek 1BestariNet adalah projek jalur lebar capaian internet bagi semua sekolah untuk mengakses bahan pembelajaran dengan menggunakan platform Virtual Learning Enviroment (VLE). Syarikat tersebut,akan memasang peralatan capaian internet iaitu ZOOM, dengan standard bilangan ZOOM adalah 3 + 1.
Bilangan ZOOM adalah bergantung kepada kajian pihak kontraktor di mana semua kawasan utama iaitu makmal komputer, bilik guru, pejabat pengurusan dan pentadbiran sekolah, pusat sumber dan common area boleh mencapai internet termasuk kawasan asrama, jika asrama dalam kawasan sekolah dan boleh melebihi atau kurang 3 + 1 ZOOM. untuk makluman lanjut, sila muat turun Garis Panduan Pihak Sekolah bagi pemasangan 1BestariNet.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.