Peranan Quantity Surveyor Di Dalam Industri Konstruksi Di Malaysia

May 27, 2016 | Author: rubbydean | Category: Types, School Work
Share Embed Donate


Short Description

construction...

Description

PERANAN QUANTITY SURVEYOR DI DALAM INDUSTRI KONSTRUKSI DI MALAYSIA 1 Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina, UTM, Malaysia 2 Assossasi Presiden Konsultant QS Bumiputra Malaysia 3,4 Jurusan Teknik Ekonomi Konsruksi, Universitas Bung Hatta Abstrak : Quantity Surveyor (QS) adalah salah satu pihak yang terlibat di dalam proses pembinaan memiliki peranan yang sangat penting khususnya dibidang pengurusan kewangan projek pembinaan. Di dalam pembinaan Malaysia, perunding QS merupakan pihak yang mesti dilibatkan sewaktu projek masih dalam tahap ide. Kertas kerja ini memberikan gambaran tentang perkembangan QS di Malaysia, penglibatan QS dipelbagai sektor, perkhidmatan asas yang diberikan QS, serta peranan QS di dalam setiap tahap pembinaan. 1. Pendahuluan Definisi Quantity Surveyor (QS) dalam konteks kertas kerja ini, adalah seorang professional yang berdaftar dengan Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM). Sebelum bisa mendaftar beliau perlu mendapat pendidikan di universitas yang diiktiraf dan telah bekerja tidak kurang dari 2 tahun. Setelah itu beliau bisa menjalankan tugas Quantity Surveyor (QS) samaada di kantor pemerintah atau private. Sebagai karyawan di firma QS atau di kantor pemerintah mereka akan dibayar gajian yang setaraf dengan gajian karyawan insineur. Bagi mereka yang mahu menjadi konsultan QS pula mereka diwajibkan bekerja tidak kurang dari 5 tahun selepas berdaftar dengan BQSM. Konsultan QS bisa menerima bayaran mengikut sekil bayaran standard BQSM. Sekil bayaran fee BQSM yang dilampirkan telah mendapat kelulusan pemerintah dan diterima pakai bagi semua projek-projek pemerintah. Bagi projek-projek private sekil bayaran fee adalah sedikit lebih rendah daripada sekil BQSM iaitu kurang dalam 20% - 30% daripada sekil tersebut. Kurikulum dan syllabus pengajian QS ini boleh dirujuk kepada kertas kerja kami yang bertajuk Proposal Pendidikan Profesion QS untuk Industri Konstruksi Indonesia. 2. Sejarah Perkembangan Profesyen QS di Malaysia Profesyen QS dipercayai telah wujud di Malaya bermula pada awal tahun 1930an. Ia bermula apabila berlaku penghijrahan beberapa orang QS daripada negara England ke Singapura. Pada tahun 1934, Eric Watson dan Mr. Water telah menubuhkan firma perunding QS yang pertama di Malaya iaitu Messrs Water & Watson. Kewujudan firma tersebut telah bertahan sehingga tahun 1942. Selepas perang dunia kedua, kerajaan Malaya di bawah jajahan British telah menubuhkan Bahagian QS dibawah Jabatan Senibina pada tahun 1950. Walau bagaimanapun, peranan bahagian ini agak terhad kerana pada masa itu berada di bawah Cawangan Bangunan dan bertindak sebagai pegawai kontrak. Kebanyakan projek kerajaan pada ketika itu tidak banyak menggunakan senarai kuantiti. QS ketika itu lebih banyak bertindak sebagai pegawai kontrak dengan tugas utama memanggil tender berbentuk Lump Sum, mengurus kontrak tersebut dan seterusnya menyediakan Akaun Muktamad bagi projek yang telah selesai. Tiada sistem pembelajaran yang formal untuk melatih tenaga tempatan pada waktu itu. Para kakitangan tempatan mempelajari bidang QS menerusi QS asing yang bekerja di Jabatan Kerja Raya. Menerusi pengalaman kerja yang diperolehi, maka muncul beberapa QS tempatan selepas itu. Pada tahun 1951, kursus QS telah diperkenalkan di Maktab Teknik Kuala Lumpur yang bertujuan melatih anak watan menjadi QS berkelayakan. Bertitik tolah daripada itu, muncul lebih ramai QS tempatan yang terlatih. Sekitar tahun 1958 - 1959, beberapa firma perunding QS yang diasaskan warga asing telah wujud di Malaya seperti Frank & Vergeson, Chris & Cavanaugh dan Bridge Water & Coulton. Dato' Hj Ishak Mohd. Yusof seorang QS bumi putera berkelayakan pertama menubuhkan firma perunding QS Pakatan International. Seterusnya banyak firma perunding QS telah ditubuhkan selaras dengan perkembangan sektor pembinaan di Malaysia. Sehingga kini telah lebih 200 firma QS ditubuhkan dan

lebih dari 700 orang QS yang telah berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan. 3. Institusi Profesional Sejarah penubuhan institusi profesional QS di Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila Royal Institusion of Chartered Surveyor (RICS) - Malayan Branch telah ditubuhkan. Kemudian institusi ini telah ditukarkan kepada Pertubuhan Juruukur Malaysia (Institution of Surveyor Malaysia - ISM). Pertubuhan ini terdiri dari dari pada Juruukur Tanah, Juruukur Bangunan, Juruukur Bahan dan Jurunilai Hartanah. Manakala keahlian ISM ini pula terbahagi kepada beberapa kategori iaitu student member, graduate member, professional member dan fellow member. Lembaga Jururuukur Bahan Malaysia telah ditubuhkan pada 10 November 1973 berasaskan kepada Akta Pendaftaran Profesional 1967 berkaitan pendaftaran Juruukur Bahan. Akta tersebut telah mewajibkan setiap QS yang telah melalui praktis sebagai QS berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia. Ini bertujuan untuk memastikan khidmat profesional yang dijalankan oleh setiap QS adalah terjamin dan seterusnya melindungi masyarakat daripada sebarang kecuaian profesional. Untuk menjadi seorang QS berdaftar, para lulusan Sarjana Muda QS (atau setaraf) hendaklah memiliki pengalaman praktis selama dua tahun dengan badan atau pihak yang diluluskan oleh pihak lembaga. Walau bagaimanapun, memandang perkembangan pesat di dalam industri pembinaan dan pertambahan bilangan QS di Malaysia, syarat pendaftaran tersebut telah diperketatkan. Setiap QS yang ingin berdaftar perlu mencatatkan segala pengalaman praktisnya dengan mengisi buku log (catatan harian) selama dua tahun. Seterusnya QS juga perlu menduduki peperiksaan profesional. Sekiranya lulus ujian tersebut, QS tersebut boleh mendaftar dan menjadi ahli Lembaga Juruukur Bahan Malaysia. 4. Penglibatan Profesyen QS Di dalam perkembangan profesyen ini didapati lima sektor utama di dalam masyarakat yang mempekerjakan QS. Pertama sektor swasta dalam bentuk praktik swasta, kedua sektor perkhidmatan awam, ketiga kontraktor-kontraktor, keempat syarikat perniagaan komersil dan yang kelima sektor pendidikan. i. Praktik Swasta Kebanyakan praktis swasta bermaksud menyediakan pengurusan kewangan projek yang efisien dan menyediakan perkhidmatan perundingan kos bagi majikan dan perekabentuk sepanjang tempoh proses pembinaan. Praktis swasta ini samaada QS tersebut membuka firma sendiri ataupun melakukan kerjasama dengan profesional lain. Praktik swasta merupakan sektor terbesar dalam penglibatan QS. iii. Perkhidmatan Awam Perkhidmatan awam merangkumi kerajaan pusat, kerajaan negeri, penguasa tempatan, perbadanan pembangunan bandar baru dan badan-badan berkanun lainnya. Pada kerajaan pusat QS dapat dijumpai pada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya. iii. Kontraktor Di dalam organisasi kontraktor, QS memiliki banyak tugas penting untuk dilaksanakan. Peranan QS di dalam syarikat kontraktor antara lain: a. Membuat anggaran penawaran b. Membuat kawalan kos selama pelaksanaan projek c. Menyiapkan dan melaksanakan perundingan dengan subkontraktor d. Menyiapkan kuatiti item-item kerja dan bahan yang diperlukan untuk memesan bahan dan jentera e. Melakukan pengukuran di tapak untuk tuntutan bayaran kemajauan f. Melakukan pengukuran di tapak terhadap apa-apa perubahan dan membuat perbincangan untuk menentukan harga g. Memberikan khidmat nasihat apabila berlaku perselisihan h. Mengurus masalah kontrak

iv. Syarikat Perniagaan Komersil Beberapa syarikat perniagaan komersil telah mempekerjakan QS pada syarikat mereka antara lain: syarikat pemaju hartanah, pembuatan dan penyulingan, bank, syarikat insurans dan industri petrokimia. v. Sektor Pendidikan Pada sektor ini, QS melibatkan diri sebagai pensyarah pada institusi pengajian tinggi, sebagai instruktur pada pusat-pusat pelatihan industri konstruksi ataupun sebagai kakitangan yang mengurus proses pembinaan kompleks pendidikan tersebut. 5. Skop (Service) Profesion Quantity Surveyor Service yang dilaksanakan oleh QS pada umumnya terbahagi kepada dua kategori berikut: 5.1 Service Utama i. Penyediaan anggaran awal dan perancangan kos. Anggaran awal dibuat QS berdasarkan maklumat awal dari klien dan lukisan kasar Arkitek. Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh QS di dalam membuat anggaran awal ini iaitu; teknik keluasan lantai, isi padu, dan jumlah unit. Anggaran awal ini akan dijadikan asas oleh klien dalam menetapkan perbelanjaan projeknya. Berdasarkan anggaran awal ini, Arkitek akan membuat rekabentuk permulaan. Sebaliknya apabila Arkitek telah membuat rekabentuk awal dan dipersetujui klien, maka QS akan membuat anggaran awal berdasarkan rekabentuk tersebut. Perancangan kos merupakan suatu cadangan perbelanjaan keatas bangunan atau projek yang telah diagihkan untuk tiap-tiap elemen bangunan atau projek tersebut. QS di dalam membuat perancangan kos ini memerlukan sekurang-kurangnya lukisan layout dan elevation, petunjuk bahan dan material yang akan digunakan, maklumat kontrak serta analisis biaya perbandingan dari projek-projek lepas. ii. Penyediaan Bill of Quantities. Bill of Quantities (senarai kuantiti) merupakan senarai dari kerja-kerja yang harus dilakukan oleh kontraktor. Ia merupakan satu bahagian terpenting dari kandungan dokumen kontrak yang berasaskan kuantiti. Senarai kuantiti ini harus dihargakan oleh kontraktor sebagai asas tawarannya. Senarai kuantiti disediakan oleh QS apabila lukisan-lukisan terperinci telah diterima dari Arkitek dan Insineur di dalam senarai kuantiti, QS perlu menerangkan jenis kerja, jenis dan saiz bahan, cara pemasangan, kuantiti serta unitnya. Di dalam membuat senarai kuantiti ini QS akan berpandukan kepada piawai pengukuran tertentu. iii. Penyediaan dokumen tender dan lapuran tender. Dokumen tender atau dokumen penawaran merupakan suatu dokumen yang digunakan untuk memanggil dan memilih kontraktor bagi sesuatu projek. Kandungan dokumen tender ini antara lain a. Borang tawaran b. Sarat-syarat tender c. Senarai kuantiti d. Jadwal kadar harga e. Spesifikasi f. Lampiran Selain bertugas mempersiapkan kelengkapan dokumen tender, QS memberi nasihat kepada klien tentang jenis tender yang akan digunakan seperti tender terbuka, tender secara pemilihan, perundingan dan sebagainya. Apabila tarikh penutupan tender telah tiba, QS akan membuat penilaian keatas tender-tender yang diterima dari bakal kontraktor. Penilaian dibuat sama ada atas persyaratan yang dinyatakan klien

ataupun format penilaian yang ada pada masing-masing QS. Penilaian disusun dalam suatu laporan antara lain berisi senarai petender dari terendah hingga tertinggi, kelebihan dan kekurangan masingmasing, cadangan kontraktor yang layak untuk dilantik klien meskipun keputusan muktamad berada ditangan klien. iv. Penyediaan dokumen kontrak. Dokumen kontrak dapat dikatakan sebagai dokumen perjanjian antara klien dengan kontraktor. Kandungan dokumen kontrak terdiri dari dokumen tender dilengkapi dengan syarat-syarat kontrak serta lukisan-lukisan kontrak. Perkara penting di dalam dokumen kontrak ini adalah jumlah harga kontrak serta tempoh penyiapan projek. QS didalam menyediakan dokumen syarat-syarat kontrak sama ada atas permintaan klien dengan menggunakan borang kontrak setara tertentu ataupun yang telah diubahsuai mengikut keperluan. Jika diperlukan, QS juga membuat pindaan-pindaan terhadap mana-mana syarat kontrak. v. Penyediaan progress payment & financial statement. Kemajuan kerja yang dibuat kontraktor perlu dinilai bagi menetapkan bayaran kemajuan (progress payment) yang sepatutnya diterima oleh kontraktor. Pengiraan penilaian kemajuan kerja ini harus dinyatakan di dalam kontrak, dan QS membuat penilaian berasaskan hal tersebut. vi. Penyediaan final account. Selepas tamat tempoh pembinaan dan kontraktor telah menyelesaikan kerja-kerjanya, QS akan menydiakan suatu laporan final account (akaun muktamad). Laporan ini mengandungi semua bayaran yang telah dibuat dan perubahan-perubahan yang timbul. Penyediaan akaun muktamad ini untuk melihat berapa total kos sebenar yang ditanggung klien untuk menyiapkan sesuatu projek. 5.2 Service Sampingan i. Penyediaan financial feasibility study & cash flow. Sebelum apa-apa pembinaan dijalankan keatas suatu tapak, seorang klien memerlukan suatu laporan tentang seberapa besar kemungkinan pembinaan yang akan dijalankan dapat dilaksanakan. Ia memerlukan nasihat yang tepat tentang harga sesuatu tanah, kemungkinan kos bangunan, dan kemungkinan harga sewa dan jual bangunan yang telah siap. Untuk mendapatkan jawaban tersebut diperlukan suatu kajian yang dikenal sebagai kajian kemungkinan (feasibility study), dan ia cenderung dugunakan untuk pembinaan dengan tujuan komersil seperti memajukan suatu kawasan atau pembangunan perumahan pelbagai jenis. ii. Menyediakan dokumen dan laporan bagi pra-kelayakan kontraktor Pra-kelayakan kontraktor biasanya dijalankan untuk cadangan pembinaan projek-projek besar dan rumit dimana kualiti suatu projek merupakan tujuan utama. Ia memerlukan kontraktor-kontraktor berpengalaman dan pernah melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan rekod yang baik. Tujuan prakelayakan ini adalah agar kontraktor-kontraktor yang akan memasuki tender nanti betul-betul kontraktor yang terpilih. iii. Pelaksanaan proses arbitration (Contractual disputes) Selain sebagai pakar kos, QS juga memiliki latar belakang disiplin ilmu undang-undang pembinaan, dengan pengetahuan di dalam undang-undang pembinaan ia dapat membantu perselisihan (dispute) yang terjadi di antara pihak-pihak yang berkontrak, sama ada dalam bentuk timbang tara (arbitration), pengantaraan (mediasi) dan litigasi. Dengan penglibatan dan kepakaran juruukur bahan di dalam undang-undang pembinaan, maka perasaan menang dan kalah diantara pihak yang bertikai dapat dihindari. Service QS amat berguna kepada pemilik pemerintah untuk menentukan budget sesuatu projek. Manfaat service QS telah diterima pakai dan berkembang luas bukan sahaja projek-projek bangunan tetapi juga projek-projek kejuruteraan sipil, elektrikal dan mekanikal.

Projek-projek yang tidak mengguna service QS seringkali menghadapi biaya yang melewati budget. Oleh yang demikian service QS sangat diperlukan untuk menyediakan budget yang tepat. Pengawalan biaya semasa proses pembinaan amat juga diperlukan bagi mengelakan berlakunya lebihan biaya yang besar. Di Malaysia service QS tersebut sangat penting kerana pemerintah mewajibkan "accountability" dalam semua projek-projeknya. Administrasi kontrak (contract administration) merupakan service yang juga penting dalam perlaksanaan konstruksi projek. Service diatas sudah menjadi perkara yang lumrah kepada QS sejak beberapa dekad yang lalu iaitu kemahiran menganilisis, merencana biaya, mengukur serta menghitung nilai kerja-kerja pembinaan bagi mengujudkan "accountability" terhadap biaya tersebut. Dalam arti kata lain service QS dapat memberi "good value for money" kepada pemilik. 6. Peranan (Roles) Quantity Surveyor di Malaysia Diperingkat tender QS bisa menilai bukan sahaja harga tender yang paling kompetitif yang dibida olih pretender tetapi juga keupayaan keuwangan dan teknikal pretender tersebut agar kontraktor yang dipilih untuk melaksana projek tersebut adalah yang terbaik. Seseorang QS perlu mahir menghitung kos buroh, material, plant & equiptment yang diperlukan untuk sesuatu projek dan berkebolehan menghitung rate / harga yang munasabah untuk sesuatu item kerja. Kemahiran ini membolihkan QS membuat rekomendasi unit harga/rate yang paling munasabah terutama ketika negosasi harga dengan kontraktor. Di peringkat pembinaan, QS akan bertanggungjawab mencatat perbelanjaan dan memonitor biaya supaya projek dapat di siapkan dengan kos yang paling munasabah. Untuk memberikan gambaran sebenar tentang kedudukan keuwangan bagi sesuatu projek, QS harus senantiasa menyediakan report kewangan yang berterusan kepada pemilik bagi memonitor budget projek tersebut. Kemahiran QS mengukur dan mengharga biaya dengan tepat membolihkan belian dilantik sebagai auditor bagi mengesan kemungkinan penyelewengan dana projek. Peranan lain yang bolih dimainkan oleh QS di dalam melaksana projek pembinaan termasuklah menyediakan financial feasibility study sesuatu projek bagi membantu pemilik samaada mahu meneruskan projek tersebut atau sebaliknya. QS bolih juga memberikan service untuk menilai perancangan binaan kota perbandaran dan pembangunan daerah dengan menggunakan pengetahuan di dalam teknik penganggaran dan menilai kos. Dengan menggunakan pengalaman yang telah ada, seseorang QS itu akan dapat mengguna rekod kos yang dianalisis untuk merencana harga pembinaan mengikut saiz, lokasi dan type / jenis yang mana diperlukan olih pihak pemerintah bagi menguruskan budget industri konstruksi sesebuah negara. 7. Kesimpulan Peranan QS di Malaysia telah berkembang luas bukan sahaja difirma-firma QS tetapi juga diperlukan olih kontraktor, developers, bank, insuran companies, material suppliers dan industri pembinaan perkapalan (ship building). Olih yang demikian profesyen QS bertambah dikenali semakin ramai ingin memasuki bidang QS dan pendidikan QS juga kian tambah maju terutama dari aspek penggunaan komputer bagi memantapkan service QS sediaada selaras dengan cabaran teknologi terkini di dalam industri konstruksi. QS telah memainkan peranan yang besar dalam pengurusan biaya projek-projek di Malaysia dan diharapkan pengalaman kami di Malaysia ini dapat juga dimanfaatkan di Indonesia. KERJAYA UKUR BAHAN

Seorang jurukur bahan atau QS berperanan menjadi seorang penasihat dan berkebolehan untuk menasihat pihak klien dari segi perancangan serta kawalan kos projek serta pentadbiran kontrak. Tugas seorang Jurukur Bahan adalah bermula dari proses Kajian Kemungkinan atau Feasibilty Studies sehinggalah penyediaan Akaun Muktamad.

Walaubagaimanapun, tugas-tugas hakiki seorang Juruukur Bahan itu adalah berbeza selepas ia menamatkan pengajian berdasarkan cabang pekerjaan yang akan disertainya. Ini adalahlah kerana, apabila sesorang Juruukur Bahan itu menamatkan pengajian, ia boleh bekerja di sektor awam, perunding, kontraktor atau pemaju. Setiap cabang pekerjaan ini mempunyai perbezaan yang ketara yang diringkaskan dalam jadual berikut.

TUGAS DAN PERANAN JURUUKUR BAHAN (QS) Juruukur bahan merupakan profesional terlatih, berkualiti dan mempunyai pengalaman dalam bermain dengan masalah bagi pihak klien. Pada dasarnya, juruukur bahan merupakan pakar kos yang bertanggungjawab menyediakan maklumat bagi memastikan projek tersebut adalah ditanggung bersama belanjawan yang munasabah dan pihak klien dapat memperoleh nilai kepada wangnya (Seeley, 1997). Manakala menurut Turner (1994), juruukur bahan akan bertindak sebagai penasihat kepada arkitek tentang kewangan projek apabila diperlukan. Dia bertanggungjawab ke atas semua nasihat kewangan yang diberi ke atasnya. Peranan juruukur bahan dalam sesuatu projek pembangunan amat diperlukan. Peranan dan tanggungjawab mereka dalam industri pembinaan adalah amat luas sama ada dalam peringkat pra kontrak atau pun pasca kontrak. Hal ini kerana juruukur bahan berperanan bermula dari projek dicadangkan sehinggalah projek tersebut berakhir. Dent (1974) dan Tuner (1994) mengelaskan peranan juruukur bahan kepada dua peringkat iaitu peringkat pra-kontrak dan pasca kontrak. Pada kebiasaannya, kerja pra-kontrak disediakan oleh juruukur bahan sebelum kontrak ditandatangani dan termasuk penyediaan senarai kuantiti bersama dengan perkhidmatan lain. Kerja pos kontrak pula merangkumi pengurusan kewangan kontrak seperti penyediaan bayaran kemajuan, bermula apabila kontrak telah ditandatangani dan penender berjaya memulakan operasi bangunan (Dent, 1974).

Selain itu, peranan juruukur bahan dilakukan mengikut peringkat (stage) berturutan. Perkhidmatan juruukur bahan ini dipecahkan mengikut peringkat-peringkat pembinaan atau proses reka bentuk. Royal Institute of British Architects (RIBA), telah menyediakan cadangan bentuk prosedur untuk arkitek dalam membuat penyediaan dan perlaksanaan projek bangunan. Pelan kerja ini mewakili analisis praktikal bagi operasi reka bentuk dan telah berjaya digunakan ke atas kebanyakan kontrak. Pelan tersebut telah dirumuskan di dalam jadual 2.2 dan menunjukkan peranan-peranan yang akan dimainkan oleh pelbagai ahli kumpulan reka bentuk melalui reka bentuk dan masa pembinaan (Seeley, 1997). Menurut Nor Ainah Abdullah (2001) pula, secara amnya, khidmat asas juruukur bahan termasuklah menyediakan kajian kemungkinan bagi menentukan sama ada sesuatu projek itu boleh dilaksanakan dari segi perbelanjaan dan keuntungan kewangan, menyediakan anggaran kos awalan dan perancangan kewangan, menyediakan dokumen-dokumen tawaran dan kontrak, laporan tender, memberi nasihat mengenai prosedur tender dan atur cara kontrak, mengukur dan menilai kemajuan kerja untuk bayaran, perubahan kerja, tuntutan-tuntutan dan juga menyediakan keperluan-keperluan bagi penyelesaian pertikaian secara timbang tara atau secara alternatif. tugas-tugas juruukur bahan :

Penyediaan Kajian Kemungkinan  Penyediaan Anggaran Projek  Penyediaan Dokumen Tender  Proses Menender  Laporan Tender  Menyediakan Dokumen Kontrak  Membuat Pembayaran Semasa  Membuat Akaun Akhir Perubahan Kerja (Variations of Works) 1. Bermaksud perubahan tentang skop kerja yang di lakukan untuk menyesuaikannya dengan keadaan tapak bina ataupun untuk menampung kekurangan dalam rekabentuk atau apa-apa perubahan yang di perlukan oleh pelanggan. 2. Untuk membuat perubahan kepada kerja yang terkandung di dalam kontrak, arahan P.P di keluarkan dan nilai kerja perubahan di perakukan melalui perkakuan perubahan kerja. 3. Selain daripada memperakukan nilai kerja perubahan yang di laksanakan melalui perakuan perubahan kerja, jumlah harga kontrak hendaklah di laraskan. Untuk itu perakuan pelarasan jumlah harga kontrak hendaklah di keluarkan. 4. Untuk memastikan kontraktor di bayar dalam tempoh masa yang di tetapkan di dalam kontrak, maka penilaian perlulah di lakukan secepat mungkin. 5. Akaun muktamad di sediakan secepat mungkin setelah kontraktor menunaikan obligasinya di bawah kontrak termasuk membaiki kecacatan dan tuntutan kerugian atau perbelanjaan tambahan yang kontraktor layak telah di nilai. Bayaran muktamad kepada kontraktor di buat melalui perakuan muktamad. Penyerahan Kerja

1. Setelah perakuan siap kerja di keluarkan, kerajaan akan mengambil kerja tersebut dan kontraktor tidak lagi bertanggungjawab sebarang kerugian dan/atau kerosakan yang di sebabkan oleh atau akibat daripada kerja cacat atau kerja yang tidak mematuhi kontrak. Seberapa segera yang mungkin kerja tersebut hendaklah diserahkan kepada jabatan/kementerian pelanggan. 2. Bagi tujuan penyerahan kerja kepada jabatan/kementerian pelanggan, satu pemeriksaan bersama(oleh jabatan, kementerian pelanggan, P.P, kontraktor dan pihak lain yang terlibat hendaklah di atur dan akhir sekali barulah bangunan tersebut di serahkan. Jabatan/kementerian pelanggan akan di nasihatkan mengenai keperluan penyelenggaraan kerja tersebut termasuk penyelenggaraan pemasangan mekanikal dan elektrikal. Semua dokumen berkaitan di perlukan bagi penyelenggaraan kerja oleh jabatan/kementerian pelanggan, “Lukisan seperti dibina”, manual operasi, perjanjian penyelenggaraan, dan sebagainya hendaklah di serahkan. 3. Perakuan serahan kerja seperti di lampiran hendaklah di gunakan bagi menyerahkan kerja kepada jabatan/kementerian pelanggan. Kecacatan 1. Kontraktor hendaklah memperbaiki kecacatan, kekecutan dan kerosakan lain yang mungkin kelihatan pada kerja dalam tempoh tanggungan (liability) kecacatan yang di sebabkan oleh bahan atau mutu kerja yang tidak menepati kontrak dengan perbelanjaan sendiri. 2. Prosedur–prosedur yang perlu di ikuti mengenai kecacatan kerja adalah seperti berikut:a. Jabatan atau kementerian pelanggan hendaklah di nasihatkan supaya melaporkan dengan kadar segera apa-apa kecacatan yang kelihatan dalam tempoh tanggungan (liability)kecacatan b. Setelah menerima laporan mengenai sebarang kecacatan dari jabatan atau kementerian pelanggan, kontraktor hendaklah diarahkan memperbaiki kecacatan tersebut. Kontraktor akan di beri tempoh masa yang munasabah untuk berbuat demikian. c. Pada tarikh tamat tempoh liability kecacatan, satu pemeriksaan bersama keatas kerja (oleh kontraktor, P.P, jabatan kementerian pelanggan dan pihak lain yang terlibat) hendaklah diadakan. Sekiranya hasil daripada pemeriksaan bersama tersebut menunjukkan tiada lagi kecacatan, perakuan siap membaiki kecacatan iaitu borang JKR 203 Y/82 akan di keluarkan. Sekiranya terdapat kecacatan lagi, satu jadual kecacatan yang telah di kenalpasti hendaklah di sediakan dan di serahkan kepada kontraktor dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh tamat tempoh liability kecacatan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan tersebut dalam tempoh masa yang berpatutan tetapi tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh penerimaan jadual kecacatan tersebut. d. Sekiranya kontraktor gagal membaiki kecacatan dalam tempoh masa yang di tetapkan, tindakan segera untuk membaiki kecacatan tersebut hendaklah di ambil dengan cara lain. Kos perbelanjaan yang terlibat di dalam membaiki kecacatan tersebut hendaklah di dapatkan kembali daripada kontraktor dengan cara potongan atau tuntutan daripada bon pelaksanaan atau sebagai suatu wang tuntutan tertentu. 3. Salinan asal Perakuan Siap Membaiki Kecacatan hendaklah di keluarkan kepada kontraktor. Salinan–salinanya hendaklah juga di edarkan kepada semua pihak sepertimana yang tersenarai di dalam perakuan tersebut. 4. Pengeluaran Perakuan Siap Membaiki Kecacatan menandakan tamatnya obligasi kontraktor di bawah kontrak. Liabiliti bank atau syarikat insurans yang menjadi penggerenti bon pelaksanaan hendaklah juga di lepaskan. Kontraktor Tidak Menyiapkan Kerja

Sekiranya penyiapan kerja telah terlambat dan sebab- sebab kelambatan tidak melayakkan kontraktor mendapat lanjutan masa, kerugian atau ganti rugi yang dialami oleh kerajaan akibat kelambatan kerja tersebut akan di tanggung oleh kontraktor. Kerajaan akan mendapatkan semula ganti rugi tersebut daripada kontraktor dengan mengeluarkan satu surat perakuan kerja tidak siap. Sekiranya penyiapan kerja telah terlambat dan sebab–sebab kelambatannya melayakkan kontraktor mendapat lanjutan masa, maka satu pertimbangan akan di buat untuk menimbangkan tempoh lanjutan masa yang akan di berikan. Kemudian satu surat perakuan kelambatan dan lanjutan masa akan diberikan. Sekiranya kontraktor masih lagi tidak dapat menyiapkan kerja–kerja tersebut, maka kontraktor itu akan di tamatkan tendernya dan kontraktor lain akan di berikan tender tersebut untuk meneruskan kerja–kerja tersebut sehingga siap. Penamatan pengambilan kerja kontraktor Penamatan di lakukan apabila terbukti kontraktor tidak mungkin dapat menyiapakan kerja atau kontraktor merperlihatkan niat untuk enggan menyiapkan kerja atau tidak berupaya menyiapkan kerja tersebut. Setelah pengambilan kerja kontraktor di tamatkan, kerja-kerja pembinaan hendaklah di serahkan kepada kontraktor lain dan proses penyediaan dokumen –dokumen tender, pelawaan,penerimaan, pembukaan, penilaian dokumen-dokumen kontrak yang lain akan di ulangi. Antara sebab –sebab yang membolehkan penamatan pengambilan kerja kontraktor dilakukan ialah:1. Kontraktor melakukan kemungkinan di dalam memenuhi obiligasi seperti:i. Mengantungkan perjalanan keseluruhan atau mana-mana bahagian kerja tanpa sebab yang munasabah. ii. Gagal meneruskan kerja dengan mengikut aturan iii. Gagal meneruskan kerja mengikut kontrak dan berulangkali cuai menunaikan obligasinya. 2. Kontraktor tidak berupaya untuk meneruskan dan menyiapkan kerja seperti:i. Kontraktor mengalami kebankrapan. ii. Menghadapi perintah penggulungan. Pengesyoran bagi penamatan pengambilan kerja kontraktor mestilah di kemukakan kepada pihakpihak berkuasa yang berkenaan dengan menberi butir-butir mengenai kontrak dan maklumat lain yang di perlukan. Pegawai-pegawai yang di beri kuasa untuk menamatkan pengambilan kerja kontraktor adalah seperti,:1. Ketua Pengarah JKR Malaysia 2. Timbalan Ketua Pengarah 3. Pengarah JKR setiap Negeri 4. Jurutera Daerah 5. Jurutera Bahagian. Prosedur-Prosedur Berikutan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor 1. Satu tuntutan mestih di buat terhadap bank atau syarikat insuran yang mengeluarkan bon pelaksanaan dan gerenti insuran wang pendahaluan.

2. Ketua Pengarah Kerja Raya mestilah di maklumkan mengenai tarikh penamatan pengambilan kerja kontraktor, bil tender, sebut harga, dan sebagainya. 3. Kontraktor mestilah di arahkan memberhentikan semua operasinya di tapak bina, meninggalkan semua bangunan sementara, loji perkakas, kelengkapan serta bahan dan item yang tidak dipasang agi. Tapak bina mestilah di kawal 24 jam dan orang yang tidak berkenaan tidak dibenarkan memasukinya. 4. Satu inventori semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan, serta bahan dan item yang tidak di pasang di tapak bina dan rekod kerja yang telah siap mesti di sediakan. 5. Kontraktor mestilah di arahkan untuk mengeluarkan semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan serta bahan dan item yang tidak di pasang lagi yang tidak di perlukan bagi penyiapan baki kerja. 6. Kerja-kerja yang telah disiapkan dan semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan serta bahan dan item yang di tinggalkan di tapak bina mestilah di lindungi daripada kerosakan akibat cuaca. 7. Dokumen-dokumen tender mestilah di sediakan dan tender atau sebutharga di pelawa untuk menyiapkan baki kerja tersebut. Walaubagaimanapun, tender untuk menyiapkan baki kerja lazimnya dipelawa dikalangan kontraktor yang terpilih. 8. Subkontraktor di namakan dan pembekal di namakan mungkin akan di lantik semula kepada kontraktor baru dengan syarat mereka bersetuju meneruskan kerja subkontraktor atau membekal bahan –bahan atau barang-barang dengan jumlah harga subkontrak atau harga yang sama seolah-olah pengambilan kerja kontraktor tidak di tamatkan. 9. Sebaik sahaja kontraktor baru di lantik, satu penilaian terhadap kos kerugian atau kerosakan kepada kerajaan mestilah di buat dan satu tuntutan akan di buat terhadap kontraktor. Tuntutan ini mestilah dibuat terhadap kontraktor tidak lewat dari sembilan bulan dari tarikh penamatan pengambilan kerjanya.

Bon Pelaksanaan, Insuran Kerja, Insuran Liability Awam, Insuran “Semua Risiko Kontraktor (CAR)”, dan Perkeso 1. Bon Pelaksanaan Bon pelaksanan merupakan satu bentuk kewangan yang perlu di sediakan oleh kontraktor sebagai jaminan kepada kontrak. Jumlah nilai bon pelaksanaan ialah 5% dari harga kontrak. Ia boleh di sediakan dalam bentuk tunai, deposit perbendaharaan, draf bank,gerenti insuran atau bank yang diluluskan. Hanya gerenti yang di luluskan oleh bank atau syarikat insurans yang di luluskan oleh kerajaan sahaja diterima. Untuk menentukan gerenti bank atau insuran yang dikemukakan oleh kontraktor itu sah, pengesahan mesti di buat dengan bank atau syarikat insurans dengan menggunakan borang standard seperti di lampiran.

2. Insuran Kerja kontraktor adalah dikehendaki menginsuranskan kerja terhadap kerugian dan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran , petir, letupan, rebut, taufan, banjir, tanah runtuh, tangki air pecah atau melimpah, radas atau paip, kapal udara dan alat –alat udara lain atau artikel yang gugur dari kapal udara, rusuhan dan kekacauan awam. Insuran tersebut hendaklah di laksanakan dengan pihak syarikat insurans yang diluluskan atas nama bersama kerajaan dan kontraktor. Jumlah yang perlu di insurankan ialah jumlah harga kontrak sepenuhnya dan di tambah sebrang amaun yang dinyatakan dalam lampiran kepada syarat-syarat kontrak atau di tempat lain di dalam dokumen kontrak. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja. 3.Insuran Liability Awam Kontraktor di kehendaki menginsurankan liability yang berbangkit di sisi “ Comon law” terhadap kecederaan diri, kematian seseorang atau kecedaraan dan kerosakan harta benda yang berbangkit dari atas dalam masa

pelaksanaan kerja. Insuran ini hendaklah dilaksanakan atau di senggarakan atas nama bersama kerajaan dan kontraktor. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk tempoh liabiliti kecacatan dan di tambah tiga bulan empat belas hari. Walaupun had liability yang hendak di insurankan susah hendak di anggarkan, panduan mengenai had liabiliti yang di insurankan berdasarkan nilai kontrak untuk kerja dengan faktor risiko biasa adalah seperti berikut:HARGA KONTRAK HADLIABILITI SETIAP KEMALANGAN UNTUK BILANGAN KEMALANGAN YANG TIDAK TERBATAS Tidak melebihi RM 25,000 RM 10.000 RM 25,001 RM 50,000 RM 25,000 RM 50,001 RM 150,000 RM 50,000 RM 50,001 RM 250,000 RM 75,000 RM 250,001 RM 500,000 RM 100,000 RM 500,000 RM 1 Juta RM 150,000 Melebihi RM 1 Juta RM 200,000 Untuk kerja dengan risiko luar biasa seperti kerja kepada bangunan yang bersambung atau kerja terowong dan seumpanya, had liabiliti yang di nyatakan di atas hendaklah di naikkan kepada amaun yang lebih munasabah. 4.Insurans “Semua Risiko Kontraktor(CAR)”. Insurans “Semua Risiko Kontraktor (CAR)” boleh diterima sebagai ganti kepada insuran liability awam dan insuran kerja dengan syarat ianya menepati kehendak –kehendak yang sama. PERKESO Kontraktor hendaklah mendaftar dengan PERKESO dan membayar caruman kepadanya dan /atau menginsurankan terhadap liabilitinya untuk membayar pampasan di bawah ordinan pampasan kerja,1952. Selain daripada mengemukakan bukti pendaftarannya sebagai majikan dengan PERKESO (dengan menegemukakan nombor pendaftaran beliau), kontraktor juga mesti mendapat insuran pampasan pekerja. Insuran tersebut hendaklah meliputi keseluruhan tempoh siap kerja termasuk liabiliti kecacatan di tambah 3 bulan dan 14 hari. Jumlah amaun yang hendak di insurankan ialah jumlah gaji pekerja yang tidak layak di lindungi di bawah skim PERKESO.

DOKUMEN TENDER / KONTRAK Penyediaan Dokumen Tender i. Semua kontrak hendaklah berdasarkan senarai kuantiti ( kecuali ketua pengarah kerja raya memutuskannya) ii. Ia mempunyai kebaikan-kebaikan yang tersendiri seperti berikut:a. Senarai kuantiti membolehkan petender-petender meletakkan harga berdasarkan kuantiti kerja yang sama yang hendak di laksanakan. b. Penggunaan sumber industri binaan dan Negara adalah lebih optimum. Kos membuat tender akan turun dan dalam jangka panjang harga tender juga akan menjadi lebih rendah. Contoh Dokumen Tender / Kontrak Keperluan Asas Dokumen Tender.

Dokumen tender mestilah memenuhi keperluan asa seperti berikut:i. Peruntukan-peruntukan dalam dokumen tender mestilah menjadi asas bagi satu kontrak yang boleh di laksanakan, kontraktor itu tidak boleh di kehendaki melaksanakan sesuatu yang mustahil. ii. Peruntukan di dalam dokumen tender mestilah mengambarkan perolehan mengikut tatacara yang diluluskan oleh kerajaan dan mestilah merangkumi dasar–dasar kerajaan yang terbaru. iii. Kerja yang di tentukan mestilah memenuhi kehendak –kehendak daripada segi standard rekabentuk dan pembinaan.

Penyedian Dokumen tender dan dokumen meja tender. Dokumen Tender. Dokumen tender yang di keluarkan kepada petender hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:a. Kontrak berdasarkan senarai kuantiti i . surat pelawaan menender kepada pretender ii. senarai semakan mengemukakan tender iii. borang tender JKR 203B-Pin 2/2002 iv. borang maklumat mengenai pendaftaran pretender sebagai kontraktor kerajaan dan organisasi kontraktor. Butir –butir kerja kontrak yang telah di siapkan dan yang sedang dilaksanakan. v. Spesifikasi vi. Senarai kuantiti vii Lukisan-lukisan b. Kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi i. surat pelawaan ii senarai semakan mengemukakan tender iii. borang tender JKR 203C- Pin 2/2002 iv. borang maklumat mengenai pendaftaran pretender sebagai kontraktor kerajaan dan organisasi kontraktor. Butir –butir kerja kontrak yang telah di siapkan dan yang sedang dilaksanakan v spesifikasi vi. ringkasan tender vii. jadual kadar harga viii. lukisan-lukisan Dokumen Meja Tender. Dokumen meja tender mengandungi dokumen tender dan dokumen lain mengikut susunan iaitu:a. Kontrak berdasarkan senarai kuantiti i. surat pelawaan menender kepada petender ii. senarai semakan mengemukakan tender iii. perkara-perkara perjanjian dan syarat-syarat serta lampiran-lampiran berkembar (JKR 203A – sem 10/83)

iv. borang tender JKR 203B – Pin 2/2002 v borang maklumat mengenai pendaftaran petender vi. surat setuju terima JKR 203D – sem 4/2002 vii borang gerenti bank dan insuran untuk bon pelaksanaan viii. borang gerenti bank dan insuran untuk pendahaluan ix. spesifikasi x senarai kuantiti xi. lukisan –lukisan b. Kontrak berdasarkan lukisan dan spesifikasi i surat pelawaan menender kepada petender ii. senarai semakan mengemukakan tender iii. perkara –perkara perjanjian dan syarat-syarat kontrak, serta lampiran berkembar (JKR 203A – sem 10/83) iv. borang tender JKR 203C – Pin 2/2002 v borang maklumat mengenai pendaftaran petender vi. borang maklumat mengenai pendaftaran petender vii borang gerenti bank dan insuran untuk bon pelaksanaan viii. borang gerenti bank dan insuran untuk pendahaluan ix. spesifikasi x ringkasan tender xi. jadual kadar harga xii. lukisan –lukisan Kelayakan kontraktor–kontraktor Untuk Mentender i. kontraktor mestilah mendaftar dengan pusat khidmat kontraktor ii kontraktor mendaftar di bawah kelas yang berbeza mengikut keupayaan mereka iii. kontraktor –kontraktor kejuruteraan mekanikal yang berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi dari kelas terbawah di benarkan mentender. Walaubagaimanapun kerjakerja yang kurang dari RM 50,000.00, sebut harga akan di pelawa di kalangan kontraktor bumiputera sahaja. Sebut harga di buka kepada kerja-kerja yang melibatkan kos RM 200,000.00 kebawah, manakala tender untuk kos RM 200,000.00 keatas. Pengelasan kontraktor–kontraktor untuk kerja-kerja binaan dan civil. Pengelasan kontraktor telah di kelaskan mengikut had kewangan dan dinyatakan seperti berikut. Kelas Had Kewangan A RM 10,000,000 keatas B RM 5,000,001 RM 10,000,000 C RM 2,000,001 RM 5,000,000 D RM 500,001 RM 2,000,000 E RM 200,001 RM 500,000 F RM 200,000 ke bawah Pengeluaran dokumen tender. 1. Dokumen tender di keluarkan oleh ibu pejabat JKR oleh Bahagian Kontrak, Penyelengaraan dan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya, dan peringkat negeri oleh Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan dan pejabat negeri.

2. Sebelum pengeluaran dokumen tender, pegawai yang mengeluarkan hendaklah:i. Memastikan wakil kontraktor menunjukan bukti bahawa mereka di beri kuasa untuk menerima dokumen tender. ii. Tender di hadkan kepada kontraktor bumiputera dan memastikan kontraktor mengemukakan surat perakuan taraf bumiputera. iii. Perakuan taraf bumiputera hendaklah di semak untuk memastikan tarikh pendaftaran adalah masih sah, belum di batal atau kontraktor tidak digantung dari memasuki tender. iv. Memastikan bahawa pentender telah menghadiri sesi penerangan. 3. Pegawai hendaklah mencatat nama, alamat, kelas pendaftaran dan taraf kontraktor dan tarikh yang ditentukan untuk penerimaan tender ke atas borang tender,dan menandatanganinya 4. Bayaran – bayaran yang diterima untuk dokumen tender hendaklah di masukkan kepada hasil, manakala wang cagaran lukisan di masukkan kepada akaun simpanan untuk dipulangkan kepada petender-petender nanti. Setuju Terima Tender 1. Setelah kelulusan di terima daripada lembaga tender/jawatan kuasa khas dan kelulusan daripada perbendaharaan , pengeluaran surat setujuterima di keluarkan melalui borang JKR 203D – pindaan 4/2002. tender adalah terhad kepada kontraktor bumiputera, borang JKR 203D – pindaan 4/2002 hendaklah di sertakan dengan satu surat yang mengariskan syarat-syarat setuju terima tender tersebut. 2. Sebelum surat setuju terima di keluarkan, pengesahan hendaklah dibuat dengan jabatan/kementerian pelanggan mengenai peruntukan. 3. Surat setuju terima tender hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa. Kuasa bagi menandatangani surat setuju terima adalah sama dengan kuasa untuk menandatangani kontrak bagi pihak kerajaan. 4. Setelah ditandatangani , ia hendaklah di hantar kepada pretender yang berjaya melalui pos berdaftar. Salinan surat ini hendaklah juga di hantar kepada pihak –pihak yang di senaraikan di dalam surat setuju terima tender borang JKR 203D – Pindaan 4/2002 iaitu:i. Perkeso ii. Juruukur bahan yang terlibat iii. Jabatan hasil dalam negeri Nombor Kontrak 1. Perkara yang pertama di lakukan bila surat setuju terima tender di keluarkan ialah memohon nombor kontrak 2. Pendaftaran di uruskan oleh dua bahagian iaitu di jabatan kerja raya di ibu pejabat oleh bahagian enyenggaraan kontrak dan bumiputera, dan di peringkat negeri oleh pejabat negeri. 3. Satu system seragam untuk menomborkan kontrak telah di tetapkan seperti berikut:i. ibu pejabat JKR/PER/IP/CAWANGAN/NOMBOR SIRI/TAHUN dimana cawangan ialah nama singkatan untuk cawangan di ibu pejabat JKR. ii. peringkat negeri JKR/PER/NEGERI/NOMBOR/TAHUN di mana NEGERI alah singkatan untuk negeri 4. Permohonan mendapatkan nombor kontrak adalah dengan menggunakan borang “Permohonan Untuk Mendapatkan Nombor Kontrak”.

Tempoh Sah Sesuatu Tender Sesuatu tender hendaklah dinilaikan dan pengesyoran di buat kepada lembaga tender atau jawatankuasa khas. Kelulusan di perolehi dan setuju terima dibuat dalam tempoh sah tender (kebiasaannya ialah 60 hari sebagaimana ditetapkan di dalam dokumen tender) Bagi mengelakkan tempoh sah sesutau tender di lanjutkan, tender hendaklah dinilai dan pengesyoran kepada lembaga tender di buat dalam tempoh 30 hari dari tarikh yang ditetapkan dalam penyerahan tender. Sekiranya tempoh sah sesuatu tender terpaksa di lanjutkan atas sebab– sebab yang tak dapat di elakkan , persetujuan pretender yang disyorkan hendaklah di perolehi sekurangkurangnya 2 minggu sebelum tempoh sah tarikh luput.

Cara Bayaran Terhadap Tender, Sebut Harga, Dan Lantikan Terus Cara Bayaran Terhadap Tender, Sebut Harga, Dan Lantikan Terus 1. Tender Tender merupakan kontrak yang bernilai RM 200,000.00 ke atas. Cara bayaran terhadap tender ialah apabila ia bernilai lebih daripada RM 50,000, maka kontraktor akan di bayar secara berperingkat-peringkat. 2. Sebut Harga. Merupakan kontrak yang bernilai RM 200,000 ke bawah, ia merupakan projek yang kecil berbanding dengan tender. Cara bayaran sebut harga juga sama dengan cara bayaran tender iaitu untuk projek yang melebihi RM 50,000 maka kontraktor akan di bayar secara berperingkat. 3. Lantikan Terus Lantikan terus merupakan satu sara yang di gunakan untuk menyiapkan sesuatu kerja pembinaan jika ia berada di dalam situasi kecemasan, contohnya kesuntukan masa dan melibatkan masalah yang perlu di atasi dengan segera. Kontraktor akan terus dilantik untuk membuat dan menyiapkan projek tersebut tanpa mengikut prosedur biasa iaitu melalui pembukaan tender atau sebut harga. Cara bayaran lantikan terus juga masih sama dengan cara bayaran kepada tender dan sebut harga.

Akaun Muktamad 1. Akuan muktamad ialah akaun yang di sediakan untuk menunjukkan pembayaran-pembayaran yang telah di buat termasuk membaiki kecacatan, tuntutan kerugian, atau perbelanjaan tambahan kepada kontraktor. 2. Akaun muktamad mestilah di sediakan secepat mungkin setelah kontraktor menunaikan obligasinya di bawah kontrak. Peraturan Dan Prosedur:a. Akaun muktamad mestilah disediakan dan perakuan muktamad di sediakan dan di keluarkan tidak lewat dari 3 bulan selepas tamat tempoh tanggungan (liability) kecacatan atau 3 bulan selepas di keluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan, mengikut mana yang terkemudian. b. Nilai kerja muktamad yang dilaksanakan dan bahan-bahan atau barang –barang yang di bekal oleh subkontraktor dan pembekal di namakan dan pemegang serahak, hendaklah di nyatakan secara berasingan dengan menggunakn lampiran A1, A2 dan A3 kepada Perakuan muktamad. c. Akuan muktamad mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:i. Semua pelarasan jumlah harga kontrak untuk perubahan tuntutan kontraktor dan pelarasan–pelarasan lain. ii. Bayaran yang telah di bayar kepada kontraktor, subkontraktor dan pembekal di

namakan dan pemegang serah hak iii. Potongan dari wang yang akan di bayar kepada kontraktor, khususnya kos membaiki kecacatan di mana kontraktor gagal membaiki kecacatan dan amaun kesusutan nilai kerja oleh sebab adanya kecacatan tersebut. Pelarasan (Adjustment)Jumlah Harga Kontrak Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak telah di perkenalkan untuk tujuan pelarasan jumlah harga kontrak. Jumlah harga kontrak mestilah di laraskan bagi mengambil kira sebarang tambahan atau kekurangan daripada jumlah harga kontrak. Perkara-perkara yang menyebabkan jumlah harga kontrak perlu di laraskan adalah seperti berikut:a. Perubahan kepada kontrak b. Tuntutan oleh kontraktor untuk kerugian dan/atau perbelanjaan tambahan. c. Kos berkaitan dengan ujian kerja atau bahan binaan dan pendedahan kerja untuk pemeriksaan. d. Fee dan caj untuk sambungan tetap kepada pembetung awam, bekalan air, dan elektrik tetap dan sambungan untuk pemindahan pembentungan dan bekalan air dan elektrik. e. Pengukuran semula kerja yang di ukur sementara di dalam senarai kuantiti. f. Pelarasan wang kos prima dan wang peruntukan sementara. g. Pelarasan bagi turun naik harga bahan-bahan binaan dan sebagainya. Peraturan dan prosedur yang perlu di patuhi dalam penyedian Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak adalah seperti berikut:a. Satu perakuan pelarasan jumlah harga kontrak mestilah di sediakan dan di keluarkan apabila jumlah harga kontrak perlu di laraskan. Ia meliputi perubahan kerja. b. Semua butir di dalam perakuan mestilah di isi dengan betul c. Tarikh perakuan adalah tarikh P.P menandatangani perakuan tersebut. d. Huraian mengenai pelarasan hendaklah jelas dan tepat.nombor rujukan perakuan perubahan kerja mestilah di nyatakan. e. Butir-butir pengiraan bagi pelarasan tersebut mestilah di lampirkan kecuali bagi pelarasan yang disebabkan oleh kerja perubahan. Perakuan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak mestilah di tandatngani oleh P.P dan salinan asal hendaklah di keluarkan kepada kontraktor. Salinan lain akan di edarkan kepada semua pihak yang tersenarai dalam perakuan termasuk pihak-pihak berikut:a. Akauntan kanan perbendaharaan atau badan berkuasa pembayaran lain.

b. Juruukur bahan dan pihak-pihak lain yang terlibat.

Bayaran Interim Merupakan bayaran yang di bayar kepada kontraktor dan dibuat mengikut prestasi pembinaan (nilai kerja di laksanakan). Bayaran interim di buat dengan menolak harga asal kontrak. Contohnya:Bayaran Interim No 1. Harga kontrak = RM 1,915,000.00 Nilai Kerja Dilaksanakan = RM 157,108.61 Bayaran Interim Pertama = RM 157,108.61 Bayaran kepada subkontraktor = RM 141,390.00 Kredit akaun deposit wang jaminan pelaksanaan (10% dari bayaran di syorkan sehingga 5% harga kontrak) = RM 15,710.00 Jumlah RM 157,100.00 Bayaran Interim No.2 Nilai Kerja di laksanakan = RM 336,523.64 - Kurangkan Bayaran interim = RM 141,390.00 Yang terdahulu No.1 Nilai bersih kerja semasa = RM 195,133.64 Bayaran interim merupakan bayaran kepada nilai kerja yang di laksanakan oleh kontraktor. Nilai kerja ini mestilah termasuk “kerja awalan” atau “ Perkara-perkara Am”. Untuk tujuan penilaian interim, item bagi “kerja awalan” atau “ perkara-perkara am” mestilah di kategorikan sama ada ianya perlu di bayar secara progresif semasa pelaksanaan kerja atau di bayar selepas siap kerja. Jika harga yang di letakkan oleh kontraktor untuk perlindungan insuran di dapati lebih tinggi daripada amaun premium sebenar yang di bayar. Amaun premium sebenar hendaklah di bayar di dalam penilaian yang pertama dan bakinya di bayar secara progresif semasa kerja di laksanakan. Nilai kerja yang di laksanakan oleh kontraktor mestilah mengambil kira bukan sahaja kerja yang termasuk di dalam kontrak tetapi mestilah juga mengambil kira kerja perubahan yang di laksanakan. Syarat-syarat untuk membolehkan perakuan interim pertama di keluarkan, dan bayaran di buat walaupun dokumen kontrak masih belum di tandatangani. a. Kontraktor mestilah telah mengembalikan surat setuju terima yang di tandatangani dan di saksikan. Menyerahkan bon pelaksanaan dan segala polisi insurans yang wajib. b. Perakuan interim dan baucher bayaran mestilah disertakan bersama salinan dokumen berikut yang diakui sah :i. Surat setuju terima ii. Bon pelaksanaan iii. Polisi insuran yang wajib (Nota liputan tidak di terima) iv. Kelulusan lembaga tender dan kelulusan perbendaharaan. Jumlah harga kontrak melebihi 10 juta.

.0 Pengenalan Secara asasnya, tugas utama pengurusan projek mewakili pihak Klien, merangkumi tiga (3) aspek utama :

1.1 1.2 Memastikan projek dilaksanakan mengikut belanjawan yang ditetapkan 1.3 Memastikan projek dilaksanakan didalam jangkamasa waktu yang ditetapkan Memastikan projek dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Walaubagaimanapun, memandangkan bidang pengurusan projek merupakan satu bidang profesyenal yang masih baru di Malaysia, adalah lebih baik diperturunkan di sini butiran terperinci skop kerja agar tidak terdapat kekeliruan diantara profesyenal-profesyenal lain yang terlibat. 2.0

2.1

Pembahagian Skop Kerja Tugas utama pengurusan projek adalah memastikan projek berjalan dengan licin. Memandangkan skop pengurusan projek secara keseluruhan adalah agak meluas, berikut diperturunkan butiran terperinci setiap bahagian yang dikenalpasti yang merangkumi sepanjang tempoh projek.

Peringkat Permulaan dan Rekabentuk a. Di bawah skop ini, tugas-tugas utama yang bakal dilaksanakan adalah: b. Mesyuarat dengan Pemilik, Pengguna dan Kontraktor Rekabentuk c. Membuat ulasan ke atas lukisan-lukisan projek d. Membuat ulasan ke atas cadangan kos projek Menyediakan dokumen kontrak 2.2 Peringkat Pembinaan a. Di bawah skop ini, tugas-tugas utama yang bakal dilaksanakan adalah: b. Mempengerusikan mesyuarat tapak projek c. Membuat pemeriksaan tapak secara berkala Mengesah dan menyediakan sijil perakuan pembinaan 2.3 Peringkat Selepas Pembinaan a. Di bawah skop ini, tugas-tugas utama yangbakal dilaksanakan adalah: b. Membuat pemeriksaan berkala terhadap senarai kecacatan c. Mengesah dan menyediakan akaun muktamad Membantu di dalam penyerahan projek kepada pihak pemilik 3.0 Cadangan Terperinci Skop Kerja Memandangkan cadangan skop kerja ada hubungkait nya dengan bilangan kakitangan serta jumlah „man-month‟ yang bakal diperlukan, maka disenaraikan berikut skop kerja terperinci yang normal serta tugas-tugas yang bakal dilaksanakan. 3.1 3.1.1 Peringkat Permulaan dan Rekabentuk Mesyuarat dan perbincangan diantara Pemilik, Pengguna dan Kontraktor Rekabentuk Semasa peringkat ini, kami menjangkakan mesyuarat-mesyuarat serta pengemukaan berikut a. akan diadakan diantara semua pihak yang terlibat. b. Mesyuarat atau pengemukaan berkala bersama klien berhubung status kemajuan pembangunan. c. Mesyuarat berkala bersama pengguna untuk mengetahui keperluan khas yang diperlukan samada dari jenis pemasangan peralatan atau d. perkara-perkara lain yang lebih spesifik. e. Mesyuarat berkala bersama kontraktor rekabentuk untuk penjelasan teknikal dan hal-hal rekabentuk. Mesyuarat berkala dalaman untuk memastikan bahawa sasaran serta penglibatan terhadap projek ini dipenuhi. f. Mesyuarat berkala bersama klien dan agensi kerajaan untuk memastikan bahawa keperluan-keperluan seperti keluasan lantai, khidmat bangunan dan kelulusan-kelulusan lain dipenuhi apabila diperlukan. g. Mesyuarat pra-rundingan harga bersama klien dan agensi kerajaan untuk membincangkan samada kos yang dikemukakan oleh kontraktor rekabentuk adalah munasabah atau sebaliknya. Mesyuarat rundingan harga bersama kontraktor rekabentuk dan klien dan juga agensi-agensi kerajaan yang lain. a. Tidak termasuk dibawah skop kerja ini b. Mana-mana mesyuarat atau rundingan untuk membincangkan pembangunan lain selain dari yang termaktub didalam pelan pembangunan yang telah dipersetujui. 3.1.2 Mana-mana mesyuarat dengan pihak-pihak lain yang tidak ada kena mengena secara langsung dengan projek ini. Ulasan lukisan-lukisan Apabila lukisan-lukisan diterima daripada pihak kontraktor rekabentuk, pihak teknikal kami akan menganalisa, memberi komen serta membuat cadangan kepada klien dari segi rekabentuk dan fungsi agar cadangan pembagunan memenuhi aspek-aspek berikut :

a. b. Memastikan susunatur dan kedudukan bangunan-bangunan serta orientasi memenuhi keperluan klien c. Memastikan bilik-bilik yang disediakan termasuk keluasan dan penggunaan, memenuhi kriteria klien dan agensi kerajaan yang lain. d. Memastikan kemasan yang disediakan memenuhi kehendak klien dan memenuhi kriteria agensi kerajaan lain Memastikan keperluan khidmat bangunan yang disediakan adalah mencukupi, memenuhi kehendak klien dan agensi kerajaan yang lain. e. Memastikan bahawa konsep rekabentuk mempunyai ciri-ciri nilai-kejuruteraan (value engineering) dan nilai wang yang dilabur. Pihak kami akan memastikan bahawa tiada pembaziran terhadap keluasan, khidmat bangunan atau cara-cara pembinaan yang mungkin akan memberi kesan terhadap kenaikan kos. Tidak termasuk didalam skop ini a. Ulasan terhadap pandangan rekabentuk (façade) dan nilai kecantikan (aesthetic) bangunan b. Menganalisa lukisan baru yang tidak bersangkut paut dengan projek ini c. Ulasan serta komen terhadap lukisan terperinci 3.1.3 Ulasan Cadangan Kos Apabila pihak kami menerima dokumentasi kos dari kontraktor rekabentuk (PDA atau BQ), pihak teknikal kami akan menganalisa, memberi komen dan memberi cadangan kepada klien terhadap kebolehsaknaan kos yang dikemukakan. Kami akan mencadangkan sebarang pindaan agar klien mendapat kos munafaat (cost benefit) yang optimum. Tugas-tugas ini akan merangkumi :

a. b. c. d.

Membuat penilaian kos cadangan kontraktor rekabentuk secara am dan membuat penilaian kami sendiri. Mengkaji cadangan kos dan membuat perbandingan dengan kadar pasaran semasa. Sebarang kos yang kabur (ambiguous) akan dianalisa semula dengan kadar kiraan yang baru (new built up rate). Mencadangkan kepada klien kos cadangan kontraktor rekabentuk dan cadangan semula selepas mengambil perkiraan faktor seperti kos bangunan, kos awalan, tempoh penyiapan dan pembiayaan (financing).

Tidak termasuk didalam skop kerja ini a. Pemeriksaan kos yang tidak terlibat dengan projek ini. b. Mengeluarkan spesifikasi atau bill kuantiti Penyediaan Dokumen Kontrak 3.1.4 Sebagai kebiasaan untuk projek turnkey, kontrak JKR Turnkey Form akan digunakan untuk pentadbiran kontrak. Walaubagaimanapun, dengan adanya Perunding Pengurusan Projek, beberapa klausa akan diubah untuk disesuaikan mengikut keadaan. Didalam hal ini, pihak teknikal kami kami menasihatkan perkara-perkara berikut. Beberapa klausa akan dipinda dan sebab-sebab pindaan akan diperjelaskan. a. Menyedia deraf perjanjian untuk pihak kontraktor rekabentuk mengkaji dan memberi pandangan balas. b. Mencadangkan bentuk pembayaran dan factor-faktor lain yang berhubung dengan nya. c. Tidak termasuk didalam skop kerja ini Penyediaan serta pembikinan dokumen kontrak yang dipersetujui.

3.2 Peringkat Pembinaan 3.2.1 Mempengerusikan mesyuarat tapak Pihak kami akan melantik seorang Pengurus Projek yang akan bertanggungjawab secara terus terhadap projek ini. Semasa peringkat pembinaan, Pengurus Projek akan empengerusikan mesyuarat tapak. Prosedur adalah seperti berikut : a. Memberi notis kepada semua pihak yang terlibat. Jadual mesyuarat tapak akan dirancangkan sepanjang tempoh projek sebagai garis b. panduan. Mempengerusikan mesyuarat tapak. Setiap displin teknikal yang melibatkan hal-hal akitek, kejuruteraan am dan struktur, mekanikal dan c. elektrik, ukur bahan dan peralatan makmal akan diperbincangkan. Penyediaan minit mesyuarat tapak. a. Tidak termasuk didalam skop kerja ini b. Mengatur, memberi notis dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat lain selain dari mesyuarat tapak atau peralatan makmal. Penyediaan minit mesyuarat lain selain dari mesyuarat tapak. 3.2.2 Pemeriksaan Berkala Dengan ketiadaan pengawasan tetap, pemeriksaan berkala akan dijalankan mengikut situasi berikut : a. b. Pemeriksaan akan dijalankan pada setiap mensyuarat tapak c. Pemeriksaan berkala mengejut akan dijalankan mengikut keperluan. d. Pemeriksaan keatas perkara-perkara yang spesifik yang memerlukan pandangan kami. Pihak kami juga akan melaporkan kepada KLIEN secara bulanan melalui laporan bulanan yang akan disediakan.

a. Tidak termasuk didalam skop kerja ini b. Pengawasan tetap di tapak projek c. Pengawasan keatas perkara lain selain dari projek ini. Penyediaan laporan yang tiada hubungkait nya dengan projek ini. 3.2.3 Mengesah Dan Menyediakan Sijil Pembayaran Pada peringkat ini, pihak kami juga akan mengesah tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh pihak kontraktor rekabentuk. Pihak kami akan memeriksa kembali tuntutan tersebut dan membuat penialain samada ianya adalah wajar atau tidak berdasarkan factor-faktor berikut: a. Segala dokumen tuntutan mencukupi. Ini termasuklah pengesahan dari perunding mereka yang mengesahkan bahawa kerja yang dituntut b. telah disempurnakan. Nota hantaran untuk tuntutan bahan binaan di tapak mesti dikembarkan dan sebagainya. c. Jumlah tuntutan adalah sepertimana tahap pembinaan di tapak. Ini bermakna setiap elemen kerja yang siap mestilah dibuktikan Sijil tuntutan kerja akan dimajukan kepada KLIEN untuk pembayaran a. Tidak termasuk di dalam skop kerja ini Dokumen penilaian terperinci dan pengumpulan dokumen sokongan untuk pembayaran.

3.3 Peringkat Selepas Pembinaan 3.3.1 Pemeriksaan Berkala Terhadap Senarai Kecacatan Selepas penyiapan praktik, pihak kontraktor rekabentuk dikehendaki menyediakan senarai kecacatan. Segala kecacatan hendaklah disenaraikan dan dipersetujui oleh kesemua pihak yang terlibat sebelum ianya disahkan sebagai senarai kecacatan yang diperakukan. Prosedur adalah seprti berikut: a. b. Memastikan bahawa kontraktor rekabentuk menyedia senarai kecacatan sebagai garis panduan kerja pembaikan. c. Mengatur pemeriksaan kecacatan secara berkala dan memastikan bahawa pembaikan kecacatan dilaksanakan. Memastikan perunding utama kontraktor rekabentuk menyediakan Sijil Siap Pembaikan Kecacatan (Certiificate of Making Good). a. Tidak termasuk di dalam skop kerja ini b. Mencatat dan menyediakan senarai utama kecacatan c. Pengawasan tetap terhadap pembaikan kecacatan Mengeluarkan sijil perakuan siap pembaikan kecacatan 3.3.2 Mengesah dan Penyediaan Akaun Muktamad Pada peringkat ini pihak kami akan membuat pemeriksaan akhir bersama klien dan kontraktor rekabentuk untuk memastikan bahawa kecacatan-kecacatan utama telah diperbaiki. Pihak kami akan mengesah projek siap berdasarkan perkara-perkara berikut : a. Memastikan kecacatan yang terdapat pada Senarai Kecacatan Utama telah dilaksanakan sepenuhnya dan kesemua kelulusan kerajaan tempatan telah diperolehi. b. Memastikan bahawa kesemua dokumentasi berhubung dengan projek, terutamanya warranty dan guarantee dari pihak pembekal, dokumen operasi dan penyelenggaraan, lukisan as-built telah disediakan sepenuhnya sebelum ianya diserahkan kepada klien untuk simpanan. c. Selepas syarat-syarat kontrak telah dipenuhi, maka pihak kami akan mengeluarkan Sijil Akaun Muktamad. Tidak termasuk di dalam skop kerja ini a. Mengumpul warranty dan penyediaan dokumen operasi dan penyelenggaraan b. Membuat susulan dengan pihak kerajaan tempatan sekiranya terdapat masalah berhubung dengan Sijil Menduduki (Certificate of Occupation) 3.3.3 Membantu Didalam Penyerahan Projek Akhirnya pihak kami akan membantu agar penyerahan projek daripada kontraktor rekabentuk kepada klien dan juga pengguna akan dilaksanakan dengan licin. Hal ini akan melibatkan : a. Memastikan bahawa kesemua kelulusan kerajaan tempatan dan dokumentasi projek disiapkan dan diserahkan kepada klien. b. Memastikan bahawa kesemua „warranty‟ dan juga „guarantee‟ dipindah milik kepada klien. c. Memastikan klien mendapat projek sepertimana termaktub didalam kontrak, yakni kemasan, pepasangan, perabot dan juga peralatan yang tersebut didalam kontrak.

a. b. c. d.

Tidak termasuk didalam skop kerja ini Sebarang tambahan hiasan atau susunatur dalaman. Sebarang kerja tambahan dari pengguna yang tidak dibincang diperingkat perancangan projek. Sebarang tambahan kerja pertukaran susunatur selepas tamat tempoh kecacatan bangunan Sebarang pengawasan tambahan akibat perubahan yang tidak disebutkan didalam Senarai Kecacatan Utama.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF