Ilmu Rasa Tok Kenali

January 4, 2018 | Author: Ibrahim Saleman | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

religious...

Description

Ilmu rasa itu, ada tujuh tahap atau tujuh makam. 1) Maqam taubat 2) Maqam wara’ 3) Maqam zuhud 4) Maqam fakir 5) Maqam sabar 6) Maqam tawakkal 7) Maqam ridho Keujuh-tujuh tangga (maqam) itu, adalah melibatkan penyusian hati secara kesufian (pemurnian hati secara makrifat). Tujuh pemurnian hati diatas, adalah penyusian hati mengikut turutan tertib dari satu maqam kepada suatu maqam. Setiap tangga penyusian hati itu, adalah bertujuan untuk sampai kepada tahap tercapainya “pembebasan hati dari segala ikatan dunia”. Bertujuan untuk mencipta kedudukkan atau suasana hati yang tidak lagi terpandang makhluk!. Suasana hati orang-orang yang berada didalam ketujuh-tujuh maqam tersebut itu, adalah orang yang memandang bahawa setiap apa yang dicipta oleh Allah dan setiap apa yang belum tercipta itu, tidak lagi beharga dihatinya. Tidak beharga itu, seumpama tertanggalnya sehelai bulu romo dari tubuhnya!. Tamak kepada dunia atau tertilik hati kepada makhluk itu, merupakan mata pedang yang sedang membunuh kehidupan para sufi!. Kehidupan seorang ahli makrifat atau seorang ahli sufi itu, adalah orang yang merdeka jiwanya dari tertilik makhluk!. Untuk menikmati ketujuh-tujuh tangga ilmu rasa itu, adalah mereka-mereka yang sanggup membelakangi selain Allah secara mutalak atau membelakagi dunia secata total. Rasa makrifat kepada Allah itu, “tidak boleh dimadu” dengan mahluk!. Rasa ingat kepada Allah itu, tidak boleh dimadu dengan ingat kepada makhluk!. Tidak mungkin tercapai hati seseorang untuk sampai kepada tahap penyucian hati dari ikatan atau belenggu dunia, selama dunia atau selama sifat makhluk ini masih terlekat dihatinya!. Untuk meyisihkan hati dari tertakluk kepada dunia itu, hendaklah melalui tujuh maqam rasa atau tujuh martabat rasa!. Selepas melalui tujuh maqam taubat itu, barulah datangnya ilmu “rasa”. Beza rasa orang awam berbanding rasa orang makrifat itu, adalah Rasa makrifat orang awam itu, adalah diatas dasar “terlepas dari dosa-dosa”. Manakala rasa makrifat orang makrifatullah itu, adalah diatas dasar “tidak lalai dari mengigati Allah!”. Untuk sampai atau untuk melalui ketujuh-tujuh anak tanggak atau tingkatan maqam rasa, hendaklah melalui tujuh peringkat. 1) Rasa Melalui Taubat. Perkara taubat itu, bukan sahaja diajar oleh agama Al-Quraan, malahan diajar juga oleh agama-agama Injil, Taurat dan Zabur. Semua 4 kitab terdahulu memulakan ilmu dengan upacara taubat. Taubat Orang Awam Taubat bagi golongan orang-orang awam (golongan feqah) itu, adalah dengan melafaskan ucapan penyesalan. Sesal pelangaran atau ketidak patuhan kepada perintah Allah. Dengan menghentikan “seketika” perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Dengan berjanji untuk menghentikan seketika dan berjanji untuk tidak megulangi doda buat “seketika”. Bilamana gagal memenuhi sumpahnya, lalu mereka memuhun ampun pada Tuhan. Bertaubat orang awam sebanyak 67 kali satu hari, namun mengulangai berbuat dosa sebanyak 167 kali satu hari. Bertaubat lagi dan buat lagi, ini taubat golongan orang awam (orang yang berilmu syariat atau feqah). Taubat Orang Makrifat. Manakala taubat bagi golongan yang berilmu makrifat atau yang berilmu hakikat itu, adalah bertaubat mereka atas kelalaian terhadap Allah Taala. Dipandang berdosa besar kiranya mereka lupa, lalai atau alpa kepada Allah walaupun sesaat!. Taubat orang makrifat itu, adalah bererti mengalamani “mati didalam hidup!”. Dari Mana Asal Datangnya Dosa, Sehingga Memaksa Kita Bertaubat? Dosa itu, bukan sesuatu perkara yang baru dan dosa itu, bukan pendatang yang terjadi kemudian!. Dosa atau pahala itu, sesungguhnya datang secara semulajadi bersama-sama dengan diri kita sedari azali!.

Segala perbuatan yang mendatangkan dosa atau pahala itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah. Untuk membuang atau untuk mendatangkan dosa itu, sesungguhnya adalah datannya dari Allah. Kita selaku makhluk yang dijadikan, tidak berdaya untuk mendatang atau membuangkan dosa!. Untuk itu, mari kita serahkan diri kepada Allah, semoga diri tidak lagi menanggung dosa!. Bukan hanya pahala datangya dari Allah, sesungguhnya dosa dan taubat juga adalah datangnya daripada Allah!. Taubat, dosa atau pahala itu, sesungguhnya adalah datangnya dari anugerah atau datangnya dari kurnia Allah. Taubat itu, sesungguhnya anugerah Allah. Datangnya taubat itu, sesungguhnya adalah dari Allah kepada manusia, tidak dari manusia kepada Allah. Datangnya perasaan penyesalan atau tercetusnya perasaan menyesal itu, adalah dari Allah, bukan datangnya dari diir sendiri!. Jika boleh saya bertanya kepada tuan, siapakah yang menjadikan diri kita dan siapakah yang menjadikan perbuatan kita?. “Wallah hu Kholakokum, Wamatakmalun” (Aku jadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat). Sesungguhnya taubat itu, bukan datangnya dari diri kita, tetapi datangnya dari Allah. Taubat yang datangnya dari Allah itulah, yang dikatakam sebenar-benar taubat!. Bilamana taubat itu datangnya dari diri kita, itulah makanya setiap 67 kali bertaubat yang masih melakukan dan mengulangi perkara yang sama itu adalah 167 kali. Iaitu banyak mengulangi dari yang bertaubat. 2) Maqam wara’. Wara’ itu, adalah meninggalkan perkara yang syubhat. Iaitu meninggal atau menjauhi segala perkara yang belum jelas atau perkara yang belun nyata, samaada dalam hal yang haram atau yang halal. Didalam Islam wara’ itu, adalah langkah kedua sesudah taubat!, menandakan bahawa Wara’ itu, adalah suatu perkara yang penting bagi menerbit pembenaan mental untuk membersih hati dari ikatan dunia. Wara’ itu, ada dua tingkat; 1) Pertama: wara’ dari segi zahir. Erti wara’ dari segi zahir itu, adalah tidak bergerak, kecuali bergeraknya kita itu, adalah hanya untuk beribadah kepada Allah dan hanya untuk taat kepada ketetapan Allah. 2) Kedua adalah wara’ batin atau warak hakiki. Erti wara’ hakiki itu, adalah bilamana tidak masuk dalam hatinya kercuali Allah Taala. Wara’ itu adalah meninggalkan perkara-perkara yang berbau syubhat (perkara yang belum jelas) kepada perkara yang sudah jelas, terang, nyata dan diyakini. Orang wara’ itu, adalah orang melakukan perbuatan ibadah dengan benar-benar mengenal Allah Taala. Bukannya ibadah yang sekadar memperlakunkan atau ibadah dibuat-buat sebagai memenuhi tuntutan budaya, tanpa mengenal siapa yang disembah!. Wara’ itu, adalah orang mengerjakan sesuatu ibadah dengan jelas terlihat, terpandang dan tertilik Allah dalam setiap pekerjaan ibadah yang dilakukan. Tahu dari mana datanngnya ibadah dan tahu pula siapa yang mengerjakan ibadah!. Orang wara’ itu, adalah orang yang tahu bahawa datangnya ibadah itu, adalah dari Allah dan yang mengerjakan ibadah itu, adalahjuga bukan dirinya!. Ibadah oranng wara’ itu, bukan dari Allah kepada Allah atau dengan Allah. Perkataan dari Allah, kepada Allah dan dengan Allah, semua itu hanyalah perkataan istilah!. Istilah itu, adalah perkataan yang sekadar memberi makna, tidak memberi kenyataan. Untuk mengelak beribadah dengan hanya sekadar beristilah, kita hendaklah membuang perkataan istilah dari Allah, kepada Allah atau beserta dengan Allah. Beribadahnya orang wara’ itu, adalah beribadah yang bukan datangnya dari perkataan dari Allah, kepada Allah atau beserta Allah, sudah tidak ada istilah perkataan dari, kepada atau besereta Allah, tetapi ibadah mereka-mereka yang benar-benar wara’ itu, adalah ibadah hanya Allah, Allah, Allah……………………………… Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, cuba tuan-tuan dasarkan atau asaskan perbuatan ibadah tuantuan, apakah datangnya kerajinan ibadah kita itu, datangnya dari diri sendiri?. Apakah ada kuasa kita untuk mengerjakan ibadah, jika tidak sedia tertulis dan jika tidak sedia terecatat dari semulajadi di dalam kitab luh mahfuz?. Cuba jawab?…………………………….

Ibadah atau amal kita itu, bukan datangnya dari rajin atau usaha kita, tetapi datangnya dari Allah!. Wara’ itu, adalah perkara yang tidak masuk dalam hatinya kecuali Allah, Allah dan Allah…………………………………….. 3) Maqam Zuhud Zuhud itu ertinya, tidak tamak, tidak mengutamakan atau tidak berkeinginan kepada kepada balasan, upah, imbuhan atau ganjaran!. Dalam maqam zuhud, kita dikehendaki menjauhi dari perkara-perkara syubhat (perkara-perkara yang mendatangkan waswas). Manakala didalam perkara zhud pula, kita diasas atau didasarkan kepada tidak tamak kepada dunia, tidak harap kepada balasan, ganjaran atau inbuhan dari pekerjaan amal ibadah yang kita kerjakan!. Zuhud itu, selalunya kita sasarkan kepada menjauhi atau tidak berkeinginan kepada perkara-perkara dunia sahaja tetapi menurut sudut pandang ilmu makrifat. Zuhud itu, adalah termasuk kepada perkara-perkara akhirat seperti balasan syurga atau takutkan neraka!. Zuhud itu, selalunya kita hanya disogok atau diperdengarkan kepada perkara-perkara dunia sahaja. Seumpama menghindari diri dari berkeinginan kepada perkara-perkara keduniaan. Ada yang sampai tidak mahu pakai kereta, ada yang sampai tidak mahu beli sofa (sanggup duduk atas lantai) dan ada yang sanggup berhenti dari bekerja dengan kerajaan, katanya wang gaji dari kerajaan itu, datangnya dari hasil perkara shubhat. Ada yang menjauhi diri atau mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat!. Ada yang mendakwa bahawa hanya dengan cara menjauhi diri dari dunia dan dari masyarakat sahaja yang membolehkan kita berzuhud!. Dengan menolak terus keduniaan. Ada yang sanggup tidak beli talivisian dan membiarkan anak isteri tidak tengok TV. Ada yang sanggup me;lihat rumahnya tidak ada sofa, semata-mata untuk berzuhud. Zuhud itu, bukan dengan menolak pakai baju ala Melayu dengan memakai baju ala-ala Afghanistan!. Zuhud itu, bukan berdiri didepan orang ramai dengan mengeluarkan kayu sugi!. Uhud itu, bukan dengan memakai jubbah atau sarban. Buykan dengan cara menarik diri untuk tekun beribadah atau menghindarkan diri dari berkeinginan menikmati kelazatan hidup didunia!. Zuhud Menurut Sudut Pandang Ilmu Makrifat Zuhud menurut sudut pandang ilmu makrifat itu, bukan sahaja perkara-perkara sebagaimana yang tersebut diatas. Zuhud menurut pandanngan ilmu makrifat itu, adalah “kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput atau dari apa yang terlepas dari kita” dan “ Kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepada kita”. Firman: 57 : 23 Orang zuhud itu, tidak bergembira dengan adanya dunia dan tidak berduka cita dengan adanya akhirat. Pengertian atau tafsiran zuhud itu, tidak sahaja berkisar kepada menghindari kelazatan atau kenikmatan hidup didunia sahaja. Kebanyakkan ulamak hanya selalu mengetegahkan cerita-cerita zuhud yang berat sebelah dan hanya condong kepada tafsiran feqah. Dengan menceritakan seumpama contoh cerita Abu Sulaiman Al- Darani, katanya sufi itu; “sufi itu, suatu ilmu yang sehingga tidak boleh untuk mengenakan (untuk membeli) kain suf dengan wang ditangan 3 dirham untuk membeli barang yang beharga 5 darham”. Cerita-cerita seumpama ini, hanya mengisahkan perkara untuk meniunggalkan dunia. Sedangkan siapakah yang menceritakan dengan cerita-cerita tentang untuk tidak melupa dan melalikan Allah?. Siapa yang memandang zuhud dari sudut Allah?, siapakah yang memperjuangkan Allah, melainkan rata-rata yang kita temuai, hanya memperjuangkan zuhud dunia dengan langsung tidak meyentuh zuhud Allah. Sedangkan menurut sudut pandang atau menurut tafsiran ilmu makrifat, zuhud itu, adalah menghendaki supaya kita menghindari sesuatu selain Allah. Barang siapa yang ingin tahu lebih lanjut dan lebih mendalam, mari ikut saya kita sama-sama mengharungi, menyeberangi dan menghayati ilmu makrifat Tok kenali. Maksud, erti dan makna sebenar-benar zuhud itu, adalah bilamana sampai kepada tahap “tidak ada lagi yang hendak dizuhud”. Jika masih ada perkara-perkara yang hendak dizuhudkan, tandanya masih ada dunia, bilamana masih ada dunia, ertinya jauh dari Allah, bilamana jauh dari Allah bermakna belum berzuhud. Jika masih duduk dalam keadaan berzuhud (membuang dunia), bererti dunia masih ada terlekat pada tubuh akalnya!. Selagi berpaut hati pada keberadaan dunia, selagi itu belum berzuhud. Zuhud itu, setelah tidak lagi berpaut hati pada dunia. Inilah yang dikatakan zuhud, mengikut fahamanan ilmu makrifat. Zuhut itu, hanya bagi mereka-mereka yang belum nyata Allah. Dunia dan diri bagi orang makrifat itu, sudah lama terkubur dan terkaram dalam wajah Allah, yang tidak ada apa lagi hendak dizuhudkan!. Setelah Allah nyata dalam hatinya, sudah tidak ada lagi yang hendak dizuhudkan.

Saya ulangi sekali lagi bahawa, zuhud bagi orang feqah itu, adalah bererti mengasingkan diri dari kehidupan dunia untuk bertekun kepada ibadah dan menjalankan latihan rohani, seumpama menjalankan ibadah puasa, menjaga makan minum, berzikir dan sebagainya, demi memerangi keinginan hawa nafsu. Adapun zuhud orang makrifat itu, adalah bererti tidak lagi ingat selain Allah. 4) Maqam Faqir Mengikut tafsiran ilmu feqah, fakir itu adalah miskin. Meskin seumpama tidak punya wang, rumah, tanah tidak punya makanan untuk dimakan dan sebagainya. Manakala fakir menurut suluhan ilmu makrifat itu, adalah mengosongkan seluruh fikiran dan harapan dari kehidupan masa kini dan kehidupan yang akan datang dan tidak menghendaki serta tidak berkeinginan apapun kecuali Allah!. Fakir yang lenyap sifat kesedaran keberadaan diri sendiri selain Allah. Fakir menurut suluhan makrifat itu, bukan merujuk kepada fakir miskin yang tidak punya harta atau wang ringgit. Fakir itu, boleh terjadi kepada seorang jutawan, seorang Raja atau seorang yang memiliki bank sendiri. Fakir itu, bukan ukurannya pada wang ringgit!. Fakir yang sebenar-benar fakir itu, adalah orang yang bilamana hatinya tidak kepada yang lain selain Allah. Fakir itu, adalah orang yang tidak membutuh, berkeinginan atau tidak berkehendak kepada sesuatu apapun selain Allah!. Untuk memahami sifat fakir, mari kita imbas kembali sifat wara’. Wara’ itu, adalah tidak masuk kedalam ingatan hatinya kecuali Allah. Manakala zuhud itu, adalah meninggalkan sifat keakuan, meninggalkan sifat makhluk dan sifat dunia kepada segala-galanya terlihat, ternampak dan tertilik Allah. Adapun sifat fakir itu, bukanya fakir dari segi kekurangan wang ringgit!. Yang dimaksudkan fakir dari sudut suluhan ilmu makrifat itu, adalah fakir dari terlihta adanya sifat keberadaan diri atau masih ada sifat keakuan!. Tidak punya apa-apa termasuk tidak berkeinginan dan tidak berkehendak selain Allah!. 5) Maqam Sabar Dalam mentafsir bab sabar, tidak ramai ulamak yang boleh mentafsirkannya dan tidak banyak kitab yang mengkhbarakannya!. Cuba tuan-tuan belek dan semak kitab-kitab dipasaran, payah ditemuai kitab yang menterjemah atau mentafsir makna atau erti sabar!. Banyak yang kita dapati, hanyalah saranan menyuruh kita bersabar. Sabar menurut tafsiran feqah; “Tahan menderita yang tidak disenangi dengan rela dan kemahuan jati dan menyetrah diri kepada Allah” Selama ini, kita hanya tahu mengucap perkataan sabar kepda sahabat-sahabat yang ditimpa musyibah. Setelah terkena pada batang hidung sendiri, ternyata perkataan sabar yang selalu kita ucapkan kepada orang lain itu, bilamana terkena pada sdiri sendiri, tidak dapat kita rialisasikan atau tidak dapat kita terjemahkan!. Cuba tuan-tuan tafsirkan apakah itu erti sabar dan saya minta tuan-tuan cari tafsiran sabar?. Sudah saya cari, ternyata gagal mendapatnya!. Saya temui makna, erti atau tafsiran sabar itu dari kalimah Tok Kenali!. Sabar itu, adalah bagi orang yang berserah diri kepada Allah. Setelah kita berserah diri kepada Allah itu, erti sabar dalam erti kata sebanr-benar sabar. Sabar itu, setelah kita serahkan bencana atau kecelakaan itu, datang dari Allah, serahkan kemiskinan, kepapaan, kerugian, kemusnahan dan segala penderitaan yang kita tanggug itu, adalah sebenar-benar bukannya datang dari sebab orang atau bukan dating dari makhluk. Makhluk tidak boleh memberi bekas atau tidak boleh memberi kesan sedikitpun atas kita, melainkan Allah. Setelah kita sedar segala apa yang terjadi, apa juga yang mendatang dan yang menimpa kita itu, adalah datangnya dari Allah!. Bilamana datangnya dari Allah, semestinya terbaik untuk kita!. Setelah segalanya datang dari Allah, apakah patut kita mengeluh?. Aapakah patut kita merungut atau rasa tidak puas hati?. Perkara yang datang dari Allah itu, adalah perkara yang terbaik untuk kita. Maka kita terimalah seadanya. Itulah erti sabar!. Sabar bukan kerana sanggup menagan lapar. Sabar bukan kerana sanggup mengerjakan ibadah. Sabar bukan kerana sanggup menggung penderitaan hidup!. Tahan lapar, sanggup mengerjakan ibadah dan tahan dari menanggug derita itu, bukan atas daya yang datangnya dari diri kita, kita tidak boleh menangung sabar, sekiranya tidak diberi daya oleh Allah. Kita tidak boleh bersabar atau tidak boleh menahan dari derita jika tidak datangnya kesabaran itu dari Allah. Kita tidak mampu untuk menganggung sabar, jika tidak dari kuasa Alah!. Sabar itu bukan milik kita, tetapi milik Allah. Untuk menjadikan sabar itu milik Allah, hendaklah kita berserah diri kepada Allah. Setelah berserah diri kepada Allah, barulah

dikatakan sebanr-benar sabar. Sesungguynya sabar itu milik Allah. Kita tidak akan bersabar kiranya tidak diberi kekuatan sabar dari Allah. Sebenar-benar sabar itu milik siapa?. Cuba jawab…………………… Sabar itu, adalah bagi mereka yang berserah diri kepada Allah. Serahkan miskin kepada Allah, serahkan sakit kepada Allah, serahkan amal ibadah kepada Allah dan serahkan hidup dan mati kepada Allah barulah dikatakan sabar. Seumpama kita berhadapan dengan binatang buas yang hendak menerkam kita atau sewaktu kita berhadapan orang yang hendak membunuh kita. Bagaimana hendak bersabar, sedangkan nyawa sudah dihujung pedang atau sudah dihujung mulut harimau?. Orang yang berserah diri itu, adalah orang yang beranggapan bahawa yang mendatangkan harimau dihadapan kita itu, adalah diatas dasar gerak ketetapan dari Allah. Allah sebenarnya yang telah menghantar harimau atau mengirim musuh di hadapan kita. Tidak akan datng musuh dan tidak akan sampai harimau dihadapan kita, kiranya tidak dihantar atau tidak dikirim oleh Allah. Kiranya itu kiriman Allah, sepatutnya kita bergembira dan bersuka hati, kerana mendapat kiriman Allah!, bukanya membuat kita takut!. Sepatutnya kita menjadi lebih gembira, bukanya takut!. Disitu akan membuat kita bersabar. Kerana apa kita bersabar, kerana kita sudah tahu yang mendatang itu, adalah datangnya dari kiriman Allah!. Setelah datangnya segala sesuatu itu dari Allah, maka serahlah segala termasuk diri kepada Allah. Serah harimau kepada Allah, sudah serah pedanng atau musuh kepada Allah dan serah ternmasuk diri kita kepada Allah!, itulah sabar. Orang yang bersabar itu, adalah orang yang telah beranggapan bahawa yang melangar kereta kita, orang yang maki hamun kita, orang khianati keluarga kita atau orang taka bayar hutang kita itu, bukan datangnya dari kehendak orang, tetapi adalah datangnya dari kehendak Allah. Allah yang menetapkan hari itu kita berlangar, maka berlangarlah kita tanpa boleh dielak. Orang tak bayar hutang itu, telah tidak dibayar oleh Allah sedari azali, bukan kerana orang yang tidak mahu bayar, tetapi telah ditetapkan oleh Allah. Itu, barulah datangnya sabar. Pendapat ini adalah pendapat yang berbahasa dengan bahasa makrifat. Mungkin tidak akan dapat diterima oleh orang yang berpelajaran bahasa feqah!. Bahasa percakapan saya ini, adalah basa karam, bahasa fana dan bahasa makrifat. Seumpama bahasa ayam tidak difahami oleh itik. Manakla kedua-dua bahasa itu benar bagi mereka yang faham. Orang sabar itu, adalah orang yang tidak ada perasan marah, putus asa, kecewa, merungut atau orang yang tidak menuduh yang orang lain. Orang lain sebanarnya tidak langar kereta kita, yang langgar kereta kita itu, adalah ketetapan Allah. Bukan orang yang tidak mahu bayar hutang kita, yang tidak mahu bayar hutang kita itu, adalah ketetapan Allah sedari azali dan sebagainya. Kiranya kita faham konsep ketetapan Allah didalam kitab luh hulmahfuz sedari azali, maka akan datanglah perkara sabar. Itulah maksud, erti dan makna sabar!……………… Dalam kitab feqah, telah membahagikan sabar dalam 3 jenis. 1) Sabar dalam menahan diri dari membuat segala rupa pekerjaan jahat atau menahan diri dari menuruti hawa nafsu. 2) Sabar dalam diri dari menanggung kesusahan, kepedihan atau kesengsaraan dalam menjalankan kewajipan agama. 3) Sabar dalam menahan diri untuk terus beristikomah secara berpanjangan dalam sesuatu perkara dengan tidak menoleh kebelakang. Tafsiran feqah itu, adalah tafsiran dari segi istilah atau tafsiran dari segi fahaman ilmu. Tetapi tidak memberi erti dari segi pegangan atau kehidupan seharian yang sebenar (rialiti kehidupan). Sabar yang sebenar-benar sabar itu, adalah setelah menyerahkan segalanya kepada Allah.

IBU MINYAK WANGI IBU MINYAK WANGI TOK KENALI Perkara Sudah Siap Berlaku Sebelum Berlaku Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Botol ibu minyak wangi, baru saya buka dibahagian penutupnya, belum lagi saya buka penututup sepenuhnya, apa lagi jika saya buka seluruh botol, kelihatannya sudah heboh tuduhan demi tududuh yang mereka lemparkan kepada saya!. Saya kira baunya yanng hapak itu, belum masuk kelubang hidung mereka, itu baru sedikit, apa lagi kiranya saya buka semua!.

Kiranya kita tabur jagung dan tabur emas YANG SAMA-SAMA KUNING kepada ayam, JAGUNG JUGA PILIHAN AYAM. ayam itu tetap ayam juga. Mereka tidak pandai menilai antara jagung dengan emas! Segala kejadian makhluk alam ini, termasuk kejadian segala afaal, asma’, sifat dan zat makhluk alam ini, sebenarnya sudah sedia ada, sedia terjadi, sedia tercipta dan sudah sedia berlaku sedari azali. Berlakunya segala sesuatu samaada perbuatan baik mahupun yang buruk itu, sesungguhnya sudah sedia berlaku dan sudah sedia terlaksana sedari dalam ilmu Allah (kitab Luuh Hul Mahfuz). Apa-apa yang berlaku dialam ini, samaada berlaku diatas alam dunia atau diatas alam diri (batang tubuh kita ini), sesungguhnya sudah dan telahpun berlakuk sejak azali. Sejak dimana perkataan “kun” Allah lagi. Apa-apa yang berlaku sesudahnya, adalah sudah sedia berlaku sebelumnya. Bermaknanya disini, kita selaku yang menanggung atau yang memperbuat segala sesuatu itu, adalah sekadar melakonkannya semula atau sekadar memperzahirkannya saja apa yang sudah siap tercipta oleh yang Maha Pencipta!. . Seumpama sekeping vedio atau filem wayang gambar yang kita tonton. Sebelum kita tonton vedio dikaca talevision itu, sebenarnya, perkara itu telahpun atau sudahpun dilakonkan sebelumnya. Kita hanya tinggal tonton sahaja. Sedarlah wahai jamaahku yang ku sayangi sekalian, sesudah sekian lama tuan-tuan mengaji dan menuntut ilmu makrifat, rasanya sudah sampailah masanya untuk saya buka tutup ibu minyak wangi, yang selama ini tertutup rapat. Sayangnya, setelah saya cuba-cuba buka penutupnya, walaupun dibuka itu hanya sedikit, ternyata telah mendatangkan fitnah!. Itu baru buka sedikit dari penutupnya, belum buka minyak wanginya, sudah menimbulkan berbagai-bagai fitnah. Apa lagi kiranya saya limpahkan minyak wangi kehidung tuan-tuan. Tak tahulah saya apa akan jadi. Oleh itu, biarlah rahsia itu menjadi rahsia yang akan saya simpan didada diri. Pada karangan saya yang lepas dan yang sudah-sudah, saya ada buka sedikit rahsia ibu minyak wangi, iaitu dalam bab penamat ilmu makrifat. Penamat ilmu makrifatullah (mengenal Allah) itu, adalah sehingga tidak ada lagi makrifat!. Tidak ada lagi mati sebelum mati, tidak ada lagi penyerahan diri (serah menyerah diri) dan tidak lagi berdalil-dalil. Tahu ertinya belum tahu, kenal ertinya belum kenal, ingat ertinya belum ingat, sembahyang ertinya belum sembahyang, puasa ertinya belum puasa, bersyahadah ertinya belum bersyahadah dan islam ertinya belum Islam!. Hari ini, saya nak buka sedikit penutup ibu minyak wangi. Ibu minyak wangi yang sedikit itu berbunyi, Jika kita mengaku kita yang bersolat, ertinya tuan-tuan belum bersolat. Jika kita mengaku kita Islam, ertinya tuan-tuan belum Islam. Jika kita mengaku yang kita ingat kepada Allah, ertinya tuan-tuan belum ingat kepada Allah. Jika kita mengaku yang kita bersyahadah, ertinya tuan-tuan belun bersyahadah, jika kita mengaku kita bersedekah, ertinya kita belum bersedekah dan begitulah seterusnya. Akhir sekali, jika kita mengaku kita yang bertauhid, bererti tuan-tuan belum bertauhid (belum mengesakan Allah). Jika kita mengaku yang Allah itu ada, sesungguhnya tuan-tuan belum bertauhidan Allah (belum mengEsakan Allah). Ulasannya begini: Kenyataan itu, adalah kenyataan ibu minyak wangi para guru-guru terdahulu, yang sememangnya tidak harum untuk dicium. Penjernihannya begini, supaya kelihatan lebih wangi. “Jika kita mengakuk kita yang bersedekah, bererti kita belum bersedekah”. Maksudnya begini, kita telahpun lalui jalan ilmu makrifat, dalam kita berilmu makrifat itu, kita diajar supaya mematikan diri kita sebelum kita benar-benar mati iaitu “mati sebelum mati” (jangan sampai terlihat adanya diri). Orang makrifat itu, adalah orang yang mati sebelum mati (sebelum matipun orang makrigfat itu sudahpun mati). Bilamana sudah mati, bagaimana mungkin kita boleh bersedekah?. Yang boleh bersedekah itu, adalahhanya bagi orang yang hidup!. Lagi pula bagaimana mungkin kita dapat meyembah Allah (solat), berpuasa, bersyahadah dan bagaimana mungkin kita boleh mengaku yang kita itu Islam,sedangkan kita belum mengenal Allah!. Buat solat atau mengerjakan solat itu boleh, tapi apalah makna dan apalah ertinya solat dan sebagainya, jika Allah yang kita nak sembah, tidak kita kenal?. Itu maksud ibu minyak wangi itu!.

Adapun yang bersifat dengan sifat hidup itu, adalah hanya Allah. Sifat bagi kita adalah berlawanan dari sifat Allah. Bilamanna Allah bersifat hidup, bererti kita bersifat mati. Bilamana kita mati, mana mungnkin kita boleh bersedekah. Inilah yang dikatakan bahawa bilamana kita mengakuk kita yang bersedekah, bermakna kita belum bersedekah. Ini kefahaman ilmu makrifat dari kata yang sedikit itu. Tetapi bagi mereka yang sudah sememangnya tidak faham, usah kata dari kata yang sedikit, bagi penerangan yang sebagaimana panjangnpun, yang tidak faham itu, masih tetap tidak faham. Lantaran tidak faham dari kata yang sedikit itu, mulalah mereka melontar tomahan yang liar!. Cuba bayangkan sekiranya kita sudah mati, mana mungkin boleh bersedekah, barang siapa yang mendakwa dirinya bersedekah, bererti ia belum bersedekah. Yang mengerjakan sedekah itu, adalah dari Allah kepada Allah. Mana ada dari kita kepada Allah atau mana mungkin dari kita kepada orang lain, sekiranya diri kita sudah mati!. Dari perkara “sedekah”, begitu jugalah dengan kenyataan-kenyataan yang lain. Sekiranya kita mengaku kita yang bersembahyang, bererti kita belum bersolat dan sekiranya kita mengaku kita yang bersolat, bererti kita belum bersolat. Inilah diantara contoh-contoh ibu minyak wangi yang dipakai oleh ulamak makrifat terdahulu. Untuk menjernihkan ibu minyak wangi, supaya kelihatan wangi, begini caranya dan begini ulasannya!. Jika kita masih mengaku kita yang bersolat, bererti kita seolah-olah masih hidup dan kita seolah-olah masih ada (wujud)!. Sedangkan yang bersifat hidup dan yang bersifat wujud itu, adalah hanya Allah. Jika kita makhluk bersifat hidup dan Allah juga bersifat hidup, bermakna disini sudah ada dua sifat hidup dan ada dua sifat wujud. Sedangkan perjalanan ilmu makrifat itu, mengajar kita supaya menyakini bahawa yang bersifat wujud dan yang bersifat hidup itu adalah hanya Allah!. Jika yang bersifat hidup dan yang bersifat wujud itu hanya Allah, bererti kita mati dan bererti kita tidak ada. Jika kita mati dan kita tidak ada (tidak wujud), mana mungkin kita boleh mengaku bahawa kita yang bersolat dan mana mungkin kita boleh mengakuk bahawa kita yang bersembahyang?. Kaki yang berdiri itu, bukan kaki kita punya, kudrat dan upaya berdirinya kaki itu, bukan kudrat atau kuasa kita!. Tangan yang bertakbir itu, bukan tangan kita dan bukan kuasa kita. Kita mana ada kuasa dan kita mana ada kudrat. Kaki, tangan, mulut, telinga, mata dan lain-lain anggota itu, semua milik Allah. Jika semuanya telah menjadi milik Allah, mana yang dikatakan milik kita. Itulah makanya ilmu makrifat mengajar kita supaya menyakini bahawa kita itu bersifat tidak ada (diri tidak ada), yang ada dan yang wujud itu hanya Allah. Bilamana yang wujud dan yang ada itu hanya Allah, mana yang dikatakan kita yang bersembanyang dan mana yang dikatakan kita yang bersolat?.. Itulah makanya barang siapa yang mengaku dirinya bersolat,, itulah ertinya mereka belum bersolat. Kerana apa ulamak makrifat kata kita belum bersolat, sebabnya adalah kerana kita tidak ada, yang ada itu Allah!. Itulah makanya ibu minyak wangi mengatakan barang siapa yang mengaku mereka bersolat, bererti mereka itu belum bersolat. Begitu juga dengan mereka yang mengatakan mereka itu Islam. Yang mengIslam atau mengkafirkan kita itu, bukan kedua bibir mulut kita. Jika Islam itu hanya setakat kedua bibir mulut, bererti semua orang boleh mengaku yang mereka Islam dan penganut agama lain juga boleh mengaku mereka Islam. Islam atau tidaknya kita itu, adalah diatas ketetapan Allah, bukannya atas mulut kita. Jika kita mengaku yangn kita itu Islam, bererti diri kita masih wujud dan masih bersifat ada (masih wujud diri), bererti disitu kita masih mengadakan dua sifat wujud!. Sedangkan pada pengajian ilmu makrifat, kita itu tidak boleh mengdakan dua yang bersifat wujud (ada), itu syirik!. Dalam ilmu makrifat, kita diajar supaya mematikan diri sebelum mati. Iaitu dengan bertauhid kepada Allah yang satu, dengan mengaku bahawa yang bersifat ada dan yang bersifat dengan sifat hidup itu, adalah hanya Allah. Sifat bagi kita itu, adalah mati dan tidak ada (tidak wujud). Jika kita masih mengaku bahawa kita yang bersolat dan kita masih lagi mengaku kita yang bersembahyang dan kita Islam, bererti kita seolah-olah telah mengandingkan hidup kita bersama dengan hidup Allah dan telah mengandingkan wujud kita dengan wujud Allah! (ada dua sifat hidup dan ada dua sifat wujud). Seolah-olah kita telah mengadakan diri kita, sama sebagai mana ada dan wujudnya Allah (seolah-olah Allah wujud dan kitapun wujud).

Sedangkan sifat kita itu, tidak hidup dan tidak ada, bilamana kita tidak ada dan kita tidak hidup, bolehkan lagi kita mengaku kita yang bersolat dan bolehkah lagi kita mengakku bahawa kita yang bersembayang?. Inilah yang dimaksudkan atau yang dimengertikan oleh ibu minyak wangi. Pada permulaan bacaan kata-kata itu, sudah tentu tuantuan terkejut dan sudah tentu tuan-tuan tidak dapat menerima hakikat kenyataan saya itu!. Itu baru saya buka sedikit penutup ibu minyak wangi!. Buka sedikitpun tuan-tuan sudah berbau hapak dan busuk!. Apa lagi jika saya buka penutup bejana ibu minyak wangi yang sebenar tujuh lautan!. Satu perkara lagi: Sebelum kita ada, Allah sudah terlebih dahulu ada. Sebelum kita mengaku wujud, Allah telah terlebih dahulu wujud. Sebelum kita mengaku yang Allah itu Allah, Allah sudah terlebih dahulu mengaku yang Dia itu Allah. Sebelum mulut kita mengaku yang Allah itu ada, sebenarnya Allah sudah terlebih dahulu mengaku sebelum mulut kita mengaku!. Jika kita mengaku yang Allah itu ada, bererti kita sudah ada mendahului adanya Allah. Sebelum kita beranak, Allah telah terlebih dahulu beranak (melahirkan) kita didalam ilmu Nya( melahirkan kita di dalam kitab Luh Hul Mahfuz). Beranak (melahirkan) disini bukan bererti Allah melahirkan kita sebagaimana ibu kita melahirkan kita. Ertinya disini, sebelum kita lahir, Allah sudah terlebih dahulu melahirkan kita didalam ilmuNya atau melahirkan kita dalam kitab luh hul mahfuz!. Jangan pula disalah erti Allah beranak pinak pula sebagaimana beranak pinaknya makhluk (sebagaimana ibu kita melahirkan kita). Orang cerdik pandai zaman sekarang, mudah sangat menghukum dan menuduh dengan tuduhan yang tak masuk akal. Dalam hal ini, ada seorang hamba Allah yang bernama md sidek mohamed lam yang menuduh saya mengatakan Allah itu beranak pinak?. Saya sedikitpun tidak berkecil hati atas tuduhan itu, cuma rasa sedikit terkilan, kerana masih ada lagi orang seperti itu, setelah lama belajar makrifat. Jika iapun nak buat tuduhan biarlah yang berasas yang betul. Saya bukan apa, saya kuatir kepada anak buah yang baru nak mula-mula berjinak-jinak dengan ilmu makrifat, tiba-tiba ada pula komen yang sebegini, nanti mereka yang baru-baru nak berjinak-jinak itu akan rasa tidak selesa. “Ibu minyak wangi mengatakan bahawa “jika kita mengaku kita Islam, bererti kita belum Islam dan jika kita mengucap kalimah syahadah, bererti kita belum mengucap” Dari busuknya ibu minyak wangi itu, jangan pula kita tuduh melulu, tanpa mendengar penjelasan atau tanpa melihat maksud disebaliknya. Maksud guru-guru terdahulu itu, adalah begini; Mana muungkin kita boleh mengaku yang kita Islam dan mana mungkin kita boleh megucap dua kaliman syahadah, jika diri kita tidak ada, mulut kita tidak ada dan mata kita tidak ada!. Yang bersifat ada itu, adalah hanya sifat Allah. Hanya Allah sahaja yang boleh mengaku diriNya Allah dan hanya Allah sahaja yang boleh mengenal Allah!. Contohnya seumpama sebilah pisau. Pisau telah mereka cipta sarongnya dengan seindah rupa. Pisau mencipta sarong untuk dijadikan sarang tempatnya bersemayam. Bilamana sarong pisau itu sudah siap, maka masuklah pisau itu bersemayam didalam sarong itu. Cuba tuan-tuan tanya kepada diri tuan-tuan sendiri. Apa bolehkan sarong pisau itu mengenal pisau?. Sedangkan sarong itu sendiri, dicipta oleh pisau. Layakkah sarongn pisau mengenal pisau?. Sebelum sarong dibuat dan sebelum sarong dicipta oleh pidsau, pisau dudah lama wujud dan sudah lama ada. Layakkah sarong mengenal pisau?. Mana mungkin barang baharu (muhadas) boleh mengenal yang asali (kadim)?. Cuba jawab………………………………………… Itu makanya ibu minyak wangi, mengatakan bahawa, yang mengenal akan Allah itu, adalah Allah itu sendiri. Kita selaku sarong, tidak akan sekali-kali mengenal pisau. Setelah siap sarong, pisaupun bersarang dan bersemadilah didalamnya, tanpa disedari dan tanpa dikenal oleh sarong!. Kita selalu mengenal alat, tetapi kita lupa untuk mengenal pencipta alat!. Itu sebabnya kita selalu mengaku kita yang bersembahyang, tetapi kita tidak pernah ambil tahu untuk mengenal pencipta sembbahyang. Kita mengaku kita yang bersyahadah, sebenarnya pernahkah kita ambil tahu untuk mengenal pencipta syahadah.

Jika kita tidak kenal pencipta sarong, kita tidak kenal pencipta sembahyang, kita tak kenal pencipta syahadah dan tidak kita tidak kenal pencipta Islam, bagaimana kita nak bersolat, bersyahadah dan mengaku sebagai Islam?. Bererti tuantuan belum bersolatt, bererti tuan-tuan belum bersyahadah dan tuan-tuan belum Islam. Inilah yang dimaksudkan oleh ibu minyak wangi. “Yang bersolat itu, ertinya belum bersolat, yang bersyahadah itu belum bersayahadah dan yang mengaku Islam itu, belum Islam”. Yang boleh mengaku solat, yang boleh mengaku Islam dan yang boleh mengaku bersolat itu, adalah orang yang kenal Allah!. Jika tuan-tuan tak kenal Allah, siapa yang tuantuan sembah didalam solat?, cuba jawab…………………….. Sebelum kita Islam, Allah telah terlebih dahulu Islamkan kita sedari azali. Begitu juga orang Kristien atau budha, sebelum mereka Budha atau Kristien itu, sebenarnya Allah telah terlebih dahulu mengkafirkan kita sedari azali. Jika kita mengaku yang kita itu yang bersolat, berpuasa, yang beramal, Islam dan sebagainya, bererti kita telah mendahului Allah. Sebenarnya Allahlah yang mendahului kita, samaada kita itu kafir atau Islam!! Itu sebab, Tok Kenali menyatakan dan menegaskan kepada anak muridnya bahawa jika kamu berkata kamu yang bersolat, bererti kamu belum bersolat dan jika kamu mendakwa yang kamu itu berpuasa, bermakna kamu belum puasa. Jika kita mendakwa kita yang ingat kepada Allah itu, bererti kita belum ingat kepada Allah. Yang mencipta solat sebelum kita bersolat itu, adalah Allah didalam ilmuNya atau didalam kitab luh hul mahfuz, kenapa kita hendak mengaku yang bersolat itu kita?. Apa ada pada kita, jika ianya tidak ditetapkan oleh Allah untuk kita bersolat sedari dulu?. Tambbahan pula apalah ertinya bersolat, jika bersolatnya kita itu dengan tidak mengenal tuan yang mencipta solat. Cuba jawab…………………………………….. Tak kenal itulah sebenar kenal, tak ingat itulah sebenar ingat, tak sembahyang itulah sebenar sembahyang dan tak Islam itulah sebanar Islam!. Jika kita tilik dengan mata kasar melalui imbasan pandang mata kasar, memang ibu minyak wangi itu, teramat busuk dan hapak. Berat bumi ini, berat lagi kenyataan ibu minyak wangi. Itu makanya tidak hairan, ramai pada mulanya muduh saya bodoh, sesat, salah dan gila!. Menuduh saya meletakkan pisau dileher sendiri. Sebenarnya tuan-tuan tidak pernah belajar cara-cara untuk menghurai atau kaedah untuk menterjemah ibu minyak wangi. Tuan-tuan tidak pernah belajar cara-cara mengadun ibu minyak wangi yang hapak dan busuk itu, supaya menjadi jernih, menjadi bersih, menjadi harum dan menjadi wangi serta sedap bilamana dipakai. Jika tuan-tuan tidak pandai untuk mengadun ibu minyak wangi supaya jadi harum, jangan sekali-kali tuduh orang bodoh atau sesat!. Pada jam 12,39, 26hb August, saya mendapat talipon dari seorang sahabat (03-7951 9690), yang mengatakan bahawa setelah dia terbaca karangan ibu minyak wangi, barulah dia faham apa yang selami ini dia tidak faham!. Sungguh jelas dan terang. Pada jam 12.45, saya telah mendapat panggilan dari seorang yang paling dekat dihati saya, meminta saya tarik balik kenyataan ibu minyak wangi. Bilamana saya baca blog, saya dapati md sidek mohamed lam pula menuduh saya sesat. Dan bilamana baca lagi blog, ada yang mengatakan saya tidak layak dan dipatut untuk membuaka atau bercerita ibu minyak wangi. Petangnya pula sahabat dari Kedah cal, minta ditarik balik. Dalam pada itu, saya megambil keputusan untuk keluarkan karangan itu dari blog. Tidak sampai lima minit, saya masukkan semula kedalam blog dan setelah setengah jam kemudian saya tarik balik sehinggalah kepada saat ini, jam ini, tarikah ini dan hari ini, saya megambil keputusan nekad untuk memperjudiakan nasib, dengan terus mempamirkan, mambuka dan menjual ibu minyak wangi peninggalan Tok kenali kelantan. Biar apa yang terjadi, namun undur tidak sekali. Sekali melangkah tetap akan kulangkah, biar tapak kakiku berdarah lantaran tajamnya hujung pedang tuan-tuan, namun ku sangggup pertaruhkan nyawa demi agama tercinta. Sebagaimana kata pepatah melayu alang-alang mandi biar basah sekali. PERTARUHAN JIHAT KEPADA JALAN ALLAH ITU, adalah nyawa dan darah!. Berpatah sayap bertongkat paroh, namun mundur tidak sekali. Sekali aku melagkah, akan tetap aku melagkah, sekalipun petir membelah bumi! Kata-kata saya kali ini, adalah kata-kata yang meyembeleh leher saya sendiri dan seumpama meletakkan pedang keleher saya sendiri. Namun saya tidak gentar walau sedikit. Sudah menjadi adat dalam setiap berjuang mesti ada halangan dan dugaan, apa lagi perjuangan dalam bidang dijalan fisabilillah. Pepatah Melayu ada mengatakan, patah sayap bertongkat paroh, namun gentar dan mundur tidak sekali-kali. Demi agama, demi bangsa yang tercinta, demi Islam yang sebenar jati dan demi tauhid, demi mengEsa dan demi mengAhadkan Allah Taala hanya nyawa dan darah sahaja yang menjadi pertaruhanku.

Kebanyakan orang yang tidak tahu untuk mencampur ibu minyak wangi supaya menjadi harum, itu sebab itu mereka selalu menuduh sesat. Bagi pengemar minyak wangi dan orang yang dahagakan minyak wangi, ibu minyak wangilah yang mereka cari. Dari segelintir yang tidak menerima faham, tidak mingkin saya nak korbanyak yang banyak!. Masih ramai yang mahu mencedok ibu minyak wangi dari wagian Hj Shaari, kenapa harus saya menjaga hati orang yang tidak faham makrifat dengan menafikan hak mereka-mereka yang dahagakannya!. Yang mengenalkan kita kepada Allah itu, adalah Allah.. Yang menjadikan kita Islam atau kafir itu adalah pencipta. Yang menjadikan kita beribadah, beriman, berilmu, bersyahadah, berpuasa, berkahwin, makana, minum, hidup, puasa, dan yang menjadikan hidup dan yang menjadikian kita matinya itu, adalah pencipta hidup dan pencipta mati!. Jika kita tidak kenal Allah, bagaimana kita boleh mengaku kita bersolat, bersyahadah, puasa, sembahyang, zikir atau mengaku kita sebagai seoranng Islam?. Tuan-tuan belum solat semasa bersolat, belum syahadah semasa bersyadah, belum puasa semasa berpuasa, belum berzikir semasa berzikir dan belum Islam semasa tuan-tuan Islam, sekiranya tuan-tuan belum mengenal Allah…………………………………………. Inilah yang dimaksudkan oleh ibu minyak wangi Tok kenali Kelantan, bahawa “ingat itu belum ingat, solat itu belum solat, syahadah itu belum syahadah, puasa itu belum puasa dan Islam itu belum Islam!”. Kita tidak layak mendahului Allah dengan mengaku kita itu kuat dan kita itu gagah. Sedang sebenar yang kuat dan yangn gagah itu Allah. Kita tidak layak mengaku yang kita itu beribadah, sedangkan yang sebenar-benar beribadah itu Allah. Kita tidak layak mengaku yang kita mengenal Allah (makrifat), sedangkan yang sebenar-benarlayak untuk mengenal Allah itu, adalah Allah itu sendiri. Kita tidak layak untuk mengaku yang kita Islam, sebenarnnya yang layak menetapkan kita Islam atau kafir itu, adalah Allah. Sebelum kita bersyahadah, sebenar yang terlebih dahulu bersyahadah untuk kita itu, adalah Allah, Allah dan Allah……………………………………… Barang siapa yang mengaku makrifat (mengenal Allah) itu, sesungguhnya mereka belum makrifat (jika belum mengenal Allah)!. Yang mengaku mereka Islam itu, sebenarnya mereka itu belum Islam (jika tidak mengenal Allah). Islam sebenar itu, adalah Islam yang mengenal penciptyanya (Allah). Berjuang dalam agama itu, pertaruhannya adalah darah dan nyawa. Lihat sahaja Baginda Rasulullah, perjuangan Baginda Rasulullah itu, adalah pertaruhannya adalah darah dan nyawa. Sehingga dipulau, dihalau keluar dari Kota Mekkah, dibaling batu semasa berdakwah sehingga berdarah, yang darahnya menjadi alas kaki, disisih, dikejar, dihalau dan diperangi oleh masyarakat setempat!. Inikan pula saya yang kerdil lagi hamba. Tuan-tuan sekarang amat beruntung dan amat bertuah, kerana mendapat ilmu makrifat denngan secara mudah (menuai padi yang telah saya semai), iaitu hanya dengan baca apa yang telah saya tulis dari ilmu yang pernah saya tuntut selama berpuloh-puloh tahun. Saya rasa tuan-tuan amat bertuah dan saya juga rasa saya amat bertuah kerana berkesempatan untuk mewangikan tubuh tuan-tuan dengan ibu minyak wangi Tok kenali. Pada mereka yang belum pernah minum manis, mereka tidak dapat menilai kemanisan yang saya rasa!. Pada zahirnya kelihatan agak ganjil dan luar biasa, maklumlah sebelum ini tak pernah diajar orang. Tambahan pula dengan membuka dan menjual ibu minyak wangi yang sememangnya busuk, saya rela menghadapai sebarang kemungkinan dan lebih rela berhadapan dengan sebarang tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa, sekiranya ilmu yang saya sampaikan ini didapati bersalah, asal saja wangian Tok kenali ini, sampai ketubuh tuan-tuan (saya rela)!. Kemungkinan itu, sudah saya siap!, sudah siap sedari azali, jika itulah kehendakNya……………………………………………. Untuk itu, saya minta kepada semua penuntut ilmu makrifat Tok Kenali yang mengikuti blog saya diseluruh dunia, jangan sekali-kali kita mengaku yang kita itu alim, lebai, pandai, ulamak, Islam, sembahyang dan bersyahadah kira kita belum mengenal Allah Taala. Berkaryalah, berdakwahlah, bertabliklah dan berjihadlah dijalan Allah dalam keadaan mengenal Allah Taala. Hidup atau mati kita itu, biarlah dalam kedaan mengenal Allah!. Kita tidak punya apa-apa, segalagalanya milik Allah Taala. Adapun kita itu, sebenarnya terkemudian dari Allah. Allahlah sebenar-benarnya yang mendahului kita!. Ingat itu!. Jangan kita mengaku hebat, yang hebat itu Allah. Jangan kita mengaku melihat, yang melihat itu Allah, jangan kita mengaku ada, yang sebenar ada itu Allah. Jangan kita mengaku mengenal Allah, sesungguhnya yang mengenal Allah itu, adalah Allah sendiri!. Jangan kita mengaku kita yang meyembah Allah, sesungguhnya Allahlah yang menyembah Allah

(kerana diri kita sudah tidak ada dan sudah tidak wujud). Yang meyembah dan yang disembah itu, adalah Allah jua (Allahlah yang meyembah Allah). Begitulah seterusnya, jika nak dibilang, jika nak dihitung, jika nak dijumlah, jika nak dikira dan jika nak dipaparkan satu persatu, lima hari lima malampun tak habis.Cukuplah dengan kata yang sedikit itu dan dengan satu dua kiasan itu, hendaknya tuan-tuan beroleh faham dan ambillah iktibar darinya!. Penghujung makrifat itu, adalah tidak lagi makrifat (mengenal Allah). Hanya Allah sahaja yang mengenal Allah (hanya Allah sahaja yang mengenal diriNya). Mulai hari ini, marilah kita semua, jangan lagi bergaduh sesama sendiri dengan menuduh orang itu sesat, orang ini salah, orang itu tak kena dan orang ini tak betul!. Segala-galanya adalah dari ketentuan Allah belaka. Apa yang saya tulis pada hari ini, punjuganya sudah tertulis dalam ilmu Allah sedari azali. Segalanya marilah sama-sama kita pulang diri kita kepada asal, iaitu dari Allah, kepada Allah dan dengan berserta Allah. Jika kita pergi ketingkatan yang lebih tinggi lagi, sudah tidak ada lagi perantaraan bahasa perkataan daripada, kepada atau bersama Allah, melainkan ahad, ahad dan ahad……………………………………. SEGALANYA SUDAH BERLALU Semua ketetapan Allah itu, sesungguhnya sudah berjalan, sudah terjadi dan sudahpun berlaku sedari dulu. Sekarang ini, bukan lagi zaman berjalan ketatapan Allah. Berjalan atau berlakunya ketetapan Allah itu, adalah sudah berlalu dan sudah berlaku semasa azali lagi. Adapun zaman ini, ketika ini, masa ini, saat ini dan hari ini, adalah zaman keyataan Allah. Iaitu zaman nyatanya Allah pada sekalian makhlukNya. Zaman dulu, siapa nak menyatakan Allah (siapa yang hendak mengatakan yang Allah itu ada). Zaman dulu alam tidak ada, kita tidak ada dan makhlukpun tidak ada. Bilamana semuanya tidak ada (Tidak wujud dan belum wujud), siapa yang hendak menyatakan yang Allah itu ada, biarpun Allah itu benar-bennar ada!. Lalu berkatalah Allah Taala dengan perkataan “kun” maka Fayakunlah segala-galanya dengan berkeadaan siap.Kita belum lahir kedunia, sebenarnya Allah dah lahirkan kita kedunia diLoh Hul Mahfus, kita belum mati, Allah dah matikan kita diLoh Hul Mahfuz, kita belum melakukan pekerjaan atau perbuatan baik atau pekerjaan buruk, sebenarnya Allah dah lakukan baik dan buruk itu di kitab azali (luh Hul Mahfuz) dan kita belum sembahyang, sebenarnya kita sudah disembahyangkan oleh Allah diLoh Hul Mahfuz begitulah seterusnya. Kerja Allah itu, sesungguhnya sudah selesai dan sudah siap!. Kerja Allah sudah terlaksana sedari azali. Terhadap kita dan kepada seluruh alam, zaman ini adalah masa untuk menyatakan Allah, bukan masa atau bukan zaman untuk menyatakan perbuatan atau kelakuan baik atau buruk!.. Zaman ini, bukan lagi zaman perlaksanaan perintah Allah. Perintah Allah telah berjalan dan sudah berlaku sedari zaman “kun Fayakun”. Zaman ini adalah zaman untuk menyatakan Allah, menyatakan Allah dan menyatakan Allah……………………….. Ingat pesan saya ini, selama-lamanya hendaklah diingat dan diyakini!. Segalanya sudah siapa berlaku. Zaman ini bukan zaman uji kaji Allah atau bukan zaman (eksperimen) Allah. (maaf saya tak pandai nak eja perkataan “eksperiment” dalam bahasa orang putih, janji ada bunyi seakan-aakn orang puithpun jadilah ya!. Allah tidak payah dan Allah tidak perlu nak buat kita sebagai tempat uji kaji, dengan berbagai-bagai cobaan, dugaan, bencana, kemiskinan, kesusahan,cabaran atau suka duka yang kita alami itu, bukan bertujuan Allah untuk menjadikan kita sebagai tempat uji-kajiNya. Allah tidak perlu untuk menguji tahap keimanan atau tahap ketahanan kita. Sebelum Allah ujipun, Allah dah sedia maklum dan sudah sedia tahu akan daya ketahana kita. Allah dah tahu akan kesangkupan kita sedari mula-mula Allah ciptakan kita (tak perlu Allah uji menguji kita). Jika Allah masih bersifat nak menguji kita, seolah-olah Allah itu, belum tahu keupayaan, ketahanan atau kesangggupan kita. Seumpama Allah itu masih tak tahu daya tahan kita, samaada beriman atau engkar!. Zaman ini adalah zaman kenyataan Allah (zaman nyatanya Allah). Bahawa Allah itu nyata. Dijadikan jin dan makhluk manusia itu, adalah bertujuan untuk menyatakan Allah, bukan dijadikan kita itu, bertujuan untuk dijadikan tempat uji kaji Allah. Selepas tuan-tuan baca karangan hasil nukilan daripada titik peluh air tangan saya (peninggalan Tok Kenali dan Mohd Yusof Cik Wook) ini,Jangan lagi tuan-tuan mengatakan yang segala musyibah, penyakit, percobaan dan penderitaan yang kita alami, yang kita tangggung dan yang kita lalui itu, merupakan ujian Allah. Allah tidak perlu menguji kita,

kerana Allah sudah sedia tahu!. Pokoknya segala peristiwa dan setiap perkara yang berlaku itu, adalah bertujuan untuk menyatakan bahawa diriNya adalah Allah Rabbbul alamin!. Akhir sekali, apa-apa yang berlaku itu, sudah tidak lagi berlaku, apa-apa yang terjadi itu, tidak lagi terjadi. Segalagalanya sudah siap berlaku dan sudah siap terjadi, sudah siap, sudah siap dan sudah siap…………… Ibu ilmu yang saya paparkan pada hari ini, adalah kenyataan berani lagi terbuka (keterbukaan) saya itu, saya rasa akan menimbulkan banyak tomahan, banyak bangkangan atau tuduhan yang akan saya terima. Semasa saya mula buka penutupnya sahaja, tuan-tuan sudah tak tahan dengan bau hapaknya, inikan pula menjual ibu minyak wangi!. Tetapi adat dalam perjuangan, kita tidak perlu gentar kepada sesama makhluk (melainkan takut kita itu hanya pada Allah). Adat pertempuran dimedan peperangan, semestinya ada menang dan ada kalanya kalah. Ada kalanya kita tidak kecundang oleh mata pedang, malahan ada kalanya kita kecundang hanya oleh seekur nyamuk. Apa-apapun segalanya sudah siapa sedari azali. Jika tidak sekarang saya dedah atau jika tidak sekarang saya jualkan ibu minyak wangi, sampai bila lagi nak saya tunggu?. Apakah nak tunggu saya mati dulu, baru nak dijual atau nak didedahkan?. Masa itu sudah terlambat. Sebelum saya tutup mata dan pergi buat selama-lamanya, saya tidak mahu ilmu atau ibu minyak wangi yang ada didalam dada saya ini, ikut serta terkubur bersama jasad saya, dikala itu menyesal sudah tidak berguna lagi!. Ini baru saya buka penutup botol ibu minyak wangi (baru buka penutup), belum lagi buka habis. jika saya buka habis seluruh botol, saya kira saya tidak lagi tinggal disini. Cukuplah dulu sekadar buka penutup botol, itupun sudah macam mahu kiamat, orang itu kata begini, orang ini kata begitu. Berbagai-bagai orang dan berbagai-bagai ragam yang saya jumpa setelah saya buka ibu minyak wangi, itu baru sedikit, kalau saya buka banyak, entah apa akan jadi. Saya kira, apa yang telah saya paparkan itu, saya tidak nampak ianya bercanggah dengan sunnah dan Al-Quraan. Sekiranya ada juga terdapat silap dan tersalah dalam kaedah menyusun bahasa semasa saya berkarya, saya ,menyusun jari sepuluh minta ampun dan maaf. Dalam niat yang baik untuk kita sama-sama sampai kepada Allah (makrifatullah), kita tidak berkecuali dari difitnah, dipandang serong oleh sesetengah pihak. Saya redha kera itu sudah kehendak Allah. Terima kasih daun keladi, ada masa jumpa lagi. Dengan penjelasan itu, hendaknya tidak lagi menimbulkan fitnah. Amin drp Hj Shaari 12.34 malam

Senarai Nama Dan Fon Tuan-Tuan Guru August 15, 2013 Filed under: Uncategorized — makrifattokkenali @ 12:22 am 1) Tuan Guru Pak Din

Selangor (paya Jaras)

016 687 5565

2) Tuan Guru Abu Said

Melaka

(Kg Cing)

012 602 6655

3) Tuan Guru Hj.Ishak Johor

(Johor Baru)

019 212 0162

4) Tuan Guru Syawal

(Pasir Gudang)

016 797 6741

Johor

5) Tuan Guru Hj.Sikal Kelantan (Kota Bharu)

012 987 0289

6) Tuan Guru Hambami P. Pinang (Sg. Bakap)

04 380 9020

7) Tuan Guru Hasyim

Perak (Goping)

014 307 1904

8) Puan Guru syuhada Sabah (Tawau)

019 843 6360

9) Puan Guru Rina

k.Lumpur (lembah Kelang) 013 682 1025

10) Tuan Guru Fairul

Sabah (Sandakan)

012 864 8461

11) Tuan Guru Azmi

Pahang (Kuantan)

013 920 1759

12) Tuan Guru Bahari

Selangor

13) Puan Guru

Syarifah Pahang (Kuantan)

016 220 7724 012 798 4786

14) Tuan Guru Abd Halim Pahang (Temerloh)

016 960 7059

15) Tuan Guru Abdullah Terengganu ( Dunggun)

019 950 0888

16) Tuan Guru Hasrul

Kedah (Kulim)

013 460 6562

17) Tuan Guru Hj. Zain

Terengganu (Kemaman)

017 914 0828

18) Tuan Guru Hj. Hamzah Selangor (Sg. Buloh)

013 327 0853

19) Tuan guru Hj. Aziz Noh Terengganu (Bukit Besi)

019 279 8575

20) Tuan Guru Abe Ku

Kelantan (Macang) 013 980 3022

21) Puan Guru Kak Zee

Pahang (Temerloh)………………………………..

Inilah diantara para-para guru pewaris Ilmu Tok Kenali, Tok Ku Paloh, Tok Pulau manis dan Tok Selehong. Sekiranya berhajat, silalah berhubung dengan beliau, sementara beliau masih hidup. Kepada Para-para guru sakalian, ingat, ingat dan ingat pesan saya!, Pertama: jangan sekali-kali melangar Hadis dan Quraan!

Kedua: Jangan tinggal syariaat Allah!. Ketiga: Jangan megambil faedah dari ilmu makrifat Keempat:Jangan terlihat adanya diri! Kerlima: Jangan tinggal fatonah! Jangan takut untuk meyampaikan ilmu Allah, apa nak takut kiranya ilmu kita itu benar!. Ilmu makrifat itu, tidak ada yang harus disembunyikan dan terselindung. Berceramahlah dengan berfatonah (bijaksana). Untuk itu, dari kejauhan, saya doakan agar tuan-tuan selamat bertabliq. amin dari hj. Shaari

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF