Latihan Kata Penguat

May 15, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Latihan Kata Penguat...

Description

LATIHAN KATA PENGUAT KATA PENGUAT Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai. 1. Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya. A sangat C nian B benar D sekali

2. Karangan saya telah terpilih memenangi kategori tulisan yang __________ cantik antara peserta-peserta yang bertanding. A sungguh C paling B sekali D begitu

3. Rohana _________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradik. A begitu C sekali B agak D betul

4. Tempat ini __________ indahnya sehingga menenangkan fikiran. A demikian C sekali B agak D nian

5. Cendol pulut Pak Hassan __________ sehingga terkenal di pekan ini. A nian enak C paling enak sekali B sekali enak D sungguh enak sekali

6. Kakak saya sedih __________ apabila nenek meninggal kerana dia tinggal dengan nenek sejak kecil lagi.

A benar C lebih B makin D cukup

7. Jurulatih itu _________ tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin. A amat C nian B benar D sekali

8. Kediamannya terletak _________ jauh dari pecan itu. A nian C benar B agak D paling

9. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamat mangsa serangan askar Israel walaupun mereka _________ letih. A amat C paling B agak D nian

10. ________ tidak disangka bahawa Farid pandai memasak makanan tradisional Melayu. A Amat C Paling B Terlalu D Sungguh

11. Kerap _________ dia ke perpustakaan sejak belakangan ini kerana ingin mengulang kaji pelajaran. A paling C sungguh B nian D agak

12. Besar _________ kubah masjid yang terletak di bandar itu. A sekali C agak B lebih D terlalu

13. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang dalam perbahasan itu ___________ meyakinkan. A paling C makin B agak D amat

14. Junaidilah yang ________ banyak mengemukakan idea perbincangan tentang aktiviti tahunan persatuan Bahasa Melayu.

dalam

A paling C terlalu B sekali D nian

15. Jangan _________ mengharap kita akan menang kerana peserta-peserta sekolah lain tidak kurang hebatnya. A terlalu C paling B sangat D cukup

16. Indah _________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja di tepi pantai itu. A nian C paling B terlalu D agak

17. Tikar mengkuang yang dianyam oleh kakak _________ kemas dan perlu dibaiki lagi.

A cukup C makin B amat D kurang

18. Jangan buka tingkap itu _________ lebar kerana angin dari luar sejuk. A sekali C terlalu B cukup D nian

19. Rafi _________ keberatan hendak ke rumah kawannya untuk meminjam buku kerana hari sudah lewat. A sekali C agak B paling D kurang

20. Lambat _________ dia pulang semenjak bertukar tempat kerja. A terlalu C paling B benar D agak

Latihan 7 : Kata Penguat Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ______________ pantas kuda berwarna putih itu berlari. A Nian B Benar C Sekali

D Terlalu

2 Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah. A betul B benar C sekali D paling

3 Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal. A paling B sekali C benar D betul

4 Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis. A nian B agak C betul D benar

5 Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal. A paling B sekali C betul

D nian

6 Tulisan Sulaiman _________ cantik dan kemas. A sungguh B sekali C benar D nian

7 Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik. A amat B betul C benar D sekali

8 Rasa buah durian itu _________ sedap. A betul B benar C sekali D sangat

9 Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar. A paling B sekali C betul

D nian

10 Biskut coklat yang dibuat oleh Mak Cik Yam ____________rangup. A sekali B betul C amat D nian Jawapan: 1 D

6 A

2 D

7 A

3 A

8 D

4 B

9 A

5 A

10 C

Latihan Tatabahasa

Gariskan kata penguat yang sesuai. 1. Kepalanya (sangat, nian, betul) sakit sehingga menyebabkan dia tidak dapat membuat kerja. 2. Pekerjaan yang ditawarkan oleh Syarikat Nam Yik sesuai (agak, sekali, paling) untuk graduan universiti. 3. Rumah banglo yang dibina di kawasan perumahan itu merupakan rumah yang (terlalu, paling, benar) cantik di situ. 4.

Udara di puncak bukit itu nyaman (agak, sekali, paling).

5.

Pensel yang diasah oleh Min tajam (sungguh, paling, terlalu).

6. Latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Rosminah mudah (nian, paling, agak).

Kata Tugas ( Kata Penguat)

1.4.9 KATA PENGUAT ( KATA PENGUAT SECARA LANGSUNG TELAH DIBINCANGKAN DALAM BAB KATA ADJKTIF 1.3 DI MUKA SURAT 55 ) PERKARA

KETERANGAN

Kata Penguat

Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud bagi sesuatu kata adjektif. Kata penguat ini jugs disebut kata digri dan umumnya hadir bersama-sama kata adjektif atau kata kerja yang membawa maksud kata adjektif seperti memberangsangkan, memilukan, membosankan, dan sebagainyaSecara umumnya kata penguat/kata digri terdiri daripada tiga jenis, iaitu: Kata Penguat 1) Kata Penguat Belakang 2. Kata Penguat Hadapan 3. Kata Penguat Bebas

PERKARA

KETERANGAN

Kata Penguat Hadapan

Kata penguat hadapan ialah kata yang letaknya hanya sebelum kata adjektif. Kata-kata ini tidak boleh hadir selepas kata-adjektif. Katakata tersebut ialah:-

agak

paling

terlalu

Contoh: 1 Harga kereta keluaran terbaharu itu agak mahal. 2 Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu. 3 Harga barang di pasar rays itu terlalu mahal.

Kata Penguat Belakang

Kata penguat belakang ialah kata yang letaknya selepas kata adjektif atau kata kerja yang berunsur adjektif. Kata-kata ini hanya hadir selepas kata adjektif dan tidak boleh hadir benar

betul

nian

sekali

Contoh: 1 Barang-barang di kedai runcit itu mahal betul. 2 Para pelajar yang menyertai seminar itu rajin benar. 3 Pemandangan di tepi pantai di Pulau Tioman indah nian. 4 Baginda disukai oleh rakyat kerana bertindak dengan adil sekali. Kata Penguat Bebas

Kata penguat bebas ialah kata penguat yang boleh hadir secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Kata-kata adjektif tersebut ialah: amat

sangat

sungguh

Contoh: 1.

(a) Budak lelaki itu amat tinggi. (b) Budak lelaki itu tinggi amat.

2.

(a) Penduduk-penduduk di kampung amat rajin. (b) Penduduk-penduduk di kampung rajin amat.

3.

(a) Masakan ibu kamu sungguh lazat.

(b) Masakan ibu kamu lazat sungguh. Penerangan tentang kata penguat telah dijelaskan dalam kata adjektif sebelum ini.

LATIHAN PENGUKUHAN A. Tuliskan kata penguat yang betul pada tempat yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah ini 1

Harga barang-barang di pasar basah itu mahal.

2

Suara penyanyi itu lantang.

3

Makanan yang dijual di kantin sekolah lazat.

4

Pelajar yang pintar itu selalu mendapat markah tinggi dalam kelas karni.

5

Negeri yang besar di Malaysia ialah negeri Sarawak.

6

Tebing sungai itu curam.

7

Cuaca di negara itu panas.

8

Perangai budak itu luar biasa.

9 Angin yang bertiup pada petang itu nyaman. 10

Ayah letih setelah sehari suntuk bekerja di sawah

Kata Penguat By cikguhii ¶ Posted in Tatabahasa ¶ Tagged bahasa malaysia, kata penguat, pmr, spm, stpm, tatabahasa, upsr ¶Leave a comment

Kata Penguat 程度词 Kata Penguat

Ayat Contoh

Bil. Anjing itu sangat garang. Anjing itu garang sangat. 1

sangat Murid itu sungguh malas. Murid itu malas sungguh.

2

sungguh Kucing itu amat comel. Kucing itu comel amat.

3

amat

4

paling

Dia paling tinggi di dalam kelas.

5

terlalu

Harga barang itu terlalu mahal.

6

agak

Rasa buah itu agak masam.

7

nian

Permandangan kampung itu indah nian.

betul

Mudah betul untuk menjawab soalan ini.

benar

Susah benar untuk menjawab soalan ini.

sekali

Negeri yang besar sekali ialah Sarawak.

8 9 10

Kesalahan Tatabahasa 1

Dia paling tinggi sekali di dalam kelas.

(salah)

Dia paling tinggi di dalam kelas.

(betul)

2

Harga barang itu terlalu mahal sekali.

(salah)

Harga barang itu terlalu mahal.

(betul)

Rasa buah itu agak masam sekali.

(salah)

Rasa buah itu agak masam.

(betul)

4

Anjing itu sangat garang sekali.

(betul)

5

Murid itu sungguh malas sekali.

(betul)

6

Kucing itu amat comel sekali.

(betul)

3

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF