Edu

September 18, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Edu...

Description

 

1.0

Pengenalan Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru telah mengadakan kursus Asas Profesionalisme dan Kepimpinan (EDUP 3083) sebagai kursus wajib kepada pelajar 7 PISMP Bimbingan dan Kaunseling. Bagi memenuhi tugasan subjek ini, saya berpeluang untuk menemu bual Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3. Tujuan sesi temubual dijalankan adalah untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai ciri-ciri guru profesional dan peranan guru sebagai pemimpin profesional. Sehubungan dengan itu, temu bual ini berkisarkan isu dan cabaran yang dihadapi guru pada masa kini serta perundangan yang mampu melindungi kebajikan dan kerjaya guru.

2.0

Laporan Temubual 2.1

Konsep Mengajar Sebagai Profesion

Profesion perguruan merupakan bidang perkhidmatan yang unik, tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Kamus Dewan (2005) mentakrifkan profesion sebagai bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Perkara ini selari dengan kenyataan Puan Maziah yang mana seseorang yang bergelar guru perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan terhadap bidang yang diceburi. Sebagai contoh, pada masa kini individu yang ingin menjadi guru perlu menerima latihan di Institut Pendidikan Guru mengenai kaedah dan strategi pengajaran supaya murid-murid dapat memahami ilmu yang disampaikan. Ini disokong oleh pendapat Syed Ismail dan Ahmad Subki (2015), antara dimensi profesionalisme ialah seorang guru yang cemerlang perlu berusaha melanjutkan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan menghalusi kesenian mereka. Maka, guru hendaklah bersedia menghadapi pelbagai cabaran dan mengamalkan pendidikan sepanjang hayat kerana faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan.

2.2

Ciri-Ciri Guru Profesional

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, terdapat beberapa ciri guru yang profesional diketengahkan oleh Puan Maziah. Menurut beliau, antara ciri seorang guru yang profesional ialah mempunyai akhlak yang baik. Guru yang

1

 

mempamerkan akhlak yang baik akan menjadi pembentuk nilai seterusnya menjadi suri teladan kepada murid. Perkara ini disokong dengan pernyataan Ragbir Kaur (2017), guru yang profesional mempunyai nilai murni yang tinggi seperti moral, agama dan terminal akan membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak mulia. Oleh itu, beliau menyatakan bahawa seorang guru perlu mempunyai kualiti peribadi, profesional dan hubungan sosial yang baik supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Selain itu, guru yang profesional juga perlu menguasai segala ilmu berkenaan perkembangan dan gaya pembelajaran murid-murid bagi memudahkan guru menerapkan nilai yang sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Puan Maziah juga ada menekankan bahawa guru yang profesional perlu berupaya menjalankan tugas yang diamanahkan. Tugas utama guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran di sekolah. Oleh itu, seorang guru perlu memberikan keperluan perkhidmatan yang berkualiti kepada muridnya. Misalnya, guru memenuhi keperluan murid dalam pelbagai aspek dari segi pengajaran dan pembelajaran. Maka, guru hendaklah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan profesional berterusan untuk memperoleh pengalaman pembelajaran supaya dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai profesional secara berterusan (Khair, 2016).

Pandangan ini disokong Habibah (2017),

pencapaian murid dapat boleh diperbaiki dengan adanya guru yang hebat dari segi kualiti dan pendekatan pengajaran.

2.3

Isu Dan Cabaran Semasa Yang Dihadapi Guru Pada Masa Kini

Lazimnya, tugas seorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik para pelajar. Namun, Puan Maziah menyatakan bahawa terdapat isu di mana guru masa kini telah dibebani dengan pelbagai tugas. Antara tugas guru selain mengajar

ialah

menjadi

penasihat persatuan

dan

badan

beruniform,

menjalankan tugas-tugas pengkeranian serta menjadi jurulatih sukan. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, guru dibebani dengan pelbagai tugas sehingga guru menghadapi kekangan masa di antara memenuhi tuntutan tugas hakiki dan melaksanakan tugas sampingan. Hal ini terbukti apabila Che Yaakob (2014) menyatakan bahawa para guru kini telah dibebankan dengan tugas rencam sehingga mengakibatkan guru mengabaikan tugas mereka

2

 

sebagai pengajar. Kesannya, tahap kepuasan guru mengajar kurang memberansangkan seterusnya menjejaskan perlakuan mengajar guru. Ini disokong dengan Surat Siaran (2012) yang dikeluarkan oleh KPM iaitu pelbagai tugas rencam telah menjejaskan masa berkualiti bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan tugas utama guru.

Isu lain yang diketengahkan oleh beliau ialah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Dalam Pelan Pembangunan Induk Pendidikan (PIPP, 2010), antara teras yang diberi penekanan ialah penggunaan TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, beliau menyatakan cabaran berkaitan dengan TMK adalah di mana guru tidak menguasai kemahiran ini terutamanya untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran

dan

pembelajaran.

Menurut

Chung

dan

Melvina

(2010),

pengalaman guru yang terhad dan sikap negatif guru dalam usaha menggunakan TMK adalah satu perkara membimbangkan kerana akan membantutkan

pemerkasaan

penggunaan

TMK.

Puan

Maziah

juga

menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaburkan modal yang besar dalam melaksanakan TMK dalam pendidikan. Namun begitu, berdasarkan kajian semula KPM pada tahun 2010 mendapati bahawa hanya 80% guru yang menggunakan TMK kurang daripada satu jam seminggu dan satu pertiga sahaja murid yang menyatakan guru mereka kerap menggunakan TMK (Maszuria, Salina, Marina & Rosnah, 2015). Bagi mengatasi masalah ini, beliau menyarankan supaya guru yang tidak menguasai menyertai kursus pengendalian TMK supaya boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran secara efektif.

2.4

Peranan Guru Sebagai Pemimpin Yang Profesional

Puan Maziah berpendapat matlamat meningkatkan pencapaian akademik pelajar merupakan matlamat utama bagi setiap pemimpin sekolah dan guru di sekolah. Dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah, beliau menyatakan bahawa setiap sekolah perlu memfokuskan kepada setiap peringkat dan bukan hanya bergantung kepada guru besar semata-mata. Ini selari dengan pandangan Norashikin dan Ramli (2015), kepimpinan guru merupakan antara satu dimensi penting yang mampu membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah. Terdapat dua peranan guru sebagai pemimpin iaitu secara formal dan

3

 

tidak formal. Ketika sesi temubual, beliau memfokuskan peranan guru sebagai pemimpin secara tidak formal. Antaranya ialah guru sukarela dan mempunyai inisiatif sendiri dalam melaksanakan program atau menyelesaikan masalah yang

timbul.

Dalam

konteks

pengajaran

dan

pembelajaran,

beliau

menyarankan supaya para guru mempunyai hubungan secara langsung dengan proses pengajaran yang mana guru, murid dan kurikulum saling berinteraksi. Menurut beliau lagi, kepimpinan ke arah proses ini memerlukan guru mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk membaiki dan mengekalkan dan mengekalkan keadaan yang menggalakan pembelajaran pelajar. Ini bertepatan dengan Hook dan Vass (2010), guru yang mempunyai kepimpinan berkesan mampu membimbing pelajar di bilik darjah untuk mencapai visi yang dibina secara bersama.

2.5

Perundangan Yang Mampu Melindungi Kebajikan Dan Kerjaya Guru

Menurut Puan Maziah dalam temubual tersebut, seorang guru perlu memahami dan mengamalkan Kod Etika Keguruan Malaysia. Beliau juga menyatakan dengan berpandukan kod etika profesion perguruan, guru dapat menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan

setiap

warga

Kementerian

Pendidikan

Pelajaran

Malaysia

berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia. Menurut beliau, seorang guru perlu memberikan layanan yang ramah dan mesra kepada semua murid supaya mereka berasa selesa dan selamat ketika berada di sekolah. Hal ini selari dengan etika dalam Perenggan Perengga n 10 (a), Bab 1, Arahan Perkhidmatan 1974 yang mengkehendaki anggota perkhidmatan awam sentiasa memberi layanan ramah mesra kepada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2015). Ramah mesra yang dimaksudkan ialah tingkah laku yang baik dan percakapan yang bersopan santun. Oleh itu, seorang guru perlu menunjukkan contoh yang baik kepada murid kerana segala bentuk perlakuan guru akan diperhati dan diikuti oleh murid.

Selain itu, guru perlu mengamalkan sikap jujur dengan mementingkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan peribadi. Ini bermakna walaupun guru mempunyai tugas luar seperti membuat kerja sambilan, namun itu tidak bermakna guru menggunakan alasan tersebut untuk tidak memberikan sepenuh komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini

4

 

disokong dengan Syed Ismail dan Ahmad Subki (2015), penjawat awam seperti guru perlulah mengelakkan sikap yang tidak jujur seperti menggunakan waktu pejabat untuk urusan peribadi. Puan Maziah mengatakan perkara ini sering diingatkan kepada para guru di sekolah dari semasa ke semasa kerana beliau sedia maklum terdapat segelintir guru membuat kerja sambilan untuk menyara kehidupan keluarga. Menurut beliau lagi, pihak pentadbir tidak melarang tetapi sentiasa menasihati guru-guru untuk mementingkan tugas hakiki berbanding tugas sampingan.

3.0

Penutup

Secara keseluruhannya, Puan Maziah memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi temubual dilaksanakan. Segala input yang diberikan sedikit sebanyak memberikan saya kefahaman yang lebih mendalam terhadap profesionalisme guru. Sebagai bakal guru, saya akan memastikan saya dan rakan-rakan melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai amalan profesional supaya dapat menyumbang kepada kemenjadian murid selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5

 

RUJUKAN

Che Yaakob Che Ahmad. (1996). Punca ketegangan guru Matematik sekolah rendah di   

Kelantan. Tesis Sarjana Sains Pengurusan. Universiti Utara Malaysia, Sintok. Kelantan. Tesis

Chung & Melvina (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Teknologi   

Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Di Sekolah-Sekolah Sekolah- Sekolah Rendah di 

 

Bintulu Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (1) pp 59-65

Habibah Ramlie. (2017). Pembangunan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam   Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah. Tesis Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti    Malaya Hook, P., & Vass, A. (2010). Confident Classroom Leadership. London: Fulton Kamus Dewan (2005). Khair Mohammad Yusof. (2016). Latihan Berorientasikan Pertumbuhan Untuk Pemimpin   Pendidikan. Institut Aminuddin Baki: Genting Highlands. Maszuria A. Ghani, Salina Omar, Marina Abdul Majid, Rosnah A. Rajak. (2015), Guru &   Cabaran Semasa. Semasa. Bangi: Pelangi Professional Sdn. Bhd Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006-2010). Kementeria Kementerian n Pelajaran Malaysia Ragbi Kaur (2017). Panduan Ulangkaji Pendidikan untuk KPLI Sekolah Menengah dan   Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 20 Tahun 2012. (2012) Syed Ismail & Ahmad Subki Miskon. (2015). Asas (2015). Asas Kepimpinan Kepimpinan Perkembangan Perkembangan Profesional. Profesional.   Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

6

 

LAMPIRAN

7

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF